kuliah 1 edu3107

Upload: abdulrzq1

Post on 06-Apr-2018

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Kuliah 1 EDU3107

    1/5

    EDU3107 : Bimbingan dan Kaunseling Untuk Kanak-kanak

    Kuliah 1 2 jam

    Konsep asas bimbingan, kaunseling dan psikoterapi

    Matlamat bimbingan dan kaunseling

    Prinsip dan falsafah bimbingan dan kaunseling

    Kepentingan bimbingan dan kaunseling

    Definisi Dari Kamus DBP

    Bimbingan - perbuatan membimbing, memberi petunjuk, huraian, dll

    DEFINISI BIMBINGAN

    Bimbingan ialah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan

    dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan,

    keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya oleh Suradi Salim,

    1996

    Shertzer & Stone (1992) pula mengatakan ia suatu proses yang

    membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka

    Huraian Definisi Bimbingan

    Proses bermaksud sesuatu tindakan yang dilakukan secara berperingkat

    ke arah satu matlamat manakala Memahami diri & dunia- menolong

    individu kenal diri agar dapat menjadi lebih berkesan, produktif dan

    sejahtera

    Beberapa Matlamat Bimbingan:

    bantu individu kenal diri

    bantu kenal orang lain

    bantu kenal persekitaran fisikal

    bantu individu jadi lebih berkesan, produktif dan sejahtera

    lain-lain?

    Beberapa Matlamat Perkhidmatan Bimbingan di Sekolah:

    Penyuburan dan pengayaan semua aspek diri pelajar

    Pencegahan salah laku

    Pemulihan pelajar bermasalah

    Memberi kaunseling krisis

  • 8/3/2019 Kuliah 1 EDU3107

    2/5

    Apakah Pandangan Masyarakat Mengenai Nasihat?

    Islam

    Kristian

    Hindu

    Buddha

    Lain-lain

    Definisi Kaunseling Dari Kamus DBP

    kaunseling - proses teratur yg melibatkan perbincangan rapi ttg masalah

    yang dihadapi oleh seseorang & usaha mengatasi / menyelesaikannya

    menerusi ..

    DEFINISI KAUNSELOR : (Akta Kaunselor 1998)

    Seseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi suatu

    fee yang ditetapkan atau apa-apa balasan yang lain

    KONSEP KAUNSELING

    Ada beberapa konsep penting dalam kaunseling, antaranya ialah:

    kaunselor seorang yang terlatih

    seorang klien yang ingin berkembang

    mengenal pasti keadaan diri sendiri

    kaunseling ialah suatu proses

    mencari jalan penyelesaian sendiri

    bertanggungjawab atas keputusan yang diambil

    KONSEP BIMBINGAN

    Ada beberapa konsep penting dalam bimbingan antaranya:

    bimbingan ialah suatu proses

    proses menolong

    proses pengajaran

    Jenis2 Perkhidmatan B & K (sekolah)

  • 8/3/2019 Kuliah 1 EDU3107

    3/5

    Sedia & kendali inventori & rekod pelajar

    Edar pelbagai maklumat (spt)

    Jalankan kaunseling individu

    Jalankan kaunseling kelompok

    Bantu pilih koko & elektif (& pekerjaan)

    Aktiviti cegah penyalahgunaan dadah

    Berbincang kebajikan pelajar dengan

    Merujuk pelajar kepada pakar lain

    Selaraskan agensi luar dengan sekolah

    menilai perkhidmatan B & K (sekolah)

    Matlamat Kaunseling

    TUJUAN KAUNSELING

    MENGAPA KAUNSELING DIPERLUKAN ?

    FALSAFAH - Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh

    digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh

    perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah

    berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang

    dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal

    soleh.

    PRINSIP BIMBINGAN

    1. Untuk semua pelajar

    2. Satu sistem tanggungjawab bersama.

    3. Mengutamakan perkembangan individu.

    4. Berasaskan proses perlakuan individu-Walaupun buat secara kelompok besar

    namun kita kene tahu apa kehendak mereka.

    5. Proses berterusan.

    PRINSIP-PRINSIP KAUNSELING

  • 8/3/2019 Kuliah 1 EDU3107

    4/5

    1. Kaunseling diberi kepada orang normal yang sedang menghadapi kecelaruan

    dan kerunsingan.

    2. Hubungan interaksi antara kaunselor dan klien berasaskan kemesraan dan

    kepercayaan. Kepercayaan adalah faktor penting.

    3. Kaunselor membantu klien untuk membuat keputusan, Kaunselor tidak

    membuat pilihan atau keputusan.Kaunselor ibarat lampu picit

    4. Kaunselor percaya seseorang itu haruslah mempunyai peluang untuk memilih

    matlamat hidup dan bebas dlm mencapai matlamat hidup.

    5. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan.

    6. Kaunselor menggunakan suatu kaedah dan pendekatan berasaskan teori-teori

    dalam kaunseling.

    7. Kaunseling mestilah berasaskan etika kaunseling yang baik.

    Peranan Guru Sebagai Kaunselor

    Semua sekolah perlu ada kaunselor

    Guru biasa perlu latihan minima untuk berperanan sebagai kaunselor

    1) Menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi sosial emosi akademik

    perkembangan mental dan akhlak.

    2) Menolong murid dalam pelajaran mereka

    Memperkenalkan sistem pendidikan

    Matlamat pelajaran

    Cara belajar

    Situasi persekitaran

    Peraturan sekolah

    Kepentingan mata-mata pelajaran

    3) Menyediakan perancangan persekolahan sesuai dengan kebolehan , minat dan

    perkembangan masing-masing.

    4) Memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan

    pelajaran.

    5) Menolong murid dalam proses menyelesaikan maslah pembelajaran.

    6) Menolong murid dalam membuat keputusan yang rasional.

    7) Menolong murid membuat tabiat kerja yang baik menghargai kerja dan

    membina sifat-sifat personality yang sempurna.

    8) Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan pelajar.

  • 8/3/2019 Kuliah 1 EDU3107

    5/5

    9) Mengisi KOD 001(rekod persekolahan) dan Kod 002 (rekod peribadi)

    10) Bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling dalam mengendalikan

    program.

    11) Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.

    12) Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang murid yang

    memerlukan pertolongan profesional.

    Kepentingan bimbingan dan kaunseling

    1. Memberi Maklumat

    - Masalah kebiasaannya timbul akibat kekurangan

    maklumat

    - Mendapat kefahaman yang jelas berhubung dengan

    sesuatu masalah bagi membantu klien mengatasinya

    2. Menggalakkan Celik Akal

    - Membantu klien memahami diri dan persekitaran

    - Mengentahui bahawa diri klien adalah punca masalah

    yang dihadapi

    3. Memberi Sokongan

    - Memberikan sokongan emosi, kemesraan bagi

    mengurangkan bebanan masalahnya

    4. Penyelesaian Konflik

    - Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara

    dua pihak

    - Membantu menerima perbezaan dan jalan

    penyelesaian yang menguntungkan

    - Mempelajari penggunaan perlakuan yang sesuai

    - Menolong klien menyelesaikan isu yang mengganggu

    - Menyelidik dan memahami bentuk tekanan

    jiwa/masalah yang dihadapi klien

    5. Membuat Keputusan

    - Membantu klien membuat keputusan

    - Mengemukakan cadangan dan berbincang sebelum

    sesuatu keputusan diambil.