kubur lama tanjung keramat, labuan 1.0 … kerja kubur lama tanjung keramat... · pendakwah...

28
KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 PENGENALAN Sejak zaman purba, setiap masyarakat mempunyai tempat perkuburan untuk kaumnya yang tersendiri. Ini adalah penting kerana ia melambangkan tingkat tamadun masyarakat itu termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan penguburan jenazah dan rupa bentuk kubur. Bagi masyarakat yang beragama Islam, aspek kubur dan perkuburan adalah penting meliputi hukum pembinaan struktur kubur, penziarahan, perbuatan serta amalan pada sesebuah kubur atau kawasan perkuburan. Kubur yang telah lama sememangnya mempunyai sejarah, cerita dan keistimewaan termasuk keunikannya mengikut peredaran zaman dan world view masyarakatnya. Aspek tapak perkuburan sangat penting kerana ia turut melambangkan imej masyarakat pada satu-satu zaman selain menjadi bukti material bagi pensejarahan berkenaan seseorang tokoh, golongan, agama atau kepercayaan mahupun kewujudan masyarakat itu sendiri termasuklah peristiwa yang pernah berlaku. Adakalanya kubur lama terbiar begitu sahaja dan terdapat juga kubur yang terus terpelihara meski telah berdekad atau berkurun lamanya. Di Labuan, terdapat sebuah perkuburan lama yang dipanggil Perkuburan Islam Tanjung Keramat. Gambar 1.1 - Illustrasi pemandangan sebahagian Pulau Labuan pada awal penyerahan kepada British Lokasinya terletak sedikit ke arah timur pulau Labuan dan kedudukannya berada di atas tebing tinggi di pinggir laut serta agak berada di hujung sebuah tanjung serta terpencil daripada tempat tempat awam. Namun demikian akses untuk ke tempat ini agak mudah. Perkuburan ini berkeluasan 2.708 hektar dan lokasinya kira-kira 4.5 km dari pusat bandar Labuan. Tanah perkuburan ini terbahagi kepada dua lot iaitu tapak kubur lama dan tapak kubur baharu. Tapak kubur lama yang mengandungi 60-70 buah kubur dipisahkan oleh sebatang anak sungai dan terletak di hujung kawasan

Upload: dangdien

Post on 17-Mar-2019

259 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN

1.0 PENGENALAN

Sejak zaman purba, setiap masyarakat mempunyai tempat perkuburan untuk

kaumnya yang tersendiri. Ini adalah penting kerana ia melambangkan tingkat

tamadun masyarakat itu termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan

pengurusan penguburan jenazah dan rupa bentuk kubur. Bagi masyarakat yang

beragama Islam, aspek kubur dan perkuburan adalah penting meliputi hukum

pembinaan struktur kubur, penziarahan, perbuatan serta amalan pada sesebuah

kubur atau kawasan perkuburan. Kubur yang telah lama sememangnya mempunyai

sejarah, cerita dan keistimewaan termasuk keunikannya mengikut peredaran zaman

dan world view masyarakatnya. Aspek tapak perkuburan sangat penting kerana ia

turut melambangkan imej masyarakat pada satu-satu zaman selain menjadi bukti

material bagi pensejarahan berkenaan seseorang tokoh, golongan, agama atau

kepercayaan mahupun kewujudan masyarakat itu sendiri termasuklah peristiwa

yang pernah berlaku. Adakalanya kubur lama terbiar begitu sahaja dan terdapat

juga kubur yang terus terpelihara

meski telah berdekad atau berkurun

lamanya.

Di Labuan, terdapat sebuah

perkuburan lama yang dipanggil

Perkuburan Islam Tanjung Keramat.

Gambar 1.1 - Illustrasi pemandangan sebahagian Pulau Labuan pada awal penyerahan kepada British

Lokasinya terletak sedikit ke arah timur pulau Labuan dan kedudukannya berada di

atas tebing tinggi di pinggir laut serta agak berada di hujung sebuah tanjung serta

terpencil daripada tempat – tempat awam. Namun demikian akses untuk ke tempat

ini agak mudah.

Perkuburan ini berkeluasan 2.708 hektar dan lokasinya kira-kira 4.5 km dari pusat

bandar Labuan. Tanah perkuburan ini terbahagi kepada dua lot iaitu tapak kubur

lama dan tapak kubur baharu. Tapak kubur lama yang mengandungi 60-70 buah

kubur dipisahkan oleh sebatang anak sungai dan terletak di hujung kawasan

Page 2: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

perkuburan manakala tapak kubur baharu berhampiran kawasan pondok rehat dan

parkir kereta mempunyai lebih daripada 200 buah kubur. Sebuah jambatan konkrit

kecil dibina merentasi anak sungai sebagai laluan ke tapak kubur lama tersebut.

Untuk sampai ke lokasi ini, pengunjung perlu terlebih dahulu melalui Jalan Jumidar

Buyong atau Jalan Tanjung Purun dan melalui Jalan Tanjung Batu. Kawasan utama

yang dilalui adalah Memorial Perang Dunia Kedua Labuan dan juga perkuburan

orang-orang Kristian, kawasan Kompleks Darul Kifayah dan seterusnya di Tanjung

Taras, Membedai sebelum sampai ke lokasi yang dipanggil Tanjung Keramat.

Peta 1.1 - Peta lokasi perkuburan lama Tanjung Keramat, Labuan.

2.0 ASAL –USUL PERKUBURAN TANJUNG KERAMAT

2.1 Sejarah Tapak Perkuburan Tanjung Keramat

Menurut Haji Sawi bin Matnor, 65, (pesara Sabah Shell dan generasi ke-5, waris si

mati yang bernama Jamudin bin Jumat), Tanjung Keramat mendapat namanya

sempena amalan Tunku Syarif Kedah yang menjadikan sebuah tanjung kecil

sebagai lokasi beramal dan bertapa untuk meningkatkan ilmunya. Beliau dikatakan

Page 3: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

gigih menyebarkan agama Islam

kepada penduduk tempatan dan

suka membantu orang di dalam

keadaan darurat. Oleh kerana beliau

dipandang tinggi atas ciri-ciri

kealiman, pakar rujuk agama dan

mempunyai unsur-unsur kesaktian,

kuasa mengubati penyakit dan

keajaiban diperoleh daripada ayat suci al-Quran, beliau dikenali sebagai ‘keramat’

yang bererti ‘mulia’ dan memiliki ‘kekudusan istimewa’ di kalangan penduduk

tempatan. Tempat beliau beramal tersebut kemudiannya dinamai Tanjung Keramat

sehingga kini. Mengikut catatan sejarah, Tunku Syarif Kedah yang dilahirkan di

Mekah telah datang ke Labuan pada 1896 untuk meniaga dan turut terkenal sebagai

pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan

dimakamkan di tanah perkuburan Islam Rancha-Rancha, Labuan.

2.2 Masyarakat Yang Dikebumikan

Tanah perkuburan tersebut menempatkan perkuburan awal orang-orang Kadayan

di Labuan. Orang Kadayan di Labuan berasal dari Brunei dan merupakan golongan

yang terawal mendiami Labuan bersama dengan orang-orang Brunei. Penghijrahan

orang Kadayan secara kecil-kecilan ke pulau Labuan dipercayai berlaku sebelum

era kedatangan penjajah British sekitar pertengahan 1840-an. Mereka adalah

pengiring raja di Brunei dan dikatakan memiliki kekuatan dan kesetiaan yang tinggi

untuk mengawal rajanya. Masyarakat Kadayan pada asalnya merupakan golongan

petani khususnya penanam padi dan mereka sememangnya dikenali sebagai kaum

yang memiliki kerajinan tangan serta berpengetahuan tinggi dalam perubatan

tradisi. Orang-orang Kadayan lebih gemar tinggal di kawasan darat berbanding

orang Brunei yang mendiami kawasan kampung air.

Menurut Haji Sawi, antara kampung-kampung yang menggunakan

perkuburan tersebut adalah Kampung Nagalang, Kampung Kerupang, Kampung

Pantai dan Kampung Tanjung Aru selain beberapa buah kampung yang lain. Dari

segi jarak, kampung-kampung ini lebih hampir dengan Tanjung Keramat. Namun

Page 4: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

demikian majoriti orang Kadayan mendiami kampung Bukit Kuda. Pada masa

dahulu, tidak terdapat jalan darat untuk ke lokasi tersebut selain ia dikelilingi oleh

hutan tebal di sebelah darat. Satu-satunya akses ke tanah perkuburan ini ialah

dengan menggunakan perahu atau sampan di pinggir pantai untuk menghantar

jenazah dari kampung untuk dikebumikan di tanah perkuburan ini. Kebetulan

terdapat muara anak sungai yang memudahkan laluan masuk dan naik ke atas

tebing untuk mengebumikan jenazah mengebumikan jenazah.

Gambar 2.2.1 - Kawasan pinggir pantai dan muara anak sungai yang dijadikan laluan masuk ke

tanah perkuburan pada masa dahulu.

Menurut Haji Sawi, Jamudin bin

Jumat merupakan moyangnya dan

berasal dari Brunei. Beliau dikenali

sebagai “Juruk” atau panglima (ketua

angkatan) oleh masyarakat Kadayan

kerana kebolehannya memimpin

orang-orang Kadayan melindungi

raja (sultan Brunei) terutama setiap

kali berlaku pertelingkahan dan

situasi cemas di kalangan pembesar-

pembesar yang berebutkan takhta

dan kedudukan.

Gambar 2.2.2 – Haji Sawi bin Matnor (kiri), menunjukkan salasilah keturunan Jamudin bin Jumat

Kumpulan ini berhijrah ke Labuan kerana mahu mengelak daripada suasana

kekacauan dan pertelingkahan yang sering berlaku di Brunei. Mereka juga dikatakan

Page 5: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

meninggalkan Brunei kerana tidak bersetuju dengan amalan sesetengah pembesar

yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Di Labuan, mereka terlibat

dalam mengusir lanun-lanun yang mengganggu aktiviti penduduk tempatan di

sekitar perairan berhampiran. Beliau dan pengikutnya dipercayai sudah berada di

Labuan sewaktu penyerahan Labuan kepada pihak British yang dilakukan pada

tahun 1846. Apabila meninggal dunia, beliau dimakamkan di Tanjung Keramat.

Walau bagaimanapun, warisnya tidak mempunyai maklumat yang tepat berkenaan

tarikh beliau meninggal dunia. Mereka hanya mendakwa Jamudin adalah antara

orang terawal yang disemadikan di tanjung Keramat. Anaknya yang bernama

Brahim iaitu pemilik asal tanah tersebut telah mewakafkan tanah tersebut sebagai

tanah perkuburan orang Islam. Beliau turut dikebumikan di situ pada 1903

berdasarkan pada batu nisan kubur.

Haji Sawi juga tidak pasti siapakah orang pertama atau kumpulan orang

pertama yang dikebumikan di Tanjung Keramat dan bilakah tanah perkuburan

tersebut mula-mula digunakan. Selain itu, beliau juga tidak pasti secara tepat

penduduk kampung manakah yang mengebumikan jenazah pertama di Tanjung

Keramat. Tinjauan dan penelitian yang dilakukan di kubur-kubur tersebut mendapati

terdapat kubur yang nisannya diukir dengan tarikh seawal tahun 1330 Hijrah (1887

M). Terdapat banyak kubur yang sukar dikesan tarikhnya kerana ukiran pada nisan

telah pudar sama sekali. Ini menunjukkan sebahagian kubur –kubur tersebut lebih

lama usianya berbanding yang masih mempunyai ukiran tarikh dan nama si mati.

Seorang lagi suku Kadayan, Pangeran Haji Salleh bin Pangeran Hashim, 87, yang

menetap di Kampung Durian Tunjong mempunyai ramai ahli keluarga yang

dikebumikan di Tanjung Keramat. Nenek, bapa saudara, ibu dan isteri beliau adalah

antara ahli keluarga yang disemadikan di Tanjung Keramat. Beliau menyatakan

terdapat sebatang pohon yang dipanggil pokok keramat di lokasi berhampiran kubur

lama tersebut. Selain itu beliau juga mengatakan bahawa hanya laluan air yang

boleh digunakan sebagai jalan untuk mengebumikan jenazah di Tanjung Keramat

pada waktu dahulu khususnya sebelum tahun 1950-an.

Menurut sejarah, pulau utama Labuan tidak mempunyai penghuni tetap sebelum

kedatangan pihak British. Labuan hanya dijadikan sebagai tempat berlindung dan

oleh pedagang-pedagang kecil dan nelayan daripada keadaan cuaca buruk. Selain

Page 6: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

itu, Labuan juga dijadikan tempat berlindung daripada lanun yang sering

mengganggu aktiviti pelaut di perairan sekitar. Labuan juga pernah dijadikan

sebagai persinggahan sementara oleh utusan Sepanyol dari Manila yang ingin

mengadap Sultan Brunei pada 1685. Petempatan tetap hanya wujud di Labuan

selepas Labuan diambil alih dan ditadbir oleh koloni British yang melihat Labuan

sebagai sangat berpotensi dari segi ekonomi perdagangan yang melibatkan

kegiatan pelabuhan dan pertahanan kelautan.

Sebagai perbandingan kubur lama lain yang direkodkan di pulau ini adalah kubur

James A. Gordon (1847) dan Sarjan Adam C. Sutherland (Mei 1847), kedua-duanya

warga British yang terlibat dalam persiapan penyerahan pulau Labuan kepada

British pada 1846. Pada mulanya kubur tersebut terletak di Burial Ground

berhampiran Ramsay Point di Jalan Tanjung Purun namun telah dialihkan ke

Taman Botanikal Labuan akibat ancaman hakisan pantai. Terdapat juga kubur

masyarakat Cina di Sungai Keling bertarikh 1853 dan 1854 namun ianya merupakan

kubur pekerja lombong arang batu yang dipercayai dikebumikan di Tanjung Kubong

sebelum kubur-kubur ini dialihkan ke Sungai Keling. Selain itu terdapat juga kubur

lama orang Islam di Kampung Ganggarak dan Kampung Sungai Labu namun tidak

mempunyai maklumat lanjut.

Kubur di Tanjung Keramat menggunakan banyak batu bersaiz besar yang dipercayai

diambil dari pinggir pantai. Batuan tersebut dibawa ke kawasan kubur dan dibentuk

khas seperti lazimnya kubur lama dan dijadikan struktur kubur. Terdapat batu nisan

yang didirikan dengan saiz mencecah ketinggian 38 inci, lebar 16 inci dan tebal 10

inci. Terdapat juga ukiran nama dan tarikh kematian pada batu nisan menggunakan

tulisan jawi.

Page 7: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

Gambar 2.2.3 – Pemandangan kubur lama Tanjung Keramat, Labuan.

Gambar 2.2.4 – Batu-batu yang berada di pinggiran pantai untuk dibuat sebagai nisan.

Kubur paling lama yang menggunakan nisan kayu pula mempunyai tarikh 1331

Hijrah dan meninggal ketika berusia 100 tahun. Kubur-kubur di kawasan ini

mempunyai struktur yang hampir sama di antara satu sama lain dari segi

penggunaan dan tata letaknya. Beberapa buah kubur telah ditambah baik

sebahagian strukturnya menjadikannya seperti kubur moden. Terdapat juga pohon

– pohon kayu yang besar di bahagian tengah kawasan perkuburan tersebut. Saiz

kawasan perkuburan juga kian mengecil kerana pertambahan kubur-kubur baharu.

Apa yang menarik pada kubur tersebut adalah simbol berupa ukiran bintang yang

terdapat pada sesetengah batu nisan. Sewaktu tinjauan dilakukan, terdapat simbol

bintang berbucu lima dan juga berbucu enam di dalam petak segi tiga yang turut

diukir pada nisan kubur tersebut. Sesetengah nisan kubur turut diukir dengan bulan

atau bulan dan bintang.

Page 8: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

Gambar kiri : Nisan yang diperbuat daripada kayu. Gambar tengah : Nisan batu berukiran bintang berbucu enam. Gambar kanan : Nisan batu dengan ukiran bulan dan bintang berbucu lima.

Kebanyakan ukiran maklumat nama dan tarikh kematian juga telah pudar dan sukar

dikesan. Tinjauan juga mendapati batu-batunya yang digunakan sebagai struktur

kubur telah rebah dan tidak teratur berkemungkinan disebabkan faktor usia kubur itu

sendiri. Batu-batu yang digunakan sebagai penanda kubur ini dipercayai

mempunyai rupa, bentuk dan warna asli yang cantik sewaktu mula-mula digunakan.

Tanah perkuburan lama Tanjung Keramat diancam runtuhan tebing atas faktor semulajadi

Pada masa dahulu, kawasan tebing di Tanjung Keramat menganjur lebih jauh ke

arah laut tapi berlaku hakisan tebing atas faktor semulajadi sehingga mengakibatkan

Page 9: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

enam buah kubur lama telah runtuh bersama tebing setakat ini. Keadaan tersebut

masih berlaku sehingga kini dan keadaan agak kritikal bagi sebahagian lagi kubur

jika berlaku runtuhan besar pada tebing. Rekod menunjukkan pemilik tanah asal

bagi perkuburan itu adalah Brahim bin Jamudin dengan tarikh 1902. Pada masa ini

hal-ehwal perkuburan Tanjung Keramat diurus oleh pihak PEWARIS yang

merupakan persatuan waris-waris keluarga orang yang disemadikan di perkuburan

ini. PEWARIS dinaungi oleh YB Datuk Rozman bin Isli iaitu Ahli Parlimen Labuan

merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan. Bahagian Masjid dan Tanah

Perkuburan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut mentadbir

tanah perkuburan ini.

Jika dilihat dari segi struktur kubur, tanah perkuburan ini agak unik berikutan

penggunaan batu-batu sungai atau pinggir laut yang bersaiz besar dan dibentuk

dengan cantik. Pemandangan di perkuburan ini sangat mendamaikan dengan bunyi

desiran ombak yang menghempas pantai berdekatan serta pepohonan kayu yang

besar di tengah perkuburan lantas menimbulkan suasana serta gambaran ‘keramat’

yang tenang. Kawasan kubur sentiasa dijaga dengan rapi dan tampak selalu

diziarahi oleh orang ramai.

3.0 PENGARUH DAN SIMBOL BATU NISAN

3.1 Pengaruh dan Simbol Batu Nisan Secara Umum

Kekuatan dan pengaruh simbol pada batu nisan mampu mengakui, mempercayai

dan mengubah persepsi tingkah laku manusia yang dianggap keramat dan

mempunyai magis maka tidak hairanlah tapak perkuburan lama di Tanjung Keramat

dijadikan lokasi pertapaan dan pengasingan diri untuk beramal di kalangan orang

bijak pandai dan berilmu. Simbol adalah lokasi tanda dalam hubungan ritual

kematian khususnya masyarakat Islam di Borneo yang menggambarkan pemikiran

dan idea yang terkandung dalam mitos kepercayaan. Beberapa simbol yang sering

menghiasi batu nisan berupa bulan dan bintang berbucu 5 atau 6 yang tidak dapat

dipastikan maksudnya sebenarnya selain daripada gambaran langsung simbol

Page 10: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

agama Islam.. Dipercayai pada zaman dahulu terdapat segelintir kumpulan yang

mengamalkan dan mempercayai sesuatu aliran cabang agama yang hanya difahami

oleh mereka sahaja. Simbol itu jika diperkatakan menjadi isu sensitif di kalangan

waris si mati. Ternyata simbol-simbol itu mempunyai makna khusus dan bukan

dikukir sebarangan pada batu nisan. Ada orang yang meninggal dan dimakamkan di

tempat itu mempunyai kedudukan atau kriteria tertentu sehinggakan batu nisannya

harus diberikan simbol yang menggambarkan pengaruhnya dalam masyarakat.

Temubual dengan beberapa responden mengesahkan sebahagian simbol yang

terdapat pada batu nisan si mati mempunyai hubungan dengan kuasa, pengaruh

dan kedudukan si mati dalam masyarakat semasa hayatnya. Walau bagaimanapun

kebanyakan waris si mati enggan mendedahkan maklumat lanjut.

Penyelidikan yang dilaksanakan merungkai misteri perkuburan lama di

Tanjung Keramat yang dipercayai berusia melebihi 100 tahun berdasarkan

keterangan dan rekod dalam batu nisan di samping menghuraikan kepelbagaian

motif, lambang dan ukiran ayat-ayat al-quran. Tulisan yang dipahat mencatatkan

tarikh dan nama si mati, serta petikan ayat-ayat al-quran. Masyarakat setempat

dahulunya menganggap batu nisan ini melambangkan keimanan si mati dan boleh

dianggap keramat. Pada masa dahulu, unsur-unsur keramat dan magis berleluasa

dalam sosio budaya masyarakat Melayu di Borneo sungguhpun kepercayaan ini

adalah syirik dan bercanggah dengan akidah Islam. Batu nisan yang ada di situ

diperbuat daripada batuan sungai atau pinggir laut yang bersifat tahan lasak serta

kelihatan gah.

3.2 Pengaruh Simbol Di Perkuburan Lama Tanjung Keramat

Hasil daripada pemerhatian pada batu-batu nisan yang terdapat di

perkuburan Tanjung Keramat, terdapat beberapa simbol atau corak yang diukir

pada batu-batu nisan tersebut iaitu :-

a) Simbol Bintang Berbucu Enam

Page 11: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

Gambar 3.2.1 – Bintang Berbucu Enam

Bintang enam merupakan simbol atau lambang yang paling banyak digunakan

dalam sejarah agama-agama yang terdapat di dunia seperti Yahudi, Kristian,

Buddha, Hindu dan tidak terkecuali di dalam agama Islam sendiri. Simbol bintang

berbucu enam ini pada asalnya merupakan hak milik bangsa Arab Kan’an (bangsa

asal Palestin). Sejak ribuan tahun dahulu lagi mereka menggunakan simbol ini

sebagai lambang bagi kaum mereka. Simbol bintang bucu enam atau juga dikenali

sebagai Bintang Daud (Nabi Daud a.s) kerana simbol ini terus digunakan pada

zaman pemerintahan Nabi Daud a.s dan seterusnya digunakan dalam

pemerintahan anakanda baginda iaitu Nabi Sulaiman a.s. Nabi Sulaiman

menjadikan bintang bucu enam ini sebagai cop mohor kerajaan agung baginda.

Simbol ini terus dikekalkan pada Dinasti Khilafah Ayyubiyyah ketika Salahuddin

Al-Ayubi mengalahkan tentera Salib di Jerusalem dan beliau mengambil simbol ini

bagi menghormati bangsa asal Palestin iaitu bangsa Arab Kan’an yang telah

memeluk agama Islam. Pada mimbar, tingkap dan dinding-dinding marmar Masjidil

al-Aqsa juga menggunakan simbol ini. Mimbar itu dikatakan berusia hampir

mencecah seribu tahun.

Gambar 3.2.2 – Mimbar yang terdapat di dalam Masjid Al-Aqsa, Palestin.

Seterusnya, simbol bintang berbucu enam ini pernah menjadi perlambangan

yang digunakan pada masa Dinasti – dinasti Islam Abad Pertengahan, terutama

pada era kegemilangan Kekhalifahan Turki Uthmaniyah. Di zaman kegemilangan

Page 12: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

dinasti Khilafah Turki Uthmaniyah, simbol dan lambang bintang bucu enam ini

banyak digunakan di masjid-masjid, mimbar masjid, duit syiling, bendera peribadi

pasha (gelaran untuk pangkat kedudukan yang tinggi dalam politik empayar dinasti

Uthmaniyah Turki) dan makam perkuburan Islam sebagai corak hiasan.

3.2.3 - Gambar batu nisan yang mempunyai simbol bintang enam yang terdapat di

perkuburan lama Tanjung Keramat, Labuan.

Simbol ni jugak digunakan sebagai bendera negeri Karamanid (Karamanoğlu)

pada kurun ke-13 di mana negeri ni adalah antara negeri terkuat di Anatolia.

Zaman ini ia dikenali sebagai wilayah Karaman di negara Turki.

Gambar 3.2.4 - Duit syiling Emiriah Maghrib Bendera Emiriah Karamanid Anatolia Turki

Antara masjid-masjid yang mempunyai simbol segitiga enam yang terdapat di

beberapa negara ialah Masjid al-Khalil di Hebron Palestin, Humayun Tomb di India,

Masjid Sultan Mamluk berdekatan dengan Universiti Al- Azhar di Cairo Mesir,

Masjid Bakhchysaray di wilayah Crimea Russia dan Masjid Zahir di Alor Setar

Kedah, Malaysia.

Page 13: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

Simbol bintang enam yang terdapat di masjid Zahir di Alor Setar, Kedah, Malaysia.

Gambar 3.2.5 - Humayun Tomb di India

b) Simbol Bulan dan Bintang

Simbol bintang bucu lima dan bulan sabit amat sinonim di kalangan kita pada

hari ini terutamanya yang beragama Islam kerana simbol ini boleh dilihat di mana-

mana masjid yang dibina di seluruh dunia. Umat Islam sering menggunakan simbol

ini jika terdapat peristiwa atau perkaitan dengan umat Islam. Simbol ini biasanya

diletakkan di atas kubah-kubah masjid dan di dinding-dinding masjid. Jika

diperhatikan pada masa ini, hampir separuh negara-negara di dunia menggunakan

lambang atau simbol bulan serta bintang ini di bendera-bendera kebangsaan

mereka termasuklah negeri-negeri di dalam Malaysia sendiri.

Page 14: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

Simbol bulan dan bintang yang diukir pada batu nisan di perkuburan lama Tanjung

Keramat, Labuan menjadi satu kepelikan kerana simbol semacam itu belum pernah

ditemui di mana-mana batu nisan kubur di Malaysia.

Penggunaan simbol bulan bintang terjadi setelah Sultan Mehmet II (Muhammad Al

– Fatih) berjaya menakluk kota Konstantinopel (Empayar Byzantine) pada 1453.

Islam diidentitikan dengan bulan sabit dan bintang berdimensi lima. Rasanya tidak

cukup cantik jika di puncak sesebuah kubah atau menara masjid tidak mempunyai

lambang bulan dan bintang bahkan tiada sesiapa yang akan membantah bahawa

kedua-duanya dikaitkan sebagai simbol Islam.

Gambar 3.2.6 – Batu nisan di Perkuburan Islam Tanjung Keramat, Labuan

Simbol bulan dan bintang ini berkemungkinan diukir di batu nisan tersebut

sebagai perlambangan kepada tempat pengebumian jenazah orang Islam. Maka

perkaitan antara simbol bintang enam ini dengan simbol yang terdapat di batu –

batu nisan di tanah perkuburan Islam Tanjung Keramat wujud persamaan iaitu

simbol yang sama. Sebelum itu diingatkan bahawa pada awalnya pulau Labuan ini

dibuka dan didiami oleh penduduk dari Brunei yang datang berhijrah dari tanah

Brunei bagi mengelak daripada suasana kekacauan dan peperangan kecil yang

berlaku di Brunei. Menurut Haji Sawi bin Matnor, 65, perkuburan lama tersebut

merupakan perkuburan awal orang-orang Kedayan di Labuan. Orang Kedayan di

Labuan sememangnya berasal dari negara Brunei.

Pada tahun 808 H (1404 M) ada sembilan (9) ulama dari Kekhalifahan Islam di

Turki atas perintah Sultan Muhammad Jalabi ke tanah Jawa melalui Kesultanan

Page 15: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

Samudra-Pasai (Aceh Darussalam). Sejak menjadi sebahagian dari Khilafah

Islamiyah, Kesultanan Samudra-Pasai telah menjadi pusat pendidikan agama dan

banyak menghasilkan ahli - ahli agama yang akan dikirim ke seluruh penjuru

Nusantara untuk menyebarkan dakwah. Dakwah Islam secara besar-besaran ke

Nusantara dimulai dari Pasai dan menyebar melalui dua jalur iaitu, Jalur Melaka

dan Jalur Giri di Gresik, Jawa.

Dakwah besar-besaran dari Samudra-Pasai (Aceh Darussalam) sang Serambi

Mekah telah berjaya memunculkan kesultanan-kesultanan Islam berikutnya di

seluruh Nusantara mulai abad ke-15 M hingga awal abad ke-19 Masihi. Di antara

kesultanan-kesultanan yang berdiri adalah Kesultanan Brunei Darussalam, berdiri

pada tahun 1402 Masihi di Kalimantan Utara dengan Awang Alang Betatar,

seorang Raja Brunei yang masuk Islam sebagai sultan pertamanya dengan gelaran

Sultan Muhammad Syah.

Jika merujuk sejarah, berdasarkan catatan China dan orang Arab

menunjukkan bahawa kerajaan Brunei Darussalam pada awalnya berada di muara

Sungai Brunei. Kerajaan itu memiliki wilayah yang cukup luas meliputi Sabah,

Brunei dan Sarawak yang berpusat di Brunei. Pada awal abad ke-15, Kerajaan

Melaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya

dan kemudian mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan

agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15.

Selepas kejatuhan Kerajaan Islam Melaka kepada Portugis pada tahun 1511

Masihi, ramai ahli-ahli agama yang menetap di Melaka telah berhijrah ke Brunei.

Pada masa yang sama kejatuhahan kerajaan Melaka ke tangan Portugis tersebut

telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka,

sehingga Kesultanan Brunei mencapai zaman kegemilangannya dari abad ke-15

hingga abad ke-19 sewaktu memperluas kekuasaannya ke seluruh pulau Borneo

dan ke Filipina di sebelah utaranya. Kesultanan Brunei telah menjadi satu kuasa

Islam yang kuat dan disegani di Asia Tenggara ketika itu. Justeru Kesultanan Islam

Brunei telah menjalinkan hubungan yang baik dengan Khilafah Turki Uthmaniah

yang merupakan satu kuasa besar Islam dunia pada masa itu yang menaungi

semua wilayah – wilayah Islam dan menjadi rujukan serta tempat meminta

pertolongan jika terdapat masalah terhadap umat Islam di seluruh dunia.

Page 16: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

Dalam sebuah literatur menyebutkan adanya hubungan antara Kesultanan

Brunei Darussalam dengan Kerajaan Aceh Darussalam. Hal tersebut

dilatarbelakangi adanya kesamaan budaya dan agama serta menyatakan diri

sebagai bahagian dari kekhalifahan Uthmaniah di Turki. Ini membuktikan bahawa

pengaruh simbol – simbol ini datang daripada Dinasti Khilafah Uthmaniah di negara

Turki.

Page 17: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

3.3 Gambar dan ilustrasi simbol dan tulisan pada batu nisan

هللا رسوال محمد هللا اال الاله Tiada Tuhan yang melainkan Allah,

Muhammad Pesuruh Allah

اني عالمت Tempat dimana

بن طهير محمد قوبر Kubur Muhammad Tahir bin

صليح محمد Muhammad Sholeh

١٣٥٣ تاهون Tahun 1353H

Page 18: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

كوروس بن متصفر

محمدMuhammad

هللا رسوال Rasulullah

عالمتTempat

قو اني بهو Bahawa ini ku-

تمت بليو بر bur beliau Temit

عبدهللا انق anak Abdullah

١٣١٥ 1315 (H)

Page 19: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

هللا لرسو محمد

عالمت اني Ini tempat

قوبوررجوkubur Raju

رحامودينRahamudin

جومت انق anak Jumit

١٣

اصدAsad

نايم بنتي Binti Naim

١٣٥٦ 1356

Page 20: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

عالمتTempat

اسمعيل قوبور اين Dimana kubur Ismail

الهير بن Bin Lahir

١٣٤٩ تاهون Tahun 1349

هللا اال الاله Tiada Tuhan selain Allah

هللا لرسو محمد Nabi Muhammad Pesuruh Allah

الطيفه سيتي قبر اين Siti Lathifah

مانن نتي binti Manan

١٣٥٥

Page 21: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

هللا اال الاله Tiada tuhan melainkan Allah

هللا رسوال محمد Nabi Muhammad Pesuruh Allah

محمد قوبور اين Ini kubur Muhammad

محمد بن صحان Sohan bin Muhammad

١٣٥٣ تاهون Tahun 1353

قوبور اين عالمت Tempat dimana makam

اوسين الجن بن بليو Beliau Lajin bin Usin

ساول ٣ 3 Syawal

١٠٠ اومور Umor 100

١٣٤١ 1341 (H)

Page 22: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

تونجور بنتي موت Mun binti Tunjur

٢٩صفر Safar 29

١٣٥٧ 1353

Page 23: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

4.0 PENUTUP

Kewujudan perkuburan lama Tanjung Keramat membuktikan Labuan telah dihuni

oleh masyarakat beragama Islam sejak ratusan tahun yang lalu. Penggunaan batu-

batu sungai atau pinggir laut sebagai nisan dan struktur kubur adalah satu kelaziman

memandangkan tidak terdapat pembuat nisan komersil pada zaman dahulu.

Walaupun aspek kemewahan atau kemegahan kubur tidak diutamakan sepertimana

yang berlaku pada hari ini, tanda kubur yang nyata adalah penting bagi

menunjukkan tamadun masyarakat Islam Kadayan pada zamannya. Apa yang

diutamakan hanyalah nama, keluarga dan tarikh kematian si mati. Struktur kubur

hanyalah sebagai tanda bagi menghargai atau memperingati ahli keluarga yang

telah meninggal dunia dan simbol yang turut diukir pada nisan lebih kepada

melambangkan agama Islam sebagai agama si mati ketika dalam hayatnya. Selain

itu, masyarakat zaman dahulu juga menerima pengaruh Islam dari negara-negara

seperti Arab dan Turki lantas sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran dan

kepercayaan masyarakat akan simbol yang dipercayai sesuai untuk diletakkan di

nisan kubur seperti mana simbol di sesetengah masjid. Orang-orang pada zaman

dahulu sengaja menggunakan batu sungai sebagai asas pembinaan ataupun

sebagai penanda kubur. Penggunaan batu sungai digalakkan dalam Islam kerana ia

bersifat hidup dan semulajadi, tahan lama dan lasak. Batu ini juga sebenarnya

kelihatan cantik dan menarik semasa ia mula-mula digunakan. Selain daripada itu,

orang-orang kampung juga sebenarnya menunjukkan yang mereka tidak berharta

dan hanya menggunakan batu sungai sebagai penanda kubur. Ketiadaan binaan

tambahan yang berlebihan di atas kubur dilihat sebagai memuliakan dan mengingati

ahli keluarga mereka yang telah pergi buat selama-lamanya.

Page 24: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

GALERI GAMBAR KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN

Sebahagian pemandangan tapak perkuburan lama Tanjung Keramat

Pohon – pohon besar dan berusia melatari pemandangan tapak perkuburan

Page 25: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

Sebahagian struktur kubur yang telah rebah dan berselerakan

Sebuah kubur lama bertarikh 1330 H (1887 M) yang telah ditambah dengan nisan baharu

Page 26: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

Jambatan kecil merentangi anak sungai untuk laluan ke tapak perkuburan lama

Tapak kubur sebuah keluarga ini terletak berdekatan dengan tebing tinggi

Page 27: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

Haji Sawi ketika ditemui di kediamannya di Taman Tanvilla, Labuan

Kakitangan penyelidik Muzium Labuan bersama Haji Sawi bin Matnor di kediamannya

Page 28: KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT, LABUAN 1.0 … Kerja Kubur Lama Tanjung Keramat... · pendakwah meninggal dunia dalam tahun 1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah perkuburan

RUJUKAN

Haji Sawi bin Matnor (Orang Kadayan Labuan) Bekas pekerja Sabah Shell Cicit kepada Jamudin bin Jumat AJK PEWARIS Kubur Tanjung Keramat Umur : 65 tahun Pangeran Haji Salleh bin Pangeran Hashim (Orang Kadayan Labuan) Pesara Pos Malaysia Bekas Imam Masjid dan Jurunikah Bekas Pengerusi PEWARIS Kubur Tanjung Keramat Umur : 87 tahun Bahagian Pengurusan Masjid dan Tanah Perkuburan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan

Daftar Pustaka

http://www.kompasiana.com/a_baybar_roodee/bintang-daud-di-kalangan-

islam_551b2127a333114f21b65d4f

http://www.jurukunci.net/2011/12/asal-usul-penggunaan-lambang-bulan.html

http://www.kompasiana.com/gatotswandito/bintang-daud-jadi-simbol-parpol-islam-kenapa-

tidak_55b874713eafbd3c1384d490

https://generasisalaf.wordpress.com/2014/07/16/simbol-bintang-6-israel-sebenarnya-milik-

bangsa-palestina/

http://ahmadzaki82.blogspot.my/2014/07/sejarah-simbol-bintang-bucu-6-israel.html

https://youchenkymayeli.blogspot.my/2013/11/sejarah-masuknya-islam-di-brunei.html

http://khilafatulmuslimin.com/ikatan-sejarah-brunei-darussalam-dan-aceh-darussalam/