kubur berkata sewaktu sewaktu jenazah fatimah az-zahra hendak dikebumikan

Upload: denny-rivani

Post on 07-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Kubur Berkata Sewaktu Sewaktu Jenazah Fatimah Az-zahra Hendak Dikebumikan

    1/2

    KUBUR BERKATA SEWAKTU SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ-ZAHRA HENDAK

    DIKEBUMIKAN.

    Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4

    orang, antara :-

    1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

    2. Hasan (anak Fatima r.a)

    3. Husin (anak Faimah r.a)

    4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

    Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata

    kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepadakamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."

    Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang

    bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan

    selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku

    (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

    Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah

    melazimkan empat perkara semuanya :-

    1. Hendaklah ia menjaga solatnya

    2. Hendaklah dia bersedekah

    3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an

    4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan

    membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

    Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

    1. Jangan berdusta

    2. Jangan mengkhianat

    3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)

  • 8/3/2019 Kubur Berkata Sewaktu Sewaktu Jenazah Fatimah Az-zahra Hendak Dikebumikan

    2/2

    4. Jangan kencing sambil berdiri

    Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana

    sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."

    Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia

    seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya

    kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan

    tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah

    dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

    Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang

    dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari inikalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu

    kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka

    mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

    Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap

    soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah

    amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya

    dan begitu juga seterusnya.