kuasa ig edisi intro

13
RAHSIA KUASA IG EDISI PENGENALAN RAHSIA JANA RM15K TERBONGKAR

Upload: amirul-iman

Post on 15-Sep-2015

38 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Sila private message untuk dapatkan Kuasa IG Edisi Advanced https://www.facebook.com/messages/amiruliman91

TRANSCRIPT

  • RAHSIA

    KUASA IG

    EDISI

    PENGENALAN RAHSIA JANA RM15K TERBONGKAR

  • As salam w.b.t.. Hai pembaca sekalian..

    Nama saya di FB ialah Amirul Iman. Jadi boleh panggil saya Amirul ye Saya merupakan

    Marketing Director kepada syarikat Magic Hijab Enterprise yang baru sahaja berumur 5

    bulan pada saat ebook ini ditulis.

    Izinkan saya berceloteh dalam format yang santai ye. Mudah saya sampaikan, dan mudah

    untuk tuan puan hadamkan kisah yang akan saya ceritakan. Tajuk ebook ini ialah Rahsia Jana

    RM 15k Terbongkar kan? Sebenarnya bukan RM15k jualan yang telah kami jana. Tapi

    Bulan Pertama Tak cecah RM2 000

    Bulan Kedua RM5 000

    Bulan Ketiga RM15 000

    Bulan Keempat Hampir RM20 000..

    Bulan Kelima Baru masuk..

    Kalau nak dikirakan, jumlah 5 bulan ini kami Berjaya meraih lebih daripada RM40 000.

    Semuanya dengan bantuan aplikasi Instagram. Itulah Kuasa Instagram!

  • POTENSI

    BERNIAGA DI

    INSTAGRAM

  • Platform Instagram masih belum di eksploitasi sepenuhnya oleh ramai peniaga-peniaga

    online terutamanya peniaga-peniaga di Facebook. Saya sememangnya mencadangkan

    supaya peniaga di FB dan juga blog menggunakan Instagram sebagai salah satu senjata

    utama untuk menambah jualan mereka ;)

    Magic Hijab sendiri bermula dengan menjadi InstaShop di Instagram dan dengan

    kesungguhan ditambah pula dengan strategi pemasaran yang tersendiri telah berjaya

    meraih jualan 5 angka selepas hanya 3 bulan menggunakan Instagram!

    Saya tunjukkan sebahagian transaksi hasil jualan Magic Hijab daripada platform Instagram.

    Ini dari Maybank.

  • Ini pula dari Cimb Bank.

    Oh ya, saya terlupa maklumkan sesuatu. Maaf

    Magic Hijab merupakan InstaShop atau butik online yang membantu para muslimah untuk

    mengenakan selendang sepantas 20 saat iaitu Magic Shawl atau dengan nama lain, Instant

    Shawl. Kami menjual Magic Shawl secara runcit dan juga borong.

  • Screenshot ini diambil menggunakan paparan desktop

    Ini Instagram kami. Boleh lihat di www.instagram.com/magic_hijab atau di aplikasi

    Instagram di smartphone, boleh search : magic_hijab

    Yeap, sepanjang 5 bulan kami beroperasi, kami berjaya meraih 15 ribu followers. Dan

    dengan jumlah follower yang sentiasa meningkat, jualan kami turut meningkat dengan

    pantas. Sehinggakan kami terpaksa rekrut staff baru ;)

    Selain daripada jualan yang meningkat, kami juga mendapat tawaran untuk join Karnival

    Jualan yang di anjurkan oleh badan-badan luar. Saya sendiri tak sangka mereka boleh jumpa

    kami di profile Instagram Magic Hijab. Mereka yang cari kami, bukan kami yang cari mereka.

    Itu lah kepoweran Instagram!

  • Magic Hijab ketika baru-baru berusia 2 bulan sudahpun di invite untuk join bazaar melalui

    Instaagram

    Magic Hijab juga sudah diSPY oleh pihak media, mereka jumpa kami di Instagram dan terus

    berhubung dengan kami di Whatsapp. Doakan kami dapat masuk media televisyen dengan

    jayanya ya :D

    Magic Hijab telah dihubungi pihak TV Al-Hijrah untuk sponsorship shawl kami untuk di featured kan

    dalam salah satu talk show baru

  • Selain itu, secara tak langsung, model kami juga mendapat pendedahan media, walhal baru

    sahaja terjebak dengan dunia modelling. Alhamdulillah, thanks to Instagram juga..

    2 orang model Magic Hijab juga sudah masuk akhbar!

  • Dengan Instagram juga, kami berjaya menembusi pasaran Singapura dan Brunei hanya

    dalam masa 3 bulan pertama!

    Dalam EDISI PENGENALAN ini, saya hanya ingin menunjukkan kuasa instagram dan juga

    potensi yang mampu di capai menggunakan platform ini. Pendapat saya, Instagram

    bukanlah alternatif kepada pemasaran di Facebook kerana teknik pemasaran di Facebook

    masih lagi powerful kalau kena caranya.

    Seterusnya, saya akan dedahkan SECARA RINGKAS sedikit teknik bagaimana Magic Hijab

    memperoleh 15 ribu follower dalam masa 5 bulan dan meraih jualan 5 angka pada bulan ke

    3 beroperasi. InsyaAllah, boleh digunapakai dalam akaun Instagram bisnes anda.

    1. Wujudkan 1 tema dalam profile anda. Sebaiknya, 1 akaun, 1 niche/industry/produk.

    2. Sediakan gambar-gambar yang berkaitan dengan bisnes anda. Dan SELANG-SELIKAN

    gambar yang MENARIK PERHATIAN bakal follower anda bila mereka melihat akaun

    anda.

    3. Create kelainan dalam presentation gambar anda di IG. Boleh cuba dari segi style

    photo capture, photo editing, & style gambar.

    4. Sediakan akaun profile IG anda terlebih dahulu sebelum mula menyeru bakal

    follower anda.

    5. JANGAN PRIVATE KAN profile IG anda.

    6. Kemudian, baru boleh mulakan strategi Tarik,seru,promosi utk tambahkan follower

    anda terlebih dahulu.

    7. Pastikan ayat CTA (call to action) anda jelas di bahagian caption/description gambar

    dan juga di profile anda.

    8. Utamakan targeted follower.

    9. Bila dah ramai follower, baru mula Tarik mereka untuk Whatsapp/sms anda.

    10. Close sales anda di Whatsapp/sms

  • Nak tak kalau saya OFFER 1 panduan Advanced yang lebih detail dan berkongsi bagaimana

    Magic Hijab boleh mencapai ribuan follower dan menjana hasil 5 angka jualan?

    Dalam panduan yang berbentuk ebook bergambar itu, saya tunjukkan langkah-langkah yang

    saya gunakan untuk menjadikan IG magic hijab seakan Magnet Follower.

    Ini antara feedback mereka yang dah dapatkan versi awal.

  • Dah ada yang mula buat sale.. dan penambahan 1000 follower dalam seminggu. Ok la untuk

    permulaan kan..

    Yang ni best, peningkatan jualan minima RM300 sehari. Saya pasti, angka tersebut

    meningkat lagi. Dan akan semakin meningkat dengan ilmu Kuasa IG dari saya

    Follower semakin meningkat dan sale mula menerjah masuk walaupun sibuk dengan kerja.

    Berikut adalah antara testimoni pembaca ebook versi awal.

  • Memperkenalkan..

  • Ini merupakan panduan versi advanced. InsyaAllah bakal membantu anda dalam platform

    Instagram. Kuasa IG Edisi Advanced mempunyai ilmu yang membantu anda untuk..

    Menambah followers IG bisnes anda

    Menambah fans yang lebih targeted

    Menjadikan IG anda seakan-akan magnet Follower

    Dan yang penting, membantu anda menambahkan jualan sedia anda.

    InsyaAllah, panduan advanced ini akan dilancarkan tak lama lagi dengan harga RM70 secara

    official. Namun, saya nak mencari lebih banyak feedback dan testimoni hasil dari panduan

    ini.

    Saya mungkin release offer ini untuk beberapa orang sahaja. Tapi yang penting, BUKAN

    dengan harga RM70.

    RM60 pun bukan..

    RM50 pun TAK JUGAK..

    RM40 boleh jadi. Tapi, TAK jugak..

    Yang pasti atas RM10 la

    Dan mungkin saya perlukan 15 orang sahaja..

    Saya sarankan anda untuk terus hubungi saya sekiranya berminat untuk dapatkan Kuasa IG

    Edisi Advanced. Kalau kuota dah cukup, mungkin saya akan NAIKKAN harga lagi ATAU terus

    tutup OFFER Early Bird ini.

    Bila tawaran dah tutup, boleh dapatkan kemudian nanti, dengan harga official RM70 ye

    Ok, siapa cepat, dia dapat ok. Taip & PM Kuasa IG Edisi Advanced PLEASE di FB saya ok..

    https://www.facebook.com/messages/amiruliman91

    ~ Amirul Iman