ku tub ut ara 2006/20 07 - pos.com.my pos malaysia taja ekspedisi kutub utara 2006/2007 ... pada...

8
(229990-M) Jaringan Maklumat Pos Malaysia Berhad Edaran Dalaman • Keluaran Januari/Februari 2006 • Jilid ke 8 Pos Malaysia Taja Ekpedisi Kutub Utara 2006/2007 Pos Malaysia Taja Ekpedisi Kutub Utara 2006/2007 PMB VS JPJ DALAM ACARA PERSAHABATAN BOWLING KEMPEN DERMA DARAH KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN KETUA MENTERI MAJLIS MAJLIS KESYUKURAN SYARIKAT PP14292/8/2006

Upload: donhan

Post on 18-Mar-2018

230 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ku tub Ut ara 2006/20 07 - pos.com.my POS MALAYSIA TAJA EKSPEDISI KUTUB UTARA 2006/2007 ... pada majlis yang diadakan selepas solat Zohor. KORBAN OLEH PMB JOHOR ... Selangor Sabah

(229990-M)

Jaringan Maklumat Pos Malaysia Berhad

Edaran Dalaman • Keluaran Januari/Februari 2006 • Jilid ke 8

Pos Malaysia Taja Ekpedisi Kutub Utara 2006/2007Pos Malaysia Taja Ekpedisi Kutub Utara 2006/2007

PMB VS JPJ DALAM ACARA PERSAHABATAN BOWLING

KEMPEN DERMA DARAH

KUNJUNGANHORMAT KEJABATAN KETUA MENTERI

MAJLIS MAJLIS KESYUKURANSYARIKAT

PP14292/8/2006

Page 2: Ku tub Ut ara 2006/20 07 - pos.com.my POS MALAYSIA TAJA EKSPEDISI KUTUB UTARA 2006/2007 ... pada majlis yang diadakan selepas solat Zohor. KORBAN OLEH PMB JOHOR ... Selangor Sabah

Syabas Pos Malaysia! Satu lagi pendekatan yangbaik oleh syarikat kita dalam langkahnya sebagaisalah sebuah organisasi korporat yang menyokongdan menyumbang kepada ekspedisi ini yangmendapat perhatian Perdana Menteri dan TimbalanPerdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia. PosMalaysia bersedia menyumbang wang tunai RM50,000 serta bersedia untuk mencetak setem dan

poskad yang berunsurkan semangat patriotik ini. Hasil jualan kedua-dua jenis barangan filateli ini juga akandisumbang kepada program ekspedisi ini.

Majlis ini telah diadakan pada 16 Februari 2006 di Kompleks Perbadanan Putrajaya dengan dihadiri olehTimbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak manakala Pos Malaysia & ServicesHolding Berhad diwakili oleh Pengerusi, YBhg. Tan Sri Adam Kadir.

Bermula pada 17 Januari 2006, Pos Malaysia dan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan rasminya telahmenjalinkan Perkhidmatan Pengurusan Mel Korporat (Corporate Mail Management Services). Kerjasama ini telahdimeterai dalam satu majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di USM, Bayan Lepas, Pulau Pinang.PMB diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi / Pengarah Eksekutif, Y Bhg. Datuk Abu Huraira Abu Yazid. Melaluikerjasama ini, Perkhidmatan Pengurusan Mel Korporat akan menyediakan kaedah yang lebih efisien dan teraturbagi USM untuk mengurus dan menyelenggarakan keperluan surat menyurat harian mereka. Jualan setem danSampul Surat Ekspress juga boleh didapati di Bilik Mel yang disediakan melalui kaunter penghantarannya.Tambahan lagi kaunter ini juga bertindak sebagai kaunter perkhidmatan setempat bagi bayaran bil untukkakitangan USM. Adalah amat menyakinkan khususnya kepada pihak pentadbiran USM dimana dengan adanyakerjasama ini, ia akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada kakitangan, pelajar serta pelanggan yangdihargai.

POS MALAYSIA TAJA EKSPEDISI

KUTUB UTARA 2006/2007

POS MALAYSIA JALINPAKATAN STRATEGIK

DENGAN USM

sidang pegarangPENASIHATDato’ Ikmal Hijaz Hashim

PENGARANGRohaiza Hashim

PENOLONG PENGARANGMahfidz Haji Omar (MBO)Yazli Muhamad Saleh Maisara Noor Ahmad

PENYUMBANGNoraini Che Ya - PMB Kuala Sepetang Taiping, PerakCT Nurzihan - GPO Shah AlamMohd Hamdan Bin Maliki - PMB Seberang Takir

SUDUT SENI & SURAT KEPADA PENGARANGSemua warga Pos Malaysia Berhad adalah dijemputuntuk menyumbang berita, rencana, aktivitibahagian/Negeri dan maklumat lain untuk dimuatkandi dalam PosNet. Semua sumbangan boleh dihantarkepada:

Sidang Pengarang PosNetBahagian Komunikasi KorporatPos Malaysia Berhad, Ibu PejabatTingkat 34, Menara DayabumiJalan Sultan Hishamuddin, 50050 Kuala LumpurTel : 03 - 2267 2011Faks : 03 - 2274 5951E-mel : [email protected]

isi kandunganBERITA SEMASA• POS MALAYSIA TAJA EKSPEDISI KUTUB UTARA 2006/2007• POS MALAYSIA JALIN PAKATAN STRATEGIK DENGAN USM

SUDUT POSIBU PEJABAT• KEMPEN DERMA DARAH DAPAT SAMBUTAN WARGA KERJA

PMB IBU PEJABAT DAN WPKL

WILAYAH PERSEKUTUAN• WARGA PMB WPKL DI MALAM SERIBU KENANGAN• PMB WPKL BAYAR FAEDAH KEMATIAN WARGA KERJANYA

JOHOR• PESARA WAJIB DAN VSS DIRAIKAN• KORBAN OLEH PMB JOHOR

KEDAH/PERLIS• BUBUR A’SYURA SEMPENA AWAL MUHARAM

SARAWAK• VSS DAN HI-TEA• KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN KETUA MENTERI

SUDUT SETEM & FILATELI• SPESIES ITIK LIAR • ULANG TAHUN KE 100 INSTITUSI AUDIT NEGARA

BERITA KELAHIRAN• PUTRI IRDINA BINTI JEFRY

SUDUT JAPENI• MAJLIS KORBAN• ZAKAT PERNIAGAAN DILUNASKAN OLEH PMB• PERHIMPUNAN MAAL HIJRAH 1427/2006

SUDUT INFO• PERSURATAN ORANG BUTA (ARTICLES FOR THE BLIND)

SUDUT SUKAN• PMB VS JPJ DALAM ACARA PERSAHABATAN BOWLING• BOLASEPAK PERSAHABATAN BSIP VS JABATAN SUKAN TV3• BSIP ANJUR BOLASEPAK 9 SEBELAH ANTARA AGENSI• KARNIVAL SUKAN POS KE 13, KOIR DAN PERTANDINGAN

BAKAT POS

SUDUT SENI• JALAN OTHMAN• KEKADANG• HIDUP INI SEMENTARA

beritasemasa

Page 3: Ku tub Ut ara 2006/20 07 - pos.com.my POS MALAYSIA TAJA EKSPEDISI KUTUB UTARA 2006/2007 ... pada majlis yang diadakan selepas solat Zohor. KORBAN OLEH PMB JOHOR ... Selangor Sabah

sudut info

Tahukah anda Pos Malaysia Berhadmelalui perkhidmatan kaunter diPejabat-pejabat Pos ada menawarkanpersuratan untuk orang buta?

Perkhidmatan khas kepada OrangKurang Upaya (OKU) ini telahdiwujudkan sejak dari JabatanPerkhidmatan Pos bagi memberikemudahan OKU yang buta bagimenghantar surat-surat ke destinasimereka. Barang-barang sepertimajalah, buku dalam bentuk ‘Braille’atau barang lain boleh dimelkandengan had maksimum sebanyak 7kg. Had ukuran maksimum danminimun yang terpakai kepadaperkhidmatan Bahan Bercetak jugaterpakai untuk perkhidmatan ini.Perkataan “PERSURATAN UNTUKORANG BUTA” mesti ditulis denganjelas di bahagian atas sebelah kirisampul surat dan bungkusan.Sebagai menghormati dan tandamembantu kepada masyarakat OKU,PMB tidak mengenakan caj bayaranuntuk perkhidmatan ini.

PERSURATANORANG BUTA(ARTICLESFOR THEBLIND)

KEMPEN DERMA DARAHDAPAT SAMBUTAN WARGA KERJA PMB IBU PEJABAT DAN WPKL

Bahagian pentadbiran Ibu Pejabat Pos dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), Kementerian Kesihatan Malaysiatelah mengadakan kempen derma darah bersama warga kerja Pos Malaysia WPKL dan Ibu Pejabat Pos. Kempen inidiadakan di Dewan Sri Pos, Ibu Pejabat Pos pada 18 Januari 2006. Kempen ini telah mendapat sambutan yang menggalakkandaripada warga kerja PMB dalam membantu PDN memenuhi tabung darah bagi mereka yang memerlukan.

IBU PEJABAT

PMB WPKL BAYAR FAEDAH KEMATIANWARGA KERJANYAPada 24 Januari 2006, PMB WPKL telah mengadakan satu majlis penyerahan cek Allahyarham Mohamad KhairulNizam b. Mohamad Rathi, PN 18898 kepada warisnya Mohamad Rathi b. Alang Abu Sahit bagi tujuan bayaran faedahkematiannya. Pengurus Negeri, Tuan Haji Mohd. Aziz bin Sulong telah menyampaikan cek berjumlah RM 12,120.00.Allahyarham yang bertugas di Bahagian Serahan KL Metro E sebagai Posmen Gred P14A telah meninggal dunia pada2 November 2006 jam 1.00 pagi ketika perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Majlisjuga turut dihadiri oleh Pengurus Serahan Negeri, Encik Yazid bin Mohd. Nor dan Pn. Zuraini bt. Haji Ibrahim selakuPengurus Sumber Manusia WPKL.

WILAYAH PERSEKUTUAN

Pada 25 Januari 2006, Pejabat Pengurus Negeri Pos MalaysiaWPKL telah menganjurkan Malam Seribu Kenangan bagimengenang jasa dan pengorbanan pesara VSS bagi kumpulan B,Cdan D yang bersara pada 31 Januari dan 28 Februari 2006.Seramai 83 orang pesara diraikan dan seramai 260 orang tetamuhadir memeriahkan majlis yang berlansung pada jam 8.00 malamdan berakhir jam 11.00 malam di Dewan Sri Pos, Tingkat 3, IbuPejabat Pos. Cenderahatitelah disampaikan olehTuan Haji Mohd. Aziz binSulong, Pengurus NegeriPos Malaysia WPKL.

WARGA PMB WPKL DI MALAM SERIBU KENANGAN

sudutpos

Page 4: Ku tub Ut ara 2006/20 07 - pos.com.my POS MALAYSIA TAJA EKSPEDISI KUTUB UTARA 2006/2007 ... pada majlis yang diadakan selepas solat Zohor. KORBAN OLEH PMB JOHOR ... Selangor Sabah

Johor

PESARA WAJIBDAN VSSDIRAIKANPada 11 Januari 2006, PMB Johor telahmengadakan majlis sambutan meraikan pesarawajib dan VSS. Seramai 6 orang pesara wajibdan 75 orang yang memperolehi VSS telahdiraikan yang mana julung-julung kalinyaDaerah Kluang telah dipilih untuk majlis kali ini.Sijil penghargaan kepada warga kerja yangbersara itu telah disampaikan oleh PengurusNegeri PMB Johor, Encik Shahri bin Jikun.Pesara-pesara dan hadirin yang hadir juga telahdihiburkan dengan nyayian karaoke oleh wargakerja yang berbakat dari negeri Johor DarulTakzim.

PMB Johor dengan Persatuan KebajikanIslam Pos Malaysia (PKIP) Johor telahmengadakan majlis korban yang disertaioleh warga kerjanya secara bergotongroyong pada 10 Zulhijjah 1426H/10Januari 2006. Penguru Negeri telahdiwakili oleh En. Jumaat bin Rebut selakuTimbalan Pengurus Negeri pada majlis ini.Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankanpada majlis yang diadakan selepas solatZohor.

KORBANOLEH PMBJOHOR

Sarawak

VSS DANHI-TEA Warga kerja Sarawak jugatidak ketinggalan untukmeraikan pesara VSS.Majlis Hi-Tea telahdiadakan pada 27 Januari

2006 di Bilik Mesyuarat PPN Sarawak dihadiri olehPengurus Negeri yang baru iaitu En. Othman bin Abdullah.Beliau mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua warga kerja yang terlibatdengan skim pesaraan atas sumbangan mereka kepadasyarikat selama ini. Turut hadir ialah pihak pengurusanPPN Sarawak dan Pusat Mel Kuching.

KUNJUNGAN HORMAT KEJABATAN KETUA MENTERIPengurus negeri, Encik Othman bin Abdullah telahmengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Muda diJabatan Ketua Menteri dan Pembangunan PerindustrianSarawak, YB En. Larry Sng Wei Shien pada 6 Februari2006 di Tingkat 17, Wisma Bapa Malaysia. Dalamkunjungan tersebut Pengurus Negeri telah memberipenerangan mengenai perkhidmatan pos yang disediakandi Pejabat Pos Kapit khususnya perkhidmatan kaunter danmel yang juga berada didalam kawasan yang diwakili olehYB Menteri Muda di N.53 Pelagus yang juga merangkumiKapit. Turut mengiringi Pengurus Negeri ialah En. Raelo binSameng, Ketua OperasiMel dan En. Bong TungHui, Pengurus Pemasarandan Khidmat Pelanggan,PMB Sarawak.

Kedah/Perlis

Tepat jam 8.00 pagi bertarikh 18 Januari 2006, ruang legardan tempat letak kenderaan Pejabat Pos Besar, Alor Setar telahdipenuhi oleh warga kerjanya. Majlis yang diadakan ialahbergotong royong memasak Bubur A’syura sempenakedatangan Awal Muharam 1427H. Majlis ini merupakansalah satu aktiviti Japeni Kedah/Perlis pada tahun 2006.Seramai 93 orang termasuk warga kerja dan keluarga masing-masing telah hadir dan sebanyak 300 kotak bubur telahdiedarkan kepada warga kerja PMB Kedah/Perlis di PPN, UnitSerahan, Prosesan, pengangkutan, Pemasran, PosNiaga,Pasukan Keselamatan PMB, Pejabat-pejabat Pos seperti JalanRaja, Jalan Tuunku Ibrahim, Mergong, Wisma Persekutuan,Wisma Darul Aman dan warga kerja yang tinggal berdekatan.

BUBUR A’SYURA SEMPENA AWAL MUHARAM

Itik merupakan satu nama umum bagi kumpulan burung dari jenisAnatinae. Ia merupakan kumpulan burung air yang terbesar, danbiasanya hidup dikawasan yang berhampiran dengan air seperti ditepi tasik, kolam atau sungai. Ia juga sering diadapati dikawasan airmasin dan air tawar. Itik juga mempunyai talian dengan angsa tetapisaiz tubuhnya lebih kecil

Satu prebiu khas telah dibuat oleh Bahagian Komunikasi Korporatuntuk keluaran spesies ini diadakan pada 23 Januari 2006 di GaleriSetem, Bahagian Setem dan Filateli, untuk isu keluaran Setem danSampul Surat Hari Pertama yang dikeluarkan pada 26 Januari2006.

sudutsetem & filateliSPESIESITIK LIARPada 10 Februari 2006, satu prebiu khas untuk Setem dan SSHP Ulangtahun ke-100 Institusi

Audit Negara telah dibuat Galeri Setem, Bahagian Setem dan Filateli Ibu Pejabat Pos.

Keluaran Setem dan SSHP ini adalah serentak dengan pelancaran Institusi Audit Negara yangdianjurkan oleh Jabatan Audit Negara di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah mencemar duliuntuk hadir pada majlis yang diadakan pada jam 8.00 malam, 14 Februari 2006. YBhg. TanSri Adam Kadir turut hadir bersama YBhg. Datuk Abd. Majid Hj. Hussein dan YBhg. Dato’Ikmal Hijaz Hashim bagi pihak PSH dan PMB.

ULANG TAHUN KE-100 INSTITUSI AUDIT NEGARA

Page 5: Ku tub Ut ara 2006/20 07 - pos.com.my POS MALAYSIA TAJA EKSPEDISI KUTUB UTARA 2006/2007 ... pada majlis yang diadakan selepas solat Zohor. KORBAN OLEH PMB JOHOR ... Selangor Sabah

sudutpos

Majlis kesyukuran bagi Pos Malaysia Berhad dan warga kerjanya telah

diadakan secara serentak di ibu pejabat dan di pejabat-pejabat pengurus

negeri pada 7 Febuari 2006. Di Ibu Pejabat, majlis tersebut telah diserikan

dengan kehadiran YBhg. Datuk Abd. Majid bin Haji Hussein, Pengerusi

Pos Malaysia Berhad, YBhg Dato’ Ikmal Hijaz Hashim, Pengarah Urusan

/ Ketua Pegawai Eksekutif serta warga kerja PSH dan PMB. Selain itu,

majlis kesyukuran yang diadakan di peringkat negeri turut disempurnakan

oleh pengurus negeri masing-masing. Majlis ini diadakan sebagai

menandakan rasa syukur syarikat setelah memperolehi peningkatan

prestasi kewangan dan operasi pada tahun berakhir 2005.

MAJLISKESYUKURAN PMB

Ibu Pejabat Ibu Pejabat

Johor

Penang

PerakSabahSelangor

Melaka

Sarawak

Negeri Sembilan

Page 6: Ku tub Ut ara 2006/20 07 - pos.com.my POS MALAYSIA TAJA EKSPEDISI KUTUB UTARA 2006/2007 ... pada majlis yang diadakan selepas solat Zohor. KORBAN OLEH PMB JOHOR ... Selangor Sabah

beritakelahiran

sudut pos

Perhimpunan Maal Hijrah peringkat kebangsaan telah diadakan di PWTC pada 31 Januari 2006 yang telah dihadiri oleh Yang

DiPertuan Agong diringi oleh Perdana Menteri Malaysia. Seramai 40 orang warga kerja PMB, Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur dan Ibu Pejabat telah mengambil peluang untuk perhimpunan ini.

Selain dari itu di peringkat WPKL pula, julung-julung kalinya perhimpunan telah diadakan di Dewan Muktamar, Pusat Islam

pada 19 Februari 2006. PMB telah diwakili oleh seramai 50 orang warga kerja dari WPKL. Kedua-dua sambutan ini samada

di peringkat kebangsaan atau negeri telah mendapat sokongan padu daripada warga kerja PMB khususnya menghayati

perpaduan Islam disamping sebagai melambangkan syarikat menghormati hari kebesaran dalam takwin Islam.

PERHIMPUNAN MAALHIJRAH 1427/2006

ZAKAT PERNIAGAAN DILUNASKANOLEH POS MALAYSIA BERHADSebagai tanda kesyukuran diatas nikmat Allah s.w.t pihak syarikat telah mengeluarkan zakat perniagaan iaitu kira-kira RM 397,215.00 untuk seluruh Malaysia termasuk

RM 108,694 yang merupakan zakat bagi negeri WPKL. Majlis penyampaian cek zakat kepada PPZ WPKL telah diadakan di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur pada

18 Disember 2005. YBhg Datuk Abd. Majid Haji Hussein telah menyampaikan cek tersebut manakala Pengurus Negeri masing-masing untuk peringkat negeri. Zakat

ini juga menyuburkan pendapatan disamping membersihkan hati kita dan sifat-sifat tercela.

Nama : Putri Irdina binti Jefry

Tarikh Kelahiran : 2 Februari 2006

Nama Emak : Idaura Md Hussain

Jawatan : Penolong Pengurus

Tempat Bertugas : International Business andRegulatory Affairs, Posmel

MAJLIS KORBANMajlis korban dan Aqiqah adalah

majlis yang diadakan bersempena

menyambut kedatangan Aidil Adha di

samping memperingati peristiwa

korban Nabi Ibrahim AS dan anaknya

Nabi Ismail AS. Majlis pada 12 Januari

2006 ini telah mendapat penyertaan

yang menggalakkan oleh warga kerja

Ibu Pejabat Pos dengan sebanyak 8

ekor lembu termasuk 1 bahagian

daripada YBhg. Datuk Abd. Majid Hj.

Hussein, 4 bahagian dari YBhg. Dato’

Ikmal Hijaz Hashim dan 1 bahagian

daripada YBHg. Datuk Abu Huraira Abu

Yazid. Urusan penyembelihan daging

telah dilakukan di rumah sembelihan di

Banting Selangor dan urusan melapah

daging dibuat di halaman Surau Utama

Ibu Pejabat Pos. Daging korban diagih-

agihkan kepada 150 orang kakitangan

yang mempunyai pendapatan di bawah

RM 1500 sebulan serta jamuan makan

tengahari daripada daging korban

tersebut.

sudutJAPENI

Page 7: Ku tub Ut ara 2006/20 07 - pos.com.my POS MALAYSIA TAJA EKSPEDISI KUTUB UTARA 2006/2007 ... pada majlis yang diadakan selepas solat Zohor. KORBAN OLEH PMB JOHOR ... Selangor Sabah

beritasukan

PMB VS JPJDALAM ACARA

PERSAHABATANBOWLINGBuat julung-julung kalinya, PMB telah menganjurkan perlawananpersahabatan dalam acara sukan bowling pada 12 Februari 2006, jam 9.00pagi di Pyramid Mega Lanes, Bandar Sunway, PJ. Perlawananpersahabatan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala antaradua organisasi dan jabatan kerajaan yang telah lama bersama dalamperkhidmatan kaunter.

YBhg. Dato’ Emran Kadir telah mengetuai pasukan JPJ manakala YBhg.Dato’ Ikmal Hijaz Hashim mengetuai pasukan PMB. Seramai 10 pemainmewakili pasukan masing-masing pada perlawanan ini. Keputusanperlawanan memihak kepada pasukan JPJ dengan mengumpul jatuhan pinsebanyak 5540 berbanding 4727 oleh PMB. Namun begitu, PMB berjayamemperolehi antara jatuhan pin yang tertinggi iaitu 180 pin dalam 5 gamesperlawanan oleh pemainnya Y.M Raja Shahreen Raja Othman.Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh kedua-dua YBhg. Dato’.

Badan Sukan dan Rekreasi Ibu Pejabat Pos (BSIP) telahmengadakan perlawanan persahabatan bolasepak dengan JabatanSukan TV3. Perlawanan diadakan pada 28 Januari 2006 diPadang Institut Latihan Pos, Bangi adalah bertujuan untukmeningkatkan persahabatan pemain-pemai dan mengeratkanhubungan dalam bidang sukan. Dalam perlawanan ini, pasukanTV3 telah berjaya menewaskan BSIP dengan jaringan 5-1.

BSIP juga telah menganjurkan Pertandingan Bolasepak 9 SebelahAntara Agensi pada 29 Januari 2006 juga berlangsung di PadangInstitut Latihan Pos, Bangi. Sebanyak 10 penyertaan dari agensi-agensi yang berkaitan dengan PMB antaranya ialah KurniaInsurance, AMI Insurance, Bumiputra Commerce Assurance,Bomba Malaysia, Veteran PMB, Pos laju, TMR dan BSIP selakutuan rumah dan penganjur pertandingan. Pasukan BSIP telahberjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah mengalahkanpasukan Kurnia Insurance di separuh akhir 3-2. Johanpertandingan ini ialah pasukan Poslaju setelah berjaya menewakanpasukan penganjur BSIP 1-0. Syabas kepada BSIP…dalam diam-diam ramai juga pemain-pemain berbakat.

BOLASEPAKPERSAHABATAN

BSIP VS JABATANSUKAN TV3

BSIP ANJUR BOLASEPAK 9SEBELAH ANTARA AGENSI

KARNIVAL SUKAN POS ke 13,KOIR DAN PERTANDINGAN BAKAT SENI POSUntuk makluman para pembaca warga kerja PMB seluruh negara, Karnival Sukan PMB akan dilangsungkan pada 7 Jun sehingga11 Jun 2006. (sehingga kini tiada pindaan). Tuan rumah karnival sukan kali ini ialah PMB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Sehingga kini Majlis Penasihat Sukan (MPS) belum mengenalpasti kesesuaian cadangan yang dikemukakan oleh PMB WPKLbagi lokasi pertandingan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan teknikal.

Yang pasti, pada malam atlet-atlet PMB dari seluruh negara berkumpul semasa karnival sukan ini nanti, terdapat acarapertandingan akhir bagi Kumpulan Koir oleh Putri Pos dari negeri masing-masing dan juga peserta akhir pertandingan NyayianBakat Seni Pos. Sebanyak 13 negeri akan bertanding bagi Kumpulan Koir bermula diperingkat zon dan hanya pasukan yangmendapat markah tertinggi akan berentap di pertandingan akhir itu nanti. Juara sehingga tempat ke 5 akan memperolehi hadiahwang tunai termasuk piala selain dari 13 hadiah di peringkat zon yang kesemuanya membawa jumlah RM 24,000.00.

Manakala Bakat Seni Pos, acara versi nyayian konsep baru akan memulakan “audition” diperingkat 5 zon terpilih iaitu Alor Setar(Zon Utara - Perlis/Kedah/P.Pinang/Perak), Shah Alam (Zon Tengah – WPKL dan Selangor), Johor Bahru (Zon Selatan –Melaka/NS/Johor), Kuantan (Zon Timur – Kelantan, Terengganu, Pahang) dan Kuching (Zon M’sia Timur- Sarawak dan Sabah).Juara sehingga tempat ke 5 akan mendapat wang tunai dan piala selain dari hadiah-hadiah di peringkat separuh akhir dan zonyang semuanya berjumlah RM 8000.00

Dapatkan maklumat lanjut Pertandingan Koir dengan Putri Pos di negeri anda dan juga dapatkan borang penyertaan di UrusetiaBakat Seni Pos Negeri masing-masing atau di talian 03-22672011/2000, Bahagian Komunikasi Korporat Ibu Pejabat Pos.

Rebutlah peluang ini. Tiada bayaran pendaftaran dikenakan, tampillah….siapa tahu anda salah seorang yang akan mendapathadiah-hadiah yang disediakan…

Page 8: Ku tub Ut ara 2006/20 07 - pos.com.my POS MALAYSIA TAJA EKSPEDISI KUTUB UTARA 2006/2007 ... pada majlis yang diadakan selepas solat Zohor. KORBAN OLEH PMB JOHOR ... Selangor Sabah

sudutseni

JALAN OTHMAN

Ku singkap kembali sebuah memoriYang mengusik naluriYang pernah membahagiakanHati kecil seorang insanDisitu……

Dia pernah gembiraMengecap nikmat sebuah rasaDia pernah menagih kasihBiarpun kasih itu bukan untuknyaDia selalu melaluinyaKerana disitulahLetraknya syurga hatinya

Pada pinggiran jalan ituAda air mata pernah tumpahBila impian tak kesampaianBila Gunung harapanLetuskan lahar-lahar …sebuah kehancuran

Senyumlah Jalan OthmanBiarpun aku sedarPada denaimuTakkan ada bahagia Menantiku…….

CT. NurzihanGPO Shah Alam

KEKADANG

Kekadang Kenangan itu membuatkan kita menangisDan pasrah pada takdir Siapalah kita untuk menghalang takdir Walaupun kita punya pilihan Walaupun maaf telah dilafazkan Namun kelukaan itu masih tertinggalSebagai kenangan

Tetapi Kekadang juga Kenangan itu menjadikan kita gembira Kuat dan bersemangatHati berbunga Terasa disayangi Walaupun kenangan itu hanya secebisKerana kitalah pencorak kenangan itu

Noraini CheyaPos Kuala Sepetang

HIDUP INI SEMENTARA

Hidup ini sementaraSementara mata boleh melihatSementara telinga boleh mendengarSementara kaki boleh melangkahSementara usia masih mudaSementara kudrat masih kuatSementara suara masih adaSementara nadi masih berdenyutSementara otak masih berfungsiSementara waktu masih adaBuatlah sebaiknyaSementara kita dijemput pergi

Mohd Hamdan Bin Maliki, (JEEHA)Pos Malaysia Seberang TakirKuala Terengganu

lidahpengarangSalam sejahtera dan salam keceriaan tahun baru 2006 dan bertemu kita pada edisi ke 8 keluaran (Januari- Februari 2006).

Keluaran kali ini merupakan pembukan tirai kepada tahun 2006. Selamat datang 2006 dan selamat tinggal 2005.Semoga tahun ini akan lebih memberikeyakinan yang tinggi terhadap setiap warga kerja dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di syarikat yang disyangi ini. Posnet inginmenyingkap semula kata-kata YAB Perdana Menteri kita berkenaan Rancangan Malaysia Ke 9 baru-baru ini “Saya mampu melaksanakan apa yang sayaperlu lakukan tanpa mengabaikan tanggungjawab saya” (Utusan Malaysia 15 Februari 2006) jelas menunjukkan keyakinan beliau dalam mengharungicabaran dan rintangan dalam pelbagai aspek dalam negara ini dalam Rancangan Malaysia Ke 9. Keyakinan yang tinggi ini jelas bukan sekadar kata-kata sahaja malah sudah tentunya mempunyai kepentingan yang tinggi terhadap negara terutamanya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti PosMalaysia ini.

Kata-kata keyakinan dari Perdana Menteri ini sudah tentu akan meniup semangat seluruh warga kerja Pos Malaysia keseluruhannya. Penglibatanseluruh warga kerja Pos Malaysia amat bererti bagi menjayakan rancangan kerajaan yang sudah tentu berteraskan keuntungan demi pembangunan dankemajuan masa depan Pos Malaysia sendiri dan negara. Kedatangan Tahun Baru 1427 Hijrah dalam takwim Islam yang juga jatuh pada 31 Januari 2006yang lepas masih baru dan membuka harapan untuk kita semua. Oleh itu marilah kita sama-sama berganding bahu dan beriltizam untuk maju lagikehadapan seiring dengan arus pembangunan yang global ini.

PosNet juga mengucapkan Selamat Maju Jaya dalam tanggungjawab yang dijalankan kepada warga kerja yang telah selepas sahaja menempuhipelbagai hari keraian pada bulan Januari dan Februari ini seperti Tahun Baru China, Hari Raya Aidil Adha, Hari Wilayah Persekutuan dan HariThaipusam.

Salam Hormat.