kst sejarah smk aminuddin baki kl

27
TAJUK : SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI NAMA : TINGKATAN : GURU : _______________________________ _______________________________ TANDA TANGAN GURU TANDA TANGAN MURID

Upload: sarah-johari

Post on 03-Jul-2015

3.304 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 2: KST Sejarah SMK Aminuddin Baki KL

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN

2 OBJEKTIF KAJIAN

3 KAEDAH KAJIAN

4 HASIL KAJIAN

5 RUMUSAN

6 LAMPIRAN

7 RUJUKAN

Page 3: KST Sejarah SMK Aminuddin Baki KL

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik ________ dan Puan ________ yang telah memberi sokongan kepada saya di dalam pembikinan folio Sejarah ini.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru subjek Sejarah saya, _________ kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam menjalankan Kajian Sejarah Tempatan (KST). Beliau juga telah menyumbangkan brosurnya untuk dijadikan panduan di dalam folio ini.

Selain itu, saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan saya yang telah memberi bantuan dan cadangan yang diberikan kepada saya.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Affendi kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu bual oleh saya.

Page 4: KST Sejarah SMK Aminuddin Baki KL

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian ini adalah untuk memenuhi keperluan Sejarah Tingkatan 2. Setiap pelajar wajib menyiapkan kerja kursus ini seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dengan membuat kajian ini juga saya dapat mengenali sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki dengan lebih mendalam lagi supaya dapat menanamkan perasaan bangga dan sayang akan sekolah. Ini dapat mendorong saya untuk mencuba mengharumkan nama sekolah.

Selain itu juga, saya dapat mengenali dan mengkaji keistimewaan lambang-lambang sekolah bagi melahirkan jati diri dan memelihara nama baik sekolah yang cemerlang. Kajian ini dijalankan adalah untuk memupuk dan melahirkan sikap dan nilai-nilai murni di dalam diri dan sesama masyarakat sekolah.

Page 5: KST Sejarah SMK Aminuddin Baki KL

KAEDAH KAJIAN

Temu Ramah

Saya telah menemu ramah seorang guru yang telah lama berkhidmat di SMK Aminuddin Baki. Beliau ialah Encik Rofii Bin Hussein. Saya menebual beliau untuk mendapatkan maklumat tentang dirinya.

Rujukan

Saya telah membuat rujukan berdasarkan kawasan kajian saya di internet. Internet dapat memudahkan kerja- kerja saya kerana saya dapat memperolehi maklumat dengan cepat dan tepat. Secara keseluruhannya, saya telah banyak menggunakan internet untuk menyelesaikan folio ini. Contohnya, mencari maklumat tentang sekolah.

Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian di sekitar kawasan sekolah dan membuat catatan tentang tentang asal- usul sekolah dan sejarah-sejarah sekolah. Segala maklumat telah saya masukkan ke dalam folio ini untuk lebih menyempurnakan hasil kajian yang telah saya siapkan.

Page 6: KST Sejarah SMK Aminuddin Baki KL

HASIL KAJIAN

Latar Belakang Sekolah

Pada tahun 1958, setahun setelah Negara Malaysia MERDEKA, Sekolah Menengah Melayu Kuala Lumpur ditubuhkan bagi memenuhi Penyata Razak. Sekolah Menengah Melayu Kuala Lumpur pada masa itu telah menumpang pelajarnya di Sekolah Kampung Baru dan Sekolah Menengah Maxwell sehingga tahun 1960 dan telah menumpang pelajarnya di Sekolah Menengah Jalan Cochrane pada tahun 1961 hingga 1963.

Pada 24 hari bulan Mac 1964, Menteri Pendidikan, Encik Mohd Khir Johari telah merasmikan penukaran nama sekolah ini dari Sekolah Menengah Melayu Kuala Lumpur kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki sempena tokoh pendidik Allahyarham Aminuddin Baki. Pelajar sekolah ini terdiri daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 pada masa itu sehingga 1967 dengan mewujudkan Tingkatan 6.

Pada tahun 1987, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki telah dinaik taraf kepada SEKOLAH KAWALAN. Oleh yang demikian, pelajar yang belajar di sini harus mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki tidak berakhir di sini dengan pelbagai anugerah yang diterimanya seperti perintis SEKOLAH BESTARI dan OPEN SOURCE LINUX sepanjang tahun 1999 sehingga 2005.

Akhirnya, pada 30 hari bulan Mac 2007, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki dipilih sebagai SEKOLAH KLUSTER antara 30 buah sekolah lain di Malaysia. Setelah pengiktirafan ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki akan terus mencapai kecemerlangan pada tahun akan datang sehingga hari ini juga sekolah ini sentiasa mencabar pelajarnya untuk mencari kecemerlangan tidak kira bila atau di mana pun demi sekolah.

Page 7: KST Sejarah SMK Aminuddin Baki KL

Nama dan Lambang-Lambang Kemegahan Sekolah

Lencana sekolah kita iaitu SMK Aminuddin Baki memberikan pelbagai maksud seperti gambar sebuah buku yang melambangkan pengetahuan dan pelajaran.

Jalur merah dan kuning pada lencana SMK Aminuddin Baki pula melambangkan bendera negeri Selangor. Ini kerana pada tahun 1962, SMK Aminuddin Baki berada dalam kawasan negeri Selangor Darul Ehsan.

Cogan kata sekolah kita ialah Pelajaran Panduan Hidup yang memberi maksud bahawa kita hidup dengan pelajaran sebagai panduan untuk berjaya.

Maksud gambar obor yang terdapat dalam lencana melambangkan ilmu sebagai panduan dan penyuluh kehidupan supaya kita boleh berjaya di masa hadapan.

Akhir sekali adalah warna biru. Warna ini memberi banyak maksud, salah satu daripadanya ialah ketenangan.

Page 8: KST Sejarah SMK Aminuddin Baki KL

Infrastruktur dan Kemudahan Asas

Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki telah disediakan sebuah infrastruktur yang lengkap untuk kegunaan murid dan guru. Antara contoh-contoh infrastruktur sekolah adalah berikut.

Terdapat sebuah dewan yang bernama Dewan Bestari Aminuddin baki yang baru sahaja menjalani pengubahsuaian yang telah digunakan dalam majlis-majlis tertentu. Sebuah padaang juga disediakan yang digunakan dalam majlis acara sukan seperti Sabian Sport Fiesta dan merentas desa. Sebuah gymnasium dibina juga untuk kegunaan sukan dalam subjek pendidikan jasmani. Selain itu, terdapat sebuah Stor Sukan di dalamnya bagi meletakkan alatan sukan. Theatrette juga dibangunkan bagi kegunaan untuk pelajaran.

Sekolah ini juga menyediakan sebuah kantin yang menyediakan makanan dan minuman kepada pelajar dan guru. Sebuah asrama iaitu Asrama Puteri Aminuddin Baki dibangunkan bagi menempatkan pelajar perempuan dari negeri lain yang ingin belajar dalam Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki. Sebuah kedai koperasi juga ditempatkan di sekolah ini bagi menjual alat-alatan tulis dan buku kepada pelajar. Sebuah surau iaitu Surau As-Solihin dibina bagi kemudahan pelajar atau guru beragama Islam yang ingin beribadah atau menjalankan pelajaran dalam subjek Pendidikan Islam.

Sebuah Pusat Sumber juga disediakan oleh pihak sekolah untuk kegunaan pelajar yang ingin meluangkan masa membaca bahan bacaan yang disediakan atau membuat kajian berdasarkan buku. Pelajar juga boleh meminjam buku dari pusat sumber mengikut syarat yang ditetapkan. Bilik Media juga terletak dalam pusat sumber yang digunakan oleh guru untuk mengajar kelas-kelas tertentu. Sebuah Bilk Rawatan juga disediakan sekiranya pelajar mengalami kecederaan yang tidak begitu serius atau berasa tidak sihat. Terdapat dua bilik rawatan iaitu untuk lelaki dan perempuan. Terdapat beberapa jururawat yang bersedia mengendalikan sebarang kecemasan. Terdapat sebuah bilik mesyuarat yang disediakan untuk kegunaan guru yang ingin menjalankan mesyuarat. Sebuah bilik bahasa di tubuhkan khas untuk mengajar subjek Melayu dan Inggeris kepada pelajar menggunakan komputer.

Page 9: KST Sejarah SMK Aminuddin Baki KL

Terdapat juga bilik seni lukis yang disediakan khas untuk mengajar subjek seni kepada pelajar. Terdapat pelbagai alatan melukis dan mewarna di dalam bilik itu bersamaan dengan hasil kerja pelajar. Selain daripada itu, pihak sekolah juga menyediakan sebuah bilik kaunseling untuk sesi kaunseling pelajar dengan guru kaunseling. Terdapat juga sembilan buah makmal sains yang telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Biologi, Fisik dan Kimia yang digunakan dalam mata pelajaran sains. Selain itu, terdapat 3 buah makmal computer yang digunakan untuk mengajar murid dalam mata pelajaran ICTL. Pelajar juga dibenarkan untuk menggunakan komputer untuk membuat kajian dengan syarat yang ditetapkan.

Selain itu, terdapat dua buah bengkel kemahiran hidup yang telah dibahagikan kepada kerja yang dilakukan dalam bengkel tersebut iaitu kerja kayu dan kerja paip. Akhirnya, pihak sekolah juga menyediakan beberapa gelanggang permainan seperti Gelanggang Bola Keranjang, Bola Jaring, Tennis dan banyak lagi untuk kegunaan rekreasi atau acara sukan.

Page 10: KST Sejarah SMK Aminuddin Baki KL

Pengetua

Bagi melengkapkan lagi kajian sejarah tempatan saya iaitu bertajuk sejarah sekolah saya, saya telah menemu ramah dengan pengetua kita iaitu Puan Latifah Binti Mahfod. Puan Latifah dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1955. Beliau mempunyai empat orang adik beradik iaitu seorang abang, dua adik perempuan dan seorang adik lelaki . Beliau mempunyai seorang suami yang bekerja sebagai pegawai kerajaan dan mempunyai tiga orang anak yang kini sedang berkerja dan masih belajar di universiti.

Puan Latifah memulakan pembelajaranya di SK Jalan Parit Yusof yang berada hampir dengan kampung halamanya dan kemudian melanjutkan pelajaranya di SMK Semerah, Batu Pahat yang terletak lebih 10 km dari rumahnya. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya semasa Beliau tingkatan 6 di SMK Amar Diraja, Muar, Johor yang beraada di tengah–tengah Bandar dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia hingga tahun 1979.

Puan Latifah mula masuk dalam bidang pengajaran di SMK Sultan Alauddin, Kulai, Johor pada tahun 1979. Pada tahun 1982 beliau dipindahkan ke SMK St Joseph, Johor bahru di sekolah lelaki. Beliau kemudian dipindahkan ke SMK Convent Bukit Nanas. Di (CBN) beliau kemudian dinaikan pangkat daripada guru kepada penolong kanan hal ehwal murid. Beliau kemudian dipindahkan ke SMK Seri Rampai.Wangsa Maju dan dinaikkan pangkatnya kepada pengetua sehingga tahun 2003. Pada bulan ogos 2004 Beliau dipindahkan ke SMK Datok Lokman dan pada 14 mei 2007 beliau telah dipindahkan ke SMK Aminuddin Baki.

Page 11: KST Sejarah SMK Aminuddin Baki KL

Guru

Encik Rofii bin Hussein dilahirkan pada 15 Januari 1966. Beliau dilahirkan di Merbok, Kedah. Hasil daripada perkahwinan beliau dengan isteri beliau, Puan Salinah bt Abas yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Jalan Peel, mereka telah dikurniakan empat orang puteri.

Encik Rofii memulakan zaman persekolahannya di SRK Dato’ Keramat sehingga tahun 6. Setelah itu, beliau menyambung sesi persekolahan beliau di SMK Dato’ Keramat sehinnga tingkatan 2. Pada tingkatan 3, beliau ke SMK Aminuddin Baki untuk menyambungkan pembelajaran beliau. Pada tahun 1985, beliau menerima tawaran masuk ke Maktab Perguruan Sri Pinang pada bulan 2. Pada tahun 1988, beliau mula berkhidmat sebagai guru di SK Jalan Peel selama 8 tahun dan pada 1996, Encik Rofii menyambung pelajarannya di bidang minor Bahasa Malaysia atau major kaunseling. Tahun 2001, beliau dihantar ke SMK Aminuddin Baki dan berkhidmat di situ sebagai seorang guru sehingga sekarang.

Antara sumbangan beliau untuk SMK Aminuddin Baki ialah membantu para pelajar dengan pengurusan diri dan member dorongan serta bimbingan kepada mereka memerlukan. Beliau turut mengendalikan beberapa program seperti motivasi, kursus kepimpinan pengawas, latihan perkhidmatan guru- guru dan orientasi pelajar tingkatan 1 dan 6 rendah. Akhir sekali, beliau terlibat dengan PIBG sekolah ini serta membantu dalam menguruskan pelawat- pelawat dari luar dan dalam negara.

Page 12: KST Sejarah SMK Aminuddin Baki KL

Badan Pengurus / PIBG

Penasihat : Pn. Latifah Haji MahfodYang Dipertua : En. Rosley Bin OthmanNaib Yang Dipertua : En. Mohammed Iqbal Bin IsmailSetiausaha : Puan Ida Haryati HashimNaib Setiusaha : Cik Kamisah Abu BakarBendahari : Puan Hanita ShamsuddinNaib Bendahari : Puan Karimah Bt. Yusof

Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa : En. Kwong Hai Foo : Pn. Young Tun Lam : Puan Sandy Jayapahan : En. Mohd Ridzwan Abd Kadir

: Pn. Susan Chua : En. Abdul Kadir Hashim: En. Wan Zaidi Wan Jaafar: Y Bhg Datin Ganevie Chong: Pn. Zaiton Masram

Ahli Jawatankuasa Guru : Pn. Jill Peary Raju: En. Rusdi Ibrahim: Pn. Jugdeep Kaur: Pn. Niswan Hussin: En. Rofii Hussein: En. Affendi Mashud

Page 13: KST Sejarah SMK Aminuddin Baki KL

Tokoh-Tokoh Bekas Pelajar

Shahir Sulaiman yang sangat aktif dalam bidang sukan renang dilahirkan pada 13 Januari 1990. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima adik- beradik yang kesemuanya memang aktif dalam sukan renang.

Beliau mula mendedahkan dirinya dalam bidang ini sejak berusia empat tahun lagi. Acara yang beliau senangi ialah 50 meter, 100 meter, 200 meter, kuak dada serta 50 meter kuak kupu- kupu. Jurulatih beliau ialah Encik Sazali Salleh.

Rekod baru yang dicatatkan dalam acara 50 meter ialah 31.63 saat, manakala, dalam dalam acara 100 meter, beliau mencatakan 1:10:135 dalam Majlis Sukan Sekolah- Sekolah Malaysia. Beliau banyak mewakili negara pada temasya Sukan Perpaduan Renang Amatur Malaysia (ASUM) di Arab Saudi.

Shahir Sulaiman memenangi dua emas dalam SEA Age Group Swimming Competition dan beberapa pingat dalam SUKMA. Banyak lagi kejayaan beliau. Seperti, memperolehi 10 emas dalam MSSKL, dua emas dan dua pecahan rekod baru di MSSM, empat emas dalam pertandingan berenang Pra-KL, dua emas dan satu rekod baru bagi pertandingan berenang Junior Kebangsaan, dua emas dalam pertandingan berenang Terbuka Malaysia dan tiga emas dalam pertandingan renang ‘Sports- Excel’.

Page 14: KST Sejarah SMK Aminuddin Baki KL

Peristiwa-Peristiwa Bersejarah

SMK AMINUDDIN BAKI TERBAKAR

KUALA LUMPUR 14 JULAI – Satu blok bangunan tiga tingkat Sekolah Menengah Aminuddin Baki di Jalan Kampung Pandan di sini musnah sebahagiannya dalam satu kebakaran pada kira-kira 3.30 pagi ini.

Kebakaran yang dipercayai bermula di bilik perpustakaan di tingkat tiga blok tersebut memusnahkan bahagian atas blok berkenaan.

Selain perpustakaan turut musnah dijilat api ialah empat bilik darjah serta bilik unit Teknologi Pendidikan menempatkan peralatan televisyen, video, radio dan kaset.

Page 15: KST Sejarah SMK Aminuddin Baki KL

Prestasi dan Kejayaan Akademik

Pada tahun 2005, jumlah calon mendapat semua A dalam PMR ialah seramai 90 orang calon. Seramai 124 orang pelajar telah mendapat A dalam subjek Bahasa Melayu, 222 orang dalam subjek Bahasa Inggeris, 176 orang pelajar dalam Sejarah, 191 dalam Geografi, 145 orang dalam Pendidikan Islam, 202 orang dalam Matematik, 184 orang dalam Sains, 210 orang dalam Kemahiran Hidup, 19 orang dalam Bahasa Cina, 2 orang dalam Bahasa Tamil dan seorang dalam Bahasa Punjabi.

Pada tahun 2005, 14 orang calon SPM telah mendapat semua 1A, manakala jumlah calon mendapat semua A adalah seramai 51 orang. Jumlah calon yang mendapat 4A penuh adalah seorang.

Pada tahun 2006, seramai 90 orang pelajar telah mendapat anugerah cemerlang PMR. Selain itu, 47 orang pelajar SPM telah Berjaya menerima anugerah cemerlang SPM 2006. Seterusnya, pada tahun 2007, seramai 143 orang pelajar telah menerima anugerah yang sama.

Page 16: KST Sejarah SMK Aminuddin Baki KL

Prestasi dan Kejayaan Kokurikulum

Kejayaan SMK Aminuddin Baki dalam bidang kokurikulum dapat dibuktikan apabila keluarga Sulaiman telah banyak mengharumkan nama sekolah dalam bidang renang. Seperti yang kita ketahui, Syafiq Sulaiman merupakan salah satu tokoh pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah ini. Beliau telah menyertai banyak pertandingan di dalam dan di luar negara. Antara pertandingan yang pernah disertainya ialah ‘Intergrated Islamic Sports’ di Jeddah, ‘SEA Age Group Games’ di Brunei dan ‘Asean School Meet in Bangkok ’. Selain itu, adik- adiknya, iaitu Shahir Sulaiman dan Shalina Sulaiman juga banyak memperoleh kejayaan dalam bidang renang.

Pada tahun 2007, pelajar SMK Aminuddin Baki telah banyak mengharumkan nama sekolah dengan memenangi banyak pertandingan. Antara kejayaan yang diperolehi oleh pelajar SMK Aminuddin Baki ialah Johan pertandingan kawad NGO (perempuan) Zon Pudu, Naib Johan Zon Pudu- Public Speaking, Naib Johan Kejohanan Bola Tampar MSSMKL Zon Pudu, tempat ketiga Bola Baling MSSMKL Zon Pudu dan Johan Bola Jaring MSSKL.

Antara atlet sekolah ialah Nik Atilya Hanis iaitu johan lompat kijang dan ketiga lompat tinggi MSSMKL Zon Pudu. Selain itu, Nurul Saiyidah Nasuha telah menjadi naib johan lontar peluru MSSMKL Zon Pudu. Muhd Husaini yang telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ping- pong MSSMKL Zon Pudu dan Amirul Aizat yang telah memenangi tempat ketiga, pertandingan tenpin boling MSSMKL.

Page 17: KST Sejarah SMK Aminuddin Baki KL

RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, saya telah banyak mempelajari serba- sedikit tentang sejarah sekolah. Selain itu, saya juga dapat mengetahui asal-usul sekolah dengan lebih lanjut.

Di samping itu, saya dan rakan-rakan dapat lebih mengenali dan memahami tugas- tugas serta sumbangan para guru di SMK Aminuddin Baki dengan lebih mendalam.

Kami juga dapat lebih mengenali PIBG sekolah ini. Bukan sahaja dapat mengetahui itu, tetapi kami dapat memahami prestasi akademik dan kokurikulum sekolah ini dengan lebih lanjut.

Saya merasakan bahawa folio ini banyak menyedarkan para pelajar tentang kepentingan sejarah sekolah, asal- usul sekolah, PIBG, para guru, prestasi para pelajar dan pelbagai lagi.

Secara keseluruhannya, folio ini banyak membantu saya memahami dan lebih mengenali SMK Aminuddin Baki, tempat saya menuntut ilmu.

Page 18: KST Sejarah SMK Aminuddin Baki KL

LAMPIRAN