kssr sejarah 2014

7
SK PADANG LUAS SK TEMBILA SK GONG BAYOR SK BUKIT PUTERI SK LUBUK KAWAH KURSUS KSSR DAN PBS SEJARAH TAHUN 4/2014

Upload: mohd-fahmi-yusoff

Post on 19-Nov-2015

34 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

SK PADANG LUAS SK TEMBILA SK GONG BAYOR SK BUKIT PUTERI SK LUBUK KAWAH

SK PADANG LUASSK TEMBILASK GONG BAYORSK BUKIT PUTERISK LUBUK KAWAHKURSUS KSSR DAN PBSSEJARAH TAHUN 4/2014

S.K : 5.3

S.P : 5.3.4Menyatakan Peranan Tun Perak dalam membina kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

K 5.3.5Menyatakan sifat-sifat kepimpinan tokoh yang boleh dijadikan contoh.TAJUK 5

Tema : Sejarah Awal NegaraTajuk : Tun Perak merupakan seorang tokoh yang terbilang di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Buktikan1. Siapakah Tun Perak?2. Apakah jawatan yang disandang oleh Tun Perak?3. Senaraikan nama-nama sultan semasa Tun Perak menjadi bendahara? 4. Apakah peranan Tun Perak dalam membina kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka?5. Apakah sifat-sifat kepimpinan yang ada pada Tun Perak

MURID DIMINTA MELAPORKAN DALAM BENTUK PENGKISAHAN DAN BUKU SKRAP

Tun PerakBendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang(mati 1498) ialahBendahara Melakayang ke-5 adalah Bendahara yang termasyhur antara semua bendahara Melaka. Pangkat ini yang membawa gelaran "Bendahara Paduka Raja" dalamKesultanan Melayu Melakaadalah setanding denganPerdana Menterimoden. Tun Perak, bersama-sama denganAria Gajah MadadariMajapahit, danRaja KenayandariPasai, telah dianggap sebagai tiga orang pentadbir yang teragung di alamMelayupadaabad ke-15.Tun Perak ialah anak Bendahara Seri Wak Raja dan beliau telah menjadi Penghulu Kelang dari tahun 1445 ketika berlangsungnya permusuhan antara kerajaan Siam dan Melaka. Maka, Tun Perak diperintahkan untuk datang ke Melaka bersama-sama orang Kelang yang lain, lelaki mahupun perempuan. Tindakan Tun Perak membawa sekali golongan perempuan menimbulkan persoalan pada Sultan Muzaffar Syah kerana mereka dikehendaki berperang. Tun Perak memberi alasan bahawa kedatangan perempuan adalah supaya lelaki akan berperang lebih bersungguh-sungguh untuk melindungi anak dan isteri mereka.Setelah menewaskan percubaanSiamuntuk menakluk Melaka pada tahun1446, beliau dilantik oleh bagindaSultan Muzaffar Syahsebagai Bentara.

Peranan Tun PerakBendahara Pembina EmpayarSetelah Tun Perak menjadi Bentara, beliau tidak digemari olehTun Ali, iaitu Bendahara ketika itu. Tun Ali yang berketurunan Tamil ketika itu sudahpun lanjut usianya. Perkara tersebut mengkhuatirkan sultan yang hendak melantik Tun Perak sebagai pengganti Tun Ali. Disebabkan risau dengan perbalahan antara pembesar yang memungkinkan kejatuhan pentadbiran negara, baginda mengahwinkan Tun Ali dengan Tun Kudu Tun Perpatih Sedang, iaitu kakak kepada Tun Perak dan isteri baginda sendiri. Baginda yang sanggup menceraikan Tun Kudu menerima keputusan yang dijangkakan bahawa Tun Ali sudahpun berbaik dengan Tun Perak.Kemudian, baginda melantik Tun Perak sebagai Bendahara yang bergelar Paduka Raja pada tahun1456sementaraTun Ali, Bendahara keempat, diantik sebagai Penghulu Bendahari dengan gelaran Seri Nara Diraja.Ketika Tun Perak menjawat jawatan Bendahara, beliau telah menakluk negeri-negeri di pantaiSelat Melakaseperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di pulauSumaterasertaJohor,Pahang,Kelantan,TerengganudanPerakyang menjadikan semua negeri ini sebagai jajahan takluk Melaka manakalaKedahpula menjadi negeri naungan Melaka. Dengan ini, Melaka telah menjadi sebuah empayar yang besar. Tidak kurang juga bagi aspek lain apabila Melaka membangun sehingga mencapai kekuatan dari segipolitik, sosial, danekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik banyak pedagang asing dariChina,India,Timur Tengah, serta negara-negara jiran yang lain.Pelantik Raja[sunting]Sebagai Bendahara Melaka yang berpengaruh, Tun Perak mempunyai kuasa untuk melantik raja Melaka. Lazimnya, beliau akan memilih raja yang mempunyai perkaitan persaudaraan dengannya. Sebagai contoh,Sultan Alauddin Riayat Syahyang dilantik beliau merupakan anak saudara beliau.Tun Perak juga telah meletakkan Raja Muhammad, putera sulung Sultan Perak menjadi Raja Pahang tetapi bukan sebagai Raja Melaka. Keputusan itu dibuat berikutan peristiwa Raja Muhammad membunuh Tun Besar, anak Tun Perak dalam satu permainan sepak raga.Sultan Alaudin Riayat Syah pula mangkat pada1488dan lazimnya, putera sulung baginda, Raja Menawar akan dilantik sebagai raja tetapi baginda hanya dilantik sebagai Raja Kampar manakala putera Sultan Alaudin yang lebih muda yang juga merupakan cucu Tun Perak iaitu Raja Mahmud, telah dilantik sebagai Sultan Mahmud.Beliau meninggal dunia pada tahun1498ketika pemerintahan Sultan Mahmud Syah setelah bernaung di bawah empat pemerintahan sultan iaituSultan Muzaffar Syah,Sultan Mansur Syah,Sultan Alauddin Riayat SyahdanSultan Mahmud Syah. Setelah kematian beliau, baginda sultan melantikTun Perpatih Putih, adik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6.Anakanda

SEKIAN TERIMA KASIH