krm3023 asas ukuran - · pdf fileadalah dalam membaca alat penimbang. alat penimbang...

6
KRM3023 ASAS UKURAN GROUP : UPSI08 PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA BT PUTEH DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BT ABDULLAH TAJUK TUGASAN : TUGASAN 3 BINCANGKAN LIMA KESUKARAN YANG BERPUNCA DARIPADA MISKONSEPSI YANG BIASA DIHADAPI OLEH MURID-MURID DALAM MEMPELAJARI TAJUK-TAJUK TERTENTU BAGI BIDANG ASAS UKURAN NAMA : HAPSAH BT MUNJIAT NO. MATRIK : D20102042640

Upload: phamtuong

Post on 16-Mar-2018

239 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: KRM3023 ASAS UKURAN -   · PDF fileadalah dalam membaca alat penimbang. Alat penimbang mempunyai pelbagai jenis senggatan. Samada senggatan 10, 5, 4 dan 2. Contoh :- Senggatan 10

KRM3023 ASAS UKURAN

GROUP : UPSI08

PENSYARAH :

PROF. DR. MARZITA BT PUTEH

DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BT ABDULLAH

TAJUK TUGASAN :

TUGASAN 3

BINCANGKAN LIMA KESUKARAN YANG BERPUNCA

DARIPADA MISKONSEPSI YANG BIASA DIHADAPI OLEH

MURID-MURID DALAM MEMPELAJARI TAJUK-TAJUK

TERTENTU BAGI BIDANG ASAS UKURAN

NAMA :

HAPSAH BT MUNJIAT

NO. MATRIK :

D20102042640

Page 2: KRM3023 ASAS UKURAN -   · PDF fileadalah dalam membaca alat penimbang. Alat penimbang mempunyai pelbagai jenis senggatan. Samada senggatan 10, 5, 4 dan 2. Contoh :- Senggatan 10

PENDAHULUAN

Matematik sering dikatakan satu mata pelajaran yang dianggap sukar oleh

para pelajar. Ini kerana mereka kurang memahami sesuatu konsep dalam sesuatu

tajuk. Dalam sesi pembelajaran matematik seringkali berlaku miskonsepsi di

kalangan pelajar. Ia menjadi penghalang kepada mereka untuk menyelesaikan

sesuatu soalan atau permasalahan matematik yang berkaitan dengan konsep yang

mereka salah ertikan.

Miskonsepsi berlaku disebabkan oleh beberapa sebab atau faktor seperti

kosentrasi, minat, kefahaman, pengajaran guru yang kurang jelas dan juga cuai.

Sebagai guru, kita haruslah peka dengan kesilapan yang pelajar kita lakukan.

Bertanya kepada mereka apakah yang tidak mereka fahami dan bantu mereka

memperbetulkan kesalahan-kesalahannya.

LIMA KESUKARAN

1. Topik Masa dan Waktu

Seringkali murid-murid melakukan kesalahan dalam menukar pecahan jam

kepada minit. Kesalahan dan kesilapan menukar pecahan jam kepada minit akan

menyukarkan murid dalam mengira operasi tambah dan tolak yang melibatkan jam

dan minit.

Sebagai contoh, ada murid yang menyamakan penukaran pecahan jam kepada

minit seperti penukaran peratus, unit ukuran panjang, timbangan berat dan isipadu

cecair.

Contoh :-

jam =

x 100 = 50 minit

Selain dari itu, kesilapan yang paling ketara adalah menjadikan nombor-nombor

yang ada di dalam pecahan menjadi jawapannya.

Page 3: KRM3023 ASAS UKURAN -   · PDF fileadalah dalam membaca alat penimbang. Alat penimbang mempunyai pelbagai jenis senggatan. Samada senggatan 10, 5, 4 dan 2. Contoh :- Senggatan 10

Contoh :-

jam = 12 minit

Apabila murid sudah melakukan kesilapan dalam penukaran unit jam kepada minit,

maka apabila melibatkan operasi kesilapan itu terus bertambah.

Contoh :-

45 minit +

jam = 45 minit + 34 minit

Sebagai mengatasi masalah ini, secara konseptualnya saya akan mendarabkan

pecahan berikut dengan 60. Ini kerana 1 jam = 60 minit.

Contoh :-

jam =

x 60 minit = 30 minit

Manakala secara prosedur pula, saya akan menggunakan gambar pecahan yang

sama seperti permukaan jam. Dengan cara itu murid mudah mengingati minit

apabila diberi jam dalam pecahan.

Contoh :-

2. Ukuran Panjang

Dalam topik ukuran panjang, miskonsepsi yang kerap berlaku adalah yang

melibatkan penukaran unit kilometer ( km ) kepada meter ( m ), meter ( m ) kepada

sentimeter ( cm ) dan sentimeter ( cm ) kepada milimeter ( mm ).Ini kerana dalam

topik ini terlalu banyak . Murid tidak mengingati formula penukaran unit.

/

12

9

6

3

1 2

4 5 7

8

10 11

Page 4: KRM3023 ASAS UKURAN -   · PDF fileadalah dalam membaca alat penimbang. Alat penimbang mempunyai pelbagai jenis senggatan. Samada senggatan 10, 5, 4 dan 2. Contoh :- Senggatan 10

Contoh :-

Jika 2.3 km = 2 300 m

Maka 2.3 m juga menjadi 2 300 cm

Kesalahan seperti ini kerap terjadi sama ada km kepada m, ataupun m

kepada km dan sebagainya. Pada pendapat saya kesalahan ini sering terjadi kerana

murid tidak meneliti dan menghiraukan unit yang diberikan.

Bagi mengatasi masalah guru perlu mempelbagaikan kaedah cara penukaran

unit. Secara konseptualnya, penekanan penerangan penukaran cm kepada mm

merujuk kepada pembaris murid. Unit m kepada cm pula terdapat pada pembaris

yang sering dibekalkan bagi setiap kelas. Dengan ini, ingatan murid akan lebih kukuh

lagi bahawa unit cm kepada mm lebih pendek maka ianya 1 cm = 10 mm.

Dalam hal ini, kaedah yang sering saya gunakan adalah menerangkan

makna kilo kepada murid iaitu ribu. Maka hanya unit yang mempunyai perkataan kilo

sahaja yang didarabkan dengan 1 000 atau dibahagikan dengan 1 000. Penggunaan

‘table AKKU’ juga boleh membantu murid secara prosedurnya.

3. Timbangan berat

Kesalahan dan kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam tajuk ini

adalah dalam membaca alat penimbang. Alat penimbang mempunyai pelbagai jenis

senggatan. Samada senggatan 10, 5, 4 dan 2.

Contoh :- Senggatan 10

Page 5: KRM3023 ASAS UKURAN -   · PDF fileadalah dalam membaca alat penimbang. Alat penimbang mempunyai pelbagai jenis senggatan. Samada senggatan 10, 5, 4 dan 2. Contoh :- Senggatan 10

Secara konseptualnya, aktiviti menimbang objek menggunakan pelbagai jenis

penimbang akan membantu murid memahami konsep kg dan g. Sebagai contoh

arahkan murid menimbang beg sekolah menggunakan penimbang senggatan 10 dan

merekod bacaannya. Kemudian timbang pula menggunakan penimbang senggatan 5

dan diteruskan dengan sesi bersoal jawab.

Manakala secara praktikalnya, dalam pengajaran topik ukuran panjang,

timbangan berat dan isipadu cecair, saya akan mengarahkan murid untuk menghafal

pasangan nombor yang memberikan jawapan 1 000. Ini kerana 1 km/kg/l = 1 000

m/g/ml. Pasangan tersebut ialah 2 x 500, 4 x 250, 5 x 200, 10 x 100. Bagi soalan di

atas, senggatan bagi alat penimbang ialah 10. Pasangan 10 adalah 100. Jarum

menunjukkan pada senggatan ke-4. Maka 4 x 100 = 400. Oleh itu ia memberi

jawapan 1 kg 400 g.

4. Isipadu Cecair

Miskonsepsi bagi tajuk isipadu cacair juga sering terjadi dalam topik ukuran

yang lain iaitu penukaran unit dalam pecahan. Murid sering mengambil jalan mudah

dengan menulis semula digit-digit yang ada pada pecahan.

Contoh :-

2

l = 234 ml

Penerangan secara konsep dahulu iaitu dengan menukarkan pecahan

bercampur menjadi pecahan tak wajar dan darabkan dengan 1 000 kerana

1 l = 1 000 ml.

Contoh :-

2

l =

x 1 000 ml = 2750 ml

Selain itu, bagi mengatasi masalah ini juga pasangan nombor adalah cara

yang paling mudah bagi murid untuk menyelesaikannya.

Page 6: KRM3023 ASAS UKURAN -   · PDF fileadalah dalam membaca alat penimbang. Alat penimbang mempunyai pelbagai jenis senggatan. Samada senggatan 10, 5, 4 dan 2. Contoh :- Senggatan 10

Contoh :-

2

l = 2

= 2 750 ml

5. Operasi bagi Ukuran Panjang, Timbangan Berat dan Isipadu Cecair

Murid-murid sering melakukan kesalahan pada soalan operasi ( tambah,

tolak, darab dan bahagi ). Kurang pemerhatian terhadap unit-unit yang terlibat sering

menjadi punca kepada kesukaran murid dalam menjawab soalan dengan betul.

Contoh ;-

Aina minum susu sebanyak 500 ml sehari. Berapa banyakkah kuantiti susu

yang diminumnya dalam seminggu, dalam l?

A 3 500 C 35

B 350 D 3.5

Dalam kes ini murid sering menjawab A kerana itulah jawapan yang

diperolehi oleh mereka semasa mengira tanpa merujuk kepada unit yang diberikan.

Bagi mengelakkan situasi ini berulang, maka mengarahkan murid menggariskan isi-

isi penting dalam soalan itu adalah yang paling mustahak.

Contoh ;-

Aina minum susu sebanyak 500 ml sehari. Berapa banyakkah kuantiti susu

yang diminumnya dalam seminggu, dalam l ?

A 3 500 C 35

B 350 D 3.5

Minta pelajar menukar 500 ml kepada l dahulu kerana diakhir soalan unit

yang diminta adalah l. Kemudian darabkan dengan 7, kerana dalam seminggu ada 7

hari. Maka jawapan yang diperolehi adalah 0.500 l x 7 = 3.500 l atau 3.5 l iaitu

D.