kritikan ulama terhadap manhaj takhrij ulama hadith satu kupasan _dr faisal

17

Click here to load reader

Upload: kewan-wan

Post on 23-Oct-2015

44 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kritikan Ulama Terhadap Manhaj Takhrij Ulama Hadith Satu Kupasan _dr Faisal

1

KRITIKAN ULAMA TERHADAP MANHAJ TAKHRIJ ULAMA HADITH: SATU

KUPASAN

Oleh:

Faisal Ahmad Shah* dan Jawiah Dakir

**

Abstract

This article discuss about the critics from the contemporary scholars upon

the methodology of Takhrij which have been used by the three prominent

scholars in the field of Hadith, they are Ibn Hajar al-‘Asqalani (852H),

Shaykh Ahmad Muhammad Shakir (1377H), and Shaykh Muhammad Nasir

al-Din al-Albani (1419H). The three prominent scholars mentioned above

have gained an awards for their expertises in the field of Hadith. This

article focused to clarify obviously those differences and dissimilarities

among scholars in their determinations of status and degree of hadith are

well acceptable due to their studies. The findings of this article will guide

the student and those who are interested in the field of hadith to apply the

right and suitable methodology of takhrij, therefore inculcate their

contributions to respect other scholars and put aside any zealous arouse

without proof and facts.

Pendahuluan

Aspek hukum dan darjat hadith merupakan elemen yang paling penting dalam sesuatu amalan

takhrij. Hukum dan darjat hadith akan dapat menentukan kualiti hadith dari sudut kehujahan

dan kekuatannya sebagai sumber ilmu. Justeru ulama hadith sentiasa memberikan perhatian

dan fokus mereka kepada aspek hukum hadith. Pelbagai kaedah dan manhaj disusun dan

dibina terutamanya oleh ulama terdahulu sebagai panduan sebelum kedudukan sesuatu hadith

itu dinilai. Ini diterjemahkan melalui penghasilan karya-karya dalam Ilmu Mustalah al-Hadith

dan Ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil. Begitu juga penghasilan pelbagai kitab takhrij membuktikan

keperihatinan ulama terhadap aspek hukum dan nilai hadith. Namun segala kaedah dan

manhaj yang disusun tidak mencukupi untuk mengelakkan perselisihan dan perbezaan

pendapat di kalangan mereka. Mereka tetap berselisih pendapat sebagaimana ulama lain

berselisih pendapat dalam ilmu-ilmu yang lain. Antaranya perselisihan mereka dalam

memberi penilaian terhadap seseorang perawi. Seorang ulama al-Jarh wa al-Ta’dil, Shu’bah

bin al-Hajjaj (m.160) pernah mendaifkan Abu al-Zubayr al-Makki, ‘Abd al-Malik bin Abu

Sulayman dan Hakim bin Jubayr. Malah beliau tidak meriwayatkan hadith daripada mereka.

Namun Shu’bah dilaporkan meriwayatkan hadith daripada perawi yang lebih rendah kualiti

hafazan dan keadilannya daripada perawi tersebut di atas. Beliau dilaporkan meriwayatkan

hadith daripada Jabir al-Ju’fi, Ibrahim bin Muslim al-Hijri, Muhammad bin ‘Ubay Allah al-

‘Arzami dan beberapa orang lagi perawi yang didaifkan dalam hadith.1

Imam al-Nawawi pernah menyatakan ketidaksetujuannya terhadap mereka yang mengaibkan

Imam Muslim disebabkan periwayatan beliau daripada beberapa perawi yang lemah dalam

kitabnya Sahih Muslim. Menurut beliau sebenarnya tiada keaiban bagi Imam Muslim

* Pensyarah Kanan di Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

** Profesor di Jabatan al-Qur’an dan al-Sunnah, Fakulti Usuluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia.

1 Zayn al-Din Abu al-Farj Ibn Rajab al-Hanbali (t.t), Sharh ‘Ilal al-Tirmidhi, tahqiq Dr Nur al-Din ‘Itr

j.1 h. 201.

Page 2: Kritikan Ulama Terhadap Manhaj Takhrij Ulama Hadith Satu Kupasan _dr Faisal

2

sebagaimana pendapat Ibn al-Salah iaitu salah satu daripadanya ialah kerana perawi tersebut

daif di sisi ulama lain tetapi thiqah di sisinya.2

Ibn al-Taymiyyah dalam bukunya Raf’ al-Malam ‘an al-A’immah al-A’lam3 telah

menyenaraikan sebab-sebab perselisihan ulama dalam hukum hadith. Antaranya dinyatakan

sebab ketiga iaitu: Disebabkan beberapa faktor antaranya seorang perawi yang dianggap da’if

oleh seorang ulama sedangkan ulama lain menganggapnya thiqah. Sesungguhnya

pengetahuan mengenai ‘ilm al-Rijal merupakan ilmu yang luas. Ulama dalam bidang ini

kadang-kala bersepakat dan kadang kala berselisih pendapat sebagaimana ulama-ulama lain

dalam bidang-bidang mereka.4

Polemik perbezaan pendapat di kalangan ulama masa kini terhadap hukum dan darjat hadith

terus dibincangkan dan diperdebatkan. Perbezaan pendapat ini kadangkala membawa kepada

dua keadaan penerimaan di kalangan masyarakat atau lebih khususnya penuntut ilmu. Satu

golongan menganggap hukum hadith yang diletakkan oleh ulama tertentu tidak boleh diterima

disebabkan kritikan yang banyak terhadapnya daripada ulama lain. Manakala satu golongan

lain pula terlalu taksub terhadap seseorang ulama sehingga mindanya tidak terbuka untuk

menerima pendapat ulama lain. Ini tidak termasuk lagi polemik di kalangan penuntut ilmu

mengenai pertentangan hukum hadith antara ulama mutaqaddimin dan ulama mutaakhkhirin

ataupun mu’asirin. Justeru dalam bahagian berikutnya penulis akan cuba membincangkan

kritikan-kritikan terhadap empat tokoh ternama dalam bidang hadith dari aspek manhaj

hukum hadith dan cadangan penyelesaiannya mengikut amalan takhrij masa kini.

Pengenalan Ringkas al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani

Beliau ialah Ahmad bin ‘Ali bin Muhammad bin Muhammad bin ‘Ali bin Ahmad al-

‘Asqalani al-Masri al-Qahiri al-Shafi’i. Beliau digelar dengan Shaykh al-Islam, Hafiz al-‘Asr

dan Amir al-Mu’minin fi al-Hadith. Dilahirkan di Kaherah Mesir pada 12 Syaaban 773H iaitu

pada penghujung suku abad yang kelapan hijrah dan meninggal dunia pada 852H.

Sumbangannya dalam bidang hadith terbukti dengan penghasilan lebih daripada 132 buah

karya antaranya: Ithaf al-Mahrah bi Atraf al-‘Asharah, Al-Isabah ‘ala al-Tamyiz al-Sahabah,

Bulugh al-Maram min Adillah al-Ahkam, Taqrib al-Tahdhib, Ta’liq al-Ta’liq, Tahdhib al-

Tahdhib, Takhrij Ahadith al-Adhkar li al-Nawawi, Fath a-Bari bi Sharh al-Bukhari, Nukhbah

al-Fikar fi Mustalah Ahli al-Athar, Al-Nukat al-Hadithiyah ‘ala Kitab Ibn al-Salah, Hady al-

Sari li Muqaddimah Fath al-Bari dan sebagainya. 5

Kritikan Ulama Terhadap al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani

Kritikan terhadap hukum hadith yang diletakkan oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani pernah

diutarakan oleh Shaykh Abu al-Hasan Mustafa bin Isma’il dalam bukunya Ithaf al-Nabil bi

Ajwibah As’ilati al-Mustalah wa al-Jarh wa al-Ta’dil6.

2 Yahya bin Sharaf Abu Zakariyya al-Nawawi (1392), Muqaddimah Sharh Muslim, Bayrut: Dar Ihya’

al-Turath al-‘Arabi j. 1, h.24, Lihat juga Abu al-Hasanat Muhammad ‘Abd al-Hay al-Laknawi al-Hindi

(1407H), al-Raf’ wa al-Takmil fi al-Jarh wa al-Ta’dil, Halb: Maktab al-Matbu’ah al-Islamiyyah j 1 h.6,

Lihat juga ‘Abd al-Rahman bin Abu Bakr al-Suyuti, Tadrib al-Rawi Fi Sharh Taqrib al-Nawawi,

Riyad: Maktabah al-Riyad al-Hadithah, tahqiq ‘Abd al-Wahhab ‘Abd al-Latif, j.1 h.54. 3 Taqiy al-Din Abu al-‘Abbas Ahmad bin ‘Abd al-Halim bin Taymiyyah (t.t), Raf’ al-Malam ‘an al-

Aimmah al-A’lam, tahqiq ‘Abd Allah bin Ibrahim al-Ansari, Bayrut: al-Maktabah al-‘Asriyyah h.17 4 Taqiy al-Din Abu al-‘Abbas Ahmad bin ‘Abd al-Halim bin Taymiyyah, Majmu’ al-Fatawa j.20 h.

240. 5 Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Ja’far al-Kattani (t.t), al-Risalah al-Mustatrifah li Bayan Mashhur

Kutub al-Sunnah al-Musharrafah, al-Risalah al-Mustatrifah h.121. 6 Mustafa bin Isma’il Abu al-Hasan (1994), Ithaf al-Nabil bi Ajwibah As’ilati al-Mustalah wa al-Jarh

wa al-Ta’dil, Maktabah Ibn Taymiyyah j.1 h. 45.

Page 3: Kritikan Ulama Terhadap Manhaj Takhrij Ulama Hadith Satu Kupasan _dr Faisal

3

Antara kritikan beliau terhadap hukum hadith yang diletakkan Ibn Hajar ialah seperti berikut:

a) Tasahul Ibn Hajar dalam pentashihan hadith

b) Terdapat ramai perawi hadith yang didaifkan oleh Ibn Hajar dalam kitab Taqrib al-

Tahdhib tetapi pada masa yang sama menghukumkan sanad hadith melalui jalan yang

sama dengan hukum hasan atau sahih.

Contoh

������ ���� �

Ibn Hajar menyatakan bahawa Abu Dawud telah menambahkan lafaz lain iaitu � ���� ��� . Ibn Hajar menghukumkan isnadnya sebagai hasan sedangkan dalam kitab

Taqrib beliau menterjemahkan dua perawi dalam isnad tersebut dengan hukum

majhul jahalah al-‘ayn yang membawa kepada hukum terlalu daif (shadid al-da’f) .

c) Menggunakan istilah yang ringan bagi hadith yang terlalu da’if

Contoh

��� ����� ���� ��� � !�" #$%&� ��'�(� ���) ����*� Ibn Hajar menghukumkan hadith ini sebagai “lam Yathbut” sedangkan hadith tersebut

di atas hukumnya terlalu daif (shadid al-da’f). Istilah “lam Yathbut” hanya sesuai

digunakan bagi perawi yang lemah tidak bagi perawi yang al-Wahi dan al-Saqit.7

d) Tidak konsisten dari sudut penilaian beliau terhadap perawi. Sebagai contoh terdapat

perawi yang dihukumkan beliau sebagai saduq dalam Taqrib al-Tahdhib tetapi

dihukumkan sebagai da’if jiddan atau da’if dalam al-Talkhis al-Habir.8

e) Menyalahi metode yang dinyatakan dalam Muqaddimah Fath al-Bari bahawa hadith-

hadith yang tidak diberi ulasan dari sudut hukumnya maka hukumnya sahih atau

hasan. Namun kajian menunjukkan terdapat beberapa hadith yang tidak diulas

hukumnya berstatus da’if. 9 Contohnya adalah seperti berikut:

+,-� �$� .� /�� �/01 � 2#� 34 ��� �* Ibn Hajar mendiamkan hukum bagi hadith di atas dalam kitabnya Fath al-Bari

10

begitu juga dalam Talkhis al-Habir11

. Namun beliau kemudiannya mendaifkannya

dalam kitab al-Fath12

Begitu juga hadith 5��) � ��" �6�(� ��% yang disebutkan oleh beliau13

tanpa diberi

ulasan dan kemudiannya dihukumkan da’if. 14

f) Terdapat beberapa buah hadith yang dijelaskan oleh Ibn Hajar sebagai memenuhi

syarat Imam Muslim sedangkan hadith tersebut shadh.15

7 Al-‘Uqayli (t.t), al-Du’afa’ al-Kabir, j. 8 h. 446. Lihat juga Sulayman bin Salih al-Khurasyi (t.t),

Ahadith La Tasih, j.1 h.2. 8 Ibid.,. 46.

9 Ibid., 156.

10 Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani (1379H), Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari, Bayrut: Dar

al-Ma’rifah j.1 h.8. 11

Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani (1989), Talkhis al-Habir fi Takhrij Ahadith al-Rafi’i al-

Kabir, cet 1, Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, j.1 h.76. 12

Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani (1379H), op.cit., j.8 h.220. 13

Ibid., j. 1 h.11. 14

Ibid., j. 4 h.219.

Page 4: Kritikan Ulama Terhadap Manhaj Takhrij Ulama Hadith Satu Kupasan _dr Faisal

4

Contohnya penambahan bismillah ketika memasuki tandas dalam hadith riwayat

Anas. Penambahan bismillah sebenarnya da’ifah shadhdhah. Shaykh al-Albani juga

menghukumkannya sebagai shadh.

g) Mengkategorikan perawi dalam kumpulan sahabat terutamanya perawi-perawi yang

menjadi perselisihan di kalangan ulama.

h) Meletakkan satu martabat yang dinamakan sebagai maqbul yang terdiri

kebanyakannya daripada kalangan perawi-perawi yang majhul, begitu juga perawi-

perawi yang saduq

i) Tasahul beliau dari sudut menghukum hadith-hadith mawdu’ di mana beliau

menggunakan istilah yang ringan seperti da’if terhadap hadith-hadith tersebut.

j) Menisbahkan lafaz saduq terhadap perawi-perawi yang thiqat sehinggakan ia

dianggap sebagai satu istilah khas baginya.

k) Mengabaikan hukum hadith mawdu’. Ini ditegaskan oleh Shaykh Ahmad al-Ghumari

dalam kitabnya al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami’ al-Saghir ketika

mengkritik hukum hadith oleh Ibn Hajar16

.

Contoh

�7#8 /$�� �9#8 �#�:� �8#� 5�!� �;�; 1/(� ��� Al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya Zuhar al-Firdawus menghukumkan hadith ini

sebagai da’if dan munqati’. Hukum ini kemudiannya dijawab oleh Shaykh al-

Ghumari dengan menyatakan bahawa terdapat pada sanad hadith ini perawi kadhdhab

dan wadda’ iaitu Nahsyal bin Sa’id maka hadith ini sebenarnya palsu. Dalam hal ini

al-Hafiz Ibn Hajar dan gurunya mutasahil dalam menentukan hukum terhadap hadith

ini.

l) Menguatkan hadith-hadith da’if yang mendokong tashayyu’. Ini dikesan oleh Shaykh

‘Abd al-Rahman bin Yahya al-Mu‘allimi ketika memberi ulasan terhadap kitab al-

Fawaid al-Majmu ‘ah17

.

“al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya al-Qawl al-Musaddad dan Fath al-Bari telah

mempertahankan beberapa riwayat al-Kufiyyin namun ia dimaafkan. Sebenarnya

menurut Shaykh al-Mu‘allimi riwayat-riwayat tersebut tidak dapat lari daripada

kedaifan.

m) Kadang-kadang beliau juga turut mentashihkan hadith-hadith yang mencela Usul al-

Din. Perkara ini ditegaskan oleh al-Shaykh Rashid Rida dalam Majallah al-Manar.18

“Terdapat hadith yang dikemukakan oleh Ibn Hajar tidak boleh diterima sehinggakan

beliau mempertahankan hadith yang dianggap penghinaan paling kuat terhadap Usul

al-Din seperti hadith al-Gharaniq yang secara jelas memperakui sembahan kepada

berhala dan pujian kepada al-Latta, al-‘Uzza dan Manna. Al-Hafiz Ibn Hajar telah

mempertahankan hadith ini yang dianggap tidak sahih sanadnya tetapi diperkuatkan

oleh riwayat-riwayat lain. Justeru pendapat Ibn Hajar ini bertentangan dengan

pendapat majoriti ulama hadith yang menghukumkannya sebagai palsu dan batil”.19

Selain kritikan terhadap beliau dari sudut hukum hadith, Ibn Hajar juga dikritik dari sudut

hukum beliau terhadap perawi hadith dalam kitabnya Taqrib al-Tahdhib. Kitab Taqrib al-

15

Mustafa bin Isma’il Abu al-Hasan (1994), op.cit., h.156. 16

Ahmad al-Ghumari (t.t) al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu ‘ah fi al-Jami’ al-Saghir. 17

Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad al-Shawkani, (1407H), al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith

al-Mawdu’ah, tahqiq ‘Abd al-Rahman Yahya al-Mu’allimi, Bayrut: al-Maktab al-Islami, cet 3, h. 317. 18

Rashid Rida (1927), Majallah al-Manar, jilid 28 juzuk 6, h. 474. 19

Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani (1379H), op. cit., j. 8, h. 439.

Page 5: Kritikan Ulama Terhadap Manhaj Takhrij Ulama Hadith Satu Kupasan _dr Faisal

5

Tahdhib dianggap sebagai salah satu rujukan utama dalam penilaian terhadap perawi.

Rujukan kepada kitab Taqrib al-Tahdhib sahaja dikatakan telah mencukupi untuk mengetahui

hukum terhadap perawi. Justeru ramai pelajar di peringkat master atau PhD hanya merujuk

kepada kitab Taqrib untuk mengetahui hukum hadith.20

Dalam kitab tersebut Ibn Hajar telah

berusaha meletakkan hukum terhadap perawi berdasarkan kajian dan penelitian beliau

terhadap karangan ulama-ulama terdahulu dalam terjemahan perawi seperti karya Tahdhib al-

Kamal oleh al-Mizzi, Abu Hatim al-Razi dalam al-Jarh wa al-Ta’dil dan sebagainya. Namun

kitab yang dianggap sumber rujukan utama dalam terjemahan dan hukum perawi tidak lepas

daripada sebarang kritikan ulama.

Shaykh ‘Ata’ bin ‘Abd al-Latif dalam bukunya Im’an al-Nazar fi Taqrib al-Hafiz Ibn Hajar

telah menemui perbezaan yang ketara antara martabat perawi yang terdapat dalam Kitab

Taqrib dan apa yang terdapat dalam kitab Tahdhib al-Tahdhib. Kitab Tahdhib al-Tahdhib

merupakan kitab asal sebelum diringkaskan dalam kitab Taqrib. Martabat perawi yang

diletakkan oleh Ibn Hajar terhadap perawi tidak konsisten dengan martabat yang dinyatakan

dalam Muqaddimah Taqrib. Begitu juga beliau tidak konsisten dalam menentukan perawi

yang dihukumkan sebagai Maqbul al-Hadith. Shaykh ‘Ata’ bin ‘Abd al-Latif kemudiannya

menyenaraikan 16 perhatian (mulahazat) beliau berkaitan manhaj Ibn Hajar dalam

penilaiannya terhadap perawi-perawi dalam kitab Taqrib. Antaranya istilah maqbul yang

diletakkan oleh Ibn Hajar terhadap perawi yang dihukumkan thiqah oleh ulama yang

diperakui namun perawi tersebut tidak banyak meriwayatkan hadith dan tidak dikritik.

Hukum maqbul yang ditetapkan oleh Ibn Hajar terhadap perawi-perawi dalam kitab Taqrib

menyebabkan sanad-sanad hadith yang melalui jalan mereka menjadi da’if sedangkan hukum

sebenarnya ialah hasan atau sahih. Shaykh ‘Ata’ kemudian menyebutkan 80 orang perawi

yang dihukumkan oleh Ibn Hajar dengan hukum ini.21

Pendapat yang sama dikongsi oleh Shaykh Muqbil al-Wada’i. Menurut beliau kitab Taqrib

memerlukan kepada kajian semula. Terdapat hukum maqbul yang diletakkan oleh Ibn Hajar

terhadap perawi tetapi Ibn Ma’in memberikan hukum thiqah kepadanya. Ibn Hajar turut

meletakkan hukum thiqah kepada perawi sedangkan hanya al-‘Ajali atau Ibn Hibban sahaja

yang memberikan hukum thiqah kepada mereka. Menurut beliau lagi: “Kami tidak akan

melihat kepada Taqrib melainkan terdapat istilah yang berbeza oleh ulama mutaqaddimin

yang sukar bagi kami untuk melakukan penyatuan (tawfiq). Maka dalam hal ini kami akan

merujuk kepada kitab Taqrib”.22

Ketika melakukan tahqiq terhadap kitab Taqrib, Shaykh Muhammad ‘Awamah turut

menganggap bahawa tidak cukup bagi seorang pengkaji melihat kepada sebuah kitab

sedangkan dia mengetahui terdapat beberapa mulahazat dan perbezaan hukum Ibn Hajar

dengan ulama lain. Antaranya hukum dan martabat perawi yang berbeza dengan apa yang

terdapat dalam Muqaddimah Taqrib, Tahdhib al-Tahdhib atau kitab-kitab yang lain. Begitu

juga perbezaan dengan hukum ulama lain. Terdapat juga hukum yang diletakkan Ibn Hajar

yang bertepatan dengan hukum yang terdapat dalam kitab Tahdhib namun memerlukan

kepada penjelasan.23

Shaykh Shu’ayb Arnaut dan Dr Bashshar ‘Awwad dalam Tahrir al-Taqrib turut menegaskan

perkara yang sama. Antara penemuan baru mereka setelah melakukan kajian semula terhadap

kitab Taqrib al-Tahdhib ialah24

:

a) Ibn Hajar tidak konsisten terhadap tawthiq dan tad’if perawi.

20

Mustafa bin Isma’il Abu al-Hasan (1994), op.cit., h. 46 dan 98. 21

Bassam al-Ghanim al-‘Atawi Dr (1429) Awham fi Kashf al-Iham, h.3. 22

Ibid., h.6. 23

Ibid., 24

Bashshar ‘Awwad Ma’ruf Dr dan Shuayb al-Arnaut (1997), Tahrir Taqrib al-Tahdhib li Ibn Hajar,

Mu’assasah al-Risalah h. 15.

Page 6: Kritikan Ulama Terhadap Manhaj Takhrij Ulama Hadith Satu Kupasan _dr Faisal

6

b) Beliau juga tidak konsisten dalam mengambil kira tawthiq Ibn Hibban atau perawi-

perawi yang disebutkan oleh Ibn Hibban dalam kitabnya al-Thiqat. Kadang kala

beliau mengambil kira pandangan tersebut atau mengabaikannya. Begitu juga tawthiq

al-‘Ajali dan Ibn Sa‘d.

Menurut Shaykh Abu al-Ashbal al-Bakistani yang merupakan pentahqiq kepada kitab Taqrib

al-Tahdhib, antara kelemahan kitab Taqrib ialah kekurangan terjemahan yang berlaku pada

sebahagian terjemahan perawi, kurangnya isyarat rujukan atau tidak dinyatakan martabat atau

tabaqah perawi, terjemahan perawi yang berulang, perbezaan tabaqah perawi dan lafaz al-

Jarh wa al-Ta’dil yang kesemuanya berpunca daripada Ibn Hajar sendiri. Kemungkinan ada

pembaca yang beranggapan bahawa kesilapan ini disebabkan naskah yang dinisbahkan

kepadanya sama ada benar-benar tulisan tangannya atau sebaliknya. Menurut Shaykh Abu al-

Ashbal aku cuba memikirkan sebab kepada kesilapan ini sedangkan Ibn Hajar merupakan

hafiz, hafiz mashriq dan penutup bagi segala hafiz dan tiada ulama yang sebanding

dengannya. Kemudian beliau melihat kitab Intiqad al-I’tirad yang menjelaskan sebab

kekurangan yang terdapat dalam kitab Taqrib iaitu kesibukan dan tumpuan lebih dalam

mensyarahkan Sahih al-Bukhari dan kesukaran yang beliau hadapi dalam mensyarahkan

Sahih al-Bukhari. Menurut Shaykh Abu Ashbal lagi terdapat 152 terjemahan perawi yang

tidak lengkap tahun wafatnya lalu beliau melengkapkannnya dengan merujuk kepada Taqrib

al-Tahdhib dan Tahdhib al-Tahdhib dan sumber-sumber yang lain.25

Shaykh Abu al-Hasan Mustafa bin Isma’il dalam bukunya Ithaf al-Nabil bi Ajwibah As’ilati

al-Mustalah wa al-Jarh wa al-Ta’dil turut berkongsi pendapat yang sama. Menurut beliau Ibn

Hajar telah menghukumkan perawi dalam kitabnya Taqrib dengan hukum saduq tetapi dalam

kitabnya al-Talkhis al-Habir beliau menghukumkannya dengan hukum da’if jiddan atau da’if.

Menurut Shaykh Abu al-Hasan Mustafa bin Isma’il: “jika kita kumpulkan pendapat beliau

dalam Talkhis, al-Dirayah dan Fath al-Bari, kita akan menemui bahawa Ibn Hajar menyalahi

pendapatnya yang terdapat dalam kitab Taqrib dalam banyak tempat26

.

Selain ulasan dan komen ulama-ulama di atas, terdapat ulama-ulama lain yang menyalahi

hukum yang ditetapkan oleh Ibn Hajar antaranya Shaykh al-Albani.27

Shaykh Ibn Baz dalam

kitabnya al-Nukat ‘ala Taqrib al-Tahdhib.

Ulama Yang mempertahankan Manhaj Ibn Hajar

Antara ulama yang mempertahankan Ibn Hajar ialah Dr Mahir Yasin al-Fahl dalam bukunya

Kashf al-Iham Lima Tadammanahu Tahrir al-Taqrib min al-Awham.28

Dalam buku tersebut

beliau mengkritik pengarang kitab Tahrir Taqrib al-Tahdhib lebih daripada 2000 tempat.

‘Ali bin Nayf al-Shuhud dalam bukunya Al-Hafiz Ibn Hajar wa Manhajuhu fi Taqrib al-

Tahdhib turut mempertahankan manhaj yang digunakan oleh Ibn Hajar.29

Antara jawapan-

jawapan beliau terhadap kritikan yang ditujukan kepada Ibn Hajar ialah:

1. Hanya sedikit perbezaan atau pertentangan hukum yang dikatakan terdapat dalam

kitab-kitab al-Jarh wa al-Ta’dil karangan Ibn Hajar.30

25

Bassam al-Ghanim al-‘Atawi Dr(1429), op.cit., h.6. 26

Mustafa bin Isma’il Abu al-Hasan (1994), op.cit., h. 46. 27

Shaykh al-Albani menyatakan dalam bukunya Silsilah al-Ahadith al-Da’ifah wa al-Mawdu’ah

bahawa terdapat banyak pertentangan pendapat al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitab Talkhis dengan

pendapatnya dalam kitab-kitab yang lain sedangkan beliau merupakan al-Hafiz al-Nuqqad. Menurut al-

Albani beliau percaya ini merupakan antara karya-karya awal beliau dan beliau tidak sempat untuk

mengeditnya kembali. Sila lihat Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1992), Silsilah al-Ahadith al-

Da’ifah wa al-Mawdu’ah wa atharuha al-sayyi’ ‘fi al-Ummah, Riyad: Dar al-Ma’arif j. 3 h. 513. 28

Mahir Yasin al-Fahl Dr (2006) Kashf al-Iham li Ma Tadammanhu Tahrir al-Taqrib min al-Awham,

Dar al-Mayman: Arab Saudi. h.10.

29 ‘Ali bin Nayf al-Shuhud (t.t), al-Hafiz Ibn Hajar wa Manhajuhu fi Taqrib al-Tahdhib. h. 478 – 495.

Page 7: Kritikan Ulama Terhadap Manhaj Takhrij Ulama Hadith Satu Kupasan _dr Faisal

7

2. Anggapan tidak konsistennya Ibn Hajar dalam menerima pakai hukum thiqah yang

diletakkan oleh Ibn Hibban terhadap perawi adalah kerana terdapat hukum ulama lain

yang lebih jelas daripada Ibn Hibban. Begitu juga hukum thiqah daripada al-‘Ajali.31

3. Perbezaan hukum dalam kitab Taqrib dan Talkhis al-Habir ialah kerana hukum yang

terdapat dalam al-Taqrib merupakan hukum am manakala yang terdapat dalam

Talkhis merupakan hukum khas.32

4. Pendapat yang mengatakan Ibn Hajar mengambil kira apa sahaja kritikan terhadap

perawi sehingga beliau merendahkan martabat perawi thiqat kepada yang lebih

rendah merupakan pendapat yang tidak benar.

5. Pendapat yang mengatakan Ibn Hajar tidak melihat sejumlah hukum daripada nuqqad

al-hadith terhadap sebahagian perawi Taqrib atau tidak mendatangkannya ketika

mengarang kitab Taqrib merupakan pendapat yang tidak tepat.33

6. Perhatian Ibn Hajar terhadap istilah ighrab daripada nuqqad terutamanya ighrab yang

diletakkan oleh Ibn Hibban (<�=� #��>) penting bagi menunjukkan bahawa perawi

tersebut kurang itqannya. Ia juga penting jika penambahan dalam riwayatnya

bertentangan dengan riwayat perawi thiqah maka dalam hal ini didahulukan perawi

thiqah secara mutlak.

Pengenalan Ringkas Shaykh Ahmad Muhammad Shakir Dan Sumbangannya Dalam

Bidang Hadith

Beliau ialah Abu al-Ashbal Ahmad bin Muhammad Shakir bin Ahmad bin ‘Abd al-Qadir.

Silsilah keturunan beliau bersambung sehingga Saidina Husayn bin ‘Ali bin Abi Talib. Beliau

dilahirkan pada pagi Subuh hari Jumaat iaitu pada 29 Jumada al-Akhirah 1892M di Dirb al-

Insiyah Kaherah Mesir. Antara karya-karya penulisan beliau ialah Tahqiq Kitab al-Risalah

oleh Imam al-Syafie, Tahqiq Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, Tahqiq Kitab al-Shi’r wa al-

Shu’ara’ oleh Ibn Qutaybah, Tahqiq Kitab Lubab al-Adab oleh Usamah bin Munqiz, Al-

Ba’ith al-Hathith Sharh Ikhtisar ‘Ulum al-Hadith, ‘Umdah al-Tafsir min Tafsir Ibn Kathir,

Tahqiq Tafsir al-Tabari dan ulasan terhadapnya, Kalimah al-Fasl fi Qatl Mudmini al-Khamr

dan sebagainya.34

Beliau meninggal dunia pada hari Sabtu 26 Zulkaedah tahun 1377 bersamaan 14 Jun 195835

Kritikan terhadap Shaykh Ahmad Muhammad Shakir

Kritikan terhadap Shaykh Ahmad Muhammad Shakir berkisar terhadap pandangan beliau

terhadap hukum hadith-hadith yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang telah

dikategorikan oleh Ibn Hajar dalam kitabnya Taqrib al-Tahdhib. Ibn Hajar telah

mengkategorikan perawi-perawi tersebut kepada dua belas martabat. Dua belas martabat

tersebut adalah seperti berikut36

:

Martabat Pertama: Sahabat

30

Ibid., h. 478. 31

Ibid., h. 479. 32

Ibid. 33

Ibid., 491. 34

Al-Husayni ‘Abd al-Majid Hashim Dr, Ahmad ‘Umar Hashim Dr, (t.t) al-Muhaddithun fi Misr wa

al-Azhar wa dawruhum fi Ihya’ al-Sunnah al-Nabawiyah al-Sharifah , Kaherah: Maktabah al-Gharib. 35

Khayr al-Din al-Zirikli (t.t), al-A‘lam Qamus Tarajim Li Asyhur al-Rijal wa al-Nisa’ min al-‘Arab

wa al-Musta‘ribin wa al-Mushtashriqin, j.4, T.T.P: T.P. j 1, h. 253 36

Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani, Taqrib al-Tahdhib, tahqiq Abu al-Ashbal, Dar al-‘Asimah, h

10.

Page 8: Kritikan Ulama Terhadap Manhaj Takhrij Ulama Hadith Satu Kupasan _dr Faisal

8

Martabat Kedua: Perawi-perawi yang diulangi pujiannya seperti awthaq al-nas, thiqah-

thiqah, thiqah hafiz

Martabat Ketiga: Perawi-perawi yang diberi pujian seperti thiqah, thabt, mutqin, ‘adl

Martabat keempat: Perawi-perawi yang kurang daripada darjat ketiga seperti saduq,la

ba’sa bihi, laysa bihi ba’s.

Martabat Kelima: Perawi-perawi yang kurang daripada darjat keempat seperti saduq

sayyi’u al-Hifz, saduq yahim, aw lahu awham, aw yuhti’ dan perawi-perawi yang dituduh

melakukan bidaah seperti al-Tashayyu’, al-Qadr, al-Nasb, al-Irja’.

Martabat Keenam: Perawi-perawi yang hanya meriwayatkan beberapa hadith, tidak thabit

bagi mereka bahawa hadith mereka ditinggalkan. Perawi-perawi kategori ini diistilah oleh

Ibn Hajar sebagai maqbul dengan syarat wujud mutaba’ah. Tanpa mutaba’ah perawi

tersebut diistilahkan sebagai layyin al-hadith.

Martabat Ketujuh: Perawi-perawi yang diriwayatkan daripadanya lebih dari seorang dan

perawi tersebut tidak diberi pujian (tawthiq). Perawi-perawi tersebut diistilah dengan

mastur atau majhul al-hal

Martabat Kelapan: Perawi-perawi yang tidak diberi pujian dan didaifkan

Martabat Kesembilan: Perawi yang tidak diriwayatkan daripadanya melainkan seorang

dan tidak diberi pujian. Istilah yang digunakan oleh Ibn Hajar ialah majhul.

Martabat Kesepuluh: Perawi yang tidak diberi pujian sama sekali dan didaifkan dengan

pendaifan yang buruk seperti matruk, matruk al-hadith, wahi al-hadith atau al-saqit.

Martabat Kesebelas: Perawi yang dituduh melakukan pendustaan

Martabat keduabelas: Perawi yang melakukan pendustaan dan pemalsuan.

Berikut adalah pendapat Shaykh Ahmad Muhammad Shakir terhadap darjat hadith-hadith

yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang telah dikategorikan oleh Ibn Hajar37

:

1. Perawi-perawi di martabat kedua dan ketiga, hadithnya adalah sahih diperingkat

pertama yang kebanyakannya terdapat dalam al-Sahihayn.

2. Perawi-perawi di martabat keempat pula, hadith-hadithnya adalah sahih di peringkat

kedua. Hadith-hadith kategori inilah yang dihukumkan hasan oleh al-Tirmidhi dan

didiamkan oleh Abu Dawud.

3. Manakala martabat seterusnya dianggap sebagai mardud melainkan jika mempunyai

riwayat-riwayat lain. Perawi–perawi di peringkat kelima dan keenam, hadith-hadith

riwayat mereka akan menjadi hasan lighayrihi jika diperkuatkan dan disokong oleh

riwayat lain.

4. Perawi-perawi di martabat ketujuh sehingga akhir maka hukumnya da’if mengikut

peringkat-peringkat hadith da’if daripada munkar sehinggalah palsu.

Pendapat Shaykh Ahmad Muhammad Shakir mengenai darjat hadith-hadith yang

diriwayatkan oleh perawi-perawi tersebut telah disokong oleh Shaykh ‘Abd al-Fattah Abu

Ghuddah ketika mengulas mengenai kitab Qawa’id fi ‘Ulum al-Hadith oleh al-Tahanuwi.

Menurut beliau “pandangan Shaykh Shakir jelas dan sangat tepat”38

.

37

Ahmad Muhammad Shakir (1979), al-Ba’ith al-Hathith Sharh Ikhtisar ‘Ulum al-Hadith, cet 3,

Kaherah: Maktabah Dar al-Turath, h. 101. 38

Walid bin Hasan al-‘Ani (1997), Manhaj Dirasat al-Asanid wa al-Hukm ‘alayha, Jordan: Dar al-

Nafais, h. 27.

Page 9: Kritikan Ulama Terhadap Manhaj Takhrij Ulama Hadith Satu Kupasan _dr Faisal

9

Namun kajian dan penelitian Dr Walid bin Hasan al-‘Ani dalam kitabnya Manhaj Dirasat al-

Asanid wa al-Hukm ‘alayha mendapati sebaliknya.39

Menurut Dr Walid, status hadith-hadith

yang diriwayatkan oleh perawi-perawi peringkat kedua dan ketiga sebagaimana yang

dinyatakan oleh Shaykh Ahmad Shakir tidak dipertikaikan. Manakala perawi-perawi yang

dihukumkan ulama dengan lafaz saduq juga dihukumkan sebagai sahih tetapi sahih peringkat

kedua seolah-olah apa yang dimaksudkan oleh beliau hasan lidhatihi. Apa yang diragui oleh

Dr Walid al-‘Ani ialah benarkah al-Tirmidhi menghasankan hadith riwayat perawi saduq

yang ditetapkan oleh Ibn Hajar? Benarkah bahawa hadith riwayat perawi yang saduq menurut

Ibn Hajar ini merupakan hadith-hadith yang didiamkan oleh Abu Dawud. Jika pendapat

Ahmad Shakir ini dipegang bermakna hadith-hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang

saduq ini hukumnya hasan.

Dr Walid kemudiannya mengemukakan bukti bahawa terdapat banyak hadith-hadith perawi

martabat keempat telah dihukumkan sahih oleh Imam al-Tirmidhi. Imam al-Tirmidhi juga

turut mensahihkan hadith perawi-perawi martabat kelima.

Manakala hadith-hadith perawi daripada martabat keenam, ketujuh dan kelapan dihukumkan

hasan oleh al-Tirmidhi. Banyak juga hadith-hadith yang dihasankan oleh Imam al-Tirmidhi

sedangkan perawi-perawinya merupakan perawi al-Sahihayn. Al-Tirmidhi turut

mentahsinkan hadith-hadith perawi-perawi yang da’if.

Persoalan lain yang ditimbulkan oleh Dr Walid juga ialah mengenai hukum hadith-hadith

yang didiamkan oleh Abu Dawud. Ibn Hajar pernah menjelaskan dalam kitabnya al-Nukat

mengenai hadith-hadith yang didiamkan oleh Abu Dawud. Menurut Ibn Hajar keseluruhan

hadith-hadith yang didiamkan oleh Abu Dawud tidak semestinya daripada jenis hasan istilahi

bahkan terdiri daripada beberapa kategori seperti berikut:

a) Hadith-hadith yang terdapat dalam Sahihayn atau memenuhi syarat sahih

b) Hadith-hadith di bawah kategori hasan lidhatihi

c) Hadith-hadith hasan jika disokong

d) Hadith-hadith da’if tetapi melalui riwayat perawi-perawi yang tidak disepakati untuk

ditinggalkan

Beliau kemudiannya mengemukakan beberapa contoh hadith-hadith yang didiamkan

hukumnya oleh Abu Dawud tetapi bukan dari martabat keempat.

Menurut Dr Walid perawi-perawi yang dikemukakan ini merupakan perawi-perawi martabat

kelima dan ke bawah. Jika pendapat Shaykh Ahmad Shakir dipegang, hadith-hadith mereka

ini kesemuanya ditolak melainkan hadith riwayat perawi martabat kelima yang disokong oleh

mutaba’at maka ia akan menjadi hasan lighayrihi. Tetapi dalam contoh-contoh yang dibawa,

beliau telah menghukumkan sahih hadith-hadith perawi martabat kelima, keenam, kelapan

dan kesembilan.

Kritikan Dr Bashar ‘Awwad terhadap Shaykh Ahmad Muhammad Shakir dalam

Muqaddimah Jami’ al-Tirmidhi

Menurut Dr Bashar ‘Awwad Shaykh Ahmad Shakir mempunyai metode yang tersendiri iaitu

menerima banyak hadith-hadith yang da’if dan menaikkan tingkat hadith-hadith tersebut

kepada darjat sahih. Beliau juga cenderung untuk mentawthiqkan ramai perawi yang

diperselisihkan dari sudut darjatnya seperti Ibn Lahi‘ah, Ibn Jud‘an, ‘Atiyyah al-‘Awfi, Shahr

bin Hawshab dan Darraj Abu al-Samh.40

Antara kritikan lain terhadap Shaykh Ahmad Muhammad Shakir ialah:

39

Ibid. 40

Bashshar ‘Awwad Ma’ruf (t.t), al-Jami’ al-Kabir oleh Imam al-Tirmidhi, Dar al-Gharb Islami.

Page 10: Kritikan Ulama Terhadap Manhaj Takhrij Ulama Hadith Satu Kupasan _dr Faisal

10

Beliau menganggap diamnya al-Bukhari terhadap hukum perawi dalam kitabnya Tarikh al-

Kabir merupakan satu perakuan terhadap kethiqahan perawi. Begitu juga diamnya Ibn Abi

Hatim dalam kitabnya al-Jarh wa al-Ta’dil. Beliau turut bergantung kepada Tawthiq Ibn

Hibban dalam kitabnya al-Thiqat. Kritikan yang lain ialah tawthiq beliau terhadap perawi-

perawi majhul daripada kalangan tabi’in berdasarkan kias beliau terhadap keadaan sahabat.41

Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Shaykh Ahmad Shakir mensahihkan dan

menghasankan perawi-perawi martabat kelima sehingga kesembilan dalam tahqiqnya

terhadap Musnad Imam Ahmad, begitu juga tahqiqnya terhadap Sunan al-Tirmidhi.

Pengenalan Ringkas Shaykh Muhammad Nasir al-Din al-Albani Dan Sumbangannya

Dalam Bidang Hadith

Beliau ialah Muhammad Nasir al-Din bin Nuh bin Adam al-Najati yang juga dikenali dengan

nama Albani. Beliau juga sering dipanggil dengan gelaran Abu ‘Abd al-Rahman. Beliau

dilahirkan pada tahun 1914 M di kota Askodera ibu kota Albania dahulu. Antara karya-karya

penulisan beliau ialah dalam bentuk tahqiq, ta’liq, takhrij, ikhtisar atau pun karya penulisan

beliau sendiri. Jumlah karya beliau ialah sebanyak 218 buah karya dengan 121 daripadanya

telah dicetak. Antara karya-karya penulisan beliau ialah Silsilah al-Ahadith al-Sahihah wa

syai’un min fiqhiha wa Fawaidihi, Al-Ahadith al-Da’ifah wa al-Mawdu’ah wa atharuha al-

Sayyi’ fi al-Ummah, Sahih al-Adab al-Mufrad, Sahih al-Targhib wa al-Tarhib, Adab al-Zifaf,

Ahkam al-Jana’iz, Sifat al-Salat al-Nabiy min al-Takbir ila al-Salam Kaannaka Tarahu dan

sebagainya.42

Kritikan Ulama Terhadap Shaykh al-Albani

Shaykh al-Albani merupakan salah seorang tokoh ulama hadith mu’asir yang banyak

memberi sumbangan dan khidmat dalam bidang hadith. Antara sumbangan beliau yang paling

besar ialah melalui tahqiq dan takhrij beliau terhadap karya-karya ulama terdahulu seperti

kutub al-sittah. Hukum dan darjat hadith yang diputuskan dalam penulisan dan kajian beliau

menjadi sumber rujukan di kalangan penuntut pengajian Islam masa kini. Sumbangan beliau

diperakui oleh ramai ulama antaranya Shaykh Muhammad al-Amin al-Shanqiti, Muhibb al-

Din al-Khatib dan Muhammad bin Ibrahim al-Alish yang antara lain menganggap al-Albani

adalah pengabdi kepada sunnah nabi s.a.w. Shaykh ‘Abd al-‘Aziz bin Baz dan Raja Faisal

juga pernah mengelar beliau sebagai mujaddid abad ini. Namun di sebalik pujian tersebut

tidak kurang juga di kalangan ulama yang mengkritiknya. Antara ulama yang mengkritik

beliau ialah Isma’il al-Ansari yang mengkritik fatwa beliau mengenai pentad’ifan salat

terawih 20 rakaat melalui karyanya Tashih Hadith Salah al-Tarawih Ishrina Rakaah wa al-

Radd ‘ala al-Albani ‘ala Tad’ifihi. Begitu juga karya beliau mengenai pengharaman emas

bagi perempuan yang berjudul Ibahah al-Tahalli bi al-Dhahab al-Muhallaq li al-Nisa’ wa al-

Radd ‘ala al-Albani. Ulama lain yang turut mengkritik beliau ialah ‘Abd Allah al-Habash al-

Harari melalui karyanya Tabyin Dalalah al-Albani, Al-Ghumari yang menganggap al-Albani

sebagai ahl Bid’ah melalui karyanya al-Qawl al-Muqni’ fi al-Radd ‘ala al-Albani al-Mubtadi’

dan Mahmud Sa’id Mamduh dalam bukunya al-Ta’rif bi Awham man Qassama al-Sunan ila

al-Sahih wa al-Da’if.

Antara kritikan terhadap Shaykh al-Albani sebagaimana yang dikumpulkan oleh ‘Abd Allah

bin Muhammad bin Ahmad al-Duwaysh dalam bukunya Tanbih al-Qari’ litaqwiyah ma

41

Salim ‘Id al-Hilali dalam kertas kerja yang dibentang dalam Seminar Kebangsaan Tokoh-Tokoh

Hadith Pasca Kurun ke 13 Hijrah Kesarjanaan Dan Sumbangan. Juhud Ulama al-Hadith fi al-Qarnayn

al-Thalith ‘Ashar wa al-Rabi’ ‘Ashar fi Khidmah al-Sunnah al-Mutahharah pada 28 & 29 Ogos 2007

di Universiti Sains Malaysia. 42

Ibrahim Muhammad al-‘Ali (2001), Muhammad Nasir al-Din al-Albani Muhaddith al-‘Asr wa Nasir

al-Sunnah, Dimashq: Dar al-Qalam, h. 55.

Page 11: Kritikan Ulama Terhadap Manhaj Takhrij Ulama Hadith Satu Kupasan _dr Faisal

11

da’afahu al-Albani wa yalihi Tanbih al-Qari’ li tad’if ma qawwahu al-Albani adalah seperti

berikut43

:

a) Hadith-hadith yang dida’ifkan oleh Shaykh al-Albani sedangkan hukumnya sahih.

Jumlahnya sebanyak 105 buah hadith

b) Hadith-hadith yang tidak ditemui sanadnya oleh Shaykh al-Albani sedangkan hadith-

hadith tersebut mempunyai sanad. Jumlahnya sebanyak 14 buah hadith.

c) Hadith-hadith yang dida’ifkan oleh Shaykh al-Albani pada satu tempat dan

disahihkan pada tempat yang lain. Jumlahnya sebanyak 175 buah hadith

d) Hadith-hadith yang disahihkan oleh Shaykh al-Albani sedangkan hukumnya da’if.

Jumlahnya sebanyak 13 buah hadith

Berikut di bawah ini adalah contoh-contoh hadith bagi setiap kategori:

a) Hadith-hadith yang dida’ifkan oleh Shaykh al-Albani sedangkan hukumnya sahih

Contoh

?��� ���(� � �*/�� �#- �4: �?�?" �@*�� 5��A B)� D�� ( F�1�7 G�� ).

@I J� K7 ���� G�� J�@I .L$%� .

Hadith ini dihukumkan oleh al-Albani sebagai da’if dalam Da’if Abu Dawud.44

Menurut

Shaykh ‘Abd Allah al-Duwaysh bagaimana al-Albani boleh menghukumkannya sebagai

da’if kerana hadith ini diriwayatkan oleh Muslim dan tidak terdapat di kalangan

perawinya yang da’if.45

Contoh

(� G� M��'(� � 5��; �1 3N(� O:���� �� �� G� .� � P�( F�Q«.

(�J�@I ��@S� �� ) DT7 DGS(#�, .L$%� . �-�� +�#(� J�@I �)1526 /2(

Al-Albani menghukumkan hadith ini sebagai da’if dalam bukunya Da’if al-Jami’.46

Menurut Shaykh ‘Abd Allah al-Duwaysh isnad hadith ini sahih secara marfu’ dan

mawquf. Perawi-perawinya merupakan perawi kitab sahih athbat thiqat. Tidak dinafikan

hadith ini marfu’. Jika mawqufpun ia membawa hukum marfu’.

b) Hadith-hadith yang tidak ditemui sanadnya oleh Shaykh al-Albani sedangkan hadith-

hadith tersebut mempunyai sanad.

Contoh

#�> V�#0!(� Shaykh al-Albani menyatakan dalam kitab al-Irwa’, hadith Ibn ‘Umar dengan lafaz

#�> V�#0!(� sebagai: “Aku tidak menemui sanadnya”.47

Shaykh al-Islam Ibn Taymiyah

menyatakan dalam kitabnya al-Fatawa al-Misriyyah menghukumkan semua perawi yang

meriwayatkan hadith ini sebagai perawi kitab Sahih.

43

‘Abd Allah bin Muhammad bin Ahmad al-Duwaysh (1408), Tanbih al-Qari’ litaqwiyah ma da’afahu

al-Albani wa yalihi Tanbih al-Qari’ li tad’if ma qawwahu al-Albani. h. 14. 44

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Sahih wa Da’if al-Jami’ al-Saghir no hadith 1632, j.5, h. 79. 45

Muslim bin al-Hajjaj al-Qushayri al-Naysaburi (t.t) Sahih Muslim, Kitab Salah al-Musafirin wa

Qasriha, Al-Du‘a’ Fi Salah al-Layl wa Qiyamuhu Bayrut: Dar al-Jil, j 4, h.166 no hadith 1287. 46

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Sahih Sunan Abu Dawud, Bab al-Isbal fi al-Salah, j.3, h. 205. 47

Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1985), Irwa’ al-Ghalil, Bayrut: al-Maktab al-Islami j.3 h 283.

Page 12: Kritikan Ulama Terhadap Manhaj Takhrij Ulama Hadith Satu Kupasan _dr Faisal

12

c) Hadith-hadith yang dida’ifkan oleh Shaykh al-Albani pada satu tempat dan disahihkan

pada tempat yang lain.

Contoh

W1/� :"�Z�S(� ��?��Z(#� [@�" . /��� \��>) ]36 ( G� /@� �� 58�"� J�@I V#!0,(�) K81 ]193( .

�#; G�� � ^�0� ) .5��)� ��� 3�1�Z(� ��� ��= V#!; 5(#8>� ����

Menurut Shaykh al-Albani hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad dengan hukum yang

da’if. Diriwayatkan juga oleh Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat daripada Habib bin Abi Thabit

secara mursal tetapi perawinya thiqat kecuali Bard al-Hariri yang aku (al-Albani) tidak

mengetahui keadaannya. Kemudian al-Albani menyebutkan riwayat lain daripada hadith

Jabir dan menyandarkannya kepada al-Khatib tetapi sanad tersebut mengandungi

kecacatan iaitu Muslim bin ‘Abd Rabbah. Al-Albani menyatakan lagi sandaran hadith ini

kepada Imam Ahmad kemungkinan disebabkan salah cetakan kerana hadith ini tidak

diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan tidak ada seorang ulama pun yang menisbahkannya

kepada Imam Ahmad. Menurut Shaykh ‘Abd Allah al-Duwaysh pendapat Shaykh al-

Albani yang menghukumkan hadith ini sebagai da’if tidak boleh diterima. Bahkan paling

kurang hukum hadith ini ialah hasan disebabkan sokongan daripada riwayat-riwayat lain.

Antaranya hadith riwayat Ibn ‘Abbas, ‘A’ishah dan Abu Umamah al-Bahili

Pendapat Shaykh al-Albani yang mengatakan lafaz hadith ini tidak diriwayatkan oleh

Imam Ahmad adalah tidak tepat kerana Shaykh al-Albani sendiri menghukumkannya

sebagai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah.48

Contoh

_)� _2#_- /�a0_( _ b� _��c� bZ_� b : _K� #d@�a�_8 V#_!�a�b,_� _e�_; c5_�_�_�b�� _Tf�_� �c8_> b _) a5f�(� c2�c�_> _�a0 b"c� _�#_! _2#_- f�c; O#_0 b�_= :" _� fg) a5f�(� a<#_a�a� c _@b�cK1_� b�c*a�c$bh_� _ b�_K� #_%_�_� �_8" . _2#_!_K� i�c8_> _�#_- Lf_� : #_1

c5c�cK bK-_� �_� a5f�(� _2�c�_>( . G9#S�(� \��>.

Shaykh al-Albani menyatakan dalam Takhrij al-Mishkat perawi-perawinya adalah thiqat

tetapi melalui riwayat Makhramah daripada bapanya yang beliau tidak mendengar

daripada bapanya. Shaykh al-Albani menghukumkan hadith ini sebagai daif dalam

kitabnya Da’if al-Jami’.49

Menurut Shaykh ‘Abd Allah al-Duwaysh hadith ini telah diperkuatkan oleh ramai ulama

dan mereka tidak menganggapnya sebagai satu kecacatan. Ibn al-Qayyim dalam Zad al-

Ma‘ad menyatakan isnad hadith ini menurut syarat Imam Muslim. Ibn Wahab

meriwayatkan daripada Makhramah bin Bukayr bin al-Ashaj daripada bapanya berkata

“aku mendengar Mahmud bin Labid….” Makhramah adalah seorang perawi yang thiqah

tanpa syak. Imam Muslim berhujjah dengan riwayatnya daripada bapanya dalam Sahih

Muslim50

Apa yang dimaksudkan dengan beliau tidak mendengar daripada bapanya ialah beliau

mengambil riwayat daripada bapanya melalui catatan tanpa mendengar sendiri daripada

bapanya. Abu Bakr bin Abi Haythamah menyatakan aku mendengar Yahya bin Ma’in

menyatakan bahawa Makhramah bin Bukayr memiliki catatan bapanya tetapi beliau tidak

48

Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1995) Silsilah al-Sahihah, Riyad: Maktabah al-Ma’arif, no

hadith 2924. 49

Muhammad bin ‘Abd Allah al-Khatib al-Tabrizi (1985), Mishkat al-Masabih, tahqiq Muhammad

Nasir al-Din al-Albani, Bayrut: al-Maktab al-Islami, no hadith 3292. 50

Muslim bin Hajjaj al-Nisaburi ( t.t ) Sahih Muslim, hadith no 340, 353, 458, 482.

Page 13: Kritikan Ulama Terhadap Manhaj Takhrij Ulama Hadith Satu Kupasan _dr Faisal

13

mendengar sendiri daripada bapanya. Shaykh al-Albani turut mensahihkan hadith ini

dalam Ghayah al-Maram51

.

d) Hadith-hadith yang disahihkan oleh Shaykh al-Albani sedangkan hukumnya da’if.

Contoh

�!��� 5�� G� �8�(� j(� �4: :" #�(� .� �S� ��'�(� ��"� j(��(� ��" k(l�� G%: �$�(� .� L�)� #�8�" .� �S�� #��*�� #��> .5�7� L�) ��S�( �;" .

�-> 5��� G� ���� ��� 58�"�)5096 (G�� ) B1�m ) ���I G�;/� ��)#��: ) n� k(#�2#- 3�@m : .� 2��> 2#- . �- :�N7� o(� V#!; �$�* 5(#8> B�ZA �#��: . ���S�S(� �-> 2�n� /��(� �Z�ZQ(�)225(.

Shaykh al-Albani menyatakan hadith ini diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam sunannya

daripada Isma’il haddathani Damdam daripada Shurayh daripada Abu Malik al-Ash’ari.

Menurut al-Albani sanad hadith ini sahih daripada Abu Malik al-Ash’ari. Perawi-

perawinya kesemuanya adalah thiqah.52

Menurut Shaykh ‘Abd Allah al-Duwaysh pendapat Shaykh al-Albani boleh dipertikaikan

ini adalah kerana Shurayh bin ‘Ubayd perawi daripada Abu Malik al-Ash’ari merupakan

seorang yang banyak irsal. Ibn Hajar dalam kitabnya Tahdhib al-Tahdhib menukilkan

daripada Abu Hatim menyatakan Shurayh perawi daripada Abu Malik al-Ash’ari secara

mursal.

Selain kritikan daripada Shaykh ‘Abd Allah al-Duwaysh terhadap hukum hadith yang

diletakkan oleh Shaykh al-Albani, Shaykh ‘Abd al-Basit bin Yusuf al-Gharib turut

menghasilkan karya yang mempertahankan kritikan terhadap Shaykh al-Albani. Melalui

bukunya Tanbihat al-Malihah beliau berjaya menjawab sebahagian kritikan-kritikan terhadap

Shaykh al-Albani.53

Dalam buku tersebut beliau menjawab kritikan-kritikan terhadap al-Albani dengan

membahagikannya kepada beberapa kategori seperti berikut:

a. 39 buah hadith yang dirujuk kembali

b. 5 buah hadith yang secara tidak sengaja atau lupa tertera pada tempat yang bukan

seharusnya

c. 226 buah hadith yang dihapus hukumnya.

d. 112 hadith yang dirujuk oleh Shaykh al-Albani dari Hasan ke Sahih dan dari

Sahih ke Hasan.

e. 91 hadith yang didiamkan oleh al-Albani dalam kitab Mishkat tetapi kemudian

dijelaskan oleh beliau.

a) Contoh Hadith Yang Dirujuk Kembali

51

Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1405), Ghayat al-Maram Fi Takhrij Ahadith Halal wa Haram,

Bayrut: al-Maktab al-Islami, j. 1 h. 164 52

Namun jika dilihat kepada buku Da’if ‘Abu Dawud oleh Muhammad Nasir al-Din al-Albani, beliau

menghukumkan hadith tersebut sebagai da’if. Lihat Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Da’if Abu

Dawud, j.1 h. 505 no hadith 4432. 53

‘Abd al-Basit bin Yusuf al-Gharib, Koreksi Ulang Syeikh Albani penterjemah Abdul Munawwir,

Penerbit Buku Islam Rahmatan judul asal Tanbihat al-Malihah, Pustaka Azzam.

Page 14: Kritikan Ulama Terhadap Manhaj Takhrij Ulama Hadith Satu Kupasan _dr Faisal

14

�Z�S(� ��?��Z(#� [@�

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat (1/192) dari

jalur Habib bin Abi Thabit. Hadith ini dihukumkan da’if oleh al-Albani dalam Ghayat al-

Maram.54

Dalam kitab Silsilah al-Ahadith al-Sahihah beliau menyatakan sungguh aku

telah menyebutkan dalam takhrij hadith Habib bin Abi Thabit bahawa di dalam sanadnya

terdapat Bard al-Hariri seseorang yang tidak aku ketahui keadaan dirinya maka sekarang

aku mengatakan bahawa aku mendapati hadith ini dalam al-Tarikh al-Kabir oleh Imam

al-Bukhari, kitab al-Jarh wa al-Ta’dil oleh Ibn Abi Hatim dan al-Thiqat oleh Ibn Hibban

di mana semuanya menyebutkan hadith ini daripada riwayat Muhammad bin Ubayd al-

Thanafusiy dari beliau Habib bin Abi Thabit.55

b) 5 buah hadith yang secara tidak sengaja atau lupa tertera pada tempat yang bukan

seharusnya.

Contohnya:

Hadith dari ‘Abd Allah bin Mas’ud r.a

p�*�(� �0- \��� G� �!1 O#* ���� 5��) .� L�A G0�(� O� Shaykh Zuhayr al-Shawish menyatakan hadith ini disebutkan dalam Sahih Sunan al-

Tirmidhi dan itu merupakan kesalahan dalam mencetak.56

Contoh

�Z(� G� 2#01 O� L$% Shaykh al-Albani menyatakan dalam kitabnya Tamam al-Minnah bahawa hadith ini

dimasukkan dalam Sahih al-Targhib kerana lupa.57

c) 226 buah hadith yang dihapus hukumnya.

Apa yang dimaksudkan dalam kategori ini ialah hukum hadith yang ditetapkan oleh

Shaykh al-Albani dalam karya-karya beliau yang terakhir lebih dipertanggungjawabkan

dan diambilkira berbanding karya-karyanya yang awal. Antara contoh-contoh di bawah

kategori ini ialah seperti berikut:

Hadith dari Salman al-Farisi, Rasulullah s.a.w ditanya tentang samn (lemak), keju (susu

yang mengental) dan keldai liar maka baginda s.a.w menjawab:

��( #?) #�� �$� 5�) �� #�� 5�#* G� .� ��� #� ���Z(�� 5�#* G� .� ��� #� 2�Z(�

Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ibn Majah

Shaykh al-Albani menyatakan dalam Ghayat al-Maram hadith ini da’if dan diriwayatkan

oleh al-Tirmidhi.58

Kemudian menghasankannya dalam Sahih Sunan al-Tirmidhi.

Contoh

Hadith dari ‘A’ishah berkata:

54

Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1405), Ghayat al-Maram Fi Takhrij Ahadith Halal wa Haram,

Bayrut: al-Maktab al-Islami, j. 1 h. 20 55

Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1995) op. cit., j. 7, h 125 no hadith 2924 56

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Daif Sunan al-Tirmidhi, j.1 h. 554 57

Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1409H), Tamam al-Minnah fi al-Ta’liq ‘ala Fiqh al-Sunnah,

Riyad: Dar al-Rayah, h 62 bahagian nota kaki. 58

Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1405H), op. cit., j. 1 h. 15

Page 15: Kritikan Ulama Terhadap Manhaj Takhrij Ulama Hadith Satu Kupasan _dr Faisal

15

#�9#- 2�01 O#* ���� 5��) .� L�A G0�(� O� ��;/� � �: 2�01 O#* #� \�-/Q� ���/)#-

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Tirmidhi dan al-Nasa’i

Shaykh al-Albani menyatakan dalam al-Mishkat (365), sanad ini da’if kerana terdapat di

dalamnya perawi bernama Shurayk Ibn ‘Abd Allah al-Qadi orang yang buruk

hafalannya.59

Namun beliau kemudian mensahihkannya dalam Silsilah al-Ahadith al-

Sahihah.60

Beliau juga menyatakan terdapat perawi lain iaitu Sufyan al-Thawri menjadi

penyokong (mutaba’ah) kepada Shurayk.

d) 112 hadith yang dirujuk oleh Shaykh al-Albani dari hasan ke sahih dan dari sahih ke

hasan.

Contoh

��� �$� ��� G7� ���$0(� � +,- #� Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, al-Tirmidhi dan al-Hakim

Shaykh al-Albani berkata dalam Ghayat al-Maram (41) hadith ini hasan61

tetapi

kemudian beliau mensahihkannya dalam Sahih Sunan Abu Dawud (2485) dan Sahih

Sunan al-Tirmidhi62

(1197).

Contoh

7g�� � 2�0(� � � 2�0(� � �0!(� <�N) ��#) O&� Shaykh al-Albani menghasankan hadith ini dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib

63 (153)

tetapi beliau kemudian mensahihkannya dalam Sahih al-Jami’ (3002).

e) Hadith-Hadith yang didiamkan oleh al-Albani dalam kitab Mishkat tetapi kemudian

dijelaskan oleh beliau.

Contoh

#@��8 #%�- O#�1q�� M#�Z(� O:�"r� +�> #�7/�� +�> �4&� Shaykh al-Albani mendiamkan hadith ini dalam al-Mishkat

64 tetapi kemudian

mensahihkannya dalam Jilbab al-Mar’ah al-Muslimah65

Contoh

�(� ���� /- 5%� s�> �4:� �S=� ���� 5%� �1 �(� ��� s��� 5��% � �*/�� t!��� �4:5��) �S= �� ��� �1

Shaykh Al-Albani mendiamkan hadith ini dalam Sahih al-Jami’ (330), tetapi

kemudian mensahihkannya dalam Sahih Sunan Ibn Majah66

59

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Mishkat al-Masabih j.1 h. 78. 60

Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1995), op. cit., j.1 h. 391. 61

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, (1405H), op. cit., j.1 h. 41. 62

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Sahih wa Da’if al-Jami’ al-Saghir j. 22 h. 89 no hadith 10589. 63

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Sahih al-Targhib wa al-Tarhib j.1 h. 38. No hadith 159. 64

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, op. cit., j.3, h. 104 no hadith 5093. 65

Muhammad Nasir al-Din al-Albani (t.t), Jilbab al-Mar’ah al-Muslimah j.1 h. 136. Lihat juga

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Sahih al-Adab al-Mufrad, j.2 h. 36, bab al-Haya’. 66

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Sahih Ibn Majah, j.1 h.99 no hadith 496 hukum hasan.

Page 16: Kritikan Ulama Terhadap Manhaj Takhrij Ulama Hadith Satu Kupasan _dr Faisal

16

Kritikan yang tidak benar terhadap al-Albani

Terdapat beberapa kritikan terhadap al-Albani daripada ulama tertentu yang bukan

berdasarkan metode penilaian hadith yang sebenar antaranya daripada Hasan bin Ali al-

Saqqaf dalam bukunya Tanaqudat al-Albani al-Wadihat. Antara contoh-contoh kritikan

beliau adalah seperti berikut:

Contoh

5�!��� ��) �*/�� ��) �4: Hadith ini disahihkan oleh al-Albani sehingga beliau memasukkan dalam kumpulan hadith

Sahih, Sahih al-Jami’ wa Ziyadatuh67

2/144 nombor 1876 dengan lafaz

5�!1 O� ��) �*/�� ��) �4: ^Z1 .� O: Al-Saqqaf kemudian menyatakan bahawa al-Albani telah menyalahinya dengan

menghukumkannya sebagai sangat da’if dalam kitab Da’if al-Jami‘ wa Ziyadatuh 1/207

nombor 698.68

Ketika melihat kembali al-Sahih al-Jami’ no 1888 didapati hadith tersebut

dengan lafaz

� ��) �*/�� ��) �4: ^Z1 .� O: 5�!1 O

Hadith ini beliau sandarkan sebagai riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman dari ‘A’ishah

sedangkan hadith yang kami temukan dalam Da’if al-Jami’ berbunyi

5�!1 O� ��) �*/�� ��) �4: ^Z1 .� O:5%&� <#Q�(� P?�� G�S1 #�� Hadith ini beliau sandarkan sebagai riwayat Ibn Sa’d dari ‘Ata’ secara mursal dan

menetapkannya sebagai hadith yang sangat da’if.

Sebahagian besar hadith yang disebutkan al-Saqqaf dalam kitabnya al-Tanaqudat merupakan

ralat atau rujuk Shaykh al-Albani.

Rumusan Dan Cadangan

Kritikan-kritikan terhadap tokoh-tokoh ternama dalam bidang hadith dari aspek hukum dan

darjat hadith membuktikan kebebasan para ulama untuk berijtihad berdasarkan manhaj

tertentu yang dipegang dan diyakini oleh mereka. Perselisihan dan perbezaan pendapat di

kalangan para ulama seharusnya dianggap sebagai satu perkara yang positif dan harus

diterima dengan penuh keterbukaan. Para ulama sentiasa merujuk dan bersedia menerima

teguran dan kritikan terhadap takhrij yang mereka usahakan. Al-Shaykh ‘Ali bin Hasan Al-

Atsari pernah menyatakan “Para muhaddith (ahli hadith) sering merujuk atau meralat dalam

mensahihkan atau menda’ifkan hadith yang merupakan jalan yang ditempuh para ulama yang

adil, jujur dan amanah terhadap hadith-hadith Rasulullah s.a.w.69

Shaykh al-Albani sendiri pernah menyatakan “Membetulkan kesilapan adalah satu kewajipan

dan ia telah menjadi amalan biasaku seperti yang diketahui oleh para pembaca kitabku…”70

Dalam bukunya yang lain Shaykh al-Albani menegaskan: “Semoga Allah merahmati seorang

hamba yang menunjukkan kepadaku kesalahanku dan menuntun aku kepada cacat celaku.

Sesungguhnya tidak berat bagiku dengan izin Allah s.w.t untuk kembali dari kesalahan

67

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Sahih al-Jami‘ al-Saghir wa Ziyadatuh j.1 h. 277 no hadith

2761. Lihat juga Silsilah al-Sahihah, j.3 h. 106 no hadith 1113. 68

Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Sahih wa Daif al-Jami’ al-Saghir, j. 5 h. 59, no hadith 1612. 69

Lihat buku Mashhur Hasan Salman mengenai Taraju‘at Ibn Hajar fi Fath al-Bari. 70

Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1995), op. cit., j.1 h.27.

Page 17: Kritikan Ulama Terhadap Manhaj Takhrij Ulama Hadith Satu Kupasan _dr Faisal

17

menuju kebenaran yang tampak bagiku kemudian dan kitab-kitabku yang dicetak untuk

pertama kali dan yang telah dicetak ulang adalah bukti atas hal ini”.71

Dalam hal ini beberapa rumusan dan cadangan dikemukakan bagi memandu para pengkaji

dalam melakukan takhrij hadith.

a) Merujuk dan bergantung kepada pendapat ulama mutaqaddimin terhadap hukum dan

darjat hadith

b) Mengambil kira pendapat jumhur ulama terhadap sesuatu hukum dan darjat hadith

c) Mendahulukan pendapat ulama mu’tadil dari kalangan ulama al-Jarh wa al-Ta’dil

seperti Imam al-Bukhari, Ahmad, Ibn Sa’d, al-Tirmidhi, Abu Dawud, al-Nasa’i, Ibn

Khuzaymah, Ibn Hibban, al-Daraqutni, Ibn ‘Adi, al-Mundhiri, al-Bayhaqi, al-Iraqi,

Ibn Hajar, al-Sakhawi dan al- Shawkani

d) Mengenalpasti karya-karya awal dan terkemudian bagi seseorang ulama dengan

mengambilkira pendapatnya yang terdapat dalam karya-karya terkemudian.

Merupakan satu kebiasaan bahawa seseorang tokoh ulama berpegang dengan suatu

pendapat pada suatu ketika dan kemudian menukar pendapatnya itu pada ketika yang

lain dengan disertai pengakuan dan penjelasan terhadap faktor-faktor perubahan

tersebut.72

71

Muhammad Nasir al-Din al-Albani (1992), op. cit., j.1 h.6 72

Azwira Abdul Aziz (2006), Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar, Johor Bharu: Perniagaan

Jahabersa. h. 218