krisis identiti

8
KRISIS IDENTITI Masa remaja adalah masa yang paling indah dan paling berkesan di sepanjang hidup setiap manusia. Remaja adalah kenangan yang tidak akan dilupakan sama ada kenangan manis atau pun pahit pada saat itu. Pada tahap remaja ini juga berlaku krisis dalam diri semasa berada alam remaja atau untuk keluar ke alam remaja. Kebiasaannya individu-individu yang sudah melalui masa remajanya, tetap ingin berharap kembali ke alam remaja itu lagi. Dari segi psikologi pula, remaja adalah yang sedang melalui proses perubahan pemikiran. Mereka boleh memikirkan mengenai apa yang mungkin berlaku. Mereka memikirkan seolah-olah mereka berada di atas pentas dan mereka adalah pelakon. Mereka ingin menjadi wira dan wirawati. Mereka adalah individu yang sedang mencari identiti sendiri yang kadangkala dikatakan sedang berada di dalam krisis identiti. Pada ketika itu akibat perubahan fizikal yang amat pesat, emosi mereka turut berubah. Perubahan pemikiran menyebabkan berlakunya pertelingkahan pendapat di antara remaja dan ibu bapa. Remaja mencari role model yang sesuai untuknya tetapi tidak ditemui. Anna Freud mengatakan zaman remaja adalah satu tempoh masa ketidakseimbangan psikik, penuh dengan konflik emosi dan tingkah laku tidak menentu. Kadang-kadang remaja bersifat egoistik dan pusat kendiri. Erikson pula berpendapat 1

Upload: siti-nurhidayatul-akmar-esbah

Post on 29-Nov-2015

47 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

note

TRANSCRIPT

Page 1: KRISIS IDENTITI

KRISIS IDENTITI

Masa remaja adalah masa yang paling indah dan paling berkesan di sepanjang

hidup setiap manusia. Remaja adalah kenangan yang tidak akan dilupakan sama ada

kenangan manis atau pun pahit pada saat itu. Pada tahap remaja ini juga berlaku krisis

dalam diri semasa berada alam remaja atau untuk keluar ke alam remaja. Kebiasaannya

individu-individu yang sudah melalui masa remajanya, tetap ingin berharap kembali ke

alam remaja itu lagi. Dari segi psikologi pula, remaja adalah yang sedang melalui proses

perubahan pemikiran. Mereka boleh memikirkan mengenai apa yang mungkin berlaku.

Mereka memikirkan seolah-olah mereka berada di atas pentas dan mereka adalah

pelakon. Mereka ingin menjadi wira dan wirawati. Mereka adalah individu yang sedang

mencari identiti sendiri yang kadangkala dikatakan sedang berada di dalam krisis

identiti. Pada ketika itu akibat perubahan fizikal yang amat pesat, emosi mereka turut

berubah. Perubahan pemikiran menyebabkan berlakunya pertelingkahan pendapat di

antara remaja dan ibu bapa. Remaja mencari role model yang sesuai untuknya tetapi

tidak ditemui. Anna Freud mengatakan zaman remaja adalah satu tempoh masa

ketidakseimbangan psikik, penuh dengan konflik emosi dan tingkah laku tidak menentu.

Kadang-kadang remaja bersifat egoistik dan pusat kendiri. Erikson pula berpendapat

tugas utama remaja ialah menyelesaikan konflik antara identiti dan krisis identiti. Remaja

yang menerima diri dan mempunyai identiti yang positif akan lebih cenderung

mempunyai kesihatan memtal yang lebih baik. Dalam alam remaja, ia menceritakan

tentang aspek-aspek perkembangan remaja sepanjang perjalanan hidupnya ke arah

dewasa juga merupakan faktor-faktor kepada krisis identiti.

Perkembangan yang boleh menyebabkan krisi identitis berlaku antaranya

berpunca daripada perkembangan sahsiah remaja yang bergantung kepada pergaulan

sosial dan persekitarannya. Seorang remaja membentuk perasaan identiti kendirinya

melalui tugas psikologi dan sosial. Perubahan-perubahan identiti semasa remaja

1

Page 2: KRISIS IDENTITI

melibatkan penyusunan semula diri yang amat besar. Salah satu menekankan soal-

konsep-kendiri iaitu apa yang remaja itu fikirkan. Persepsi terhadap kendiri ternyata

akan menentukan apa yang seseorang itu alami dan bagaimana ia mengalaminya. Di

sini dapat dilihat apabila remaja mempunyai konsep kendiri yang tidak betul, maka

sudah tentu ia mat membahayakan kepada diri mereka dan orang lain. Mereka mungkin

akan menjadi devian, tiada keyakinan diri, tersisih dan lain-lain. Jika seseorang remaja

itu mempunyai konsep kendiri yang rendah, maka sudah tentu ia akan membawa

kepada benci-kendiri dan kemudiannya membawa kepada tingkah laku memencilkan diri

atau agresif. Remaja akan cenderung kepada tekanan-tekanan sosial dan cenderung

juga membuat penilaian yang salah menyebabkan berlaku krisis identiti. Di samping itu,

turun naik imej-kendiri juga berlaku semasa seseorang itu mula memasuki zaman

remaja tetapi bukan sepanjang zaman remaja. Maka dengan ini berlaku perubahan-

perubahan identiti dalam persoalan siapa saya, saya datang dari mana dan ke mana

saya akan pergi. Remaja ini akan menjadi keliru identiti seperti kelihatan individu yang

bebas, sukar berhubung dengan orang lain dan tidak mempunyai aspirasi kerjaya.

Mereka sebenarnya tidak gembira dengan hidup mereka dan sering kesunyian kerana

tidak dapat membina hubungan dengan orang lain.

Perkembangan sosial remaja juga terdapat berlaku krisis identiti yang

dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran mereka sewaktu mereka kanak-kanak lagi.

Faktor-faktor persekitaran termasuklah keluarga, rakan sebaya dan masyarakat

sekeliling. Faktor keluarga khususnya ibu bapa adalah persekitaran yang paling hampir

dengan remaja. Oleh itu, ibu bapa harus sensitif dengan perubahan anak remaja

mereka. Kebiasaannya remaja yang dibesarkan dalam suasana penuh kasih sayang,

perhatian serta persekitaran yang sihat akan mejadi seorang yang suka berkawan dan

pandai bergaul, dapat menerima orang dewasa, mempunyai identiti jantina yang jelas

dan meneri diri secara positif. Zaman remaja sebenarnya masih lagi memerlukan

2

Page 3: KRISIS IDENTITI

perhatian daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan mereka

meluahkan perasaan dan pandangan mereka serta diberi kuasa membuat keputusan

dalam merancang kehidupan. Dengan ini dapat membentuk identiti remaja yang sihat

iaitu bertambah yakin, berani dan berdikari. Berbanding dengan remaja yang

mempunyai ibu bapa yang mengamalkan pengawasan yang tegas untuk mendisiplinkan

dan mengawal anak remajanya. Gaya ini memberi imlikasi negatif menjadikan remaja

seorang individu yang agresif, menimbulkan perasaan marah dan benci remaja terhadap

orang dewasa khasnya ibu bapa sendiri. Didikan ibu bapa yang selalu memberi muka

dan berkomunikasi terbuka tanpa garis panduan menjadikan remaja seorang individu

yang sentiasa mementingkan diri sendiri hingga mengetepikan ibu bapa. Besar

kemungkinan kebebebasan yang diberi itu akan disalahgunakan. Akibat daripada

masalah-masalah ini, remaja akan terdorong untuk mencari ketenangan jiwa di luar

rumah, ada yang mula berjinak-jinak dengan kumpulan yang tidak sihat, terjebak dalam

perbuatan tidak sihat seperti mengambil dadah, merokok minum arak, melepak dan

sebagainya. Maka sebenarnya remaja perlu diberi sokongan emosi yang baik daripada

kaum keluarga agar mereka dapat melalui perubahan perkembangan tanpa banyak

krisis dan konflik iaitu berkaitan dengan krisisi identiti mereka.

Faktor yang seterusnya, berkaitan dengan perkembangan moral iaitu

perkembangan remaja yang dipengaruhi oleh corak pendidikan yang diterimanya di

rumah dari ibu bapanya. Jika kanak-kanak didedahkan dengan corak pendidikan yang

beradab, terutama dari segi pertuturan, atau perlakuan, maka ia akan mengikut dan

menghayati nilai-nilai murni tadi dan membesar sebagai seorang remaja yang bermoral.

Pada peringkat akhir remaja, seseorang individu tidak akan sewenang-wenangnya

mematuhi sesuatu arahan dan peraturan yang diberikan kepadanya. Pada ketika itu,

remaja telah pandai berfikir dan mula menimbangkan sesuatu peraturan dengan lebih

krisis, berbanding ketika peringkat kanak-kanak yang lebih mudah pada apa jua arahan.

3

Page 4: KRISIS IDENTITI

Apabila seseorang individu itu memasuki alam remaja, ia sepatutnya perlu menegakkan

konsep dalaman yang tegas mengenai apa yang betul dan apa yang salah, apa yang

boleh diterima dan apa yang tidak boleh diterima. Kelemahan menegakkan konsep

dalaman menyebabkan berlakunya masalah dalaman menyebabkan berlakunya

masalah keruntuhan moral juga merupakan krisis identiti di kalangan remaja. Pengaruh-

pengaruh yang terdapat disekitar kehidupan remaja seperti media massa, budaya asing

dan kumpulan rakan sebaya juga melahirkan sikap bertentangan dengan norma dan

nilai masyarakat seperti sikap tidak berdisiplin, tidak suka mencuba, suka berkhayal dan

memberontak. Ibu bapa perlu memberi didikan, pengawasan dan asuhan yang

berterusan beserta kaedah yang tepat dan berhikmah pada anak-anak remaja supaya

remaja ini menuju ke arah kehidupan yang lebih bermoral.

Umumnya remaja mengalami banyak perkembangan emosi. Perkembangan

ingin juga berkaitan juga dengan krisis identiti iaitu konflik-emosi. Emosi memainkan

peranan yang besar dalam hidup remaja menyebabkan kadang-kadang emosi lebih

berpengaruh daripada fikiran. Perasaan remaja sangat sensitif sehingga perkara-

perkara yang remeh pun boleh mengecilkan hati mereka. Perasaan sensitif dan

kegelisahan emosi remaja adalah disebabkan tidak dapat menyesuaikan diri dengan

suasana baru iaitu perubahan yang berlaku pada fizikalnya. Contohnya, remaja mula

mempersoalkan tentang perubahan dirinya, wajahnya yang berjerawat, kulit yang gelap

dan sebagainya. Daya pemikiran remaja masih belum cukup matang untuk berfikir

secara rasional, logik dan objektif. Justeru itu, tingkah laku dan tindak-tanduk mereka

lebih banyak dipengaruhi oleh emosi. Secara umumnya, remaja adalah transasi

daripada zaman kanak-kanak ke zaman dewasa, ini menyebabkan remaja sering

mengalami krisis identiti. Mereka sering tertanya-tanya ’Siapakah saya?’, ’Apakah nilai

yang harus dipegang?’ dan ’Apa yang aku hendak dalam hidup ini?’. Jika keadaan ini

4

Page 5: KRISIS IDENTITI

berterusan, ia akan memberikan tekanan dan konflik dalam kehidupan remaja dalam

persoalan pencarian identiti.

Remaja mempunyai pemikiran yang unik. Ini kerana tahap perkembangan

kognitif mereka mengalami banyak perubahan. Perkembangan ini juga menyebabkan

salah satu faktor terjadi krisis identiti remaja. Pekembangan kognitif remaja bersifat

idealistik. Remaja berpendapat, mereka akan mencapai apa sahaja jika mereka

berusaha. Tetapi apabila pendapat ini bertentangan dengan orang dewasa, mereka

mungkin menjadi bingung atau kecewa. Selalunya, pada peringkat dewasa ini,

pemikiran mereka lebih cenderung ke arah pusat kendiri. Mereka tidak mengambil kira

kedudukan orang lain dan tidak boleh bertolak-ansur menyebabkan sering terjadi

percanggahan di antara golongan remaja dan dewasa. Remaja juga mempunyai

idealistik yang tersendiri. Para remaja adalah golongan yang banyak berfikir. Pemikiran

mereka sangat hebat dengan idealistik dan digunakan untuk membuat pemilihan dalam

hal-hal peribadi, pekerjaan dan satu-satu ideologi. Apabila berlaku pertentangan dalam

pemikirannya dengan keluarga dan sahabat, ini akan menimbulkan rasa kurang puas

hati dan kemarahan yang tidak menentu dan menyebabkan berlaku krisis identiti dalam

diri mereka.

Kesimpulannya, proses peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman dewasa,

telah menimbulkan banyak kekeliruan dan tekanan kepada remaja. Perubahan-

perubahan yang berlaku pada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi telah

menimbulkan banyak persoalan-persoalan dalaman dan luaran. Ini merisaukan mereka

menyebabkan berlaku krisis identiti dalam diri mereka. Berikutan dengan situasi ini,

remaja perlukan bimbingan daripada orang terdekat dengan mereka seperti ibu bapa,

ahli keluarga terdekat, guru dan rakan sebaya. Peranan di dalam merangsang anak-

anak remaja adalah tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa perlu bijak menggunakan

5

Page 6: KRISIS IDENTITI

pendekatan pendidikan agar perkembangan anak remaja mereka cenderung ke arah

perkara-perkara yang positif.

6