kraftangan wayang kulit

Upload: anis-ilham-amani

Post on 09-Jul-2015

281 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kraftangan Wayang KulitSetiap seni persembahan wayang kulit yang dipersembahkan mempunyai ciri-ciri yang berbeza di antara satu sama lain. Misalnya, persembahan Wayang kulit Jawa ini berasal dari Indonesia dan juga dikenali sebagi Wayang Purwa. Wayang kulit ini dipersembahkan oleh keturunan Jawa di Johor dan Selangor dan masih mengekalkan keasliannya dengan menggunakan epik Ramayana dan Mahabrata. Seni persembahan wayang kulit ini diiringi oleh iringan gamelan dan kadang kala ianya juga diiringi oleh nyanyian. Perbezaan ketara yang dapat dilihat di dalam seni persembahan ini jika hendak dibandingkan dengan seni persembahan wayang kulit yang lain adalah dari segi penggunaan bahasa, penyampaian cerita di dalam seni persembahan wayang kulit Jawa adalah bahasa Jawa, bonekanya juga mempunyai ciri perbezaan yang ketara dari segi ukiran pada mata boneka yang digunakan, Contohnya, mata jaitan untuk watak pahlawan. Dalang dan bayang-bayang patung di atas Kelir. Dalang merupakan seseorang yang mempunyai keahlian khusus yang dapat memainkan boneka wayang di dalam sesebuah seni persembahan wayang kulit.

~Dalang~ Kelir pula merujuk kepada layar tempat di mana boneka wayang dimainkan oleh Dalang di dalam sesebuah seni persembahan wayang kulit. Muzik Wayang Kulit. Hikayat, Lakonan, Pengetahuan agama, dan Seni lukis dan ukir. Seni muzik yang terdapat di dalam persembahan wayang kulit amat unit dan memerlukan keahlian yang khusus. Lebih dari 35 buah lagu mesti di hafal oleh dalang dan panjaknya. Seterusnya hikayat di dalam sesebuah persembahan wayang kulit adalah, Dalang haruslah mahir dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam hikayat-hikayat yang bersifat Paramakawi dan Paramasastra. Seseorang yang telah terpilih menjadi dalang seharusnya pandai melakonkan cerita, bijak dalam membawa suasana gembira, takut, kasih sayang, sedih dan lucu supaya dapat menarik minat penonton untuk terus menjadi penonton setia wayang kulit dan menjadikan seni teater tradisional kuno Malaysia ini tidak "lapuk dek hujan dan lekang dek panas". Di samping itu, penceritaan yang bermotifkan agama juga

haruslah diselitkan di dalam seni persembahan wayang kulit ini. Hal ini kerana, setiap yang ditonton sedikit sebanyak akan menjadi ikutan ramai. Seterusnya seni lukis atau seni ukir seperti memahat atau menatah patung wayang adalah satu kesenian khusus yang amat memerlukan tahap kemahiran dan kesabaran yang tinggi untuk melakukannya. Hal ini kerana, motif sesebuah cerita yang hendak disampaikan di dalam sesebuah seni persembahan wayang kulit adalah bergantung kepada ukiran boneka yang digunakan dan cara penyampaian yang digunakan oleh Dalang. Setiap boneka yang dihasilkan mempunyai watak yang tersendiri.

~Boneka Wayang Kulit~ Jenis-jenis wayang kulit yang terdapat di Malaysia. Jenis-jenis wayang kulit yang terdapat di Malaysia ini adalah Wayang Kulit Jawa, Wayang Kulit Melayu, Wayang Kulit Gedek dan Wayang Kulit Kelantan.

WAYANG KULIT JAWA (PURWA)

1. SEJARAH

Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Wayang Kulit Purwa Jawa, Pulau Jawa, Indonesia. Patung-patungnya membawa watak dari cerita Mahabratha dan cerita- cerita Panji.

Wayang kulit ini diperkenalkan ke negeri Kelantan pada 1834 oleh di Pulau Jawa.

seorang tok dalang Melayu selepas mempelajari teknik-teknik Tok Dalang

Watak wayang kulit ini ialah Sang Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati

Wayang Purwo pula terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat terutamanya di Johor yang mengetengahkan episod dari kitab Mahabrata dan cerita Panji

Semenanjung

Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa atau Patani (Selatan Thai)

Dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan

Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa pengutaraan kesenian

2. PENGENALAN Wayang ini terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat, terutamanya Johor dan dimainkan oleh penduduk keturunan Jawa. 3. ISI CERITA Cerita wayang ini berdasarkan cerita Pendawa Jawa yang disadur dari epik Mahabharata India. Ceritanya tidak memperlihatkan pengaruh cerita panji. 4. PATUNG-PATUNG Patung-patung ini menyerupai patung wayang kulit Kelantan. Perbezaan yang nyata adalah dari segi bentuk mata patung: - Mata Jaitan untuk watak pahlawan - Mata pepelangan untuk watak jahat - Mata prebes untuk watak pertapa 5. ALAT MUZIK Alat Muzik wayang purwa berbeza dengan wayang lain kerana terdiri daripada: Gong besar (gong Agong) Gong suwukan Gambang Kempul Kenong Gender Slentem

Demung Saron Peking (saron penerus) Ketok / kompang Rebab Gendang

Antara jenis-jenis lagu yang dimainkan pula ialah seperti Lagu Bertabuh, Perang, Seri Rama, Kabar Manja, Buluh Seruas, Pandan Wangi dan banyak lagi. Wayang purwa diiringi oleh satu kumpulan gamelan. 6. BAHASA Wayang Purwa disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit dengan dengan bahasa Melayu tempatan.

PENGHASILAN BONEKA WAYANG KULIT Untuk tugasan ini saya menghasilkan boneka wayang kulit Jawa. Penghasilan boneka ini memerlukan kesabaran terutama semasa proses mewarna dan menebuk. Saya mengambil masa selama 2 hari untuk menyiapkan kraftangan ini. Bahan dan alatan yang diperlukan ialah: 1. Kertas yang sesuai 2. Warna air 3. Berus lukisan 4. Pisau dan gunting 5. Buluh 6. Penghubung sendi tangan