documentkp

30
KECERDASAN PELBAGAI & GAYA PEMBELAJARAN

Upload: norsilah-derhaman

Post on 23-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Documentkp

KECERDASAN PELBAGAI &

GAYA PEMBELAJARAN

Page 2: Documentkp

Definisi Kecerdasan Gardner

• Kebolehan menyelesaikan masalah dalam kehidupan

• Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan

• Kebolehan menghasilkan sesuatu atau menyumbang khidmat yang dianggap berguna dalam budaya masing-masing.

Page 3: Documentkp

7 Jenis Kecerdasan

• Dalam ‘Frames of mind: The theory of multiple intelligences’, 1983, Howard Gardner mengemukakan 7 jenis kecerdasan.

• Tetapi, Bilangan kecerdasan tidak terhad kepada yang dikemukakannya sahaja.

• Setiap satu daripada 7 kecerdasan mengandungi sub-kecerdasan lagi.

Page 4: Documentkp

1. Kecerdasan Verbal Linguistik

• Kebolehan berfikir dengan perkataan; menggunakan bahasa untuk menyatakan aras memahami maksud yang kompleks.

• Penulis buku, penyajak, jurnalis, pembaca berita, penceramah, ahli politik – menunjukkan kecerdasan linguistik yang tinggi.

Page 5: Documentkp

Petunjuk:

• Suka mendengar dan bergerak balas kepada bunyi, ritma, dan bahasa lisan.

• Suka permainan menggunakan perkataan.

• Belajar melalui bacaan, menulis, mendengar dan berbincang.

• Boleh bercakap kepada pelbagai jenis pendengar – meyakinkan, mempengaruhi, penuh perasaan dll.

• Menunjukkan kebolehan belajar bahasa asing.

Page 6: Documentkp

2. Kecerdasan Logik-matematik

• Kecerdasan ini membolehkan seseorang mengira dengan mudah, atau menyelesaikan masalah matematik yang kompleks.

• Saintis, ahli matematik, akauntan, jurutera, pengaturcara komputer menunjukkan kebolehan logik-matematik yang tinggi.

Page 7: Documentkp

Petunjuk:

• Mengguna simbol abstrak untuk menyatakan objek / konsep konkrit.

• Menunjukkan kemahiran menyelesaikan masalah logikal.

• Boleh mengenali pola & hubungan.

• Suka operasi kompleks – kalkulus, fizik, pengaturcaraan komputer, kaedah penyelidikan.

• Berfikir secara matematik – kumpul bukti, buat hipotesis, bina model, beri contoh yang menentang, & bina hujah yang meyakinkan.

Page 8: Documentkp

3. Kecerdasan Visual Ruang

• Kebolehan berfikir dalam 3 dimensi.

• Kebolehan ‘melihat’ imej luar & dalam; mencipta, menukar, atau mengubahsuai imej tersebut.

• Kebolehan ‘melayari’ ruang.

• Kebolehan menghasilkan / memahami maklumat grafik.

• Pelaut, pilot, pelukis, arkitek, pengukir batu di antara orang yang mempunyai kecerdasan visual ruang.

Page 9: Documentkp

Petunjuk:

• Belajar dengan melihat & memerhati. Kenal muka, objek, bentuk, warna, & pemandangan.

• Boleh keluar dari hutan, memandu di jalan yang sebok, melayari laut & sampai ke pantai.

• Melihat dalam bentuk imej – berfikir dalam bentuk gambar – guna gambaran untuk ingat sesuatu.

• Suka melukis, mewarna, mengukir – hasilkan sesuatu dalam bentuk yang boleh dilihat.

• Boleh fahami peta, rajah dan carta dengan mudah.

Page 10: Documentkp

4. Kecerdasan kinesthetik

• Kebolehan memanipulasi objek dan mencapai kemahiran fizikal yang tinggi.

• Kebolehan menggunakan tubuh badan untuk survival.

• Ditemui di kalangan menari, pelakon, ahli sukan, pencipta, doktor bedah, pemandu kereta lumba dll.

Page 11: Documentkp

Petunjuk:

• Belajar dengan sentuhan, pegang, manipulasi bahan pembelajaran.

• Mempunyai pergerakan refleks yang baik – imbangan, kelembutan, ketangkasan.

• Suka belajar melalui penglibatan & pengalaman konkrit – lawatan, bina model, main peranan, permainan dll.

• Menunjukkan kemahiran berlakon, bersukan, menari, menjahit, mengukir dll.

Page 12: Documentkp

5. Kecerdasan Muzik

• Jelas dapat dilihat pada individu yang sensitif kepada bunyi, melodi, ritma dan nada.

• Ditemui di kalangan penghibur, pencipta, konduktor, jurutera rekording, pembuat alat muzik dll.

Page 13: Documentkp

Petunjuk:

• Perihatin & minat kepada bunyi – suara manusia, bunti alam sekitar, muzik dll.

• Suka, seronok dan cari peluang untuk dengar muzik / bunyi alam sekitar semasa belajar.

• Bergerak balas kepada muzik secara kinesthetik, emosi dan intelek.

• Boleh bermain alat muzik.

• Kenal, perihatin dan bincang tentang pelbagai stail muzik, pengaruh budaya dll.

Page 14: Documentkp

6. Kecerdasan Interpesonal

• Kebolehan mamahami dan berinteraksi dengan baik.

• Ditemui di kalangan ahli politik, guru, pemimpin agama, kaunselor, juru jual dll.

Page 15: Documentkp

Petunjuk:

• Rapat dengan ibu bapa dan boleh berinteraksi dengan orang lain.

• Bina dan jaga hubungan & pergaulan sosial.

• Sedar tentang dan guna pelbagai cara untuk berhubung dengan orang lain.

• Memahami perasaan, pemikiran, motivasi, tingkah laku, dan gaya hidup orang lain.

• Suka aktiviti kumpulan – ambil bahagian bekerjasama – menjalankan tugas kumpulan.

• Boleh menerima perspektif orang lain.

Page 16: Documentkp

7. Kecerdasan Intrapersonal

• Kebolehan membina persepsi tentang diri sendiri dengan tepat dan menggunakan pengetahuan tersebut untuk merancang dan menentukan hala tuju kendiri.

• Ditemui di kalangan novelis, kaunselor, ahli falsafah, ahli psikologi dan ahli mistik.

Page 17: Documentkp

Petunjuk:

• Perihatin kepada emosi dan nilai-nilai kendiri.

• Dapat mencari pendekatan untuk sampaikan perasaan atau pemikiran.

• Berusaha untuk kenal pasti & capai tujuan hidup sendiri.

• Boleh bekerja bersendirian.

• Cuba memahami pengalaman dalaman.

• Berusaha untuk memenuhi hasrat sempurna kendiri.

Page 18: Documentkp

• KP boleh dibahagi kepada 3 kategori:

• 1. Kecerdasan berkaitan objek– Visual ruang– Logikal-matematikal– kinesthetik

• 2. Kecerdasan bebas– verbal linguistik– muzik

• 3. Kecerdasan berkaitan manusia– Interpersonal– intrapesonal

Page 19: Documentkp

Kecerdasan Pelbagai

Kercedasan berkaitan manusia

Kercedasan berkaitan objek

Kercedasan bebas

Page 20: Documentkp

Implikasi KP

• Persekitaran pembelajaran – menyediakan penglaman pembelajaran yang melibatkan pelajar untuk membina 7 kecerdasan.

• Kurikulum seimbang – memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dan mengembangkan 7 kecerdasan mereka.

• Guru menggunakan 7 kecerdasan dalam menyediakan bahan pengajaran.

• Ibu bapa dilibatkan untuk mengajar anak mereka kemahiran sosial.

Page 21: Documentkp

Implikasi KP

• Matlamat kurikulum – mengajar supaya pelajar faham. Skop kurikulum boleh disempitkan supaya pelajar belajar lebih mendalam tentang konsep asas bidang.

• Pelajar belajar arah kendiri dengan memulakan dan menyiapkan projek pilihan mereka.

• Sekolah menekankan perkembangan kemahiran tertentu melalui penerokaan.

• Sekolah menggalakkan pembinaan pengetahuan dan kreativiti.

Page 22: Documentkp

Implikasi KP• Bakat dan minat pelajar individu boleh dikenal pasti dan

dikembangkan. Pelajar diberi peluang untuk ambil bahagian dalam kokurikulum pilihan mereka.

• Dengan kerjasama guru, pelajar kenal pasti cara mereka harus dinilai.

• Maklum balas didapati daripada guru, rakan sebaya, orang luar, dan refleksi.

Page 23: Documentkp

Gaya Pembelajaran

• Dalam keadaan yang bagaimana pelajar lebih mudah menerima maklumat?

• Dalam keadaan yang bagaimana pelajar boleh menyusun dan memproses maklumat?

• Dalam keadaan yang bagaimana pelajar dapat menyimpan maklumat?

Page 24: Documentkp

Dapatan Kajian

• 30% pelajar ingat 75% daripada yang didengar dalam kelas biasa.

• 40% ingat 75% daripada apa yang dibaca & dilihat (sama ada proses maklumat dalam bentuk perkataan atau dalam bentuk gambar)

• 15% belajar melalui sentuhan – pegang, tulis, lukis – pengalaman konkrit.

• 15% pelajar cerdas kinestetik – boleh belajar dengan melakukan.

Page 25: Documentkp

Bagaimana memproses maklumat

• Pelajar ‘otak kiri’ belajar dengan mudah jika maklumat disusun secara logikal dan berturutan.

• Pelajar ‘ otak kanan’ lebih suka kepada gambaran keseluruhan terlebih dahulu, di samping pengajaran yang melibatkan gambaran, imaginasi, muzik, kesenian dan intuisi.

Page 26: Documentkp

Pengaruh keadaan

• Persekitaran fizikal – bunyi, cahaya, suhu, tempat duduk, cara duduk mempengaruhi kebolehan belajar

• Keperluan emosi – diri dan orang lain

• Keperluan sosial – kebanyakkan pelajar prestasi rendah sangat memerlukan galakkan dari rakan sebaya

Page 27: Documentkp

Gaya PembelajaranEvery human being has a learning style and every humanbeing has strengths.It’s as individual as a signature.No learning style is better or worse than anyother style.All groups – cultural, academic, male, female– include all types of learning styles.Within each culture, socio-enomic strata orclassroom, there are as many differences asthere are between groups.

Ken & Rita Dunn

Page 28: Documentkp

Soalan 1

Perkara di bawah merujuk kepada sejeniskecerdasan :-

• Ingatan jangka panjang• Analisis meta-linguistik• Meyakinkan orang lain tentang jenis tindakan yang

diambil.

A. IntrapersonalB. Logikal/matematikC. Lisan/linguistikD. Interpersonal

Page 29: Documentkp

Soalan 2

Gaya pembelajaran merujuk kepada cara atau gaya

seseorang memproses maklumat, membuat keputusan, dan

membentuk nilai. Gaya pembelajaran dapat dilihat melalui

tingkah laku seseorang.

• Apakah persamaan dan perbezaan utama antara gaya pembelajaran dan kecerdasan pelbagai?

Page 30: Documentkp

Rujukan

Campbell, Campbell & Dickinson. (1996).Teaching and learning through multipleintelligences. Massachusetts, USA: Allyn &Bacon.

Dryden, G. & Vos, J. (1994). The learningrevolution. California: Jalmar Press.