kp mpi 603.02 industrial supervisory.docx

61
PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME MPI/ PEMESINAN INDUSTRI TAHUN/ SEMESTER DIPLOMA TAHUN 1 / SEM. 2 NO.DAN TAJUK MODUL / MODULE NO. AND TITLE MPI 603 - INDUSTRIAL SUPERVISORY MODUL PEMBELAJARAN/ LEARNING MODULE MPI/ KP/ 02 IMPLEMENT JOB SCHEDULE ACTIVITY KOMPETENSI/ COMPETENCY 603.03 ENFORCE RULES AND REGULATION COMPLIANCE 603.05 CONDUC IN-HOUSE TRAINING 603.06 CONDUCT MEETING OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVES PERFORMANCE STANDARD: (Action, Condition and Criteria) PERFORMANCE SUPERVISORY FUNCTION USING ORGANIZATION CHART,JOB INSTRUCTION, MANPOWER LIST, WORK PROGRAM, SITE CONDITION REPORT, OFFICE EQUIPMENT AND MONTHLY DEPARTMENTAL SCHEDULLE SO THAT SECTION MEETING APPLIED AND JOB SCHEDULE ACTIVITY IMPLEMENTED IN ACCORDANCE WITH STANDARD MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 1 KOLEJ VOKASIONAL ARAU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA JALAN PADANG NYU, 02600 ARAU PERLIS. KERTAS PENERANGAN

Upload: ahmad-ariffin

Post on 05-Feb-2016

69 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME

MPI/ PEMESINAN INDUSTRI

TAHUN/ SEMESTER DIPLOMA TAHUN 1 / SEM. 2

NO.DAN TAJUK MODUL / MODULE NO. AND TITLE

MPI 603 - INDUSTRIAL SUPERVISORY

MODUL PEMBELAJARAN/ LEARNING MODULE

MPI/ KP/ 02 IMPLEMENT JOB SCHEDULE ACTIVITY

KOMPETENSI/ COMPETENCY 603.03 ENFORCE RULES AND REGULATION COMPLIANCE603.05 CONDUC IN-HOUSE TRAINING603.06 CONDUCT MEETING

OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVES PERFORMANCE STANDARD: (Action, Condition

and Criteria)

PERFORMANCE SUPERVISORY FUNCTION USING ORGANIZATION CHART,JOB INSTRUCTION, MANPOWER LIST, WORK PROGRAM, SITE CONDITION REPORT, OFFICE EQUIPMENT AND MONTHLY DEPARTMENTAL SCHEDULLE SO THAT SECTION MEETING APPLIED AND JOB SCHEDULE ACTIVITY IMPLEMENTED IN ACCORDANCE WITH STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) AND COMPANY REQUIREMENTS.

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 1

KOLEJ VOKASIONAL ARAUKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAJALAN PADANG NYU, 02600 ARAUPERLIS.

KERTAS PENERANGAN

Page 2: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

1. APPLY SECTION MEETING

1.1. Prosedur – Prosedur Laporan Keadaan Tidak Selamat Dan Tindakan Yang Tidak Selamat

Sesuatu kemalangan akan dapat dipelajari dan dijadikan iktibar jika sebab-musabab ia berlaku diketahui. Maklumat ini datangnya daripada penyiasatan dan laporan kemalangan yang teratur, cekap dan lengkap. Dengan demikian, penyiasatan kemalangan tidak boleh dianggap sebagai tindakan ad-hoc selepas kemalangan. Sebaliknya, mestilah telah dirancang dan dilaksanakan sebagai satu displin ilmu sains yang menekankan pengumpulan maklumat, pencerapan, menganalisis dan sintesis data, pendiduksian dan rumusan yang sistematik.

Sama pentingnya dengan penyiasatan kemalangan, ialah tindakan susulan terhadap kesimpulan dan saranan laporan siasatan. Setiap saranan pembaikian yang diterima mestilah dilaksanakan secepat mungkin untuk memastikan segala kesilapan yang sudah dikenalpasti tidak akan berulang.

Penyiasatan kemalangan tidak terhad kepada proses penyiasatan sahaja. Ia juga merangkumi langkah-langkah pemberitahuan, melaporkan hasil penyiasatan dan mengambil langkah tindakan susulan terhadap cadangan laporan tersebut. Dengan lain kata penyiasatan kemalangan adalah satu sistem, iaitu sistem penyiasatan kemalangan. Hasil penyiasatan kemalangan yang dapat mencegah berulangnya kemalangan yang sama dan mencegah berlakunya kemalangan yang lebih besar sebenarnya berfungsi sebagai satu kawalan kehilangan di dalam proses membangunkan budaya kerja selamat.

1.2. Akta 514, Peraturan, Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan [Seksyen 13(1)]

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan diwajibkan membuat pe-meriksaan di tempat kerja;

a) Seberapa segera yang boleh yang mana selamat untuk operasi.b) Selepas berlakunya kemalangan.c) Hampir berlakunya kemalangan.d) Kejadian bahaya.e) Keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tem-

pat kerja.

1.2.1. Polisi/Dasar

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 2

Page 3: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

Objektif penyiasatan kemalangan mestilah tidak bertujuan untuk menghukum seseorang yang telah diberikan tugas atau mencari kesala-hannya, tetapi untuk menentukan sebab-sebab di dalam tindakannya yang menyebabkan berlakunya kemalangan, supaya ianya dapat dice-gah.

a) Semua kemalangan yang berlaku mestilah dilaporkan, direkodkan dan disiasat oleh mereka yang berpengetahuan.

b) Semua pekerja mestilah memberi kerjasama dan bantuan apabila diperlukan oleh Jawatankuasa Penyiasatan.

c) Semua komen-komen yang timbul hasil daripada penyiasatan mesti-lah dibincangkan, dipersetujui dan dilaksanakan oleh jawatankuasa yang mengambil tindakan berhubung dengan perkara tersebut.

1.2.2. Tujuan

a) Kehendak Undang-undang (AKTA 514) dan permintaan pihak organisasi.

b) Mencegah daripada berulang.c) Elemen penting dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan.d) Menyumbangkan kepada moral yang positif dan kesedaran

dalam keselamatan keseluruhan.e) Panduan di masa hadapan sebagai penyambung kepada kema-

juan/perubahan daripada OSH bagi meningkatkan produktiviti dan memperbaiki suasana kerja.

1.2.3. Sasaran

a) Untuk mencari sebab/punca kemalangan dan mencegah dari-pada berulang.

b) Tidak membebankan atau mencari kesalahan seseorang, kepuasan dalam tuntutan gantirugi atau mempertahankan semula kerugian.

1.2.4. Jenis-Jenis Kemalangan

a) Kemalangan melibatkan kecederaan.b) Kemalangan tidak melibatkan kecederaan tetapi melibatkan

kerosakkan harta benda.c) Penyakit pekerjaan.d) Kemalangan nyaris.

1.2.5. Kumpulan Penyiasatan

a) Kemalangan kecil (Minor)

Seorang pekerja/penyelia.b) Kemalangan besar (Major)

Kumpulan terdiri daripada anggota yang berpengetahuan dan mahir termasuk Pegawai Keselamatan dan diketuai oleh Pengurus.

c) Mempunyai objektif dan adil.d) Mengumpulkan fakta-fakta dan maklumat.e) Pisahkan faktor-faktor yang boleh menyumbang.f) Tentukan tindakan-tindakan yang betul dan tindakan kumpulan.

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 3

Page 4: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

g) Laksanakan tindakan-tindakan yang betul.

1.2.6. Proses Penyiasatan

a) Tubuhkan Jawatankuasa daripada kalangan pekerja-pekerja.b) Kumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan. c) Tentukan sebab-sebab kemalangan. d) Senaraikan tindakan pembetulan yang mungkin dan tindakan-

tindakan pencegahan. e) Berikan teguran, nasihat yang positif.f) Menyampaikan maklumat yang berkaitan kepada semua.g) Pastikan ianya berterusan.

1.2.7. Methodologi

a) Kumpulkan garis panduan/prosedur-prosedur keselamatan tem-pat kerja dan penerangan tentang kawasan, mesin atau kemu-dahan-kemudahan.

b) Asingkan kawasan kejadian dan bahan bukti kemalangan su-paya tidak diganggu.

c) Ambil gambar, lakaran dan ukuran sebenar tempat kejadian/kemudahan.

d) Soalselidik pada saksi yang terlibat atau kumpulan yang terbabit dan mengambil fakta-fakta sahaja, bukannya penda-pat atau andaian.

e) Asingkan faktor-faktor penyumbang.

1.3. Kebaikan Dan Keburukan Daripada Kemalangan

a) Akibat yang negatif seperti kematian, kecederaan, pengeluaran tergendala dan kerosakan harta benda.

b) Akibat yang positif seperti pembetulan, perubahan prosedur ke-selamatan dan kemajuan dalam prosessan.

1.4. Faktor-Faktor Penyumbang Kepada Kemalangan

a) Suasana - Bising, panas, cahaya, asap, cuaca buruk.b) Rekabentuk - Kawasan tempat kerja, peralatan.c) Sistem dan prosedur - Tidak dimaklumkan atau tidak betul.d) Tingkahlaku manusia - Perlakuan tidak selamat, pembelian jenis

peralatan yang salah.

1.5. Perbuatan Dan Punca Kemalangan

a) Serta merta - Tindakan tidak selamat, menggunakan peralatan yang tidak selamat, prosedur kerja yang salah, tiada kebersihan, keadaan tidak selamat.

b) Punca-punca - Kurang latihan, penyelenggaraan, pengetahuan keselamatan, penguatkuasaan garis panduan keselamatan.

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 4

Page 5: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

1.6. Teknik Soalselidik Dalam Penyiasatan Kemalangan

a) Perseoranganb) Tenangc) Terus kepada objektif penyiasatan kemalangan.d) Tidak menghukum/menyalahkan seseorang.e) Dapatkan fakta-fakta sahaja.f) Jangan menyoal soalan yang tidak berkenaan.g) Beri pujian.

1.7. Faedah Daripada Penyiasatan Kemalangan

a) Cegah daripada berulang.b) Identifikasi kaedah-kaedah operasi terdahulu.c) Memperbaiki suasana kerja.d) Menambahkan produktiviti sewajar dengan peningkatan siste

pemprosesan.e) Meningkatkan kesedaran tentang amalan keselamatan.f) Mengurangkan kos perubatan dan kemalangan.g) Mengelakkan tindakan undang-undang atau kerugian daripada

kemalangan.h) Berpuashati dengan kecekapan pengurusan/tiada kerja tergen-

dala.

1.8. Pengumpulan Maklumat Kemalangan

Peristiwa berkenaan dengan kemalangan.

a) Sistem kerja.b) Arahan kerja.c) Variasi daripada latihan keselamatan/arahan.d) Keadaan tempat kerja.e) Keadaan sekeliling/suasana.f) Lokasi kemalangan yang betul.g) Bahan/peralatan/perkakas yang digunakan atau dipegang.

Fakta-fakta daripada kemalangan

a) Keadaan/bentuk sistem.b) Kumpulan yang terbabit.c) Bahan/peralatan/perkakas pasang siap yang terbabit.

Fakta-fakta yang berkaitan daripada apa yang terjadi serta merta selepas kemalangan

a) Keputusan kecederaan daripada manusia, kerosakan harta benda atau keadaan sekeliling.

b) Peristiwa yang berkenaan, mengenai orang yang tercedera atau harta benda/keadaan sekeliling yang rosak.

c) Kumpulan yang terlibat termasuk tindakan kecemasan atau pemulihan.

d) Keberkesanan daripada tindakan kecemasan atau pemulihan.

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 5

Page 6: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

1.9. Laporan Kemalangan

i. Ringkasan tentang kejadian.ii. Masa, tarikh dan tempat kemalangan.iii. Maklumat daripada orang yang tercedera.iv. Samada pekerjanya, kontraktor atau pihak ketiga.v. Nama, umur, kedudukan dan masa pada kedudukan tersebut,

dan tempoh berkhidmat. vi. Kewarganegaraan dan status keluarga.vii. Maklumat tentang bahan yang musnah.viii. Keterangan daripada yang terlibat, saksi dan penyelia.ix. Peristiwa-peristiwa berkenaan kemalangan.x. Keterangan daripada kemalangan (Gambar, lakaran dan lain -

lain).xi. Sebab-sebab kemalangan.xii. Keputusan daripada penyiasatan kemalangan.xiii. Kesimpulan dan komen/nasihat yang boleh digunakan bagi

mencegah daripada berulang.

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 6

SUPERVISORS ACCIDENT/INCIDENT INVESTIGATION REPORT(A PRELIMINARY REPORT MUST BE SUBMITTED WITHIN 24 HOURS OF INCIDENT)

SUPERVISORS ACCIDENT REPORT(To be completed immediately after accident even when there is no injury)

Page 7: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

Rajah 1.1: Contoh Borang Laporan Kemalangan

1.10. Prosedur Laporan Kemalangan

a) Melaporkan kepada JKKP yang berdekatan dengan segera.b) Laporan kemalangan hendaklah dihantar menggunakan borang

yang telah diakui dalam tempoh 7 hari.c) Di mana kemalangan atau kejadian berbahaya yang

menyebabkan kematian atau kerosakkan teruk pada loji atau

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 7

SUPERVISORS ACCIDENT/INCIDENT INVESTIGATION REPORT(A PRELIMINARY REPORT MUST BE SUBMITTED WITHIN 24 HOURS OF INCIDENT)

SUPERVISORS ACCIDENT REPORT(To be completed immediately after accident even when there is no injury)

Page 8: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

kilang, tidak dibenarkan sesiapa kecuali telah diberi kuasa oleh OSH, mengubah atau menganggu loji/peralatan atau apa-apa bahan bukti.

1.10.1. Menyelamatkan Nyawa

a) Menggelakkan kecederaan daripada atau menenangkan kesaki-tan yang tercedera.

b) Mengawal keperluan/permintaan yang melebihi had daripada orang ramai.

c) Mencegah kerosakkan teruk daripada atau kehilangan/kerugian besar harta benda.

Sekiranya berlaku kematian pada yang tercedera dalam tempoh satu tahun, majikan hendaklah melaporkan tentang kematian yang tercedera ke JKKP.

Bagi kemalangan keracunan dan penyakit pekerjaan, majikan hendaklah menyediakan seorang Pegawai Perubatan/Doktor bagi membuat laporan ke JKKP dengan menggunakan borang yang telah diperakui.

Untuk pekerja selain daripada kemalangan kematian, mereka hendaklah mengemukakan laporan kemalangan ke JKKP dalam tempoh tujuh hari.

Laporan kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan atau penyakit pekerjaan hendaklah disimpan dalam pendaftaran dan di tempatkan di premis majikan dan pekerja sekurang-kurangnya tiga tahun dari tarikh kemalangan.

Majikan dan pekerja hendaklah mengemukakan sebelum 31 Disember setiap tahun, salinan laporan kemalangan ke JKKP.

Majikan dan pekerja hendaklah mengemukakan maklumat lanjut berkenaan kemalangan apabila di minta oleh JKKP.

Kegagalan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan akan didenda melebihi RM10,000 atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 8

Page 9: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

Employee Encounter With Unsafe Condition Or Unsafe Act

Report Verbally Or Write Report

Submit To Superior Or SHO

Action Taken To Remedy The Situation

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

Rajah 1.2: Carta Alir Prosedur Laporan

1.11. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, 514, 1994

Akta 514 telah diwartakan pada 24 Februari 1994 dengan tujuan un-tuk menjadi payung kepada semua akta yang mengawal atau mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Payung di sini bermakna Akta 514 adalah akta induk kepada semua akta berkaitan dengan kesela-matan dan kesihatan pekerjaan. Peruntukan Akta 514 adalah tambahan kepada sebarang undang-undang bertulis sebelumnya dan mengatasi se-barang peruntukan bertulis yang bercanggah dan bertindan dengannya. Akta ini juga turut memberi kuasa yang luas kepada Menteri, terutama sekali melalui nasihat Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP).

Amnya Akta 514 mempunyai empat tujuan utama iaitu;

i. Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja;

ii. Melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada pekerja di tempat tersebut;

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 9

Page 10: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

iii. Menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang sesuai den-gan keperluan fisiologi dan psikologi mereka;

iv. Menyediakan kaedah di mana peraturan keselamatan dan ke-sihatan pekerjaan dapat diganti secara progresif dengan sis-tem peraturan dan kod amalan industri yang beroperasi bersama dengan peruntukan Akta ini untuk mengekal atau meningkatkan standard keselamatan dan kesihatan.

1.12. Peraturan Dan Perintah

Akta 514 menyediakan beberapa peruntukan yang membolehkan Menteri membuat peraturan-peraturan atau perintah bagi atau berke-naan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja semasa bek-erja bagi mencapai tujuan Akta. Sejak 1994, beberapa Peraturan dan Per-intah telah dibuat oleh Menteri. Antara Peraturan-Peraturan dan Perintah tersebut termasuklah;

i. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Perny-ataan Dasar Am Keselamatan dan Kesihatan Majikan)(Pengecualian) 1995

ii. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996

iii. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996

iv. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penge-lasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997

v. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pe-gawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997

vi. Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Kesela-matan dan Kesihatan) 1997

vii. Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Larangan Penggu-naan Bahan) 1999

viii. Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Peng-gunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 514, 1994 telah digubal dengan kesedaran bahawa Malaysia memerlukan satu Akta komprehensif yang mampu menjadi induk kepada semua Akta dan Peraturan kesela-matan dan kesihatan di tempat kerja. Akta yang telah diwartakan pada 24 Februari 1994, sangat mementingkan pengaturan sendiri di dalam mengurus dan mengawal keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

1.13. Kenyataan Dasar Am Keselamatan Dan Kesihatan Dan Perlaksanaan Di Tempat Kerja

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 10

Page 11: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

Sebarang usaha yang bermakna mesti mempunyai matlamat yang jelas kerana tanpa matlamat yang jelas setiap usaha menjadi tanpa arah dan akhirnya usaha itu menjadi tidak berkesudahan dan kesampaian. Dalam pengurusan, matlamat direalisasikan melalui dasar yang prag-matik. Segala yang dilakukan seterusnya bertitik tolak daripada dasar tersebut. Begitulah keadaannya bagi dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan merealisasikan matlamat pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Disokong dengan organisasi dan perkiraan yang telah dirancang dengan baik itu akan mengatur sendiri sistem kerja yang selamat.

Pentingnya sebuah dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan be-gitu ditekankan sekali hingga kewajipan menyediakannya oleh majikan, perlu mewarwar kandungannya kepada setiap pekerja dan menilainya semula dari masa ke semasa diperuntukan dalam AKKP, 1994.

1.14. Dasar Am Keselamatan Dan Kesihatan Dan Undang-Undang

Kewajipan menyediakan dasar am keselamatan dan kesihatan di tempat kerja diperuntukan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 514, 1994 Bahagian IV Seksyen 16.

“Kecuali dalam apa-apa hal yang ditetapkan adalah menjadi kewaji-pan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula peny-ataan bertulis dasar amnya berkenaan dengan keselamatan dan kesi-hatan pekerja-pekerjanya semasa bekerja dan organisasi dan perkiraan yang sedang berkuatkuasa bagi menjalankan dasar itu, dan membawa pernyataan dan apa-apa kajian semulanya kepada perhatian kesemua pekerjanya”.

Pengecualian terhadap keperluan seksyen ini hanyalah bagi majikan dan orang-orang yang bekerja sendiri yang menjalankan pengusahaan dengan tidak lebih daripada lima orang pekerja (Peraturan-Peraturan Ke-selamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pernyataan Dasar Am Keselamatan dan Kesihatan Majikan) (Pengecualian) 1995.

Perlu ditekankan bahawa kewajipan menyedia, melaksana dan me-nilai semula dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan tidak pernah dinyatakan di dalam mana-mana Akta dan Peraturan yang berkaitan den-gan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebelum ini. Menginkorpo-rasikan keperluan untuk mewajibkan majikan membentuk dasar ini di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, memberikan Akta ini satu ciri yang istimewa. Keistimewaan ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah. Kewajipan ini juga menunjukkan satu anjakan pemikiran dalam pengurusan keselamatan dan kesihataan pekerjaan di negara ini. Anjakan yang sama juga telah dibuat di United Kingdom di dalam Akta Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja, 1974, melalui

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 11

Page 12: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

seksyen 2(3). Malahan pernyataan dalam seksyen ini serupa dengan seksyen 16 Akta 514 negara kita.

Seksyen 16 ada menekankan beberapa perkara penting berkaitan dengan dasar am keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang wajib dilak-sanakan oleh majikan. Antara perkara tersebut termasuklah;

i. Menyediakan satu pernyataan bertulis dasar am berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;

ii. Menubuhkan organisasi dan perkiraan untuk menjayakan perlaksanaan dasar;

iii. Mengkaji semula dasar; daniv. Memaklumkan setiap pekerja mengenai pernyataan dasar

tersebut.

Kesemua perkara tersebut di atas akan dibincangkan dengan terper-inci di dalam bahagian Pembentukan Dasar Am Keselamatan dan Kesi-hatan Pekerjaan, bab ini.

1.15. Dasar Am Dan Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Dua sebab utama mengapa dasar am keselamatan dan kesihatan pekerjaan penting disediakan. Pertama, ia diwajibkan melalui peruntukan undang-undang. Kedua, ia perlu untuk mengingatkan semua (majikan dan pekerja) iltizam bersama untuk menyediakan tempat kerja yang sela-mat dan sihat.

Menyediakan sebuah dasar semata-mata kerana ia diwajibkan oleh undang-undang adalah pekerjaan yang tidak mencukupi kerana ia akan hanya menghasilkan satu dokumen yang tidak mempunyai sebarang makna dan kesan di dalam kejayaan pengurusan keselamatan dan kesi-hatan, kecuali memenuhi salah satu keperluan seksyen 16, AKKP, 1994. Sebaliknya ia boleh digunakan di dalam mahkamah sebagai bukti kecua-ian pihak majikan jika ada yang dinyatakan di dalam dasar itu tidak dilak-sanakan.

Adalah penting bagi majikan memahami tujuan menyediakan dasar dan peranan dasar itu di dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Sesebuah dasar itu penting kerana;

i. Ia menyatakan secara bertulis iltizam majikan terhadap kese-lamatan dan kesihatan di tempat kerjanya;

ii. Ia menyatakan niat, objektif dan arah tuju pengurusan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 12

Page 13: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

iii. Ia menetapkan standard dan tindakan-tindakan yang mesti diambil untuk mencapai standard tersebut;

iv. Ia mengenalpasti peranan dan tanggungjawab organisasi serta perkiraan-perkiraan yang perlu diambil untuk memas-tikan penyataan dasar direalisasikan;

v. Jika dasar am yang dibangunkan itu pragmatik, ia akan men-jadi rujukan utama usaha ke arah pengaturan sendiri

vi. Proses membentuk dasar memerlukan organisasi melihat se-cara kritikal peruntukan-peruntukan yang disediakan untuk keselamatan dan kesihatan.

Atas alasan inilah maka sesebuah pernyataan dasar tidak boleh berupa satu pernyataan bertulis dengan bahasa yang indah sahaja tetapi mestilah satu pengakuan iltizam terhadap pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang boleh dan mesti direalisasikan.

1.16. Organisasi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Selain mewajibkan dasar am disediakan, seksyen 16 juga mewa-jibkan penubuhan organisasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan, serta mengenalpasti kakitangan yang bertanggungjawab terhadap kesela-matan dan kesihatan di tempat kerja. Organisasi yang dimaksudkan ini mestilah ditubuhkan oleh majikan dan mempunyai hirarki pentadbiran yang jelas, logikal dan berfungsi. Bagi membolehkan organisasi ini berfungsi ia mesti disokong dengan dana dan sumber yang mencukupi.

Saiz dan bilangan komponen di dalam sebuah organisasi berbeza mengikut keperluan organisasi tertentu. Di tempat kerja biasa, organisasi boleh mengandungi pengurus, penyelia, pekerja dan pembantu kesela-matan dan kesihatan. Tidak kira saiz dan kompleksiti sesebuah organ-isasi, apa yang umum di setiap organisasi ini ialah pemimpinnya mestilah majikan organisasi itu sendiri. Majikan yang berada di tahap teratas hi-rarki organisasi keselamatan dan kesihatan mempunyai kuasa eksekutif dan bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerjanya. Beliau dikehendaki memberikan iltizam sepenuhnya untuk mengawal hazard-hazard kerana hazard-hazard ini wu-jud akibat tindakan dan keputusannya. Majikan mempunyai kemampuan dan tanggungjawab mencegah amalan kerja tidak selamat dengan men-gubah tingkahlaku pekerja di bawahnya. Beliau juga bertanggungjawab menunjukkan kepimpinan berterusan ke arah membudayakan kerja sela-mat dan sihat. Disamping itu beliau juga mesti mempunyai visi dan objek-tif pengurusan keselamatan dan kesihatan yang pragmatik dan dikongsi bersama dengan pekerjanya. Bagi memastikan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini tidak hilang pentingnya dan terus terpinggir daripada aliran pengurusan dan pentadbiran utama sesebuah organisasi, organisasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan mestilah di integrasikan ke dalam organisasi pengurusan aliran utama sesebuah syarikat.

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 13

Page 14: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

Menyokong majikan ialah pihak pengurusan yang mungkin diketuai oleh pengurus-pengurus. Amnya pengurus ditugaskan untuk mengetuai pasukan-pasukan atau sub-organisasi. Pengurus-pengurus boleh ditu-gaskan untuk mengetuai dan memimpin Bahagian Sekuriti, Unit Kesela-matan dan Kesihatan, Bahagian Sumber Manusia, Unit Pencegah dan Mengawal Kebakaran dan loji-loji.

Penyelia adalah seorang ahli di dalam organisasi keselamatan dan kesihatan di sesebuah tempat kerja. Penyelia adalah seorang kakitangan organisasi yang menjadi penghubung di antara pihak pengurusan (atau majikan) dan pekerja. Mereka berhubung secara langsung dan adalah ra-pat dengan pekerja di bawahnya. Penyelia bertanggungjawab memas-tikan keperluan dasar am keselamatan dan kesihatan pekerjaan dilak-sana dan dipantau.

Kewajipan pekerja di dalam organisasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah sama seperti yang diperjelaskan dalam seksyen 24, Ke-wajipan am pekerja yang sedang bekerja, AKKP 1994. Tanggungjawab utama mereka adalah kepada diri mereka dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalan mereka semasa bekerja. Pekerja diwajibkan bekerjasama dengan majikan dan pasukan atau orang lain di dalam organisasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Mereka dikehendaki mematuhi segala arahan dan amalan kerja sela-mat yang telah disediakan oleh pihak pengurusan organisasi.

Akta dan Peraturan-Peraturan berkaitan dengan keselamatan dan kesi-hatan pekerjaan juga mewajibkan perlantikan, di mana perlu, orang-orang kompeten bagi membantu pengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Antaranya termasuklah;

i. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan: Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997.

ii. Juruteknik Higien: Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Ke-sihatan Pekerjaan.(Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000.

iii. Pengapit atau Penilai Risiko: Peraturan-Peraturan Kesela-matan dan Kesihatan

iv. Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000.

v. Orang Kompeten: Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesi-hatan Pekerjaan(Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Be-sar Dalam Perindustrian) 1996.

vi. Pegawai Perlindungan Sinaran: Akta Perlesenan Tenaga Atom, 1984 dan

vii. Peraturan-Peraturan Perlindungan Sinaran (Standard Kesela-matan Asas) 1988.

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 14

Page 15: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

Kelayakan, pendaftaran, tugas dan tanggungjawab orang-orang kompeten di dalam organisasi keselamatan dan kesihatan diperjelaskan oleh setiap Peraturan berkaitan.

Disamping individu, komponen organisasi keselamatan dan kesi-hatan pekerjaan juga merangkumi pasukan-pasukan khas seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan, pasukan pencegah dan pe-madam kebakaran, pasukan bantuan mula, pasukan pengosong bangu-nan, pasukan pencegah pencemaran dan lain-lain lagi. Kecuali Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan, di mana fungsi dan tanggung-jawab khas mereka diperjelaskan dalam Peraturan-Peraturan Kesela-matan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesi-hatan) 1996, peranan pasukan-pasukan lain di dalam organisasi kesela-matan dan kesihatan pekerjaan perlulah diperjelas dan didokumenkan oleh majikan.

1.17. Pengurusan Risiko Keselamatan Pekerjaan

Apabila seseorang memperkatakan tentang risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, dia memperkatakan tentang kebarangkalian kecederaan berlaku dan impaknya kepada pekerja akibat hazard yang terdapat di tempat beliau bekerja. Kebarangkalian adalah pengukuran cansa atau frekuensi berlakunya kemalangan. Oleh kerana ke-barangkalian berlakunya kemalangan dan impak kemalangan boleh diu-rus sehingga ia boleh diminimumkan dan diterima. Adalah tidak praktik untuk mendapatkan tempat kerja yang bebas daripada hazard kerana se-tiap proses di dalam aktiviti pekerjaan mempunyai elemen hazard. Maka cara yang terbaik untuk mendapatkan perlindungan daripada hazard ini adalah melalui pengurusan risiko yang komprehensif dan berkesan. Pen-gurusan risiko adalah kawalan proaktif hazard. Ini bermakna melalui pen-gurusan risiko kita mampu mengenalpasti hazard, menilai risikonya dan seterusnya mengawal itu sebelum ia mengakibatkan sebarang kemalan-gan dan kerugian. Pencapaian pengurusan risiko perlu dimantau secara berkala dan berterusan bagi memastikan hazard pekerjaan sentiasa dikawal.

1.18. Hazard, Risiko Dan Bahaya

Terdapat tiga perkataan asas tetapi penting yang kerap digunakan di dalam pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Perkataan tersebut ialah hazard, risiko dan bahaya. Ketiga-tiga perkataan ini kerap kali digunakan secara longgar sehingga maksudnya kelihatan sama padahal ia tidak sama dan ini sangat mengelirukan penggunanya di dalam operasi.

1.18.1. Hazard

Hazard adalah apa sahaja secara sendirian atau bersalingtindak antara satu dengan lain mampu mengakibatkan

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 15

Page 16: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza ketenatannya, daripada yang mengakibatkan kematian sehinggalah kepada kecederaan kecil. “Occupational Safety and Health Assessment Series, 18002” (OHSAS 18002) dan ISO/IEC Guide 51:1999 mentakrifkan hazard sebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan persekitaran tempat kerja, atau gabungannya. Bahan kimia, sinaran, elektrik, biohazard, sistem kerja tidak selamat adalah beberapa contoh-contoh hazard.

1.18.2. Risiko

Menurut OHSAS 18002, risiko adalah gabungan kemungkinan (kebarangkalian) dan akibat sesuatu peristiwa berhazard berlaku. Risiko juga boleh ditakrif gabungan faktor-faktor kebarangkalian berlakunya sesuatu peristiwa malang, dedahan dan kesan kemalangan tersebut. Kebarangkalian di sini bermaksud cansa kemalangan itu berlaku. Cansa boleh ditentukan daripada statistik kemalangan. Misalnya, 2 kecederaan berat berlaku di dalam 1 juta jam kerja atau 400 kemalangan nyaris di dalam 1 juta jam kerja. Dedahan bermaksud kekerapan pekerja terdedah kepada hazard. Seseorang itu mungkin terdedah kepada hazard kimia setiap masa, kadang-kadang, jarang sekali atau sangat jarang sekali. Kesan kemalangan pula bermaksud magnitud atau impak kemalangan. Di dalam konteks kecederaan, kesan kemalangan boleh melibatkan kematian, kecederaan besar, kecederaan kecil atau kemalangan nyaris. Kesan kemalangan juga boleh bermaksud ekstensivitinya, misalnya, jumlah orang yang terlibat, keluasan kawasan terlibat atau kos kerugian dan sebagainya. Impak kemalangan boleh dianggap sebagai kuantiti vektor.

1.18.3. Bahaya

Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazard. Perkataan ini lebih bersifat perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sesuatu keadaan risiko. Misalnya, seseorang yang sentiasa terdedah kepada hazard berada di dalam keadaan lebih berbahaya berbanding dengan seseorang yang tidak terdedah kepada hazard. Begitu juga asid nitrik pekat adalah lebih merbahaya ditangani berbanding dengan asid nitrik yang telah dicairkan 10,000 kali. Panduan ISO/IEC 51:1990(E) mencadangkan perkataan

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 16

Page 17: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

“BAHAYA” digunakan untuk menarik perhatian kepada keadaan berisiko tinggi. Secara perbandingan perkataan “AMARAN” dan “AWAS” masing-masing digunakan untuk menarik perhatian kepada keadaan berisiko sederhana dan rendah.

1.18.4. Perhubungan Di Antara Hazard, Risiko Dan Bahaya

Perhubungan di antara hazard, risiko dan bahaya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan contoh. Asid hidroklorik pekat adalah hazard kimia kerana sifat intrinsik korosifnya yang berpotensi mengakibatkan kemudaratan kepada kesihatan manusia dan kerosakan kepada sesetengah bahan. Risiko percikan asid ke muka pekerja adalah tinggi bagi mereka yang tidak memakai perisai muka berbanding dengan mereka yang memakainya. Bahaya jika mempipet asid hidroklorik dengan mulut.

1.19. Sistem Pengurusan Risiko Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Sistem pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah berkenaan mengurus risiko yang berkaitan dengan pekerja, aktiv-iti dan suasana kerjanya. Oleh kerana terdapat terlalu ramai pekerja, ter-lalu banyak aktiviti dan berbagai suasana kerja serta kombinasi ketiga-tiga elemen ini, maka pengurusannya hhanya boleh dibuat melalui suatu sistem pengurusan. Sistem pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melibatkan empat peringkat utama yang berlaku secara berturutan dan saling memberikan input untuk memastikan pengurusan yang berkesan. Sistem pengurusan risiko ini bermula dengan peringkat;

i. Mengenalpasti hazard.ii. Menilai risikoiii. Mengawal risikoiv. Mengukur pencapaian

Peringkat pertama melibatkan proses mengenalpasti hazard yang ada di tempat kerja atau di dalam sesuatu tugas. Hazard yang telah dike-nalpasti ini dinilai risikonya secara kuantitatif atau/dan kualitatif dan seterusnya ditentukan samada risiko tersebut boleh diterima, berada di dalam had terima atau sebaliknya tidak boleh diterima dan dielakkan. Di mana perlu, keputusan seterusnya ialah mengambil langkah-langkah mengawal risiko tersebut. Untuk memastikan tahap risiko sentiasa diku-rangkan dan pengurusan risiko berada di tahap yang terbaik, pencapaian pengurusan perlu dipantau dan diukur. Maklumbalas yang diperolehi dari-pada pengukuran pencapaian digunakan di setiap peringkat sistem pen-gurusan agar segala perubahan bagi tujuan peningkatan pengurusan risiko dapat dinilai semula untuk membangunkan kawalan yang lebih sesuai. Setiap peringkat di dalam pengurusan risiko keselamatan dan ke-sihatan pekerjaan dibincangkan dengan lebih lanjut seterusnya.

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 17

Page 18: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

1.20. Kategori Hazard

Berdasarkan takrifan hazard (di atas) kita akan dapati berbagai jenis hazard yang boleh ditemui di dalam sesuatu tugas atau tempat kerja. Jika kita diminta menyenaraikan hazard-hazard ini, biasanya kita akan ter-fokus kepada apa yang biasa dilihat, nyata dan mengakibatkan maut atau kecederaan sahaja. Misalnya hazard kebakaran, bahan kimia dan elektrik. Hazard-hazard yang mengakibatkan kecederaan di dalam jangkamasa yang panjang jarang sekali dikenalpasti. Antara hazard-haz-ard yang memberikan kesan jangkamasa panjang ini termasuk yang berkaitan dengan ergonomik, tekanan mental pekerjaan, pencahayaan dan sebagainya.

Bagi memastikan sebanyak mungkin hazard di tempat kerja dikenal-pasti, hazard-hazard ini perlulah dikategorikan. Semakin banyak hazard dikenalpasti semakin lengkap usaha mengawal hazard pekerjaan dan seterusnya mencegah kemalangan.

i. Hazard Intrinsikii. Kehilangan keutuhan dan depresiasi, kegagalan dan

perubahan bahaniii. Kesilapan manusiaiv. Sekitaran

Hazard Intrinsik

Hazard intrinsik ialah bahan yang sifatnya sendiri boleh men-gakibatkan kemudaratan. Antara contoh hazard intrinsik ini ter-masuk;

Hazard ElektrikHazard elektrik mengakibatkan kejutan elektrik, kebakaran akibat lebihan beban dan menjadi panas dan percikan atau “arcing”.

Hazard MekanikalHazard mekanikal ialah hazard yang berkaitan dengan kuasa mekanikal yang terdapat pada mesin. Antara contoh hazard ini termasuk bahagian bergerak, memotong, menyepit, berputar dengan pantas, menghentak dan menghempap.

Hazard SinaranHazard ini terbahagi kepada dua; hazard sinaran mengion dan tidak mengion. Hazard sinaran mengion adalah sinaran yang mampu mengakibatkan pengionan atom (misalnya sinar gamma, -X, zarah alfa, beta dan neutron). Sinaran tidak mengion tidak mampu mengakibatkan pengion atom. Antara contoh sinaran ini termasuk sinaran gelombang mikro, infra merah, gelombang radio, radar dan juga bunyi.

Hazard Kimia

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 18

Page 19: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

Hazard kimia adalah hazard yang memberikan kesan kerana sifat fizik dan kimianya serta tindakbalas kimianya. Hazard kimia dinyatakan dalam bentuk mudahnya terbakar, meletup, keradioaktifan, korosif, toksisiti, karsinogenisiti atau terato-genisiti. Hazard kimia adalah hazard yang paling sukar ditan-gani walaupun oleh seseorang yang mempunyai penge-tahuan dalam kimia, biologi dan toksikologi. Antara sebab mengapa sukar menangani hazard kimia adalah kerana ter-dapat terlalu banyak jenis bahan kimia (buatan manusia dan tabii). Setiap satu jenis bahan kimia ini mempunyai sifat, tin-dakbalas dan ketoksikan yang berbeza-beza. Sebahagian daripada ciri-ciri ini tidak diketahui sepenuhnya. Terdapat ba-han kimia yang berhazard secara sendiri (misalnya racun ar-senik dan sianida). Sebahagian bahan kimia perlu mempun-yai sifat fizikal tertentu dan bertindakbalas dengan bahan kimia lain sebelum menjadi hazard (misalnya ketulan arang batu di udara tidak menjadi hazard kebakaran tetapi debu arang batu boleh menyala secara spontan apabila bercampur dengan udara). Terdapat juga keadaan di mana hazard sesu-atu bahan kimia hanya di ketahui selepas beberapa tahun penggunaannya. Misalnya, asbestos pernah satu ketika di-anggap sangat berguna sebagai penebat haba di dalam per-lindungan kebakaran tetapi sekarang diketahui mengaki-batkan asbestosis.

Hazard Fizikal

Hazard fizikal dikaitkan dengan hazard tenaga. Ini termasuk-lah hazard objek yang jatuh, tergelincir, perlanggaran, tekanan, letupan, bunyi dan juga sinaran. Bahan kimia seperti minyak petrol yang mengakibatkan kebakaran dan letupan juga boleh diketagorikan sebagai hazard fizikal.

Biohazard atau Hazard Biologi

Biohazard adalah hazard yang berpunca daripada benda hidupan. Misalnya organisma patogenik seperti bakteria, virus, kulat dan yis berjangkit. Biohazard ini tidak terhad kepada kawasan hospital dan makmal perubatan sahaja. Ia juga boleh didapati di tempat-tempat kerja lain seperti tapak pembinaan, kilang atau pejabat. Antara biohazard yang sangat diawasi di tempat kerja termasuklah virus HIV dan hepatitis dikalangan pekerja berisiko tinggi. Tidak seperti biohazard yang selalu dikaitkan dengan organisma mikroskopik, hazard biologi boleh berupa serangga (seperti nyamuk pembawa penyakit dan lipas), ular, tikus dan sebagainya. Hazard biologi ini boleh membawa penyakit atau gigitannya boleh memudaratkan kesihatan.

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 19

Page 20: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

Kehilangan Ketahanan dan Susut Nilai, Kegagalan dan Perubahan Bahan

Terdapat hazard yang timbul akibat kehilangan ketahanan dan susut nilai bahan. Misalnya tali sawat motor boleh putus akibat haus dan lusuh. Bahan yang panas akibat geseran mekanikal boleh berubah bentuk dan struktur hingga menjadi cacat dan hilang ketahanannya.

Hazard Psiko-sosial

Kesilapan pekerja melakukan pekerjaan dan perbuatan mereka yang berbahaya adalah penyumbang kepada kebanyakan kemalangan pekerjaan. Penyebab asas sebahagian daripada kesilapan dan perbuatan ini berkaitan dengan hazard psiko-sosial, iaitu hazard yang berkaitan dengan psikologi pekerja dan tindakbalas mereka terhadap tekanan sosial. Sikap suka mengambil risiko, suka melanggar peraturan atau menunjuk-nunjuk tindakan yang berbahaya adalah antara hazard psiko-sosial. Pengaruh luaran (seperti kehendak majikan, keadaan tempat kerja yang tidak serasi, perhubungan dengan rakaan sekerja, desakan rumah tangga atau keluarga) boleh memberikan tekanan kepada seseorang pekerja. Bagi mereka yang tidak mampu menanganinya berpotensi memberikan tindakbalas yang berupa hazard psiko-sosial di tempat kerja.

Hazard Ergonomik

Hazard ergonomik berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan sekitaran kerjanya. Hazard ergonomik selalunya dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan rekabentuk kejuruteraan dan proses kerja memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia. Misalnya pekerjaan menaip dalam keadaan yang tidak ergonomik telah dibuktikan mampu mengakibatkan Tunnel Carpel Syndrome dan sakit belakang.

Tekanan Alam Sekitar

Faktor cuaca (seperti terlalu panas, sejuk, banjir, kilat, ribut dan sebagainya) dan sekitaran kerja (seperti terlalu gelap, cerah, bising dan sebagainya) boleh mempengaruhi cara manusia bekerja dan pencapaiannya. Amnya, tekanan sekitaran yang ekstrim memberikan kesan negatif kepada cara kerja dilakukan, dan boleh menyumbang kepada kesilapan manusia melakukan pekerjaan. Tekanan alam sekitar juga boleh mengubah sifat bahan. Perubahan dan kelemahan sifat bahan (misalnya karat, haus, lusuh dan

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 20

Page 21: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

sebagainya) yang diakibatkan oleh humiditi, perubahan suhu yang ekstrim dan sebagainya, jika tidak diatasi boleh menyumbang kepada kegagalan struktur dan mesin.

1.21. Mengenalpasti Hazard

Sebelum hazard boleh diuruskan ia mestilah dikenalpasti terlebih dahulu. Semakin awal hazard dikenalpasti (terutama sekali di peringkat rekabentuk), semakin mudah dan murahlah untuk mengurusnya. Di per-ingkat rekabentuk permasalahan dan pembetulan masih lagi di peringkat pelan dan di atas kertas. Walau bagaimanapun, hazard boleh juga ujud di peringkat operasi akibat tidak disedari keujudannya semasa perancan-gan. Disamping itu, hazard baru boleh timbul akibat perubahan yang dibuat atau berlaku kepada bahan, sistem dan rekabentuk selepas ia di-gunakan atau dilaksanakan. Pengurusan hazard di peringkat selain dari-pada peringkat pelan dan rekabentuk, biasanya adalah lebih sukar dan mahal.

1.22. Proses Dan Kaedah Mengenalpasti Hazard Di Tempat Kerja

Jika diminta mengenalpasti hazard di tempat kerja, ramai akan men-geloh kerana terdapat terlalu banyak hazard di sesebuah tempat kerja (walau pun, saiz tempat kerja itu kecil) untuk dikenalpasti. Lebih merisaukan lagi apabila hazard yang dikenalpasti hanyalah hazard-haz-ard yang nyata dan membawa akibat yang buruk dan serta merta sahaja.

Satu proses yang boleh membantu mengenalpasti sebanyak mungkin hazard ialah dengan menggunakan proses mengenalpasti haz-ard yang digunakan di dalam analisis hazard (juga dipanggil HAZAN). Di dalam analisis hazard, proses mengenalpasti hazard bermula dengan mentakrifkan sistem yang ingin dikaji, dan mentakrif serta memahami ciri fizikal dan fungsi tersebut. Misalnya, sistem ini mungkin sebuah bengkel membaiki kereta. Seterusnya sistem ini dibahagikan kepada sub-sistem-nya, misalnya struktur dan susunatur bangunan, servis baikpulih, perlin-dungn kebakaran, pengurusan bahan kimia, dokumentasi dan seba-gainya.

Setiap sub-sistem ini dibahagikan pula kepada komponen-kompo-nennya. Misalnya sub-sistem pencegahan kebakaran boleh merangkumi komponen rekabentuk, pelan lantai dan bahan binaan, sistem penggera kebakaran, kelengkapan memadam kebakaran, pengesan asap dan api, keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan sebagainya. Jika perlu komponen ini boleh dibahagikan lagi kepada sub-komponen. Apabila sampai ke satu tahap pembahagian ciri fizikal dan fungsi sistem yang boleh ditangani, barulah hazard dikenalpasti.

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 21

Page 22: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mengenal-pasti hazard. Amnya kaedah mengenalpasti hazard ini melibatkan gabun-gan pemerhatian sendiri, merujuk kepada dokumen rujukan, menggu-nakan kelengkapan pengesan dan pengukur, maklumat daripada laporan, maklumbalas daripada pekerja dan sebagainya.

1.23. Pemerhatian Dan Rujukan

Seseorang pekerja yang berpengetahuan dan berpengalaman di dalam sistem, proses dan prosedur kerja yang dilakukan, melalui pemer-hatian dan seterusnya merujuk kepada Akta, Peraturan, Garis Panduan, Kod Amalan, Standard, Data dan sebagainya, boleh mengenalpasti haz-ard yang terdapat di dalam sistem, proses dan prosedur kerja tersebut. Pemerhatian tanpa rujukan adalah seperti memandang tanpa melihat. Memandang sahaja mungkin tidak dapat mengenalpasti sesuatu hazard yang baru atau yang jarang ditemui. Bahan kimia yang jarang ditangani atau ditemui tidak boleh dikenalpasti sebagai hazard kecuali jika ia telah rujuk kepada data hazard kimia, sepeti Risalah Data Keselamatan Kimia.

Di samping mengenalpasti hazard, terdapat juga kes di mana bahan itu hanya menjadi hazard berbahaya apabila ia melampaui satu had yang dibenarkan. Misalnya, pendedahan seseorang pekerja kepada asetaldihid pada kepekatan di udara 50 mg/m³, tidak memberikan gambaran bahaya asetaldihid, kecuali jika dibandingkan dengan Jadual I, Senarai Had Deda-han Yang Dibenarkan, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berba-haya Kepada Kesihatan) 2000. Di dalam kes ini kepekatan asetildihid di udara itu telah melebihi Had Siling yang dibenarkan. Begitu juga paras decibel hingar yang direkod oleh Meter Paras Bunyi di sebuah kilang pengetinan, tidak akan menunjukkan hazard bising berbahaya kecuali jika paras decibel itu melebihi Had Dedahan Yang Dibenarkan.

Pemerhatian tanpa rujukan juga sukar mengenalpasti sesuatu haz-ard yang lazim dan rutin dilakukan di tempat kerja. Misalnya perbuatan merokok di dalam bengkel membaiki kereta sudah menjadi perkara lazim dikebanyakkan bengkel membaiki kereta yang kecil dan sederhana di ne-gara kita. Pada kebanyakkan pekerja, perbuatan itu bukan satu hazard, kerana kebakaran mungkin pernah berlaku di tempat kerjanya akibat per-buatan merokok mereka.

Sebaliknya, jika dirujuk kepada maklumat pencegahan kebakaran di bengkel, perbuatan itu adalah satu hazard kebakaran. Malahan jika diru-juk kepada maklumat kesihatan, amalan merokok itu juga adalah hazard kesihatan yang telah dibuktikan.

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 22

Page 23: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

1.24. Penggunaan Kelengkapan Khas

Terdapat hazard yang tidak mempunyai sifat bau, rasa, nampak, dengar atau sentuh. Dengan demikian kelima-lima pancaindera kita tidak mampu mengesan hazard begini. Hazard ini memerlukan bantuan ke-lengkapan khas untuk mengesan atau mengukur magnitud hazard. Misal-nya gas karbon monoksida tidak mempunyai kesemua sifat yang boleh dikesan dengan pancaindera manusia. Kepekatan karbon monoksida se-banyak 100 bpj di udara tidak menjadi masalah kepada seseorang de-wasa. Walau bagaimanapun, kepekatan melampaui 2000bpj untuk se-lama 1 jam mungkin membawa maut. Gas karbon monoksida dan kepekatannya hanya dapat ditentukan dengan menggunakan pengesan dan pengukur khas bagi gas tersebut. Begitu juga gelombang mikro, sinaran ultra lembayung dan sinaran mengion. Sinaran mengion, seperti sinaran gamma dan sinar-X hanya boleh dikenalpasti dan diukur dosnya dengan menggunakan dosimeter sinaran. Begitu juga hingar hanya boleh ditentukan parasnya dengan menggunakan alat meter paras bunyi, dan dos bising yang diterima pula ditentukan dengan alat dosmeter bunyi.

1.25. Aduan/Laporan/Cadangan

Seseorang pengurus biasanya ditugaskan untuk mengurus aktiviti

dan proses kerja yang luas dan kadangkala umum skopnya. Keadaan ini

mungkin menyukarkan mereka mengenalpasti semua hazard yang

berkaitan dengan setiap proses kerja di dalam kawalannya. Hazard baru

juga boleh timbul akibat perubahan struktur, proses dan sistem kerja dan

mesin. Kedua-dua keadaan ini membuat seorang pengurus yang ingin

mengenalpasti hazard di tempat kerja jagaannya, sangat memerlukan

bantuan pekerja di bawahnya. Pekerja yang terlatih mengenalpasti haz-

ard adalah sangat berguna sebagai sumber maklumat hazard. Malahan

mereka mampu mengesan dan mengenalpasti hazard proses dan mela-

porkan dengan serta merta jika sistem laporan yang berkesan disediakan.

Sistem laporan ini boleh berupa aduan, laporan atau cadangan yang

bertulis atau lisan. Penggunaan borang untuk pengaduan dan amaran

hazard yang ditemui oleh pekerja adalah satu kaedah laporan yang boleh

diujudkan di tempat kerja. Pengenalan keselamatan boleh menggunakan

sumber ini untuk mendapatkan maklumat hazard di tempat kerja.

1.26. Analisis Keselamatan Kerja

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 23

Page 24: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

Satu lagi kaedah yang boleh digunakan untuk mengenalpasti hazard

di tempat kerja ialah dengan menggunakan Analisis Keselamatan Kerja

(AKK). Analisis ini adalah analisis faktor keselamatan bagi sesuatu peker-

jaan. Sebaik-baiknya semua pekerjaan yang dilakukan harus diberikan

analisis ini. Walau bagaimanapun, jika sumber kewangan, masa dan sum-

ber tenaga manusia menjadi faktor penghad kepada melakukan analisis

kepada setiap pekerjaan yang dilakukan, maka keutamaan analisis mesti

diberikan kepada pekerjaan yang jarang dilakukan serta yang sudah

mengalami kemalangan.

Analisis Keselamatan Kerja memerlukan sesuatu tugas itu diperin-

cikan kepada langkah-langkah mengikut urutan ia dilakukan di dalam tu-

gas tersebut. Hazard bagi setiap langkah dikenalpasti dan langkah

kawalan yang mesti diambil untuk mengurangkan risiko hazard itu, di-

cadangkan. Selain daripada mengenalpasti hazard di dalam sesuatu tu-

gas, analisis ini juga membolehkan satu Arahan Kerja Selamat diban-

gunkan daripada maklumat analisis tersebut.

1.27. Penilaian Risiko

Apabila hazard-hazard sudah dikenalpasti, langkah seterusnya ialah

menilai risiko yang berkaitan dengan hazard-hazard tersebut. Penilaian

risiko merangkumi proses menganalisis risiko dan membandingkan risiko

yang dianggarkan itu dengan risiko rujukan di dalam menentukan kesig-

nifikanan risiko tersebut. Risiko rujukan ini mempunyai ciri-ciri yang telah

ditetapkan. Ciri-ciri risiko ini merangkumi implikasi kos, perundangan dan

standard, sosio-ekonomi dan sekitaran. Kesemua ciri-ciri risiko rujukan ini

ditetapkan oleh majikan, pihak berkuasa, standard tempatan dan/atau

antarabangsa. Misalnya risiko dedahan pekerjaan kepada sinaran semula-

jadi yang diterima oleh juruterbang dan anak kapal Sistem Penerbangan

Malaysia (MAS) boleh dibuat dengan membandingkannya dengan risiko

yang dialami oleh anak kapal sedunia. Ada kalanya risiko rujukan ini di-

ambil daripada standard yang berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan.

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 24

Page 25: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

Misalnya, penilaian risiko radiologi akibat bekerja dengan sinaran men-

gion dibuat dengan membandingkan dos yang diterima atau berpotensi

diterima pekerja dengan Had Dos Tahunan Dibenarkan kepada pekerja

sinaran mengikut Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984, Peraturan-Peratu-

ran Perlindungan Sinaran (Standard Keselamatan Asas) 1988. Begitu juga

risiko hilang pendengaran akibat hingar dibuat dengan membandingkan

aras hingar di tempat kerja dengan Jadual Pertama Had Dedahan Yang

Dibenarkan, Kilang dan Jentera (Dedahan Hingar) Peraturan-Peraturan

1989. Melalui proses penilaian risiko, majikan dapat membuat keputusan

untuk menerima risiko atau menolaknya.

Penilaian risiko hazard penting dilakukan kerana tidak semua hazard

itu mendatangkan kesan yang negatif, berbahaya, mengakibatkan risiko

yang besar dan tidak boleh diterima. Terdapat beberapa pilihan menge-

nai penerimaan risiko, diantaranya;

Risiko dielakkan atau tidak langsung diterima;

Risiko boleh dioptimumkan melalui risiko had terima, iaitu

menerima risiko kerana ia memberikan kebaikan yang lebih

berbanding dengan keburukan.

Risiko diminimumkan atau diterima tanpa perlakuan untuk

mengawal risiko tersebut.

Penilaian risiko juga mesti dilakukan kerana terdapat terlalu banyak

hazard dan tahap risiko berkaitan untuk dikawal sekaligus. Kekangan

sumber manusia, masa dan kewangan memerlukan risiko-risiko yang

dinilai diberikan keutamaan bagi membolehkan ia dikawal secara berper-

ingkat-peringkat mengikut keutamaannya.

1.27.1. Objektif Penilaian Risiko

Penilaian risiko mempunyai objektif berikut;

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 25

Page 26: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

Menentukan paras dan magnitud hazard;

Menentukan magnitud risiko yang berkaitan dengan

hazard tersebut;

Membolehkan keputusan dibuat untuk menghilangkan

atau mengawal risiko hazard;

Membolehkan keputusan dibuat untuk menolak, men-

gurang, mengawal atau menerima risiko.

1.27.2. Kaedah Menganalisis Risiko

Risiko ditakrifkan sebagai kebarangkalian sesuatu kemudaratan

berlaku dan impaknya akibat pendedahan kepada hazard. Ini

bermakna di dalam menganalisis risiko beberapa pertimbangan

mesti dibuat terhadap hazard itu sendiri. Ini termasuk;

i. Paras atau magnitud hazard; Ini berkaitan dengan dos

atau kepekatan sesuatu hazard. Misalnya, magnitud

hazard bunyi terletak pada frekuensi dan tahap bunyi.

Bagi hazard suhu, magnitud hazard terletak pada suhu

yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Bagi hazard

kimia magnitud hazard kimia berkaitan dengan

kepekatannya.

ii. Masa dedahan terhadap hazard; dos terkumpul

bergantung kepada masa dedahan kepada hazard.

Misalnya, semakin lama mangsa terdedah kepada haz-

ard bahan kimia karsinogenik semakin tinggi risiko

mengidap barah. Begitu juga semakin lama sesuatu

bahan terdedah kepada cuaca yang ekstrim semakin

tinggi kebarangkaliannya untuk sifat bahan itu

berubah dan akhirnya gagal berfungsi seperti yang di-

harapkan.

iii. Bilangan manusia yang terdedah; semakin ramai

manusia terdedah kepada sesuatu hazard semakin

tinggi kos kehilangannya jika kemalangan berlaku. Be-

gitu juga semakin ramai pekerja terdedah kepada haz-

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 26

Page 27: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

ard yang mengganggu genetiknya, semakin besar

takungan genetik yang terancam dan semakin tinggi

kebarangkalian perubahan genetik itu diekpresikan.

iv. Kebarangkalian peristiwa berlaku; semakin kerap atau

tinggi frekuensi insiden dan kemalangan berlaku, se-

makin besarlah kerugian (hartabenda, sumber tenaga,

masa dan sebagainya). Kerugian berkait rapat dengan

risiko.

Kesemua pertimbangan yang tersebut di atas bersalingtindak

antara satu dengan lain dan memainkan peranan yang penting di

dalam mempengaruhi tahap risiko.

Di antara kaedah yang digunakan untuk menafsir dan menilai

risiko-risiko hazard adalah dengan mengikuti proses penilaian risiko

di bawah. Kaedah ini dilaksanakan dengan mengikuti langkah-

langkah berikut;

Proses Penilaian Risiko

Jadual 1.1 : Jadual Proses Penilaian Risiko

Langkah 1 : Menilai KEMUNGKINAN berlakunya kecederaan atau kerosakan.

Ni-lai

Kemungki-nan

Keterangan

1 Sangat Tinggi

Kesalahan hampir tidak dapat dielakkan, pal-ing berkemungkinan berlaku.

2 Tinggi Kesalahan terjadi kerapkali.

3 Sederhana Kesalahan kadang-kadang dialami, tetapi tidak dalam kadar yang tinggi.

4 Rendah Kesalahan terasing yang boleh berlaku secara tipis.

5 Sangat Ren-dah

Hanya kesalahan terasing, tidak berlaku dalam beberapa tahun.

6 Tipis Kesalahan tidak pernah berlaku.

Langkah 2 : Menilai indeks PENDEDAHAN.

Ni- Pendeda- Kekerapan Pengesanan

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 27

Page 28: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

lai han

6 Sangat Jarang Ter-

jumpa

Berlaku/berulang sekali setahun atau kurang.

5 Jarang Ter-jumpa

Berlaku/berulang 1 hingga 2 kali setiap tahun.

4 Jarang-jarang Berlaku/berulang setiap bulan.

3 Sekali-sekala Berlaku/berulang setiap minggu.

2 Kerap Berlaku/berulang setiap hari.

1 Berterusan Berlaku/berulang setiap 1 jam.

Langkah 3 : Pendaraban KEMUNGKINAN x PENDEDAHAN (Faktor PE).

KEMUNGKI-NAN

xPENDEDA-

HAN= Faktor PE

Langkah 4 : Menilai AKIBAT daripada kecederaan/kerosakan yang berlaku.

AkibatKeterangan

Kecederaan Logi Persekitaran

Bencana(Disastrous)

Kematian Membinasakan se-jumlah logi/ per-alatan.Boleh berlaku tanpa amaran awal.

Berkeupayaan untuk mem-berikan nisbah yang besar dan berterusan dari semasa ke semasa pada kerosakan tempat kerja dan kesan pada persekitaran.Tindakan segera diperlukan.Pendakwaan dan rungutan kemungkinan berlaku.

Kritikal(Critical)

Pemotongan dan/atau kehi-langan fungsi anggota badan yang kekal.

Gangguan atau tergendala dengan nisbah yang besar kepada logi/ pen-geluaran.

Berkeupayaan untuk mem-berikan nisbah yang besar pada kerosakan tempat kerja dan berterusan dari semasa ke semasa pada ke-san persekitaran.Pengatur boleh didakwa dan kemungkinan masyarakat menyatakan kerisauan.

Serius(Serious)

Kecederaan kronik(>1 minggu cuti dari bertu-gas).

Gangguan atau tergendala dengan nisbah yang kecil kepada pengelu-aran.Sebahagian dari-pada produk ter-

Berkeupayaan untuk mem-berikan nisbah yang besar pada kerosakan tempat kerja dan berterusan dari semasa ke semasa pada ke-san persekitaran.Pengatur sedar terhadap

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 28

Page 29: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

paksa dibuang. masalah dan masyarakat lebih kuat menyatakan kerisauan.

Penting(Significant)

Kecederaan amat sangat (<1 minggu cuti dari bertu-gas).

Pembaikan kecil pada logi.

Tidak mungkin menye-babkan berterusan dari se-masa ke semasa pada kerosakan tempat kerja atau kesan persekitaran.Peristiwa boleh dikawal sepenuhnya.

Ketara(Noticeable)

“First-aid” Kerosakan kecil dan tiada kesan pada pengeluaran.

Tiada kesan yang berteru-san dari semasa ke semasa pada persekitaran temapat kerja.

Langkah 5 : Menentukan KIRAAN MATA RISIKO.

MATRIK RISIKO PENILAIAN

AkibatKemungkinan x Pendedahan

1 – 3 4 - 8 9 - 15 16 - 25 26 - 36

Disastrous 25 24 22 19 15

Critical 23 21 18 14 10

Serious 20 17 13 9 6

Significant 16 12 8 5 3

Noticeable 11 7 4 2 1

Langkah 6 : Menentukan TAHAP RISIKO.

Tahap RisikoKiraan Mata

RisikoTindakan Serta-Merta

Risiko Sangat Tinggi 21 hingga 25 Segera memaklumkan kepada Ketua Kumpulan/Penyelia dan Pihak Pengu-rusan.Kawalan yang berkesan dilaksanakan sementara sebelum kerja bermula.Kawalan jangka panjang perlu dilak-

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 29

Page 30: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

sanakan.

Risiko Tinggi 16 hingga 20 Segera memaklumkan kepada Ketua Kumpulan/Penyelia HOD.Kawalan dilaksanakan sementara se-belum kerja bermula.Sesuai sekiranya kawalan jangka panjang dilaksanakan.

Risiko Sederhana 11 hingga 15 Berhubung dengan pekerja yang terli-bat dengan bahaya dalam lingkungan 5 hari waktu bekerja.Pihak Pengurusan perlu melak-sanakan kawalan jangka panjang yang sesuai.

Risiko Rendah 6 hingga 10 Kawalan rutin dari pihak pengurusan dengan menyediakan prosedur/ara-han.

Risiko Sangat Rendah 1 hingga 5 Kawalan daripada Ketua Kumpulan/ Penyelia/Pekerja.

Segala maklumat yang diperolehi daripada langkah 1 hingga 6 dalam proses penilaian risiko direkodkan di dalam Jadual Penilaian Risiko di bawah;

Jadual 1.2 : Jadual Penilaian Risiko

Baha-gian

IdentifikasiHazard

Penilaian Risiko

Tindakan Pen-gawalan

Tarikh Di-laksanakan

Ki-raan Mata Risik

o

Tahap Risiko

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 30

Page 31: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

1.27.3. Hirarki Mengawal Risiko

Terdapat dua pilihan utama di dalam mengawal risiko sesuatu hazard, iaitu mengeliminasikan hazard dan mensifarkan risikonya atau menerima hazard tersebut tetapi mengurangkan risikonya sehingga ia boleh diterima. Mengeliminasikan hazard adalah kaedah kawalan yang terbaik kerana jika sesuatu hazard tidak ujud maka risiko hazard tersebut juga tidak wujud dan soal menguruskannya tidak timbul. Jika ini tidak mungkin dilakukan, maka kaedah-kaedah lain untuk mensifarkannya, seperti mengawal hazard di puncanya, membendung atau menyediakan perisai melalui kawalan kejuruteraan dan mengurus pendedahan manusia melalui kawalan pengurusan perlu dilakukan.

Pemilihan kaedah-kaedah kawalan risiko hendaklah dibuat menurut hirarki keutamaan kawalan pilihan. Kaedah pilihan pertama ialah mengeliminasikan hazard. Kaedah pilihan kedua ialah dengan menggantikan hazard dan diikuti dengan mengasingkan hazard tersebut. Memperkenalkan kawalan kejuruteraan terhadap hazard, kawalan secara pengurusan dan akhir sekali kaedah pelengkap ialah dengan menggunakan kelengkapan perlindungan peribadi (Personal Protective Equipment, PPE). Walau pun terdapat hirarki di dalam pemilihan kaedah kawalan, ini tidak bermakna pilihan mengawal risiko hanyalah untuk menggunakan salah satu daripada beberapa kaedah tersebut. Sebaliknya, kaedah mengawal risiko yang paling berkesan dan cekap (kecuali mengeliminasikan hazard) melibatkan gabungan beberapa kaedah kawalan. Pendekatan kawalan majmuk ini memberikan sifat kawalan kontingensi di dalam mempertingkatkan sistem kawalan risiko. Misalnya, kaedah pertama mengawal risiko kebakaran bahan mudah terbakar dilakukan dengan mengeliminasikan atau mengasingkan sebarang bahan yang mudah terbakar. Jika pengasingan sahaja ini di dalam bangunan yang

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 31

Page 32: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

diperbuat daripada bahan kalis api dan dilengkapi dengan alat pemadam kebakaran. Langkah kawalan pelengkap ialah dengan menyediakan kelengkapan perlindungan peribadi yang boleh dipakai ketika menangani bahan tersebut di dalam keadaan operasi biasa dan luar biasa. Tidak kira apa kaedah atau gabungan kaedah yang digunakan, adalah penting setiap kaedah digunakan itu dimantau secara berkala keberkesanannya selepas perlaksanaan.

1.27.4. Menghapuskan Hazard (Elimination)

Menghapus atau membasmi hazard adalah kaedah mengawal risiko hazard yang paling berkesan. Penghapusan melibatkan pemindahan atau lebih tepat lagi mentiadakan hazard daripada manusia. Apabila hazard sudah tiada maka tidak perlu ada sebarang bentuk kawalan terhadapnya. Malangnya, tidak banyak keadaan dan aktiviti kerja yang membolehkan hazard dihapuskan. Kos yang terlalu tinggi atau ketiadaan teknologi alternatif menjadi sebab penentu mengapa sesuatu hazard itu tidak boleh dihapuskan.

1.27.5. Menggantikan Hazard (Substitution)

Menghapuskan sesuatu hazard secara mutlak dan tanpa pengganti biasanya tidak praktikal. Hazard yang memberikan risiko yang tinggi boleh digantikan dengan sesuatu hazard yang mempunyai risiko had terima atau yang boleh diterima. Di dalam kebanyakkan keadaan, pilihan ini lebih praktikal berbanding dengan penghapusan. Misalnya, sistem hidraulik atau pneumatik boleh menggantikan sistem elektrik jika proses itu mempunyai kemungkinan untuk terbakar atau menjadi terlalu panas.

1.27.6. Mengasingkan Hazard (Isolation)

Satu lagi pendekatan kawalan yang boleh digunakan untuk memberikan perlindungan daripada hazard ialah dengan menjauhkan hazard daripada manusia atau sebaliknya. Ini bermakna akses atau dedahan kepada hazard dihadkan kepada satu paras yang diterima selamat dan yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa. Misalnya, hazard boleh diadang supaya operator tidak terdedah kepadanya. Beberapa contoh penghadang yang dikehendaki oleh undang-undang bagi mengawal risiko hazard dalam kilang dan jentera diperterangkan dalam Akta Kilang dan Jentera (Pemagaran Mesin dan Keselamatan) Peraturan-Peraturan 1970.

1.27.7. Kawalan Kejuruteraan Terhadap Hazard (Engineering Control)

Kawalan kejuruteraan adalah kaedah mengawal risiko hazard dengan menggunakan rekabentuk selamat. Ini biasanya dilakukan di peringkat pelan dan lukisan lagi. Produk yang dihasilkan mengintegrasikan ciri-ciri keselamatan. Kaedah kawalan ini cuba mengurangkan sumbangan ralat manusia kepada kemalangan kerana ia mengawal hazard di sumber. Misalnya, kawalan

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 32

Page 33: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

rekabentuk yang berasaskan rekabentuk proses yang mana kilang memasang kereta menggunakan automasi dan robotik dan kurang menggunakan tenaga manusia.

1.28. Kawalan Secara Pengurusan (Administrative Control)

Kawalan hazard secara pengurusan boleh dilaksanakan dengan be-berapa kaedah. Di antara kaedah yang dikenalpasti ialah;

a)Pertukaran proses atau penyesuaian kejuruteraan

Di dalam kaedah kawalan ini proses yang lebih merbahaya ditukar dengan yang kurang bahaya. Misalnya, memilih menggunakan litar bervoltan rendah boleh mengelakkan berlakunya kejutan maut.

b) Pengawalan dedahan hazard

Jumlah dos dedahan kepada hazard berkadaran dengan masa dedahan. Semakin lama masa dedahan semakin tinggi dos terkumpul. Pengurusan masa yang baik boleh memastikan pekerja tidak terdedah kepada dos yang melampau Had Dos yang dibenarkan. Misalnya, pengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja mesti menguruskan pekerja supaya tidak terdedah kepada bising yang melampaui had dedahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, Akta Kilang dan Jentera (Dedahan Bising) Peraturan-Peraturan 1989.

c) Latihan

Selain daripada mengawal dan memisah hazard daripada pekerja, cara lain mengawal risiko ialah dengan melatih pekerja cara-cara mengenalpasti dan menangani hazard di tempat kerja. Latihan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan tidak perlu diasingkan daripada latihan proses kerja biasa. Sebaik-baiknya latihan ialah latihan yang melatih pekerja dengan cara kerja yang betul dan selamat. Betul di sini bermaksud melakukan kerja mengikut prosedur kerja yang ditetapkan. Pada masa yang sama pekerja dimaklumkan dan dilatih mengenai aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan tersebut. Latihan merupakan sebahagian daripada kaedah mengawal risiko yang berteraskan kawalan pentadbiran. Latihan yang berkesan hendaklah bersifat memberi pengukuhan. Ini bermakna ia diberikan secara berterusan dan berulang kali. Selain daripada latihan prosedur kerja, latihan memantau keselamatan dan hazard perlu ditekankan juga.

d) Amalan kerja

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 33

Page 34: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan entiti terasing daripada proses kerja biasa. Ia mesti diintegrasikan dan dijadikan amalan kerja harian. Adalah tidak memadai dengan hanya meletak tanda “Dilarang Merokok” di tempat kerja tetapi pekerja masih mencuri-curi merokok di tempat itu. Mental, sikap dan seterusnya amalan kerja selamat mesti disemai dan digalakkan pertumbuhannya.

e) Pemantauan

Pemantauan diperlukan untuk memastikan samada keadaan spesifik ujud atau samada sistem beroperasi seperti yang diharapkan. Pemantauan yang berkesan dapat mengenalpasti hazard yang baru. Maklumat hazard yang baru yang diperolehi ini boleh digunakan untuk membuat tindakan pembetulan seterusnya. Proses pemantauan yang berterusan memastikan hazard dikenalpasti dan tindakan pembaikian kelemahan dibuat secara berterusan. Pemantauan bagi tujuan mengawal risiko, tidak boleh terhad kepada pemantauan visual atau penggunaan pancaindera sahaja tetapi harus mengikorporasikan penggunaan alat pengesanan atau pengukuran yang spesifik. Sistem rakan juga boleh digunakan dalam pemantauan bagi mengawal risiko daripada pekerja atau pekerjaan baru.

f) Pengauditan

Sama seperti pemantauan, pengauditan tempat kerja, sistem dan prosedur kerja boleh digunakan untuk mengawal risiko. Audit boleh mengesan sisihan atau hazard sebelum ia berlaku. Cadangan dan tindakan pembaikian berikutan laporan audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh mengawal risiko yang dikenalpasti. Perbezaan di antara pengauditan dengan pemantauan ialah, pengauditan dilakukan pada masa-masa atau interval masa tertentu manakala pemantauan dibuat secara berterusan di dalam satu sela masa yang ditetapkan.

1.29. Kelengkapan Perlindungan Peribadi (Personal Protective Equipment)

Kadangkala pilihan kawalan yang telah dilaksanakan masih tidak mencukupi atau tidak berkesan untuk mengurangkan risiko ke tahap yang boleh diterima. Pendek kata apa yang sepraktik mungkin dilakukan sudah dilakukan tetapi risikonya masih tidak boleh diterima. Dalam hal ini pilihan terakhir hendaklah melibatkan kawalan ke atas individu pekerja melalui pemberian Kelengkapan Perlindungan Peribadi (KPP). Pemberian

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 34

Page 35: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

KPP sebaik-baiknya henaklah diberikan melalui Program Kelengkapan Per-lindungan Peribadi.

Perlu ditekankan di sini bahawa KPP tidak menghilangkan hazard tetapi ianya hanya mengurangkan risikonya sahaja. Itu pun dengan syarat-syarat pemakaian tertentu. Kecekapan dan keberkesanan KPP memberikan perlindungan kepada pemakainya adalah terhad dan bergantung kepada banyak faktor. Antaranya, ketepatan, keberkesanan dan keselesaan alat KPP yang digunakan. Kecekapan sesebuah alat KPP memberikan perlindungan terhadap hazard juga bergantung kepada cara penggunaan dan penyelenggaraannya. Kesemua faktor ini menjadikan KPP sebagai kaedah kawalan risiko yang tidak semudah dijangkakan. Malahan ia boleh membahayakan pengguna jika disalah gunakan.

1.30. Mesyuarat

Mesyuarat merupakan perhimpunan yang melibatkan sekurang-ku-rangnya tiga orang atau lebih untuk membincangkan tentang sesuatu perkara bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam agenda mesyuarat dan dapat dicapai dalam jangka waktu yang singkat dan mu-nasabah ianya boleh dianggap sebagai mesyuarat yang berkesan.

1.31. Tujuan Mesyuarat

Sesuatu mesyuarat yang diadakan sudah tentu mempunyai tujuannya sendiri,antara tujuan mengadakan mesyuarat ialah:-

i. Untuk memberikan maklumatii. Untuk mendapatkan maklumatiii. Untuk mengumpul pengetahuan dan pengalaman dalam

menyelesaikan masalahiv. Membuat keputusan dengan adanya hak dan kuasav. Membentuk kerjasama

vi. Membincangkan perkara-perkara ketidakpuasan

1.32. Aliran Perlaksanaan Mesyuarat

i. Tentukan Jadual mesyuarat – bila dan dimana untuk diadakanii. Tentukan tujuan mesyuarat,tetapkan Agenda dan keluarkan no-

tis panggilan mesyuarat

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 35

Page 36: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

iii. Semak kemudahan antaranya bilik mesyuarat,kerusi meja dan alat-alat siaraya yang dipastikan berfungsi.

iv. Menjalankan mesyuarat mengikut agenda yang ditetapkan serta mendapatkan keputusan

v. Penyedia minit mesyuarat vi. Membuat tindakan susulan sebagaimana yang telah diputuskan

dalam mesyuarat

1.33. Jenis-Jenis Mesyuarat

a) Mesyuarat Formal.

b) Mesyuarat Tidak Formal

a) Mesyuarat Formal

i. Mesyuarat ini diadakan setelah semua ahli mesyuarat diberitahu terlebih dahulu secara bertulis beberapa hari sebelum mesyuarat.

ii. Notis mesyuarat biasanya disertakan dengan agenda.

b) Mesyuarat Tidak Formal

i. Notis segera samada dengan nota ringkas ataupun dengan percakapan sahaja.

ii. Perbincangan perkara yang wujud secara tiba – tiba.

iii. Tiada agenda dan tidak mempunyai rekod tentang apa yang berlaku di dalam mesyuarat tersebut.

1.34. Notis Mesyuarat

i. Nama persatuan atau kumpulan.

ii. Tajuk “NOTIS MESYUARAT”.

iii. Hari, tarikh, dan masa mesyuarat.

iv. Tempat dimana mesyuarat akan diadakan.

v. Tandatangan, nama dan jawatan orang yang mengelu-arkan notis, biasanya setiausaha.

vi. Tarikh mengeluarkan notis tersebut.

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 36

Page 37: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

1.35. Sebelum Mesyuarat

i. Menentukan agenda, tarikh, masa dan tempat mesyuarat bersama pengerusi mesyuarat. Merancang peruntukan masa untuk setiap perkara dalam agenda.

ii. Membuat tempahan bilik mesyuarat secara bertulis, memberi maklumat lengkap mesyuarat seperti nama ahli jawatankuasa, nama pengerusi, nama setiausaha, tarikh masa mula, masa dijangka tamat dan bilangan anggota yang akan hadir.

1.36. Semasa Mesyuarat

i. Catatkan minit mesyuarat.

ii. Senaraikan kehadiran mesyuarat.

iii. Perkara - perkara penting dibincangkan dalam mesyuarat.

iv. Keputusan - keputusan mesyuarat.

v. Tindakan - tindakan susulan.

1.37. Selepas Mesyuarat

i. Penyediaan Minit

ii. Mendapatkan persetujuan pengerusi untuk draf minit mesyuarat tidak lewat dari 3 hari selepas mesyuarat,

iii. Disemak oleh pengerusi

iv. Disahkan dalam mesyuarat

v. Mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli-ahli tidak lewat dari satu minggu selepas mesyuarat dijalankan.

1.38. Format/Bentuk Minit Mesyuarat.

Jadual 1.3: Format Minit Mesyuarat

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 37

Page 38: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

1.39. Kebaikan Mengadakan Mesyuarat

a) Lebih pengetahuan dan pengalaman boleh dibawa berbincang dan lebih maklumat boleh didapati.

b) Perbincangan biasanya menguntungkan kerana idea – idea diben-tuk atau jalan penyelesaian baru boleh dicadangkan melalui mesyuarat itu sendiri.

c) Pengaliran komunikasi kearah bawah (downward) dan kearah atas (upward) diperbaiki dan komunikasi mendatar (horizontal) boleh membantu dengan menetapkan mesyuarat pengurus yang tetap.

1.40. Susun Atur Bilik Mesyuarat

Contoh kedudukan atau susunan bilik mesyuarat

a) Mesyuarat Memberi Maklumat

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 38

Page 39: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

Rajah 1.3: Kedudukan Mesyuarat Memberi Maklumata) Mesyuarat Membuat Keputusan

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 39

Page 40: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

Rajah 1.4: Kedudukan Mesyuarat Membuat KeputusanJadual 1.4: Elemen- elemen Mesyuarat

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 40

Page 41: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

Elemen Maklumat Mesyuarat

Mesyuarat membuat keputusan

Bilangan peserta

Tidak dihadkan Bilangan kecil sebaiknya kurang dari 20 orang

Siapa yang perlu menghadiri

Sesiapa yang perlu mengetahui

Yang bertanggungjawab dan dapat menyumbang

Proses komunikasi

Satu hala, iaitu pemimpin kepada peserta, tiada peluang untuk menyoal

Perbincangan interaktif antara semua yang hadir

Susunan bilik mesyuarat

Peserta menghadap ke depan bilik – seperti bilik darjah

Peserta menghadap satu sama lain – cara persidangan

Cara mempengerusi yang paling berkesan

Autoritatif Penyertaan

Penekanan patut kepada

Isi Interaksi dan penyelesaian masalah

Kunci kejayaan Perancangan dan penyediaan maklumat yang hendak dipersembahkan

Suasana mesyuarat yang menggalakkan pertukaran pendapat yang bebas dan terbuka

1.41. Elakkan Perkara Berikut

i) Mesyuarat yang terlalu kerap

ii) Tiada perkara penting yang dibincangkan

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 41

Page 42: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

iii) Mesyuarat pada waktu yang tidak sesuai

iv) Perkara yang tiada kaitan

v) Tidak melakukan persiapan

1.42. Ciri- Ciri Pengerusi Yang Baik

a) Perawakan yang tenang dan mesra

b) Keupayaan untuk berfikir secara jelas dan objektif

c) Mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai prosedur supaya dapat

mengawal perjalanan mesyuarat dengan baik

d) Pandai berjenaka dan penyabar

Tugas seorang pengerusi mesyuarat lebih kepada pentadbiran, man-akala setiausaha lebih terlibat manakala lebih terlibat dengan tindakan yang patut dijalankan. Bidang kuasa yang dipunyai oleh pengerusi adalah mutlak dan adalah amat penting bagi pengerusi jelas mengenai kaedah menggunakan kuasa yang ada dengan saksama.

1.43. Komunikasi

Proses penyampaian maklumat dari satu pihak (penyampai) kepada pihak yang lain (penerima) Mengikut teori nya 75% daripada masa setiap hari adalah digunakan untuk bercakap dan juga mendengar sama ada di rumah,dipejabat maupun ditempat awam.

Perkataan komunikasi itu sendiri berasal dari perkataan Latin ’’ Cummune” yang bererti sekumpulan manusia yang tinggal bersama,Com-municare yang bermaksud penyertaan atau pemberitahuan,Komunikasi boleh berlaku dari segi dalaman (intra) dan luaran (inter).

Menurut Pendapat Howard H.Dean,Komunikasi ialah pelbagai cara untuk menyampaikan fikiran dan perasaan kepada khlayak ramai dan juga penerimaan fikiran dan perasaan dari orang lain.Shahnon & Weaver pula berpendapat ” Komunikasi digunakan dengan pengertian yang luas untuk melibatkan semua prosedur dimana satu minda boleh mempen-garuhi minda lain,ini termasuklah bukan sahaja tulisan,dan percakapan,tetapi juga muzik,seni lukis,teater,ballet dan semua per-lakuan manusia”.

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 42

Page 43: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

Pendapat lain oleh Everett M.Rogers pula menyatakan Komunikasi ialah satu proses untuk meyampaikan idea-idea dan perasaan dengan tu-juan untuk menukar perilaku orang ramai.Bagi Sillars,” Komuniksi adalah penghantaran ,penerimaan atau pertukaran maklumat atau pendapat atau idea dengan tulisan,percakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut supaya bahan yang dikomu-nikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat.’’

Komunikasi juga adalah dianggap sebagai kata-kata yang mempunyai kuasa sakti.Ia boleh membawa kegembiraan yang agung atau keputusan yang mendalam.ia berupaya menimbulkan emosi yang mendalam dan menggerakan tindakan manusia. menurut pendapat Sigmund Freud.

1.43.1. Fungsi Komunikasi

Antara fungsi Komunikasi ialah untuk:-

i. Memberitahu atau peneranganii. Mengajar atau pembelajaraniii. Mendapat pengaruhiv. Hiburanv. Bersosialvi. Perundinganvii. Mengkritik

1.43.2. Asas Utama Komunikasi

Senyuman merupakan asas kepada Komunikasi,jenis-jenis senyuman yang membawa makna dalam komunikasi ialah:-

i. Senyum simpulii. Senyum meleretiii. Senyum menawaniv. Senyum sinisv. Senyum seribu maknavi. Senyum perlivii. Senyum pahit

1.43.3. Jenis-Jenis Komunikasi

Terbahagi kepada 2, iaitu Lisan dan Tanpa Lisani. Lisan Kaedah komunikasi menggunakan bahasa pertuturan secara lisan,dilakukan samada secara rasmi atau tidak rasmi,yang dirancang terlebih dahulu atau secara sepontan.

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 43

Page 44: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

ii. Tanpa Lisan Biasanya komunkasi ini seseorang dapat memahami sesuatu yang disampaikan dengan cara melihat pergerakan badan,raut muka,wajah,isyarat,sentuhan,bau-bauan dan juga pakaian.

iii. BertulisMerupakan kaedah komunikasi yang paling berkesan dan sering digunakan dalam perhubungan seperti surat, memo, e-mail,papan kenyataan,papan iklan,poster

iv. Visual Dapat dilihat contohnya seperti pengiklanan

1.44. Konsep Komunikasi Dan Pengurusan

Pengurusan – Pihak pengurusan sesebuah organisasi lebih menumpukan kepada pencapaian matlamat organisasi

Pentadbiran – menitikberatkan bukan sahaja pencapaian matlamat, tetapi juga pertalian antara matlamat-matlamat supaya organisasi lebih bersepadu kearah pengeluaran hasil yang baik

Pemimpin – Seseorang pemimpin pula kitaran komunikasinya merangkumi semua yang terdapat didalam pengurusan dan juga pentadbiran.

1.45. Memperbaiki Komunikasi Dalam Pengurusan

Keberkesanan komunikasi dalam pengurusan dapat difahami den-gan jelas apabila semua yang terlibat bersedia memperbaiki kelemahan berkomunikasi antaranya:-

i. Penyampaian maklumat yang jelasii. Perkongsian ideaiii. Kemahiran mendengariv. Penyertaan kedua-dua pihak dalam komunikasiv. Saling mempercayai antara pemyampai dan penerimavi. Berkomunikasi dengan penuh yakinvii. Galakkan komunikasi secara informal dan tiada sempadanviii. Gunakan rantai elektronik

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 44

Page 45: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

1.46. Komunikasi Dan Organisasi

Antara prinsip Komunikasi ialah:-

i. Setiap komunikasi mempunyai tujuan yang jelasii. Matlamat organisasi mestilah di fahami dan diterima oleh setiap

ahli dalam organisasiiii. Mempunyai struktur organisasi dan fungsi yang jelas dan rapiiv. Mempunyai ketentuan arah-tuju dan objektifv. Mempunyai sempadanan kuasa memimpinvi. Pemberian ganjaran yang setimpal dengan kecemerlangan ahli

organisasi dalam menjalankan tugasvii. Ada kesaimbangan antara kecekapan dan tanggungjawabviii. Ada pembahagian dan pengkhususan tugas

1.47. Jenis-Jenis Komunikasi Dalam Organisasi

a) Komunikasi kebawah – (Downward Communication)

Bermula dari pihak pengurusan tahap pegawai kepada pekerja bawahan, arahan,pembelajaran dan penilaian yang berkaitan dengan polisi dan objektif organisasi yang hendak dicapai.

b) Komunikasi Keatas - (Upward Communication)

Bentuk komunikasi jenis ini lebih kepada membekalkan maklumat kepada pihak atasan berkaitan aktiviti yang berlaku dibawah contohnya seperti lapuran kemajuan,cadangan-cadangan,penjelasan dan tindakbalas.Ia merupakan sumber utama yang penting untuk mengawasi perlaksanaan perancangan dan pencapaian,sikap serta moral dalam organisasi.

c) Komunikasi Mendatar (Horizontal Communication)

Komunikasi jenis ini biasanya mengikut bentuk carta aliran kerja sesebuah organisasi. Contoh mendapatkan maklumat diantara rakan setaraf sesama jabatan,diantara rakan setaraf dilain jabatan.Tujuan untama komunikasi bentuk ini ialah untuk menyediakan saluran secara terus dalam perkara penyelesaian masalah dan kawal-selia,walaupun komunikasi mendatar boleh menimbulkan masalah tertentu contohnya, kakitangan teknikal mungkin sukar untuk berkomunikasi dengan mereka dari yang bukan berlatar-belakang teknikal.

d) Komunikasi Pelbagai Arah ( Multi-directional Communication)

Merupakan kaedah komunikasi diantara pengurusan tertinggi dengan pekerja,diantara penyelia dengan ahli kesatuan atau pegawai akaun dengan penyelengara setor, yang mana ia mampu mendapatkan maklumat yang segera dan biasanya lebih tepat kerana maklumat diperolehi dari sumber dan kumpulan sasar yang sebenar dan tidak melalui pihak ketiga.

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 45

Page 46: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

e) Komunikasi Luaran (External Communication)

Komunikasi luaran termasuk perhubungan dengan orang ramai, pengiklanan, penyelidikan pemasaran,jualan dan perhubungan pengguna serta komunikasi sosialPenyelia mempunyai tanggung jawab dan mesti mahir untuk berkomunikasi luaran yang boleh membawa imej kepada organisasi pada pandangan pihak luar.

Kebolehan seseorang individu dalam berkomunikasi yang berkesan bukannya sejak ia dilahirkan akan tetapi ia adalah hasil dari pembelajaran,untuk menjadi seseorang yang mampu berkomunikasi dengan berkesan ciri-ciri berikut mestilah di beri perhatian:-

i. Percakapan a) Setiap percakapan mestilah dirancangb) Susun percakapan mengikut kesesuaianc) Mempunyai tujuan yang jelasd) Bersedia menjadi pendengar pendapat orang laine) Bersedia dengan bukti kukuh untuk membantu hujah-

hujahf) Fahami latarbelakang pendengar g) Gunakan bahasa yang sesuai dan difahami pendengar

ii. Penulisana) Nyatakan tujuan berkomunikasib) Kenalpasti kumpulan sasaran pembacac) Rancang maklumat supaya ia menepati,mudah

difahami,mudah diterima,setara dengan tujuan,jelas dan diberi perhatian

d) Pilih kaedah yang sesuaie) Elakan gangguan atau kesilapan

iii. Mendengara) Perhatikan tujuan utama perkara yang hendak

disampaikan oleh penceramahb) Analisa objektif penceramah c) Pertimbangkan bukti-bukti penceramahd) Analisa penggunaan bahasa yang digunakane) Dengar baik- baik apa yang disampaikan dan bukannya

apa yang hendak kita katakan.

1.48. Kelakuan Komunikasi Dalam Organisasi

3 jenis kelakuan yang sering dilihat dalam organisasi:-

a) Kelakuan Komunikasi Agresif

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 46

Page 47: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

b) Kelakuan Komunikasi Pasif

c) Kelakuan komunikasi Asertif

a) Agresif

i. Seseorang itu menyatakan pandangan,perasaan dan haknya dengan jelas dan tegas

ii. Menyinggung dan menyentuh perasaan orang lain untuk mencapai matlamat

iii. Bersikap defensif,terlalu yakin dan rasa kurang selamat dengan diri sendiri

iv. Mudah melinting bila ditegurv. Mudah merendah -rendahkan keupayaan orang lain

b) Pasif

i. Kelakuan dan tindakannya tidak dapat menegakkan hak dan pandangannya

ii. Sering berdiam diri,tidak menyuarakan pandangan

iii. Tiada keyakinan diri,bimbang dipersalahkan dan suka mengalah

c) Asertif

i. Yakin pada diri sendiriii. Mampu menyatakan hak dan pandangan dengan jelas

dalam cara yang boleh diterima ramaiiii. Menghormati hak dan pandangan orang lainiv. Percaya kepada persamaan hak asasiv. Pencapaian berasaskan inisiatif dan usaha sendirivi. Bersikap terbuka,berani menghadapi masalah dan isu

dengan positif

1.49. Halangan Komunikasi

Komunikasi akan menjadi tidak berkesan apabila terdedah kepada halangan-halangan dari luaran dan dalaman. Contoh halangan luaran ialah bunyi bising,Objek fizikal,jarak lokasi,kerosakan peralatan dan suasana persekitaran yang tidak selesa

Manakala halangan dalaman dapat dilihat dari sikap dan nilai budaya yang berbeza,kurang kemahiran komunikasi,maklumat yang tidak tepat,tiada minat serta tahap kesihatan.

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 47

Page 48: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

1.49.1. Klasifikasi Halangan Komunikasi

i. Halangan terhadap penghantar mesejii. Halangan terhadap pemahaman mesejiii. Halangan terhadap penerima mesej

1.50. Istilah Komunikasi

a)Penyampai – hasrat,kehendak atau keinginan untuk memyampaikan maklumat

b)Encoding – munukarkan simbol,tulisan,isyarat dan sebagainya untuk digambarkan

c)Mesej – Maklumat dijadikan dalam bentuk fizikal,tulisan atau gerak- gerid)Saluran – cara mesej disampaikan melalui tulisan atau lisane)Decoding – menakrif dan menterjemahkan mesejf) Gangguan – mesej kabur atau sukar difahamig)Maklumbalas- reaksi penerima terhadap penyampai

1.51. Saluran Komunikasi

Bagaimana kaedah komunikasi disalurkan

i. Secara bersemukaii. Mesyuaratiii. Surat atau Memoiv. E-mailv. Telefonvi. Laporanvii. Ucapanviii. Alat siarayaix. Sidang videox. Televisyenxi. Radio

1.52. Bentuk-Bentuk Komunikasi

i. Intrapersonnal – komunikasi dengan diri sendiriii. Interpersonnal – komunikasi berdepan dengan orang lainiii. Kumpulan kecil – secara berdepan dengan jumlah individu yang

terlibat 1- 12 orangiv. Kumpulan besar – bilangan pendengar yang ramaiv. Media massa – melalui alat media seperti akhbar,Radio,TV dan

lain-lain

1.53. Proses Komunikasi

Sesuatu komunikasi dapat dilaksanaakan dengan melalui proses berikut:-

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 48

Page 49: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

a) Penyiaran atau penghantaran keluar datab) Penerimaan datac) Memahami datad) Persetujuan terhadap data

LATIHAN

1. Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), berapakah bilangan pekerja yang mana dimestikan majikan membentuk satu dasar bertulis keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

2.Nyatakan proses Komunikasi

3.Jelaskan perbezaan antara Komunikasi satu hala dengan Komunikasi duahala?

4.Terangkan apa yang dimaksudkan dengan “Mesyuarat” serta tujuan-tujuan mesyuarat diadakan.

5.Huraikan langkah-langkah pengurusan untuk mengadakan mesyuarat

RUJUKAN:

1. Occupational Safety and Health ACT 1994 (ACT 514) – ILBS

2. Factories and Machinery ACT 1967 (ACT 139) – ILBS

3. Safety-Health and Working Conditions – Train-ing Manual –Malaysian Society for

Industrial Safety

4. Ismail Bahari, Ph.D; Pengaturan Sendiri Di Dalam Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; terbitan McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.;2002.

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 49

Page 50: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

5. K.S YONG,KK LAU,PL KWAI,OT POON dan CL LEENgee Ann -Supervisory Management -Department of Mechanical Engineering - 1991

6. KOMUNIKASI DALAM PENGURUSAN – Nota INTAN -2002

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 50

Page 51: KP MPI 603.02 Industrial Supervisory.docx

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL KPM

MPI 603/ KP/02/ (03/05/06) IMKVSB 2015 ©JTM/ ILP MUKASURAT 51