koperasi setia malaysia berhad · majoriti terdiri dari pegawai-pegawai yang masih berkhidmat dan...

14
1 DOKUMEN : KSMB/MAT21/2015/(1) KOPERASI SETIA MALAYSIA BERHAD (Koop Nasional No : 17) (DiDaftarkan Tahun 1994) Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Puluh Satu Tarikh : 29 Mei 2015 (Jumaat) Masa : 8.30 malam Tempat : Dewan Kasturi Kampus Utama INTAN Bukit Kiara Jalan Damansara 50480 Kuala Lumpur No A-Go1, Blok A, Perdana Kondominium, Jalan PJU 8/1 Bandar Damansara Perdana 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Upload: others

Post on 30-Dec-2019

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOPERASI SETIA MALAYSIA BERHAD · majoriti terdiri dari pegawai-pegawai yang masih berkhidmat dan minoriti adalah persara-persara PTD. Yang menjadi masalah ialah komposisi Anggota

1

DOKUMEN : KSMB/MAT21/2015/(1)

KOPERASI SETIA MALAYSIA BERHAD

(Koop Nasional No : 17) (DiDaftarkan Tahun 1994)

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Puluh Satu

Tarikh : 29 Mei 2015 (Jumaat)

Masa : 8.30 malam

Tempat : Dewan Kasturi

Kampus Utama INTAN Bukit Kiara Jalan Damansara 50480 Kuala Lumpur

No A-Go1, Blok A, Perdana Kondominium, Jalan PJU 8/1

Bandar Damansara Perdana 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Page 2: KOPERASI SETIA MALAYSIA BERHAD · majoriti terdiri dari pegawai-pegawai yang masih berkhidmat dan minoriti adalah persara-persara PTD. Yang menjadi masalah ialah komposisi Anggota

2

KOPERASI SETIA MALAYSIA BERHAD (DiDaftarkan Tahun 1994)

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEDUA PULUH SATU KOPERASI SETIA MALAYSIA BERHAD

Tarikh : 29 Mei 2015 (Jumaat) Masa : 8.30 malam Tempat : Dewan Kasturi

Kampus Utama INTAN Bukit Kiara Jalan Damansara 50480 Kuala Lumpur

1. Agenda 1 - Kehadiran dan Perlantikan Pengerusi Mesyuarat dan Agenda

Tentatif

1.1 Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Setia Malaysia Berhad (Kopsetia) kali ke 21 dihadiri oleh seramai 45 orang. Senarai penuh kehadiran adalah seperti Lampiran 1.

1.2 Setiausaha Koperasi memulakan Mesyuarat dengan bacaan doa. Mesyuarat mencadangkan supaya Tan Sri Dr. Zulkurnain Hj Awang dilantik sebagai Pengerusi Mesyuarat dan telah diterima sebulat suara.

1.3 Agenda Tentatif telah dibentangkan dengan sedikit penjelasan bahawa perlantikan

Jawatankuasa Audit Dalaman tidak dimasukkan ke dalam Agenda oleh kerana Jawatankuasa ini hendaklah dilantik oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) mengikut peruntukan 42A Akta Koperasi 1993 (Akta 502). Agenda Tentatif telah diterima sebulat suara sebagai Agenda Mesyuarat.

2. Agenda 2 - Memilih Enam Orang Anggota Yang Hadir Untuk Menentusahkan Minit Mesyuarat Agung Ke 21 bersama empat orang lain yang mewakili ALK

2.1 Mesyuarat bersetuju menerima perlantikan anggota seperti berikut:

a. Hj Abdul Hadi Ismail; b. Dato’ Dr. Mohd. Zain Mohamed; c. Hj Shaari Mat Isa; d. Dato’ Yahaya Awang; e. Dato’ Hj Azmi Che Mat; dan f. Hj Hussein Abdul Hamid.

Page 3: KOPERASI SETIA MALAYSIA BERHAD · majoriti terdiri dari pegawai-pegawai yang masih berkhidmat dan minoriti adalah persara-persara PTD. Yang menjadi masalah ialah komposisi Anggota

3

2.2 Mesyuarat bersetuju sebulat suara menyerahkan kepada ALK untuk melantik

wakil-wakilnya ke dalam Jawatankuasa bersama tersebut. 3. Agenda 3 - Ucapan Pengerusi Kopsetia

3.1 YBhg. Tan Sri Johari Mat, Pengerusi Koperasi mengucapkan selamat datang dan salam sejahtera kepada semua anggota-anggota yang dapat hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke 21 Koperasi Setia (Malaysia) Berhad.

3.2 Beliau seterusnya menarik perhatian anggota-anggota Koperasi kepada tiga perkara penting seperti berikut:

3.2.1 Kopsetia sudah mencapai usia 20 tahun; 3.2.2 Kopsetia masih menanti 'big-bang project'; dan 3.2.3 Kopsetia perlu pimpinan pelapis dan transformasi misi serta organisasi.

3.3 Menurut Pengerusi Koperasi, Koperasi Setia (Malaysia) Berhad atau Kopsetia telah ditubuhkan pada 25 Ogos 1994. Dengan itu, usia Kopsetia hari ini ialah 20 tahun 9 bulan dan 4 hari. Ini adalah masa yang panjang dan boleh dianggap melebihi satu generasi. Soalan yang boleh ditanya ialah: Apa yang telah Koperasi Setia capai sehingga kini?

3.4 Dalam masa dua dekad kewujudan Kopsetia, pelbagai pengalaman suka duka dan pasang surut telah dialami. Dengan berpaksikan tiga matlamat utama iaitu pelaburan saham, pembangunan hartanah dan latihan dan perundingan, Pengerusi Koperasi telah menyatakan bahawa masa ‘senang’ ialah di mana pulangan dividen tahunan adalah lumayan; sehinggalah beberapa anggota memperolehi pendapatan dividen dan kehadiran mesyuarat melebihi dari modal pokok saham mereka. Sebaliknya, musim ‘surut’ ialah apabila ALK sendiri terpaksa ‘meminjamkan’ duit untuk membiayai kos pengurusan semasa. Walau bagaimanapun, menurut Pengerusi Koperasi, “kita bersyukur kerana walaupun Kopsetia melalui musim-musim ‘turun-naik dan senang-susah’ dalam 20 tahun operasinya, hampir semua anggota asal Kopsetia masih setia dan bersama kita hari ini”.

3.5 Situasi pelaburan dan pendapatan Kopsetia semasa seperti juga Koperasi-

koperasi kecil lain, adalah mencabar. Jumlah anggota dan kumpulan wang modal Kopsetia masih kecil, dan saiz organisasi korporatnya masih kerdil. Walaupun ada kempen-kempen untuk menarik anggota baru sebelum ini, usaha berkenaan tidak begitu berjaya. Pada hemat ikhlas Pengerusi Koperasi, salah satu strategi yang berkesan untuk menarik anggota baru dan menambahkan aset serta pendapatan Koperasi ialah dengan mendapatkan satu ‘big bang project’. Ini adalah satu matlamat dan usaha berani serta mencabar.

3.6 Seperti yang telah dimaklumkan dahulu, dua Big Bang Projects yang pernah

dimohon ialah projek tanah Lembah Ledang dan projek tanah di Bangsar. Atas sebab-sebab tertentu, projek tanah Lembah Ledang telah tidak diteruskan oleh Kerajaan pada ketika ini. Permohonan untuk membangunkan tanah Bangsar masih aktif diusahakan oleh ALK dan di peringkat "sensitif" sekarang. Pengerusi

Page 4: KOPERASI SETIA MALAYSIA BERHAD · majoriti terdiri dari pegawai-pegawai yang masih berkhidmat dan minoriti adalah persara-persara PTD. Yang menjadi masalah ialah komposisi Anggota

4

Koperasi menyaran agar anggota-anggota Kopsetia bersama-sama berdoa semoga selepas berusaha sekian lama, akhirnya Kopsetia dapat projek yang dapat memberi pendapatan berterusan dan menjadi lambang identiti pegawai-pegawai PTD.

3.7 Profil umum keahlian anggota Kopsetia pada masa kini adalah memuaskan, iaitu

majoriti terdiri dari pegawai-pegawai yang masih berkhidmat dan minoriti adalah persara-persara PTD. Yang menjadi masalah ialah komposisi Anggota Lembaga Koperasi (ALK) semasa dan sekian lama diduduki oleh 'orang-orang lama' atau persara-persara dengan nisbah 2/3 persara dibanding 1/3 oleh pegawai yang masih berkhidmat dengan Kerajaan. Berkuatkuasa mulai pada tahun ini, kedudukan komposisi Kopsetia ini adalah bercanggah dengan saranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dimana ALK hendaklah dianggotai oleh Anggota yang masih berkhidmat dengan Kerajaan dalam nisbah 2/3 daripada jumlah ALK.

3.8 Kepimpinan Kopsetia semenjak awal penubuhan, termasuk Pengerusinya, terdiri

dari orang-orang yang hampir sama. Begitu juga ALK dan anggota-anggota yang aktif dan setia, terdiri dan berkisar dikalangan personaliti yang terkenal dan sama. Dengan ikhlas, Pengerusi Koperasi menyeru dan menjemput pegawai-pegawai PTD muda untuk tampil melibatkan diri dalam program dan projek Kopsetia yang sedia ada atau yang sedang dirancangkan. Tenaga muda dan pimpinan pelapis amat diperlukan oleh Kopsetia demi cetusan transformasi dan kecemerlangan pengurusan dan keuntungan Kopsetia di masa depan.

3.9 Sebagai pengakhir kata, Pengerusi Koperasi merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada semua anggota-anggota Koperasi yang dapat hadir AGM pada tahun ini, dan yang terus memberi sokongan dan penyertaan setia kepada semua projek dan program Kopsetia. Pengerusi Koperasi mengakhiri ucapannya dengan “Semoga kita semua terus dianugerah Allah kesihatan, rezeki dan kebahagian. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan!”

4. Agenda 4 - Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke 20

4.1 Setiausaha Koperasi membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kopsetia ke 20

seperti yang terkandung dalam Laporan Tahunan 2014 yang telah diedarkan lebih awal tanpa sebarang pindaan. Ianya telah ditentusahkan oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh Mesyuarat Agung pada tahun lepas.

4.2 Atas cadangan oleh YBhg. Dato’ Pahamin Ab. Rajab, Minit Mesyuarat Agung ke

20 telah diterima sebulat suara oleh Mesyuarat.

4.3 Saranan dan pandangan seperti tercatat dalam Minit tersebut akan dibincang dan dibentangkan dalam Laporan Anggota Lembaga Koperasi bagi tahun 2014 yang juga dibentangkan dalam Laporan Tahunan 2014.

5. Agenda 5 - Laporan Anggota Lembaga Kopsetia Bagi Tahun 2014

Pembentangan telah dibuat oleh Setiausaha Koperasi yang antara lain telah menyentuh mengenai perkara-perkara berikut:

Page 5: KOPERASI SETIA MALAYSIA BERHAD · majoriti terdiri dari pegawai-pegawai yang masih berkhidmat dan minoriti adalah persara-persara PTD. Yang menjadi masalah ialah komposisi Anggota

5

5.1 Projek Kopsetia Dalam Bidang Pembangunan Hartanah

Mesyuarat Agung dimaklumkan bahawa usaha untuk mendapat dan membangunkan sebidang tanah lebih kurang 22 ekar di Lembah Ledang, Kuala Lumpur sudah dihentikan. Bagaimana pun usaha untuk mendapatkan semula peluang bagi membangunkan sebidang tanah Kerajaan seluas hampir dua ekar di Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur ‘dihidupkan’ kembali. Peluang ini terbuka kerana tanah tersebut yang gagal dibangunkan oleh Kopsetia bersama rakan kongsi yang digandingkan kepada Kopsetia dulu, masih lagi menjadi pegangan Pesuruhjaya Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tanah ini mengikut maklumat yang diterima diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk digunakan. Rundingan dengan KPM telah diadakan dan penentuan akan dibuat untuk mewujudkan projek pembangunan secara kaedah tukarganti tanah (land swap). Kopsetia dikehedaki oleh KPM untuk membina sebuah sekolah atau apa-apa kemudahan yang sesuai dengan keperluan Kementerian itu atas kadar harga setara dengan tanah di Jalan Maarof tersebut. Kopsetia melalui anak syarikatnya akan membangunkan tanah yang dinyatakan itu secara usahasama dengan sebuah syarikat yang dikenalpasti berwibawa dan berkemampuan tinggi dari segi kewangan, kepakaran serta pengalaman. Di dalam syarikat usahasama ini Kopsetia mencadangkan kepada Mesyuarat Agung supaya Pengerusi Koperasi, Tan Sri Dr. Johari Mat dilantik sebagai salah seorang Pengarahnya, dengan Encik Lee Kiyau Loo sebagai Pengarah Gantian. Perlantikan mereka dalam Lembaga Pengarah ini berkekalan sehingga projek pembangunan itu tamat atau apabila mereka sendiri membuat keputusan untuk tidak mahu lagi berkhidmat tanpa mengambil kira sama ada mereka masih kekal dalam ALK Kopsetia atau tidak.

5.2 Bidang Pertanian dan Ternakan Mesyuarat Agung juga dimaklumkan bahawa Tanah Pertanian Selandar di Melaka seluas lebih kurang 11 ekar yang diperolehi atas usaha salah seorang anggota Kopsetia, sekarang ini diusahakan untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. Ianya diusahakan secara pajak oleh seorang peladang yang berwibawa dan berpengalaman. Sehingga kini, Kopsetia tidak pernah gagal dari mendapatkan hasil dari pajakan tersebut. Berhubung dengan usaha penternakan, peluang-peluang masih lagi dicari. Tinjauan telah dibuat ke atas badan-badan yang sudah dan sedang melaksanakan bidang ternakan ini, tetapi buat masa ini keputusan muktamad masih belum boleh dibuat.

5.3 Francais Restoran Gloria Jean’s Coffees Setiausaha memaklumkan bahawa susulan kepada cadangan Mesyuarat Agung Kopsetia pada tahun lepas, usaha-usaha telah diambil untuk mengadakan rundingan dengan pihak yang diberi hak untuk membuka outlets Restoran Gloria Jean’s Coffees. Usaha ini dibuat bukan sahaja untuk Kopsetia melebarkan ruang

Page 6: KOPERASI SETIA MALAYSIA BERHAD · majoriti terdiri dari pegawai-pegawai yang masih berkhidmat dan minoriti adalah persara-persara PTD. Yang menjadi masalah ialah komposisi Anggota

6

bisnesnya, tetapi juga membuka peluang kepada mana-mana anggota Kopsetia untuk menceburkan diri dengan menanam modal persendirian dalam bidang ini. Sungguh pun setakat ini masih belum berhasil, tetapi ianya akan diteruskan dalam masa terdekat.

5.4 Pelaburan Saham Dalam Bank Rakyat Sebagai tindakan susulan kepada cadangan yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Kopsetia ke 20 tahun lepas, Kopsetia sekarang telah menjadi Ahli kepada Bank Rakyat. Saham sebanyak RM150,000.00 telah diluluskan dan telah pun dilanggani. Dengan menjadi Ahli kepada institusi kewangan ini, maka Kopsetia bolehlah meletakkan sebahagian wangnya sebagai simpanan tetap yang mendapat pulangan secara perbandingan lebih tinggi dari institusi kewangan yang lain.

5.5 Pelaburan Dalam Pasaran Saham Siarharga Mesyuarat dimaklumkan mengenai pelaburan Kopsetia dalam pasaran modal di Bursa Malaysia. Seperti termaklum bahawa jual beli saham dalam pasaran secara cermat dan berhemah adalah satu dari bidang yang sudah lama diceburi. Oleh kerana taraf Kopsetia tidak lagi diiktiraf sebagai suatu entiti Bumiputra, maka kemudahan secara tawaran khas dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri tidak lagi diperolehi. Oleh yang demikian, mana-mana anggota yang ingin melabur maka tidak perlu lagi mereka melakukannya menerusi Kopsetia. Setiausaha memaklumkan juga bahawa dalam tahun 2014, Kopsetia menerusi anak syarikatnya, Ria Dutamas Sdn. Bhd. telah berjaya melanggan sebanyak 9,000 unit saham Boustead Plantations dengan harga tawaran IPO sebanyak RM1.60 seunit. Selain dari itu, Kopsetia juga telah membeli saham United Plantations dari pasaran terbuka sebanyak 20,000 unit. Berdasarkan analisis yang dibuat pembelian saham secara jangka pendek ini lebih menguntungkan berbanding dengan pertaruhan sebagai simpanan tetap dalam bank.

5.6 Laman Web Kopsetia Setiausaha seterusnya memaklumkan bahawa Kopsetia telah mewujudkan laman webnya sendiri. Laman web ini boleh dilayari menerusi alamat www.kopsetiaptd.org. Anggota Kopsetia bolehlah melayari laman web ini bagi mendapatkan maklumat serta perkembangannya yang terkini. Borang Keahlian juga boleh dicetak menerusinya yang memudahkan sesiapa yang dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia, sama ada yang sedang berkhidmat atau yang sudah bersara boleh membuat permohonan menjadi anggota. Anggota adalah digalakkan untuk menggunakan laman web bagi tujuan berkomunikasi.

Page 7: KOPERASI SETIA MALAYSIA BERHAD · majoriti terdiri dari pegawai-pegawai yang masih berkhidmat dan minoriti adalah persara-persara PTD. Yang menjadi masalah ialah komposisi Anggota

7

5.7 Mengemaskini Data Anggota Mesyuarat dimaklumkan bahawa kerjasama antara Kopsetia dengan lain-lain entiti yang berkaitan dengan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik seperti Persatuan Alumni PTD serta Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia (PPTD) adalah baik. Menerusi Alumni PTD umpamanya, Kopsetia mudah mengesan anggotanya yang tidak dapat dihubungi. Mesyuarat dimaklumkan bahawa ALK Kopsetia telah mengambil langkah-langkah segera mengemaskini senarai anggotanya dengan menentukan alamat yang boleh dihubungi berserta dengan nombor telefon dan alamat emel. Setiausaha meminta kerjasama dari semua anggota supaya memaklumkan kepada Pengurusan Kopsetia mengenai waris terdekat yang boleh dihubungi apabila ada keperluan. Mesyuarat Agung juga dimaklumkan bahawa makluman telah diedarkan bagi mana-mana anggota mengenai jumlah syer yang dipegangnya setakat 31 Disember 2014. Mana-mana anggota yang ingin menambah jumlah syernya, terutama yang pegangannya kurang dari RM1,000.00 bolehlah berbuat demikian dengan menggunakan Borang yang diedarkan.

5.8 Ulasan dan Pandangan Mesyuarat Agung Pembentangan Laporan Anggota Lembaga Kopsetia bagi tahun 2014 telah diterima dan diluluskan sebulat suara. Bagaimana pun beberapa saranan dibuat seperti berikut: a. Pegangan saham bagi kaunter United Plantations sekiranya mampu dari segi

kewangan maka ianya tidak perlu dijual memandangkan kaunter ini teguh dan mendatangkan dividen yang tinggi;

b. Mendapatkan peluang pada masa akan datang untuk menambah saham dalam Bank Rakyat memandangkan dividennya yang tinggi di samping menyedari bahawa Bank Rakyat tidak dilindungi oleh insuran;

c. Kopsetia perlu melihat dan meneliti keuntungan yang diperolehi sekiranya

melabur dalam REITS – iaitu pelaburan dalam pasaran hartanah. REITS adalah bidang relatif baharu yang mungkin boleh diberi perhatian;

d. Pelaburan dalam kaunter Johor Land dan Limahsoon yang telah dikeluarkan

dari senarai Bursa Malaysia perlu disemak untuk mengetahui mengenai kedudukannya; dan

e. Mempelbagaikan kaunter pelaburan yang dijangka memberi keuntungan.

Pelaburan dalam kaunter Media C adalah baik dan kaunter-kaunter seperti ini perlu diberi perhatian di mana harganya tidak tinggi tetapi memberi pulangan yang memuaskan.

Page 8: KOPERASI SETIA MALAYSIA BERHAD · majoriti terdiri dari pegawai-pegawai yang masih berkhidmat dan minoriti adalah persara-persara PTD. Yang menjadi masalah ialah komposisi Anggota

8

Mesyuarat mengambil maklum akan saranan yang diberikan serta akan membawa perkara ini ke Anggota Lembaga Koperasi yang akan bertugas dalam sesi 2015 -16.

6. Agenda 6 - Menimbang dan Meluluskan Laporan Jawantankuasa Audit

Dalaman 6.1 Bendahari Kehormat membentangkan Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman

Koperasi seperti di muka surat 24 Laporan Tahunan 2014. Mesyuarat dengan sebulat suara menerima Laporan tersebut.

7. Agenda 7 - Menimbang dan Meluluskan Penyata Kewangan Teraudit KSMB

untuk Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2014

7.1 Bendahari Kehormat menerangkan secara terperinci mengenai akaun teraudit Koperasi Setia (M) Bhd bagi tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2014 seperti yang dibentangkan dalam Laporan Tahunan 2014.

7.2 YBhg. Datu Michael Dosim Lunjew mengucapkan taniah atas pengurusan Koperasi dengan langkah-langkah baik bagi menjana pendapatan dalam tahun kewangan 2014. Beliau menarik perhatian Mesyuarat kepada perkara-perkara berikut:

a. Perbezaan simpanan pelaburan dan simpanan tetap di Bank Rakyat; b. Syer Johor Land Berhad yang sudah tidak terdapat dalam senarai

Bursa Malaysia; c. Koperasi perlu memberi pertimbangan untuk melabur lebih banyak

dalam Bank Rakyat.

7.3 Sebagai penjelasan Bendahari Kehormat memaklumkan bahawa Koperasi telah diluluskan sebagai ahli Bank Rakyat. Sebagai ahli, setakat ini Koperasi hanya dibenarkan melabur sebanyak RM150,000.00 sahaja. Bagaimana pun Koperasi meletakkan sejumlah RM500,000.00 sebagai Simpanan Tetap di Bank Rakyat. Dimaklumkan bahawa ALK hanya bersetuju untuk membuat simpanan tetap sebanyak RM500,000.00 sahaja memandangkan Bank Rakyat tidak dilindungi dibawah skim perlindungan insuran PIDM.

7.4 Bendahari Kehormat juga menjelaskan bahawa memang benar syarikat Johor

Land Berhad dan Limahsoon telah tidak lagi disenaraikan di Bursa Malaysia. Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa Koperasi telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan saham dalam dua anak syarikatnya yang sudah tidak aktif lagi, dan wang itu dimasukkan ke dalam kumpulan wang Koperasi dan telah diletakkan dalam Akaun Simpanan Tetap di Maybank. Keputusan telah dibuat bahawa kedua-dua anak syarikat ini sekarang berada dalam proses penutupan.

7.5 Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara menerima dan meluluskan Penyata Kewangan Teraudit Koperasi Setia (M) Bhd bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 seperti yang dibentangkan oleh Bendahari Kehormat.

Page 9: KOPERASI SETIA MALAYSIA BERHAD · majoriti terdiri dari pegawai-pegawai yang masih berkhidmat dan minoriti adalah persara-persara PTD. Yang menjadi masalah ialah komposisi Anggota

9

8. Agenda 8 - Menimbang dan Meluluskan Belanjawan Tahunan bagi Tahun

Kewangan yang akan datang 8.1 Bendahari Kehormat telah membentangkan Anggaran Belanjawan Tahunan

Koperasi bagi 2015 dan 2016 seperti di dalam Laporan Tahunan 2014.

8.2 Tuan Hj. Hussin bin Hamid meminta penjelasan mengenai perlunya peruntukan ‘Yuran Guaman’ sebanyak RM2,000.00 di bawah Anggaran Belanjawan Pendapatan & Perbelanjaan 2015. Bendahari Kehormat memaklumkan bahawa amaun itu merupakan satu langkah persediaan sahaja bagi memenuhi keperluan bayaran guaman, jika ada.

8.3 Mesyuarat telah sebulat suara meluluskan Anggaran Belanjawan Tahunan 2015

dan 2016. 9. Agenda 9 - Meluluskan Elaun kepada Anggota Lembaga dan Saraan kepada

Anggota Lembaga yang dilantik menduduki mana-mana subsidiari Koperasi, sekiranya ada

9.1 Mesyuarat dimaklumkan oleh Bendahari Kehormat bahawa elaun-elaun kepada

Anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman pada masa lalu telah ditetapkan sebanyak RM200.00 seorang bagi setiap kali mesyuarat diadakan, dibayar hanya kepada Anggota yang menghadiri mesyuarat itu sahaja.

9.2 Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju mengekalkan dan meluluskan elaun-elaun seperti yang dimaklumkan oleh Bendahari Kehormat.

10. Agenda 10 - Meluluskan suatu Panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada

dua Firma Audit untuk dipilih salah satu daripadanya bagi mengaudit Akaun-akaun Koperasi

9.3 Pengerusi Mesyuarat memaklumkan terdapat dua Firma Audit yang di

cadangkan untuk dipilih salah satu daripadanya oleh Mesyuarat ini: a. Azman Ahmad & Co; dan b. Mustaffa Mohamad Nor & Associates.

9.4 Mesyuarat sebulat suara bersetuju supaya Lembaga Koperasi yang baru dilantik

diberi mandat untuk memilih salah satu Firma Audit Luar tersebut yang dipercayai dapat menjalankan auditan dengan sempurna.

11. Agenda 11 - Menimbang dan Meluluskan Ruang Lingkup Dan Had Pelaburan

yang dibiayai oleh Wang Lebihan Koperasi 11.1 Anggota yang hadir bersetuju sebulat suara meluluskan skop dan had pelaburan

yang sedia ada bersandarkan kepada kemampuan Koperasi dan penetapan Had Maksimum Keterhutangan Koperasi juga daripada Keuntungan Terkumpul Kewangan Koperasi.

Page 10: KOPERASI SETIA MALAYSIA BERHAD · majoriti terdiri dari pegawai-pegawai yang masih berkhidmat dan minoriti adalah persara-persara PTD. Yang menjadi masalah ialah komposisi Anggota

10

12. Agenda 12 - Menetapkan Had Maksimum Keterhutangan Koperasi ini

12.1 Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara untuk mengekalkan Had Maksimum Keterhutangan Koperasi ini seperti tahun lepas sebanyak RM20 juta tanpa pindaan.

13 Agenda 13 - Mengisytiharkan atau Menerbitkan Syer-syer Bonus

13.1 Bendahari Kehormat memaklumkan bahawa kedudukan kewangan Koperasi

pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 tidak memberangsangkan. Oleh yang demikian, tiada cadangan untuk mengisytihar atau menerbitkan syer bonus dan bayaran dividen pada Mesyuarat Agung Tahunan ini.

13.2 Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara atas cadangan Bendahari Kehormat tersebut.

14 Agenda 14 - Mendengar, Menimbang atau Memutuskan apa-apa cadangan

atau urusan perniagaan lain Koperasi yang baginya suatu Notis tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan

14.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa tiada notis diterima untuk diputuskan bagi

agenda di atas.

15 Agenda 15 - Menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan Pindaan kepada

Undang-Undang Kecil Koperasi

15.1 Pengerusi Mesyuarat memaklumkan bahawa tiada cadangan pindaan diterima untuk meminda Undang-Undang Kecil Koperasi ini.

16 Agenda 16 - Mendengar dan memutuskan apa-apa aduan, yang baginya suatu

notis yang tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan kepada Koperasi ini, yang dikemukakan oleh mana-mana anggota yang terkilan dengan keputusan Lembaga 16.1 Tiada aduan dan Notis diterima untuk diputuskan bagi agenda di atas.

17. Agenda 17 - Menimbang dan Meluluskan apa-apa Laporan yang hendak

dikemukakan mengikut Peraturan, jika ada

17.1 Tiada laporan dikemukakan untuk dipertimbangkan atau diluluskan bagi Agenda di atas.

Page 11: KOPERASI SETIA MALAYSIA BERHAD · majoriti terdiri dari pegawai-pegawai yang masih berkhidmat dan minoriti adalah persara-persara PTD. Yang menjadi masalah ialah komposisi Anggota

11

18 Agenda 18 - Memilih Tiga (3) orang Anggota Lembaga Koperasi bagi menggantikan mereka yang tamat tempoh perkhidmatan pada tahun 2015 mengikut Undang-Undang Kecil Koperasi, Peraturan 36 18.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Anggota Lembaga Koperasi yang tamat

tempoh berkhidmat selama tiga tahun (dari tahun 2012 hingga 2015), tetapi boleh dilantik semula ialah:

a. Hjh Nooraine binti Mohd. Noordin; b. Dr. Kang Tong Hum; dan c. Encik Muhd Ikram bin Tan Sri Dr. Zulkurnain.

18.2 Mesyuarat telah sebulat suara mengekalkan perlantikan ketiga-tiga anggota

sebagai ALK. 19 . Penutup

19.1 Pengerusi Mesyuarat mewakili Anggota Lembaga Koperasi mengucapkan

terima kasih kepada semua anggota yang hadir atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.15 malam.

----------------------o0o-------------------- 10 Jun 2015

Page 12: KOPERASI SETIA MALAYSIA BERHAD · majoriti terdiri dari pegawai-pegawai yang masih berkhidmat dan minoriti adalah persara-persara PTD. Yang menjadi masalah ialah komposisi Anggota

12

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEDUA PULUH SATU KOPERASI SETIA MALAYSIA BERHAD

Kami, Anggota Jawatankuasa Menentusahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Puluh Satu, Koperasi Setia Malaysia Berhad, telah menyemak dan meneliti Minit-minit di atas, maka dengan ini mengesahkan bahawa ianya adalah refleksi kepada perjalanan dan perbincangan Mesyuarat tersebut yang telah di adakan pada 29 Mei 2015, jam 8.30 malam bertempat di Dewan Kasturi, Kampus Utama INTAN Bukit Kiara, Jalan Damansara, Kuala Lumpur. ………………………………………… ……………………………………………. TAN SRI DATO’ ZAINOL ABIDIN BIN DATUK WIRA HAJI JAHAYA BIN

ABD. RASHID (119) MAT (187) Anggota Lembaga Koperasi Anggota Lembaga Koperasi ........................................................... ..............................................................

DR. KANG TONG HUM (120) HAJJAH NOORAINE BINTI Anggota Lembaga Koperasi HJ. MOHD NOORDIN (110)

Anggota Lembaga Koperasi ……………………………………………….. ………………………………………………. HAJI ABDUL HADI BIN ISMAIL (77) HAJI HUSSIN ABDUL BIN HAMID (127) Anggota Anggota ...................................................................... ................................................................. DATO‘ DR. MOHD ZIN BIN MOHAMED (114) DATO‘ YAHYA BIN AWANG (332) Anggota Anggota ...................................................................... .................................................................. HAJI SHAARI BIN MAT ISA (224) DATO‘ HAJI AZMI BIN CHE MAT(154) Anggota Anggota

Page 13: KOPERASI SETIA MALAYSIA BERHAD · majoriti terdiri dari pegawai-pegawai yang masih berkhidmat dan minoriti adalah persara-persara PTD. Yang menjadi masalah ialah komposisi Anggota

13

LAMPIRAN 1

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 21

Bil. No.

Anggota

Nama

1 3 Tan Sri Datuk Dr. Johari Bin Mat

2 132 Haji Muhammad Bin Abdul Latiff

3 63 Encik Lee Kiyau Loo

4 120 Dr. Kang Tong Hum

5 119 Tan Sri Dato' Zainol Abidin Bin Abd Rashid

6 187 Datuk Wira Hj. Jahaya Bin Mat

7 110 Hajjah Nooraine Binti Hj. Mohd Noordin

8 338 Encik Mohd Ikram bin Tan Sri Dr Zulkurnain

9 60 Dato’ Hj. Abdullah bin Haji Bakri

10 77 Haji Abdul Hadi bin Ismail

11 162 Encik Zainuddin bin Ahmad

12 126 Tan Sri Dato' Hj. Ambrin Bin Buang

13 113 Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Haji Awang

14 328 Tan Sri Nuraizah bt Abdul Hamid

15 78 Dato’ Hj Abdullah Hj Mohd Salleh

16 346 Dato’ Zainal Abidin bin Hj Ahmad

17 100 Dato’ Hj Ayob bin Awang

18 247 Datu Dr. Michael Dosim Lunjew

19 154 Dato’ Hj Azmi Bin Che Mat

20 18 Datin Hjh Aminah Pit Abd Rahman

21 239 Dato’ Sirajuddin Hj Salleh

22 332 Dato’ Hj Yahya Awang

23 114 Dato’ Dr. Mohd Zin Mohamed

24 224 Hj. Shaari Bin Mat Isa

25 127 Hj. Hussin bin Hamid

26 56 Datin Hjh. Faridah bt Zainal Abidin

27 12 Hjh. Basriyah bt L. Husin

Page 14: KOPERASI SETIA MALAYSIA BERHAD · majoriti terdiri dari pegawai-pegawai yang masih berkhidmat dan minoriti adalah persara-persara PTD. Yang menjadi masalah ialah komposisi Anggota

14

28 70 Dato’ Pahamin bin Abd. Rajab

29 248 Datuk Dr. John Antony Xavier

30 335 Datuk Dr. Ghazali Mohd Noor

31 149 Dato' Ahmad Pharmy Bin Abdul Rahman

32 217 Datuk Hj. Wan Awang Bin Wan Yaacob

33 223 Dato’ Chong Huck Joo

34 323 Datuk Dr. Sundaran Annamalai

35 129 Datin Talagavathi R. Karapayah

36 179 Encik Khairul Anuar bin Mahmood

37 348 Encik John Patrick Antonysamy

38 11 Encik Ibrahim bin Hamzah

39 38 Hj. Abas bin Ahmad

40 249 Kamsiah Muhamad

41 163 Raja Yacob Raja Abdullah

42 29 Dato’ Hj Mohd Sharif bin Othman

43 341 Encik Saiful Azhar bin Shaharun

44 330 Puan Norsazila bt Nordin

45 87 Wan Mohd Danial bin Hj. Wan Ahmad