kontrak sewa (al ijarah)

20
Kontrak sewa (Al- ijarah) Zafirah abdullah

Upload: zafirah-abdullah

Post on 08-Jan-2017

420 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kontrak sewa (al ijarah)

Kontrak sewa (Al-ijarah)Zafirah abdullah

Page 2: Kontrak sewa (al ijarah)

Takrif

Al-Ijarah (Bahasa Arab) : Bayaran yang diberikan kepada orang yang melakukan sesuatu kerja sebagai ganjaran kepada apa yang dilakukannya.

Istilah Fuqahak : Kontrak untuk mendapatkan khidmat (manfaat) tertentu yang boleh dibayar dan dihalalkan dengan barangan tertentu.

Kesahihan menurut Syarak “Jika mereka menyusukan anak kamu, maka berikanlah kepada

mereka upah-upah mereka” (Ath-Tolaq : 6)

Page 3: Kontrak sewa (al ijarah)

Rukun dan Syarat Sewa Rukun Pertama : Dua pihak yang berkontrak iaitu Pemilik Perkhidmatan

(Manfaat) dan penyewa. Kedua pihak mestilah baligh dan berakal Kedua pihak juga mestilah bukan orang membabitkan harta.

Rukun Kedua : Sighah Kontrak iaitu Penawaran dan Persetujuan Penawaran (ijab) : Apa jua lafaz yang dilahirkan oleh pemilik perkhidmatan

(manfaat) Lafaz penawaran haruslah menunjukkan bahawa perkhidmatan tersebut adalah miliknya. Contoh lafaz secara langsung “ Saya sewakan barangan ini” / (tidak langsung) “

Tinggallah rumah saya selama setahun dengan bayaran sekian”

*Persetujuan (Kabul) : Apa jua lafaz yang lahir daripada penyewa yang menunjukkan persetujuan untuk memiliki khidmat (manfaat) dan ia difahami dengan jelas.

Contoh Persetujuan: “Saya setuju”

Page 4: Kontrak sewa (al ijarah)

Syarat Sighah Kontrak Persetujuan dan Penawaran mestilah selari

Contoh pemilik berkata : “ Saya sewakan rumah saya dengan bayaran RM 400 sebulan.”

Penyewa menjawab: “Saya terima tetapi dengan bayaran RM300 sebulan”. Keadaan ini menunjukkan persetujuan tidak wujud kerana penawaran dan

persetujuan tidak selari.

Tidak wujud jurang masa yang lama antara penawaran dan persetujuan

Jurang masa tersebut sama ada diselangi oleh diam atau oleh percakapan yang asing yang tiada kene mengena dengan kontrak.

Tidak Bersyarat Contoh : “Jika Zaid dating, saya akan sewakannya kepada anda dengan

bayaran tersebut”

Page 5: Kontrak sewa (al ijarah)

Rukun dan Syarat Sewa

Rukun Ketiga: Perkhidmatan (Manfaat)1. Perkhidmatan mestilah mempunyai nilai

Perkhidmatan tersebut diterima dan diperlukan menurut syarak dan uruf (amalan kebiasaan orang ramai)

Contonya, sewa rumah untuk didiaminya. Jika khidmat tersebut tidak bernilai menurut syarak, bayaran tersebut dianggap sia-sia dan membazir.

Tidak sah penyewaan peralatan yang melalaikan kerana penggunaannya diharamkan.

Tidak sah menyewa anjing untuk memburu atau mengawal kerana binatang tersebut tidak bernilai menurut syarak

Tidak sah mengupah seseorang bercakap tanpa henti walaupun tujuannya adalah untuk melariskan barangan / memberikan keuntungan

Page 6: Kontrak sewa (al ijarah)

Rukun Ketiga: Perkhidmatan (Manfaat)2. Pemilik perkhidmatan mestilah mampu menyerahkan perkhidmatannya

supaya penyewa boleh menggunakannya.Jika pemilik tidak mampu menyerahkan khidmat secara fizikal/ syarak, penyewaan tidak sah.

o Tidak sah menyerahkan barangan yang telah dirampas o Tidak sah menyewakan kereta yang hilango Tidak sah menyewakan tanah untuk tujuan pertanian tetapi tiada sumber air yang

tetap.Alasannya ialah semua barangan ini tidak boleh diserahkan dari segi fizikal.

Contoh penyewaan yang tidak dibenarkan kerana khidmatnya tidak boleh diserahkan dari segi syarak:

o Mengupah wanita dalam haid/nifas untuk berkhidmat di dalam masjid.o Jika wanita yang diupah tidak dalam keadaan haid, tetapi kemudian didatangi haid /

nifas, maka kontrak tersebut batal. Jika dia melakukan kerja tersebut, dia berdosa dan tidak berhak mendapat upah

o Tidak sah mengupah wanita yang berkahwin untuk tugas menyusu atau sesuatu khidmat tanpa kebenaran suaminya.

o Tidak sah mengupah seorang wanita melakukan suatu kerja yang memerlukannya bermusafir tanpa ditemani oleh suaminya. / Atau kerja yang memerlukan dia bersendirian dengan lelaki yang bukan mahram.

Page 7: Kontrak sewa (al ijarah)

Rukun Ketiga: Perkhidmatan (Manfaat)3. Khidmat (Manfaat) diperolehi oleh pengupah bukan oleh orang yang

diupah.o Tidak sah mengupah seseorang melakukan ibadat yang memerlukan

kepada niat dan tidak boleh diwakilkan kepada orang lain seperti sembahyang dan puasa.

o Dalam keadaan ini, khidmat (manfaat) di sini, iaitu pahala menjadi hak orang yang diupah dan bukan orang yang mengupah.

o Walau bagaimana pun, ibadat Haji boleh diwakilkan kepada orang lain walaupun ibadah itu memerlukan kepada niat / Puasa bagi pihak orang yang telah meninggal dunia (SAH)

o Jika pada dasarnya ibadat tersebut tidak menyeluruh (tidak diwajibkan), pengupahan adalah sah.o Contoh : Mengendalikan jenazah (Mandi/ Kafan / Kebumikan)o Melaungkan Azan

Page 8: Kontrak sewa (al ijarah)

Rukun Ketiga: Perkhidmatan (Manfaat)4. Khidmat (Manfaat) disewa bukan bertujuan mendapatkan barangan.

o Tidak sah menyewa kebun untuk mendapatkan buah-buahannya / menyewa kambing untuk mendapatkan bulu, susu, hasilnya.

o Pada dasarnya, kontrak sewa ialah pemilikan khidmat. Oleh itu kontrak sewa tidak boleh dilakukan dengan tujuan mendapatkan barangan.

o Konteks Sewa : Penggunaan Khidmat & bukan penggunaan Barangan.

o Jika kontrak sewa membabitkan penggunaan barangan secara sampingan dan bukan menjadi tujuan kontrak, maka ia dibenarkan.o Contoh: Seseorang mengupah seorang wanita sevagai pengasuh dan

penyusu/ sebagai penyusu sahajao Kontrak ini dengan sendirinya membabitkan penggunaan susu

penyusu yang merupakan suatu barangano Perbuatan itu SAH kerana darurat atau hajat yang perlu

Page 9: Kontrak sewa (al ijarah)

Rukun Ketiga: Perkhidmatan (Manfaat)5. Khidmat mestilah dimaklumi oleh kedua-dua pihak dari segi barangan, sifat dan

kadarnya.

Syarat Sah Kontrak Sewaa) Maklumat mengenani barangan perkhidmatan.

o Pengetahuan mengenai kedudukan barangan tersebuto Tidak sah penyewaan salah satu daripada 2 rumah tanpa ditentukan yang mana satu.

(Kedudukan tidka diketahui)o Perlu dinyatakan dengan jelas bagi mengesahkan kontrak tersebut

b) Maklumat mengenai jenis dan sifat perkhidmatan (manfaat). Perkara ini perlu bagi barangan yang mempunyai kegunaan berbeza mengikut pengguna dan penggunaannya tidak boleh ditolak ansuro Tidak sah penyewaan tanah untuk pertanian tanpa dinyatakan dengan jelas tanaman

yang bakal ditanam. (Kerana kesan kepada tanah berbeza mengikut penggunaannya)o Tidak dibenarkan menggunakan barangan yang disewa selain daripada penggunaan

biasa. o Contoh : Apabila sebuah rumah kediaman digunakan untuk bertujuan industry

atau perniagaannya.

Page 10: Kontrak sewa (al ijarah)

c) Maklumat mengenai kadar khidmato Kadar perkidmatan berbeza mengikut jenis perkhidmatano Ada yang dinilai berdasarkan masa penggunaano Ada yang dinilai berdasarkan kerja yang dilakukanAtau kedua-duanya.

Khidmat yang dinilai berdasarkan masa penggunaan.o Contoh : Penyewaan sewa rumah kediaman (Mungkin lama/sekejap)o Upah penyusuan (Susu yg diminum itu mungkin banyak/sedikit) / upah menampal simen

dinding (Mungkin tebal/ tipis)o Semua ini hanya dapat dinilai mengikut masa yang digunakan kerana kaedah penilaian lain

tidak dapat memberikan ukuran yang tepat

Perkhidmatan yang boleh disewa mengikut masao Perlu dinyatakan tempoh perkhidmatano Perkhidmatan mestilah masih wujud dalam tempoh tersebuto Tempoh sewaan bergantung kepada jangka hayat dan menurut penilaian pakar bahawa

barangan tersebut masih elok dalam tempoh tersebuto Tanah, boleh disewa selama 100 tahun/lebiho Rumah boleh disewa selama 30 tahuno Kenderaan boleh disewa selama 10 tahun

Page 11: Kontrak sewa (al ijarah)

Khidmat yang dinilai berdasarkan kerjao Perkhidmatan yang mungkin memakan masa yang lama/sebentar dan tidak

dapat dipastikan tempoh yang akan digunakano Contoh : Upah menjahit bajuo Mengecat dindingo Memasak makanan & etc

Khidmat yang dinilai berdasarkan dengan masa atau kerjao Contoh : Mengupah seseorang menjahit selama sehari / mengupah tukang jahit

menjahit sehelai bajuo Sesuatu perkhidmatn tidak boleh dinilai mengikut masa dan kerja secara

serentak.o Contohnya : Mengupah seorang menjahit sehelai baju dalam masa sehari

Page 12: Kontrak sewa (al ijarah)

Rukun dan Syarat Sewa Rukun keempat : Bayaran Sewa atau Upah

1. Bayaran sewa mestilah bayaran yang sucio Tidak sah bayaran jika bayaran sewa/upah berupa anjing atau khinzir atau kulit

yang belum disamak atau arak. (Barangan Najis)o Juga barangan yang terkena najis dan tidak boleh dibersihkan (Cuka, susu,

miyak..)

2. Bayaran sewa boleh dimanfaatkano Tidak sah memberikan bayaran sewa/upah berbentuk sesuatu yang tidak boleh

dimanfaatkan kerana tidak bernilai o Contoh : Serangga / 2 biji gandum / Haiwan Buas / Berhala / Ukiran

3. Mampu diseraho Contoh : Burung yang masih di udara / ikan yang masih di dalam sungaio Atau barangan yang sudah dirampas

Page 13: Kontrak sewa (al ijarah)

Rukun keempat : Bayaran Sewa atau Upah

4. Pihak yang berkontrak mempunyai kuasa (wilayah) untuk menyerahkannyao Kuasa (Wilayah) : Sama ada sebagai pemilik atau wakil

5. Bayaran sewa / upah diketahui kedua-dua pihako Tidak sah sewa kereta dibayar dengan minyaknyao Tidak sah menyewa seekor haiwan jika dibayar dengan memberi makannya

Bayaran sewa/upah yang tidak pasti:o Apabila sebahagian daripada upah diperolehi daripada hasil kerja orang yang diupah

o Contoh: Upah menyembelih kambing : Dibayar dengan kulit / sebahagian anggota kambing tersebut (ketebalan kulit & kadar anggota kambing tidak diketahui)

o Seorang yang diupah untuk mengisar gandum , upahnya dibayar dengan memberikan sebahagian daripada tepung gandum yang dihasilkan ( ¼).

o Memberikan sebahagian daripada hasil kutipan wang , sama ada untuk persatuan atau sebagainya. Contoh : 2%

Ianya tidak sah kerana upah yang ditetapkan tidak pasti. Pendapatan melalui cara ini adalah cara yang tidak baik dan bercanggah dengan syarak.

Page 14: Kontrak sewa (al ijarah)

Jenis dan Syarat Penyewaan Terdapat 2 jenis kontrak sewa : Sewa Barangan dan Sewa Jaminan

1) Sewa Barangano Sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperolehi daripada barangan

tertentu.o Contoh: Pemilik berkata “ Saya sewakan rumah ini kepada anda”o Seseorang menyewa (mengupah) orang tertentu untuk sesuatu kerja /

menjahitkan baju tertentu

2) Sewa Jaminano Sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperolehi melalui jaminan pemiliko Contohnya : Penyewa menyewa (mengupah) seseorang untuk

menghantarkannya ke suatu tempat menggunakan sebuah kereta yang dinyatakan sifat-sifatnya berdasarkan jaminan pemiliknya

o Sewa ini merujuk kepada perkhidmatan yang dinyatakan ciri-cirinya melalui jaminan pemilik bukan perkhidmatan yang diperolehi daripada barangan tertentu.

Page 15: Kontrak sewa (al ijarah)

Syarat Sewa Barangan1) Barangan yang disewa mestilah ditetapkan

o Tidak sah menyewa salah satu daripada 2 buah kereta.

2) Barangan yang disewa mestilah wujud dan dipamerkan di hadapan kedua-dua pihak ketika memeterai kontrak sewao Kedua-dua pihak harus melihat barangan yang akan disewa sebelum majlis kontrak

dan barangan tersebut biasanya tidak mengalami apa-apa perubahan dalam tempoh tersebut.

3) Penggunaan khidmat(manfaat) barangan tersebut tidak ditangguh selepas kontrak dimeteraio Contoh : Pemilik menyewakan rumahnya pada tahun hadapan

o Kecuali jika sewa masa hadapan tersebut membabitkan orang yang sama yang sedang menyewa barangan tersebut pada ketika kontrak tersebut dibuat. Dan kontrak tersebut akan berakhir pada tarikh permulaan kontrak baru.

o (Penyewa menyewa barangan tersebut untuk dua tempoh dalam satu kontrak)

Page 16: Kontrak sewa (al ijarah)

Syarat Sewa Jaminan1. Bayaran sewa adalah serta-merta dan diserahkan dalam majlis kontrak

o Sewa ini ialah jual salam perkhidmatano Penyerahan modal salam (sewa) mestilah dilakukan dalam majlis kontrako Penangguhan penyerahan bayaran dikira sama seperti tidak

menyerahkannyao Jika kedua-dua pihak bersetuju untuk mengangguhkan bayaran sewa,

kontrak tersebut tidak sah walaupun dalam satu majlis

2. Spesfikasi barangan yang ditawarkan perkhidmatan itu hendaklah dinyatakan dengan jelaso Contoh : Penyewa memeterai kontrak dengan syarikat pengangkutan supaya

menghantarkannya ke sebuah negarao Perlu dijelaskan jenis pengangkutan yang akan digunakan.

o Adakah pengangkutan udara atau darat?o Adakah kereta besar atau kecil?

Page 17: Kontrak sewa (al ijarah)

Hukum Kontrak Sewa1) Hak milik penyewa terhadap khidmat yang disewa disahkan dan

penyewa berhak menggunakannya2) Hak milik pemilik sewaan terhadap bayaran sewa iaitu bayaran bagi

perkhidmatan yang diserahkan kepada penyewa pada masa kontrak disahkan.

o Apabila khidmat barangan tersebut selesai digunakan/ tempoh yg ditetapkan berakhir, maka pemilik mengesahkan hak miliknya ke atas semua bayaran sewa.

o Jika barangan yang disewa rosak selepas sebahagian khidmatnya sahaja yang digunakan, beberapa perkara harus dilihat:

o Jika bahagian yang telah digunakan pada kebiasaannya boleh dimanfaatkan, pemilik berhak memperoheli bayaran sewa bagi bahagian yang telah digunakan.

o Contohnya : Penyewa menyewa sebuah kereta untuk ke suatu tempat, lalu kereta itu rosak sebelum tiba, pemilik berhak memperolehi bayaran sewa untuk jarak yang dilaluinya hanya jika penyewa boleh meneruskan perjalanan tanpa bersusah-payah atau dia mempunyai urusan tertentu di tempat tersebut.

Page 18: Kontrak sewa (al ijarah)

o Jika khidmat(manfaat) daripada bahagian yang digunakan biasanya tidak boleh dimanfaat, pemilik tidak berhak untuk memperolehi sedikit pun bayaran sewa.

o Contohnya: Tempat kereta rosak itu biasanya bukan tempat tuju atau sukar untuk meneruskan perjalanan dari tempat tersebut.

o Hal ini sama seperti barangan yang dijual rosak sebelum diserahkan atau barangan itu boleh digunakan khidmatnya.

Hak Menggunakan Perkhidmatano Penyewa berhak menggunkan sendiri khidmat tersebut atau pun diserahkan kepada

orang lain.o Jika pemilik meletakkan syarat hanya penyewa sahaja yang boleh menggunakannya,

kontrak tersebut tidak SAH.

Syarat-syarat yang membolehkan barang tersebut digunakan oleh orang lain.1) Orang yang diberikan kebenaran menggunakan barangan tersebut mestilah orang

yang amanah.2) Pengguna tersebut mestilah menggunakan barangan tersebut dengan cara yang

sama seperti penyewa/ kurang memberikan kesan yang buruk kepada barangan berbanding penyewa.1) Apabila menyewa sebuah rumah kediaman, dia tidak berhak menyerahkannya kepada

orang lain untuk digunakan sebagai premis kilang/perniagaan.2) Pemilik menyewakan sehelai baju, penyewa tidak berhak menyerahkan kepada orang lain

yang bertubuh lebih besar.

Page 19: Kontrak sewa (al ijarah)

Tanggung-jawab ke atas barang sewaan Sebarang kerosakan atau kecacatan pada barangan yang disewa

tidak akan ditanggung oleh penyewa selagi ia bukan berpunca daripada salah laku atau cuai ketika menggunakannya. Contoh: Penyewa menyewa sebuah rumah kediaman dan dia

mendiaminya. Rumah itu kemudian terbakar berpunca daripada alat memasak yang biasa digunakan di dalam rumah dan bukan akibat kecuaiannya.

Contoh: Penyewa membuat pembakaran untuk perusahaan besi atau sebagainya. Maka penyewa perlu bertanggung-jawab kerana dia telah menyalahgunakan rumah tersebut, lain daripada tujuan asal penyewaan.

Page 20: Kontrak sewa (al ijarah)

Tanggung-jawab Orang Upahan1. Orang upahan untuk tugas khusus

o Orang yang diikat secara kontrak oleh pengupah untuk melakukan sesuatu kerja dalam tempoh tertentu dan pengupah berhak memanfaatkan tenaga orang yang diupah seoanjang tempoh tersebut.

o Manakala orang upahan pula berhak memperolehi bayaran upah walaupun tidak melakukan sebarang kerja.

o Orang upahan seperti ini tidak perlu bertanggung-jawab dengan kerja-kerja yang dilakukan kecuali jika mereka menyalah guna atau cuai dengan kerja mereka.

2. Orang upahan untuk tugas bersamao Orang yang diikat secara kontrak oleh pengupah untuk melaksanakan kerja tertentu

dan dia berhak mendapat bayaran upah setelah kerja tersebut selesai.o Tidak bertanggung-jawab terhadap sebarang kerosakan kecuali jika mereka

menyalah guna atau cuai.

Orang upahan untuk tugas bersama perlu bertanggung-jawab dengan barangan rosak di tangannya, kecuali jika kerosakan itu disebabkan oleh punca yang tidak dapat dielakkan seperti kebakaran atau tenggelam. (Pendapat ulama’ mazhab Abu Hanifah)