konsultasi bajet 1 - pendidikan rendah dan menengah di institusi st. john, kuala lumpur, dan...

Download KONSULTASI BAJET 1 - pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian

Post on 02-Sep-2019

0 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Bilangan 3 Mei - Jun 2013

    PERHIMPUNAN PERPADUAN HARI PEKERJA ms 14

    PESTA SUKAN PERBENDAHARAAN ms 10-11

    FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA ms 8

    MAJLIS KONSULTASI BAJET 2014

  • Perutusan KSP

    PENASIHAT YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah Ketua Setiausaha Perbendaharaan

    KETUA PENGARANG Amidah Hamim

    EDITOR Norhaidah Md Esa Norshuhada Mansor

    DITERBITKAN OLEH Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kewangan Malaysia

    Buletin Khazanah Unit Komunikasi Korporat, Aras 2, Perbendaharaan 2, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya.

    Tel: 03-8890 6438 Faks: 03-8890 6515 E-mail: amidah.hamim@treasury.gov.my norhaidah.esa@treasury.gov.my norshuhada.mansor@treasury.gov.my

    Dicetak oleh: Absolute Master Printers Sdn. Bhd.

    Terima kasih di

    ucapkan kepada

    bahagia n dan

    agensi y ang tela

    h menyu mbang a

    rtikel da n bahan

    untuk p enerbita

    n buleti n ini.

    Sidang Pengara

    ng Bule tin Khaz

    anah

    mengalu -alukan

    sumban gan beri

    ta/renca na.

    Kesinam bungan

    Buletin Khazan

    ah adala h

    kejayaa n kita b

    ersama. Jangan

    lupa ha ntarkan

    sumban gan and

    a kepad a:

    Sidang Pengarang

    Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat izin dan limpah kurnia -Nya, kita bertemu sekali lagi melalui terbitan Buletin Khazanah bulan Mei -Jun 2013 ini.

    Terlebih dahulu bagi pihak warga Kementerian Kewangan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ”Selamat Kembali” dan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan; Tahniah kepada YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang telah dilantik semula menjadi Menteri Kewangan II dan YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan sebagai Timbalan Menteri Kewangan. Tahniah di atas kemenangan mereka memenangi kerusi Parlimen yang diwakili mereka pada Pilihan Raya Umum Ketiga Belas pada 5 Mei yang lalu.

    Kepada YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah, kembalinya beliau ke Kementerian Kewangan bolehlah dianggap sebagai ”sireh pulang ke gagang”. Prestasi dan kecemerlangan beliau menjadi Menteri Kewangan II pada penggal yang lalu telah menyebabkan beliau diberi kepercayaan sekali lagi untuk meneruskan tanggungjawab membantu YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

    Kepada YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, kami mengucapkan ”Selamat Datang” ke Kementerian Kewangan. YB Datuk Haji Ahmad Haji Maslan juga tidak kurang hebatnya daripada segi pengalaman dan pengetahuan sehingga beliau diberi kepercayaan oleh YAB Perdana Menteri untuk menjadi Timbalan Menteri Kewangan.

    Justeru kombinasi kehebatan YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dengan YB Menteri Menteri Kewangan II dan YB Timbalan Menteri Kewangan ini diharapkan akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan Kementerian ini terutamanya dalam mengurus kewangan dan ekonomi negara.

    Kepada YB Dato’ Dr Awang Adek Hussin dan YB Dato’ Ir. Donald Lim Siang Chai, bagi pihak warga Kementerian Kewangan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan dan bakti sepanjang mereka bersama kami di penggal yang lalu.

    Kepada warga Perbendaharaan, kita sedia maklum bahawa Perbendaharaan sekarang dalam transformasi untuk merealisasikan halatuju menjadi “Perbendaharaan Esok Bermula Hari Ini” (Tomorrow Treasury, Today).

    Justeru, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih atas komitmen dan persediaan untuk menerima perubahan yang ditunjukkan oleh warga Perbendaharaan.

    Sekian, terima kasih.

    YBHG. TAN SRI DR. MOHD IRWAN SERIGAR ABDULLAH KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN

  • 3

    YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN

    Beliau dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian melanjutkan pengajian di Kolej Lelaki Malvern Worchestershire, England. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

    Mula menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan pada April 2009 sehingga kini.

    YB. DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH, MENTERI KEWANGAN II

    Beliau dilahirkan pada 21 Julai 1952 di Ipoh, Perak. Beliau pernah pendidikan rendah di Sekolah Rendah St. Micheal, Ipoh pada 1959. Selepas tamat Tingkatan 6 di Sekolah Datuk Abdul Razak di Seremban, Negeri Sembilan, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada 1976. Beliau turut mempunyai Sijil Ekonomi Islam dari Universiti Islam Antarabangsa serta Sijil Perakaunan dan Kewangan dari Institut Pengurusan Malaysia.

    Mula menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan II pada 18 mac 2008 hingga kini.

    YB. DATUK HJ AHMAD HJ MASLAN, TIMBALAN MENTERI KEWANGAN

    Beliau dilahirkan pada 30 April 1966 di Benut, Pontian, Johor. Beliau mendapat pendidikan rendah di SK. Seri Bahagia, Lubuk Sipat, Benut dan mendapat pendidikan menengah di SM Sains Johor, Kluang. Beliau meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi & Sains Politik di Universiti Victoria, New Zealand dan seterusnya melanjutkan pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.

    Mula menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan pada 15 Mei 2013 sehingga kini.

    Tahniah!!! &

    SELAMAT DATANG

  • 4

    MAJLIS KONSULTASI BAJET 2014

    18 Jun 2013 – YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mempengerusikan Majlis Konsultasi Bajet 2014 bertempat di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan.

    Lebih kurang 96 memorandum telah dikemukakan meliputi pelbagai aspek makro, isu-isu sektoral dan sosial kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan sebagai input penyediaan bajet 2014.

    Majlis bertemakan Mengotakan Janji, Merancakkan Transformasi turut menumpukan kepada dua elemen iaitu merancakkan ekonomi negara dan menentukan kesejahteraan rakyat secara inklusif.

    Perdana Menteri dan Menteri Kewangan turut mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.

    Turut hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Kewangan Kedua, YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan, YB Datuk Hj Ahmad Hj Maslan, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah.

  • 4 Jun 2013 – Tiga teraju Kementerian Kewangan yang terdiri daripada YB Dato’ Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua, YB Datuk Hj Ahmad Hj Maslan, Timbalan Menteri Kewangan dan YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah menghadiri Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Jun 2013 yang diadakan di Dewan Utama, Kementerian Kewangan.

    Perhimpunan ini merupakan kali pertama selepas Perdana Menteri mengumumkan barisan Kabinet Baru. Ketika perhimpunan tersebut, YB Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua menyeru agar warga Kementerian Kewangan meningkatkan kualiti kerja untuk memastikan Kementerian Kewangan kekal sebagai sebuah agensi unggul serta terus mencapai kejayaan demi kejayaan yang lebih cemerlang.

    Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada YB Datuk Hj Ahmad Hj Maslan, yang dilantik menjadi Timbalan Menteri Kewangan dan berharap agar sama- sama menabur jasa dan bakti di Kementerian Kewangan yang begitu besar peranan dan tanggungjawabnya terhadap pengurusan kewangan dan ekonomi negara.

    Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Booth terbaik sempena program TTP Open Day yang telah diadakan pada 24 April 2013 yang lalu.

    • Tempat Pertama : Pasukan Re-engineering Key Processes - RM 10,000

    • Tempat Kedua : Pasukan Values & Culture - RM5,000

    • Tempat Ketiga : Pasukan Leadership in Fiscal Strategy & Discipline Pasukan - RM 3,000

    Perhimpunan Bulanan

    5

  • 6

    JKDM & LHDN METERAI MOU AUDIT

    MAJLIS MENANDATANGANI KOLABORASI TEKNOLOGI ANTARA MAVENIR USA, UTP DAN VISUALNET SDN BHD

    TARIKH : 11 JUN 2013

    TEMPAT : THE GARDENS HOTEL, MIDVALLEY KUALA LUMPUR

    DISAKSIKAN OLEH : YB DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH, MENTERI KEWANGAN KEDUA

    11 Jun 2013 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) bagi Program Audit Bersama untuk menambah hasil serta meningkatkan pengauditan berkesan.

    Program tersebut merupakan inisiatif kerajaan di bawah konsep Strategi Lautan Biru bagi membangunkan rangkaian perkongsian maklumat yang lebih baik di antara dua agensi terbabit. Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan perkongsian pengetahuan dan keperluan berkaitan audit selain membolehkan pertukaran maklumat syarikat atau pembayar cukai antara agensi.

    Majlis menandatangani MOU di antara JKDM yang diwakili oleh YB. Datuk Seri Mohd Khazali Ahmad dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang