kolaborasi & konsultasi

32
KOLABORASI & KONSULTASI DALAM PENDIDIKAN KHAS (GGGB 6823) PENSYARAH: PROF. DATO' DR. ZALIZAN BINTI HJ. MOHD. JELAS DR. NORSHIDAH BINTI MOHAMAD SALLEH

Upload: umithayyibah-ramly

Post on 19-Jul-2015

292 views

Category:

Education


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kolaborasi & konsultasi

KOLABORASI & KONSULTASIDALAM PENDIDIKAN KHAS(GGGB 6823)

PENSYARAH:

PROF. DATO' DR. ZALIZAN BINTI HJ. MOHD. JELAS

DR. NORSHIDAH BINTI MOHAMAD SALLEH

Page 2: Kolaborasi & konsultasi

LAPORAN PROGRAM “SEHARI BERSAMA AUDIOLOGIS”

UMITHAYYIBAH BINTI RAMLYP 71542

Page 3: Kolaborasi & konsultasi

PENGENALAN

• Itano et al. (2006), mendapati pengesanan awal masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran memberi impak kepada penguasaan bahasa. Melalui pengesanan awal yang dilakukan, langkah-langkah intervensi dapat dilaksanakan bagi membantu kanak-kanak ini memperkembangkan kemahiran bahasa mereka.

• Manakala menurut Davis (2009), masalah yang dialami oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah penguasaan bahasa dan komunikasi.

Page 4: Kolaborasi & konsultasi

OBJEKTIF PROGRAM

1. Memberi panduan kepada pelajar-pelajar tipikal, ibubapa khas untuk membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi secara efektif dengan individu berkeperluan khas bermasalah pendengaran.

2. Memberikan panduan kepada murid berkeperluan khas, ibubapa dan guru-guru bagi menjaga kesihatan telinga, cara menjaga alat bantu dengar dan menjalankan saringan telinga secara percuma.

3. Menambah keyakinan diri pelajar dengan keperluan khas bermasalah pendengaran melalui aktiviti-aktiviti melibatkan pertuturan dan interaksi dengan pakar audiologi.

4. Memupuk sikap prihatin dalam diri pelajar-pelajar tipikal terhadap rakan-rakan berkeperluan khas dengan memberikan mereka peranan sebagai ‘buddy’ semasa melakukan aktiviti sepanjang program ini.

5. Mewujudkan kerjasama yang erat antara professional (audiologi) dengan komuniti di sekolah dan juga ibubapa.

Page 5: Kolaborasi & konsultasi

PERJALANAN PROGRAM (SEBELUM)

FEBRUARI

Page 6: Kolaborasi & konsultasi

PIHAK- PIHAK YANG TERLIBAT

Page 7: Kolaborasi & konsultasi

PERJALANAN PROGRAM (SEBELUM)

BIL TARIKH STRATEGI TINDAKAN

1 24 FEB 2014Berbincang dengan guru-guru pendidikan khas mengenai

kertas kerja dan tarikh pelaksanaan program

Guru-guru pendidikan

khas

2 26 FEB 2014

Berbincang dengan pihak pengurusan, pentadbir

memaklumkan program, tentatif tarikh, dan merangka kertas

kerja

Pengetua, GPK, semua

guru pendidikan khas

3 27 FEB 2014Taklimat ringkas bersama murid pendidikan khas serta

edaran borang dan makluman untuk ibubapaAJK program/ aktiviti

4

 04 MAC 2014

Menghubungi Innohear, Kuantan

Menghubungi pejabat Menteri Besar

Menghebahkan program bagi meraih sumbangan

Penyelaras program,

Setiausaha program

AJK pelaksana

Page 8: Kolaborasi & konsultasi

PERJALANAN PROGRAM (SEBELUM)

5

 

06 MAC 2011Kutipan borang, surat maklum balas kehadiran ibubapa dan

pendaftaran murid Kelab Bahasa Isyarat.

AJK perhubungan

awam

6 17 MAC 2014

Taklimat AJK kali-2 membincangkan mengenai perkara-

perkara berbangkit- tempahan banner, tempahan makan

minum, tempahan dan persiapan tempat, menempah

cenderahati dan membincangkan perjalanan program.

Guru-guru pendidikan

khas

7 18 MAC 2014Perbincangan kali ke-2 dengan Innohear Kuantan bagi

membincangkan kesesuaian aktiviti dan perjalanan program

AJK Perhubungan

Awam

8 23 APRIL 2014

Menguruskan persiapan tempat, menyediakan brosur,

memastikan tempahan makanan dan minuman, memasang

banner, menyediakan cenderahati, menempah LCD.

AJK Pelaksana

9 24 APRIL 2014 Melaksanakan program AJK Pelaksana

9 26 APRIL 2014 Menyediakan laporan perlaksanaan programSetiausaha dan AJK

Dokumentasi

Page 9: Kolaborasi & konsultasi

PERJALANAN PROGRAM (SEMASA)

TARIKH MASA AKTIVITI

24 April 2014

(Rabu)

7.30 pg-Pendaftaran

-Taklimat perjalanan program

8.00 pgAktiviti 1

-Komunikasi berkesan 

10.00 pg REHAT (MINUM PAGI)

10.30 pg

Aktiviti 2

-Pengenalan bersama Audiologis

-Kepentingan Menjaga Kesihatan Telinga

11.30 pg

Aktiviti 3

-Penjagaan alat bantu dengar

-Saringan pendengaran telinga tengah

12.30 ptg Penutup/ Penyampaian cenderahati/ sesi fotografi

1.00 ptg Jamuan makan

Page 10: Kolaborasi & konsultasi

INNOVATIVE HEARING CENTRE KUANTAN

Pusat Pendengaran dan pembekal alat-alat bantu dengar dan lain-lain alat kesihatan.

Page 11: Kolaborasi & konsultasi

AKTIVITI 1 –- KOMUNIKASI BERKESAN- PERKONGSIAN DENGAN

IBUBAPA

Page 12: Kolaborasi & konsultasi

AKTIVITI 2 - PENGENALAN BERSAMA AUDIOLOGIS - KEPENTINGAN KESIHATAN TELINGA

Page 13: Kolaborasi & konsultasi
Page 14: Kolaborasi & konsultasi

AKTIVITI 3 – PENJAGAAN ALAT BANTU DENGAR

SARINGAN PENDENGARAN TELINGA TENGAH

Page 15: Kolaborasi & konsultasi

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

Page 16: Kolaborasi & konsultasi

JAMUAN MAKAN

Page 17: Kolaborasi & konsultasi

AJK PELAKSANA

AJK makanan

AJK siaraya

AJK cenderamata

Bendahari

AJK Program

setiausaha

Penasihat Kelab Bahasa Isyarat

AJK Perhubungan Awam

AJK Persiapan tempat

AJK Dokumentasi

Penyelaras

Page 18: Kolaborasi & konsultasi

LAPORAN KEWANGAN

BIL SUMBER KEWANGAN  KUANTITI KOS/UNIT  JUMLAH (RM)

1. Sumbangan Menteri Besar     

2360.00 

2 Orang perseorangan     300.00

  Jumlah     2660.00

BIL PERBELANJAAN KUANTITI KOS/UNIT (RM) JUMLAH (RM)

1. Banner/ Bunting program 1 buah 150.00 150.00

2. Bahan-bahan untuk aktiviti 48 set 3.00 144.00

3.Makan minum pelajar/guru/ibubapa/jemputan

90 orang 10.00 900.00

4.Cenderahati:4.1 Innohear Kuantan4.2 Audiologis

 1 set2 set

 

30.0026.00

30.0052.00

 5.

 Dokumentasi- Laporan, Fotografi/CD

 -

 50.00

 50.00

  Jumlah Kos     1326.00

Page 19: Kolaborasi & konsultasi

PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT

1. Dua orang audiologis daripada Innovative Hearing Centre Kuantan

• Memberikan input kepada murid, ibu bapa dan guru yang terlibat cara menjaga telinga dan alat pendengaran.

• Memberi peluang kepada murid, ibu bapa atau guru yang terlibat melakukan saringan pendengaran.

• Memastikan murid-murid yang terlibat dalam aktiviti gembira, selesa, puas dan yakin.

• Melibatkan murid tipikal dalam aktiviti semasa program dijalankan bagi memberi peluang kepada mereka memahami bagaimana professional bekerja dan mendalami keperluan rakan sebaya yang bermasalah pendengaran.

• Memastikan murid dengan keperluan khas dapat bekerjasama dengan murid tipikal yang sebaya.

Page 20: Kolaborasi & konsultasi

2. Murid berkeperluan khas bermasalah pendengaran SMK Alor Akar seramai 22 orang.

• Melibatkan diri dengan aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini.

• Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada audioligis bagi menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan.

• Bekerjasama dengan rakan-rakan tipikal yang sebaya semasa aktiviti dijalankan.

3. Murid tipikal daripada Kelab Bahasa Isyarat SMK Alor Akar seramai 15 orang.

• Melibatkan diri dengan aktif semasa program bersama audiologis bagi melihat sendiri cara professional bekerja dan memahami keperluan rakan-rakan bekeperluan khas.

• Membantu menyebarkan maklumat tentang program untuk menambah penyertaan dalam program.

• Membantu rakan pendidikan khas dengan berperanan sebagai buddy.

4. Ibubapa Murid khas seramai 13 orang

• Menghantar anak ke lokasi program dengan selamatnya.

• Melibatkan diri dengan giat semasa aktiviti dijalankan, berkongsi pengalaman.

• Belajar cara yang betul untuk berkomunikasi, menjaga organ pendengaran dan menjaga alat bantu pendengaran.

• Berkomunikasi dengan keluarga lain yang juga mempunyai anak dengan keperluan khas

Page 21: Kolaborasi & konsultasi

5. Guru-guru pendidikan khas seramai 10 orang dan 3 orang pembantu pengurusan murid.

• Memastikan lokasi aktiviti adalah bersih dan selamat untuk digunakan.

• Memantau perjalanan program pada hari pelaksanaannya.

• Berperanan sebagai AJK Pelaksana-menjalankan tugasan mengikut pembahagian kerja.

• Menguruskan persiapan tempat, tempahan makanan, tempahan banner, menyiapkan sijil, menyediakan cenderahati, menguruskan surat jemputan kepada ibubapa dan ‘follow up’ permohonan sumbangan daripada MB.

• Memastikan pendaftaran berjalan lancar.

6. Pentadbir

• Membenarkan penggunaan lokasi aktiviti.

• Mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan.

• Merasmikan majlis penutup.

• Memberikan sokongan bagi memohon sumbangan.

7. Guru-guru tipikal seramai 15 orang

• Mendengar taklimat dan melibatkan diri dalam aktiviti.

Page 22: Kolaborasi & konsultasi

8. Penyelaras program - murid UKM

• Merancang program yang bersesuaian dengan keperluan murid bermasalah pendengaran di SMK Alor Akar, Kuantan.

• Berbincang dengan semua pihak yang terlibat dalam pogram ini.

• Memantau perjalanan persiapan untuk pelaksanaan program.

• Mencari dana untuk persiapan dan pelaksanaan program.

• Mengendalikan slot komunikasi berkesan

• Memastikan program berjalan dengan lancar pada hari pelaksanaan.

• Mengumpul maklum balas dari semua peserta untuk tujuan penambahbaikan.

• Selepas hari pelaksanaan, menulis surat penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.

• Menjalankan Post-mortem dengan Innohear, AJK Pelaksana yang terlibat untuk tujuan penambahbaikan.

9. Pihak Yang Terlibat Secara Langsung atau Tidak Langsung

• Memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan atau tenaga bagi menjayakan program ini.

• Menyokong program ini sebelum, semasa dan selepas dijalankan.

Page 23: Kolaborasi & konsultasi

KEPENTINGAN KOLABORASI DALAM PROGRAM

• Memberikan pengalaman baru kepada semua yang terl ibat

• Mendapatkan info atau pengetahuan baru secara langsung daripada pakar bidang

• Satu platform untuk mewujudkan hubungan dengan pelbagai pihak.

Page 24: Kolaborasi & konsultasi

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN

1. Kemahiran Komunikasi

• Sentiasa jujur

• Berkomunikasi secara terbuka

• Memastikan komunikasi adalah bermakna

• Adaptasi cara komunikasi untuk menyesuaikan diri dengan tugasan dan status perhubungan.

2. Kemahiran mendengar

3. Cara bertanya soalan yang betul bagi mendapatkan respon.

4. Problem solving

(Friend and Cook, 2003)

Page 25: Kolaborasi & konsultasi

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

1. Masalah komunikasi dengan pihak pentadbir sekolah dan AJK Pelaksana

• Faktor jarak dan masa

2. Kekangan masa telah menyebabkan rancangan asal program berubah. Ahli

terapi pertuturan dan patologis daripada Jabatan Audiologi dan Patologi,

IIUM yang pada permulaannya bersetuju untuk terlibat sama tidak dapat

menyertai program ini kerana terlibat dengan program anjuran KPM

sepanjang bulan April.

3. Perubahan tarikh pelaksanaan program.

4. Mendapatkan sumbangan.

5. Mengalami masalah teknikal sebelum program bermula.

Page 26: Kolaborasi & konsultasi

HASIL PROGRAM SEHARI BERSAMA AUDIOLOGIS

1. Memberi tunjuk ajar kepada ibu bapa, guru-guru pendidikan khas dan murid tipikal bagi membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dengan rakan-rakan atau anak berkeperluan khas bermasalah pendengaran.

2. Ibubapa dapat belajar cara yang betul dalam penjagaan alat bantu dengar dan mempraktikkan amalan komunikasi sebagai satu kesinambungan terhadap pengajaran di sekolah.

3. Memberikan panduan kepada murid berkeperluan khas, ibubapa, guru-guru dan warga sekolah bagi menjaga kesihatan telinga dan kepentingannya.

4. Menambah keyakinan diri murid dengan keperluan khas bermasalah pendengaran melalui aktiviti-aktiviti melibatkan interaksi dengan pakar audiologi.

5. Memupuk sikap prihatin dalam diri murid-murid tipikal terhadap rakan-rakan berkeperluan khas dengan memberikan mereka peranan sebagai ‘buddy' semasa melakukan aktiviti sepanjang program ini.

6. Mewujudkan kerjasama yang erat antara professional dengan komuniti di sekolah dan juga ibubapa.

Page 27: Kolaborasi & konsultasi

KELEMAHAN-KELEMAHAN PROGRAM

1. Hanya dapat berkerjasama dengan 2 orang Audiologis, mengharapkan jika lebih ramai Audiologis yang terlibat lebih banyak aktiviti dapat dilakukan sepanjang program.

2. Masa program yang diadakan pada waktu bekerja menyebabkan kekangan kepada sesetengah ibubapa yang bekerja untuk hadir- Menyebabkan penyertaan ibubapa kurang daripada jangkaan.

3. Penyertaan guru-guru bukan pendidikan khas adalah bergantung kepada masa lapang mereka kerana terikat kepada jadual mengajar.

Page 28: Kolaborasi & konsultasi

MODEL KOLABORASI YANG DIGUNAKAN

Friend and cook (2003)

Page 29: Kolaborasi & konsultasi

HASILAN/KEPUASAN

1. Program ini memenuhi keperluan murid berkeperluan khas, murid tipikal, ibubapa dan warga sekolah.

2. Memenuhi hasrat pengetua/ pentadbir sekolah yang sememangnya mengharapkan program-program kesedaran tentang pendidikan khas diperbanyakkan.

3. Melalui program ini dapat mengumpulkan ibubapa murid pendidikan khas yang memberi peluang kepada mereka bertemu antara satu sama lain selain berkongsi pengalaman cara berkomunikasi dengan anak mereka.

4. Program ini telah berjaya mendapatkan sumbangan yang lebih daripada yang diharapkan iaitu sebanyak RM2660. Sumbangan adalah daripada Menteri Besar Negeri Pahang dan juga daripada orang perseorangan termasuk ibubapa pelajar. Sumbangan yang diberikan digunakan untuk menampung perbelanjaan program ini manakala selebihnya dimasukkan ke dalam tabung Pendidikan Khas SMK Alor Akar.

5. Kerjasama daripada guru-guru khas yang bertindak sebagai penterjemah bahasa isyarat melancarkan penyampaian maklumat sepanjang program.

Page 30: Kolaborasi & konsultasi

6. Penglibatan 2 orang Audiologis daripada Innovative Hearing Centre sangat memuaskan sepanjang aktiviti yang merereka kendalikan kerana:

• peka dengan pelbagai perserta yang terlibat.

• menyediakan aktiviti yang interaktif yang memerlukan peserta terlibat secara langsung dalam aktiviti.

• Memberikan token bagi menarik minat murid.

7. Menurut 2 orang Audiologis yang terlibat, program ini dilihat sebagai peluang yang baik untuk menimba pengalaman baru kerana mereka belum pernah berkolaborasi dalam program seumpama ini.

8. Ibubapa memberikan respon yang sangat baik dan mengharapkan program seperti ini yang melibatkan golongan professional akan dapat diadakan lagi.

9. Program ini dilihat dapat membuka jalan kepada komunikasi yang lebih berjaya antara murid pendidikan khas dan murid tipikal.

10.Kerjasama yang amat baik daripada semua AJK Pelaksana memainkan peranan yang penting dalam menjayakan program ini.

11.Berpuas hati dengan penguasaha makanan yang terlibat kerana telah menyediakan juadah makanan yang sedap selain memberikan diskaun yang banyak sebagai sumbangan kepada program ini.

Page 31: Kolaborasi & konsultasi

RUMUSAN

• Teamwork sangat penting

• Komunikasi yang efektif

• Proses sepanjang pelaksanaan program menentukan kejayaan program

Page 32: Kolaborasi & konsultasi

SEKIAN TERIMA KASIH