konsonan

Upload: vellashene-vella

Post on 14-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

konsonan

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUBMM 3083

JABATAN PENGAJIAN MELAYUIPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZANKUALA LIPIS, PAHANG.PENSYARAH KURSUS: EN.MOHD. ASRI BIN ABDUL RAZAKHuruf-huruf dalam Bahasa Melayu:

Konsonan (asal, pinjaman, gandinagn, rangkap)Tajuk KonsonanKonsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Konsonan (asal)Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata. Daripada segi cara sebutan. Konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh, iaitu letupan, letusan, geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal.Cara SebutanDaerah SebutanBibirGusiGusi-L KerasLelangit KerasLelangit LembutPita Suara123456Letupantbptk?bbdgLetusantbbjSengauanbmnNGeserantbfsxhbvzGetaranbrSisianblSeparuh VokalbwyKonsonan Asal Bahasa Melayu Berdasarkan SebutanTerdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab melainkan konsonan v. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris. Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab, digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya, skuasy. Huruf ain seperti dalam perkataan mana, digantikan dengan huruf k menjadi makna. Pada tempat lain, huruf i (ilmu), a (alam), u (umur) digugurkan. Ejaan nama seperti Abdullah, Saodah, Nor Aini sudah ditiadakan. Selain itu, huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat dalam perkataan seperti Dato, sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri.Konsonan pinjaman Terdapat sembilan konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan, iaitu kh, gh, ny, ng, sh, ch, dz, dh dan th. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini, iaitu kh, gh, ny dan ng. Akan tetapi, konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy. Selain itu, empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal, iaitu ch menjadi c, dz menjadi z, dh menjadi d dan th menjadi s. (Abdullah Hassan, 2006:95-96).Konsonan gandingan dan rangkap KONSONAN BAHASA MELAYU Daerah Artiku Cara lasiArtiku lasi DuaBibirGusiGusi Lelangit KerasLelangitKerasLelangitLembutGlotisHentianp bt dk gLetusan Sengauan m n GeseransGetaran rSisian lSeparuh Vokal w y

KONSONAN LETUPAN /p/ DAN /b/ * Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara direnggangkan. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta- merta.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi letupan dua bibir tidak bersuara /p/.

* Apabila pita suara dirapatkan, arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan mengetarkan pita suara danbunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara /b/.

KonsonanAwalTengahAkhir/p//palu/ [palu]/lapik/ [lape]/atap/ [atap]/b//batik/ [bate]/rabun/ [rabon]/adab/ [adap]LETUPAN /t/ DAN /d/Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung.Pita suara direnggangkan,arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta.

Cara membunyikan konsonan /d/ sama seperti membunyikan konsonan [t]. Yang berbeza ialah pita suara dirapatkan, arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara dan bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi bersuara /d/.KonsonanAwalTengahAkhir/t//takut/ [takot]/batas/ [batas]/padat/ [padat]/d//dalam/ [dalam]/tanduk/[tando]/abad/ [abad]LETUPAN /k/ DAN /g/Bunyi konsonan /k/, dihasilkan dengan belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara dari paru-paru melalui rongga hidung. Pita suara di renggangkan.Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta merta.

Cara membunyikan konsonan /g/ sama seperti membunyikan konsonan /k/. Yang berbeza ialah:1.Pita suara dirapatkan .2.Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengetarkan pita suara.

KonsonanAwalTengahAkhir/k//kala/ [kal]/makan/ [makan]/tamak/ [tama]/g//garam/ [garam]/pagar/ [paga]/dialog/ [dailog]HENTIAN GLOTIS //Untuk menghasilkan bunyi hentian glotis, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara dirapatkan sepenuhnya.Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara. Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara.

Dalam BM, konsonan /k/ berubah menjadi hentian glotis [] di posisi akhir kata suku kata atau di posisi koda.

Konsonan /k/ kekal sebagai velar /k/ apabila berada di posisi awal suku kata atau di posisi onset. Oleh itu hentian glotis [] tidak hadir di awal kata dalam BM

Contoh perkataan:-

AwalTengahAkhir-/laksa/ [las]/anak/ [ana]-/rakyat/[rayat]/budak/ [buda]KONSONAN LETUSAN // DAN //Bagi menghasilkan bunyi letusan lelangit keras gusi tidak bersuara //, hadapan lidah dirapatkan ke lelengit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara direnggangkan, arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan.

Cara menghasilkan bunyi letusan lelangit keras bersuara // adalah sama dengan cara menghasilkan bunyi letusan lelangit keras tak bersuara // kecuali arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut menggetarkan pita suara.

KonsonanAwalTengahAkhir///ara/ [ar]/lai/ [lai]-///ala/ [al]/kani/ [kai]/kole/ [kole]KONSONAN GESERAN /s/Konsonan geseran gusi tidak bersuara /s/:

(a)Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.(b)Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.(c)Pita suara di renggangkan.(d)Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara(e)Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi.

AwalTengahAkhir/silap/ [siyap]/lasak/ [lasa]/pdas/ [pdas]/satu/ [satu]/lsu/ [lsu]/lmas/ [lmas]KONSONAN GETARAN /r/Konsonan getaran gusi bersuara /r/:(a)Hujung lidah dikenakan pada gusi.(b)Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.(c)Pita suara dirapatkan.(d)Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara.(e)Arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah.AwalTengahAkhir/rapat/ [rapat]/tiram/ [tiram]/sabar/ [saba]/rugi/ [rugi] /sram/ [sram]/bsar/ [bsa]KONSONAN SISIAN /l/Konsonan sisian gusi bersuara /l/:

(a)Hujung lidah dikenakan pada gusi.(b)Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.(c)Pita suara dirapatkan.(d)Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.(e)Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

AwalTengahAkhir/lampu/ [lampu]/balak/ [bala]/pdal/ [pdal]/lama/ [lam]/balu/ [balu]/tbal/ [tbal]KONSONAN NASAL /m/Konsonan sengau dua bibir bersuara /m/:

* Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

* Bunyi yang terhasil adalah bunyi bersuara.

AwalTengahAkhir/malam/ [malam]/tmpat/ [tmpat]/kolm/ [kolam]/masuk/ [maso]/rmpit/ [rmpet]/tanam/ [tanam]KONSONAN NASAL /n/Konsonan sengau gusi bersuara /n/. Cara membunyikannya:

Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.Arus udara dilepaskan perlahan-lahan. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara /n/ seperti pada perkataan berikut:

AwalTengahAkhir/naga/ [nag]/tanam/ [tanam]/rotan/ [rotan]/nasi/ [nasi]/panau/ [panau]/lambat/ [lambat]KONSONAN NASAL //(e)Konsonan sengau lelangit lembut bersuara //. Cara membunyikannya:

* Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung.Pita suara dirapatkan dan digetarkan.Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-pelahan.

AwalTengahAkhir/ilu/ [ilu]/bika/ [bik]/lala/ [lala]/ri/ [ri]/rakap/ [rakap]/tula/ [tula]KONSONAN NASAL //Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara // :-

* Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan digetarkan.Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung. Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan

AwalTengah/aris/ [ares]/baak/ [baa]/aman/ [aman]/sap/ [sap]SEPARUH VOKAL /w/Separuh vokal dua bibir bersuara /w/:

(a)Bibir di bundarkan.(b)Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.(c)Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung.(d)Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.(e)Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan bunyi separuh vokal bersuara/w/.

AwalTengahAkhir/waya/ [waya]/kawan/ [kawan]/takraw/ [taraw]SEPARUH VOKAL /y/Separuh vokal lelangit keras bersuara /j/. Cara membunyikannya:(a)Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.(b)Bibir di hamparkan.(c)Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung.(d)Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal /y/.

AwalTengah/yakin/ {yaken]/payu/ [payo]/yuran/ [yuran]/saya/ [saya]KESIMPULANBunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.Sekian, terima kasih!Disediakan oleh, LALITHA HASOKARVELLASHENE SUBRAMANIAMPISMP BM(SJKT), SEMESTER 4