afiqekie.files.wordpress.com · web viewcontoh, [amboi]. 6.5 konsonan konsonan ialah bunyi-bunyi...

13
TAJUK 5 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU 5.1 Sipnosis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui simbol fonetik dalam bahasa Melayu. Simbol-simbol yang dimaksudkan ialah simbol vokal, simbol konsonan, simbol konsonan rangkap dan simbol diftong. 5.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. Mengenal pasti definisi simbol fonetik Bahasa Melayu, iaitu vokal, konsonan dan diftong. ii. Membanding beza jenis-jenis simbol fonetik Bahasa Melayu. iii. Menggunakan simbol-simbol fonetik untuk mentranskripsikan petikan yang diperdengarkan oleh rakan dan pensyarah dengan tepat. . 5.3 Simbol Vokal Bahasa Melayu Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal ini tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja. Huruf Simbol Fonetik

Upload: others

Post on 07-Jan-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewContoh, [amboi]. 6.5 Konsonan Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian

TAJUK 5

SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU

5.1 Sipnosis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui simbol fonetik dalam bahasa Melayu.

Simbol-simbol yang dimaksudkan ialah simbol vokal, simbol konsonan, simbol konsonan

rangkap dan simbol diftong.

5.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Mengenal pasti definisi simbol fonetik Bahasa Melayu, iaitu vokal, konsonan

dan diftong.

ii. Membanding beza jenis-jenis simbol fonetik Bahasa Melayu.

iii. Menggunakan simbol-simbol fonetik untuk mentranskripsikan petikan yang

diperdengarkan oleh rakan dan pensyarah dengan tepat.

.

5.3 Simbol Vokal Bahasa Melayu

Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu

bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa

bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal ini tumpukan

hanya kepada ejaan Rumi sahaja.

Huruf Simbol Fonetik

a [a]

e (pepet) [e]

e taling [ə]

i [i]

o [i]

u [u]

Page 2: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewContoh, [amboi]. 6.5 Konsonan Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian

Jadual 5.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu

Page 3: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewContoh, [amboi]. 6.5 Konsonan Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian

5.4 Simbol Konsonan Bahasa Melayu

Simbol konsonan Bahasa Melayu mewakili kesemua 25 huruf dan simbol fonetik

konsonan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.2 yang berikut:

Bil. Huruf Simbol Fonetik

1. b /b/

2. c /c/

3. d /d/

4. f /f/

5. g /g/

6. gh /x/

7. h /h/

8. j /j/

9. k /k/

10. kh /x/

12. l /l/

13. m /m/

14. n /n/

15. ng /n/

16. ny /n/

17. p /p/

18. q /q/

19. r /r/

20. s /s/

21. s /s/

22. t /t/

23. v /v/

24. w /w/

25. z /z/

Jadual 5.2: Simbol dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu

Page 4: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewContoh, [amboi]. 6.5 Konsonan Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian

Selain konsonan, dalam Bahasa Melayu juga terdapat konsonan gandingan dan

rangkap seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.3 yang berikut:

Konsonan Rangkap Simbol Fonetik

gh [ ]

ny [ ɲ ]

ng [ ŋ ]

sy [ ∫ ]

th [ ]

dz [ ð ]

akh [ x ]

Rajah 5.3: Konsonan Gandingan dan Rangkap

5.5 Simbol Diftong Bahasa Melayu

Diftong ialah huruf gabungan vokal yang hadir dalam perkataan secara bergandingan.

Sehubungan dengan itu, dalam Bahasa Melayu terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au

dan oi . Sehubungan dengan itu, simbol diftongnya ialah [ai], [au] dan [oi].

Aktiviti 6

Anda dikehendaki mencari sebuah petikan pendek yang panjangnya antara 30

perkataan hingga 50 patah perkataan, kemudian transkripsikan petikan

tersebut dengan menggunakan simbol-simbol fonetik yang telah anda pelajari.

Page 5: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewContoh, [amboi]. 6.5 Konsonan Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian

TAJUK 6, 7 DAN 8 FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU

6.1 Sinopsis

Topik ini ada hubung kaitnya dengan bunyi bahasa, yang dikenali sebagai segmen atau

fonem. Setiap bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan.

Istilah segmen atau fonem merupakan satu konsep yang abstrak, namun bermakna

apabila berdiri dalam rentetan fonem lain. Di samping itu, topik ini turut membincangkan

definisi, jenis-jenis dan peranan yang dimainkan oleh vokal, diftong dan konsonan

Bahasa Melayu.

6.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. membezakan definisi vokal, diftong, konsonan dan fonem

ii. menghurai jenis-jenis bunyi vokal, diftong dan konsonan

iii. mengenal pasti kedudukan bunyi vokal, diftong dan konsonan dalam Bahasa

Melayu.

6.3 Vokal

Apakah bunyi vokal? Kenyataan tentang bunyi vokal boleh menunjukkan sifatnya. Vokal

ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan. Vokal juga tergolong sebagai bunyi

bersuara. Oleh itu, untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral dengan

tanpa sekatan. Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal

dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan

vokal belakang.

Page 6: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewContoh, [amboi]. 6.5 Konsonan Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian

6.3.1 Vokal Hadapan

Waktu menyebut bunyi akhir dalam kata geli, depan lidah dinaikkan tinggi dalam mulut.

Antara depan lidah dan lelangit keras itu terdapat saluran sempit untuk udara keluar.

Huruf akhir pada perkataan geli, dilambangkan [i]. Lambang ini [ ] ialah lambang

fonetik. Sehubungan dengan itu, bunyi [e] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih

luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan

vokal [i].

Selepas anda menyebut bunyi [i], pegang tulang rahang dan sebut bunyi [a]. Anda

akan merasakan bahawa tulang rahang turun. Saluran udara menjadi luas kerana

depan lidah juga diturunkan. Jadi bunyi [a] ialah bunyi vokal hadapan luas (rujuk Rajah

2.7 di bawah).

6.3.2 Vokal Belakang

Sekarang, kita akan mengenali vokal belakang pula. Sebut bunyi akhir dalam kata batu.

Vokal ini ialah vokal [u]. Untuk menghasilkan bunyi ini pula, bibir dibundarkan dan

belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Cuba anda letakkan tangan di

bawah rahang dan sebut [u], kemudian sebut [o]. Ada perbezaan? Ya, ada kerana

vokal [o] juga vokal belakang, tetapi kedudukan belakang lidah lebih rendah dari

menghasilkan bunyi [u].

6.3.3 Vokal Tengah []

Berdasarkan Rajah 2.6, ada berapa vokal tengah dalam bahasa Melayu? Sebenarnya

ada satu vokal tengah, iaitu []. Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan tengah lidah

dekat dengan lelangit. Bibir dihamparkan. Sungguhpun begitu ada dua vokal kata

pinjaman dan dalam bahasa baku sebagai kelainan bagi [e] iaitu [dan

6.3.4 Vokal dinasalkan

Page 7: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewContoh, [amboi]. 6.5 Konsonan Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian

Apakah jenis vokal yang telah kita bicarakan di atas? Vokal yang kita pelajari ialah

vokal hadapan dan vokal belakang. Betul, kerana bunyi vokal ini keluar melalui rongga

oral. Pada masa vokal-vokal itu dikeluarkan, lelangit lembut dinaikkan untuk menutup

rongga nasal.

Selain itu, terdapat juga vokal-vokal yang dinasalkan, iaitu vokal yang dikeluarkan

melalui rongga oral dan nasal. Pada masa ini lelangit lembut diturunkan. Vokal ini

dikenali sebagai vokal yang dinasalkan (nasalisasi) yang ditandakan dengan [~] atas

lambang vokal. Contohnya [nani], semasa kata ini dituturkan, udara tidak seratus

peratus keluar melalui rongga mulut tetapi apabila [n] disebutkan ada aliran udara yang

melalui rongga hidung lalu terjadilah sengauan. Tanda [~] diwujudkan pada vokal yang

seterusnya, iaitu [na].

6.4 Diftong

Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata. Terdapat tiga

jenis diftong dalam bahasa Melayu. Diftong yang pertama ialah [ai] dan untuk

menghasilkannya, bahagian depan lidah mula-mulanya berada pada kedudukan untuk

vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [i] tetapi tak setinggi

sebagaimana membunyikan [i]. Contoh, [pakai]. Diftong yang kedua pula ialah diftong

[au]. Pada masa ini depan lidah berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian

bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u]; bibir yang mula-mula dihamparkan,

kemudian dibundarkan pula contohnya, [pulau]. Diftong yang ketiga ialah diftong [oi].

Ketika dihasilkan lidah berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i],

bibir yang mula-mula bundar tetapi kemudian berkeadaan hampar. Contoh, [amboi].Aktiviti 6

Lengkapkan jadual di bawah dengan maklumat keadaan alat artikulasi untuk

menghasilkan bunyi vokal.Bil.VokalLidahLelangit lembutLelangit kerasAnak tekak

1.depan sempit

2.

depan luas

3.belakang sempit

4.Belakang separuh sempit

Page 8: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewContoh, [amboi]. 6.5 Konsonan Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian

6.5 Konsonan

Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan

geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan

ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara seperti yang digambarkan dalam Rajah

6.3 yang berikut.

Rajah 6.1: Carta Konsonan Bahasa Melayu

6.5.1 Konsonan letupan

Ada sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan dilepaskan dengan

cepat. Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil letupan. Konsonan [p] dan

[b]: Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada

dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka mulut, keluarlah bunyi [p].

Page 9: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewContoh, [amboi]. 6.5 Konsonan Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian

Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara

tidak bergetar. Jika pita suara bergetar, bunyi itu ialah letupan dua bibir bersuara [b].

Konsonan [t] dan [d]: Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir,

tetapi juga dengan mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan

udara tertahan. Jika proses sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi tak bersuara. Jika pita suara digetarkan, terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [d].

Konsonan [k] dan [g]: Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan letupan lelangit lembut bersuara [g]. Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan

ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara. Di samping itu, lelangit lembut dan anak

tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Untuk

menghasilkan bunyi [g] caranya sama seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara

dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara.

Konsonan [c] dan [j]: Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke

lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak

dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap

arus udara ke rongga hidung. Pada masa ini, pita suara direnggangkan, arus udara

yang melalui rongga mulut tidak menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di

hadapan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan. Sehubungan dengan itu,

untuk menghasilkan konsonan [j], proses yang sama dilakukan tetapi pita suara

bergetar.

Penghasilan hentian [?] pula berlaku dengan cara lelangit lembut dan anak tekak

dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung.

Pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar dari paru-paru tersekat di bahagian

rapatan pita suara udara menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan

dihasilkan.

6.5.2 Konsonan Geseran

[s] - Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus

udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga

tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus

Page 10: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewContoh, [amboi]. 6.5 Konsonan Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian

udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi [s],

bunyi geseran gusi tak bersuara.

[h] - Apabila udara keluar melalui pita suara yang arenggang dan rongga mulut

berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan bunyi

geseran glotis tak bersuara akan dihasilkan.

6.5.3 Konsonan Getaran

[r] - apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah

dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil

dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r].

6.5.4 Konsonan Getaran

[l] - hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Lelangit lembut dinaikkan dan

pita suara bergetar. Udara keluar melalui tepi-tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan

dinamakan bunyi sisian gusi bersuara [l].

6.5.5 Konsonan Sengauan (nasal)

Terdapat empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu, iaitu sengauan dua bibir bersuara [m], sengauan gusi bersuara [n], sengauan lelangit keras bersuara [n] dan

sengauan lelangit lembut bersuara [n]. Perbezaannya bunyi-bunyi ini berlaku apabila

daerah udara disekat dalam rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut

dinaikkan.

[m] - dua bibir dirapatkan. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan dua bibir bersuara [m].

[n] - hujung lidah dinaikkan ke gusi. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan gusi bersuara [n].

[n] - tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi

sengauan lelangit keras bersuara [n].

Page 11: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewContoh, [amboi]. 6.5 Konsonan Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian

[n] - belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Bunyi yang dihasilkan dinamakan

bunyi sengauan lelangit lembut bersuara [n].

6.5.6 Separuh Vokal

Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah tidak tetap, tetapi bergerak

dan membuat luncuran. Ada dua jenis bunyi separuh vokal. Separuh vokal yang

dimaksudkan itu adalah seperti yang berikut.

[w] - lidah mula-mula seperti untuk membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal

yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara.

[j] - Kedudukan lidah pada mulanya seperti untuk membunyikan [i], kemudian bergerak

kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal lelangit keras bersuara.

6.5.7 Konsonan Pinjaman

Selain konsonan-konsonan yang kita nyatakan di atas, ada konsonan yang dimasukkan

ke dalam bahasa Melayu melalui kata-kata asing yang dipinjam. Banyak konsonan

dalam kata pinjaman telah digantikan dengan konsonan Melayu seperti bunyi-bunyi dari

bahasa Arab dalam bunyi [th] menjadi [s]; [gh] menjadi [g]; [dh] menjadi [d] dan [dz]

menjadi [z]. Walau bagaimanapun, ada yang bunyi asalnya terus digunakan dalam

banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi itu ialah bunyi-bunyi geseran. [f]

dan [v] - bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga

apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan. Pita suara tidak

bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi tidak bersuara.

Manakala untuk membunyikan [v] pita suara bergetar yang menghasilkan bunyi geseran bibir gusi bersuara.

Page 12: afiqekie.files.wordpress.com · Web viewContoh, [amboi]. 6.5 Konsonan Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian

[z] – bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Membunyikan [z] berbeza apabila

pita suara bergetar. Oleh itu, konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi bersuara.

[s] – pada waktu pengeluarkan bunyi ini lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah

dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara tak bergetar. Geseran yang dihasilkan

dinamakan geseran gusi lelangit keras.