16 tajuk 5 - · pdf fileperpustakaan dan pembekalan dokumen. konsep perpustakaan ... dan...

10
63 Tajuk 5 Sumber Maklumat dan Pengurusan Sumber Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi maklumat untuk mendapat sumber maklumat secara atas talian. Pelajar juga didedahkan dengan laman-laman web untuk diases bagi mendapatkan maklumat untuk bahan bacaan seperti jurnal, buku dan sebagainya. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat: 1. Merancang pengajaran dengan menggunakan pelbagai sumber dalam persekitaran teknologi. 2. Mengaplikasi dan mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 5.1 e-Sumber Pengenalan E-sumber ialah suatu kemudahan untuk mendapatkan bahan bacaan melalui internet. Pengguna bebas melayari internet ke perpustakaan yang menyediakan perkhidmatan digital diseluruh negara tanpa had untuk mendapatkan artikel, jurnal, kajian-kajian dan buku-buku rujukan. Sebagai seorang pelajar e-sumber merupakan satu alternatif untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam menyediakan tugasan. 5.1.1 Perpustakaan Digital Perpustakaan Digital merupakan perpustakaan yang menggunakan talian internet sepenuhnya dalam proses meminjam dan memuat turun bahan-bahan bacaan. Pelbagai definisi yang diberikan terhadap Perpustakaan Digital dan di antaranya ialah perpustakaan digital merupakan satu pusat yang menyediakan koleksi bercetak yang telah didigitasikan dan maklumat dalam bentuk digital serta perkhidmatan yang disediakan bagi membolehkannya diakses oleh pengguna. Dengan kata lain perpustakaan digital meliputi semua aspek dari segi koleksi bahan,

Upload: ngocong

Post on 01-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

63

Tajuk 5

Sumber Maklumat dan Pengurusan Sumber

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi maklumat untuk mendapat sumber maklumat

secara atas talian. Pelajar juga didedahkan dengan laman-laman web untuk diases bagi

mendapatkan maklumat untuk bahan bacaan seperti jurnal, buku dan sebagainya.

Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

1. Merancang pengajaran dengan menggunakan pelbagai sumber dalam persekitaran

teknologi.

2. Mengaplikasi dan mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

5.1 e-Sumber

Pengenalan

E-sumber ialah suatu kemudahan untuk mendapatkan bahan bacaan melalui

internet. Pengguna bebas melayari internet ke perpustakaan yang menyediakan

perkhidmatan digital diseluruh negara tanpa had untuk mendapatkan artikel, jurnal,

kajian-kajian dan buku-buku rujukan. Sebagai seorang pelajar e-sumber merupakan

satu alternatif untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam

menyediakan tugasan.

5.1.1 Perpustakaan Digital

Perpustakaan Digital merupakan perpustakaan yang menggunakan talian

internet sepenuhnya dalam proses meminjam dan memuat turun bahan-bahan

bacaan. Pelbagai definisi yang diberikan terhadap Perpustakaan Digital dan di

antaranya ialah perpustakaan digital merupakan satu pusat yang menyediakan

koleksi bercetak yang telah didigitasikan dan maklumat dalam bentuk digital serta

perkhidmatan yang disediakan bagi membolehkannya diakses oleh pengguna.

Dengan kata lain perpustakaan digital meliputi semua aspek dari segi koleksi bahan,

64

perkhidmatan dan kemudahan untuk menyebar, menyimpan data dan maklumat

agar ia dapat digunakan oleh komuniti masyarakat secara ekonomi dan mudah.

Contoh Perpustakaan Digital

5.1.1.1 Faktor-Faktor Keperluan Perpustakaan Digital

a. Akses Bahan Perpustakaan

Bahan bacaan seperti buku, jurnal dan artikel boleh dilayari dan

dimuat turun tanpa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membelinya.

Dengan menggunakan pangkalan data, bahan bacaan dapat dikongsi

oleh pengguna pada masa yang sama.

Pengguna masa kini boleh membuat pencarian sesuatu bahan bacaan

tanpa perlu pergi ke perpustakaan untuk mendapatnya dan ini

menjimatkan masa, kos dan tenaga.

b. Ledakan Maklumat

Perkembangan teknologi internetmemperlihatkan kemunculan

pelbagai kegiatan online atau electronic seperti e-goverment,

e-education, e-learning, e-perolehan, e-library dan sebagainya.

Perkembangan pesat ini tidak memungkinkan sesebuah perpustakaan

65

mampu untuk menyimpan kesemua maklumat dan bahan terbitan

yang ada di dunia. Maka ujudnya perkhidmatan pinjaman antara

perpustakaan dan pembekalan dokumen. Konsep perpustakaan

berubah dari user oriented menjadi user satisfaction oriented,

kecenderungan untuk memberikan kepuasan pengguna lebih

diutamakan.

c. Kos Teknologi Yang Rendah

Menjimat kos ruang untuk menyimpan bahan bercetak atau bahan

bukan bercetak, kos tenaga staf untuk peminjaman, pemulangan dan

penyusunan bahan di rak dan kos perbelanjaan untuk pemeliharaan

dan pemulihan jangka panjang.

d. Keperluan Generasi Kini

Kemudahan hyperlink memudahkan pengguna membaca setiap

skrin dan antara skrin.

5.1.2 e-Jurnal

Jurnal elektronik, juga dikenali sebagai ejournals, e-jurnal, dan siri elektronik, jurnal

ilmiah atau majalah intelek yang boleh diakses melalui penghantaran elektronik.

Kebiasaanya ianya diterbitkan di Web. e-Jurnal adalah satu bentuk khusus dokumen

elektronik yang menyediakan bahan untuk penyelidikan dan kajian akademik, dan ianya

diformatkan dalam bentuk jurnal artikel dan jurnal bercetak tradisional. Jurnal elektronik

banyak disiarkan dalam bentuk HTML atau format PDF, tetapi ada yang boleh didapati

hanya dalam salah satu daripada dua format.

66

Contoh Laman Web e-Jurnal Luar Negara

Contoh Laman Web e-Jurnal Tempatan

67

5.2 Sistem Pengurusan Perpustakaan

Sistem Pengurusan Perpustakaan merupakan sistem yang digunakan di semua

perpustakaan untuk memudah urus tadbir, pencarian bahan bacaan seperi jurnal, kajian,

artikel, keratan akhbar dan sebagainya. Untuk memudahkan urusan pencarian bahan

terdapat pelbagai perisian yang digunakan dan di antaranya seperti Sistem Elmu, OPAC

dan sebagainya seperti contoh di bawah.

5.2.1 Sistem Elmu

Sistem Elmu adalah suatu sistem yang digunakan pakai hampir ke semua

perpustakaan di Malaysia. Elmu (Intergated Library Management Utilities) berfungsi

untuk melaksanakan tugasan perpustakaan dengan berkesan. Di dalam sistem ELMU

ini terdapat pangkalan data yang dikenali sebagai OPAC (Online Public Access Catalog)

yang bermatlamat memudahkan pengguna untuk membuat pencarian bahan di dalam

simpanan sesuatu perpustakaan dengan cepat, mudah dan tepat.

5.2.2 OPAC

OPAC adalah singkatan untuk “Online Public Access Catalog” dan merupakan

katalog paling terkini dan kebanyakan perpustakaan pada hari ini menggunakan untuk

menggantikan katalog manual mereka. Maklumat boleh dicari menggunakan pangkalan

data komputer. Contoh OPAC adalah ILMU yang digunakan menyeluruh di semua

perpustakaan UiTM.

Dalam sesetengah katalog, nama orang dipiwaikan, contoh., nama orang sentiasa

di (katalog dan) disusun dalam bentuk piwaian, sungguhpun ia kelihatan berlainan pada

bahan perpustakaan. piwaian ini dicapai melalui proses kawalan pihak berkuasa.

Kelebihan kawalan pihak berkuasa adalah ia mudah menjawap soalan 2 (karya mana

sesetengah pengarang dimiliki perpustakaan?). Sebaliknya, ia lebih sukar untuk

menjawap soalan 1 (adakah perpustakaan memiliki bahan khusus tertentu?) jika bahan

tersebut mengeja pengarang dalam variasi tertentu. Bagi pengkatalog, ia mencetus

terlalu banyak kerja bagi memeriksa samaada Smith, J. adalah Smith, John atau Smith,

Jack.

Bagi sesetengah karya, judul juga boleh dipiwaikan. Istilah teknikal bagi ini adalah jadual

seragam. Sebagai contoh, terjemahan dan suntingan semula kadang-kala disusun di

bawah judul asal mereka. Dalam banyak katalog, bahagian kitab Injil disusun semula di

bawah nama piwaian buku yang mengandunginya. Drama oleh William Shakespeare

merupakan satu lagi contoh yang sering dipetik dalam peranan yang dimainkan

oleh judul seragam dalam katalog perpustakaan.

68

Banyak kerumitan mengenai susunan abjad kemasukan timbul. Sebagai contoh:

� Sesetengah bahasa menggunakan kebiasaan susunan yang berbeza dari

bahasa katalog. Sebagai contoh, sesetengah katalog bahasa Belanda

menyusun IJ sebagai Y. Patutkah katalong Inggeris mengikut sama? Dan patutkah

katalog Belanda menyusun perkataan bukan Belanda dalam cara yang sama?

� Sesetengah judul memiliki nombor, sebagai contoh 2001: A Space Odyssey.

Patutkah ia disusun sebagai nomboratau seperti di eja sebagai Two thousand and

one?

� Honoré de Balzac / de Balzac, Honoré / Balzac, Honoré de? José Ortega y

Gasset / Ortega y Gasset, José / Gasset, José Ortega y?

Dalam katalog subjek, seseorang perlu memutuskan cara bagaimana sistem

pengelasan perpustakaan digunakan. Pengkatalog akan memilih judul subjek bagi

bibliograf dan nombor pengelasan unik (kadang-kala dikenali sebagai "nombor

panggian") yang digunakan bukan sahaja bagi mengenal pasti tetapi juga bagi tujuan

meletak di para, meletak buku yang sama subjek berhampiran, yang membantu tinjauan

oleh pengguna perpustakaan, yang sering kali mengambil kelebihan ketenangan

("serendipity") dalam proses pencarian mereka.

Contoh Sistem Pengurusan Perpustakaan Sebuah Jabatan Kerajaan

69

Contoh Sistem Pengurusan Perpustakaan Sebuah Universiti Tempatan

Contoh Sistem Pengurusan Perpustakaan Sebuah Institut Pendidikan Guru

70

5.3 Institusi Sumber

5.3.1 Bahagian Teknologi Pendidikan

1. Merancang, melaksana, memantau, menilai dan mengurus keperluan

dasar teknologi pendidikan.

2. Merancang dan menyelaras inisiatif ICT dalam

pendidikan serta menyedia, melaksana dan memantau

perkhidmatan sokongan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran.

3. Merancang, menyelaras, melaksanakan, memantau dan menilai

pembestarian sekolah.

4. Merancang, menyedia, menerbit dan menerbit bahan pengajaran dan

pembelajaran dalam pelbagai media.

5. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan program literasi

maklumat dan teknologi pendidikan serta pembangunan Pusat Sumber

Sekolah.

6. Menyebar dan membudaya penggunaan bahan sokongan pengurusan

pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui

pelbagai pelantar.

7. Melaksanakan, memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan

dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah.

8. Menyediakan perkhidmatan kepakaran dan nasihat bagi

mempertingkatkan inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan di sekolah.

5.3.2 Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

BTPN lahir sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

meningkatkan mutu pendidikan melalui pembaharuan dan perubahan khususnya

dalam bidang teknologi. Penubuhan BTPN dan rangkaian Pusat Kegiatan Guru

(PKG) masing-masing serta Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah untuk

membantu sekolah khusus di dalam peningkatan kecemerlangan melalui

penggunaan teknologi pendidikan

Fungsi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

1. Memberi khidmat kepakaran teknologi pendidikan di sekolah;

2. Menyedia dan menerbitkan bahan pelbagai media;

3. Mempromosi dan menyiarkan bahan pelbagai media yang diterbitkan;

4. Mengurus dan memberi khidmat bantu Pusat Sumber di sekolah;

5. Mengurus pelaksanaan program ICT di sekolah;

71

6. Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan

penilaian, pembangunan dan pelaksanaan dasar;

7. Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 2 kepada sekolah; dan

8. Mengurus semua urusan berkaitan perolehan kerajaan mengikut prinsip-

prinsip perolehan.

RUJUKAN

Noriati A. Rashid, et. al. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Norazah Mohd Nordin & Mohamed Amin Embi (2008). Pengintegrasian ICT dalam Pendidikan: Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi. Selangor Darul Ehsan. Karisma Publications Sdn. Bhd.

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

LAMAN WEB www.e-journals.org/ www.jksm.gov.my/.../index.php?...sistem-penguru... www.u-library.gov.my/

http://www.moe.edu.my/btp http://ms.wikipedia.org/wiki/Pusat_Kegiatan_Guru http://pkgsentul.blogspot.com/

TUGASAN TERARAH 1. Terangkan dan jelaskan fungsi BTPN dan PKG di sesebuah

negeri dalam membantu guru untuk mengintegrasikan ICT

dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Bincangkan sejauhmanakah kesedaran dalam kalangan guru

tentang kepelbagaian sumber maklumat seperti yang

dinyatakan dalam modul ini mampu menyokong

perancangan sesuatu pengajaran yang berkesan.

72

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat