konsep pelaksanaan polisi sekolah selamat

6
PELAKSANAAN POLISI SEKOLAH SELAMAT SMK BUKIT RANGIN, 25150 KUANTAN. 1 PELAKSANAAN POLISI SEKOLAH SELAMAT 1. PENDAHULUAN Mutakhir ini media massa kita sering membuat Iiputan tentang keselamatan sekolah yang agak longgar. Aspek fizikal, sosial, emosi dan teknikal digambarkan seolah-olah kurang selamat dan kurang meyakinkan orang ramai. Namun realitinya bukanlah semua sekolah berkeadaan begitu kerana masih banyak lagi sekolah di negara ini berkeadaan selamat dan berfungsi secara efektif. Walau bagaimanapun kita memangnya sedar tentang wujudnya sebilangan murid sekolah yang berlatarbelakangkan keluarga bermasalah. Kita juga menyedari faktor-faktor yang negatif yang terdapat di luar persekitaran sekolah yang mampu mempengaruhi watak dan peri laku yang kurang sihat seseorang murid sehingga mencorakkan suasana sekolah yang tidak selamat. Perubahan dalam iklim pendidikan dewasa ini telah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah, strategi dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan kejayaan murid serta guru. Pihak keluarga, sekolah dan komuniti harus bertanggungjawab untuk mewujudkan Polisi Sekolah Selamat. Bagi merealisasikan hasrat agar polisi sekolah selamat berjalan dengan baik dan terancang, maka segala usaha ke arah meningkatkan keselamatan sekolah dan penghuninya harus dipikul bersama- sama oleh semua pihak. Usaha untuk mengawal keselamatan di sekolah adalah terletak kepada pihak pengurusan sekolah yang bertanggungjawab mewujudkan peraturan-peraturan, latihan-latihan yang berteraskan pendidikan demi mengelak, mengawal dan mengurangkan kemungkinan berlakunya insiden-insiden negatif dalam kalangan murid. Manakala di rumah, amalan keselamatan adalah merupakan pengukuhan kepada segala nilai yang diterapkan melalui pengajaran, asuhan dan amalan. Dalam konteks masyarakat yang lebih luas pula, keselamatan adalah merupakan suatu manifestasi bangsa yang berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan dan memiliki jati din yang cemerlang. 2. MATLAMAT Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat. 3. OBJEKTIF i. Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka. ii. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah. iii. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan. iv. Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga. v. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. vi. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil. vii. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat. viii.Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja dalam kalangan warga sekolah. ix. Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah. 4. RASIONAL i. Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan tidak dijadikan asas utama dalam membuat pertimbangan. ii. Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal, sosial, emosi dan teknikal. Oleh itu, polisi yang berterusan perlu diwujudkan. iii. Kurang kerjasama antara keluarga dan masyarakat dengan institusi pendidikan dari segi keselamatan. iv. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan keluarga dan komuniti.

Upload: monasrim

Post on 12-Jun-2015

4.651 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pelaksanaan Polisi Sekolah Selamat

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Pelaksanaan Polisi Sekolah Selamat

PELAKSANAAN POLISI SEKOLAH SELAMAT SMK BUKIT RANGIN, 25150 KUANTAN.

1

PELAKSANAAN POLISI SEKOLAH SELAMAT 1. PENDAHULUAN

Mutakhir ini media massa kita sering membuat Iiputan tentang keselamatan sekolah yang agak longgar. Aspek fizikal, sosial, emosi dan teknikal digambarkan seolah-olah kurang selamat dan kurang meyakinkan orang ramai. Namun realitinya bukanlah semua sekolah berkeadaan begitu kerana masih banyak lagi sekolah di negara ini berkeadaan selamat dan berfungsi secara efektif. Walau bagaimanapun kita memangnya sedar tentang wujudnya sebilangan murid sekolah yang berlatarbelakangkan keluarga bermasalah. Kita juga menyedari faktor-faktor yang negatif yang terdapat di luar persekitaran sekolah yang mampu mempengaruhi watak dan peri laku yang kurang sihat seseorang murid sehingga mencorakkan suasana sekolah yang tidak selamat. Perubahan dalam iklim pendidikan dewasa ini telah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah, strategi dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan kejayaan murid serta guru. Pihak keluarga, sekolah dan komuniti harus bertanggungjawab untuk mewujudkan Polisi Sekolah Selamat. Bagi merealisasikan hasrat agar polisi sekolah selamat berjalan dengan baik dan terancang, maka segala usaha ke arah meningkatkan keselamatan sekolah dan penghuninya harus dipikul bersama- sama oleh semua pihak. Usaha untuk mengawal keselamatan di sekolah adalah terletak kepada pihak pengurusan sekolah yang bertanggungjawab mewujudkan peraturan-peraturan, latihan-latihan yang berteraskan pendidikan demi mengelak, mengawal dan mengurangkan kemungkinan berlakunya insiden-insiden negatif dalam kalangan murid. Manakala di rumah, amalan keselamatan adalah merupakan pengukuhan kepada segala nilai yang diterapkan melalui pengajaran, asuhan dan amalan. Dalam konteks masyarakat yang lebih luas pula, keselamatan adalah merupakan suatu manifestasi bangsa yang berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan dan memiliki jati din yang cemerlang.

2. MATLAMAT

Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.

3. OBJEKTIF

i. Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka. ii. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah. iii. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan. iv. Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga. v. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. vi. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil. vii. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat. viii.Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja dalam kalangan warga sekolah. ix. Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah.

4. RASIONAL

i. Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan tidak dijadikan asas utama dalam membuat pertimbangan. ii. Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal, sosial, emosi dan

teknikal. Oleh itu, polisi yang berterusan perlu diwujudkan. iii. Kurang kerjasama antara keluarga dan masyarakat dengan institusi pendidikan dari segi

keselamatan. iv. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan keluarga dan komuniti.

Page 2: Konsep Pelaksanaan Polisi Sekolah Selamat

PELAKSANAAN POLISI SEKOLAH SELAMAT SMK BUKIT RANGIN, 25150 KUANTAN.

2

SEKOLAH SELAMAT

KOMUNITI SELAMAT

KELUARGA SELAMAT

5. DEFINISI

Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar.

MODEL UNTUK MENJADIKAN MURID SELAMAT

6. ELEMEN PERANCANGAN SEKOLAH SELAMAT

Apabila sesuatu perancangan hendak dibuat mengenai pelaksanaan Sekolah Selamat elemen- elemen seperti di bawah harus diambil kira dan diteliti terlebih dahulu. Pengubahsuaian elemen- elemen yang dicadangkan mengikut keadaan setempat akan menjamin pelaksanaan konsep Sekolah Selamat ini dengan lebih berkesan.

i. Kesedaran awam atau komuniti. ii. Penekanan kepada penghayatan nilai-nilai murni merentasi kurikulum dan kokurikulum. iii. Peraturan sekolah. iv. Pengurusan bencana alam dan kecemasan. v. Kehadiran warga sekolah. vi. Membasmi ponteng. vii. Pencegahan dadah, rokok dan arak. viii. Perkongsian bijak dengan agensi luar. ix. Kesedaran sosial dan budaya. x. Kepimpinan murid. xi. Penglibatan keluarga dan komuniti. xii. Program khas bersama komuniti. xiii. Pencegahan jenayah melalui pelan reka bentuk bangunan sekolah yang selamat. xiv. Aktiviti kokurikulum dan rekreasi. xv. Perkongsian bijak dengan pihak berkuasa tempatan. xvi. Mengenal pasti latar belakang warga sekolah. xvii. Pembangunan staf. xviii. Kawalan keselamatan sekolah. xix. Khidmat kemasyarakatan. xx. Perkongsian bijak bersama korporat. xxi. Perkongsian bijak dengan media. xxii. Perkhidmatan kesihatan sekolah. xxiii. Pengangkutan. xxiv. Perundangan. xxv. Penilaian dan pemantauan.

MURID SELAMAT

Page 3: Konsep Pelaksanaan Polisi Sekolah Selamat

PELAKSANAAN POLISI SEKOLAH SELAMAT SMK BUKIT RANGIN, 25150 KUANTAN.

3

7. PERANCANGAN

Perancangan bagi mewujudkan Sekolah Selamat akan memberi peluang dan ruang kepada sekolah dan masyarakat sekitar membentuk dan membaca strategi untuk mengatasi isu keselamatan setempat. Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat, sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS) yang keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

7.1 Keahlian Jawatankuasa

Pengerusi : Pengetua Naib Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Setiausaha : Guru Kaunseling Sekolah Ahli-ahli : Wakil ibu bapa Wakil guru Wakil murid Polis JKKK / Rukun Tetangga Jabatan Kebajikan Masyarakat Majlis Juvana Wakil Persatuan Belia Wakil Pejabat Kesihatan Daerah/Klinik Kesihatan Bomba Penghulu / Ketua Kampung Majlis Perbandaran / Daerah NGO (yang relevan) Individu yang boleh menyumbang 7.2 Fungsi Jawatankuasa Sekolah Selamat

-menyediakan kod etika dan tanggungjawab semua warga sekolah -menyediakan kod etika dan tanggungjawab pihak lain (komuniti, keluarga) -mempromosi secara aktif kod etika tanggungjawab kepada semua warga sekolah dan komuniti setempat -mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli komuniti akan prosedur keselamatan yang ada -memastikan wujud kesedaran dalam kalangan semua pihak akan isu Sekolah Selamat -melaksana, menilai dan mengkaji semula semua dasar dan prosedur Sekolah Selamat dari semasa ke semasa 7.3 Peranan

Warga sekolah, keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan masing-masing bagi merealisasikan Polisi Sekolah Selamat. Contoh peranan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut :-

7.3.1 Peranan Sekolah

i. Mewujudkan Jawatankuasa Sekolah Selamat. ii. Menyediakan Buku Panduan Polisi Sekolah Selamat untuk diedarkan kepada semua

warga sekolah dan ibu bapa/penjaga. iii. Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh-sungguh dan tegas. iv. Memberi penerangan dan salinan peraturan sekolah kepada semua pihak yang memerlukan. v. Membantu mewujudkan jawatankuasa disiplin di kawasan setempat. vi. Membantu menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah keselamatan. vii. Mewujudkan pelan pengurusan krisis. viii.Mengenal amaran awal kes-kes keselamatan dan bagaimana menanganinya. ix. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. x. Memasukkan unsur-unsur keselamatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. xi. Menggalakkan murid melaporkan sebarang kes yang berkaitan dengan keselamatan. xii. Merekodkan semua peristiwa mengenai keselamatan.

Page 4: Konsep Pelaksanaan Polisi Sekolah Selamat

PELAKSANAAN POLISI SEKOLAH SELAMAT SMK BUKIT RANGIN, 25150 KUANTAN.

4

7.3.2 Peranan Komuniti

i. Melibatkan semua ketua masyarakat dalam proses menjadikan sekolah tempat yang selamat.

ii. Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah. iii. Memberi sumbangan material, idea dan kepakaran dalam perkhidmatan mengawal

keselamatan sekolah. iv. Menerapkan nilai-niIai kerohanian oleh pemimpin agama. v. Menyokong dan menjadi ahli dalam pertubuhan yang membantu meningkatkan keselamatan. vi. Membantu bagaimana mengenal dan menyelesaikan masalah. vii. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sekolah. viii.Menyatakan had-had tingkah laku yang dikehendaki oleh komuniti. ix. Mewujudkan sistem pemantauan kawasan sekitar sekolah bagi mencegah jenayah. x. Merapatkan jurang golongan muda dengan warga tua. 7.3.3 Peranan Keluarga

i. Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah. ii. Melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti sekolah dan komuniti. iii. Memperkukuh nilai-nilai agama/moral kepada anak-anak. iv. Kerap berkomunikasi dengan anak-anak. v. Mengenali rakan anak-anak. vi. Bekerjasama dengan ibu bapa lain. vii. Menjadi ahli dalam pertubuhan yang boleh membantu membanteras isu-isu keselamatan.

viii.Mendidik anak-anak cara-cara menjaga keselamatan diri. 8. BIDANG YANG DICAKUPI DALAM PELAKSANAAN POLISI SEKOLAH SELAMAT

8.1 BIDANG AKTIVITI MURID

Sekolah merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk memperkembang potensi individu. Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti dijalankan oleh pihak sekolah sama ada di dalam atau pun di luar kawasan sekolah yang bertujuan untuk memberikan sebanyak mungkin pendedahan dan pengalaman kepada murid.

Walaupun begitu aktiviti yang dijalankan perlu mengambil kira aspek keselamatan supaya dapat berjalan dengan sempurna dan mencapai matlamatnya. Oleh itu, pihak sekolah bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid mengutamakan aspek keselamatan dalam apa-apa jua aktiviti yang dijalankan.

Apabila aspek keselamatan tidak diberi keutamaan banyak kemalangan boleh berlaku. Oleh itu, satu tatacara tindakan murid dan juga pihak guru perlu disediakan supaya semua pihak faham akan tindakan yang perlu dilakukan supaya kemalangan dapat dielakkan.

Bagi menjaga keselamatan diri murid-murid semasa menjalankan aktiviti, tiga perkara utama dibincangkan dalam bidang aktiviti murid iaitu:

-keselamatan semasa pergi dan balik sekolah -keselamatan semasa menjalankan aktiviti kokurikulum -keselamatan semasa menjalankan aktiviti luar

Page 5: Konsep Pelaksanaan Polisi Sekolah Selamat

PELAKSANAAN POLISI SEKOLAH SELAMAT SMK BUKIT RANGIN, 25150 KUANTAN.

5

8.2 BIDANG BENCANA ALAM

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai bentuk muka bumi yang pelbagai dan mengalami iklim monsun tropika. Perubahan-perubahan iklim akan menyebabkan berlakunya bencana alam seperti banjir, kebakaran, jerebu, ribut taufan dan sebagainya. Kesan daripada perubahan cuaca tersebut akan menyebabkan berlakunya wabak penyakit. Langkah-Iangkah keselamatan perlu diambil bagi menghadapi apa-apa juga keadaan ketika berlaku bencana tersebut, antaranya:

-banjir -kebakaran -perubahan cuaca -wabak penyakit 8.3 BIDANG KESELAMATAN FIZIKAL DAN BANGUNAN SEKOLAH

Menjadikan sekolah tempat yang selamat. Mewujudkan suasana pensekitaran yang kondusif yang mempunyai peraturan yang dapat membantu keselamatan semua. Hal ini termasuklah pendawaian dan peralatan elektrik di sekolah, kelas, bilik-bilik khas di sekolah, tandas, asrama, gelanggang permainan dan persekitaran dalam kawasan sekolah berada dalam keadaan baik dan selamat.

8.4 BIDANG SOSIAL

Dewasa ini isu sosial di sekolah sering menjadi tajuk utama yang kerap kali terpapar di dada-dada akhbar. Sayugia itu, Kementerian Pelajaran amat prihatin dengan gejala ini. Atas dasar inilah, maka Antara isu sosial yang diberikan perhatian ialah:

-gangguan seksual -gangguan emosi -keharmonian kaum di sekolah -membuli / pelacoan

-peras ugut -sumbang mahram (incest)

8.5 BIDANG PERSEKITARAN DAN LOKASI SEKOLAH

Sekolah-sekolah di Malaysia terletak dalam lokasi yang berbeza-beza. Lokasi-lokasi yang berbeza ini mungkin akan menimbuikan masalah yang pelbagai. Atas dasar itu, perlunya ada satu polisi tentang tatacara yang perlu dilakukan dalam menangani masalah-masalah yang berkemungkinan timbul. Tatacara yang diberikan perhatian melibatkan persekitaran dan lokasi yang berikut:

-air bergerak seperti sungai, laut, air terjun, dan jeram. -air statik seperti kolam, tasik, dan lombong. -jalan raya, lebuh raya, rel kereta api elektrik -bukit dan tanah tinggi -perumahan dan bandar besar -pedalaman -kawasan rancangan

9. HARAPAN DAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH SELAMAT

9.1 Harapan

Di Sekolah Selamat seseorang itu diharap i. Bebas daripada sebarang gangguan sama ada dalam bentuk tutur kata atau fizikal. ii. Keselamatan harta benda terjamin. iii. Orang lain bersikap positif terhadap kebolehannya. iv. Mendapat kerjasama orang lain dalam menjalankan tugas. v. Tidak dipandang rendah disebabkan oleh keturunan, agama, latar belakang sosioekonomi dan jantina. vi. Dilayan secara adil dan saksama. vii. Dihormati dan dihargai. viii.Bebas daripada sebarang kemalangan, kecederaan dan penyakit.

Page 6: Konsep Pelaksanaan Polisi Sekolah Selamat

PELAKSANAAN POLISI SEKOLAH SELAMAT SMK BUKIT RANGIN, 25150 KUANTAN.

6

9.2 Tanggungjawab

Di Sekolah Selamat seseorang itu seharusnya i. Bebas daripada sentimen perkauman dan diskriminasi jantina. ii. Bersikap positif terhadap orang lain. iii. Menghargai perbezaan yang wujud. iv. Bersikap dan bertindak adil. v. Membeni kerjasama dan bantu membantu. vi. Mengamalkan kesopanan dan kesusilaan. vii. Elakkan sebarang kejadian kekerasan, sentimen perkauman dan perbuatan sumbang tanpa dihalang. viii.Datang ke sekolah dengan niat yang betul dan ikhlas. ix. Jangan mendera fizikal, mental dan emosi. x. Melaporkan setiap kes.

10. TATACARA PENGURUSAN POLISI SEKOLAH SELAMAT

Berikut adalah prinsip-prinsip dan tatacara untuk menangani sebarang isu keselamatan

10.1 Prinsip

i. Setiap aduan hendaklah diambil perhatian serius. ii. Setiap aduan hendaklah diambil tindakan serta-merta. iii. Perasaan setiap orang yang tertibat harus diambil kira. iv. Semua pihak yang terlibat dengan aduan hendaklah dilayan secara adil/saksama dan tidak ada pihak yang teraniaya. v. Sesuatu kes tidak dianggap selesai selagi kedua-dua pihak belum berdamai dan diterima semula oleh warga sekolah. vi. Maklumat tentang dasar dan tatacara seharusnya mudah dirujuk. vii. Tatacara seharusnya boieh difahami oleh semua pihak yang terlibat.

10.2 Tatacara Membuat Aduan

Sesiapa yang ingin membuat aduan, dia atau ibu bapa / penjaga atau wakil boleh memilih satu atau beberapa tatacara berikut :-

i. Berbincang terus dengan pihak yang terlibat. ii. Dapatkan khidmat orang tengah yang sesuai, contohnya kaunselor. iii. Berjumpa dengan Pengetua atau wakilnya untuk memastikan aduan itu disiasat. Jika aduan itu terbukti, hukuman yang setimpal dikenakan dan dimaklumkan kepada pengadu. 11. PENUTUP

Apabila jenayah, dadah dan keganasan di luar sekolah mula menular dalam sekolah maka tugas menyediakan persekitaran yang selamat untuk pembelajaran menjadi bertambah sukar. Sesungguhnya menjadi harapan Kementerian Pelajaran Malaysia agar semua pihak menyambut baik konsep Sekolah Selamat untuk dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara agar institusi pendidikan di Malaysia dapat berfungsi sebagai tempat mendidik serta menimba ilmu tanpa gangguan fizikal, mental dan emosi. Seterusnya masalah-masalah seperti merasa tidak selamat, takut, bimbang, risau, takut membuat aduan, terancam, dibuli, tertekan, tidak menyeronokkan, tidak selesa, benci, melarikan din daripada alam persekolahan dan sebagainya yang selama ini menghantui perasaan dan pemikiran sebilangan warga sekolah, ibu bapa senta penjaga dan masyarakat seharusnya dapat dicegah dan ditangani. Sekiranya kita tidak merancang dan berusaha untuk membangunkan kesedaran terhadap aspek keselamatan, bermakna kita telah mengabaikan tanggungjawab untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif.

SMK BUKIT RANGIN

2 5 1 5 0 K U A N T A N.

SEKOLAH SELAMAT KECEMERLANGAN MENINGKAT