konsep kepimpinan dalam islam

15
8/8/2019 Konsep Kepimpinan Dalam Islam http://slidepdf.com/reader/full/konsep-kepimpinan-dalam-islam 1/15 Konsep Kepimpinan Dalam Islam  Definisi Kepimpinan Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, kepimpinan dalam bidang sains politik merujuk kepada sifat pentadbir yang mengurus sesuatu organisasi ke arah sesuatu matlamat tertentu. Kepimpinan merupakan elemen penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu organisasi. Kepimpinan memerlukan kepakaran mengurus dan kemahiran teknikal tertentu untuk menggerakkan kakitangannya bekerja dengan penuh tanggungjawab selari dengan kerangka dasar organisasi. Dalam organisasi terdapat tiga tingkat kepimpinan iaitu, kepimpinan pengurusan tingkat tertinggi, tingkat menengah dan tingkat bawahan. Kepimpinan tingkat tertinggi dikenali sebagai kumpulan pengurusan dan profesional manakala kepimpinan peringkat menengah pula dikenali sebagai kumpulan sokongan. Sementara itu kumpulan tingkat rendah pula terlibat dalam pengurusan penyeliaan. 1 Menurut Muhtar Suhaili dalam laman webnya merujuk kepemimpinan merupakan satu ’seni’ yang mengarah kepada suatu proses untuk menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu tujuan yang telah ditetapkan dengan mendorong mereka bertindak dengan cara yang tidak memaksa yakni kerana mereka mahu melakukannya. Kepemimpinan yang baik menggerakkan manusia ke arah jangka panjang, yang betul-betul merupakan kepentingan mereka yang terbaik. Arah tersebut boleh bersifat umum, seperti penyebaran Islam ke seluruh dunia, atau khusus seperti mengadakan konferensi mengenai isu tertentu. Walaubagaimanapun, cara dan hasilnya haruslah memenuhi kepentingan terbaik orang-orang yang terlibat dalam pengertian jangka panjang yang nyata. 2  Kepimpinan Menurut Kaca Mata Islam Menurut perspektif Islam, kepimpinan merupakan sesuatu amanah yang wajib dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, manakala pemimpin pula adalah bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya. Antara yang perlu dijaga oleh 1 http://sbmb.dbp.gov.my/KNB/CarianKata/nb_carian_kata_istilah_terperinci.aspx?KODENTRIISTILAH=566461 2 http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/08/16/menggali-potensi-meningkat-prestasi/ 1 | Konsep Kepimpinan Dalam Islam

Upload: kijang

Post on 09-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Kepimpinan Dalam Islam

8/8/2019 Konsep Kepimpinan Dalam Islam

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-kepimpinan-dalam-islam 1/15

Konsep Kepimpinan Dalam Islam

 Definisi Kepimpinan

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, kepimpinan dalam bidang sains politik merujuk kepada

sifat pentadbir yang mengurus sesuatu organisasi ke arah sesuatu matlamat tertentu.

Kepimpinan merupakan elemen penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu

organisasi. Kepimpinan memerlukan kepakaran mengurus dan kemahiran teknikal tertentu

untuk menggerakkan kakitangannya bekerja dengan penuh tanggungjawab selari dengan

kerangka dasar organisasi. Dalam organisasi terdapat tiga tingkat kepimpinan iaitu,kepimpinan pengurusan tingkat tertinggi, tingkat menengah dan tingkat bawahan.

Kepimpinan tingkat tertinggi dikenali sebagai kumpulan pengurusan dan profesional

manakala kepimpinan peringkat menengah pula dikenali sebagai kumpulan sokongan.

Sementara itu kumpulan tingkat rendah pula terlibat dalam pengurusan penyeliaan.1

Menurut Muhtar Suhaili dalam laman webnya merujuk kepemimpinan merupakan satu ’seni’

yang mengarah kepada suatu proses untuk menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke

suatu tujuan yang telah ditetapkan dengan mendorong mereka bertindak dengan cara yang

tidak memaksa yakni kerana mereka mahu melakukannya. Kepemimpinan yang baik 

menggerakkan manusia ke arah jangka panjang, yang betul-betul merupakan kepentingan

mereka yang terbaik. Arah tersebut boleh bersifat umum, seperti penyebaran Islam ke seluruh

dunia, atau khusus seperti mengadakan konferensi mengenai isu tertentu.

Walaubagaimanapun, cara dan hasilnya haruslah memenuhi kepentingan terbaik orang-orang

yang terlibat dalam pengertian jangka panjang yang nyata.2

 Kepimpinan Menurut Kaca Mata Islam

Menurut perspektif Islam, kepimpinan merupakan sesuatu amanah yang wajib dilaksanakan

dengan sebaik-baiknya, manakala pemimpin pula adalah bertanggungjawab dalam mengurus,

mentadbir dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya. Antara yang perlu dijaga oleh

1

http://sbmb.dbp.gov.my/KNB/CarianKata/nb_carian_kata_istilah_terperinci.aspx?KODENTRIISTILAH=5664612 http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/08/16/menggali-potensi-meningkat-prestasi/

1 | K o n s e p K e p i m p i n a n D a l a m I s l a m

Page 2: Konsep Kepimpinan Dalam Islam

8/8/2019 Konsep Kepimpinan Dalam Islam

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-kepimpinan-dalam-islam 2/15

seseorang pemimpin ialah menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan mungkar dan

menunaikan kewajipan syarak dan tugas-tugas yang dipikulkan kepadanya dengan baik dan

adil.

Manakala aspek kepimpinan dalam Islam merupakan satu pendekatan bagi merealisasikan segala

tuntutan Allah SWT yang termaktub dalam al-Quran dan ajaran baginda Rasulullah s.a.w yang

terdapat dalam hadis atau sunnahnya.Pelaksanaan kepimpinan menurut tuntutan al-Quran dan ajaran

Sunnah baginda Rasulullah s.a.w disifatkan sebagai antara perkara utama yang mesti dilakukan oleh

setiap insan bernama muslim, kerana tanpanya segala tuntutan kedua-dua sumber syariat itu tidak 

akan terlaksana dengan sempurna.

Kepimpinan adalah suatu fungsi yang penting dalam Islam. Seorang individu menjadi

 pemimpin kepada dirinya sendiri, suami isteri mempunyai tugas kepimpinan mereka di dalam

rumah tangga dan keluarga, imam memimpin jemaah solatnya sebagai para makmum, ketua

masyarakat dan ketua negara memimpin rakyat serta seluruh warganya. Ini menunjukkan

fungsi kepimpinan wujud di semua peringkat mengikut tahap-tahap dan tugas-tugas tertentu

yang berbeza-beza. Namun objektif kepimpinan dalam Islam secara yang sama iaitu

mengajak manusia seluruhnya kepada perkara-perkara makruf dan mencegah dari perkara-

 perkara mengkar yang akhirnya akan membawa umat manusia hidup di dalam suasana yang

aman dan sejahtera.

Agama Islam amat mementingkan kepimpinan pengurusan mana-mana kumpulan menerusi

  pakatan serta persefahaman supaya dapat memberi petunjuk dalam seluruh masalah dan

urusan mereka.3 Ini ditekankan oleh Sabda Rasulullah (s.a.w).

 

(( اذا خرج ثثة فى سر فلي روا أحدهم ))

( وا لم )

Maksudnya: “ Apabila tiga orang dari kamu keluar bermusafir, mesti melantik salah

 seorang dari kamu supaya menjadi pemimpin”.

Pandangan Puan Sri Datin Sohair Abdel Moneim Sery, Jabatan Pengajian Arab dan

Tamaddun Islam, FPI. UKM dalam kertas kerjanya Konsep Kepimpinan Dan Pengurusan

3 Puan Sri Datin Sohair Abdel Moneim Sery, Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam, FPI. UKM

2 | K o n s e p K e p i m p i n a n D a l a m I s l a m

Page 3: Konsep Kepimpinan Dalam Islam

8/8/2019 Konsep Kepimpinan Dalam Islam

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-kepimpinan-dalam-islam 3/15

Menurut Ibnu Khaldun Dan Al-Ghazali. terdapat tiga faktor asasi yang boleh membentuk 

mana-mana kepimpinan pengurusan terhadap kumpulan iaitu:

1. Satu kumpulan terbentuk dari dua orang atau lebih.

2. Terdapat satu kumpulan yang mempunyai satu matlamat dan berusaha untuk 

mencapainya.

3. Memilih salah seorang daripada kumpulan sebagai pemimpin, saling bekerjasama

 bagi menunjukkan kebolehannya dalam pengurusan kepimpinan kumpulan ke arah

matlamat yang diingini.

 Dalil Penekanan Proses Kepimpinan Dalam Islam

Di dalam Al Quran banyak dinukilkan tentang konsep kepimpinan yang perlu ada kepada

umat Islam yang menunjukkan betapa pentingnya dalam kehidupan seorang Muslim

   

     

     

   

       

       

26. Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka

  jalankanlah hukum di antara manusia Dengan (Hukum syariat) Yang benar (yang 

diwahyukan kepadamu); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana Yang demikian

itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang Yang sesat dari jalan

  Allah, akan beroleh azab Yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka

melupakan (jalan Allah) itu.4

4 Surah Shaad :26

3 | K o n s e p K e p i m p i n a n D a l a m I s l a m

Page 4: Konsep Kepimpinan Dalam Islam

8/8/2019 Konsep Kepimpinan Dalam Islam

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-kepimpinan-dalam-islam 4/15

     

     

   

     

       

   

     

     

   

  .

49. dan hendaklah Engkau menjalankan hukum di antara mereka Dengan apa Yang telah

diturunkan oleh Allah dan janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan

berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum Yang telah

diturunkan oleh Allah kepadamu. kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum

  Allah itu), maka ketahuilah, Hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka Dengan sebab

 setengah dari dosa-dosa mereka; dan Sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu

adalah orang-orang Yang fasik.5

     

 

   

 

     

    

72. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan

bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan

bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk 

memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya)5 Surah Al Maidah :49

4 | K o n s e p K e p i m p i n a n D a l a m I s l a m

Page 5: Konsep Kepimpinan Dalam Islam

8/8/2019 Konsep Kepimpinan Dalam Islam

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-kepimpinan-dalam-islam 5/15

  sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka

melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan 6 .

 Prinsip-prinsip Dasar Pelaksanaan Kepemimpinan Islam

Di dalam buku Kemahiran Memimpin oleh Zainuddin Zakaria dan Ziadatul Hidayah Zakaria

ada di sana dinyatakan dengann jelas prinsip yang boleh dijadikan panduan kepada seseorang

 pemimpin yang mengaku dirinya sebagai pemimpin Islam.

1. Berpandukan al-Quran dan al-Sunnah

Seperti yang kita semua ketahui, al-Quran adalah sumber pertama daripada sumber 

  perundangan Islam dan keasliannya dijamin oleh Allah. Sementara itu, kata-kata Nabi

Muhammad pula merupakan sumber kedua dalalm mengatur kehidupan manusia. Ia juga

sebagai pelengkap kepada syariah Islam dan ada hadis yang merupakan penjelasan bagi Al-

Quran. Hadis-hadis ini pula telah dihuraikan oleh ulama-ulama besar yang berwibawa seperti

Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad dan sebagainya. Berdasarkan huraian ini adalah

 jelas bahawa kita wajib mengambil ai-Quran dan al-Sunnah sebagai landasan dan panduan

untuk sebarang aktiviti termasuklah dalam hal kepimpinan. Perkara ini jelas di terangkan

dalam hadis Nabi Muhammad.

“ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang engkau tidak akan sesat buat selama-

lamanya selagi mana engkau berpegang kepada kedua-duanya: al-Quran dan Sunnah Nabinya”

2. Menegakkan kebenaran

Kebenaran atau pun al-Haq dalam bahasa Arab, adalah tunggak dalam ajaran Islam yang

 perlu dihayati dan diamalkan baik diperingkat pemimpin mahu pun kakitangan atau pun

kakitangan. Ini sangat jelas diterangkan oleh Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:

6 Surah Al Ahzab : 72

5 | K o n s e p K e p i m p i n a n D a l a m I s l a m

Page 6: Konsep Kepimpinan Dalam Islam

8/8/2019 Konsep Kepimpinan Dalam Islam

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-kepimpinan-dalam-islam 6/15

     

   

   

    

 

28. (Allah Yang menyatakan itu) Dia lah Yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w)

 Dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama Yang benar (ugama Islam), supaya Dia

memenangkannya dan meninggikannya atas Segala bawaan ugama Yang lain; dan cukuplah

 Allah menjadi saksi (tentang kebenaran apa Yang dibawa oleh RasulNya itu)

.

Pemimpin wajib menegakkan kebenaran terutama kebenaran yang berlandaskan syariat

Islam. Ideologi-ideologi yang terpesong dari landasan Islam haruslah di tolak dari menjadi

dasar-dasar kepimpinan. Oleh itu, pemimpin yang bertaqwa tidak akan meninggalkan

kebenaran ini, semata-mata untuk menggembirakan hati manusia.

3. Mesyuarat/ SyuraMesyuarat adalah antara mercu tanda dalam kepimpinan Islam. Konsep ini di sokong di

dalam al-Quran seperti mana maksudnya:

 

 

   

   

  

38. dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menyahut dan menyambut 

 perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang Dengan sempurna; dan urusan mereka

dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian

dari apa Yang Kami beri kepadanya;8

7 al-Fath 48:28

6 | K o n s e p K e p i m p i n a n D a l a m I s l a m

Page 7: Konsep Kepimpinan Dalam Islam

8/8/2019 Konsep Kepimpinan Dalam Islam

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-kepimpinan-dalam-islam 7/15

Suatu perkara yang harus di ambil kira ialah syura harus di adakan dengan orang yang

mempunyai ilmu yang luas atau orang Islam yang dapat memberikan pandangan yang baik.

Kebaikan syura adalah ia membolehkan kakitangan atau pun pengikut didalam sesebuah

organisasi melibatkan diri dalam proses membuat keputusan. Syura juga boleh dijadikan

sebagai pentas untuk menyelia tindak tanduk pemimpin untuk menentukan bahawa pemimpin

tersebut tidak terkeluar dari syariat Islam mahu pun matlamat utama organisasi.

Musyawarah adalah prinsip pertama dalam kepemimpinan Islam. Al-Qur’an menyatakan

dengan jelas bahwa pemimpin Islam wajib mengadakan musyawarah dengan orang yang

mempunyai pengetahuan atau dengan orang yang dapat memberikan pandangan yang baik.

 

Rasulullah SAW juga diperintahkan oleh Allah supaya melakukan musyawarah dengan

sahabat-sahabat beliau:

 

       

     

 

 

     

 

     

     

       

159. maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai

Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan

 pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari

kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan

terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan

mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau

8Asy-Syura 42:38

7 | K o n s e p K e p i m p i n a n D a l a m I s l a m

Page 8: Konsep Kepimpinan Dalam Islam

8/8/2019 Konsep Kepimpinan Dalam Islam

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-kepimpinan-dalam-islam 8/15

telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada

 Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.9

Pendapat ini disokong oleh Muhtar Suhaili yang mana pelaksanaan musyawarah

memungkinkan anggota organisasi Islam turut serta dalam proses membuat keputusan. Pada

saat yang sama musyawarah berfungsi sebagai tempat mengawasi tingkah laku pemimpin

 jika menyimpang dari tujuan umum kelompok.

 

Tentu saja pemimpin tidak wajib melakukan musyawarah dalam setiap masalah. Masalah

rutin hendaknya diselesaikan dengan pendekatan berbeza dengan masalah yang menyangkut

  pembuatan kebijaksanaan. Apa yang rutin dan apa yang tidak harus diputuskan dan

dirumuskan oleh masing-masing kelompok berdasarkan dan bersesuaian dengan ukuran,

keperluan, sumber daya manusia, suasana dan lingkungan yang ada. Apa yang pasti,

  pemimpin harus mengikuti dan melaksanakan keputusan yang telah diputuskan dalam

musyawarah. Dia harus menghindari dirinya dari memanipulasi bermain kata-kata untuk 

menonjolkan pendapatnya atau mengungguli keputusan yang dibuat dalam musyawarah.

 

Dua amalan syura yang dipraktikkan oleh Nabi Muhammad adalah seperti berikut

a) Semasa perang Uhud, baginda telah bermesyuarat dengan kaum Islam bagi menentukan

strategi yang terbaik dalam mepertahankan kota Madinah. Terdapat dua pilihan iaitu bertahan

di Madinah atau pun meninggalkan kota Madinah dan menyerang pihak musuh. Baginda dan

 beberapa orang sahabat lebih suka untuk bertahan sahaja di Kota Madinah sementara suara

ramai lebih suka keluar menyerang. Akhirnya baginda mengambil keputusan untuk keluar 

menyerang musuh di luar Kota Madinah.

  b) Dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiah, baginda telah bermesyuarat dengan kaum

Muslimin mengenai cara yang terbaik mengani kaum Musyrik Kota Mekah. Baginda

 berpendapat adalah lebih baik menawan golongan Musyrik ini. Sunnguh pun begitu Abu

Bakar as-Sidiq berkata “Kita datang bukan untuk membunuh seseorang tetapi untuk 

mengambil umrah.” Akhirnya baginda bersetuju dengan pendapat Abu Bakar as-Siddiq.

9 Surah ‘Ali Imran, ayat 159

8 | K o n s e p K e p i m p i n a n D a l a m I s l a m

Page 9: Konsep Kepimpinan Dalam Islam

8/8/2019 Konsep Kepimpinan Dalam Islam

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-kepimpinan-dalam-islam 9/15

4. Berlaku Adil

Sinar Islam datang kepada umat manusia sebagai stau sistem yang global,

 berperikemanusiaan; tidak taksub kepada sesuatu puak, umat atau pun bangsa. Hubungan

sesama manusia haruslah didasarkan kepada dasar akidah yang menjadi ikatan dalam

 pertalian antara individu dan individu yang lain.

Pemimpin seharusnya memperlakukan manusia secara adil dan tidak berat sebelah tanpa

mengira dari suku bangsa, warna kulit, keturunan dan lain-lain. Al-Qur’an memerintahkan

agar kaum Muslimin berlaku adil bahkan ketika berurusan dengan para penentang mereka.

 

       

   

   

   

       

         

 

  58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada

ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara

manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan

(suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya

 Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.10

 

   

     

   

     

     

10Surah An-Nisa’, ayat 58

9 | K o n s e p K e p i m p i n a n D a l a m I s l a m

Page 10: Konsep Kepimpinan Dalam Islam

8/8/2019 Konsep Kepimpinan Dalam Islam

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-kepimpinan-dalam-islam 10/15

   

         

  

8. Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang 

Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-

kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan

keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih

hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha

mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan11.

   

   

     

   

     

     

    

    

   

     

  

135. Wahai orang-orang Yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang Yang 

 sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana

 Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. kalaulah

orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada

menjadi saksi Yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana

 Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu

 supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. dan jika kamu memutar-balikkan keterangan

11Surah Al-Ma’idah, ayat 8

10 | K o n s e p K e p i m p i n a n D a l a m I s l a m

Page 11: Konsep Kepimpinan Dalam Islam

8/8/2019 Konsep Kepimpinan Dalam Islam

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-kepimpinan-dalam-islam 11/15

ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui

 Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan.12

Menurut Muhtar selain memenuhi prinsip keadilan yang menjadi asas tertegaknya

masyarakat Islam, pemimpin organisasi Islam juga mesti mendirikan badan peradilan internal

atau lembaga hukum untuk menyelesaikan pelbagai perbezaan atau pengaduan dalam

kelompok itu. Anggota-anggota lembaga tersebut harus dipilih dari orang-orang yang

 berpengetahuan, arif dan bijaksana.

Berdasarkan konsep ini, maka al-Quran diturunkan bagi menjamin dasar yang menjamin

keutuhan jemaah dan ketenteraman individu, umat dan bangsa. Oleh itu pemimpin hendaklah

 berurusan dengan orang ramai atau rakyat secara adil dan saksama tanpa mengira bangsa,

warna kulit keturunan atau agama sehingga dengan kumpulan yang menentang dasar-dasar 

Islam.

Di dalam kepimpinan Islam prinsip keadilan ini meliputi dan menguasai segala jenis

 perhubungan sesama manusia. Ia meliputi hubungan antara pasangan suami isteri, peguam

dan anak guamnya, rakyat dan pemerintah, pemimpin dan yang dipimpin.

5. Kebebasan Mengeluarkan Pendapat

Secara umumnya tidak ada individu yang suka dikongkong dan dipaksa. Sebagai insan biasa,

setiap pengikut harus di beri kebebasan untuk berfikir secara kreatif dan kritis mengikut

saluran yang sesuai dan tidak mengeruhkan hubungan sesama manusia. Konsep nasihat

menasihati akan dalam keadaan hormat-menghormati akan wujud sekiranya setiap pengikut

itu diberikan ruang dan peluang untuk menyuarakan pendapat mereka secara bebas dan penuh

hikmah. Ini penting sekiranya sikap berpasukan dan kekitaan hendak diterapkan dalam hidup

 bermasyarakat yang harmoni.

Pemimpin Islam hendaklah memberikan ruang dan mengundang anggota kelompok untuk 

dapat mengemukakan kritikannya secara konstruktif. Mereka dapat mengeluarkan pandangan

atau masalah-masalah mereka dengan bebas, serta mendapat jawapan dari segala persoalan

12Surah An-Nisa’, ayat 135

11 | K o n s e p K e p i m p i n a n D a l a m I s l a m

Page 12: Konsep Kepimpinan Dalam Islam

8/8/2019 Konsep Kepimpinan Dalam Islam

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-kepimpinan-dalam-islam 12/15

yang mereka ajukan. Al-Khulafa’ al-Rasyidin memandang persoalan ini sebagai unsur 

 penting bagi kepemimpinan mereka. ketika seorang wanita tua berdiri untuk mengkoreksi

Saidina Umar ibn al-Khattab sewaktu beliau berpidato di sebuah masjid, beliau dengan rela

mengakui kesalahannya dan bersyukur kepada Allah SWT, kerana masih ada orang yang

mahu membetulkan kesalahannya. Pada suatu hari Saidina Umar pernah pula bertanya

kepada umat Islam mengenai apa yang dilakukan oleh mereka jika beliau melanggar prinsip-

  prinsip Islam. Seorang lelaki menyebut bahawa mereka akan meluruskan dengan sebilah

 pedang. Lantar Saidina Umar bersyukur kepada Allah kerana masih ada orang di dalam

lingkungan umat yang akan mengkoreksi kesalahannya.

 

Pemimpin hendaklah berjuang menciptakan suasana kebebasan berfikir dan pertukaran

gagasan yang sihat dan bebas, saling kritik dan saling menasihati antara satu sama lain,

sehingga para pengikutnya merasa senang membincangkan masalah atau persoalan yang

menjadi kepentingan bersama.

 

Seorang Muslim disarankan memberi nasihat yang ikhlas apabila diperlukan. Tamim bin Aws

meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda: “ Agama adalah nasihat”, Kami

berkata: “Kepada siapa?” Beliau menjawab: “Kepada Allah, Kitab-kitab-Nya, Rasul- Nya,

 pemimpin umat Islam dan kepada masyarakat kamu seluruhnya.” (Hadith Riwayat Imam

Muslim).

 

Secara ringkas kepemimpinan Islam bukanlah kepemimpinan tirani dan tanpa kordinasi.

Pemimpin Islam, setelah mendasari dirinya dengan prinsip-prinsip Islam, bermusyawarah

dengan sahabat-sahabat secara objektif dan dengan penuh rasa hormat, maka selepas itu

menjadi tanggungjawabnya untuk membuat keputusan dan tindakan dengan seadil-adilnya.

Perlu difahami dan dingatkan bahawa pemimpin bertanggungjawab bukan hanya kepada para

 pengikutnya malah apa yang lebih penting ialah dia bertanggungjawab kepada Allah SWT di

akhirat nanti!

Oleh itu seorang pemimpin Islam hendaklah memberi galakkan, dorongan kepada pengikut

mereka untuk memberikan pendapat yang bernas mahu pun kritikan yang membina yang

dapat dikongsi bersam dengan ahli-ahli organisasi yang lain.

12 | K o n s e p K e p i m p i n a n D a l a m I s l a m

Page 13: Konsep Kepimpinan Dalam Islam

8/8/2019 Konsep Kepimpinan Dalam Islam

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-kepimpinan-dalam-islam 13/15

Pemimpin Islam juga sedia untuk melayan segala pendapat dan saranan pengikutnya.

Disamping itu beliau juga rela diperbetulkan sekiranya beliau lari dari landasan Syariat Islam.

Konsep ini dijelmakan dengan begitu baik oleh Umar al-Khattab ketika beliau dilantik 

menjadi Khalifah Islam yang kedua. Umar telah bertanya kepada umat Islam ketika itu

apakah yang akan dilakukan oleh mereka sekiranya beliau lari dari prinsip-prinsip Islam

semasa pemerintahan beliau. Soalan ini disahut oleh seorang lelaki yang memberitahu Umar,

 bahawa sekiranya dia tidak pemimpin umat Islam berlandaskan prinsip-prinsip Islam, maka

Umar akan di betulkan dengan pedang.

Ketokohan Umar terserlah, kerana beliau berasa syukur kerana ada umat Islam yang bersedia

membetulkannya sekiranya beliau tidak mengikut prinsip-prinsip Islam ketika menjadi

Khalifah Islam.

Kesimpulan

Kepimpinan dalam Islam adalah bersifat sepadu yang menitikberatkan kesimbangan di antara

kepentingan roh dan jasad, antara perkembangan pembangunan spiritual dengan

 perkembangan material demi menjamin kesejahteraan hidup manusia di dunai dan di akhirat.

Untuk mencapai matlamat kepimpinan yang bersepadu tersebut, pemimpin mestilah dipilih

daripada, kalangan orang-orang yang paling berwibawa dan berkelayakan kerana penyerahan

kuasa kepada orang yang tidak berkelayakan dan sesuai adalah mengkhianati Allah dan

Rasul-Nya.

Justeru itu pemimpin mestilah berusaha mempertingkatkan kualiti diri dan kualiti

kepimpinannya ke tahap yang lebih cemerlang. Kepimpinan dalam Islam bukanlah alat untuk 

memperoleh kekayaan, pangkat dan kesenangan hidup di dunai semata-mata, malah ianya

merupakan amanah yang wajib ditunaikan demi kesejahteraan umat manusia seluruhnya.

Kalalaian dan kegagalan pemimpin dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah tersebut

sama ada pemimpin yang memimpin dalam keluarga dan rumah tangga, masyarakat atau

negara akan mengakibatkan penyesalan dan kerugian di hari akhirat kelak.

13 | K o n s e p K e p i m p i n a n D a l a m I s l a m

Page 14: Konsep Kepimpinan Dalam Islam

8/8/2019 Konsep Kepimpinan Dalam Islam

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-kepimpinan-dalam-islam 14/15

Bibliografi

Zakaria, Z. Z. (2006). Kemahiran Memimpin . Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing

Sdn. Bhd.

Puan Sri Datin Sohair Abdel Moneim Sery, Konsep Kepimpinan Dan Pengurusan Menurut

Ibnu Khaldun Dan Al-Ghazali, Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam, FPI.

UKM

Abdul Wahab b Hj Zakaria, Konsep Pimpinan Dalam Islam UTM. KL.

http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/08/16/menggali-potensi-meningkat-prestasi

http://ibnuabbas.wordpress.com/2007/11/

14 | K o n s e p K e p i m p i n a n D a l a m I s l a m

Page 15: Konsep Kepimpinan Dalam Islam

8/8/2019 Konsep Kepimpinan Dalam Islam

http://slidepdf.com/reader/full/konsep-kepimpinan-dalam-islam 15/15

15 | K o n s e p K e p i m p i n a n D a l a m I s l a m