konsep islam sebagai ad-din

10
KONSEP ISLAM SEBAGAI AD-DIN Perkataan ‘Agama’ berasal daripada bahasa pali atau mungkin juga daripada bahasa Sanskrit. Kata dasarnya ialah ‘gaacc’, bermakna pergi, menuju atau datang dan kehidupan manusia. Dalam Bahasa Arab, perkataan agama diterjemahkan kepada Ad-Din iaitu satu cara hidup yang ditentukan oleh Allah. Dalam Kamus Dewan, agama adalah sebagai kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaann Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya. Agama juga diertikan sebagai kepercayaan kepada sesuatu dewa dan lain-lain. Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua perkara yang sangat berkaitan. Tetapi agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan. Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut : Perlakuan – seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara Sikap – hormat, kasih atau takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama

Upload: nor-hidayah

Post on 28-Dec-2015

79 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Islam Sebagai Ad-Din

KONSEP ISLAM SEBAGAI AD-DIN

Perkataan ‘Agama’ berasal daripada bahasa pali atau mungkin juga daripada

bahasa Sanskrit. Kata dasarnya ialah ‘gaacc’, bermakna pergi, menuju atau datang

dan kehidupan manusia. Dalam Bahasa Arab, perkataan agama diterjemahkan

kepada Ad-Din iaitu satu cara hidup yang ditentukan oleh Allah.

Dalam Kamus Dewan, agama adalah sebagai kepercayaan kepada Tuhan

dan sifat-sifat serta kekuasaann Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya.

Agama juga diertikan sebagai kepercayaan kepada sesuatu dewa dan lain-lain.

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu

kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait

dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua perkara

yang sangat berkaitan. Tetapi agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni

merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini

adalah mengenai aspek ketuhanan.

Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak

dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah

komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan

melalui fenomena seperti yang berikut :

Perlakuan – seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara

Sikap – hormat, kasih atau takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci

dan bersih terhadap agama

Pernyataan – jampi, mantera dan kalimat suci

Benda-benda material – bangunan seperti masjid, gereja, kuil, azimat,

tangkal.

Salah satu ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini

bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia

dengan Tuhan malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia.

Manusia yang tidak mempercayai adanya Tuhan dan menolak semua

kepercayaan beragama pula dipanggil ateisme.

Page 2: Konsep Islam Sebagai Ad-Din

PENGERTIAN ISLAM

Islam adalah agama Allah yang diturunkan sebagai panduan hidup manusia

sejak zaman berzaman. Bermula dengan zaman Nabi Adam sehingga manusia

terakhir dilahirkan. Islam sahaja suatu cara hidup yang sempurna dan sepatutnya

menjadi pegangan setiap manusia. Agar mereka selamat si dunia dan sejahtera di

akhirat yang berkekalan. Kehidupan di dunia ini (dengan segala isinya) hanyalah

semata-mata menjadi tanda kewujudan kehidupan di akhirat.

Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar salama yang membawa

maksud taat dan patuh, aman dan damai serta terlepas atau jauh daripada

kekurangan kekurangan zahir dan batin. Manakala dari segi istilah syarak, Islam

ialah tunduk, taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. seperti yang disampaikan

oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Iman pula berasal daripada kata dasar al-amn yang bererti aman iaitu tiada

rasa takut. Pengertian iman dari segi istilah ialah mempercayai Allah s.w.t. dan

rasul-Nya dengan pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati tanpa rasa syak

dan ragu.

Manakala ihsan pula ialah lawan kepada kalimah isa’ah (berbuat jahat).

Ihsan bermaksud berbuat baik kepada manusia dan menghindari daripada

melakukan perbuatan yang buruk dan jahat. Menurut Imam Nawawi, ihsan akan

mendorong seseorang agar sentiasa ikhlas dalam beribadat dan mengerjakan ibadat

kerana Allah s.w.t. semata-mata. Maksud Islam dalam bahasa Arab ialah tunduk

kepada Allah s.w.t. – Lisan al-Arab.

Apabila ditanyakan tentang Islam, Nabi Muhammad s.a.w. pun

menjawab sebagaimana yang terkadung dalam hadis tersebut iaitu:

1. Mengucap dua kalimah syahadah.

2. Mendirikan sembahyang.

3. Mengeluarkan zakat.

4. Berpuasa.

5. Mengerjakan haji di Baitullah jika ada kemampuan menurut syarak.

PENGERTIAN AD-DIN

Agama atau al-Din yang benar dalam sejarah manusia ialah ajaran yang

dibawa oleh Nabi Adam a.s dan kemudiannya nabi-nabi lain selepasnya. Al-Din

Page 3: Konsep Islam Sebagai Ad-Din

tersebut dibawa dan diturunkan oleh Allah s.w.t untuk membentuk serta

mengarahkan manusia supaya menjadi insan yang baik dan mendapat keredhaan

Allah s.w.t seterusnya kebahagiaan hidup di dunia yang fana ini dan di akhirat yang

kekal abadi nanti.

Dalam Islam perkataan agama diistilahkan dengan kalimah al-Din. Agama

dan ad-Deen adalah dua perkara yang berbeza walaupun ramai kebanyakan

manusia menterjemahkannya sebagai sesuatu yang sama. Al-Din berasal daripada

perkataan Arab yang bermaksud satu cara hidup (way of life) yang melengkapi

segenap aspek kehidupan yang meliputi hubungan manusia dengan Allah,

hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam.

Pengertian al-Din sebagai agama yang benar menurut pengertian yang dikehendaki

dan yang dibawa oleh al-Quran ialah dengan memberi penumpuan serta penekanan

terhadap empat aspek sebagaimana berikut iaitu sebuah agama yang membawa

makna:

a. Kehakiman dan Kekuasaan.

b. Tunduk dan patuh kepada kekuasaan

c. Segala sistem dan peraturan yang bersifat praktikal yang digubal oleh Allah s.w.t

sebagai penggubal mutlak.

d. Terdapat balasan baik daripada kekuasaan dan kehakiman serta balasan buruk

terhadap mereka yang mengingkari kekuasaan dan kehakiman tersebut.

Sebagai rumusan, perkataan serta pengertian al-Din sebagaimana yang

dikehendaki dan menurut al-Quran ialah dengan merangkumi aspek akidah, ibadah,

syariat dan akhlak. Sehubungan dengan itu, ulama Islam mengatakan dan

menggelarkan atau juga mendefinisikan Islam itu sebagai al-Din iaitu sebagai suatu

cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.

Oleh itu, Islam adalah al-Din yang mencakupi seluruh bidang kehidupan.

Ajaran-ajaran Islam adalah dalam bentuk kesepaduannya yang sempurna. Ia mesti

diterima seluruhnya dan tidak boleh dipecah-pecahkan, diterima sebahagian dan

ditolak sebahagian yang lainnya. Segala cabang ajaran Islam dalam kesatuannya

dapat diumpamakan sebagai tubuh manusia, di mana setiap anggota tubuh itu

hanya dapat berperanan selagi ia masih menjadi sebahagian daripada tubuh

Page 4: Konsep Islam Sebagai Ad-Din

tersebut. Tetapi jika ia sudah dipisahkan, umpama kaki yang sudah dipotong, maka

tentulah ia tidak mungkin lagi berperanan sebagai kaki.

KEPERLUAN AGAMA BAGI MANUSIA

Tuhan yang Maha Kuasa menjadikan alam semesta yang luas terbentang

dan menjadikan manusia dan hikmat menurut iradat dan kudrat yang Maha Tinggi.

Setiap kejadian termasuklah bumi, matahari, bulan, bintang, segala cakerawala dan

banyak lagi kejadian lain yang hanya diketahui Allah sahaja, segalanya beredar,

bergerak, berjalan menurut peraturan dan ketentuan Allah s.w.t yang sangat rapi

dan halus. Alam semesta seluruhya adalah berjalan mengikut sunnah Allah.

Begitu juga manusia yang menjadi khalifah Allah di bumi mestilah hidup menurut

hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah demi keselamatan dan kesejahteraan

baik dunia dan akhirat. Manusia dijadikan oleh Allah terdiri daripada dua unsur iaitu

unsur jasmani dan rohani dan di dalam tubuh manusia terdapat dua kekuatan atau

dua tenaga iaitu :

Tenaga membina yang tunduk kepada pengendalian akal yang waras yang

boleh membezakan antara baik dan buruk, betul dan salah. Tenaga inilah

yang boleh mengarahkan manusia untuk melakukan kebijakan dan keadilan,

persamaan, kasih sayang, tolong menolong dan sebagainya.

Tenaga merosakkan yang tunduk kepada runtunan nafsu, naluri yang liar,

sesat, tamak, angkuh, hasad, dengki, bangga, suka menumpahkan darah dan

sebagainya yang membawa keburukan dan kehancuran masyarakat dan

negara.

Di tengah-tengah dua kekuatan atau dua pengaruh inilah manusia berdiri

dalam masyarakat. Maka dengan tarikan dunia dan pelbagai godaan syaitan ramai

manusia yang menjadi korban nafsu, korban kebendaan, pangkat dan kemasyhuran.

Oleh yang demikian di sinilah pentingnya agama kepada manusia. Andaikata

manusia dibiarkan tanpa agama, tanpa beriman kepada Allah yang Maha Esa,

sudah tentu Allah tidak menjadikan manusia sebagai khalifah Nya di bumi untuk

memakmurkan dunia dan melakukan kerja-kerja yang baik yang memberi faedah

kepada manusia dan masyarakat.

Page 5: Konsep Islam Sebagai Ad-Din

Oleh itu manusia tidak boleh hanya bergantung kepada nilai dan undang-

undang yang dibuat oleh akal fikiran manusia kerana iainya adalah perundangan

yang tidak mutlak, tidak sempurna dan tidak dapat memenuhi maslahat seluruh

manusia adalah disebabkan oleh fikiran manusia terbatas, di samping manusia

selalu dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti tarikan nafsu, alam sekitar,

semangat kebangsaan, perasaan mementingkan diri dan keegoan. Dalam

kehidupan manusia yang tidak terbatas maka manusia memerlukan perlembagaan

yang mutlak, undang-undang yang sejagat yang ditetapkan oleh Tuhan pencipta

alam semesta yang menjadikan seluruh manusia.

ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP

Sesiapa yang mempelajari dan mengkaji al-Quran serta ilmu-ilmu Islam yang

lain nescaya ia akan mendapati bahawa ajaran Islam adalah amat sempurna dan

sangat unik. Di antara tujuan perjuangan Islam ialah untuk mencari keamanan dan

kesejahteraan semua manusia di samping menggalakkan semangat kerjasama

keamanan di antara seluruh umat manusia.

Jika kita meneliti ajaran Islam secara mendalam, bolehlah kita ringkaskan bahawa

manusia dari zaman dahulu kala sehingga generasi yang terakhir masing-masing

mengenal diri dan menyakini dengan jiwa raganya bahawa Tuhan Yang Esa itu ialah

pencipta alam. Dengan demikian setiap mereka haruslah menjadikan Islam sebagai

satu cara hidup sebagaimana tafsiran ulama Islam yang mengatakan dan

menggelarkan atau juga mendefinisikan Islam itu sebagai al-Din iaitu sebagai suatu

cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.

Hal ini dapat dibuktikan dalam setiap ajaran yang diperintahkan oleh Islam agar

diikuti dan dijadikan panduan hidup seharian. Antaranya ialah :

1. Islam memberitahu bahawa Allah s.w.t telah menetapkan manusia menjadi

khalifah (pemimpin) di bumi ini. Dengan ini manusia dapat menghidupkan

fungsi ’ubudiyah’ (pengabdian kepada Allah s.w.t) iaitu beriman kepada Allah

s.w.t sesuai dengan petunjuk dan didikan Nabi s.a.w.

2. Islam juga telah memberitahu bahawa manusia akan hidup semula setelah

mati. Oleh itu perlu difikirkan sekarang apakah amalan yang akan dibawa

bersama untuk hari esok.

3. Islam mendidik manusia supaya sentiasa bersyukur atas segala nikmat

kurniaan Allah yang tidak terkira banyaknya. Oleh itu dengan sentiasa

Page 6: Konsep Islam Sebagai Ad-Din

bersyukur jiwa dan raga seseorang muslim akan menjadi aman dan

sejahtera.

4. Islam mendidik manusia supaya ikhlas mematuhi peraturan dan undang-

undang samada yang datang daripada Allah s.w.t, Nabi atau daripada pihak

yang berkuasa dalam masyarakat asalkan peraturan itu tidak berlawanan

dengan lunas-lunas Allah s.w.t

1. Islam mendidik manusia supaya sentiasa berakhlak mulia dan berbudi pekerti

baik, iaitu hormat-menghormati dan tolong menolong antara satu sama lain

dalam usaha mencari kebajikan bersama.

2. Islam mendidik manusia supaya berani menegakkan kebenaran, kebaikan,

keadilan serta takut untuk melakukan kesalahan atau pelanggaran hukum-

hukum samada terhadap hukum Allah yang Maha Esa dan Nabi seterusnya

terhadap negara dan sesama makhluk.

3. Islam mengajar manusia supaya menegakkan dan memperjuangkan keadilan

di mana sahaja. Keadilan yang dituntut itu adalah keadilan makhluk baik

dalam kalangan kaum Muslimin dan di antara kaum Muslim dengan orang

kafir.

4. Islam mengajar umatnya supaya bersikap sederhana dalam soal-soal

kehidupan dan tidak melampaui batas serta tenggelam dalam kemewahan

yang boleh membawa kepada kemusnahan.

5. Islam memberikan panduan tentang makan, minum dan sebagainya

sebagaimana firmannya dalam surah al-Imran ayat 31:

”Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada setiap

kali kamu ke tempat ibadah atau mengerjakan sembahyang, dan makanlah serta

minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau: sesungguhnya Allah tidak suka

akan orang yang melampaui batas.”

6. Islam mengajarkan semangat bertanggungjawab kepada setiap orang

samada ketua negara, pemimpin, ketua keluarga, isteri dan lain-lain. Sabda

Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

”Setiap daripada kamu adalah bertanggungjawab terhadap kawalannya, raja adalah

pengawal, seorang lelaki adalah pengawal terhadap ahli keluarganya dan

Page 7: Konsep Islam Sebagai Ad-Din

perempuan (isteri) adalah pengawal terhadap rumah suaminya dan anaknya, maka

setiap seorang daripada kamu adalah pengawal dan tiap-tiap kamu adalah

bertanggungjawab terhadap kawalannya.”

7. Islam mengajar umatnya agar menjadi pandai, bijak dan beramal

sebagaimana yang dijanjikan olehNya yang mana Allah s.w.t akan

meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan Allah akan

meninggikan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan

kamu) beberapa darjat.

Demikianlah di antara pengajaran-pengajaran yang dibawa oleh agama yang paling

unik dan paling praktis di antara seluruh agama-agama di dunia ini.