konsep dan kepentingan kemahiran belajar

6
Konsep dan Kepentingan Kemahiran Belajar Konsep Kemahiran Belajar Banyak pendapat yang telah disuarakan mengenai konsep belajar. Ada yang menyuarakan pendapat bahawa belajar itu adalah suatu kegiatan menghafal dan membuat latih tubi. Ada pendapat lain pula mengatakan belajar ialah cara untuk mendapatkan maklumat dan membuat rujukan. Pada pendapat saya, semua itu benar dan tiada salahnya, namun kesemua itu hanyalah merupakan sebahagian apa yang dimaksudkan dengan belajar. Cara belajar bergantung kepada bagaimana kita mempersepsikan pengertian cara belajar. Sebagai contohnya, bagi seseorang yang mempunyai pengertian bahawa belajar itu adalah menghafal semata- mata maka tingkah lakunya di dalam belajar banyak ke arah menghafal sesuatu. Pengertian belajar Belajar merupakan satu proses perubahan di dalam keperibadian manusia dan perubahan tersebut ditonjolkan melalui peningkatan kualiti dan kuantiti tingkah laku. Sebagai contohnya, peningkatan ilmu dalam pengetahuan, kebolehan dan kemahiran. Selain itu, belajar merupakan proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang abru secara keseluruhan sebagai hasil pengalamn individu itu sendiri. Sebenarnya, ilmu adalah luas bidangnya. Setiap hari kita didedahkan dengan maklumat, sumber pengetahuan atau pengalaman yang boleh kita pelajari darinya. Tidak semua maklumat itu boleh dianggap penting. Jika di dalam sesuatu proses belajar itu, seseorang itu tidak mendapat sesuatu peningkatan kualiti dan

Upload: aisyah-yahaya

Post on 01-Oct-2015

80 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kemahiran belajar

TRANSCRIPT

Konsep dan Kepentingan Kemahiran BelajarKonsep Kemahiran BelajarBanyak pendapat yang telah disuarakan mengenai konsep belajar. Ada yang menyuarakan pendapat bahawa belajar itu adalah suatu kegiatan menghafal dan membuat latih tubi. Ada pendapat lain pula mengatakan belajar ialah cara untuk mendapatkan maklumat dan membuat rujukan. Pada pendapat saya, semua itu benar dan tiada salahnya, namun kesemua itu hanyalah merupakan sebahagian apa yang dimaksudkan dengan belajar. Cara belajar bergantung kepada bagaimana kita mempersepsikan pengertian cara belajar. Sebagai contohnya, bagi seseorang yang mempunyai pengertian bahawa belajar itu adalah menghafal semata- mata maka tingkah lakunya di dalam belajar banyak ke arah menghafal sesuatu. Pengertian belajar Belajar merupakan satu proses perubahan di dalam keperibadian manusia dan perubahan tersebut ditonjolkan melalui peningkatan kualiti dan kuantiti tingkah laku. Sebagai contohnya, peningkatan ilmu dalam pengetahuan, kebolehan dan kemahiran. Selain itu, belajar merupakan proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang abru secara keseluruhan sebagai hasil pengalamn individu itu sendiri. Sebenarnya, ilmu adalah luas bidangnya. Setiap hari kita didedahkan dengan maklumat, sumber pengetahuan atau pengalaman yang boleh kita pelajari darinya. Tidak semua maklumat itu boleh dianggap penting. Jika di dalam sesuatu proses belajar itu, seseorang itu tidak mendapat sesuatu peningkatan kualiti dan kuantiti kemampuan, boleh dikatakan individu tersebut sebenarnya belum mengalami proses belajar. Bagi pengalaman dan maklumat yang mustahak dan penting, satu proses mental akan berlaku dan maklumat itu akan tersimpan di dalam minda anda. Woolfolk, A. (2001) mendefinisikan belajar apabila berlakunya perubahan dari segi pengetahuan dan tingkah laku seseorang secara tekal. Perubahan akan dapat dikesan di dalam kehidupan anda sama ada melalui kesedaran kita sendiri atau disedari oleh orang lain. W.S Winkel(1989) pula memberikan pengertian bahawa belajar bentuk perubahan diri seseorang seperti perubahan tingkah laku yang baru, akibat pengalaman. Apa yang saya dapat simpulkan di sini adalah belajar merupakan satu usaha proses perubahan tingkah laku yang terjadi kepada setiap individu hasil daripada pengalaman mereka. Tidak semua tingkah laku yang terjadi pada seseorang itu ialah belajar. Sebenarnya, banyak faktor yang mempengaruhi dalam proses belajar. Faktor- factor tersebut adalah factor dalaman dan luaran. Faktor dalaman adalah faktor yang datangnya dari dirinya sendiri seperti kecacatan anggota badan atau kesihatan tubuh badan seperti kurangnya kecerdasan (IQ), minat, perhatian dan lain-lain lagi. Faktor luaran pula melibatkan keadaan belajar seperti suasana rumah, keadaan ekonomi keluarga dan sebagainya. Menurut kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992), perkataan belajar boleh didefinisikan sebagai memperoleh maklumat mengenai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Proses belajar sebenarnya mempunyai beberapa tingkat sepertia. Mempunyai ransangan- rangsanganb. Pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ deriac. Pemikiran makna sesuatu ransangan di dalam otakd. Membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuane. Mengamalkan situasi sepadanf. Perubahan tingkah laku Belajar adalah sesuatu yang anda lakukan setiap hari dan setiap masa. Pada setiap hari anda tidak menyedari bahawa anda mempelajari perkara baru. Apa yang anda pelajari banyak mempengaruh dan mengubah kehidupan anda. Sebenarnya, sejak dari kita kecil lagi kita belajar tentang persekitaran menggunakan deria. Ketika kita disekolah pula, pelbagai matapelajaran telah disediakan untuk belajar. Pengalaman disekolah membuatkan kebanyakan orang menyangka bahawa belajar adalah aktiviti yang bersifat formal. Maka, tidak hairanlah ada di antara kita yang melalui pengalaman yang pelbagai, sama ada ceria atau bosan semasa berada di alam persekolahan. Ada yang mengalami masa yang menyeronokkan dan ada yang melalui pengalaman menakutkan. Berdasarkan kepada tujuan sistem belajar. ,maka dapatlah diketahui bahawa (input), iaitu apa yang ingin dicapai sesuai dengan tujuan. Input tersebut diproses untuk menghasilkan keluaran (output) tertentu. Hasil output dapat dijadikan (feed back) untuk penambahbaikan terhadap proses atau terhadap input. Bila pendekatan sistem dapat diaplikasikan dalam kegiatan pengajaran, maka dapat dipastikan bahawa hasil pengajaran menjadi berguna. Restriction dirumuskan dalam bentuk tujuan (objectives), standard prilaku yang diharapkan (Performance standard), dan salah satu cara untuk menuju kepada (constrain).

Ciri- ciri proses belajarI. Perubahan yang berlaku secara sengajaPerubahan ini bermaksud bahawa anda sedar akan perubahan- perubahan yang berlaku dalam diri anda. Sebagai contohnya, anda sedar bahawa anda semakin bijak dalam melakukan sesuatu perkara. Jika dulunya, anda memerlukan bantuan orang lain untuk menyelesaikan masalah subjek matematik, tetapi selepas melakukan beberapa kaedah belajar yang baik dan berkesan maka terdapat peningkatan dan anda sudah bijak untuk menyelesaikannya sendiri.

II. Perubahan secara berterusan dan tetap.Anda dapat merasakan ada perubahan yang berlaku dalam diri anda seperti peningkatan dalam ilmu pengetahuan, perubahan tingkah laku, kemahiran, perasaan dan lain- lain lagi. Misalnya, sekiranya anda rajin ke majlis agama, maka secara perlahan-lahan anda akan mengalami perubahan iaitu ke arah kebaikan berbanding dahulunya yang kurang gemar melakukan kebaikan. Ini boleh dikatakan perubahan tingkah laku dan perasaan. Seterusnya, anda tidak lagi melakukan kesalahan yang sama seperti sebelum ini.

III. Perubahan bersifat aktif dan positifBerlakunya peningkatan dan perubahan diri dari segi kecekapan dari dalam diri anda. Peningkatan perubahan berlaku apabila berlakunya unsur- unsur baru dalam mendapatkan maklumat dan kemahiran. Contohnya, dari tidak tahu membaca kepada pandai membaca setelah mengalami proses perubahan yang positif.

IV. Perubahan bermatlamat dan terarahPerubahan ini lebih terarah kepada perubahan tingkah laku dari dalam diri. Apabila berlakunya perubahan tingkah laku yang dikehendaki hasil dari maklumat dan arah yang telah ditentukan maka berlaku perubahan proses belajar yang lebih berkesan.

V. Perubahan tingkah laku secara holistikBerlaku apabila adanya perubahan secara holistik atau secara keseluruhan. Perubahan ini seperti anda mengalami proses belajar apabila anda telah menguasai perkara yang telah dipelajari secara keserluruhan dari segi pemikiran, perassan, kepercayaan dan tingkah laku anda. Misalnya, cara untuk menjadi dan mengikut tingkah laku orang yang berjaya. Gaya belajarSetiap orang mempunyai cara belajar yang tersendiri. Kefahaman tentang gaya belajar ini penting kerana ini dapat memudahkan anda untuk merancang aktiviti, memilih kaedah dan teknik pengajaran. Teknik yang betul akan memudahkan anda untuk mencari maklumat dan seterusnya dapat belajar dengan mudah. Sebenarnya gaya belajar terdiri daripada visual, auditori atau kinestatik. Peratus yang tinggi dalam mana-mana bahagian menandakan kecenderungan anda untuk mempunyai gaya belajar anda. I. Gaya Belajar Visual Menggunakan bahan-bahan visual seperti gambar-gambar, carta-carta, peta, graf, gambar rajah, dan seumpamanya. Menggunakan warna yang sesuai untuk menandakan maklumat-maklumat penting di dalam nota. Tuliskan cerita dan membuat gambaran mengenai apa yang anda faham. Belajar di tempat yang gelap dan kurang ganguan bunyi bising.

II. Cara Belajar Audiotori Melibatkan diri dalam kumpulan untuk membincangkan sesuatu tajuk. Membaca teks dengan kuat untuk anda dengari Menggunakan irama tertentu untuk mengukuhkan ingatan anda. Buat ucapan dan persembahan.

III. Cara belajar Kinestatik Bergerak atau melakukan aktiviti ketika membaca. Mengunyah gula-gula getah atau semasa anda makan. Mendenagr muzik ringan ketika membaca.

Model Cara Belajar Dr Rita Dunn dan Kenneth DunnModel ini membahagikan cara belajar kepada lima suasana.I. Persekitaran