konsep bilik sains

Upload: zaza9111

Post on 10-Oct-2015

89 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kikk

TRANSCRIPT

TUGASAN 1 Cadangan Penambahbaikan Pengurusan MakmalBilik Sains biasanya merujuk kepada bilik yang dibina khas untuk pengajaran dan pembelajaran Sains. Bilik Sains biasanya disambung dengan bilik persediaan dan stor masing-masing untuk tujuan menyediakan dan menyimpan alat serta bahan sains.

Di sekolah rendah, Bilik Sains merupakan pengubahsuaian bilik arjah ataupun dibina khas. Meja guru harus sesuai digunakan untuk demonstrasi, manakala meja murid sesuai untuk menjalankan eksperimen, projek dan perbincangan berkumpulan. Selain itu, meja kerusi yang disediakan mudah dialihkan supaya ruang pengajaran dan pembelajaran Sains dapat diubah untuk kegiatan seperti:1.Simulasi2.Dan main peranan.

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan bagi mewujudkan suasana bilik makmal Sains yang kondusif dan bersesuaian dengan aspek keselamatan murid dan pengguna makmal

Dibahagian belakang makmal Sains sekolah, almari boleh disediakan untuk menyimpan alat dan bahan Sains yang tidak berisiko tinggi. Di sekitar makmal Sains, poster, carta model dan hasil kerja murid dipamerkan demi mencabar pemikiran saintifik pelajar. Sudut-sudut sains, pameran dan bacaan juga mencirikan makmal Sains yang merangsangkan minat pembelajaran pelajar . Selain itu, guru juga boleh menggunakan troli, dulang atau kotak yang bersesuaian untuk membawa alat dan bahan sumber Sains dari bilik makmal Sains ke bilik darjah yang lain supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat diadakan secarahands-onjuga.

Selain itu juga, makmal Sains hendaklah disusunatur, dilengkapi dan dihiasi dengan menarik bagi mewujudkan suasana yang boleh meningkatkan keberkesanan PdP serta mendorong minat murid kepada mata pelajaran Sains.

Perkara-perkara berikut perlu dilengkapi dalam sebuah makmal Sains adalah seperti berikut : Papan Kenyataan bagi menayangkan hasil eksperimen murid-murid Keratan akhbar, berita mengenai sains dan hasil kerja murid dipamerkan di papan kenyataan Peralatan audio-visual seperti televisyen, perakam video, OHP, projektor slaid dan set komputer Bahan bantu mengajar seperti model, carta, gambar dan poster

Di samping itu pula, penyimpanan bahan radas di dalam bilik makmal Sains juga perlu dititik beratkan. Contohnya, cara penyimpanan bahan radas dan bahan kimia yang berbahaya. Ianya amat penting bagi memastikan tiada berlakunya sebarang kecelakaan di dalam makmal. Terdapat beberapa cara penyimpanan bahan kimia. Antaranya adalah seperti berikut :

A. Cara menyimpan bahan-bahan Kimia Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang beracun, higroskopik , mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya. Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama. Gunakan stok yang lama dahulu. Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang. Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak.

(a) Bahan kimia tak organik Simpan berasingan daripada bahan kimia organik. Label pada botol mengikut nama logam. Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam almari bertutup. Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk.

Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama logam. Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama sebatian ammonium. Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan yang boleh menghilangkan air habluran ke udara.Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara : asid sulfurik pekat, barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium hidroksida, kalium karbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida, kalsium nitrat, kobaltum (II) klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat, kuprum (II) klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natrium bromida, natrium hidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink klorida, zink nitrat.Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara : ammonium karbonat, boraks (dinatrium tetraborat), kalium heksasianoferat (II), magnesium sulfat, natrium asetat, natrium karbonat, natrium sulfat.

(b) Bahan kimia organik Disimpan mengikut abjad ditempat yang berasingan dari bahan-bahan lain. Abaikan penambahan ortho, para, di, tri. Banyak bahan kimia organik adalah cecair yang meruap, beracun dan mudah terbakar. Oleh itu, bilik stor mestilah mempunyai pengudaraan yang baik dan penggunaan api dilarang.

(c) Bahan kimia cecair yang mengkakis Asid dan alkali pekat sangat mengkakis. Jangan letak di atas rak yang tinggi. Sebaliknya, letak di atas lantai atau rak-rak yang hampir dengan lantai.(d) Logam alkali Sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara. Disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak dikeluarkan, gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentuh dengan tangan.(e) Fosforus kuning (putih) Sangat berbahaya dan sangat aktif . Disimpan di dalam air sejuk.(f) Bahan kimia yang terurai oleh cahaya Contoh, argentum nitrat dan asid nitrik pekat. Disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap.(g) Bahan kimia yang mudah rosak oleh panas Contoh : vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen peroksida. Disimpan di dalam peti sejuk.(h) Bahan kimia yang sangat berbahaya Contoh : sebatian arsenik dan garam sianida. Boleh membawa maut sertamerta jika tertelan. Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan kuantitinya.

B. Cara menyimpan peralatan(a) Bahan kaca Disimpan mengikut saiz. Jangan disimpan terlalu tinggi atau bersama-sama benda-benda yang berat atau logam. Alat yang mahal seperti Kipps Apparatus hendaklah disimpan dalam bungkusan dan kotak asal. Labelkan kotak jengan jelas. Bahan-bahan kaca disimpan mengikut saiz dan jenis. . Kelalang mengikut saiz dan dalam kotak yang berbeza. . Buret disimpan berdiri atau dalam laci yang panjang yang dialas dengan kapas. . Bahan-bahan kaca yang kecil (slaid mikroskop, piring petri, tiub spesimen) disimpan di dalam talam di rak ataupun dalam laci. Labelkan setiap laci dengan jelas. . Termometer disimpan dalam kotak asal mengikut jenis dan julat.

. Tiub dan batang kaca disimpan tegak dan diberi sokongan di bahagian tengah. Tiub kaca yang bergaris pusat besar disumbat kedua-dua hujung untuk mengelak habuk/debu. Bahan bahan ini mesti disimpan mengikut berat (berdinding nipis, sederhana atau tebal). Setiap kategori disimpan mengikut garis pusat luar. Jika belun digunakan, simpan dalam pembalut asal. . Alat kaca yang panjang (contoh : buret dan pipet) disimpan berdiri tegak pada rak khusus.(b) Bahan/alat plastik Jauhkan dari punca panas. Jangan simpan dengan/bersama-sama alat yang berat.(c) Bahan-bahan logam Tripod, penunu Bunsen, kaki retot disimpan bersama dan perlu diperiksa dari semasa ke semasa.(d) Bahan bantu mengajar Disimpan dalam almari bertingkap cermin. Carta ditutup dengan helaian plastik lutsinar.(e) Pelbagai item kecil Contoh : macis, gabus, paku, penyepit tabung uji dan spatula. Disimpan dalam kotak kayu yang mempunyai banyak petak kecil.(f) Model-model yang besar Diletakkan di atas meja-meja yang khusus dan ditutup dengan plasik untuk mengelak debu.(g) Mikroskop Disimpan dalam almari yang dipasangkan dengan beberapa buah mentol 25 watt sepanjang masa. Bahagian dalam almari dilapik dengan beberapa keping zink atau aluminium untuk memastikan udara di dalamnya panas dan kering. Tujuannya adalah untuk mengelak percambahan kulat. Dinding almari ditebuk beberapa lubang kecil supaya udara bergerak dengan bebas.

Kesimpulannya, penyelenggaraan dan penyimpanan bahan radas dalam makmal serta bahan kimia perlu dipertambah baikkan lagi bagi makmal Sains Sekolah Kebangsaan Kampung Buloh ini agar aspek keselamatan ketika berada di dalam makmal lebih terjamin. Selain itu juga, penyimpanan setiap radas seperti bikar, tiub kaca hendaklah disusun pada satu tempat atau almari agar mengelakkan radas tersebut berhabuk. Selain itu juga, papan kenyataan perlu diletakkan di bahagian belakang makmal kelas agar murid dapat mempamerkan hasil eksperimen mereka serta merasakan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan bermakna serta diberikan penghargaan bagi setiap tugasan yang telah mereka laksanakan di dalam makmal Sains sekolah.