konsep 5 p dalam pp

64
KONSEP 5 P DALAM KURIKULUM BAHASA MELAYU OLEH: PUAN MAZURA BINTI SULAIMAN JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Upload: johan-ibrahim

Post on 23-Jan-2016

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KONSEP 5 P dalam PP

TRANSCRIPT

Page 1: KONSEP 5 P dalam PP

KONSEP 5 PDALAM KURIKULUM BAHASA

MELAYUOLEH:

PUAN MAZURA BINTI SULAIMAN

JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Page 2: KONSEP 5 P dalam PP

1. Penggabungjalinan - proses menggabungkan

beberapa kemahiran dalam satu pengajaran dan

pembelajaran.

Page 3: KONSEP 5 P dalam PP

Tujuan Strategi Penggabungjalinan

• Beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak• Menjadikan bentuk pengajaran lebih menarik

dan bermakna• Membolehkan suasana pembelajaran lebih

berkesan• Boleh mewujudkan pelbagai aktiviti dan

melibatkan lebih ramai murid

Page 4: KONSEP 5 P dalam PP

Bentuk penggabungjalinan

1. Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran ( bahasa ).Sekurang-kurangnya 2 kemahiran.

2. Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran.

Page 5: KONSEP 5 P dalam PP

Penggabungjalinan dalam Satu Mata Pelajaran ( bahasa )

1. Kemahiran mendengar2. Kemahiran bertutur3. Kemahiran membaca4. Kemahiran menulisContoh: membaca lisan menulis tatabahasa* Melibatkan sekurang-kurangnya 2 kemahiran

Page 6: KONSEP 5 P dalam PP

Contoh pengabungjalinan aspek kemahiran bahasa dalam P&P

Bacaan : membaca senyapLisan : latihan kefahaman

- soal jawab- latihan tatabahasa ( dilakukan

secara tidak langsung)- memberi pendapat

Bertulis : - latihan kefahaman

Page 7: KONSEP 5 P dalam PP

2. Penyerapan

Konsep:-Proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, kemahiran berfikir dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Page 8: KONSEP 5 P dalam PP

Bentuk Penyerapan

1. Penyerapan isi mata pelajaran lain dalam mata pelajaran bahasa.

2. Penyerapan nilai

Page 9: KONSEP 5 P dalam PP

Penyerapan isi mata pelajaran lain - satu strategi untuk menyerapkan isi

pengetahuan daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu mata pelajaran lain.

Contoh: Dalam PP bahasa, isi pengetahuan daripada mata

pelajaran Sains dan Kesihatan diserapkan seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran bahasa.

Page 10: KONSEP 5 P dalam PP

Penyerapan Nilai:

Nilai murni dan semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Dalam P&P, walaupun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang, namun murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.

Page 11: KONSEP 5 P dalam PP

Ada 17 nilai yang perlu diserapkan dalam P&P:

1. Baik hati 2. Berdikari- belas kasihan - bertanggungjawab- bertimbang rasa - bertindak sendiri- murah hati - jaya diri- saling memahami - yakin kepada diri

sendiri- sedia memaafkan

Page 12: KONSEP 5 P dalam PP

3. Hemah tinggi 4. Hormat-menghormati- kesopanan - hormat kpd ibu bapa- mengaku kesalahan - hormat kpd orang yang

sendiri lebih tua- ramah mesra - taat kpd raja & negara

- hormat kpd hak asasi- hormat kepada

undang- undang- menghargai masuah

diri- dan lain-lain

Page 13: KONSEP 5 P dalam PP

5. Kasih sayang 6. Keadilan- sayang kpd nyawa - adil- sayang kpd alam - saksama sekeliling- cinta kpd negara- cinta kpd keamanan dan keharmonian

Page 14: KONSEP 5 P dalam PP

7. Kebebasan 8. Keberanian- kebebasan di sisi - berani dengan tidak undang-undang membuta tuli- kebebasan dalam - berani kerana benar sistem demokrasi - berani mempertahan- kan kebenaran

- berani bertanggung- jawab

Page 15: KONSEP 5 P dalam PP

9. Kebersihan fizikal 10. Kejujuran dan mental - amanah- kebersihan diri - bercakap benar- kebersihan persekiran - ikhlas- pertuturan dan kela- kuan yang sopan

Page 16: KONSEP 5 P dalam PP

11. Kerajinan 12. Kerjasama- cekal - persaudaraan- daya usaha - t/jawab bersama- dedikasi - gotong-royong- gigih - toleransi - tekun - kebaikan bersama - perpaduan

Page 17: KONSEP 5 P dalam PP

13. Keserdahanaan 14. Kesyukuran- sederhana dlm mening - berterima kasih katkan kepentingan - mengenang budi diri dan orang lain - penghargaan- Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku

Page 18: KONSEP 5 P dalam PP

15. Rasional 16. Semangat bermasya- boleh membuat rakat pertimbangan - bermuafakat - boleh membuat pena- - kejiranan akulan - peka kpd isu-isu- berfikiran logik dan sosial dan masyarakat terbuka

Page 19: KONSEP 5 P dalam PP

17. Semangat kewarganegaraan- berbangga menjadi rakyat malaysia- bersemangat patriotik- berusaha dan produktif

Page 20: KONSEP 5 P dalam PP

3. PemulihanKoh Boh Boon (1982): Pendidikan pemulihan adalah

lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu mereka yang lembab mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian pembelajaran murid-murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya.

Page 21: KONSEP 5 P dalam PP

Rasional Pendidikan Pemulihani. Murid berbeza dari segi pengalaman, minat

dan kebolehan. Sebab itu murid yang lemah/menghadapi masalah tertentu perlu diberi perhatian.

ii. Laporan J/K Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran antaranya menetapkan:

a. Kenaikan darjah secara automatik tetapi murid yang lemah dalam bidang kemahiran tertentuhendaklah diberi pendidikan pemulihan secara teratur.

Page 22: KONSEP 5 P dalam PP

b. Kurikulum perlu diubah suai bukan sahaja untuk membolehkan murid-murid yang lemah mencapai kemahiran-kemahiran asas, bahkan untuk membolehkan murid-murid cerdas terus maju.

Page 23: KONSEP 5 P dalam PP

Objektif Pendidikan Pemulihan

1. Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka.

2. Untuk membolehkan murid-murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental mereka.

Page 24: KONSEP 5 P dalam PP

3. Untuk membolehkan murid-murid mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru dan pihak-pihak lain.

4. Untuk membolehkan murid-murid cuba mengembangkan potensi mereka dalam pelajaran dan minat mereka ke tahap yang lebih maju.

5. Untuk membolehkan murid-murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Page 25: KONSEP 5 P dalam PP

6. Untuk membolehkan murid-murid membina, memperoleh dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari apabila berada di dalam sesuatu kumpulan atau masyarakat.

7. Untuk membolehkan murid-murid meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Page 26: KONSEP 5 P dalam PP

Prinsip P&P Pemulihan1. Membangkitkan semangat yakin diri sendiri• Jalin hubungan mesra g-m dan m-m• Beri perhatian secara individu, berpasangan

atau kumpulan yang sama taraf pencapaian• Libatkan mereka dalam aktiviti kelas dengan

bantuan / panduan guru• Beri penghargaan jika berjaya dalam proses

pemulihan• Wujudkan situasi untuk membolehkan mereka

memahami pelajarannya.

Page 27: KONSEP 5 P dalam PP

2. Melibatkan deria rasa, penglihatan dan pandangan dalam aktiviti-aktiviti pemulihan

• Dengar, sebut dan latih tubi sebutan• Meneliti dan mengaggarkan panjang pendek

sesuatu perkataan• Melarikan jari di bawah sesuatu huruf /

perkataan yang menjadi masalah sambil menyebutnya.

• Membentuk sesuatu huruf /perkataan dengan bahan-bahan maujud supaya dapat menajamkan pengecamannya.

Page 28: KONSEP 5 P dalam PP

• Menekap dan menyurih sesuatu huruf atau perkataan sambil menyebutnya.

• Menulis sesuatu huruf / perkataan mengikut urutan atau rentetan tatatingkat gerak kerja menulis, seperti:

- Menyambung titik-titik atau garis putus-putus- Menyurih bentuk-bentuk huruf atau

perkataan dengan kertas surih- Menyalin bentuk-bentuk huruf /perkataan

dari contoh yang diberi.- Menulis huruf atau perkataan tanpa panduan.

Page 29: KONSEP 5 P dalam PP

Peringkat-peringkat Pengajaran Pembelajaran Pemulihan

1. Mengenal pasti murid dan masalah pembelajaran- Mengenal pasti murid : pemerhatian, rekod prestasi dan profil, ujian, latihan harian, soal jawab, temu bual dengan guru darjah, ibu bapa dll.- Penentuan masalah: lisan, bacaan, tulisan,

tatabahasa - Senaraikan masalah-masalah tersebut.

Page 30: KONSEP 5 P dalam PP

Cara mengenal pasti masalah pembelajaran:• Memerhati cara murid menjalankan aktiviti-

aktiviti pembelajaran.• Pernyataan masalah oleh murid sendiri ( melalui perbualan).• Membuat tafsiran terhadap kesilapan yang

kerap dilakukan ( sebutan, bacaan dan tulisan).

• Ujian diagnostik – untuk menentukan masalah pembelajaran tertentu seseorang murid. Boleh dijalankan secara lisan atau tulisan.

Page 31: KONSEP 5 P dalam PP

Ciri-ciri murid yang menghadapi masalah pembelajaran:

1.Lemah dalam membaca, menulis dan mengira serta kelemahan dalam daya pemikiran yang abstrak.

2.Lemah dalam koordinasi pancaindera dengan pemikiran dari segi pengamatan, pendengaran dan pertuturan.

3.Lemah di dalam penerimaan konsep-konsep baru, tidak boleh mengingat kembali, tidak mempunyai akan yang cerdas dan kurang pengalaman tentang alam sekeliling.

Page 32: KONSEP 5 P dalam PP

4.Kurang keyakinan diri kerana dikuasai perasaan rendah diri.

5.Kurang perbendaharaan kata /kosa kata menyebabkan sukar untuk membeza yang penting dengan yang tidak penting.

6.Mudah tertarik dengan gangguan luar (tiada dorongan diri sendiri).

7.Tidak boleh mengikuti pelajaran dalam jangka waktu yang panjang.

8.Lemah dalam daya penyebutan seperti gagap, pelat dan sengau.

Page 33: KONSEP 5 P dalam PP

9.Sering terjadi gangguan kesihatan menyebabkan emosi tidak stabil.

10.Kurang zat makanan dan mengalamai kecacatan fizikal.

11.Kurang tekun ketika membuat sesuatu kerja.12.Mempunyai pencapaian yang rendah sejak

peringkat awal lagi.13.Tidak mampu membuat gambaran secara

jelas.14.Gembira ketika diberi peluang belajar dengan

menggunkan benda-benda maujud.

Page 34: KONSEP 5 P dalam PP

2. Penentuan Punca Masalah-Faktor-faktor yang menjadi punca:i. pembelajaran- kaedah pengajaran- bahan p&p tidak sesuai- ponteng sekolah- cuai dalam menjalankan aktiviti, dllii. peribadi- kesihatan- kurang perhatian keluarga- masalah sosial, dll

Page 35: KONSEP 5 P dalam PP

iii. kecerdasan-lambat berfikir/bertindak-lekas lupa-sukar memahami sesuatu-lemah pengamatan,dlliv. psikologi-takut-benci-rendah diri-pendiam-pemalu, dll

Page 36: KONSEP 5 P dalam PP

v. Kecacatan fizikal- pekak- bisu- gagap- sengau- telor- kurang pendengaran- kurang penglihatan, dsb

Page 37: KONSEP 5 P dalam PP

vi. Kecacatan mental dan terencat akal- disebabkan keadaan semula jadi, penyakit atau kemalangan.

vii. Persekitan sekolah- bising- bilik sesak, dll

Page 38: KONSEP 5 P dalam PP

3. Pilih ganti Tindakan-Ketika membuat perancangan prinsip-prinsip

berikut perlu dipatuhi:a. Pengajaran pemulihan hendaklah seimbang dengan kebolehan murid.b. Tumpuan perlu kepada kelemahan-

kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti.c. Aktiviti perlu selari dengan kesediaan belajar murid.

Page 39: KONSEP 5 P dalam PP

d. Aktiviti pembelajaran tidak boleh banyak.e. Murid memperoleh maklum balas segera

daripada aktiviti yang dijalankannya.f. Aktiviti mengikut langkah-langkah kecil supaya

murid boleh menguasai sesuatu kemahirang. Perlu melibatkan pelbagai deria agar

meningkatkan kefahaman serta ingatan murid.

h. Bahan-bahan pemulihan hendaklah sesuai dari segi saiz dan rupa yang menarik

Page 40: KONSEP 5 P dalam PP

i. Urutan pengajaran bermula dari yang senang kepada yang susah.j. Latihan perlu diberi dihujung pengajaran untuk memastikan pencapaian objektifnya.k. Strategi pengajaran hendaklah melibatkan murid-murid secara aktif.

Page 41: KONSEP 5 P dalam PP

Strategi Pengajaran Pemulihan

• Pengajaran Individu- membimbingan individu bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan alat bantu yang sesuai.

• Pengajaran Kumpulan Kecil – membimbing murid-murid yang mempunyai masalah yang sama tetapi perhatian secara individu. Ahli mungkin bertukar-tukar dan guru menggunakan beraneka jenis bahan yang menarik.

Page 42: KONSEP 5 P dalam PP

• Pengajaran Kumpulan Besar• Pengajaran Bimbingan Rakan Sebaya• Pengajaran Kolaboratif

Page 43: KONSEP 5 P dalam PP

4. Penilaian-dijalankan bagi memastikan sama ada objektif

pengajaran pemulihan telah tercapai / tidak- Cara penilaian:

- pemerhatian - soal jawab / kuiz - latihan, dll

- Tindakan susulan: murid yang sudah menguasai kemahairan, kembali kepada kumpulan yang sejajar.

- Penyimpanan rekod

Page 44: KONSEP 5 P dalam PP

Perkara-perkara yang harus diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah pemulihan:

i. Rancang dan pilih teknik pengajaran yang sesuai.ii. Tentukan masalah yang sama tidak berulangiii. Ikuti kemajuan murid-murid tersebut dengan menggunakan senarai semak.iv. Tentukan aktiviti-aktiviti pengukuhan yang sesuai dan secocok bagi menyelesaikan masalah.

Page 45: KONSEP 5 P dalam PP

4. Pengayaan- ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar darjah.-diberi kepada kumpulan murid yang telah mencapai taraf yang memuaskan/telah menguasai kemahiran asas.-dilakukan semasa murid-murid lain masih berada dalam proses pembelajaran ke taraf yang diperlukan/menguasai kemahiran asas.

Page 46: KONSEP 5 P dalam PP

- Mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.

- Memberi peluang kepada murid mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan masyarakat.

Page 47: KONSEP 5 P dalam PP

Objektif Aktiviti Pengayaan

1. Membolehkan murid menjalani aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka.

2. Menambahkan minat dan pengalaman yang boleh membantu ke arah perkembangan diri dan bakat mereka.

3. Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat dan bakat mereka.

Page 48: KONSEP 5 P dalam PP

4. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan pelbagai bahan / sumber.

5. Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup.

6. Melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri.

7. Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan ke peringkat yang lebih tinggi sesuai dengan kemampuan mereka.

Page 49: KONSEP 5 P dalam PP

Prinsip-prinsip Penting Untuk Menyediakan Aktiviti Pengayaan1. Bercorak belajar sendiri, mengandungi arahan

yang jelas supaya murid boleh melakukannya sendiri. Boleh dijalankan secara individu atau kumpulan.

2. Menarik, mencabar dan sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid yang berbeza-beza.

3. Boleh berbentuk program harian atau projek.

Page 50: KONSEP 5 P dalam PP

4. Diletak atau disimpan di tempat yang mudah digunakan oleh murid-murid.

5. Mengandungi bahan-bahan yang dipelbagaikan sama ada dibuat sendiri atau diperoleh dari pasaran. Seelok-eloknya bahan-bahan itu mengandungi aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran yang telah dipelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Page 51: KONSEP 5 P dalam PP

Pengelolaan Aktiviti Pengayaan

1. Pilihan Murid- murid-murid jalankan sendiri aktiviti yang

telah disediakan.- lebih berbentuk belajar sendiri. - bahan-bahan yang dihasilkan dipamerkan

2. Pilihan Guru- ditentukan oleh guru selepas murid menguasai kemahiran asas. Tujuan untuk memperkukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.

Page 52: KONSEP 5 P dalam PP

Masa Melaksanakan Pengayaan

1. Dalam masa yang dipilih khas pada setiap hari- waktu Bahasa Melayu/Matematik

2. Selepas menguasai sesuatu /sekumpulan kemahiran

3. Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran.

Page 53: KONSEP 5 P dalam PP

Aktiviti Pengayaan

Ada 3 bahagian:1.Bacaan tambahan/latihan tambahan2. Kerja projek3. Permainan dan rekreasi.

Page 54: KONSEP 5 P dalam PP

5. PenilaianPenilaian merupakan satu proses atau

aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi.

Page 55: KONSEP 5 P dalam PP

Jenis Penilaian

• Penilaian Formatif• Penilaian Sumatif

Page 56: KONSEP 5 P dalam PP

Penilaian Formatif

• Dikenali juga sebagai ujian kemajuan (progressive test)

• Dijalankan:> semasa proses pengajaran dan pembelajaran

sedang berlangsung> setelah tamat satu bahagian

pembelajaran ( tetapi bukan untuk tujuan pengredan)

Page 57: KONSEP 5 P dalam PP

Penilaian Formatif

• Tujuan:> Mengesan kemajuan pembelajaran yang

berlaku semasa pengajaran / melihat setakat mana keberkesanan pengajaran guru

> Membantu perkembangan murid> Guru dapat melihat kesilapan yang

dilakukan> Menentukan sama ada murid sudah bersedia

untuk menerima pelajaran baru

Page 58: KONSEP 5 P dalam PP

Alat-alat untuk mengukur Penilaian Formatif

• Lisan ( menyoal )• Kerja bertulis• Kajian luar• Projek• Perbincangan• Pemerhatian• Temu bual• Soal selidik• dsb

Page 59: KONSEP 5 P dalam PP

Penilaian Sumatif

• Dikenali juga dengan ujian pencapaian• Dijalankan:

> pada akhir sesuatu penggal/semester/kursusContoh: ujian pertengahan tahun

ujian akhir tahunUPSR, PMR, SPM,

dsbnya.

Page 60: KONSEP 5 P dalam PP

Tujuan

• Memberi gred• Pensijilan• Menentukan jurusan• Perbandingan pencapaian antara murid/

mengkelaskan murid.

Page 61: KONSEP 5 P dalam PP

Alat untuk mengukur

Melibatkan pelbagai alat bergantung kepada objektif sesuatu kursus / pembelajaran itu:

- Ujian bertulis ( objektif/ esei )- Lisan

Page 62: KONSEP 5 P dalam PP

Klasifikasi ujian

• Ujian Rujukan Norma• Ujian Rujukan Kriteria

Page 63: KONSEP 5 P dalam PP

Ujian Rujukan Norma

• Bertujuan untuk:- membandingkan pencapaian murid.- membandingkan prestasi murid dalam kelas

yang sama atau dengan kelas yang lain.- Memberi pangkat / gred* Menggunakan alat pengukur yang sama

Page 64: KONSEP 5 P dalam PP

Ujian Rujukan Kriteria• Digunakan untuk mengetahui sejauh mana

seseorang murid itu menguasai sesuatu kemahiran /topik.

• Tujuan:-menentukan prestasi murid berdasarkan sesuatu kriteria.-tidak membandingkan pencapaian individu

*sesuai untuk menguji kemahairan asas dan disusuli dengan aktiviti pengayaan dan pemulihan.