konflik budaya mempengaruhi tekanan hubungan malaysia indonesia

4
Konflik budaya mempengaruhi tekanan hubungan Malaysia Indonesia (culture dan indentiti dlm ir) Diantara konflik budaya yang mampu mempengaruhi hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia adalah isu tarian Pendet. Pada tahun 2009 isu Tari Pendet ini muncul kerana terdapat iklan tarian Pendet yang menyatakan Tarian ini berasal daripada Malaysia di Discovery Channel. Akibat daripada itu, Menteri Kebudayaan dan Pariwisata Indonesia, Jero Wacik, yang sebelumnya cenderung untuk berdiam diri, kini mula bersuara bahkan Nampak emosional dengan menyatakan, “Belum menerima maaf Malaysia mengenai isu ini”. 1 Presiden Indonesia pada ketika itu, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) pun melontarkan teguran agar Malaysia menjaga sensitiviti rakyat Indonesia yang sensitif terhadap isu budaya. 2 Bahkan, SBY menyatakan didalam mesyuarat kebinetnya bahawa “Saya berharap jangan ada tindakan yang eksesif dari sebagian kita, apalagi tindakan melawan hukum seperti `sweeping` warga negara Malaysia. Sweeping itu bukan langkah yang terbaik,”. 3 Di pihak Malaysia pula, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman meyatakan didalam satu pertemuan dengan dengan Menteri Luar 1 “Malaysia Merebut kekeyaan Indonesia “http://news.liputan6.com/read/149842/malaysia-quotmerebutquot-kekayaan- indonesia diakses pada 10 julai 2015 2 Ibid 3 Ibid

Upload: azrulazlan89

Post on 16-Feb-2016

216 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

konflik budaya

TRANSCRIPT

Page 1: Konflik Budaya Mempengaruhi Tekanan Hubungan Malaysia Indonesia

Konflik budaya mempengaruhi tekanan hubungan Malaysia Indonesia (culture

dan indentiti dlm ir)

Diantara konflik budaya yang mampu mempengaruhi hubungan diplomatik

antara Malaysia dan Indonesia adalah isu tarian Pendet. Pada tahun 2009 isu Tari

Pendet ini muncul kerana terdapat iklan tarian Pendet yang menyatakan Tarian

ini berasal daripada Malaysia di Discovery Channel. Akibat daripada itu, Menteri

Kebudayaan dan Pariwisata Indonesia, Jero Wacik, yang sebelumnya cenderung

untuk berdiam diri, kini mula bersuara bahkan Nampak emosional dengan

menyatakan, “Belum menerima maaf Malaysia mengenai isu ini”.1 Presiden

Indonesia pada ketika itu, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) pun melontarkan

teguran agar Malaysia menjaga sensitiviti rakyat Indonesia yang sensitif

terhadap isu budaya.2 Bahkan, SBY menyatakan didalam mesyuarat kebinetnya

bahawa “Saya berharap jangan ada tindakan yang eksesif dari sebagian kita,

apalagi tindakan melawan hukum seperti `sweeping` warga negara Malaysia.

Sweeping itu bukan langkah yang terbaik,”.3

Di pihak Malaysia pula, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman

meyatakan didalam satu pertemuan dengan dengan Menteri Luar Indonesia

pada 17 September 2009 “Budaya yang diwarisi sangat kental. Dalam isu tari

pendet, kami (Malaysia) setuju bahwa itu milik Indonesia. Kerajaan dan rakyat

Malaysia tidak pernah menuntut sebagai milik. Ini hanya sebuah kekhilafan yang

dibuat Discovery Channel.”4 Malahan isu ini juga mendapat perhatian Timbalan

1 “Malaysia Merebut kekeyaan Indonesia “http://news.liputan6.com/read/149842/malaysia-quotmerebutquot-kekayaan-indonesia diakses pada 10 julai 20152 Ibid 3 Ibid4 “Malaysia Tegaskan Tari Pendet Milik Indonesia” http://internasional.kompas.com/read/2009/09/18/07002744/malaysia.tegaskan.tari.pendet.milik.indonesia diakses pada 10 julai 2015

Page 2: Konflik Budaya Mempengaruhi Tekanan Hubungan Malaysia Indonesia

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau telah menyatakan

bahawa klip video 30 saat yang sebahagian kecilnya memaparkan Tarian Pendet

diterbitkan oleh Discovery Networks Asia-Pacific dan tidak ada kena mengenai

dengan pihak berkuasa di Malaysia. Kata Timbalan Perdana Menteri lagi,

penerbit itu juga telah menjelaskan keadaan sebenar dan memohon maaf

kepada kerajaan Indonesia berhubung perkara tersebut. Beliau berkata, penerbit

dokumentari berkenaan telah menjelaskan situasi sebenar melalui sepucuk surat

kepada Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia, Jero Wacik.

Sehubungan itu, beliau berharap isu Tarian Pendet dari Bali yang didakwa dicuri

oleh Malaysia selesai. Penerbit klip itu telah menulis memohon maaf dan

menjelaskan situasi sebenar bahawa filem tersebut bukan datang daripada pihak

berkuasa Malaysia tapi dilakukan oleh mereka. Saya harap episod ini terhenti di

situ dan segala penjelasan diterima oleh pihak Indonesia,katanya. Beliau berkata

demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat

jawatankuasa Kabinet mengenai pelancongan di sini hari ini.5

Disini dapatlah dilihat bahawa, isu Tarian Pendet yang merupakan salah satu isu

budaya ini mampu untuk memberi tekanan secara diplomatik antara kedua-dua

buah negara. Hal ini berikutan rakyat Indonesia sangat sensitif dengan budaya

dan identiti mereka. Bagi Indonesia apa yang dilakukan Malaysia dengan

menuntut kebudayaan Indonesia adalah sebahagian dari krisis identiti yang

dialami Malaysia dan sebagai usaha mempertahankan kewujudannya maka

Malaysia menunutut beberapa kebudayaan milik Indonesia. Tambahan lagi, bagi

pihak Indonesia ini tidak sepenuhnya kesalahan Malaysia, ada kesalahan dari

bangsa Indonesia sendiri. Kebudayaan yang dituntut oleh Malaysia seperti batik

tulis, angklung, dan reog Ponorogo tersebut sudah hampir dilupakan khususnya

5 PURBA, Achmad Zen Umar. “Tari Pendet dan Pengelolaan Aset”,Kompas, 1 September 2009.

Page 3: Konflik Budaya Mempengaruhi Tekanan Hubungan Malaysia Indonesia

oleh generasi muda Indonesia. Sebelum isu tuntutan ini disebarkan ke media,

dapat diperhatikan bahwa banyak generasi muda Indonesia yang terlihat seperti

ada pendapat tersediri jika mengenakan batik, memainkan angklung, atau

bahkan menarikan reog Ponorogo. Generasi muda di Indonesia sudah terlalu

terbawa oleh modernisasi dan westernisasi, lebih menyukai yang berbau

kebarat-baratan dan Korean mulai dari gaya berpakaian hingga selera seni.

Padahal Indonesia adalah salah satu negara dengan kebudayaan seni terkaya di

dunia. 6

Bagi pihak rakyat Malaysia pula, Mereka menganggap negaranya tak pernah

menuntut Tarian Pendet . Rakyat Malaysia tak mahu dituduh sebagai pencuri.

Menurut satu tinjauan yang dilakukan oleh akhbar The Malay Mail yang telah

menemubual rakyat Malaysia, salah seorang korensponden bernama Harris

berkata "Kalau memang Tarian Pendet milik Indonesia, kenapa rakyat Indonesia

berasa khawatir. Rakyat Malaysia tak pernah menuntut tarian tersebut, Berhenti

menuduh Malaysia mencuri kebudayaan. Kebudayaan seharusnya menyatukan

kita, bukan justru memisahkan, betapa bodohnya,". Terdapat juga korensponden

menganggap media di Indonesia memanfaatkan isu tari Pendet untuk tujuan

komersial dan menarikan ratingnya.7 

Konflik budaya mempengaruhi tekanan hubungan Malaysia Indonesia. Hal ini

kerana Konflik budaya ini mendapat perhatian pemimpin dan rakyat kedua-dua

buah negara. Tuntutan maaf yang diminta oleh Kerajaan Indonesia kepada

Kerajaan Malaysia merupkan salah satu tekanan diplomatik yang mampu

menganggu gugat hubungan Malaysia Indonesia

6 Thoha, Miftah. Birokrasi & Politik Di Indonesia. Jakarta: Rajawali pers, 2011. Hlmn 507“ Inilah Tanggapan Warga Malaysia Soal Pendet” http://nasional.news.viva.co.id/news/read/85570-inilah_tanggapan_warga_malaysia_soal_pendet diakses pada 10 julai 2015