komuniti setempat

14
ISI KANDUNGAN Bil Perkara Halaman 1 1.0 Pengenalan 1 2 1.0 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1 3 3.0 Definisi Komuniti Setempat 2 4 4.0 Jenis-Jenis Komuniti Setempat 3 5 5.0 Penglibatan Komuniti Setempat Dalam Membantu Meningkatkan Kualiti Dan Kuantiti Pendidikan Di Kalangan Para Pelajar Sekolah Dalam Menjayakan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 6 6 1.0 Rumusan 10 7 BIBLIOGRAFI 11 8 Forum E-Learning 12 0

Upload: faye

Post on 26-Oct-2015

238 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

komuniti

TRANSCRIPT

Page 1: komuniti setempat

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Halaman

1 1.0 Pengenalan 1

2 1.0 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1

3 3.0 Definisi Komuniti Setempat 2

4 4.0 Jenis-Jenis Komuniti Setempat 3

5 5.0 Penglibatan Komuniti Setempat Dalam Membantu Meningkatkan

Kualiti Dan Kuantiti Pendidikan Di Kalangan Para Pelajar Sekolah

Dalam Menjayakan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

6

6 1.0 Rumusan 10

7 BIBLIOGRAFI 11

8 Forum E-Learning 12

0

Page 2: komuniti setempat

1.0 Pengenalan

Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan

kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus

mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.

Sekolah berperanan dalam menyedia, menyelenggara dan mengurus prasarana supaya

pelajar-pelajar dapat memperolehi pengajaran dan pembelajaran secara licin, optimum dan

selamat.

Sekolah adalah institusi penting untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK), iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,

emosi, jasmani dan sahsiah terpuji. Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek

kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid harus

diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh.

Penyediaan meja, kerusi, rak buku dan papan tulis adalah contoh prasarana yang disediakan

oleh sekolah. Selain itu, sekolah juga perlu menyelenggara kemudahan yang telah disediakan

seperti perpustakaan dan bilik media agar sentiasa berkeadaan baik. Pentadbiran yang

sempurna dapat mengawal keadaan sekolah agar lebih terkawal dan berdisiplin.

2.0 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk individu adalah untuk melahirkan insan yang

berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga menjadi seorang warganegara

yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik,

seimbang dan bersepadu, ini untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Secara

keseluruhannya, tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah

atau diploma tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan

seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang

berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti. 

Konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu

dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan

yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan

sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta

1

Page 3: komuniti setempat

masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang

menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti

sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan,

pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh

memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan

pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga

untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula

dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa

tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma,

tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya

menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,

bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

3.0 Definisi Komuniti Setempat

Komuniti dapat didefinisikan sebagai sekumpulan individu yang mendiami satu kawasan

yang sama dan mereka saling berinteraksi antara satu sama lain untuk satu jangkamasa yang

lama yang mana melalui interaksi ini akan mewujudkan satu ikatan atau hubungan di antara

mereka. Selain itu, komuniti juga dapat diasaskan atau daripada perasaan dan pengalaman

hidup yang sama, budaya serta perasaan kekitaan. Menurut Warburton (1998) menjelaskan

bahawa komuniti adalah satu proses yang dinamik dimana komitmen dan usaha yang di

kongsi bersama menerusi tindakan manusia yang menyedari dan komited kepada prinsip

kerja bersama untuk mencapai kehidupan yang lebih baik.

Pembangunan komuniti pula merupakan penglibatan yang aktif daripada masyarakat

setempat untuk menjalankan program-program yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan

mereka (Ploch, 1976). Menurut pandangan daripada Hope (1980) pula mengatakan bahawa

pembangunan komuniti merupakan satu proses yang bermula daripada mengenalpasti

masalah masyarakat yang terlibat sehinggalah kepada proses pemyelesaian masalah tersebut.

Menurutnya juga, perubahan yang berlaku hanya akan dapat dirasai oleh masyarakat yang

2

Page 4: komuniti setempat

terlibat sekiranya proses ini disertai oleh semua pihak sarna ada pihak kerajaan, bukan

kerajaan serta masyarakat itu sendiri.

4.0 Jenis-Jenis Komuniti Setempat

4.1 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di

semua Sekolah Kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan

guru (IBG), yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan

tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan

pembelajaran murid di Sekolah. Ia juga untuk mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian

antara pihak Sekolah, ibubapa dan komuniti setempat. PIBG juga mempunyai peranan

“saling lengkap melengkapi” terhadap fungsi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam

menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana Sekolah yang kondusif kepada murid-murid

dan guru-guru di Sekolah.

PIBG mempunyai peranan yang penting dalam pengurusan sesebuah sekolah. Antaranya

ialah membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid,

menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di

Sekolah, meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan

antara Sekolah dengan masyarakat setempat, meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya

dapat mewujudkan suasana yang konduksif bagi menjayakan aktiviti dan program

pendidikan. Semua ibu bapa dan guru di sekolah ini merupakan ahli PIBG. AJK PIBG dipilih

melalui Mesyuarat Agung Tahunan & menjalankan tugas dan amanah secara sukarela serta

perlu menitikberatkan keikhlasan, keterbukaan dan pengorbanan.

4.2 Rukun Tetangga

Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam

pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Konsep program ini hampir sama seperti

Neighbourhood Watch seperti yang diamalkan di United Kingdom. Sehingga Mei 2006

sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah ditubuhkan di seluruh negara.

3

Page 5: komuniti setempat

Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1975 asalnya untuk

menjamin keselamatan penduduk setempat. Satu akta yang dikenali sebagai Peraturan Rukun

Tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75) telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu

kepada pertubuhan tersebut.Pada 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan

hubungan di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kemudian pada 2001, fokus program ini

sekali lagi bertukar kepada fokus sekarang, iaitu pembangunan masyarakat setempat.

Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang

bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan

kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di

kawasan kejiranan tersebut. Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa

banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program

meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.

4.3 Ibu Bapa Sebagai Komuniti

Faktor-faktor persekitaran keluarga di dapati memainkan peranan yang penting di dalam

mempengaruhi proses pembelajaran anak-anak mereka. Institusi keluarga merupakan institusi

terawal dan terpenting serta bertanggungjawab di dalam pembentukkan peribadi individu

samada dari segi akqidah, syariah atau pun akhlak (Mustafa Haji Daud, 1989). Ini dapat

diperjelaskan dengan melihat sendiri betapa besarnya pengaruh ibu bapa terhadap anak-

anaknya sehinggakan ia mampu membentuk sahsiah seorang anak tersebut. Perasaan

pertalian kasih sayang mampu membentuk ketaatan dan kesetiaan dalam memudahkan anak-

anak menerima tunjuk ajar dan nasihat daripada kedua ibu bapanya. Ini adalah bersifat kekal

dan berpanjangan serta mampu mempengaruhi proses pembelajaran anak-anak mereka.

4.4 Persatuan Murid-murid Tua

Peranan utama Persatuan Murid-murid Tua ialah menjadi satu badan yang bertanggungjawab

mengumpulkan semua bekas murid-murid dan bersama-sama menjalinkan hubungan yang

baik dan erat antara satu sama lain. Selain itu, persatuan murid tua memelihara dan

mempertahankan kebajikan dan hak asasi murid-murid dalam sekolah dengan menerima

pandangan murid dan menjadi orang tengah antara pihak sekolah dengan pelajar. Persatuan

ini juga menjalankan program bagi membantu murid-murid dari semua aspek kearah yang

baik seperti pelajaran, tingkahlaku dan masa depan mereka.

4

Page 6: komuniti setempat

Tambahan pula, persatuan ini menjadi satu badan yang mengumpulkan semua tenaga bantuan

bekas murid-murid kepada sekolah samada dalam bentuk kewangan, semangat sukarelawan

dan apa-apa jua yang dapat membantu sekolah menjayakan dasar-dasar sekolah apabila

diperlukan. Akhir sekali, persatuan ini merancang dan menjalankan program untuk

mengelakkan murid-murid daripada terjerumus dalam gejala-gejala yang kurang sihat.

4.5 Bahagian Kesihatan Dan Pergigian Hospital

Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) merupakan satu rancangan kebangsaan yang bersepadu

di antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan yang boleh dianggap sebagai

sebahagian penting daripada perkhidmatan masyarakat. Objektif Rancangan Kesihatan

Sekolah ialah mengendalikan pendidikan kesihatan dan pemakanan di sekolah, memberi

rawatan penyakit dan kecemasan kepada murid ketika di sekolah, mencegah dan mengawal

penyakit-penyakit berjangkit, menilai dan menafsir taraf kesihatan murid. Tujuan

Perkhidmatan Kesihatan ialah mewujudkan kesedaran mengenai status kesihatan sendiri dan

menggalakkan amalan mendapatkan penilaian kesihatan di kalangan murid-murid, mengesan

masalah kesihatan seawal yang mungkin serta membuat rujukan mendapatkan rawatan bagi

murid-murid yang berkenaan.

Selain itu, Rancangan Kesihatan Sekolah menjalankan usaha-usaha untuk mengenal dan

menentukan murid sekolah yang memerlukannya,menggalakkan hidup sihat di sekolah dari

segi fizikal, mental, emosi, sosial, dan rohani serta menggalakkan kerjasama yang erat antara

sekolah dan masyarakat untuk kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat.Aktiviti

Rancangan Kesihatan Sekolah ialah Perkhidmatan Kesihatan,Hidup Sihat Di Sekolah,

Kerjasama Antara Sekolah dan Masyarakat Untuk Kesihatan, Rancangan Makanan

Tambahan (RMT) dan Kantin Sekolah.

4.6 Polis

Polis adalah organisasi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan

keselamatan dan kestabilan masyarakat menurut undang-undang negara. Di dalam kerajaan

mereka berada di dalam cabang eksekutif iaitu pelaksana undang-undang sivil (kecuali Polis

Tentera yang melaksanakan undang-undang ketenteraan). Sebagai cabang yang sangat

mustahak dalam kerajaan, perkataan polis memang sesuai sekali kerana politeia bermaksud

kerajaan atau pentadbiran dalam bahasa Yunani. Di setengah negara seperti United Kingdom

5

Page 7: komuniti setempat

polis dikenali sebagai Konstable, diambil dari perkataan Inggeris constable, iaitu nama awal

untuk pegawai polis. Antara persatuan bekas polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas

Polis dan Tentera Malaysia (Poltera).

5.0 Penglibatan Komuniti Setempat Dalam Membantu Meningkatkan Kualiti Dan

Kuantiti Pendidikan Di Kalangan Para Pelajar Sekolah Dalam Menjayakan Matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Terdapat lima jenis komuniti setempat yang memainkan peranan yang penting dalam

membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti pendidikan di kalangan para pelajar sekolah

dalam menjayakan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan. Antaranya ialah Persatuan

Ibubapa dan Guru (PIBG), Rukun Tetangga, ibubapa sebagai komuniti, Bahagian Kesihatan

dan Pergigian dan polis.

5.1 Penglibatan PIBG Dalam Membantu Meningkatkan Kualiti Dan Kuantiti

Pendidikan Di Kalangan Para Pelajar Sekolah

PIBG ialah rakan kongsi sekolah. Penglibatan PIBG amat perlu bagi memajukan sekolah

melalui permuafakatan, perancangan yang teliti, dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan

guru. Kita perlu sedar bahawa sekolah merupakan sebahagian daripada komuniti,

sebagaimana institusi keluarga, masjid, perpustakaan awam, dan sebagainya. Sebagai

sebahagian daripada komuniti, maka sekolah mesti didampingi, diaktifkan, dan digerakkan

oleh masyarakat di sekelilingnya. Masyarakat terutamanya ibu bapa perlu bersama-sama

komited demi kemajuan dan kecemerlangan sekolah.

Cabaran kini dan mendatang dalam pendidikan di sekolah menuntut kita memerlukan PIBG

yang mantap organisasinya, sekaligus mempunyai pelan tindakan dan perancangan jangka

panjang yang memungkinkannya berfungsi secara aktif dan betul serta tepat kepada

sasarannya. PIBG memerlukan kehadiran pemimpin dan pengikut berwibawa serentak.

Dengan adanya pemimpin dan pengikut sedemikian, pelbagai perancangan dan tindakan yang

dilaksanakan boleh mencapai kejayaan yang diinginkan. PIBG seperti inilah yang boleh

menjadi tunjang kemajuan sesebuah sekolah.

6

Page 8: komuniti setempat

Pihak PIBG telah memberi sumbangan dengan mengadakan pelbagai projek untuk kemajuan

sekolah. Projek-projek yang biasanya dilaksanakan :-

1. Menganjurkan kelas-kelas tambahan bagi murid-murid sekolah ini.

2. Mengambil bahagian dalam kempen gotong-royong dan membantu pihak sekolah

dalam hal-hal menceriakan kawasan sekolah.

3. Bersama-sama pihak sekolah menyambut Hari Kanak-kanak peringkat sekolah, Hari

Guru, Hari Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Majlis Malam Anekaragam.

4. Berjaya mendapat kutipan derma melalui Majlis Malam Anekaragam.

5. Menyediakan kemudahan wifi di kawasan sekolah supaya semua warga sekolah

melayari internet dengan mudah.

6. Membina laman web sekolah.

7. Memulakan kelas komputer untuk membolehkan semua murid sekolah ini

mempelajari dan menguasai kemahiran asas ICT.

8. Mengadakan tabung pendidikan dan memberi wang insentif kepada setiap murid yang

mendapat 7A dalam peperiksaan UPSR.

5.2 Penglibatan Ahli-ahli Rukun Tetangga Dalam Membantu Meningkatkan Kualiti

Dan Kuantiti Pendidikan Di Kalangan Para Pelajar Sekolah

Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang

bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan

kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di

kawasan kejiranan tersebut. Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa

banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program

meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.

5.3 Penglibatan Ibu Bapa Dalam Membantu Meningkatkan Kualiti dan Kuantiti

Pendidikan Di Kalangan Para Pelajar Sekolah

7

Page 9: komuniti setempat

Dalam konteks sekolah itu sendiri, jika kebersamaan dengan komuniti wujud, peranan ibu

bapa sentiasa dianggap penting kerana tindakan yang diambil oleh ibu bapa secara positif

boleh membantu proses pendidikan. Merujuk kepada model tersebut penglibatan ibu bapa

bukan sahaja tunggak utama kepada proses kejayaan anak-anak malah kepercayaan mereka

terhadap kebersamaan juga tidak kurang pentingnya.

Di sekolah, penglibatan sebenar ibu bapa boleh berlaku apabila mereka bertindak berdasarkan

kepercayaan bahawa aktiviti pendidikan merupakan salah satu aspek tanggung jawab mereka

dalam meningkatkan pencapaian anak-anak hubungan sekolah dan komuniti dapat

diwujudkan sekiranya pihak pengurusan sekolah dapat memastikan agar pihak guru dan ibu

bapa saling memahami perasaan di antara satu sarna lain sebagai langkah pertama untuk

mewujudkan hubungan harmoni kedua-dua pihak (Berger, 1983). Perkara seperti ini perlu

diatasi terlebih dahulu kerana pengalaman-pengalaman lepas ketika berhubung dengan

sekolah akan mencorakkan persepsi ibu bapa mengenai sekolah anak mereka.

Oleh yang demikian bagi menjayakan konsep hubungan sekolah dan komuniti ke arah

melibatkan komuniti dalam pelaksanaan dasar KPM, maka pihak sekolah perlu mengatasi

segala masalah berkaitan seperti juga yang dinyatakan oleh Wentzel (1998) iaitu, masalah-

masalah seperti guru tidak memahami keperluan ibu bapa, ibu bapa tidak memahami kerja

sekolah anak, guru tidak menyokong usaha ibu bapa, ibu bapa tidak berminat untuk

melibatkan diri, masalah komunikasi, ibu bapa tidak memahami dasar di sekolah dan ibu

bapa tidak pasti cara untuk menyumbang kepada sekolah. Sekiranya masalah-masalah yang

telah dikenal pasti seperti ini dapat diatasi maka akan memudahkan pihak sekolah dan ibu

bapa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi mencapai tujuan bersama iaitu memastikan

kejayaan anak-anak dalam pelajaran.

5.4 Penglibatan Bahagian Kesihatan Dan Pergigian Dalam Membantu Meningkatkan

Kualiti Dan Kuantiti Pendidikan Di Kalangan Para Pelajar Sekolah

Pegawai-pegawai Kesihatan membuat penilaian kesihatan atau pemeriksaan perubatan,

mengukur berat badan dan tinggi dan membuat ujian awal penglihatan.selain itu, pegawai-

pegawai kesihatan yang datang ke sekolah memberi rawatan penyakit(cacing, kutu dan lain-

lain) dan rawatan kecemasan kepada pelajar-pelajar.

8

Page 10: komuniti setempat

Di sekolah rendah, pegawai-pegawai perubatan memberi imunisasi kepada murid-murid

Tahun Satu hingga Tahun Enam mengenai Double antigen, BCG, Polio, Rubella (pelajar

perempuan). Mereka juga member rujukan, rawatan dan tindakan susulan kepada murid-

murid. Bukan itu sahaja,mereka membuat pemeriksaan kanak-kanak cacat, mengadakan

Rancangan Kesihatan Pergigian dan pemeriksaan kesihatan pergigian. Pegawai-pegawai

kesihatan membuat demonstrasi memberus gigi, pengagihan berus gigi dan ubat gigi percuma

serta memberi bimbingan kesihatan.

5.5 Penglibatan Polis Dalam Membantu Meningkatkan Kualiti Dan Kuantiti

Pendidikan Di Kalangan Para Pelajar Sekolah

Dalam menangani pemasalahan disiplin di kalangan pelajar, sekolah telah mewujudkan

rangkaian hubungan dengan pihak polis. Selain itu, polis menugaskan seorang pegawai polis

yang bertindak sebagai pegawai perhubungan di setiap sekolah menengah di seluruh Negara.

Langkah tersebut bertujuan untuk menangani gejala salah laku di kalangan pelajar selain

mengeratkan hubungan dengan polis.

Salah satu daripada usaha yang dilakukan ialah dengan mewujudkan pegawai perhubungan

polis di sekolah-sekolah. Hubungan baik antara sekolah dengan pegawai perhubungan polis

ini telah sedia wujud. Isu-isu pelajar yang memerlukan peranan pihak polis akan

dibincangkan secara bersama. Salahlaku pelajar di sekolah seharusnya dipandang serius oleh

semua pihak-guru, ibu bapa dan ahli masyarakat. Oleh sebab itu, Kementerian Keselamatan

Dalam Negeri mahu pegawai polis berucap pada perhimpunan pagi di sekolah-sekolah

menggambarkan betapa seriusnya kerajaan dalam menangani masalah samseng di sekolah.

Salah satu program yang dianjurkan oleh sekolah bersama dengan pihak polis ialah ‘Sehari

Bersama Polis’, di mana pengisian program ini meliputi ceramah, pameran dan demonstrasi

anjing pengesan. Dengan adanya hubungan baik ini di antara kedua-dua pihak, ianya banyak

membantu sekolah ini dalam usaha-usaha memantapkan disiplin pelajar dan seterusnya hasrat

untuk membina keperibadian unggul di kalangan pelajar akan tercapai.

9

Page 11: komuniti setempat

6.0 Rumusan

Komuniti setempat memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan

sesebuah sekolah. Penglibatan komuniti penting untuk kemajuan sekolah secara menyeluruh.

Penglibatan masyarakat, guru, pelajar dengan sepenuhnya dalam pembangunan dan kemajuan

sesebuah sekolah. Sekolah harus dijadikan sebagai tempat dimana keluarga dilibatkan dalam

kehidupan pelajar di sekolah. Sekolah adalah kepunyaan bersama dan mereka perlu bersama-

sama bertanggungjawab terhadap kejayaan sekolah. Hubungan dua hala – masyarakat

memajukan sekolah dan sekolah memajukan masyarakat. Ini akan mewujudkan kesefahaman

dan saling mempercayai antara sekolah, ibu bapa dan komuniti.

Peranan sekolah dan komuniti adalah membantu keluarga untuk membangunkan persekitaran

di dalam rumah tangga agar boleh menyokong pembelajaran pelajar. Ini mewujudkan

hubungan dua-hala yang berterusan, bermakna dan berkesan antara sekolah dengan komuniti

dan mengurus bantuan dan sokongan ibu bapa dan komuniti dalam aktiviti-aktiviti di sekolah.

Mewujudkan sokongan dan bimbingan daripada guru, keluarga dan komuniti boleh

membantu murid di rumah untuk menyelesaikan kerja sekolah dan segala aktiviti sekolah.

Perkhidmatan dalam komuniti untuk memperkasa sekolah, keluarga serta pembelajaran dan

pembangunan pelajar.

Penglibatan aktif keluarga dan komuniti setempat dapat membantu peningkatan prestasi

sekolah. Setiap ibu bapa inginkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran dan

mengharapkan anak-anak membantu mereka apabila dewasa kelak. Kebanyakan guru juga

sedar bahawa penglibatan ibu bapa di sekolah amat penting bagi membantu peningkatan

prestasi akademik pelajar kerana pada masa yang sama penglibatan ini dapat membantu pihak

sekolah mengurangkan masalah disiplin pelajar di sekolah. Walaupun demikian, pemahaman

pihak sekolah tentang kepentingan dan pendekatan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa

di sekolah dengan lebih bermakna  didapati masih kurang. Bagi memenuhi hasrat ini, pihak

sekolah perlu melakukan pelbagai usaha bagi mendekati pihak ibu bapa supaya mereka

melibatkan diri secara sepenuhnya dalam pelbagai program yang dianjurkan. Kerjasama dan

penglibatan ibu bapa di sekolah sebenarnya boleh meliputi pelbagai aspek sama ada dalam

bidang akademik, perkembangan sahsiah pelajar, ko-kurikulum dan pembangunan fizikal

10

Page 12: komuniti setempat

sekolah.

BIBLIOGRAFI

Zaini Bin Abdullah, Mohmad Noor Bin Mohmad Taib, Ikhsan Bin Othman, Norila Binti Md

Salleh, Abu Bakar Bin Yusuf, Abdul Talib Bin Mohamed Hashim, (2011) KPD3012

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia:Falsafah Dan Dasar. Tanjong Malim:

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohamad Shatar Sabran, (2003). Model Pembangunan Komuniti. Pertanika J. Soc. Sci. &

Hum. 11(2): 135-145

Abd. Jalil Ali, (2000), Sulitnya menangani gejala gangsterisme di sekolah. Dewan

Masyarakat. Mei . Kuala Lumpur: Dewan Masyarakat.

Kamarudin Hj Kachar,(1989). Kepimpinan profesional dalam pendidikan. Kuala Lumpur:

Teks Publishing Sdn. Bhd.

http://zulkiflihasim.blogspot.com/2011/12/penglibatan-aktif-keluarga-dan-komuniti.html

(15hb November 2012 )

http://www.yayasanamir.org.my/downloads-3/downloads-2/ya-conference/sk-ewa-

presentation/ (15hb November 2012 )

http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php (16hb November 2012 )

11

Page 13: komuniti setempat

12