komunikasi pasif

8
PUSAT TEKNOLOGI DAN PUSAT LANJUTAN SUBJEK: KHIDMAT MASYARAKAT KOD : SCB 011 TAJUK: KOMUNIKASI PASIF N.PENSYARAH: PUAN ROSNAH BT MOHAMAD NOOR N.PELAJAR: INDRA ISMAN 1032010060114 KHAIRUL ADHA 103201006 MUHD AFIQ 1032010060112 SHAHIZWAN 1032010060096 SHAIKH ABD RAZAK 1032010060137 MOHD HANIF 103201006 MOHD FAZLI 1032010060086 MOHD FARID 103201006

Upload: indraisman

Post on 26-May-2015

990 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Komunikasi pasif

PUSAT TEKNOLOGI DAN PUSAT LANJUTANSUBJEK: KHIDMAT MASYARAKATKOD : SCB 011TAJUK: KOMUNIKASI PASIFN.PENSYARAH: PUAN ROSNAH BT MOHAMAD NOORN.PELAJAR: INDRA ISMAN 1032010060114

KHAIRUL ADHA 103201006MUHD AFIQ 1032010060112SHAHIZWAN 1032010060096SHAIKH ABD RAZAK 1032010060137MOHD HANIF 103201006MOHD FAZLI 1032010060086MOHD FARID 103201006

Page 2: Komunikasi pasif

KOMUNIKASI

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:

perbuatan menghantar matklumat; dan proses untuk bertukar-tukar maksud;

supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.

S.Bernard Rosenblatt dalam bukunya Communication in Business (l983) mendefinisikan komunikasi sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi.

Emery, Ault dan Agee (dlm. Sulaiman Masri, 1997) komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, idea, dan sikap daripada seseorang kepada seseorang. Sulaiman Masri (l997) merumuskan bahawa, komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima (pembaca, pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas (mengekod dan mentafsir) mesej tersebut.

Proses pertukaran idea dan maklumat antara dua individu atau lebih, dengan maksud untuk berkongsi maklumat dan pengalaman bagi mencari persamaan. Pertukaran idea ini boleh berlaku secara lisan atau tulisan ataupun dengan menggunakan pelbagai deria yang ada pada manusia.

JENIS-JENIS/ BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI

KOMUNIKASI AGRESIF

Komunikasi ini boleh ditakrifkan sebagai pencipta konflik antara individu , dengan individu yang lain. Ia merujuk kepada individu yang kejam.individu yang ingin memanupilasi orang lain. ia keinginan membuat orang bawahan nya mengikut katanya.

Komunikasi ini dapat kurang kan hak orang lain dan terdorong untuk merendahkan , mengendalikan ,menghukum orang lain. komunikasi ini memenghapuskan hak orang lain.

Individu yang agresif terdorong memlilih strategi yang manupulasi , mencari kemenangan diri sendiri dengan idea yang menganggu pihak lain , kasar , kejam , menghina yang mengakibatkan mereka kehilangan martabat. Individu agresif ini memiliki perasaan yang negative , selalu berfikir untuk membalas dendam , tidak berfikir dengan sudut pandagan orang lain. ingin berasa menang dengan mengorbankan hak orang lain dan suka mencipta konflik yang tidak perlu.

Dari segi nada suara agresif seperti nada yang tinggi, menyindir , keras dan kejam , lantang dan menengking.Dari segi bentuk peruturan agresif seperti lancar , teragak-agak , mendadak , berbisa , menyalahkan orang lain dan laju. Dari segi air muka seperti senyum sinis, berkerut dahi , muka masam , mencemek bibir , mengetap bibir dan mulut muncung. Dari segi renungan mata seperti renungan tajam , cuba menguasai dan terbeliak. Dari segi bahasa badan pula , menunding jari , genggam tangan , berdiri tegak , kepala dongkak , berpeluk tubuh dan tidak sabar

KOMUNIKASI ASERTIF

Page 3: Komunikasi pasif

Orang yang yakin pada diri sendiri . Dapat menyatakan pandangan dan hak dengan jelas dalam cara yang boleh diterima umum. Menghormati hak dan pandangan orang lain. Percaya kepada persamaan hak asasi. Pencapaian berasaskan inisiatif dan usaha sendiri. Bersikap terbuka, berani menghadapi masalah dan isu dengan positif

Individu yang berkomunikasi dengan cara baik dan menghargainya. Komunikasi ini komunikasi yang terbuka , menghargai diri sendiri dan orang lain.

Dari segi nada suara seperti bersahaja , nada serdehana , jujur dan jelas tidak terlalu kuat dan terkawal. Dari segi bentuk pertuturan seperti menekan kan kata , teratur dan lancar. Dari segi air muka senyum manis , dan tenang. Dari segi renungan mata seperti tegas dan menerima. Dari segi bahasa badan seperti tangan terbuka , duduk tegak , relaks dan berdiri tegak

Ciri-ciri komunikasi asertif :

- terbuka dan jujur terhadap pandangan diri dan orang lain- mendengarkan pendapat orang lain dan memahami orang lain- menyatakan pandangan peribadi tanpa mengorbankan perasaan orang lain- mencari penyelesaian bersama dalam membuat keputusan- menyatakan perasaan peribadi secara jujur tetapi berhati-hati mempertahankan diri sendiri

KOMUNIKASI PASIFKelakuan atau tindakan tidak dapat menegakkan hak dan pandangan diri sendiri. Tidak menyuarakan pandangan. Berpunca daripada tiada keyakinan diri , bimbang dipersalahkan dan suka mengalah.

Orang yang malas berfikir , suka mengumpat penakut ,dan tak suka bergaduh

Komunikasi ini adalah lawan bagi komunikasi agresif , dimana orang tersebut cenderung untuk mengalah dan tidak dapat mempertahankan kepentingan nya sendiri. Bahkan mereka sanggup membiarkan hak mereka dicerobohkan. Mereka terdorong untuk menolak secara pasif dengan bercakap dibelakang. Namun untuk jangka panjang,golongan yang mengamalkan komunikasi pasif akan hilang kepecayaan diri sendiri dan hilang hormat pada diri sendiri. Orang yang pasif tidak tahu bagaimana berkomunikasi dengan orang lain.mereka terdorong dengan perasaan takut menghadapi konflik yang akan timbul. Mereka membiarkan idea mereka ditolak dengan keras nya untuk mencari kedamaian. Mereka membiarkan orang lain menang dan membiarkan dirinya kalah.

Dari segi nada suara seperti merengek , nada tersekat , terlalu lembut , mendatar , pelahan dan membosankan. Dari segi bentuk pertuturan seperti teragak-agak , tersekat dan serak. Dari segi air muka seperti senyum sumbing , angkat kening , cepat berubah. Dari segi renungan mata seperti , mengelak pandagan dan tunduk. Dari segi bahasa badan seperti , memulas jari , mengundur , menutup mulut , berpeluk tubuh , gementar dan tunduk.

KESIMPULAN

Komunikasi penting dalam kehidupan seharian manusia untuk berhubung dan melaksanakan sesuatu tugas.

Komunikasi yang berkesan dapat mengekalkan persahabatan dan perhubungan yang baik .

Page 4: Komunikasi pasif

Situasi 1

Watak-watak :

Khairul – boss belagak

Razak – pekerja pizza

Afiq – CEO

Indra - manager

Farid – kerani 1

Wan – kerani 2

Hanif – kerani 3

Fazley- kerani 4

Pada pukul 2.00 petang , semua pekerja-pekerja sebuah syarikat ternama sudah pulang dari makan tenggah hari mereka. Mereka kembali ke meja masing-masing untuk membuat kerja mereka seperti biasa. Ketika itu boss belum masuk pejabat lagi , kerana sibuk dengan aktiviti melantak nya. Kebiasaan nya boss akan masuk pejabat dalam pukul 2.30 petang , hanif telah memesan satu set pizza . dan penghantar pizza tiba di pejabat dalam pukul 2.20 petang . kebetulan pula boss masuk 10 minit awal . dan boss melihat pekerja-pekerja nya dan datang meja ke meja untuk melihat hasil kerja pekerjanya. Boss pergi ke meja farid dahulu.

Farid : eh..encik khai? Bila encik masuk? Maaf la saya tak sedar encik lalu.

Khai : awak ingat saya ni angin ke sampai awak tak sedar saya lalu di depan awak!!!?(dengan nada yang tinggi)

Farid : maaf kan saya ( nada yang rendah dan tunduk kan kepala)

Khai : ah lantak kamu la! ( menengking)( berjalan ke meja wan)

Wan : tuan … sudah makan?

Khai : kamu ingat saya ni miskin sangat ke sampai awak nak belanja saya makan? Awak ingat saya tak mampu ke hah!!?( menengking )

Wan : eh .. tidak la tuan , saya tak bermaksud begitu , saya cakap , tuan sudah makan ke?( nada yang serdehana )

Khai : sudah! Saya makan bola snooker masak asam pedas tadi!!(meninggikan suara)(berjalan ke meja fazley)

Khai : kamu sedang buat kerja ke?(nada yang sederhana)

Page 5: Komunikasi pasif

Fazley : tak lah , saya tengah tidur ni.!( suara sindir)

Khai : kurang ajar betul kamu ni? Mak bapak kamu tak hantar kamu pergi ke sekolah ke hah?

Fazley : iya lah.. dah tuan nampak saya sedang buat kerja , mesti la saya tengah buat kerja .!( nada lancar)

Khai : la iya ke? Saya ingat kan awak tengah berbaring ke tadi?( nada memerli)( terus berjalan ke meja hanif)

Khai : hah! Ni lagi seorang! Badan macam badak , buat kerja malas.!!(menengking)

Hanif : wassup yo? Rilek la yo.

Khai : kepala tengkorak kamu!! Kamu ingat saya ni yoyo?!! Sudah pergi buat kerja(menengking)(berjalan dan terus ke meja indra)

Khai : ini lagi seorang , buat kerja lembab!! Macam kura-kura!!(menengking dan nada tinggi)

Indra : jadi apa masalah nya kalau saya buat kerja lambat macam kura-kura? Ada saya kesah?(dengan lancar)

Khai : woi ! saya yang bayar gaji kamu , mestilah saya nak perkhidmatan yang terbaik dari kamu!( nada tinggi)

Indra : peduli apa saya ?( menjeling)

Khai : kurang ajar!! Kamu ingat kamu siapa nak hah!? Dah bagus sangat ke?

Indra : encik ni apahal? Nak gaduh ke?(berdiri)

Khai : woi! Kau ingat ni syarikat bapak kau?

Indra : ak elah ! kau ingat ni pejabat bapak kau punya share ke? Kau ingat kau boss aku takut la? Kau jangan nak belagak la ! kau tu baru je naik pangkat boss je! Baru je naik pangkat dah belagak! Kau ingat kau boss kau boleh buat sesuka hati kau la? Kalau kau tak puas hati , jumpa aku kat rotimam la!.

Khai : mulai sekarang , you are fired!!! Get out from my office! Datang ke bilik saya , ambil gaji awak dan awak boleh berambus dari pejabat saya!!sekarang ni jugak(berjalan ke meja CEO)

Indra : pergi mam la kau. G Boy..!

Afiq: (bangun)

Khai: kamu diam!! Tak Nampak saya tengah marah ni!!( bengang)

( Lalu boss ternampak razak yang sedang bersandar di dinding . lalu boss mendekat kan diri pada razak.)

Khai : kau!! Apa pasal kamu tak buat kerja? Kau ni buat aku sakit sakit betul lah. (mengeluarkan dompet ) berapa gaji kamu?

Razak : rm 900.

Khai: small the pieces la!! ( keluarkan duit dari dompet) nah , kau ambil gaji kau ni , kau boleh berambus sekarang!!( mencampakan duit ke muka razak)

Page 6: Komunikasi pasif

Razak : tapi saya Cuma..?

Khai : berambus sekarang!!!

Razak : ok2..(mengutip duit di lantai)( dan terus keluar)

Afiq : tuan…ok ke?

Khai : apa kamu nak? Kamu nak kena pecat jugak ke?

Afiq : tak nak.. tak nak.. tak nak.. yang sebenarnya tuan , yang tuan halau tu Cuma penghantar pizza je tuan, tuan tak perlu nak pecat dia pon , sebab dia bukan nya berkerja dengan tuan.

Khai : kenapa kamu tak cakap? Membazir duit saya je.

Afiq : tuan tak bagi dia peluang untuk bercakap langsung.

Khai digambarkan seorang agresif , iaitu suka menengking , memaki hamun dengan sesuka hati , tidak berfikir panjang , dan seorang yang belagak

Afiq digambarkan seorang yang asertif , seorang yang tenang .

Farid dan razak digambarkan seorang yang pasif

Fazley , indra , hanif digambarkan seorang yang asertif