komsas t1 cerpen tempang

15
Modul Pengajaran Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Satu Genre Cerpen Tingkatan : 1 Masa : 80 minit Tajuk : Tempang Genre : Cerpen Fokus Utama : 10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar,plot,gaya bahasa,dan sudut pandangan Aras 1 ( vi ) Memerihalkan watak dan perwatakan dalam karya. Fokus Sampingan : 12.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif Aras 1 ( iv) Mengenal pasti isi yang sesuai dengan tajuk. Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat : i. Menjelaskan watak dan perwatakan watak utama dan sampingan dalam cerpen yang dikaji. ii. Memberi pendapat atau kritikan yang bernas tentang sesuatu tajuk iii. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 ayat yang mengandungi kata adjektif dalam perbahasan. 1

Upload: codybowlsmalaysia

Post on 26-Jun-2015

2.746 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Komsas T1 Cerpen Tempang

Modul Pengajaran Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan SatuGenre Cerpen

Tingkatan : 1

Masa : 80 minit

Tajuk : Tempang

Genre : Cerpen

Fokus Utama : 10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar,plot,gaya bahasa,dan sudut pandangan Aras 1 ( vi ) Memerihalkan watak dan perwatakan dalam karya.

Fokus Sampingan : 12.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif Aras 1 ( iv) Mengenal pasti isi yang sesuai dengan tajuk.

Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat :

i. Menjelaskan watak dan perwatakan watak utama dan sampingan dalam cerpen yang dikaji.ii. Memberi pendapat atau kritikan yang bernas tentang sesuatu tajukiii. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 ayat yang mengandungi kata adjektif dalam

perbahasan.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran menulis Kemahiran bertutur

Sistem Bahasa :

Tatabahasa : Kata Adjektif – Contoh

Kosa Kata : Umum : terbang bebas, bergerak bebas, serik, kecoh, melangkah longlai Istilah : motivasi

1

Page 2: Komsas T1 Cerpen Tempang

Modul Pengajaran Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan SatuGenre Cerpen

Pengisian Kurikulum :

Ilmu : P.Moral/ Agama Nilai : Hemah tinggi , keberanian, hormat-menghormatiKemahiran Bernilai Tambah : Pembelajaran Kontekstual

– mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan.- (Menghubung kait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan)

2

Page 3: Komsas T1 Cerpen Tempang

Modul Pengajaran Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan SatuGenre Cerpen

Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Penilaian Formatif

KBT/Catatan

Set Induksi Permainan Teka Silang Kata

Guru menarik perhatian murid dengan permainan teka silang kata.

Guru meminta murid melengkapkan teka silang kata tersebut berpandukan petunjuk yang diberi.

Guru menerangkan maksud rangkai kata yang terbentuk melalui teka silang kata tersebut.

Guru membuat rumusan akan jawapan murid.

Mencapai objektif set Induksi

Lampiran 1:Teka Silang Kata

KBT:Pembelajaran Kontekstual- Bekerjasama

1 Teater Mini

Guru mengaitkan tajuk perbincangan tersebut dengan tajuk cerpen yang dikaji iaitu Tempang, hasil karya Pitteriah Abdullah.

Guru meminta empat orang pelajar melakonkan babak yang terdapat dalam cerpen Tempang.

Guru membahagikan pelajar yang tidak mengambil bahagian dalam ’Teater Mini’ kepada empat kumpulan.

Mencapai Objektif (i)

Lampiran 2:Kad Dialog Teater Mini

KBT:Pembelajaran Kontekstual-- Bekerjasama.

3

Page 4: Komsas T1 Cerpen Tempang

Modul Pengajaran Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan SatuGenre Cerpen

Guru mengedarkan Lembaran Pengurusan Grafik kepada setiap kumpulan untuk mencatat watak dan perwatakan watak utama dan watak sampingan.

Guru mengajak murid menonton “ Teater Mini” yang akan dilakonkan oleh empat orang pelajar yang dipilih.

Guru meminta wakil setiap kumpulan untuk membuat pembentangan hasil perbincangan selepas ’Teater Mini’ tamat.

Lampiran 3:Lembaran Pengurusan Grafik Watak dan Perwatakan.

2 Kritikan Bernas

Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Menyokong dan Kumpulan Membangkang.

Guru memberikan tajuk perbincangan iaitu ‘Orang Kurang Upaya Wajar Diberikan Bantuan Penuh’ menggunakan strategi berikut:a. Motivasi

- Mengenal pasti isu perbincanganb. Pemahaman

- Perbincangan kelas- Lakukan pembacaan

c. Kemahiran- Membuat Penyelesaian Masalah

d. Penilaian- Ingat kembali fakta Utama

Mencapai Objektif (ii)

KBT:KBT:Pembelajaran Kontekstual- Mengaplikasi- Memindahkan

Lampiran 4:Perbahasan

4

Page 5: Komsas T1 Cerpen Tempang

Modul Pengajaran Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan SatuGenre Cerpen

Guru meminta murid dalam kumpulan Menyokong menyumbang saran dan berbincang tentang kewajaran OKU diberikan bantuan penuh.

Guru melantik tiga orang hakim dalam kalangan murid.

Guru juga melantik seorang penjaga masa dan membunyikan loceng setiap 30 saat.

Guru meminta murid dalam kumpulan Membangkang menyumbang saran dan berbincang tentang ketidakwajaran OKU diberikan bantuan penuh.

Guru memberikan tempoh masa selama lima minit untuk murid-murid berbincang.

Selepas masa perbincangan tamat, guru meminta setiap orang dalam kumpulan memberikan pendapat dan kritikan yang bernas tentang tajuk perbahasan secara bergilir-gilir antara kumpulan penyokong dan pembangkang.

a. Masa yang diberikan kepada setiap murid ialah selama 30 saat sahaja untuk memberikan pendapat dan mengkritik .

b. Setiap murid dikehendaki memberikan pendapat terlebih dahulu diikuti dengan kritikan terhadap pendapat pihak lawan.

c. Murid yang terakhir akan menggulung pendapat setiap kumpulan.

5

Page 6: Komsas T1 Cerpen Tempang

Modul Pengajaran Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan SatuGenre Cerpen

Guru memantau perjalanan perbahasan dan meminta ketua hakim untuk memberikan keputusan.

3

Kata Adjektif

Guru mengedarkan Lembaran Pengurusan Grafik Kata Adjektif.

Guru meminta murid-murid secara berpasangan berbincang dan mencari kata adjektif yang terdapat dalam keseluruhan cerpen Tempang.

Guru menuliskan Sembilan Jenis kata adjektif di papan tulis.

Guru meminta murid menuliskan kata adjektif mengikut jenis Kata Adjektif yang betul.

Guru membentulkan Kata Adjektif yang diberikan oleh murid sekiranya terdapat kesalahan.

Objektif (iii) tercapai

KBT:Pembelajaran Kontekstual- - Memahami

Lampiran 4:LPG Kata Adjektif

Penilaian dan Pengukuhan

Ikhtibar Guru meminta seorang murid merumuskan tentang isi

pengajaran pada hari ini. Guru mengingatkan murid agar mengambil iktibar dari

cerpen tersebut dan menegaskan bahawa kita seharusnya mempunyai perasaan belas kasihan terhadap Orang Kurang Upaya kerana mereka juga mahkluk ciptaan tuhan.

Lampiran 1 : Teka Silang Kata

6

Page 7: Komsas T1 Cerpen Tempang

Modul Pengajaran Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan SatuGenre Cerpen

2 K

3 U P A Y A

R

A

N

1 O R A N G

Petunjuk: Melintang : Ke bawah :Makhluk ciptaan tuhan 2. Antonim dengan perkataan lebih Sinonim dengan mampu

Lampiran 2: Kad Dialog Teater Mini

7

Page 8: Komsas T1 Cerpen Tempang

Modul Pengajaran Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan SatuGenre Cerpen

Kumpulan 1

Kamil: Hai, budak tempang ! Jangan tunjuk lagak di sini. Jangan kau ingat, kau bijak dan pandai dalam semua mata pelajaran, orang akan suka kepada kau. Menyampah aku tengok muka kau, tahu tak?

Raja: Apa ni Kamil? Kau jangan nak buat hal dengan aku. Kau Nampak penumbuk aku!

Cikgu Ridzuan: Eh, apa bising-bising ni? Kenapa Hafizi? Mereka mengganggu awak lagi?

Raja : Tak ada apa-apa , cikgu. Memang tak serik Si Kamil ni, hari tu dia kena denda oleh Cikgu Ridzuan, hari ni nak cari gaduh lagi.

Hafizi : Usah dilayan perangai Si Kamil tu. Suka buat kecoh.

.

Lampiran 3 : Lembaran Pengurusan Grafik Watak dan Perwatakan

8

Jangan memandang rendah

Pada OKU.

memandang rendang pada orang

Program perkelahan yang dirancang oleh pelajar 4S1 berjalan dengan lancer. Hafizi hanya melihat kawan-kawannya yang sedang mandi-manda di dalam kolam. Tiba-tiba…..

Raja : Tolongggg!!!! Kamil lemas!

Hafizi terus terjun untuk menyelamatkan Kamil.

Kamil : Terima kasih Raja kerana telah menyelamatkan aku!

Raja : Bukan aku yang menyelamatkan kau, tetapi si cacat yang sering kau hina dan kau permainkan setiap hari.

Kamil : Hafizi, maafkan aku.

Hafizi : Sudahlah. Aku tak pernah menyimpan dendam atas segala perbuatan kau. Lupakanlah semua itu, Kamil. Itu sudah menjadi tanggungjawabku sebagai seorang manusia.

Kumpulan 2

Page 9: Komsas T1 Cerpen Tempang

Modul Pengajaran Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan SatuGenre Cerpen

Kumpulan 1 Kumpulan 2 Watak Utama : Hafizi Watak sampingan 1: Raja Perwatakan :…………………….. Perwatakan :……………………… …………………….. ……………………….. ……………………… ………………………..

Kumpulan 3 Kumpulan 4

Watak sampingan 2: Kamil W. sampingan 3 : Cikgu Ridzuan Perwatakan :…………………….. Perwatakan :……………………. ……………………… …………………………… ……………………… ………………………………

9

Page 10: Komsas T1 Cerpen Tempang

Modul Pengajaran Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan SatuGenre CerpenLampiran 4: Perbahasan

ORANG KURANG UPAYA WAJAR MENDAPAT BANTUAN PENUH

WAJAR TIDAK WAJAR

Lampiran 5: Kata Adjektif

10

Page 11: Komsas T1 Cerpen Tempang

Modul Pengajaran Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan SatuGenre Cerpen

KATA ADJEKTIF DALAM CERPEN TEMPANGSifatan dan Keadaan

Warna Ukuran Bentuk Waktu Jarak Cara Perasaan Pancaindera

11