komponen kecergsan fizikal

Upload: maznah-md-yasin

Post on 06-Apr-2018

286 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    1/23

    Komponen-Komponen Kecergasan Dan Kepentingannya

    Kecergasan keseluruhan adalah merangkumi komponen-komponen mental, sosial, emosi,

    fizikal dan rohani. Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang

    bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang

    individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.

    Kecergasan diri bermaksud memiliki semua komponen kecergasan yang diperlukan, yang

    mana sekiranya dipenuhi maka kita boleh sahaja memiliki badan yang langsing atau berotot,

    mempunyai tahap kecergasan yang tinggi untuk bersukan dan beriadah, tanpa menjejaskan

    keupayaan untuk melakukan tugasan harian dan menghadapi situasi kecemasan yang

    mungkin timbul dengan penuh bertenaga.

    Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk

    menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih

    efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Manakala,

    kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat

    untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.

    Kecergasan sosial pula merujuk kepada keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang

    lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti

    hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini dan kecergasaan emosi merupakan

    keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina,

    proaktif, dan optimistik.

    Di samping, kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu sistem

    nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat

    kehidupan yang bermakna dan konstruktif. Kecergasan yang menyeluruh ini adalah milik

    semua dan bukan hanya terhad kepada golongan atlit atau yang aktif dalam kegiatan sukan

    sahaja.

    Komponen-Komponen Kecergasan Fizikal Dan Kepentingannya

    Kecergasan yang seimbang dapat diperolehi melalui komponen-komponen kecergasan

    fizikal. Terdapat lima komponen kecergasan fizikal. Antaranya ialah komposisi tubuh

    badan, daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot dan kelenturan. Setiapkomponen ini berkait rapat dengan kesihatan yang baik. Hoyman (1962) menyatakan

    kesihatan sebagai keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan yang sempurna, produktif

    dan kreatif.

    Kesihatan fizikal bermaksud segala fungsi fisiologi dan anatomi badan berfungsi dengan

    baik dan badan tidak mudah diserang penyakit. Dalam hal ini, kecergasan fizikal sangat

    mempengaruhi kesihatan.

    (a) Komposisi Tubuh Badan

    Komposisi badan adalah kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuktubuh. Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah berkadar

    1

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    2/23

    dengan berat badan dan ketinggian. Golongan yang mempunyai peratusan kandungan lemah

    yang tinggi dalam badan selalunya menjadi mangsa kepada pelbagai jenis penyakit yang

    berbahaya seperti penyakit jantung, barah dan lain-lain.

    Selain melakukan senaman, amalan pemakanan yang baik juga menyumbang kepada

    komposisi tubuh badan yang seimbang. Mereka yang mempunyai komposisi badan yangseimbang dapat menghindari pelbagai jenis penyakit yang membawa kepada maut. Oleh itu,

    setiap individu harus menjaga komposisi tubuh badan mereka dengan mengamalkan amalan

    pemakanan yang seimbang dan rajin melakukan aktiviti fizikal yang baik supaya dapat

    mempunyai komposisi tubuh badan yang seimbang dan sihat.

    (b) Daya Tahan Kardiovaskular

    Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan sistem kardiovaskular (jantung) dan respirasi

    (paru-paru) kita untuk memproses dan menghantar oksigen ke seluruh badan dengan cekap

    dan berkesan. Semakin cekap sistem kardiovaskular dan respirasi kita, maka semakin

    banyak oksigen dapat dihantar ke seluruh badan dalam satu-satu masa. Ini banyak berkaitrapat dengan keupayaan paru-paru untuk memastikan oksigen yang kita sedut diserap

    secepat dan sebanyak mungkin ke dalam darah dan di hantar ke jantung untuk di pam ke

    seluruh tubuh badan.

    Paru-paru yang sihat dan cergas akan memiliki keupayaan untuk menyerap lebih banyak

    oksigen pada satu-satu masa dan jantung yang cergas dan kuat akan mampu mengepam

    sejumlah besar darah beroksigen ke semua bahagian sel-sel badan dalam satu denyutan

    berbanding jantung yang lemah. Daya tahan kardiovaskular berkait secara langsung dengan

    sistem tenaga aerobik. Keupayaan sistem tenaga aerobik seseorang dipengaruhi oleh

    kemampuan daya tahan kardiovaskularnya. Contoh sukan yang memerlukan daya tahan

    kardiovaskular yang tinggi adalah seperti atlit larian jarak jauh dan lumba basikal jelajah.

    (c) Daya Tahan Otot

    Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang

    atau berterusan bagi satu jangkamasa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau

    sederhana. Keupayaan otot untuk terus berfungsi tanpa mengalami kelesuan dipengaruhi

    oleh penghasilan asid laktik dalam tubuh.

    Oleh itu, mereka yang memiliki daya tahan otot yang baik akan mempunyai kemampuan

    otot yang lebih cemerlang untuk bertoleransi dengan penghasilan asid laktik dan terusberfungsi pada ketika mereka yang memiliki daya tahan otot yang lemah akan menamatkan

    aktiviti mereka akibat kelesuan otot. Acara sukan yang boleh dikatakan amat mencabar

    keupayaan daya tahan otot adalah acara 400m pecut. Jika dikaitkan dengan sistem tenaga,

    daya tahan otot berkait atau lebih tepat lagi berhubung terus dengan sistem anaerobik-a-

    laktik.

    (d) Kekuatan Otot

    Kekuatan otot adalah keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya

    (kerja). Ia juga boleh didefinisikan sebagai kemampuan otot-otot badan untuk menghasilkan

    kuasa bagi mengatasi satu-satu rintangan / bebanan dalam satu percubaan atau gerakan.Daya kekuatan otot seseorang dipengaruhi oleh jumlah dan saiz fiber otot yang dimilikinya

    2

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    3/23

    dan yang paling penting keupayaan otot-otot tersebut diaktifkan dan direkrutkan secara

    menyeluruh dalam satu pergerakan. Mereka yang mampu memiliki ketiga-tiga faktor

    tersebut akan memiliki keupayaan kekuatan yang lebih daripada yang lain.

    Kekuatan otot merujuk kepada kebolehan otot mengatasi rintangan semasa aktiviti fizikal

    iaitu apabila otot menjadi kuat aktiviti fizikal itu menjadi ringan dan tidak cepatmendatangkan keletihan. Atlit-atlit lontar peluru, angkat berat dan lontar lembing pada

    asasnya memiliki kekuatan otot yang lebih daripada individu lain.

    (e) Kelenturan / Fleksibiliti

    Kelenturan / fleksibiliti boleh dikatakan sebagai kemampuan otot-otot, ligamen dan tendon

    seseorang untuk meregang pada julat pergerakan maksimum bahagian tersebut. Sebagai

    contoh apabila kita melakukan aktiviti regangan pada bahagian otot belakang paha

    (hamstring), otot tersebut hendaklah diregangkan hingga ke julat pergerakannya yang

    maksimum.

    Dalam aplikasi pergerakan untuk aktiviti fizikal contohnya, apabila kita mempunyai otot

    paha yang mempunyai daya kelenturan yang lebih tinggi maka dalam aktiviti berlari kita

    akan mempunyai julat pergerakan maksima yang lebih baik daripada atlit lain, sekaligus

    menambah kemampuan kita untuk melangkah lebih jauh tanpa memberi tekanan terlalu

    tinggi kepada bahagian otot terbabit. Dari segi biomekaniknya, larian kita akan mempunyai

    teknik langkahan dan hayunan yang betul, ini kerana kemampuan seseorang untuk

    mempunyai teknik larian atau teknik dalam sukan apa sekalipun, bukan sahaja bergantung

    kepada kekuatan otot bahkan juga bergantung kepada kelenturan otot terbabit. Secara

    umumnya, kelenturan atau sesetengah pihak memanggil fleksibiliti merujuk kepada

    kemampuan otot untuk bergerak bebas dalam julat pergerakan maksimanya.

    Kesimpulan

    Kelima-lima komponen kecergasan yang dinyatakan adalah penting untuk seseorang

    individu yang sihat, cergas dan aktif bagi menjamin kehidupan mereka supaya sentiasa

    sejahtera dan harmoni. Oleh itu, setiap individu harus memiliki kesemua kecergasan ini

    demi kepentingan masing-masing. Bagi mencapai tujuan tersebut, pendidikan jasmani telah

    diperkenalkan di setiap sekolah dalam kurikulum.

    Pendidikan jasmani selalunya memainkan peranan penting dalam memupuk pertumbuhan

    dan perkembangan diri pelajar-pelajar dalam aspek kecergasan.

    Dalam kehidupan moden sekarang dan juga pada masa akan datang dan dengan melihat

    keadaan fizikal sebahagian pelajar-pelajar kita, kegiatan kecergasan dan kesukanan dalam

    pendidikan jasmani semakin diperlukan. Pendidikan jasmani memberi ruang kepada pelajar-

    pelajar sejak kecil lagi dalam sistem dan program pendidikan untuk melakukan secara

    berkumpulan, berpeluang untuk berinteraksi kegiatan-kegiatan jasmani secara berkumpulan,

    berpeluang untuk berinteraksi secara sihat dan melahirkan kreativiti positif pelajar-pelajar.

    Dipercayai bahawa perkara ini akan menyemarakkan lagi suasana persekolahan menjadi

    riang, ceria dan menghasilkan pembelajaran dan pengajaran yang lebih menyeronokkan

    kepada pelajar-pelajar.

    3

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    4/23

    KECERGASAN FIZIKAL

    Perangkaan perubatan menunjukkan bahawa masyarakat kini telahdinafikan banyak aktiviti fizikal. Ini boleh menyebabkan keadaan fizikal yanglemah. Ujian-ujian mudah ke atas kekuatan otot, stamina, kelembutan, koordinasi

    dan kemahiran motor asas telah menunjukkan keputusan yang lemah.

    Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan

    saluran darah tersumbat dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkanketidakupayaan fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis

    dan lain-lain masalah pengaliran darah. Tambahan lemak badan, kemerosotankekuatan otot badan boleh menjejaskan posture dan menyebabkan masalah fizikal

    seperti kecacatan ortopedik. Oleh itu fizikal harus dirangsang. Aktiviti fizikal harus

    dijalankan sekurang-kurangnya 30 minit untuk 3 hari dalam seminggu.

    Apa dia Kecergasan Fizikal

    Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang

    melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih

    mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan.

    Definisi kecergasan fizikal:

    Falls (1980)

    "Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitandengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorangindividu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik(kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan

    berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pulamerujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yangmembolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenagadaya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya"

    Tiap-tiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ketahap maksima. Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harusbaik dalam tiap-tiap komponen kecergasan. Program kecergasan fizikalyang seimbang terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkandaya kadiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Terdapat

    dua komponen utama kecergasan iaitu :

    4

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    5/23

    Komponen Kecergasan Kesihatan.

    Komponen kecergasan kesihatan melibatkan kecergasankardiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan dan daya tahan ototkelenturan serta komposisi badan

    Komponen Kercergasan Perlakuan Motor.

    Komponen kecergasan perlakuan motor melibatkan kelajuan,keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan yangdiklasfikasikan sebagai kecergasan motor

    Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan

    i. Dayatahan Kardiorispitori

    Terdapat situasi di mana seseorang itu mungkin boleh bekerjakeras tetapi ia tidak boleh bekerja untuk masa panjang. Inidisebabkan ia tidak dapat bekalan tenaga yang cukup. Jantung, darahdan paru-parunya tidak efisen. Sekiranya darahnya dapat dibekaldengan oksigen dengan sempurna dan jantung kuat untuk mengepamdarah itu ke seluruh badan, maka dikatakan individu itu mempunyaikecergasan dan dayatahan kardiovaskular.

    Dayatahan kardiovaskular merupakan bentuk dayatahan otot khastertinggi yang melibatkan terutamanya jantung, saluran darah danparu-paru. Keupayaan sistem pernafasan dan sistem pengalirandarah membekalkan sel-sel badan dan organ-organ di dalamnyadengan keperluan-keperluan oksigen bagi melakukan kerja untuk

    jangkamasa panjang.

    Daya kadiovaskular juga dikenali sebagai kecergasan aerobik,kuasa aerobik atau dayatahan aerobik kerana komponen kecergasan

    jasmani ini melibatkan sistem tenaga aerobik. Kecergasankarsdiovaskular dapat mengawal penyakit jantung dan kegemukan.Oleh itu pencapaian tahap kecergasan kardiovaskular yang tinggiadalah amat penting kerana gaya hidup masyarakat Malaysia ini kianbertambah sedenteri.

    Bagi menentukan taraf kecergasan aerobik seseorang ialah dengan

    mengambil kadar nadi rehat. Nadi rehat yang rendah menandakan

    5

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    6/23

    kecergasan jantung yang baik. Jadual di bawah digunakan untukmengetahui taraf kecergasan jantung anda.

    Sangat cergas...................... .bawah 50 denyutan seminit.

    Cergas.................................51 - 69 denyutan seminit.

    Sederhana............................70 - 80 denyutan seminit.

    Tidak Cergas..................... .lebih dari 80 denyutan seminit.

    ii- Kecergasan Otot

    a) Kekuatan Otot- Manusia hidup bergerak. Pergerakan adalah hasilkucupan otot. Bila otot kuat, maka tarikan dari kucupannya adalahkuat dan mampulah otot itu mengatasi rintangan atau beban yangdikenakan keatasnya. Kekuatan otot membolehkan manusiamengerjakan berbagai-bagai aktiviti.Segala aktiviti ini dapatdilakukan dengan senang.

    - Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot mengatasirintangan bagi menghasilkan daya (kerja).

    - Kuasa kontraksi otot yang maksima.

    - Dinometer atau tensiometer dapat menentukan daya yangdikeluarkan oleh kumpulan otot.

    b) Daya Tahan Otot- Daya tahan otot ialah keupayaan seseorangmelakukan kegiatan-kegiatan yang membebankan anggota-anggotabadan secara berterusan. Contohnya, pukulan badminton atau tenisyang berulang-ulang kali memerlukan daya tahan otot tangan.

    - Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot menghasilkan

    daya berulang-ulang bagi suatu jangkamasa tertentu atau otot-ototmenguncup untuk satu masa.

    c) Kuasa Otot - Kemampuan otot mengeluarkan daya yang maksimadalam keadaan eksplosif dalam jangkamasa yang terpendek sekali.

    iii- Kelenturan Dan Kelonggaran.

    Kelembutan dan Kelenturan tubuh badan adalah satu komponenkecergasan jasmani yang penting. Kelenturan tubuh badan dicapai

    dengan meregangkan otot dan sendi tertentu.

    6

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    7/23

    Kelenturan otot dan anggota badan meningkat apabila suhubadan dinaikkan sedikit. Apabila suhu badan menurun kemungkinanbesar tubuh badan akan kehilangan sehingga 20 peratuskelenturannya.

    Kelenturan tiap-tiap anggota tubuh adalah spesifik kepada ototdan sendi tertentu, otot dan sendi-sendi untuk membenarkanpergerakan yang licin tanpa menghadapi rintangan. Hasil pergerakanbiasanya ditentukan oleh panjangnya otot-otot, ligamen, tendon-tendon dan struktur sendi-sendi seseorang itu.

    Secara ringkas boleh dikatakan sebagai kemampuan sendi-senditubuh badan bergerak melalui jarak yang sejauh mungkin.Contoh:Menyentuh jari ke lantai tanpamembengkokkan lutut.

    iv- Komposisi Lemak Badan.

    Tiga komponen struktur asas yang ada pada badan ialah lemak,otot-otot dan tulang-tulang. Penentuan isi kandungan badanmenunjukkan peratusan (%) lemak badan yang dibandingkan denganisi kandungan otot-otot dan tulang-tulang. Lebihan peratusan lemakdalam badan akan menimbulkan masalah kegemukan.

    Kegemukan, seperti darah tinggi dan anaemia adalah satu

    simpton bukannya satu penyakit Ia boleh dikatakan satu keadaan dimana lemak badan seseorang lelaki itu berjumlah 20 peratus ataulebih daripada keseluruhan berat badannya. Bagi seorang wanitapula, apabila lemak badannya berjumlah lebih 30 peratus atau lebihdaripada keseluruhan berat badannya.

    Wanita memerlukan lebih sedikit lemak badan daripada lelaki.Bagi wanita, peratus lemak badan yang tinggi sedikit daripada lelakiadalah untuk meseimbangkannya dengan kadar metabolisma basalyang lebih rendah. Wanita jugamemerlukan kurang kalori daripadalelaki. Purata kadar lemak badan seseorang lelaki kira-kira 12 - 15peratus sahaja. Bagi wanita pula ialah kira-kira 22 - 23 peratus.

    Terdapat beberapa sebab kegemukan terdiri daripada sebabbiologi, emosi, persekitaran, malas melakukan aktiviti fizikal dan lain-lain.

    KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN LAKUAN MOTOR

    7

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    8/23

    Lakuan motor bolehlah difahamkan sebagai perlakuan yangberkaitan dengan sistem saraf, iaitu keadaan bagaimana sistem sarafberfungsi setelah dirangsangkan. Hasil dari lakuan ini dapatmenjadikan pelakunya berkemahiran. Kemahiran ialah keupayaan

    membuat sesuatu dalam keadaan tepat dan sebenar. Bagi seseorangatlit kecergasan lakuan motor bolehlah didefinisikan sebagaimempunyai 'Kemahiran Tinggi' iaitu penggunaan tenaga yang minimabagi menghasilkan daya (kerja) tetapi hasilnya maksima.

    PANCAINDERA kpd SARAF kpd OTAK kpd NEORON MOTOR

    Terdapat beberapa komponen lakuan motor yang penting antaranya:

    i- KUASA

    Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan. Ianyaadalah kebolehan individu melakukan suatu pergerakan pantas(mengecut / explosive) yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengankecepatan yang tinggi. Ia adalah hasil kucupan otot yang kuat dalam

    jangkamasa yang singkat ianya merupakan gabungan antara kekuatan ototdan kepantasan kucupan otot.

    ii- KETANGKASAN

    Ialah kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakanberturutan ke suatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yangboleh. Kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas danmudah.

    iii- KELAJUAN KEPANTASAN

    Adalah kebolehan individu melakukan pergerakan berturut-turutdengan pantas dalam masa yang singkat mengikut arah. Kelajuan individuberkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak. Kelajuan

    ditentukan dari hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah.

    iv- KOORDINASI

    Ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakantubuh badan seseorang individu. Ianya melibatkan penyelarasanpergerakan kesemua anggota badan.

    - merupakan paduan di antara berbagai-bgai kebolehan yangdisatukan bagi menghasilkan suatu pergerakan yang licin.

    8

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    9/23

    - kemampuan / kebolehan menggunakan pancaindera bersama badandan mengaitkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurnasebagaimana yang dikehendaki .

    - paduan beberapa kebolehan untuk menjadikan sesuatu kerja /lakuan itu lancar / licin atau keupayaan menyesuaikan deria dengan otot-otot supaya memperoleh suatu lakuan yang licin, kemas dan tepat.

    v.- MASA TINDAKBALAS

    Merupakan jangkamasa yang diambil untuk bergerak atau bertindakdalam suatu gerakan bagi menghasilkan perbuatan (kerja) yangmenguntungkan.

    vi- IMBANGAN

    Kebolehan untuk mengekalkan keseimgangan apabila pusat gravitiseseorang dan dasar (tapak) menyokong diubah.

    a) Imbangan Statik - ialah kebolehan mengekalkan keseimbanganketika pusat gravitinya berada setempat.

    b)Imbangan Dinamik - ialah kebolehan mengekalkan keseimbanganketika pusat graviti diubah. Juga kebolehan mengekalkan kedudukan

    badan dalam keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalamkeadaan diam.

    9

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    10/23

    Komponen-komponen kecergasan.

    Terdapat lima komponen dalam kecergasan :1. sosial2. mental

    3. fizikal4. emosi5. rohani.

    Kecergasan sosialSeseorang itu dapat bergaul dengan masyarakat dan memberikansumbangan yang positif kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dannegara. Komponen ini dapat mengeratkan masyarakat, mewujudkanperpaduan yang membawa keamanan dan kesejahteraan negara.

    Kecergasan mentalKeupayaan berfikir dan bertindak dengan rasional dan berhikmah.Seseorang yang mempunyai kecergasan mental yang baik akan dapatmenyumbangkan tenaga dan fikiran kearah kebajikan masyarakat dannegara.

    Kecergasan fizikalTerbahagi kepada dua aspek iaitu, berasaskan kesihatan dan perlakuanmotor.

    Aspek fizikal berasaskan kesihatan diri terdiri daripada :

    a) daya tahan kerdiovaskularb) kekuatan ototc) daya tahan ototd) regangan dan fleksibilitie) komposisi tubuh badan

    Aspek kecergasan fizikal pula berasaskan perlakuan motor terdiridaripada :a) kelajuan/kepantasanb) imbanganc) ketangkasan

    d) kuasae) masa tindak balasf) koordinasi

    Kecergasan emosikeperluan pembinaan asas kecergasan fizikal, sosial dan mentalmerupakan pengawalan emosi. Seseorang yang mempunyai kecergasanemosi yang stabil akan dapat mengawal diri dengan baik dan tidakbertindak mengikut perasaan.

    Kecergasan rohaniMerupakan keupyaan dalaman seperti beriman, sabar, ikhlas, rendah diri

    10

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    11/23

    dan lain-lain. Komponen ini dapat melahirkan individu yang mempunyainilai kemanusiaan yang tinggi, berperibadi mulia, berdisplin tinggi dandisegani.

    Latihan Fizikal{Pengenalan }{Latihan Fizikal}{Prinsip Latihan}

    JENIS-JENIS LATIHAN

    ILitarIBebananIFarklekI Tekanan I Jeda IPlyometrikILSD I

    PengenalanDalam mencapai kecergasan yang optima seseorang itu perlu mengetahui dan

    merancang latihan secara saintifik dan bersistematik. Latihan itu perlu

    dijalankan mengikut prinsip-prinsip latihan serta disiplin yang tinggi untuk

    mencapai hasil yang sempurna. Maka adalah penting seseorang itu mengetahuidan mendalami kaedah-kaedah dan jenis-jenis latihan yang sesuai.

    Latihan Fizikal

    Latihan fizikal merupakan satu proses senaman yang dilakukan secara berulang ulang dan

    beransur maju di mana ia melibatkan unsur-unsur pembelajaran dan penyesuaian diri. Tujuan

    utama seseorang atlit menjalani latihan fizikal adalah membaiki dan meningkatkan

    komponen-komponen dalam kecergasan dan dapat mengelakkan diri daripada mengalami

    kecederaan. Peluang untuk tercedera hanya dapat dikurangkan apabila atlit memiliki

    koordinasi otot saraf yang baik, otot rangka yang kuat serta imbangan badan yang stabil dantidak cepat lesu apabila menjalani aktiviti fizikal. Latihan fizikal yang dirancang dan

    dijalankan secara bersistematik dapat membantu para atlit meningkatkan prestasi. Semasa

    menjalani latihan fizikal ini atlit-atlit harus mengetahui secara mendalam prinsip-prinsip

    latihan supaya apa yang dilaksanakan nanti berkesan dan memberi manfaat pada diri sendiri.

    Prinsip-prinsip Latihan

    Memanaskan badanSetiap latihan hendaklah dimulakan dengan sesi memanaskan

    badan dan diakhiri dengan sesi melegakan badan(warming

    down). Memanaskan badan adalah penting untuk

    merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi

    dengan peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan

    berlaku apabila atlit melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat

    daripada biasa. Adaptasi ini akan membolehkan atlit bersedia

    dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan

    mengurangkan berlakunya kecederaan otot.

    Ansur Maju

    11

    http://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Pengenalanhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Pengenalanhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihan%20Fizikalhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Prinsip-prinsiphttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihan%20Litarhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihan%20Litarhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihan%20Litarhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihanhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihanhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihanhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihan%20Fartlekhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihan%20Fartlekhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihan%20Tekananhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihan%20Jedahttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihan%20Plyometrikhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihan%20Plyometrikhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihan%20Plyometrikhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#LSDhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#LSDhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Pengenalanhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihan%20Fizikalhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Prinsip-prinsiphttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihan%20Litarhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihanhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihan%20Fartlekhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihan%20Tekananhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihan%20Jedahttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#Latihan%20Plyometrikhttp://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html#LSD
  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    12/23

    Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Beban kerja

    hendaklah bertambah. Ini dilakukan secara beransur-ansur sesuai

    dengan pencapaian fisikal seseorang atlit yang menjalani latihan.

    Jurulatih pula perlu mengetahui bahawa jangka masa latihan yang

    diperlukan bagi seseorang atlit untuk berada dalam keadaan fizikal

    yang terbaik ialah 6 hingga 8 minggu.

    Intensiti

    Di dalam sesuatu program latihan fizikal penekanan adalah terhadap

    intensiti beban latihan. Intensiti latihan diberi dengan

    mempertingkatkan tempo latihan supaya atlit bekerja di atas paras

    kemampuan fizikal masing-masing. Petunjuk paling nyata terhadap

    intensiti latihan yang baik adalah atlit mencapai kadar nadi latihan ke

    tahap sub maksimum. (70% higga 80% KNL).

    Spesifisiti (Pengkhususan)

    Latihan yang dirancang perlu melibatkan aktiviti-aktiviti yang dapat

    mempertingkatkan kekuatan dan dayatahan otot, kelenturan

    (fleksibiliti) dan lain-lain aspek kecergasan fizikal. Latihan-latihan

    yang khusus hendaklah dijalankan mengikut permainan yang diceburi.

    Contoh bagi atlit lontar peluru perlu banyak latihan di bahagian tangan,

    pinggang dan kaki. Atlit ini juga perlu banyak ditekankan dengan

    latihan untuk meningkatkan dayatahan kardiovaskular.

    Kekerapan latihan

    Gerakerja kecergasan haruslah dijadikan sebahagian aktiviti

    kehidupan. Kekerapan latihan akan menjamin peningkatan kecergasan

    fizikal kita. Adalah dicadangkan bahawa sekurang-kurangnya tiga kali

    seminggu sudah mencukupi bagi seseorang individu untuk

    mengekalkan kecergasan dan kesihatannya. Bagaimanapun ia haruslah

    bersesuaian dengan latihan yang dilakukan. Latihan yang mempunyaiintensiti rendah dan dilakukan dalam jangka masa yang pendek akan

    menghasilkan tahap kecergasan yang rendah.

    Masa latihan

    Masa latihan bergantung rapat dengan intensiti aktiviti latihan. Untuk

    menaikkan kadar nadi ke tahap 75% daripada 0% (kadar nadi rehat)

    semasa melakukan aktiviti latihan dalam jarak masa dari 30 minit

    adalah cukup bagi menghasilkan kecergasan yang signifikan. Pada

    peringkat permulaan latihan hendaklah dihadkan dalam lingkungan50% kadar nadi latihan dan tempuh latihan diturunkan 15 ke 20 minit

    12

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    13/23

    sahaja. Ketika ini tubuh badan kita belum bersedia untuk menerima

    bebanan yang tinggi. Setelah beberapa minggu berlatih barulah

    intensiti latihan boleh dipertingkatkan.

    Jenis-Jenis Latihan KecergasanLatihan Litar

    Latihan litar ialah salah satu daripada kaedah latihan yang selalu digunakan

    untuk menguji kecergasan fizikal. Latihan ini telah diperkenalkan oleh

    R.E.Morgan dan G.T.Adamson pada tahun 1953 di Universiti of Leeds,

    England.

    Latihan litar merupakan latihan yang melibatkan stesyen-stesyen tertentu dan

    dilakukan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Satu litar telah dilakukan

    jika pelaku telah melakukan semua aktiviti. Latihan ini adalah latihan di mana

    peserta melakukan beberapa aktiviti secara bersiri atau dalam satu litar.

    Jumlah aktiviti yang dipilih adalah di antara 8 hingga 12 yang mana

    melibatkan otot-otot yang berlainan.

    Objektif latihan

    i. Meningkatkan daya tahan otot

    ii. Meningkat dan melatih keupayaan anaerobik dan aerobik.

    iii. Meningkatkan kederasan, ketangkasan dan kelembutan

    iv. Membina daya tahan kardiovascular

    Rasional

    i. Latihan berasaskan prinsip lebihan beban

    ii. Tidak memerlukan alatan dan ruang yang banyak

    iii. Jangka latihan singkat

    iv. Aktiviti boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian

    v. Memberi kebebasan kepada individu berlatih mengikut kemampuannya

    vi. Keputusan cepat diperolehi.

    Prinsip Latihan

    i. Aktiviti yang dipilih bersesuaian dengan objektif

    ii. Kaedah perlakuan mestilah betul dan diselaraskan

    iii. Aktiviti disusun supaya tidak bebankan kumpulan otot yang sama

    iv. Peserta melakukan aktiviti secara berterusan

    Aktiviti latihan litar (contoh)

    i. Tekan tubi

    ii. Bangun tubi

    iii. Lari ulang alik

    iv. Burpeev. Skipping

    13

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    14/23

    vi. Lompat selang seli (alternate split jump)

    vii. Jack knife

    viii. Angkat kaki

    Langkah-langkah keselamatan

    Sebelum menjalankan sebarang latihan kecergasan, perlulah diambil perhatian supaya atlitkita sentiasa dalam keadaan selamat dan boleh menjalani aktiviti secara berterusan.

    1. Aktiviti tidak menyakitkan.

    2. Pergerakan sendi hingga ke tahap maksima.

    3. Alatan atau tempat latihan hendaklah selamat digunakan.

    4. Pakaian sesuai.

    5. Ulangan adalah munasabah dan dalam kemampuan peserta.

    6. Intensiti yang terlalu berat akan mendatangkan masalah kepada pernafasan.

    Contoh borang rekod

    Nama K.Jantung Rehat Latihan

    Jantina Umur

    Stesen Jenis Senaman B.Ulangan K.Nadi

    1 Tekan tubi

    2 Lari ulang alik

    14

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    15/23

    3 Bangun tubi

    4 Burpee

    5 Angkat kaki

    6 Lompat selang seli

    7 Jack knife

    8 Skipping

    Latihan Bebanan

    Latihan bebanan telah diterima secara universal sebagai satu kaedah latihan yang paling baik

    untuk meningkatkan kekuatan dan dayatahan otot. Intensiti, bebanan serta ulangan latihan

    bebanan, berbeza mengikut tujuan latihan yang hendak dijalankan. Mengikut Jesse bahawa :

    Strength and muscular endurance are two important

    components of physical fitness and are needed in varying in alltypes of work and play. Oleh itu kemahiran-kemahiran tertentu

    adalah memerlukan otot-otot yang spesifik. Untuk

    mendapatkan tahap kemahiran yang tinggi, otot-otot ini perlu

    dilatih dengan kekuatan dan dayatahan. Kesempurnaan kedua-

    dua komponen ini akan menjamin kejayaan dalam sukan yang

    diceburi nanti.

    Objektif

    i. meningkatkan kekuatan otot

    ii. meningkatkan dayatahan otot

    iii. meningkatkan tahap kelembutan dan kepantasaniv. meningkatkan kuasa eksplosif

    Prinsip Latihan

    i. Prinsip tambahan beban

    Berat bebanan pada permulaan hendaklah bersesuaian dengan

    kemampuan pelaku. Ulangan dan berat beban harus

    ditambahkan secara beransur-ansur supaya latihan ini berkesan.

    15

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    16/23

    ii. Prinsip urutan latihan

    Otot besar dalam badan haruslah dilatih dahulu. Ini adalahkerana otot kecil akan mudah lesu jika dibandingkan dengan

    otot besar. Dua jenis latihan yang melibatkan otot yang sama

    tidak digalakkan dan patut dielakkan.

    iii. Prinsip Spesifikasi

    Latihan yang diberi mestilah khusus kepada anggota tubuh

    badan yang terlibat dalam sesuatu permainan.

    iv. Prinsip kekerapan

    Latihan harus dijalankan berselang hari untuk memberi masa

    yang cukup untuk pemulihan. Jika tidak, akan terdapat masalah

    kelesuan dan ini akan mengganggu pencapaian yang optima.

    Prinsip latihan bebanan untuk meningkatkan kekuatan dan dayatahan otot.

    ANGKUBAH MEMBINA KEKUATAN MEMBINA DAYATAHAN

    Bebanan 80% x berat (maksimum) 50% x berat (sederhana)

    Set 3 3

    Ulangan 4 hingga 8 10 hingga 12

    Masa Latihan 3 x seminggu (6 minggu) 3 x seminggu (6 minggu)

    Penyesuaian Tambahan beban Tambahan beban

    16

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    17/23

    Tambahan ulangan

    Set ditetapkan

    Tambahan ulangan

    Set ditetapkan

    Contoh aktiviti bebanan

    BIL AKTIVITI OTOT TERLIBAT KEMAHIRAN

    1 Bench press Anterior deltoid

    Pectrolis major

    Triceps

    Menghantar

    Menggelicik

    2 Leg press Quadriceps

    Gluteus maximus

    Gasrocnemius

    Melompat

    Pecut

    Ketangkasan

    Koordinasi

    3 Triceps curl Triceps Menghantar

    4 Heel raise Gastrocnemius Melompat

    5 Bicep curl Biceps

    Brachio-radialis

    Menggelicik

    Menjaring

    Merebut bola

    Langkah-langkah keselamatan

    i. Panaskan badan dengan sempurna sebelum menjalankan latihan

    ii. Tidak digalakkan berlatih bersendirian

    iii. Pastikan berat bebanan yang hendak diambil selaras dengan keupayaan diri.iv. Pastikan semua alatan dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan.

    17

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    18/23

    v. Bernafas seperti biasa

    vi. Jangan jadikan latihan bebanan sebagai pertandingan untuk menunjukkan

    kekuatan.

    Latihan Fartlek

    Latihan fartlek barmaksud speed play adalah sejenis latihandayatahan yang telah mula diperkenalkan di negara Sweden.

    Walaupun ianya mirip kepada latihan jeda tetapi aktiviti latihan

    ini lebih menekankan kepada pembinaan kepantasan atlit.

    Dalam aktiviti latihan ini terdapat yang berkaitan dengan

    pecutan, di mana atlit dikehendaki melakukan larian pecut

    bertempo atau kadar tertentu di mana biasanya ditentukan

    berdasarkan peratusan daripada keupayaan maksima.

    Objektif latihan

    i. meningkatkan dayatahan kardiovaskular

    ii. membina dan meningkatkan kepantasan

    Rasional

    Latihan ini sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi

    keupayaan aerobik para atlit di samping membina kadar

    kederasan yang diperlukan sebagai salah satu pre-requisite

    dalam pembinaan kuasa ekplosif.

    Prinsip latihan

    Latihan fartlek merupakan satu corak latihan bebas di mana

    jarak dan

    masa tidak dipentingkan. Atlit adalah bebas untuk menentukan

    jarak dan kadar kederasan sendiri. Bagaimanapun kadar

    intensiti latihan mestilah ditingkatkan secara progresif dari satu

    masa ke semasa. Masa rehat untuk aktiviti larian kepantasan

    dipenuhi oleh rehat aktif seperti berjalan, jogging dan berlari

    langkah panjang (striding). Aktiviti-aktiviti rehat aktif ini akan

    bermula kembali dengan memulakan larian kepantasan.

    Latihan Tekanan

    Latihan tekanan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran

    sesuatu permainan melalui situasi permainan sebenar dan

    dalam sesuatu setting yang spesifik. Latihan ini dapat

    membantu pemain membina keyakinan dan kelicinanpermainan dalam sesuatu situasi tertentu. Latihan tekanan juga

    dapat membina dan meningkatkan dayatahan otot yang lebih

    spesifik. Mc Partlin (1980) mendifinisikan latihan tekanan

    sebagai satu sistem latihan yang memberi peluang kepada para

    atlit melatih sesuatu kemahiran spesifik dengan berulang-ulang

    kali, mungkin beratus-ratus kali dalam jangka masa beberapa

    minit.

    Objektif latihan

    i. Meningkat dan mengekalkan kemampuan aerobik dan anaerobik.

    ii. Meningkatkan kelajuan, ketangkasan, koordinasi, kekuatan dan kelembutansecara keseluruhan.

    18

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    19/23

    iii. Mengekal dan membaiki tahap kemahiran dalam situasi permainan yang

    tertentu.

    Rasional

    i. Meningkatkan kadar nadi ke tahap maksimum dengan cepat. Keadaan ini akandapat memberikan tekanan dan penyesuaian kepada sistem tenaga.

    ii. Dapat memilih aktiviti yang spesifik dalam situasi yang sebenar

    iii. Menyesuaikan permainan dengan tekanan sebenar

    yang mungkin dihadapi dalam sesuatu perlawanan atau

    pertandingan.

    Prinsip latihan

    i. Intensiti latihan berdasarkan prinsip tambah beban secara progresif.

    ii. Aktiviti perlu berdasarkan kemahiran yang hendak ditingkatkan.

    iii. Setiap pemain perlu mencapai kadar denyutan jantung yang telah ditetapkansebelum latihan.

    Latihan Jeda

    Latihan Jeda adalah satu kaedah latihan fizikal yang melibatkan

    tekanan kerja yang berulang-ulang dan diselangi dengan masa

    rehat yang mencukupi. Ia merupakan satu sistem latihan yang

    diperkenalkan oleh Astrand dan diamalkan oleh Paavo Nurmi

    pada tahun 1920. Latihan Jeda ini berbeza dari latihan-latihan

    fizikal yang lain kerana terdapatnya masa rehat antara jeda

    kerja, sedangkan kaedah latihan lain berterusan tanpa rehat di

    antara ulangan kerja. Latihan ini dapat meningkatkan kapasiti

    anaerobik atlit dan amat berfaedah untuk membina dan

    meningkatkan sistem tenaga aerobik dan sistem anaerobik.

    Objektif latihan

    i. Meningkatkan keupayaan anaerobik

    ii. Meningkatkan dayatahan kardiovaskular jantung dan otot.

    iii. Meningkatkan ketangkasan, kelajuan, kelembutan dan koordinasi

    Rasional latihan

    i. Dalam kebanyakan permainan, ia memerlukan keupayaan anaerobik

    dan kaedah latihan ini amat sesuai dipraktikkan.

    ii. Jangka masa kerja yang panjang dan ulangan yang banyak serta masa

    pemulihan yang pendek akan memberikan kesan tekanan (stress)

    kepada sistem pengangkutan oksigen, ini akan meningkatkan sistem

    tenaga aerobik.

    iii. Penetapan jangkamasa dan jenis aktiviti masa rehat yang sesuai akan

    dapat mempertingkatkan proses glikolisis anaerobik dan menjadi lebihefisyen.

    19

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    20/23

    iv. Atlit berkeupayaan untuk melakukan kerja pada isipadu yang tinggi

    jika ianya diselang selikan dengan masa rehat berbanding dengan

    perlakuan yang berterusan.

    Prinsip latihan

    Kaedah latihan Jeda ini berdasarkan prinsip-prinsip di antara

    masa dan masa rehat. Penggunaan lebihan beban digunakan

    dalam menentukan intensiti kerja yang diberi berdasarkan

    kepada angkubah-angkubah tertentu. Prinsip latihan hendaklah

    diberi penekanan kepada perkara-perkara berikut:

    i. kadar jarak dan jangkamasa kerja, ini ditentukan berdasarkan kadar

    nadi latihan dan jarak set.ii. masa rehat atau pemulihan

    iii. jenis aktiviti masa rehat

    iv. bilagan ulangan dan set setiap sesi latihan

    v. kekerapan latihan

    vi. tempuh latihan dijalankan

    Contoh latihan Jeda permainan bola keranjang

    PERKARA AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 AKTIVITI 3 AKTIVITI 4

    KEMAHIRAN Menjaring Hantaran Mengelecek Jump shot

    JEDA KERJA 12 jaringan/10s 15 balingan 10s 10 meter/15s 12 jaringan/10s

    JEDA REHAT 30s 30s 45s 30s

    AKTIVITI

    REHAT

    Kelonggaran sendi Kelonggaran sendi Berjalan Kelonggaran sendi

    20

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    21/23

    SET 3 3 2 3

    REHAT

    ANTARA SET2 minit 2 minit 2 minit 2 minit

    MASA LATIHAN Jumlah kesemua 4

    aktiviti

    Latihan Plyometrik

    Perkataan Plyometrik adalah berasal daripada perkataan Greek

    Pleythein yang membawa maksud bertambah atau meningkat

    atau dari perkataan akar Greek Plio dan Metric yangmembawa maksud banyak dan terkira. Hari ini plyometrik

    merujuk kepada ciri-ciri latihan tentang pengucupan otot-otot

    yang kuat dalam bertindak kepada kelajuan, beban yang

    dirancang atau meregangkan otot-otot yang terlibat.

    Latihan Plyometrik adalah satu sistem latihan kuasa (dynamic

    power) yang digunakan untuk meningkatkan kuasa otot yang

    terlibat dalam pergerakan yang hampir sama dengan acara yang

    dilatih.

    Objektif latihan

    i. Meningkatkan kuasa dinamik otot yang terlibat

    ii. Meningkatkan keupayaan anaerobik

    iii. Meningkatkan dayatahan kederasan otot dan dayatahan otot yang

    spesifik

    iv. Meningkatkan kelajuan dan kekuatan otot

    Prinsip latihan

    21

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    22/23

    i. Latihan ini dijalankan berpandukan prinsip tambah beban secara

    Progresif

    ii. Prinsip kerja dan masa pemulihan dan denyutan

    jantung digunakan seperti dalam latihan jeda

    iii. Aktiviti yang dipilih perlu berdasarkan kepada

    spesifisiti permainan atau sukan yang terlibat

    Rasional

    i. Latihan plyometrik hanya dirancang setelah dayatahan otot dan kekuatan otot

    telah dibina

    ii. Mempunyai keberkesanan pada fasa pra pertandingan

    iii. Alatan tidak banyak diperlukaniv. Tidak mengambil masa yang lama

    Aktiviti latihan plyometrik

    i. lari setempat dengan lutut tinggi, tangan dihayun pantas

    ii. lari setempat tumit menyentuh punggung

    iii. lompat skip, tangan dihayun pantas

    iv. lari langkah panjang(striding)

    v. lompat berhalangan

    LSD (Long Slow Distance)

    Latihan LSD ini sesuai untuk mempertingkatkan sistem tenaga aerobik kerana

    ia dapat merangsangkan pembukaan kapilari dan meningkatkan kandungan

    myoglobin yang membawa oksigen ke otot-otot serta meningkatkan aktiviti

    enzim yang terlibat dalam metabolisme asid lemak. (Asrand & Rodahl, 1977).

    Perubahan fisiologi ini memberi kesan ke atas sistem kardio respiratori dan

    seterusnya dapat meningkatkan sistem tenaga aerobik. LSD ini juga sangat

    sesuai dijalankan untuk atlit supaya ia tidak mendatangkan kebosanan kepada

    mereka. Jarak ideal disyorkan ialah 10km hingga 15km. (Fox, Methews, 1981)

    Atlit tidak dikehendaki berlumba-lumba untuk mencapai kemenangan semasalarian ini, tetapi mereka dikehendaki menamatkan larian dalam jarak yang

    telah ditetapkan.

    Objektif

    i. Membina sistem aerobik ataupun keberkesanan sistem kardio respiratori

    ii. Membina dayatahan kardiovaskular dan dayatahan otot kaki

    iii. Dapat menamatkan larian dalam jarak yang ditentukan tanpa mengira faktor

    kemenangan

    iv. Dapat menikmati keindahan alam semula jadi

    22

  • 8/3/2019 komponen kecergsan fizikal

    23/23

    Prinsip latihan

    i. Menentukan intensiti jeda kerja

    ii. Memberi masa rehat dan masa pemulihan yang lebih pendek, termasuk

    jenis aktiviti ketika dalam pemulihan

    iii. Meningkatkan kekerapan (bilangan) latihan dalam seminggu.

    23