komen

3
Pada pendapat saya, perkembangan dalam pembangunan sukan bola sepak negara adalah pada tahap yang tidak memuaskan. Ini kerana prestasi perkembangan sukan bola sepak tidak selari dengan kemajuan-kemajuan yang telah banyak kita capai sama ada dalam peringkat dalam negara atau luar negara. Jika dilihat kebelakangan ini, sukan bola sepak dalam negara lebih memberi impak berbanding persembahan kelompok pasukan bola sepak negara.Hakikatnya kita masih belum ketandusan bakat-bakat muda dalam kancah dunia bola sepak namun kurangnya pendedahan dari sudut ruang dan peluang yang terhad. Antara faktornya yang dapat dilihat ialah kewujudan semula pemain import di liga tempatan. Masalah utama yang timbul apabila kekurangan pemain tempatan yang bermain dengan kerap dan konsisten kesan daripadakebergantungan kepada kebolehan dan bakat pemain import lebih menyerlah berbanding pemain tempatan dalam liga-liga di Malaysia. Selain itu, dilihat, jurulatih lebih memfokuskan kejayaan iaitu gelaran dan imbuhan berbanding perkembangan bakat pemain-pemain terutamanya pemain muda. Senario seperti ini menyebabkan jurulatih terpaksa meletakkan pemain- pemain veteran dan pemain yang mempunyai pengalaman bermain untuk antarabangsa mengisi kekosongan kesebelasan utama bagi memastikan peranan taktikal dimainkan seperti yang diatur. Situasi seperti ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap perkembangan prestasi pemain tempatan khususnya pemain-pemain muda yang gagal mencapai prestasi kemuncak berbanding pemain sebaya mereka yang bermain di negara-negara maju mahu pun membangun seperti negara jiran iaitu Thailand. Kesannya, apabila pemain- pemain seperti ini diserap masuk dalam pasukan bola sepak kebangsaan menyebabkan mereka kurang menyerlah dan masih berada di takuk yang sama secara tidak langsung mempengaruhi ranking dan pengaruh bola sepak Malaysia yang semakin dipandang sepi terutamanya di mata dunia.

Upload: aisyah-zainudin

Post on 03-Oct-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

...

TRANSCRIPT

Pada pendapat saya, perkembangan dalam pembangunan sukan bola sepak negara adalah pada tahap yang tidak memuaskan. Ini kerana prestasi perkembangan sukan bola sepak tidak selari dengan kemajuan-kemajuan yang telah banyak kita capai sama ada dalam peringkat dalam negara atau luar negara. Jika dilihat kebelakangan ini, sukan bola sepak dalam negara lebih memberi impak berbanding persembahan kelompok pasukan bola sepak negara.Hakikatnya kita masih belum ketandusan bakat-bakat muda dalam kancah dunia bola sepak namun kurangnya pendedahan dari sudut ruang dan peluang yang terhad.Antara faktornya yang dapat dilihat ialahkewujudan semula pemain import di liga tempatan. Masalah utama yang timbul apabila kekurangan pemain tempatan yang bermain dengan kerap dan konsisten kesan daripadakebergantungan kepada kebolehan dan bakat pemain import lebih menyerlahberbanding pemain tempatan dalam liga-liga di Malaysia. Selain itu, dilihat, jurulatih lebih memfokuskan kejayaan iaitu gelaran dan imbuhan berbanding perkembangan bakat pemain-pemain terutamanya pemain muda. Senario seperti ini menyebabkan jurulatih terpaksa meletakkan pemain-pemain veteran dan pemain yang mempunyai pengalaman bermain untuk antarabangsa mengisi kekosongan kesebelasan utama bagi memastikan peranan taktikal dimainkan seperti yang diatur. Situasi seperti ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap perkembangan prestasi pemain tempatan khususnya pemain-pemain muda yang gagal mencapai prestasi kemuncak berbanding pemain sebaya mereka yang bermain di negara-negara maju mahu pun membangun seperti negara jiran iaitu Thailand. Kesannya, apabila pemain-pemain seperti ini diserap masuk dalam pasukan bola sepak kebangsaan menyebabkan mereka kurang menyerlah dan masih berada di takuk yang sama secara tidak langsung mempengaruhi ranking dan pengaruh bola sepak Malaysia yang semakin dipandang sepi terutamanya di mata dunia.

Saya juga ingin mengutarakan pendapat bahawa persatuan induk juga perlu memainkan peranan yang sangat penting. Jika kita lihat, kemelut kontroversi yang melanda Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seakan tiada penghujungnya. Pelbagai isu mula ditimbulkan antaranya bayaran gaji segelintir pemain yang tertangguh, disiplin pemain yang semakin goyah, pentadbiran dan pengurusan FAM yang tidak telus, dan banyak lagi.FAM ditegur apabila tidak tegas dalam menangani masalah disiplin . Antara isu yang hangat diperkatakan antaranya adalah pesta perpindahan yang tidak mengikut prosedur seperti yang dialami oleh Norshahrul, Gary, Amirul dan lain-lain. Malahan,"Apabila pengurusan pasukan diubah, saya jamin anda akan nampak perubahan dari segi prestasi dan komitmen para pemain dalam tempoh tiga bulan tetapi ianya perlu diubah terlebih dahulu.agi saya, ini sepatutnya adalah pertandingan yang terakhir sekali dan harapan agar selepas Kejohanan AFF Suzuki ini akan ada perubahan dalam sistem pentadbiran. Mereka perlu tumpukan perhatian pada pasukan kebangsaan dan juga Liga Malaysia. Sekiranya tahap liga kita ada peningkatan, ianya pasti akan membantu meningkatkan mutu dan prestasi pasukan kebangsaan". Dipetik ketika sidang media bersama DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor pada 18 November 2014

Saya agk bersetuju dengan penyataan saudara Amirul yang menyatakan paksaan kepada guru untuk melaksanakan tugas.Paksaan bersifat negatif kerana biasa perubahan perlakuan seseorang itu bukan atas kehendaknya namun lebih kepada ancaman dan dendaan yang akan diberikan kepada pihak pentadbir bila arahan tidak diikuti.Secara amnya, guru akan mengikut arahan pihak pentadbir semata-mata untuk mengelakdaripada dikenakan hukuman. Maka segala kemahuan pihak pentadbir akan dituruti. Walau bagaimanapun kuasa paksaan mendatangkan rasa tidak puas hatiserta menimbulkan kemarahan guru jika didenda dengan sebab yang tidak sepadan atau munasabah dan akhirnya akan menimbulkan konflik dalam pengurusan sekolah. Seterusnya ia mampu memecahbelahkan organisasi sekolah di mana para guru dan pihak pentadbir tidak sehaluan. Motivasi dan komitmen para guru juga menurun jika kuasa paksaan dipraktikkan di dalam organisasi sekolah sebagai kuasa utama.Oleh demikian, pihak pentadbir perlu mewujudkan permuafakatan dengan para guru bagi memastikan kelancaran sistem pentadbiran. Sikap prihatin pihak pentadbir dengan mengambil berat keperluan-keperluan guru menjadikan mereka lebih dihormati. Guru akan merasakan kerja itu merupakan satu amanah dan bukan beban yang secara tidak langsung melakukan kerja dengan lebih bertanggungjawab tanpa perlu dipaksa. Keikhlasan dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu tugasan akan menghasilkan kerja yang lebih berkualiti. Guru juga akan lebih komited dalam membantu pihak pentadbir merealisasikan objektif Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPIP) seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tambahan juga, gurumerupakan golongan manusia yang memberi impak besar kepada masyarakat dan negara. Sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, golongan pendidik mengambil peranan kedua selepas ibubapa dalam membentuk sahsiah dan perwatakan pelajar (Khairina Yasin, 2001).Manakala aspek pengaruh pula, guru adalah insan yang mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap manusia (Noran dan Ahmad Mahdzan, 1992).