kolokium smk tun tuah - · pdf filemasalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini. 8 batasan...

18
SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI : MASALAH PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM ATAS SMK TUN TUAH DARIPADA : TAN SENG HUAT NG PHEI KHENG LEO SIEW LUAN MUHAMMAD FAUZI

Upload: buikhuong

Post on 07-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOLOKIUM SMK TUN TUAH - · PDF filemasalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini. 8 Batasan Kajian Skop kajian kami ialah pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tun Tuah, khususnya

SMK TUN TUAH

PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI

SESI 2010/2011

KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

MASALAH PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM

DALAM KALANGAN PELAJAR

TINGKATAN ENAM ATAS

SMK TUN TUAH

DARIPADA : TAN SENG HUAT

NG PHEI KHENG

LEO SIEW LUAN

MUHAMMAD FAUZI

Page 2: KOLOKIUM SMK TUN TUAH - · PDF filemasalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini. 8 Batasan Kajian Skop kajian kami ialah pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tun Tuah, khususnya

2

ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk M/S

1 Pengenalan 3

2 Pernyataan Masalah 4

3 Penghargaan 5

4 Objektif Kajian 6

5 Kepentingan Kajian 7

6 Batasan Kajian 8

7 Metodologi Kajian 9

8 Maklumat Penyelidikan 10 –16

9 Rujukan 17

Page 3: KOLOKIUM SMK TUN TUAH - · PDF filemasalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini. 8 Batasan Kajian Skop kajian kami ialah pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tun Tuah, khususnya

3

PENGENALAN Kokurikulum bermaksud aktiviti-aktiviti yang disertai oleh para pelajar selepas waktu

persekolahan. Kegiatan kokurikulum boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu unit

badan beruniform, sukan atau permainan, dan persatuan atau kelab.

Kegiatan kokurikulum dapat memanfaatkan para pelajar. Pelajar akan menjadi cergas

jika sentiasa terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Dengan badan yang sihat, pelajar dapat

menumpukan sepenuh perhatian semasa belajar. Ini sesuai dengan kata pepatah ‘otak

yang cerdas lahir daripada badan yang cergas’.

Melalui kegiatan kokurikulum, pelajar dapat memanfaatkan masa lapang dengan lebih

baik dan tidak berjinak-jinak dengan unsur negatif. Masa pelajar akan dipenuhi aktiviti-

aktiviti yang membawa kebaikan dan keuntungan. Keadaan ini mengurangkan risiko

pelajar dipengaruhi oleh gejala yang bertentangan dengan norma masyarakat.

Nilai-nilai murni seperti berdisiplin, bekerjasama, hemah tinggi, berdikari dan lain-lain

dapat diterapkan dalam sanubari para pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Aktiviti yang

dianjurkan biasanya membawa mesej tertentu. Hal ini bermakna pelajar turut melalui

proses pembentukan peribadi yang sempurna.

Kegiatan kokurikulum yang dijalankan juga dapat menjalin hubungan silaturahim antara

pelajar. Para pelajar akan mengenali pelajar-pelajar lain serta berganding bahu untuk

menghadapi segala kesusahan semasa menjalankan sesuatu aktiviti. Dengan ini,

perpaduan dan masyarakat penyayang dapat diwujudkan.

Namun begitu, ada pelajar yang tidak mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum.

Mereka beranggapan bahawa aktiviti kokurikulum tidak membawa kebaikan dan

membazirkan masa sahaja. Walau bagaimanapun, kegiatan kokurikulum penting untuk

melahirkan generasi yang berkaliber, berwibawa, dan berintelek serta mewujudkan

masyarakat makmur, aman, dan progresif.

Page 4: KOLOKIUM SMK TUN TUAH - · PDF filemasalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini. 8 Batasan Kajian Skop kajian kami ialah pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tun Tuah, khususnya

4

Pernyataan Masalah

Tingkah laku ponteng aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam

Atas di SMK Tun Tuah disebabkan oleh pelbagai punca. Sesungguhnya, gejala ponteng

aktiviti kokurikulum ini merupakan satu perkara yang amat serius serta harus diberikan

perhatian oleh pelbagai pihak. Masalah ini bukan sahaja merosakkan nama sendiri malah

akan merosakkan nama dan imej sekolah.

Punca yang menyebabkan gejala ponteng aktiviti kokurikulum ialah pengaruh rakan

sebaya. Gejala ini semakin meningkat selaras dengan peningkatan umur pelajar.

Maksudnya, semakin senior seseorang pelajar itu semakin kerap kemungkinan mereka

melakukan kegiatan ponteng. Pelajar yang selalu ponteng menganggap bahawa ponteng

ialah perkara biasa bagi mereka.

Selain itu, pelajar juga menganggap bahawa kegiatan kokurikulum itu adalah

sesuatu perkara yang hanya membuang masa sahaja. Mereka sanggup ponteng aktiviti

kokurikulum semata-mata untuk mengikuti kelas tuisyen di luar. Mereka juga

mementingkan bidang akademik berbanding kokurikulum.

Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar juga tidak suka balik lewat ke rumah kerana

masalah pengangkutan. Apabila aktiviti kokurikulum dijalankan, pelajar perlu balik pada

masa yang telah ditetapkan iaitu pada pukul 4.00 petang. Pada waktu itu sudah tidak ada

bas awam untuk pelajar balik ke rumah.

Kesimpulannya, masalah ini semakin serius dalam kalangan pelajar sekolah

menengah harian. Oleh itu, kita harus bekerjasama untuk mengatasi dan menyelesaikan

masalah ini supaya tidak menjadi-jadi pada masa yang akan datang.

Page 5: KOLOKIUM SMK TUN TUAH - · PDF filemasalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini. 8 Batasan Kajian Skop kajian kami ialah pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tun Tuah, khususnya

5

PENGHARGAAN

Selaku ketua kumpulan, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli

kumpulan saya iaitu Ng Phei Kheng, Leo Siew Luan dan Muhammad Fauzi kerana

sanggup berganding bahu untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Jutaan terima

kasih turut ditujukan kepada guru pembimbing kami iaitu Encik Micheal Dass kerana telah

memberi panduan, bimbingan, dan bantuan yang tidak terhingga untuk memastikan kami

menjayakan kajian ini mengikut prosedur yang betul.

Di samping itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang lain

kerana sanggup memberikan kerjasama kepada kami dengan memberi bimbingan yang

membangun. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa kami yang sanggup memberikan

sokongan moral dan kewangan kepada kami untuk menjayakan tugasan ini. Selain itu,

ucapan terima kasih juga ditujukan kepada murid Sekolah Menengah Kebangsaan Tun

Tuah kerana sanggup memberi kerjasama kepada kami dengan memberikan respon

mereka semasa mengisi borang kaji selidik. Tanpa kerjasama daripada semua pihak

tersebut, tidak mungkin kami dapat menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima kasih

diucapkan sekali lagi.

Yang menjalankan tugas,

(TAN SENG HUAT)

Ketua Kumpulan.

Page 6: KOLOKIUM SMK TUN TUAH - · PDF filemasalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini. 8 Batasan Kajian Skop kajian kami ialah pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tun Tuah, khususnya

6

Objektif Kajian

Objektif menjalankan kajian bagi penyelidikan ini dapat dibahagikan kepada dua

iaitu objektif am dan objektif khusus.

Objektif am penyelidikan ini adalah untuk mencari dan memahami penyebab utama

pelajar Tingkatan Enam Atas Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tuah kurang berminat

untuk menyertai aktiviti kokurikulum.

Manakala objektif khusus pula bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian untuk

menangani masalah ini.

Melalui kajian ini, kami dapat lebih memahami tentang sebab-sebab pelajar-pelajar

kurang berminat untuk menyertai aktiviti kokurikulum terutamanya dalam kalangan pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tuah. Selain itu, kajian ini membolehkan pelajar

menyedari kepentingan kokurikulum agar mereka lebih kerap menyertainya.

Page 7: KOLOKIUM SMK TUN TUAH - · PDF filemasalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini. 8 Batasan Kajian Skop kajian kami ialah pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tun Tuah, khususnya

7

Kepentingan Kajian

1. Mengkaji punca-punca pelajar Tingkatan Enam Atas sekolah ini ponteng aktiviti

kokurikulum sekolah.

2. Mengetahui statistik masalah ponteng aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar

sekolah.

3. Membantu pihak sekolah memahami masalah ponteng aktiviti kokurikulum

4. Membantu pihak sekolah untuk mencari cara penyelesaian bagi menyelesaikan

masalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini.

Page 8: KOLOKIUM SMK TUN TUAH - · PDF filemasalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini. 8 Batasan Kajian Skop kajian kami ialah pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tun Tuah, khususnya

8

Batasan Kajian

Skop kajian kami ialah pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tun Tuah, khususnya

pelajar Tingkatan Enam Atas.

(1) Skop sasaran kajian

Skop kajian kami hanya tertumpu kepada pelajar-pelajar Tingkatan Enam Atas. Jika

semua pelajar SMK Tun Tuah terlibat dalam kajian ini, tentulah akan menimbulkan

masalah kerana skop kajian terlalu luas.

(2) Kerjasama daripada pelajar

Semasa soal selidik dijalankan, terdapat segelintir pelajar yang tidak memberi

kerjasama. Mereka tidak mengisi borang soal selidik dengan lengkap kerana

mereka menganggapkan kaji selidik ini tidak penting.

(3) Tinjauan ’literature’

Selain itu, maklumat ’literature’ yang terkini agak susah didapati. Kami perlu

membuat lebih banyak pembacaan kerana sumber daripada pihak sekolah agak

terhad.

Page 9: KOLOKIUM SMK TUN TUAH - · PDF filemasalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini. 8 Batasan Kajian Skop kajian kami ialah pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tun Tuah, khususnya

9

Metodologi Kajian

Untuk menjalankan kajian ini, kami menggunakan satu jenis kaedah yang sesuai.

Kriteria-kriteria bagi memilih kaedah yang akan digunakan termasuklah kos perbelanjaan

untuk menjalankan kajian, masalah yang dihadapi dan lain-lain. Kaedah yang kami pilih

hanya memerlukan perbelanjaan yang minimum dan dapat dijalankan dengan lebih lancar.

Tinjauan / Kaji Selidik :

(1) Dijalankan dengan menggunakan borang kaji selidik yang disediakan.

(2) 12 soalan akan ditujukan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam kaji selidik ini.

(3) Seramai 50 orang pelajar daripada Tingkatan Enam Atas akan menjadi sasaran

kaji selidik ini.

(4) Data-data yang diperoleh dipersembahkan dalam bentuk carta pai dan dianalisis.

Page 10: KOLOKIUM SMK TUN TUAH - · PDF filemasalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini. 8 Batasan Kajian Skop kajian kami ialah pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tun Tuah, khususnya

10

Bahagian A

Penyertaan Pelajar Dalam

Aktiviti Kokurikulum

Bilangan Pelajar

Pernah

Terlibat

Peratus

%

Tidak Pernah

Terlibat

Peratus %

Lelaki 22 44 2 4

Perempuan 19 38 7 14

Jumlah 41 82 9 18

Peratusan Pelajar Yang Pernah Terlibat Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah

Lama Mereka

Sebanyak 50 helai borang kaji selidik telah diedarkan kepada semua kelas bagi

Tingkatan Enam Atas dan kami telah mendapat respon daripada semua pelajar yang

terlibat. Selepas borang kaji selidik diedarkan kepada 50 orang pelajar Tingkatan Enam

Atas, kami telah mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai sebab mereka kurang

berminat dalam aktiviti kokurikulum. Dalam borang kaji selidik tersebut juga, kami

mendapat tindak balas daripada pelajar tentang faktor yang menyebabkan mereka kurang

berminat dalam aktiviti kokurikulum. Apabila semua borang kaji selidik dikutip balik, kami

telah mengkaji dan menganalisis semua respon yang diperoleh.

Lelaki

Perempuan

Page 11: KOLOKIUM SMK TUN TUAH - · PDF filemasalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini. 8 Batasan Kajian Skop kajian kami ialah pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tun Tuah, khususnya

11

Berdasarkan maklumat yang kami terima, seramai 41 orang pelajar yang

menyatakan mereka pernah terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Daripada jumlah tersebut,

kami mendapati 22 orang daripadanya ialah pelajar lelaki dan 19 orang ialah pelajar

perempuan. Dengan ini, peratusan pelajar lelaki yang menyertai aktiviti kokurikulum

adalah lebih banyak berbanding bilangan pelajar perempuan yang menyertai aktiviti

kokurikulum iaitu masing-masing ialah 44% dan 38%.

Daripada 50 orang yang mengisi borang kaji selidik, kami mendapati seramai 9

orang tidak pernah melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Peratusan pelajar yang

menyatakan mereka tidak pernah terlibat dalam aktiviti kokurikulum ialah sebanyak 18 %.

Ini dibahagikan kepada 4 % pelajar lelaki dan 14 % pelajar perempuan. Bilangan bagi

pelajar lelaki yang tidak pernah melibatkan diri ialah 2 orang manakala pelajar perempuan

adalah seramai 7 orang. Ini bermakna pelajar lelaki lebih banyak menghadirkan diri dalam

aktiviti kokurikulum berbanding dengan pelajar perempuan.

Page 12: KOLOKIUM SMK TUN TUAH - · PDF filemasalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini. 8 Batasan Kajian Skop kajian kami ialah pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tun Tuah, khususnya

12

Bahagian B

Sebab

Bilangan Pelajar

Bil.Pelajar

Menyatakan “Ya”

Peratus

%

Bil.Pelajar

Menyatakan

“Tidak”

Peratus

%

Pengaruh Rakan Sebaya 38 76 12 24

Kurang Pengetahuan Agama 10 20 40 80

Ingin Mencabar Peraturan

Sekolah 17 34 33 66

Masalah Pengangkutan 38 76 12 24

Kelas Tuisyen 41 82 9 18

Peratusan Pelajar Yang Menyatakan “Ya” dan “Tidak” Bagi Faktor Mereka Tidak

Menghadirkan Diri ke Aktiviti Kokurikulum

Selain itu, kami turut menyediakan beberapa faktor yang menpengaruhi pelajar ponteng

aktiviti kokurikulum dalam borang kaji selidik.

Tidak

Kurang

pengetahuan

agama

Ingin mencabar

peraturan

sekolah

Masalah

pengangkutan

Pengaruh rakan

sebaya

Kelas tambahan

Ya

Page 13: KOLOKIUM SMK TUN TUAH - · PDF filemasalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini. 8 Batasan Kajian Skop kajian kami ialah pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tun Tuah, khususnya

13

Kami menyatakan faktor yang pertama iaitu faktor rakan sebaya yang menjadi penyebab

utama pelajar kurang berminat dalam aktiviti kokurikulum. Kami mendapat tindak balas

yang amat baik iaitu sebanyak 38 orang atau 76 % bersetuju dan 12 orang atau 24 %

kurang bersetuju . Secara tidak langsung, peratusan pelajar yang bersetuju bahawa rakan

adalah faktor kepada masalah ini adalah lebih besar berbanding pelajar yang tidak

bersetuju .

Faktor kedua ialah kurangnya didikan agama yang mendorong pelajar ponteng

aktiviti kokurikulum. Namun bagi faktor ini, ramai pelajar tidak menganggap faktor in

sebagai punca utamanya. Ini dapat dilihat apabila 40 orang atau 80 % tidak bersetuju

bahawa kekurangan agama sebagai faktornya dan terdapat sebahagian pelajar yang

menganggap faktor kekurangan didikan agama sebagai puncanya iaitu seramai 10 orang

atau 20 % sahaja.

Faktor yang ketiga ialah sikap seseorang itu sendiri. Sikap pelajar yang ingin

mencabar peraturan sekolah yang mewajibkan para pelajar terlibat dalam aktiviti

kokurikulum. Hal ini menyebabkan pelajar tidak menghadirkan diri dalam aktiviti

kokurikulum. Namun apa yang sering kali dilihat, guru kokurikulum tidak mengambil

sebarang tindakan. Akibatnya, mereka menganggap bahawa aktiviti kokurikulum tidak

berfaedah. Seramai 17 orang atau 34 % bersetuju kepada faktor ini dan 33 orang atau 67

% menyatakan tidak bersetuju .

Faktor keempat ialah faktor masalah pengangkutan yang menyebabkan pelajar

tidak dapat hadir ke aktiviti kokurikulum. Setiap pelajar yang hadir ke sekolah dengan

menggunakan pengangkutan yang berbeza. Ada yang menaiki bas, kereta, motosikal,

basikal atau berjalan kaki ke sekolah. Namun begitu, ada segenlitir pelajar yang

menumpang kereta orang lain untuk datang ke sekolah . Ini mendatangkan kesulitan

Page 14: KOLOKIUM SMK TUN TUAH - · PDF filemasalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini. 8 Batasan Kajian Skop kajian kami ialah pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tun Tuah, khususnya

14

kepada mereka untuk mengikuti aktiviti kokurikulum. Seramai 38 orang atau 76 %

menyatakan ini sebagai sebab mereka tidak dapat menyertai aktiviti kokurikulum dan 12

orang atau 24 % tidak bersetuju bahawa pengangkutan ialah puncanya .

Faktor yang terakhir ialah faktor kelas tuisyen . Kebelakangan ini, banyak

pelajar terlibat dalam pelbagai kelas tuisyen . Ini menyebabkan mereka tiada masa untuk

menyertai aktiviti kokurikulum dan lebih rela untuk menghadiri kelas tuisyen yang

dianggap lebih penting. Seramai 41 orang atau 82 % yang setuju dan hanya 9 orang atau

18 % tidak setuju terhadap faktor ini.

Terdapat lima faktor yang dikemukakan dalam mencari punca pelajar kurang

berminat untuk menyertai atau mengikuti aktiviti kokurikulum. Namun begitu, respon dalam

borang soal selidik menunjukkan seramai 38 orang atau 76 % yang menyatakan masalah

pengangkutan ialah punca utama mereka tidak dapat hadir ke aktiviti kokurikulum. Faktor

kedua ialah faktor rakan sebaya. Seramai 38 orang atau 76 % menyatakan mereka

dipengaruhi oleh rakan sebaya . Diikuti dengan faktor kelas tuisyen yang menghalang

mereka untuk menghadiri aktiviti kourikulum iaitu 41 orang atau 82 %. Di samping itu,

hanya sejumlah kecil pelajar yang menyatakan masalah kekurangan didikan agama dan

sikap pelajar sebagai faktornya.

Page 15: KOLOKIUM SMK TUN TUAH - · PDF filemasalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini. 8 Batasan Kajian Skop kajian kami ialah pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tun Tuah, khususnya

15

Bahagian C

Lokasi Yang Dituju Apabila

Ponteng Aktiviti Kokurikulum

Bilangan Pelajar

Lelaki Peratus % Perempuan Peratus %

Pusat Permainan Komputer 10 20 2 4

Pusat Beli-belah 6 12 8 16

Rumah Kawan 4 8 5 10

Pusat Snuker 5 10 0 0

Lain-lain 5 10 5 10

Jumlah 30 60 20 40

Carta Pai Mengenai Peratusan Lokasi Yang Dipilih Oleh Pelajar Perempuan

Dan Pelajar Lelaki

Maklumat tambahan yang turut diperoleh oleh kami ialah tempat utama yang akan dituju

oleh pelajar yang ponteng aktiviti kokurikulum.

Pelajar Perepuan Pelajar Lelaki

Pusat Permainan

Komputer

Pusat Membeli-

belah

Rumah Kaw an

Pusat Snoker

Lain-lain

Page 16: KOLOKIUM SMK TUN TUAH - · PDF filemasalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini. 8 Batasan Kajian Skop kajian kami ialah pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tun Tuah, khususnya

16

Setelah menilai semua respons yang telah diberikan, kami mendapati lokasi yang menjadi

pilihan utama pelajar yang ponteng aktiviti kokurikulum ialah pusat beli-belah. Sebanyak

14 orang yang terdiri daripada 8 orang pelajar perempuan atau 16 % dan 6 orang pelajar

lelaki atau 12 % daripada jumlah keseluruhan yang memilih lokasi ini.

Kami juga mendapat maklumat bahawa seramai 12 orang pelajar akan ke pusat

permainan komputer atau kafe siber. Daripada jumlah tersebut, seramai 2 orang pelajar

atau 4 % ialah perempuan manakala bilangan pelajar lelaki ialah lima kali ganda

bilangannya iaitu sebanyak 10 orang atau 20 %.

Lokasi seterusnya yang menjadi pilihan para pelajar yang ponteng aktiviti

kokurikulum ialah tempat lain – lain seperti perpustakaan . Seramai 10 orang pelajar

memilih lokasi ini. Daripada 10 orang tersebut seramai lima orang pelajar lelaki atau 10 %

dan 5 orang pelajar perempuan atau 10 % yang memilih tempat lain sebagai tempat

mereka untuk ponteng aktiviti kokurikulum.

Rumah kawan-kawan juga menjadi lokasi dituju oleh para pelajar yang ponteng

aktiviti kokurikulum apabila tidak menghadirkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Seramai 4

orang atau 4 % pelajar lelaki yang menjadikan rumah kawan mereka sebagai lokasi

mereka melepak manakala 5 orang atau 10 % pelajar perempuan memilihnya. Kita

mendapati bahawa 9 orang pelajar memilih untuk memilih rumah rakan mereka sebagai

lokasi dituju apabila ponteng aktiviti kokurikulum.

Lokasi seterusnya ialah pusat snoker. Hanya segelintir pelajar sahaja yang

memilih lokasi ini. Terdapat 5 orang atau 10 % pelajar yang memilihnya dan semuanya

terdiri daripada pelajar lelaki.

Page 17: KOLOKIUM SMK TUN TUAH - · PDF filemasalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini. 8 Batasan Kajian Skop kajian kami ialah pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tun Tuah, khususnya

17

SUMBER RUJUKAN

1. MEDIA CETAK

~ SURAT KHABAR ;BERITA HARIAN

~ MAJALAH PELITA

2. INTERNET

~ www.google search.com

~ www.wikipedia.my

~ www.yahoo.com.my

3.RUJUKAN DARIPADA GURU

~ Cikgu Ismail Ali ( Guru Kokurikulum SMK Tun Tuah )

~ Cikgu Zuraini Binti Idris ( Guru Pembimbing )

~ Cikgu Micheal Dass ( Guru Pembimbing )

Page 18: KOLOKIUM SMK TUN TUAH - · PDF filemasalah ponteng aktiviti kokurikulum sekolah ini. 8 Batasan Kajian Skop kajian kami ialah pelajar-pelajar Tingkatan Enam di SMK Tun Tuah, khususnya

18