kolokium farahain

38
NAMA AHLI KUMPULAN; 1) NURFARRAHIN BINTI JAMIN 2) SITI NORHASHIMAH BINTI PUZI KELAS ; 6 A2 (PENGAJIAN PERNIAGAAN) TAHUN ; 2011 NAMA GURU ; TUAN HJ NIK AMLI BIN 1

Upload: hjamli

Post on 05-Jul-2015

1.158 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Kolokium P.Am STPM

TRANSCRIPT

Page 1: Kolokium Farahain

NAMA AHLI KUMPULAN; 1) NURFARRAHIN BINTI JAMIN 2) SITI NORHASHIMAH BINTI PUZI

KELAS ; 6 A2 (PENGAJIAN PERNIAGAAN)

TAHUN ; 2011

NAMA GURU ; TUAN HJ NIK AMLI BIN NIK JUSOH

KANDUNGAN

1

Page 2: Kolokium Farahain

PENGHARGAAN

ABSTRAK

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1. PENGENALAN

1.2. PENYATAAN MASALAH

1.3. TUJUAN KAJIAN

1.4. KEPENTINGAN KAJIAN

1.5. BATASAN KAJIAN

1.6. DEFINISI ISTILAH

BAB 2 TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN

2.1. TEORI-TEORI MEROKOK 2.2. PUNCA MEROKOK 2.3. KANDUNGAN ROKOK

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1. PENDAHULUAN 3.2. REKA BENTUK KAJIAN 3.3. ALAT UKURAN KAJIAN 3.4. KEBURUKAN MEROKOK 3.5. CARA MENGATASI MEROKOK 3.6. 3.7. CARA RAWATAN

4.O BAB 4 RUMUSAN

LAMPIRAN DAN RUJUKAN

I. PENGHARGAAN

2

Page 3: Kolokium Farahain

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu serta membolehkan kami menjalankan

penyelidikan ini sehingga selesai. Terutamanya kepada puan pengetua yang telah memberi

keizinan kepada kumpulan kami untuk menjalankan kajian di sekolah ini. Kami memberi

penghargaan khusus kepada penyelia utama kami iaitu Tuan Hj Nik Amli bin Hj Nik Yusuf yang

telah memberi bimbingan dan galakan kepada kumpulan kami dalam menjalankan penyelidikan

ini.

Ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami dalam

menjalankan kajian ini. Dengan menjalankan kajian ini kami dapat mengeratkan lagi hubungan

persahabatan antara kami.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua

warga SMKTL yang telah memberi kerjasama ketika kajian dijalankan.

Penghargaan yang terakhir ditujukan kepada ahli keluarga kami yang banyak membantu

dari segi sokongan, dorongan, semangat, dan kewangan dalam menyaipkan penyelidikan ini.

Pengorbanan mereka akan kami abadikan sepanjang hidup kami. Semoga Allah S.W.T sentiasa

memberkati dan mencucuri rahmatnya.

II. ABSTRAK

3

Page 4: Kolokium Farahain

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kecenderungan pelajar lelaki terhadap merokok di

SMKTL. Seramai 15 orang pelajar lelaki telah dipilih secara rawak sebagai sampel dalam kajian

ini. Kajian ini melibatkan pelajar lelaki dari tingkatan 4 dan tingkatan 5.

Keputusan ini menunjukkan bahawa kecenderungan pelajar lelaki merokok pada usia 14

tahun hingga 17tahun. Kebanyakkan daripada mereka menunjukkan perbuatan negatif terhadap

rokok. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kearah perbuatan negatif tersebut. Antara

punca utamanya ialah mereka ini dipengaruhi oleh rakan sebaya mahupun keluarga. Di samping

itu terdapat faktor sampingan lain iaitu atas kehendak sendiri.

Dapatan kajian ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa beberapa faktor yang

berkait rapat dengan kecenderungan pelajar terhadap rokok.

BAB 1 : LATAR BELAKANG KAJIAN

4

Page 5: Kolokium Farahain

1.1 PENGENALAN

Kajian kini menunjukan bahawa peningkatan kalangan masyarakat yang merokok telah dianggap

sebagai penyakit global dengan implikasi serius ke atas kesihatan individu terutama kepada

bukan perokok, sistem kesihatan sesebuah negara dan kesejahteraan ekonomi dan peningkatan

ini lebih ketara kepada individu yang digelar pelajar. Masalah ini bukan sahaja tergolong kepada

kaum lelaki sahaja, namun kaum wanita juga terjerumus sama.

Merokok merupakan satu risiko yang boleh menyebabkan individu tersebut mempunyai

banyak masalah kesihatan. Terdapat banyak penyebab yang menyebabkan seseorang itu

merokok tetapi faktor sosial dan persekitaran sama ada pengaruh rakan sebaya dan kehendak

sendiri memainkan peranan penting dalam gejala merokok ini. Ini berkaitan dengan peningkatan

perokok tegar di kalangan masyarakat dan pengaruh ahli terdekat kepada generasi muda.

Berdasarkan kepada perangkaan tempatan, terdapat 3.6 juta orang perokok di Malaysia pada

tahun 2000 dan angka ini akan meningkat kepada 4.6 juta orang perokok menjelang tahun 2025.

Dari segi taburan perokok mengikut jantina pula, 49 peratus lelaki yang berusia 15 tahun ke atas

akan merokok pada tahun 2000.

Sememangnya, jika tiada usaha yang digiat dilakukan untuk menangani masalah ini di

Malaysia, dikhuatiri lebih banyak kematian akan berlaku di Malaysia akibat tabiat merokok ini.

Perlu difahamkan bahawa, walaupun kematian akibat merokok di negara-negara maju dijangka

menurun, di kalangan negara membangun, kematian akibat merokok diramal meningkat sekitar

tujuh daripada setiap 10 kematian. Perubahan ketara dari negara maju ke negara membangun

disebabkan oleh kempen kesedaran tentang bahaya merokok yang berkesan sehingga

menyebabkan syarikat-syarikat tembakau antarabangsa terpaksa memindahkan kempen

pemasaran rokok di kalangan perokok baru di negara-negara membangun. ?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa promosi yang dilakukan oleh syarikat rokok

berjaya memberi gambaran positif tentang tabiat ini. Maklumat yang salah tentang keseronokan

dan kepuasan diri dengan merokok, imej diri yang bergaya, kawalan tekanan diri yang disiarkan

melalui media massa mengaburi hakikat bahawa merokok sebenarnya membahayakan kesihatan

di samping membazirkan kewangan yang terhad di kalangan remaja. Mengikut kajian ini, lebih

50 peratus perokok yang menghisap rokok setiap hari akan ketagih rokok.

5

Page 6: Kolokium Farahain

Jika dicuba pada kali pertama, terdapat kemungkinan 32 peratus pengguna akan menjadi ketagih

kepada rokok berbanding 23 peratus dengan heroin, 16 peratus dengan kokain dan 15 peratus

dengan alkohol. Kajian lain ke atas kesan merokok pada 681 orang remaja yang berumur antara

12-13 tahun di Amerika Syarikat menunjukkan kesan ketagihan berlaku pada 95 orang

responden setelah cuba merokok buat pertama kali.Kajian ini dijalankan bagi menyelidik kes

meroko di kalangan pelajar lelaki di SMKTL.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Dapatan kajian menyatakan bahawa sikap sesetengah pelajar lelaki merokok atas desakan

rakan-rakan sebaya di sekolah dan di luar sekolah. Ini menyebabkan mereka menglibatkan diri

dalam masalah merokok.

Selain itu, keluarga juga merupakan salah satu faktor berlakunya gejala merokok ini.

Keluarga kurang memberi pendedahan terhadap kesan-kesan merokok kepada anak-anak mereka

kerana mereka juga turut terlibat dalam gejala ini. Perlaksanaan kempen dan iklan yang telah

dibuat oleh kerajaan tidak begitu memberi sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya

kepada pelajar dan keluarga serta masyarakat tempatan. Kenyataan ini disokong oleh para

responden pelajar lelaki yang menyakini bahawa kempen dan iklan tidak menarik minat mereka

untuk berhenti daripada merokok.

Pada dewasa ini pelajar sangat mementingkan diri sendiri kerana jiwa mereka selalu

memberontak untuk melakukan sesuatu yang baru terutamanya pelajar lelaki yang ingin

melakukan sesuatu yang tidak berfaedah seperti merokok. Selain itu, masyarakat tidak

mengambil peduli permasalahan merokok di kalangan pelajar. Mereka tidak memberi nasihat

kepada pelajar untuk tidak merokok di tempat awam. Malahan mereka hanya melihat perkara ini

dengan sebelah mata sahaja.

1.3 TUJUAN KAJIAN

6

Page 7: Kolokium Farahain

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk menjawab empat soalan yang berkaitan dengan masalah

tersebut, iaitu;

1. Sama ada pelajar lelaki mula merokok pada usia seawal 13 tahun.

2. Sama ada mereka adalah perokok biasa atau perokok tegar.

3. Sama ada pelajar lelaki mengetahui isi kandungan di dalam rokok tersebut.

4. Sama ada pelajar lelaki itu mengetahui akan bahayanya merokok.

1. 4 KEPENTINGAN KAJIAN

Secara amnya,merokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga

120 mm (bervariasi tergantung negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-

daun tembakau yang telah dicacah. Merokok dianggap sebagai satu masalah sosial kerana

boleh menyebabkan pelbagai penyakit terjadi. Lebih teruk lagi,kegiatan merokok boleh

menyebabkan terjadinya banyak masalah kesihatan yang serius. Selain daripada itu,

jangka hayat penghisabnya juga semakin pendek.

Siapakah yang tergolong dalam kegiatan merokok;

Golongan belia yang mencuba menghisab rokok lebih dari 1 kali.

Mempunyai beberapa penyakit seperti kenser paru-paru atau masalah pernafasan.

Gagal berhenti daripada kegiatan merokok dalam jangka masa yang lama.

1.5 BATASAN KAJIAN

Ada beberapa yang dapat dikenalpasti dalam kajian ini:

Pertama,kajian ini hanya dijalankan dalam kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana.

Kedua, adalah untuk melihat seberapa ramai para pelajar lelaki merokok di SMKTL.

Ketiga,penyelidikan ini hanya dijalankan kepada beberapa pelajar lelaki yang dipilih secara

rawak.

Batasan terakhir ialah dari segi metadologi. Dalam kajian ini maklumat yang diperolehi

bergantung kepada kaedah analisis korelasi.

7

Page 8: Kolokium Farahain

1. 6 DEFINISI ISTILAH

Merokok

[adalah kegiatan yang secara sengaja memasukkan pelbagai racun kimia yang bersifat

radikal bebas ke dalam tubuh]

Belia

[fasa di antara kanak-kanak dan dewasa. Istilah "belia" sering ditukar ganti dengan

"remaja" dan "pemuda", selalunya mempunyai erti yang sama, cuma sekali-sekala

dibezakan]

Perbuatan negatif

[perkara yang dilakukan oleh seseorang dari segi rohani dan jasmani]

Nikotin

[sejenis sebatian organik yang dijumpai secara semulajadi di dalam pokok tembakau

(daun tembakau mempunyai kandungan nikotin paling tinggi)]

Amfetamina

[dadah sintetik yang dihasilkan sebagai pembantut selera]

Kokain

[alkaloid tropana berhablur yang diperoleh dari daun-daun koka]

Bahan kimia

[adalah satu bahan yang digunakan di dalam atau didapati oleh proses kimia. Ia boleh

menjadi satu unsur, sebatian atau campuran]

BAB 2 TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN

2.1 TEORI-TEORI MENGAPA REMAJA MEROKOK

MASALAH merokok di kalangan remaja semakin serius apabila dianggarkan semakin ramai

penduduk di Malaysia yang merokok semakin membimbangkan kita. Namun, remaja tidak terus

menjadi perokok serius atau terus menjadi ketagih pada rokok. Terdapat fasa perkembangan

8

Page 9: Kolokium Farahain

merokok, iaitu fasa pemerhatian, fasa induksi, fasa peneguhan (reiriforcement), fasa menikmati,

fasa terbiasa, dan fasa ketagihan.

Dalam fasa pemerhatian,pada awal usia kanak-kanak dan remaja, mereka memerhati

tabiat merokok yang wujud dalam masyarakat, iaitu dalam kes Malaysia, adalah senario lumrah

untuk melihat orang lelaki dewasa merokok. Pada persepsi sebahagian kanak-kanak dan remaja,

merokok mempunyai nikmat yang tersendiri yang menyebabkan orang membeli rokok dan

menghisapnya. Kajian menunjukkan kanak-kanak mula mencuba menghisap rokok setelah

memerhati individu dewasa merokok (BATCo, 1999).Tidak menghairankan jika mereka didapati

mencuri-curi hisap rokok sama ada rokok daun atau puntung rokok.

Terdapat sebahagian kanak-kanak dan remaja yang menyatakan merokok itu satu

perbuatan tidak berfaedah, iaitu membazir wang untuk menyedut asap daun tembakau kering dan

penyedutan asap yang tidak mengandungi apa-apa zat bagi kesihatan tubuh badan. Justeru itu,

peringkat pemerhatian merupakan peringkat memerhati gelagat orang yang merokok dengan

berbagai-bagai persoalan dan andaian mengenai sebab, faedah, dan keburukan merokok.

Pada peringkat induksi, sesetengah remaja mencuba untuk merokok atas beberapa sebab

iaitu untuk menyahut cabaran kumpulan rakan sebaya yang merokok, untuk menunjukkan

mereka berani, untuk meniru cara gaya model yang peranan dalam wayang, untuk menjadi

popular sebagai hero, dan untuk mendapatkan imej seperti dalam iklan. Dalam erti lain pada

peringkat ini, seseorang remaja merokok untuk suka-suka(just for fun) sahaja.

Pada peringkat peneguhan, perokok awal berasa selesa semasa merokok kerana sudah

dipandang cekap menyedut dan mengeluarkan asap rokok, dan mereka sering dipuji kerana

sudah mahir dan kelihatan matang. Sumber peneguhan datang dari rakan dan iklan semasa. Ada

perokok remaja menunjukkan gaya menghisap rokok yang berjenama seperti dalam iklan, atau

mereka hubungkan imej diri mereka seperti dalam iklan, iaitu contohnya imej

nyaman(coo!), imej bergelora, dan imej hebat dan pantas. Jurnal Pendidikan 2004, Universiti

Malaya143.

Ik1an-ik1an memberi tumpuan kepada konsep-konsep tertentu dengan tujuan untuk

membina kesetiaan jenama. Wa1au bagaimanapun, jika amaran dan hukuman dikenakan kepada

remaja dalam peringkat ini, maka peneguhan bertukar kepada ketakutan dan tabiat merokok

boleh dilupakan atau ditangguhkan. Merokok di kalangan remaja juga didapati boleh

mengukuhkan persahabatan mereka (BATeo, 1999).

9

Page 10: Kolokium Farahain

Pada peringkat penikmatan, perokok remaja mempunyai kebolehan merasa dan

membezakan keunikan pelbagai jenama rokok. Deria rasa mereka sudah peka kepada nikmat

asap daripada rokok yang berbeza-beza, dan mereka memilih sesuatu jenama menurut cita rasa

mereka. Ada yang hanya mahukan jenis kretek sahaja, ada yang hanya mahukan jenis menthol

sahaja, ada yang mahukan tanpa penapis sahaja, dan ada yang mahu tembakau paip sahaja.

Adalah sesuatu kehilangan atau tidak kena jika mereka tidak menghisap rokok pada waktu-waktu

tertentu, iaitu seperti selepas minum kopi pagi dan selepas menikmati makanan panas dan pedas.

Pada peringkat terlazim (menjadi tabiat), perokok remaja menghisap rokok pada kadar

tertentu, contohnya pada kadar satu pek 10 batang sehari, atau satu pek 20 batang sehari, atau

dua pek 20 batang sehari, menurut keadaan dan keperluan diri individu. Ada yang menghisap

rokok begitu intensif dan kemudian membuang tabiat merokok selepas beberapa bulan, dan ada

selepas dua atau tiga tahun selepas mendapati menghisap rokok adalah perbuatan yang tidak

berfaedah.

Amalan kebiasaan merokok untuk beberapa tahun tanpa henti boleh menjadi satu

ketagihan. Badan sudah serasi dengan bahan nikotin dalam rokok. Pada peringkat ketagihan,

seseorang perokok boleh menunjukkan tanda-tanda tidak normal jika mereka tidak mendapat

rokok, seperti berpeluh, tangan ketar, cepat marah, rasa gelisah, sentiasa mahu makan, dan tidak

boleh beri tumpuan kepada kerja terutamanya kerja yang harus diberikan tumpuan. Jika perokok

berpuasa, mereka sentiasa mahu tidur, dan perkara utama yang diinginkan sangat selepas

berbuka puasa ialah menghisap rokok sepuas-puasnya. Mereka rasa berpinar dan bertenaga

semula. Padaperingkat ketagihan, seseorang perokok berasa amat sukar untuk berhenti merokok,

walaupun dalam keadaan tidak sihat.

Banyak kajian yang telah dilakukan di negara-negara lain mengenai kelakuan merokok

dan kaedah mencegah merokok di kalangan remaja telah mengakibatkan kemunculan dua teori

yang boleh menjelaskan faktor dorongan untuk menghisap rokok. Masih dalam paradigma

psikologi, dua teori itu ialah teori pengaruh sosial normatif dan teori pengaruh sosial informatif.

Teori pengaruh sosial normatif menjelaskan bahawa remaja mempunyai kumpulan

mereka yang bertindak menurut konsensus yang ditetapkan oleh kumpulan.Misalnya,

perkumpulan remaja Melayu mempunyai nilai, sikap, dan tindakan yang berbeza daripada

perkumpulan remaja Cina, India, dan lain-lain keturunan.

10

Page 11: Kolokium Farahain

Satu lagi teori sosiologi ialah teori pengaruh sosial informatif yang menjelaskan

bahawa remaja dalam proses pembinaan identiti mengumpul pelbagai maklumat tentang

persekitaran mereka, personaliti idola mereka, dan tentang hal ehwal diri mereka. Maklumat

yang diperoleh dikongsi bersama-sama rakan dan ia membentuk bank maklumat(information

bank) bagi kumpulan. Perkumpulan individu membina imej-imej yang mereka gemari. Bagi

hal merokok, mereka terpikat dengan imej kebebasan, gaya unik, berani, ranggi, dan tahan

lasak (Eiser, 1980; Eiser, 1985; Chassin & rakan 1985; Collins & rakan 1987; Chassin,

Presson, & Sherman, 1990; Gottlieb, 1985; Hall & Wellman, 1985)

Jesteru,masalah merokok di kalangan remaja terutamanya dalam kalangan pelajar

sekolah harus ditangani secepat mungkin sebelum percambahan bilangan perokok di Malaysia

meningkat.

2.2 PUNCA MEROKOK

Antara punca-puncanya ialah:

1- Terpengaruh dengan golongan “cool” di kaca TV atau media.

2- Bosan dan ingin mencuba sesuatu yang baru.

3- Pengaruh rakan sebaya yang mendesak individu terbabit supaya merokok. Jika tidak

merokok, individu terbabit akan disisihkan.

4- Tiada kawalan dari ibu bapa. Ibu bapa terlalu sibuk dengan tugas mereka.

5- Ibu bapa sendiri yang merokok.

6- Memberontak. Remaja atau pelajar yang memberontak seperti marahkan guru akan

tidak teragak-agak untuk menyalakan sebatang rokok.

7- Tekanan di sekolah dan rumah.

Merokok untuk menghilangkan kebosanan.

2.3 KANDUNGAN ROKOK

11

Page 12: Kolokium Farahain

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang

membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu

sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan

bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat

(naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide)

yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak

lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab

kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon

(PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah juga.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir

satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit

jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang

keempat.Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos

kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan

akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi

60%.. Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa

kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak,

saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan,

sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu

dari badan.

12

Page 13: Kolokium Farahain

BAB 3 METOTOLOGI KAJIAN

3.0 PENDAHULUAN

Bab ini merupakan satu huraian ringkas yang menerangkan tentang metodologi kajian yang

merangkumi reka bentuk kajian, populasi, sampel kajian, instrumen kajian, kaedah

pengumpulan, dan penganalisis data.

3. 1 REKA BENTUK KAJIAN

Borang soal selidik telah digunakan untuk melaksanakan kajian ini. Model ini terbahagi kepada 3

bahagian;

Bahagian 1;

Soalan yang bersesuaian dengan tajuk tugas dikemukakan kepada pelajar lelaki seramai

15 orang yang telah dipilih secara rawak untuk menjana penyelesaian bagi kajian yang

dijalankan.

Bahagian 2;

Soalan yang dikemukan kepada pelajar lelaki yang dipilih bagi mengetahui pendapat

mereka mengenai kajian yang dilakukan demi mencapai objektif kajian.

Bahagian 3;

Keputusan kajian akan ditentukan menerusi perjumlahan seluruh jawapan maklum balas

yang diterima daripada semua sampel kajian yang dipilih.

3.2 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah dalam bentuk soal selidik yang

merangkumi beberapa bahagian. Kaedah ini adalah merupakan yang paling sesuai untuk

mendapatkan maklumat dan data-data dari pelajar kerana melalui kaedah ini maklum balas

13

Page 14: Kolokium Farahain

terhadap aspek yang dikaji dapat diperolehi secara terus daripada pelajar lelaki dan cepat serta

menjimatkan masa. Mohamad Najib (1999) menyatakan soal selidik digunakan kerana ia mudah

ditadbir setelah dibina dengan baik dan datanya senang diproses untuk analisis. Soalan untuk

soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

3.3 KEBURUKAN MEROKOK

Antara keburukan merokok ialah:

Memendekkan usia;

Rokok membunuh 5000 rakyat Malaysia setiap tahun. Satu dari dua perokok mati

awal disebabkan penyakit yang berhubung-kait dengan rokok.

Berjangkitan penyakit;

Terdapat 40 penyakit disebabkan merokok. Kanser paru-paru,sakit

jantung,kronik bronkitis, emfisema, strok dan ulser perut merupakan penyakit

akibat merokok.

Sakit dan berpenyakit ;

Perokok mudah dijangkiti virus, batuk dan jangkitan paru-paru dibandingkan

dengan bukan perokok.

Anak-anak tidak sihat;

Merokok membahayakan kesihatan kanak-kanak. Anak-anak perokok tegar

mudah dijangkiti saluran pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan paru-paru.

Gigi Mengguning;

Merokok menyebabkan gigi menjadi kusam dan kuning.

Bau Nafas;

Akibat merokok anda mempunyai bau nafas yang kurang enak.

14

Page 15: Kolokium Farahain

Kulit Tidak Cantik;

Orang yang merokok akan cepat beruban, kulit mudah berkedut dan kusam

terutama di bahagian mata dan mulut.

Membahayakan keluarga dan rakan;

Apabila anda merokok berhampiran dengan bukan perokok, anda menjadikan

mereka ini penghisap asap rokok. Merekadipanggil perokok pasif. Risiko

perokok pasif untuk memperoleh penyakit berkait-rapat dengan rokokseperti

penyakit kanser paru-paru dan sakit jantung adalah sama. Perokok pasif

memudaratkan kanak-kanak.

Mudah Letih Dan Kurang Cerdas;

Merokok mempengaruhi tahap kecerdasananda. Anda mudah letih dan tidak

berstamina apabila melakukan aktiviti seperti berlari, berjalan atau lain-lain.

Baju Dan Rambut Berbau;

Merokok menyebabkan baju dan rambut anda mempunyai bau yang kurang enak.

Mencemarkan Udara;

Pencemaran udara dapat dikurangkan jika anda tidak merokok.

Kesuburan(fertiliti);

Merokok menyebabkan kualiti sperma anda merosot seperti isi padu sperma,

mobiliti dan struktur morfologi sperma.

Dis-fungsi ereksi;

Mati pucuk atau disfungsi ereksi berkait rapat dengan merokok.

15

Page 16: Kolokium Farahain

3.4 MENGATASI TABIAT MEROKOK

10 cara untuk membantu anda berhenti merokok;

Bersihkan dan buang;

Bersihkan dan buang semua rokok yang ada dalam simpanan anda.

Buat nota galakan dan peringatan;

Tulis nota seperti "Anda sekarang bukan perokok" dan tampalkan pada tempat-tempat yang

kerap anda kunjungi - di dalam bilik tidur, atas meja.

Lakukan terus;

Terus sahaja berhenti merokok pada hari yang telah anda tetapkan untuk berbuat demikian.

Jangan berhenti secara beransur-ansur.

Tumpukan perhatian;

pada hari-hari yang dilalui.

Fikir positif;

Fikirkan diri anda sebagai seorang yang bukan perokok. Sekiranya ada pelawaan, katakan

kepada rakan anda itu "Saya tidak merokok".

Dapatkan sokongan;

dari keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja untuk membantu anda membuang tabiat buruk

ini.

Melawan keinginan untuk merokok;

16

Page 17: Kolokium Farahain

Melengahkan tindakbalas sekiranya anda rasa ingin merokok. Katakan pada diri anda

"Nanti!!" Menarik nafas panjang. Tarik nafas panjang selama lima saat dan lepaskan

perlahan-lahan.

Minum air dengan banyak.

Elakkan pengambilan air yang mengandungi kafein seperti kopi, teh atau kola. Penuhkan

masa anda dengan aktiviti. Ini penting supaya anda tidak selalu terfikir untuk merokok.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti berkebun, membaca buku dsb;

Melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.

Membasuh tangan atau mandi sekiranya anda berasa ingin merokok. Kunyah sesuatu seperi

karot, chewing gum.

Berdoa semoga anda diberi keazaman yang cekal untuk berhenti merokok.

Antara produk yang ada di pasaran yang boleh membantu anda berhenti merokok ialah ;

Chewing gum, ubat tampal atau inhaler (sedut) yang mengandungi nicotin seperti

Nicorette. Hanya boleh dibeli di farmasi atau klinik sahaja.

Ubatan homeopati seperti Nicotinex

Peringkat awal berhenti merokok;

Peringkat awal berhenti merokok mungkin adalah peringkat yang paling sukar bagi

sesetengah perokok. Tanda-tanda atau simptom awal (dipanggil withdrawal symtoms) adalah

seperti rasa mudah marah, sukar mengawal perasaan, kurang konsentrasi, risau, sukar untuk

tidur, batuk, penurunan kadar nadi dan bertambahnya selera makan. Kesan-kesan ini

selalunya akan hilang selepas tiga hingga empat minggu.

3.5 FAEDAH BERHENTI MEROKOK

Hidup lebih lama.

Dapat menghindari racun.

17

Page 18: Kolokium Farahain

Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok.

Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak & kawan-kawan.

Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat.

Meningkatkan deria rasa dan bau.

Gigi lebih putih dan nafas lebih segar.

Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok

kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

3.6 CARA RAWATAN

Berapa lamakah seseorang itu perlu dirawat?

Rawatan susulan yang berkala perlu untuk mereka yang ingin berhenti daripada

menghisab rokok.

Jika rawatan pada jangka masa pendek ini tidak membuahkan hasil, rawatan tersebut

perlu dilakukan sepanjang hayat mengikut usaha seseorang tersebut.

Jika perlu,seseorang tersebut diberi kaunseling untuk meningkatkan usaha.

Siapakah yang boleh membantu seseorang itu untuk berhenti merokok?

Ibubapa.

Ahli keluarga.

Guru kaunseling.

Rakan-rakan.

Doktor dan pakar kaunseling.

Diri anda sendiri

BAB 4. RUMUSAN

Konklusinya, untuk mengawal budaya merokok dikalangan pelajar lelaki SMKTL kita perlu

memberi bimbingan kepada para pelajar supaya mereka tidak terjebak dengan gejala merokok

tersebut. Pihak sekolah perlu mengadakan kempen kesedaran tentang bahayanya rokok terhadap

kesihatan pelajar sekolah.

18

Page 19: Kolokium Farahain

Pihak yang bertanggungjawab iaitu Anti Dadah Kebangsaan (AADK) seharusnya

mempergiatkan kegiatan mereka untuk mencegah pelajar sekolah daripada merokok dan perlu

mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada pelajar yang merokok. Pihak AADK ini, perlu

memantau ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia dan sekolah SMKTL supaya gejala merokok

tidak berleluasa dan dapat membendung pelajar lelaki dari merokok. AADK perlu mendedahkan

kandungan dalam rokok ketika memberi ceramah kepada pelajar sekolah dan bahayanya rokok

terhadap kesihatan seseorang perokok tegar.

Selain itu, ibu bapa perlu memantau anak-anak mereka sama ada mereka merokok

ataupun tidak. Ibu bapa seharusnya memberi membimbing terhadap anak-anak mereka supaya

dapat menjauhi rokok. Salah satu faktor anak-anak mereka merokok adalah disebabkan tekanan

perasaan di rumah iaitu ibu bapa mereka selalu bertengkar yang menyebabkan anak-anak mereka

terpengaruh untuk merokok sebagai menghilangkan tekanan yang dihadapi.

19

Page 20: Kolokium Farahain

LAMPIRAN 1

SURAT PERMOHONAN MENJALANKAN KAJIAN

PENGETUA,

SMK TENGKU LAKSAMANA,

06600 KUALA KEDAH,

KEDAH DARUL AMAN,

______________________________________________________________________________

TINGKATAN 6A2 [PENGAJIAN PERNIAGAAN]

SMK TENGKU LAKSAMANA,

JALAN KUALA KEDAH,

KEDAH DARUL AMAN. 6 MARCH 2011

PUAN,

MEMOHON KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN TENTANG KECENDERUNGAN MEROKOK DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR LELAKI DI SMK TENKU LAKSAMANA.

Adalah saya dengan hormatnya mewakili kumpulan saya memohon kebenaran dari pihak puan untuk menjalankan kajian bertajuk seperti perkara dia atas.

2. Berikut maklumat kajian tersebut :

a) Nama : Nurfarrahin Binti Jamin.

: Siti Norhashimah Binti Puzi.

b) Institusi : SMK Tengku Laksamana.c) Tajuk : Kecenderungan merokok di kalangan pelajar-pelajar lelaki di SMKTL.

20

Page 21: Kolokium Farahain

d) Tempoh kajian : 4 minggu.

e) Respondan : 15 orang.f) Had kawasan kajian : SMK Tengku Laksamana.

3. Saya akan mematuhi segala syarat seperti berikut :

a) Syarat oleh guru penasihat.b) Mematuhi etika penyelidikan.c) Data dan maklumat yang diperolehi adalah untuk kepentingan akademik dan

kokurikulum.d) Tidak akan menganggu waktu pembelajaran ketika menjalankan kajian.

4. Untuk kemudahan pihak puan membuat pertimbangan, disini saya sertakan satu salinan usul

penyelidikan tersebut.

Adalah diharapkan pihak puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dengan sewajarnya.

Sekian terima kasih,

…………………………

[Nurfarrahin binti jamin]

Pelajar tingkatan 6A2,

SMK Tengku Laksamana.

S.K

1. Guru penolong pentadbiran.2. Guru penolong hal ehwal murid.

21

Page 22: Kolokium Farahain

Guru penyelia penyediaan Tuan Haji Nik Amali Nik Jusoh

LAMPIRAN 2

BORANG SOAL SELIDIK

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU LAKSAMANA

06600 KUALA KEDAH

KEDAH DARUL AMAN

BORANG SOAL SELIDIK

Pelajar-pelajar yang dihormati,

Kami pelajar dari tingkatan 6A2 sedang menjalankan satu kajian bertajuk ‘Kecenderungan Merokok’ yang dihadapi dalam kalangan pelajar-pelajar lelaki di SMKTL.Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat pelajar mengenai masalah merokok.

Soal selidik ini mengandungi dua bahagian: (A) maklumat mengenai latar belakang pelajar, (B) konsep kendiri pelajar.Untuk maklumat pelajar,semua identiti dan respon pelajar adalah sulit dan akan dirahsiakan.

Kami berharap akan mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada anda untuk menjawab soal selidik kajian ini.Diharapkan anda dapat menjawab secara JUJUR serta memberi maklumat yang TEPAT.Segala kandungan yang diperolehi melalui soal selidik akan dirahsiakan dan hanya digunakan untuk tujuan kajian ini sahaja.

Segala kerjasama,bantuan dan sokongan anda adalah diharapkan dan dihargai oleh pihak kami.

Sekian,terima kasih.

22

Page 23: Kolokium Farahain

Borang soal-selidik

BAHAGIAN A: Bahagian ini adalah berkaitan dengan latar belakang anda.Anda diminta menjawab semua item sama ada dengan menandakan jawapan yang diberikan atau menulis jawapan diruangan yang disediakan.

1) Umur ( )

2) Anda sekarang berada di tingkatan;a) Satu.b) Dua.c) Tiga.d) Empat.e) Lima.

3) Adakah anda tahu kandungan bahan di dalam rokok?a) Yab) Tidak

4) Adakah anda faham akibat merokok?a) Yab) Tidak

5) Adakah di dalam kalangan keluarga anda merokok?a) Yab) Tidak

6) Pernahkah anda merokok?a) Yab) Tidak

7) Jika ya,sejak bila anda mula merokok? Sila nyatakan ( )

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

23

Page 24: Kolokium Farahain

Borang soal-selidik

BAHAGIAN B: Bahagian ini berkaitan konsep kendiri pelajar terhadap diri sendiri.Sila baca setiap item tersebut dan tandakan jawapan sama ada ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

1. Kebanyakan ahli keluarga saya ialah perokok.

a) Ya

b) Tidak

2. Ayah saya adalah seorang perokok?

a) Ya

b) Tidak

3. Ayah saya sering meminta saya membeli rokok di kedai?

a) Ya

b) Tidak

4. Ibu bapa saya tahu saya merokok?

a) Ya

b) Tidak

5. Ibu bapa saya tidak melarang saya merokok?

a) Ya

b) Tidak

6. Saya menggunakan wang yang diberi oleh ibu bapa saya untuk membeli rokok?

a) Ya

b) Tidak

7. Saya tidak selesa kalau tidak merokok walaupun satu hari?

a) Ya

b) Tidak

8. Kebanyakan rakan-rakan saya juga merokok?a) Yab) Tidak

9. Apabila bersama rakan-rakan, mereka mengajak saya merokok?

a) Ya

b) Tidak

24

Page 25: Kolokium Farahain

10. Saya merasa seronok apabila merokok?

a) Ya

b) Tidak

11. Saya merasakan perbuatan merokok tidak merugikan diri sendiri?

a) Ya

b) Tidak

12. Saya merokok hanya untuk suka-suka?

a) Ya

b) Tidak

13. Jika orang lain menasihati saya untuk berhenti merokok,saya tidak ambil peduli?

a) Ya

b) Tidak

14. Saya pernah mencuba untuk berhenti merokok?

a) Ya

b) Tidak

15. Saya bangga apabila berada di dalam golongan perokok?

a) Ya

b) Tidak

16. Saya berfikir jika merokok saya akan menjadi lebih matang?

a) Ya

b) tidak

25

Page 26: Kolokium Farahain

BIBLIOGRAFI

Ainon Mohd Dan Abdullah Hassan (2000). Kursus Berfikir Untuk Kolej Dan Universiti.

Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Awang Had Salleh (1980). Disiplin: Satu Tinjauan Konsep Dari Segi Pendidikan.

Disiplin Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Bachman, J.G. (1970). Droping Out : Problems Of Symptoms. Michigan: University

Press.

Che Soh Muda (2001). Kajian Tentang Salah Laku Pelajar. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Dakwah (Mac 1997). Masalah Sosial Remaja Semakin meruncing. m.s. 6 – 9.

Duan, M., (1973). The Children We Deserve. London: Ward Lock Educational.

Ee Ah Meng (1992). Sekolah Dan Perkembangan Kanak-Kanak. Shah Alam : Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Julie Rosnani (2003). Tanda-tanda Dan Gejala Kanser Paru-Paru. Mingguan Wanita.

Kuala Lumpur: Karangkraf.

Kamaruddin Hj Husin (1996). Ke Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala

Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Khalijah (1996). Bagaimana Untuk Mengasihi Dan DiKasihi. Johor Bahru: Perniagaan

Janabersa.

Mahathir Mohamad (1991). Ucapan Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia,

Kuala Lumpur.

Majalah Massa (Mei 2003). Masalah Sosial Remaja: Salah Siapa? . m.s 46-47.

Peraturan 8 A Kawalan Hasil Tembakau (1997): kesalahan bagi remaja yang berumur 18

tahun ke bawah untuk merokok, membeli atau memiliki sebarang hasil tembakau.

Rusli Hashim (2005). Cara Mudah Berhenti Merokok. Kuala Lumpur : Utusan

publications & Distriburators Sdn Bhd.

Sufian Hussin, Lai Chin Chin, Mohd Firdaus Hussin, Abdul Rahim Abd Rashid (2004).

Merokok Di Kalangan Remaja Malaysia. Shah Alam. Karisma Publications Sdn.Bhd.

Zurina (1998). Krisis Disiplin Di kalangan Penuntut Sekolah: Isu Pendidikan Di

Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

26

Page 27: Kolokium Farahain

27