senarai kandungan panduan penyelidikan - universiti...

50
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 1 SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN BIL PERKARA MUKASURAT 1. Pengenalan 2 2. Bentuk Penyelidikan 2 3. Tatacara Am Penyelidikan 2 3.1 Kelayakan 3 3.2 Penilaian Permohonan 3 4. Peruntukan Kewangan 4 5. Skop Pembiayaan 4 6. Penilaian, Pemantauan dan Penggantungan Projek Penyelidikan 6 7. Penglibatan Pensyarah 6 8. Tatacara Kewangan 6 8.1 Kod Akaun Penyelidikan 7 8.2 Penerimaan Wang Penyelidikan 7 8.3 Penggunaan Wang Penyelidikan 7 8.4 Perbelanjaan Yang Melibatkan Pembelian Barang-barang 8 8.5 Peruntukan Membentangkan Kertas Kerja Penyelidikan di Seminar/Persidangan 8 8.6 Tanggungjawab Pengurusan Kewangan 8 8.7 Pengurusan Aset Penyelidikan 8 9. Pelaporan Kemajuan Penyelidikan 8 10. Pelanjutan Masa 9 11. Pemindahan J-Siri 9 12. Laporan Akhir 9 13. Hasil Penyelidikan dan Penerbitan 10 14. Pembentangan Hasil Penyelidikan di Seminar/Persidangan 11 15. Garis Panduan Tuntutan Perjalanan Bagi Projek Penyelidikan 11 16. Prosedur Pelantikan Kakitangan Penyelidikan 12 16.1 Permohonan 12 16.2 Tatacara Lantikan 12 16.3 Taraf dan Tempoh Lantikan 12 16.4 Tuntutan Gaji/Elaun 12 16.5 Kadar Elaun Harian 13 16.6 Tuntutan Perjalanan 13 16.7 Prosedur Kehadiran 13 16.8 Tugas Kakitangan Penyelidikan 14 16.9 Etika Kakitangan Penyelidikan 14 16.10 Perlanjutan Tempoh Kakitangan Penyelidikan 15 17. Am 15 Garis-garis Panduan Garis Panduan Permohonan Geran Pembiayaan (KPT)- contoh FRGS 17 Garis Panduan Permohonan Geran Pengesahan Jawatan Staf Akademik 31 Garis Panduan Permohonan Kerjasama Penyelidikan Di Antara UUM dan Pihak Luar 34 Garis Panduan Geran Penyelidikan Top Down 36 Garis Panduan Penyelidikan Pembiayaan Sendiri 38 Garis Panduan Penambahan dan Pengguguran Ahli Penyelidik 41 Garis Panduan Skim Insentif Penerbitan, Artikel Jurnal, Buku dan Bab Dalam Buku (SIP) 43 Garis Panduan Skim Pembiayaan Yuran Penerbitan Jurnal (SPYPJ) 46 Garis Panduan e-Science Fund 49

Upload: tranthuy

Post on 09-Apr-2019

302 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 1

SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN BIL PERKARA MUKASURAT

1. Pengenalan 2

2. Bentuk Penyelidikan 2

3. Tatacara Am Penyelidikan 2

3.1 Kelayakan 3

3.2 Penilaian Permohonan 3

4. Peruntukan Kewangan 4

5. Skop Pembiayaan 4

6. Penilaian, Pemantauan dan Penggantungan Projek Penyelidikan 6

7. Penglibatan Pensyarah 6

8. Tatacara Kewangan 6

8.1 Kod Akaun Penyelidikan 7

8.2 Penerimaan Wang Penyelidikan 7

8.3 Penggunaan Wang Penyelidikan 7

8.4 Perbelanjaan Yang Melibatkan Pembelian Barang-barang 8

8.5 Peruntukan Membentangkan Kertas Kerja Penyelidikan di Seminar/Persidangan

8

8.6 Tanggungjawab Pengurusan Kewangan 8

8.7 Pengurusan Aset Penyelidikan 8

9. Pelaporan Kemajuan Penyelidikan 8

10. Pelanjutan Masa 9

11. Pemindahan J-Siri 9

12. Laporan Akhir 9

13. Hasil Penyelidikan dan Penerbitan 10

14. Pembentangan Hasil Penyelidikan di Seminar/Persidangan 11

15. Garis Panduan Tuntutan Perjalanan Bagi Projek Penyelidikan 11

16. Prosedur Pelantikan Kakitangan Penyelidikan 12

16.1 Permohonan 12

16.2 Tatacara Lantikan 12

16.3 Taraf dan Tempoh Lantikan 12

16.4 Tuntutan Gaji/Elaun 12

16.5 Kadar Elaun Harian 13

16.6 Tuntutan Perjalanan 13

16.7 Prosedur Kehadiran 13

16.8 Tugas Kakitangan Penyelidikan 14

16.9 Etika Kakitangan Penyelidikan 14

16.10 Perlanjutan Tempoh Kakitangan Penyelidikan 15

17. Am 15

Garis-garis Panduan

Garis Panduan Permohonan Geran Pembiayaan (KPT)- contoh FRGS 17

Garis Panduan Permohonan Geran Pengesahan Jawatan Staf Akademik 31

Garis Panduan Permohonan Kerjasama Penyelidikan Di Antara UUM dan Pihak Luar

34

Garis Panduan Geran Penyelidikan Top Down 36

Garis Panduan Penyelidikan Pembiayaan Sendiri 38

Garis Panduan Penambahan dan Pengguguran Ahli Penyelidik 41

Garis Panduan Skim Insentif Penerbitan, Artikel Jurnal, Buku dan Bab Dalam Buku (SIP)

43

Garis Panduan Skim Pembiayaan Yuran Penerbitan Jurnal (SPYPJ) 46

Garis Panduan e-Science Fund 49

Page 2: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 2

PANDUAN PENYELIDIKAN

1. PENGENALAN

Selaras dengan falsafah Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti ini menekankan aktiviti penyelidikan yang boleh memperkembangkan ilmu serta proaktif dalam usaha untuk meneroka, menjana pengetahuan, menyelesaikan masalah baru berorientasikan keadaan semasa dan menjana pendapatan di samping memperkasakan penyelidikan yang boleh memberi sumbangan kepada pembangunan Negara. Dalam usaha untuk meneroka kemajuan serta mempertingkatkan mutu ilmiah, Universiti menggalakkan penyelidikan yang dapat membantu mengukuhkan kedua-dua fungsi akademik dan perkhidmatan kepada masyarakat. Oleh itu segala tenaga adalah ditumpukan kepada penyelidikan yang melibatkan berbagai disiplin untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga, kemahiran, kemudahan dan sumber yang ada. Ini bertujuan untuk memberi galakan dan peningkatan kepada kegiatan penyelidikan dalam usaha meningkat dan mempercambahkan ilmu pengetahuan dalam semua bidang.

2. BENTUK PENYELIDIKAN

Penyelidikan yang dimaksudkan dalam peraturan ini ialah penyelidikan yang dijalankan oleh ahli akademik UUM melalui dana universiti, kebangsaan, swasta/industri dan antarabangsa. Dana universiti adalah merupakan dana yang diperuntukkan oleh pengurusan UUM. Contohnya geran kolej, geran universiti, Scheme of Teaching and Learning (SoTL), geran pembangunan pelajar (HEPA), geran kajian kes dan lain-lain geran yang ditawarkan mengikut keperluan universiti. Dana kebangsaan adalah merupakan dana yang disalurkan oleh kementerian atau lain-lain agensi awam. Contohnya, geran KPT seperti FRGS, geran-geran agensi awam seperti JAKIM, MADA, IYRES dan sebagainya. Dana swasta/Industri adalah merupakan dana yang disalurkan oleh agensi swasta/NGO. Contohnya, Yayasan Sultanah Bahiyah, Toyota dan sebagainya. Dana antarabangsa adalah merupakan dana yang disalurkan oleh agensi antarabangsa. Contohnya Bank of India, United Nation, IRTI dan sebagainya.

Page 3: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 3

3. TATACARA AM PENYELIDIKAN

3.1 KELAYAKAN

Semua ahli akademik Universiti ini layak untuk memohon tertakluk kepada syarat-syarat penawaran geran. Segala permohonan penyelidikan perlulah dibuat melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC). Dalam kes-kes tertentu, permohonan penyelidikan boleh dibuat melalui Pusat Tanggungjawab (PTJ)/Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellance(CoE)). Permohonan baru bagi mereka yang masih menjalankan penyelidikan yang terdahulu akan diberi pertimbangan dengan mengemukakan bukti tahap kemajuan projek pada kadar 75%. Penyelidik yang telah disenarai hitamkan oleh pembiaya tidak layak memohon.

3.2 PENILAIAN PERMOHONAN

Penyelidik perlu membentangkan cadangan penyelidikan kepada Jawatankuasa Penyelidikan - Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk mendapatkan penilaian/komen/pandangan. Penyelidik perlu membuat penambahbaikan terhadap cadangan penyelidikan berdasarkan penilaian/komen/pandangan Jawatankuasa penyelidikan berkenaan. Permohonan yang disokong oleh Jawatankuasa Penyelidikan dan diperakukan oleh Ketua PTJ/Dekan, perlu dikemukakan kepada RIMC untuk tindakan selanjutnya.

(Nota: Geran Bersama Universiti lain adalah dikecualikan daripada peraturan ini)

Rajah 1 : Proses Penyelidikan

Page 4: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 4

4. PERUNTUKAN KEWANGAN

UUM melalui RIMC telah dipertanggungjawabkan dalam membantu mendapatkan peruntukan kewangan yang ditawarkan oleh pembiaya Pengurusan kewangan penyelidikan adalah tertakluk kepada Peraturan Kewangan Universiti, syarat pembiaya (sekiranya ada) dan peraturan lain dari semasa ke semasa.

5. SKOP PEMBIAYAAN

Jenis pembiayaan yang boleh diluluskan adalah seperti berikut:

i. Vot 11000 Upah dan Elaun untuk Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA)/Graduate Intern (GI)/Pegawai Penyelidik/Pembantu Penyelidik (RA)/Pembanci. Kadar upah dan elaun mengikut garis panduan pembiaya.

ii Vot 21000

Perjalanan dan Pengangkutan Perbelanjaan merangkumi semua perjalanan dan pengangkutan domestik yang berkaitan dengan projek.

Perjalanan ke luar negara (berdasarkan kepada kelulusan Jawatankuasa Penilaian) perlu memenuhi kriteria di bawah:- a. Perjalanan ke luar negara dibenarkan tertakluk kepada kecukupan geran yang

telah dipohon. Hanya Ketua Penyelidik dan ahli sahaja yang dibenarkan bagi tujuan tersebut.

o Perjalanan ke luar negara yang dibenarkan ialah yang bertujuan untuk

menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium untuk membentangkan hasil penyelidikan.

o Destinasi perjalanan tersebut mestilah merupakan tempat yang paling

sesuai dan ekonomikal dari segi kemudahan, kepakaran dan pemindahan teknologi.

o Perjalanan ke luar negara mestilah juga mengikut peraturan universiti. o Untuk menghadiri persidangan dan lain-lain aktiviti selain kerja lapangan,

sebanyak 20% dari jumlah peruntukan projek dibenarkan. o Dalam kes-kes tertentu perjalanan ke luar negara dibenarkan mengikut

keperluan penyelidikan yang diluluskan oleh pembiaya.

Jumlah perbelanjaan untuk perjalanan tidak boleh melebihi 40% daripada jumlah keseluruhan geran.

Page 5: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 5

iii. Vot 24000

Sewaan Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan barangan lain yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan.

iv. Vot 27000

Bekalan dan Bahan Penyelidikan Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan penyelidikan sahaja dibenarkan.

v. Vot 28000

Baik pulih kecil dan ubahsuai Hanya perbelanjaan untuk baik pulih dan pengubahsuaian yang kecil terhadap bangunan, makmal, peralatan atau lain-lain barang yang berkaitan dengan penyelidikan dibenarkan. Kos penyelenggaraan peralatan sedia ada semasa projek dilaksanakan adalah dibenarkan ketika penyelidikan masih aktif.

vi. Vot 29000

Perkhidmatan Ikhtisas a) Vot ini meliputi lain-lain caj perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti, honorarium, pengurusan, perkhidmatan profesional, konsultansi, penggunaan komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan projek penyelidikan.

b) Perkhidmatan Khas / Belanja Pakai Habis Perbelanjaan perkhidmatan khas merangkumi kos menghadiri kursus, program sangkutan jangka pendek (sekali (1) sahaja) untuk mempelajari teknik - teknik khusus yang berkaitan dengan projek penyelidikan. Tempoh yang dibenarkan adalah tidak melebihi tiga (3) bulan secara kumulatif. Jumlah perbelanjaan (b) tidak melebihi 5% daripada jumlah keseluruhan geran.

vii. Vot 35000

Aksesori dan Peralatan Hanya pembelian peralatan khas dan aksesori (termasuk meningkatkan keupayaan peralatan sedia ada) yang berkaitan dengan projek penyelidikan berkenaan sahaja dibenarkan. Setiap permohonan mestilah disertakan justifikasi dan sebut harga mengikut pekeliling Perbendaharaan. Peruntukan tidak termasuk pembelian peralatan komunikasi yang tidak berkaitan langsung dengan projek penyelidikan. Jumlah yang dipohon pula tidak melebihi 40% daripada jumlah keseluruhan geran.

Page 6: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 6

6. PENILAIAN, PEMANTAUAN DAN PENGGANTUNGAN PROJEK PENYELIDIKAN

Dalam hal ini JKPI boleh menggantung atau memberhentikan mana-mana projek penyelidikan dalam beberapa keadaan seperti berikut: a) Penyelidik yang gagal memulakan penyelidikan dalam masa enam (6) bulan

setelah diluluskan oleh JKPI tanpa sebab yang munasabah akan ditarik balik kelulusan peruntukan dan penyelidikan tersebut dianggap batal. Penyelidik boleh diarahkan semula membayar balik perbelanjaan yang telah digunakan. Oleh itu penyelidik adalah dinasihatkan supaya menghubungi Urus setia sekiranya penyelidikan tidak dapat dimulakan pada tarikh yang dicadangkan.

b) Mana-mana penyelidikan yang gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan

termasuk telah diluluskan perlanjutan masa oleh JKPI akan dikategorikan sebagai penyelidikan bermasalah dan akan dikemukakan kepada JKPI untuk tindakan selanjutnya.

c) Mana-mana penyelidikan yang telah dikategorikan sebagai penyelidikan

bermasalah akan diberi tempoh selama 6 bulan untuk disiapkan dan diserahkan Laporan Akhir kepada Pengarah RIMC/Ketua PTJ dan sekiranya penyelidik gagal memenuhi syarat tersebut, beliau boleh diarahkan membayar balik semua perbelanjaan yang telah digunakan.

d) Mana-mana penyelidik yang terlibat dengan penyelidikan "bermasalah" tidak

dibenarkan terlibat dengan projek kajian lain sehingga keputusan dicapai mengenai kajian berkenaan oleh JKPI atau kajian itu dirumuskan dengan jayanya.

e) Terma ini tertakluk kepada syarat perjanjian geran penyelidikan.

7. PENGLIBATAN PENSYARAH

Penglibatan pensyarah atau penyelidik perlulah berasaskan kepada kepakarannya yang selaras dengan penyelidikan yang dijalankan. Pembahagian masa untuk kerja penyelidikan harus mengambil kira tugas-tugas lain di universiti dan tertakluk kepada persetujuan Ketua PTJ.

8. TATACARA KEWANGAN

8.1 Kod Akaun Penyelidikan

8.1.1 RIMC/PTJ dengan kerjasama Jabatan Bendahari bertanggungjawab

menyediakan satu kod akaun (Kod S/O) bagi tiap-tiap satu projek yang diluluskan bagi menyelaras dan mengawasi aktiviti penyelidikan. Semua perbelanjaan dan penerimaan akan di kredit atau di debit ke dalam akaun penyelidikan masing-masing.RIMC/ PTJ akan menguruskan permohonan untuk mendapatkan Kod S/O bagi setiap penyelidikan dengan mengemukakan sesalinan Perjanjian yang telah ditandatangani oleh Ketua Penyelidik dan Pengarah RIMC/Ketua PTJ.

Page 7: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 7

8.1.2 Penyelidik akan diberikan Kod S/O (akaun Penyelidikan) untuk rujukan dan pengurusan kewangan penyelidikan.

8.2 Penerimaan Wang Penyelidikan

Tertakluk kepada peraturan pembiaya, semua wang bagi penyelidikan daripada mana-mana sumber luar hendaklah disalurkan ke Bendahari UUM.

8.3 Penggunaan Wang Penyelidikan

Semua perbelanjaan wang penyelidikan daripada agensi pembiaya hendaklah mengikut Peraturan Kewangan Universiti atau agensi pembiaya.

8.4 Perbelanjaan Yang Melibatkan Pembelian Barang-Barang

a) Semua perbelanjaan yang melibatkan pembelian barang-barang dan

perbekalan hendaklah mematuhi Peraturan Kewangan Universiti yang sedang berkuat kuasa:

i) Had pembelian runcit barangan dan perkhidmatan adalah tidak melebihi

RM2,500.00

ii) Pembelian barangan dan perkhidmatan yang melebihi RM2,500.00 hendaklah menggunakan “Local Purchase Order” (LPO)

b) Setiap pembelian komputer mestilah disertakan justifikasi keperluan dan sebut

harga mengikut pekeliling Perbendaharaan. Bagi pembelian komputer yang diluluskan, penyelidik perlu mengemukakan surat berserta sebut harga pembelian komputer daripada anak syarikat UUM kepada Ketua PTJ untuk dimajukan kepada Jabatan Bendahari. Pembelian komputer tertakluk kepada kelulusan pembiaya.

c) Penggunaan dana institusi luar adalah tertakluk kepada peraturan yang

dipersetujui di antara pembiaya dan Universiti.

d) Penyelidik boleh memohon pendahuluan kakitangan daripada Bendahari UUM (Borang Permohonan Pendahuluan Kakitangan melalui Pengarah RIMC/Ketua PTJ bagi perbelanjaan runcit untuk menjalankan penyelidikan. Walau bagaimanapun, penyelidik hanya boleh memohon pendahuluan kakitangan bagi item yang tidak perlu menggunakan Borang Pesanan Tempatan (LPO) dan mengemukakan anggaran justifikasi perbelanjaan terbabit. Bagi projek penyelidikan yang tidak perlu menggunakan LPO, kadar pembelian runcit ditetapkan pada kadar RM2,500.00 ke bawah. Sebarang pembelian hendaklah melalui syarikat yang berdaftar dengan UUM.

e) Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan wang pendahuluan tersebut

adalah tertakluk kepada bajet yang diluluskan.

Page 8: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 8

f) Perbelanjaan yang membabitkan pendahuluan ini perlu dinyatakan di dalam borang Penyata Perbelanjaan Pendahuluan seperti yang dipohon dan hendaklah dikemukakan kepada Bendahari dalam tempoh 30 hari selepas tarikh pendahuluan dikeluarkan.

g) Permohonan pendahuluan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 7 hari bekerja sebelum tarikh pendahuluan diperlukan.

h) Tuntutan Perbelanjaan bagi penyelidikan perlu mendapat pengesahan

Pengarah RIMC /Ketua PTJ sebelum dikemukakan ke Bendahari. Manakala, tuntutan perbelanjaan penyelidikan bagi tujuan pengesahan jawatan staf akademik yang ditawarkan melalui Geran Kolej, tuntutan perlu mendapat pengesahan Dekan Pusat Pengajian sebelum dimajukan kepada Pengarah RIMC untuk dikemukakan ke Bendahari.

8.5 Peruntukan Membentangkan Kertas Kerja Penyelidikan Di Seminar/Persidangan

Peruntukan untuk membentangkan Kertas Kerja Penyelidikan di Seminar/Persidangan di dalam atau di luar negara boleh dimasukkan di dalam permohonan penyelidikan tidak melebihi 20% daripada jumlah keseluruhan bajet yang dikemukakan kepada agensi pembiaya. Walau bagaimanapun, keputusan untuk meluluskan pembentangan Kertas Kerja Penyelidikan ini bergantung kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti di para 13.

8.6 Tanggungjawab Pengurusan Kewangan

Penyelidik adalah bertanggungjawab menyediakan dan menyimpan laporan kewangan dan mengemaskini akaun penyelidikan masing-masing. Semua akaun penyelidikan yang telah disahkan tamat oleh mesyuarat JKPI akan ditutup setelah genap setahun perakuan penamatan penyelidikan. Semua tuntutan yang belum dibuat perlu diselesaikan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas perakuan tamat. Perkara-perkara berikut perlu dikemukan:

a) Resit-resit asal yang belum dibuat tuntutan (perbelanjaan yang dibuat sebelum

tarikh tamat penyelidikan sahaja). b) Setelah disahkan tamat oleh JKPI, penyelidik diberi tempoh setahun untuk

membuat tuntutan berikut sahaja:

a. Penerbitan b. Seminar (rujuk Skim D) c. Kos pendaftaran harta intelek dan pengkomersilan (jika perlu)

8.7 Pengurusan Aset/Inventori Penyelidikan

Segala tambahan aset/inventori yang diperoleh sama ada secara pembelian terus oleh pihak Universiti ataupun dihadiahkan oleh badan luar kepada Universiti untuk Penyelidikan akan menjadi hak milik Universiti dan ditempatkan di PTJ berkenaan yang bertanggungjawab menyelenggara, menyimpan rekod serta melupuskan aset/inventori tersebut.

Page 9: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 9

9. PELAPORAN KEMAJUAN PENYELIDIKAN

9.1 Para penyelidik hendaklah melaporkan kemajuan penyelidikan mereka selepas setiap peningkatan penyelidikan dicapai mengikut fasa yang dicadangkan dengan menggunakan borang kemajuan penyelidikan yang disediakan pembiaya. Sebagai contoh bagi geran FRGS borang yang digunakan ialah borang FRGS P1. Manakala bagi geran pembiayaan Universiti borang yang digunakan ialah Borang Laporan Kemajuan Penyelidikan (Borang RIMC/004).

9.2 Laporan Kemajuan hendaklah dihantar ke RIMC dua (2) kali setahun mengikut

tempoh projek atau mengikut keperluan pembiaya.

9.3 Kegagalan untuk menyediakan laporan kemajuan penyelidikan yang memuaskan akan menyebabkan projek penyelidikan tersebut digantung atau diberhentikan.

9.4 Penamatan projek penyelidikan tertakluk kepada PTJ dan syarat penamatan yang

dinyatakan dalam perjanjian geran berkaitan.

10. PELANJUTAN MASA 10.1 Permohonan pelanjutan masa bagi kali pertama boleh dibuat bagi tempoh tidak

melebihi enam (6) bulan dengan mengisi Borang Permohonan Perlanjutan Masa Penyelidikan (Borang RIMC/006).

10.2 Permohonan pelanjutan masa bagi kali kedua adalah mengikut peraturan

pembiaya. 10.3 Pelanjutan masa adalah tertakluk kepada perjanjian penyelidikan geran yang

berkaitan. 11. PEMINDAHAN J-SIRI

11.1 Pemindahan J-siri bererti sebarang perubahan peruntukan yang dilakukan ke atas

satu J-siri tanpa mengubah keseluruhan peruntukan asal projek yang telah diluluskandan juga peraturan had Vot Siling.

11.2 Pemindahan J-siri tidak digalakkan. Sebarang pertimbangan kelulusan

pemindahan J-siri adalah berdasarkan kepada justifikasi kukuh serta memuaskan. Sebarang permohonan yang tiada justifikasi tidak akan dipertimbangkan.

11.3 Permohonan pemindahan J-siri ini hendaklah dikemukakan dengan menggunakan

Borang Permohonan Pemindahan J-siri (Borang RIMC/012).

12. LAPORAN AKHIR

12.1 Laporan akhir penyelidikan hendaklah dikemukakan selepas tamat tempoh penyelidikan seperti yang ditetapkan dalam perjanjian penyelidikan. Setiap laporan akhir perlu dibentangkan di PTJ masing-masing dan diperakukan oleh Jawatankuasa Penyelidikan PTJ sebelum dikemukakan untuk kelulusan JKPI.

Page 10: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 10

12.2 Penyelidik dikehendaki membentangkan laporan akhir kepada Jawatankuasa

Penyelidikan PTJ untuk mendapatkan komen/penambahbaikan dan sebagainya. 12.3 Selepas penambahbaikan/pembetulan, penyelidik hendaklah mendapatkan

pengesahan Jawatankuasa Penyelidikan PTJ dengan mengisi Borang Perakuan Tamat Penyelidikan (Borang RIMC/007).

12.4 Setelah mendapat pengesahan dari PTJ, penyelidik perlu menghantar Borang

Perakuan Tamat Penyelidikan (Borang RIMC/007) dan draf laporan akhir penyelidikan (comb-binding) ke RIMC untuk semakan format serta bagi tujuan perakuan tamat penyelidikan oleh JKPI.

12.5 Hanya Borang RIMC007 yang lengkap dan memenuhi syarat tamat penyelidikan

akan dikemukakan ke mesyuarat JKPI. 12.6 Format laporan akhir adalah seperti yang dikehendaki oleh pembiaya. Format

laporan penamatan penyelidikan geran pembiayaan Universiti adalah seperti di Lampiran (*)

13. HASIL PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN

13.1 Perkara-perkara yang dititikberatkan dalam format penulisan hasil penyelidikan antaranya ialah Abstrak, Penyataan Masalah, Matlamat, Skop serta Ulasan Karya, Metodologi, Hasil Kajian, Perbincangan, Cadangan dan Rujukan. Walau bagaimanapun penyelidik boleh menambah butir-butir lain yang difikirkan perlu untuk melengkapkan lagi laporan kajiannya.

13.2 Penyelidik adalah digalakkan untuk menerbitkan hasil penyelidikan masing-masing

sama ada dalam bentuk buku, monograf, atau artikel dalam jurnal serta dibentangkan dalam persidangan tertakluk kepada kelulusan JKPI.

13.3 Penerbitan hasil penyelidikan hendaklah mengikut terma penawaran geran

berkaitan. Penyelidik dinasihatkan menyemak penerbit dan jurnal yang diiktiraf (tidak memilih jurnal yang disenaraihitamkan) serta diindeks oleh WoS/ISI dan Scopus.

13.4 Para penyelidik yang menerbitkan atau membentangkan hasil penyelidikan,

hendaklah memberi penghargaan kepada Universiti dan agensi pembiaya di atas pembiayaan penyelidikan yang diperolehnya.

13.5 Hak milik hasil penyelidikan yang dibiayai bersama oleh Universiti dengan institusi

luar atau sepenuhnya dibiayai oleh badan luar adalah tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian yang dipersetujui oleh pihak yang terlibat.

13.6 Setiap penerbitan hendaklah menyatakan afiliasi UUM/CoE dan penghargaan

kepada geran penyelidikan berkaitan.

13.7 Universiti berhak menerbitkan laporan penyelidikan dalam apa bentuk yang difikirkan sesuai untuk tujuan pembelajaran, pengajaran atau pendidikan.

Page 11: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 11

13.8 Semua penerbitan termasuk pendaftaran harta intelek mestilah didaftarkan di dalam sistem pengkalan data universiti beserta dokumen sokongan lengkap.

14. PEMBENTANGAN HASIL PENYELIDIKAN DI SEMINAR Ketua Penyelidik atau ahli boleh membentangkan hasil penyelidikan di seminar yang dianjurkan di luar mahupun di dalam negara. Walau bagaimanapun, penyelidikan tersebut perlu memenuhi kriteria seperti berikut: 14.1 Penyelidikan tersebut hendaklah menyentuh isu-isu semasa. 14.2 Hasil penyelidikan tersebut perlu dimajukan kepada pihak PTJ untuk dinilai

kualitinya. 14.3 Penyertaan adalah sebagai pembentang kertas kerja. 14.4 Kertas kerja yang hendak dibentangkan perlu berkaitan dengan hasil penyelidikan

yang berkenaan. 14.5 Hasil penyelidikan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan bidang

kepakaran penyelidik 14.6 Bagi ahli yang ingin membentang ke seminar, persetujuan daripada Ketua

Penyelidik adalah diperlukan.

15. GARIS PANDUAN TUNTUTAN PERJALANAN BAGI PROJEK PENYELIDIKAN

15.1 Penyelidik perlu mengisi Borang Tuntutan Perjalanan, Kursus dan Pindahan (Sila rujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/1992) bagi setiap kali membuat tuntutan perjalanan. Penyelidik hanya perlu mengemukakan satu borang tuntutan bagi satu bulan berkenaan.

15.2 Semua perbelanjaan hendaklah disokong bersama resit/bil asal sebagai bukti

perbelanjaan. Resit/bil hendaklah dilekatkan serta disusun kemas pada kertas untuk mengelakkan keciciran.

15.3 Bagi semua penyelidikan, tuntutan perlu dihantar ke RIMC/PTJ untuk tujuan

semakan dan pengesahan Pengarah RIMC/KetuaPTJ.

15.4 Penyelidik yang perlu menggunakan kenderaan sendiri untuk menjalankan kerja lapangan hendaklah mengemukakan Borang Permohonan Menggunakan Kenderaan Sendiri (Borang RIMC/011) kepada RIMC/PTJ bagi mendapatkan persetujuan dari Pengarah RIMC/Ketua PTJ terlebih dahulu.

15.5 Bagi geran pengesahan jawatan staf akademik tuntutan perlu dihantar kepada

pihak RIMC melalui dan pengesahan bersama Dekan Pusat Pengajian untuk semakan dan pengesahan dari Dekan Pusat Pengajian.

15.6 Bagi semua penyelidikan, penyelidik dikehendaki mengemukakan satu salinan

borang menjalankan tugas rasmi di luar kampus untuk dikemukakan bersama-sama tuntutan perjalanan.

Page 12: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 12

16. PROSEDUR PELANTIKAN KAKITANGAN PENYELIDIKAN

16.1 PERMOHONAN

16.1.1 Kakitangan penyelidikan bermaksud staf yang membantu penyelidik menjalankan

penyelidikan dan mereka terdiri daripada Pembanci, Pembantu Penyelidik, Pembantu Penyelidik Siswazah(Sarjana atau PhD), Graduate Intern(GI) dan Pegawai Penyelidik.

16.1.2 Kakitangan UUM tidak dibenarkan memohon sebagai kakitangan penyelidikan.

16.1.3 Kakitangan penyelidikan tidak dibenarkan terlibat dalam lebih daripada satu projek penyelidikan pada masa yang sama.

16.1.4 Penyelidik dikehendaki mengemukakan permohonan kepada Pengarah RIMC/Ketua PTJ dengan menggunakan Borang Permohonan Pelantikan Kakitangan Penyelidikan (Borang RIMC/008).

16.2 TATACARA LANTIKAN

16.2.1 Calon perlu mengisi Borang Permohonan Kakitangan Penyelidikan ((RIMC/009)

16.2.2 Ketua penyelidik perlu mengemukakan Borang Permohonan Pelantikan Kakitangan Penyelidikan((RIMC/008)

16.2.3 Pengarah RIMC/Ketua PTJ akan mengeluarkan Surat Tawaran (RIMC/008a) kepada bakal Kakitangan Penyelidikan.

16.3 TARAF DAN TEMPOH LANTIKAN

16.3.1 Kakitangan Penyelidik boleh dilantik secara bertulis bertaraf sementara (diberi gaji

bulanan) : atau bertaraf sambilan (diberi elaun harian); 16.3.2 Pelantikan kakitangan penyelidikan bagi tempoh kurang dari atau sama dengan

tiga (3) bulan boleh menggunakan kaedah bayaran seperti perkara 16.4 (b) di bawah.

16.3.3 Semua kakitangan penyelidikan yang dilantik melalui kaedah ini tidak dianggap

sebagai kakitangan tetap UUM. Lantikan mereka adalah berasaskan projek penyelidikan tertentu sahaja.

16.4 TUNTUTAN GAJI/ELAUN

16.4.1 Terdapat tiga (3) kaedah tuntutan yang dibuat;

a) Kakitangan penyelidikan yang dilantik oleh pihak universiti atau wakil secara bertulis

Kakitangan penyelidikan hendaklah membuat tuntutan gaji bagi tempoh sekurang-kurangnya satu (1) bulan atau melebihi 14 hari bekerja dengan

Page 13: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 13

mengemukakan Borang Tuntutan Gaji Pembantu Penyelidik (Borang RIMC/010) yang lengkap diisi berserta salinan kad kedatangan dan surat tawaran yang telah disahkan oleh ketua penyelidik.

b) Kakitangan penyelidikan tanpa lantikan bertulis

Perkhidmatan adalah mengikut keperluan penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik bagi tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja dalam tempoh sebulan. Kakitangan penyelidikan dikehendaki mengisi Borang Akuan Penerimaan Bayaran (Borang RIMC/013) daripada penyelidik.

c) Pembanci

Tuntutan mengikut persetujuan antara penyelidik dan pembanci (sama ada berdasarkan RM/hari atau RM/borang. Walau bagaimanapun pembanci boleh dibayar elaun bekerja harian mengikut pekeliling perbendaharaan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa atau mengikut peraturan pembiaya.

16.5 KADAR ELAUN HARIAN

Kelulusan Kadar Gaji Harian/Elaun Bekerja

Ijazah = RM100.00

Diploma = RM72.00

STPM = RM72.00

SPM = RM54.00

(Kadar di atas tertakluk kepada pekeliling perbendaharaan semasa).

16.6 TUNTUTAN PERJALANAN

16.6.1 Tuntutan perjalanan kakitangan penyelidikan hendaklah disatukan dalam

permohonan tuntutan perjalanan yang sama dengan penyelidik. Sekiranya kakitangan penyelidikan diperlukan untuk menjalankan kerja lapangan secara berasingan, tuntutan perjalanan hendaklah dibuat oleh Ketua Penyelidik bagi pihak kakitangan penyelidikan berkenaan. Segala tuntutan perbelanjaan hendaklah dibuat mengikut perbelanjaan sebenar.

16.6.2 Semua tuntutan hendaklah berpandukan Buku Panduan Tuntutan Perjalanan,

Kursus dan Perpindahan (Edisi Semasa) yang dikeluarkan oleh Bendahari UUM.

16.7 PROSEDUR KEHADIRAN

16.7.1 Waktu bekerja adalah waktu kerja yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

Page 14: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 14

16.7.2 Borang kehadiran pekerja perlu ditanda pada setiap hari bekerja pada waktu masuk dan keluar waktu kerja.

16.7.3 Pakaian hendaklah kemas semasa waktu bekerja.

16.7.4 Hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti seperti yang terkandung dalam surat pelantikan.

16.7.5 Kakitangan penyelidikan yang ingin berhenti dari menjalankan tugas hendaklah memaklumkan kepada ketua penyelidik. Ketua penyelidik kemudian akan memaklumkan kepada RIMC/PTJ secara bertulis

16.8 TUGAS KAKITANGAN PENYELIDIKAN

16.8.1 Mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan penyelidikan setelah mendapat

arahan daripada Penyelidik. 16.8.2 Menguruskan surat menyurat untuk tujuan penyelidikan. 16.8.3 Mengedarkan soal-selidik. 16.8.4 Membantu di dalam proses pengumpulan data kajian. 16.8.5 Proses pengekodan (coding) dan memasukkan data. 16.8.6 Menjalankan kerja-kerja kajian lapangan bersama Penyelidik.

16.8.7 Membantu menyediakan maklumat untuk menyiapkan penulisan laporan kajian. 16.8.8 Mendapatkan data responden yang ditetapkan seperti menelefon atau melalui

surat. 16.8.9 Mengumpulkan responden dan menetapkan perjumpaan dengan responden pada

suatu tempat, masa, tarikh yang sesuai. 16.8.10 Memastikan segala urusan semasa bengkel Penulisan Laporan Akhir berlangsung

seperti kelengkapan hendaklah mencukupi dan tidak berlaku sebarang masalah. 16.8.11 Menyusun pertemuan antara penyelidik untuk mengurus sesi perbincangan antara

penyelidik dan pihak berkaitan bagi mengetahui perkembangan semasa penyelidikan yang dijalankan.

16.8.12 Membantu urus hal-hal lain berkaitan penyelidikan.

16.9 ETIKA KAKITANGAN PENYELIDIKAN

16.9.1 Tidak boleh menyediakan laporan keseluruhan penyelidikan.

16.9.2 Tidak boleh menjalankan kerja-kerja lapangan seperti temu bual, soal-selidik

secara BERSENDIRIAN.

Page 15: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 15

16.9.3 Tidak boleh menjadi pembantu penyelidik melebihi satu (1) projek penyelidikan

secara SERENTAK.

16.9.4 Tidak boleh membentangkan hasil penyelidikan secara bersendirian.

16.9.5 Tidak boleh menuntut kajian yang dijalankan sebagai hak cipta.

16.9.6 Tidak boleh melakukan sebarang tindakan yang bertentangan dengan etika penyelidikan.

16.9.7 Memastikan semua hasil penyelidikan, maklumat responden dan lain-lain maklumat penyelidikan adalah menjadi KERAHSIAAN dan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak.

16.10 PELANJUTAN TEMPOH KAKITANGAN PENYELIDIKAN

16.10.1 Permohonan perlanjutan tempoh kakitangan penyelidikan perlulah mendapat

kelulusan daripada Pengarah RIMC/Ketua PTJ.

16.10.2 Perlanjutan tempoh tersebut hanya akan diluluskan sekiranya peruntukan bagi guna tenaga masih berbaki dan setiap permohonan mestilah mengemukakan baki yang masih ada untuk tujuan tersebut.

16.10.3 Permohonan perlanjutan tempoh kakitangan penyelidikan perlu dikemukakan kepada RIMC satu bulan sebelum tamat lantikan.

17. AM

17.1 Untuk memastikan kelancaran projek-projek penyelidikan, penyelidik tidak

dibenarkan untuk meninggalkan Universiti dalam tempoh yang boleh menjejaskan penyelidikannya. Dalam konteks ini penyelidik yang berkhidmat sebagai pegawai kontrak atau pinjaman atau yang akan melanjutkan pelajaran atau bercuti sabatikal atau membuat "industrial attachment" perlu menentukan bahawa tempoh penyelidikan mereka tidaklah melewati tarikh akhir perkhidmatan mereka dengan Universiti.

17.2 Pegawai yang meletak jawatan hendaklah MEMBAYAR BALIK segala perbelanjaan penyelidikan mereka sekiranya projek penyelidikan tersebut tidak dapat diteruskan hingga selesai.

17.3 Dalam kes-kes di mana ketua penyelidik meninggal dunia atau diberhentikan oleh

pihak universiti, ahli-ahli penyelidikan yang lain perlu memaklumkan kepada pihak RIMC untuk pengemaskinian dan penggantian ketua penyelidik. Jika penyelidikan berstatus individu, pihak PTJ perlu memaklumkan kepada pihak RIMC untuk tindakan selanjutnya.

Page 16: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 16

GARIS PANDUAN BERKAITAN PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN

PENERBITAN

Garis Panduan Permohonan Geran Pembiayaan(KPT) – contoh FRGS

Garis Panduan Permohonan Geran Pengesahan Jawatan Staf Akademik

Garis Panduan Permohonan Kerjasama Penyelidikan Di antara UUM dan Pihak Luar

Garis Panduan Geran Penyelidikan Top Down

Garis Panduan Penyelidikan Pembiayaan Sendiri

Garis Panduan Penambahan dan Pengguguran Ahli Penyelidik

Garis Panduan Skim Insentif Penerbitan, Artikel Jurnal, Buku Dan Bab

Dalam Buku (SIP)

Garis Panduan Skim Pembiayaan Yuran Penerbitan Jurnal (SPYPJ) Garis Panduan Penyelidikan eScienceFund

Page 17: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 17

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN FRGS (KPTM)

Page 18: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 18

Page 19: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 19

BAHAGIAN 1

PERMOHONAN

1.1 FALSAFAH

Sebagai sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu menyuburkan budaya penyelidikan. Untuk ini sebuah dana khusus diperlukan. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dapat menggalakkan penyelidikan asas untuk menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.

1.2 DEFINISI

Penyelidikan Fundamental merupakan penyelidikan asas yang boleh

menghasilkan teori, konsep dan idea baru demi perkembangan ilmu.

1.3 TUJUAN

Penyelidikan ini bertujuan untuk melonjakkan penjanaan teori, konsep dan

idea baru yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru yang

menerobos sempadan ilmu dan penciptaan inovatif.

1.4 KLUSTER PENYELIDIKAN

Pembiayaan geran FRGS meliputi kluster asas yang dapat menyokong

agenda strategik negara. Kluster yang dikenalpasti adalah seperti berikut:-

1.4.1 Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Sciences)

1.4.2 Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)

1.4.3 Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)

1.4.4 Sains Sosial (Social Sciences)

1.4.5 Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)

1.4.6 Warisan Alam dan Budaya (Natural and Cultural Heritage)

1.4.7 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and

Communication Technology)

1.5 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Geran ini terbuka kepada kakitangan akademik Institusi Pendidikan Tinggi

(rujuk Lampiran) dengan syarat-syarat berikut:-

1.5.1 Warganegara Malaysia.

Page 20: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 20

1.5.2 Kakitangan akademik tetap / kontrak (Profesor, Profesor

Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah).

1.5.3 Kakitangan akademik bertaraf kontrak, dimestikan

mempunyai penyelidik bersama bertaraf tetap dari institusi

yang sama.

1.5.4 Bagi kakitangan akademik bukan warganegara, dimestikan mempunyai penyelidik bersama warganegara Malaysia dan bertaraf tetap dari institusi yang sama.

1.5.5 Felo Penyelidik warganegara Malaysia daripada IPTA dengan tempoh kontrak tidak kurang daripada dua (2) tahun adalah dibenarkan untuk memohon geran sebagai Ketua Penyelidik. Walau bagaimanapun, mesti mempunyai penyelidik bersama warganegara Malaysia yang bertaraf tetap dari institusi yang sama.

1.5.6 Permohonan dari Universiti Cawangan perlu mematuhi

syarat- syarat berikut:-

1.5.6.1 Ketua Penyelidik yang bukan warganegara Malaysia boleh memohon dengan syarat penyelidik bersama mestilah warganegara Malaysia dan bertaraf tetap dari institusi yang sama.

1.5.6.2 Penyelidikan dan penghasilan bakat mestilah

dilakukan dalam negara.

1.5.7 Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan dan tempoh penyelidikan tidak melebihi tiga (3) tahun.

1.5.8 Setiap pemohon dibenarkan untuk mengemukakan hanya

satu permohonan projek sahaja pada setiap fasa.

1.5.9 Permohonan baru bagi mereka yang telah diluluskan Geran Penyelidikan Fundamental pada fasa yang terdahulu akan diberi pertimbangan dengan mengemukakan bukti tahap selesai projek pada kadar 75%.

1.5.10 Setiap projek penyelidikan yang dipohon perlu melahirkan bakat dalam penyelidikan seperti mana yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia -

Page 21: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 21

Pendidikan Tinggi (PPPMPT). Sehubungan dengan itu penghasilan bakat adalah seperti berikut:

(i) Projek tiga (3) tahun

disyaratkan dapat melatih sekurang-kurangnya seorang

(1) pelajar Ph.D atau dua (2) orang pelajar Sarjana

atau gabungan keduanya.

(ii) Projek dua (2) tahun

disyaratkan dapat melatih sekurang-kurangnya seorang (1)

pelajar Sarjana.

1.5.11 Kakitangan akademik yang bercuti belajar tidak dibenarkan menjadi ketua penyelidik. Walau bagaimanapun, beliau boleh menjadi ahli dalam kumpulan penyelidikan.

1.5.12 Ketua Penyelidik yang berpindah universiti hendaklah melepaskan kedudukan sebagai ketua. Walau bagaimanapun, beliau boleh kekal sebagai ahli dalam kumpulan penyelidikan berkenaan.

1.5.13 Permohonan dari Institusi Penyelidikan di bawah Kementerian yang tersenarai (rujuk Lampiran) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu mengikut syarat-syarat berikut:-

1.5.13.1 Bagi permohonan dari Institusi Penyelidikan, dimestikan Pegawai Penyelidik/Research Scientist bertaraf tetap. Pegawai Penyelidik hendaklah mempunyai kelulusan minimum Ijazah Sarjana dengan lima tahun pengalaman kerja selepas lantikan.

1.5.13.2 Bagi permohonan dari IPGM, dimestikan

kakitangan akademik bertaraf tetap.

1.5.13.3 Institusi Penyelidikan dan IPGM hendaklah mengadakan kolaborasi dengan IPTA bagi projek penyelidikan yang dicadangkan.

1.6 PERATURAN PERMOHONAN

1.6.1 Permohonan untuk Skim Geran Penyelidikan Fundamental perlu menggunakan Borang FRGS - A1(R) melalui sistem atas talian (Borang Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental)

Page 22: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 22

yang terkini dari Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.

1.6.2 Permohonan untuk Skim Geran Penyelidikan Fundamental dibuka

kepada projek penyelidikan yang menepati kluster serta syarat

seperti di para 1.4 dan para 1.5.

1.6.3 Semua permohonan hendaklah dinilai dan diperakukan oleh

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) universiti

masing-masing.

1.6.4 Laporan penilaian hendaklah dikemukakan kepada pihak Urus Setia FRGS, JPT bersama-sama borang permohonan tersebut. Hanya permohonan yang disokong oleh pihak RMC sahaja yang perlu dihantar ke JPT.

1.6.5 Bagi projek penyelidikan yang dibiayai oleh geran FRGS dan sumber lain, penyelidik mestilah mengisytiharkan semua pembiayaan yang diperolehi bagi projek tersebut.

1.7 KRITERIA PENILAIAN

1.7.1 Penyelidikan yang dipohon mestilah merupakan penyelidikan yang

dapat menghasilkan suatu idea/teori/konsep/kaedah/model/proses

baru; dan

1.7.2 Penyelidikan yang dapat menambahbaik sesuatu polisi, metodologi

dan model penyelesaian yang sedia ada; atau

1.7.3 Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat; atau

1.7.4 Penyelidikan yang berpotensi untuk menyumbang kepada agenda

strategik negara.

1.8 PERATURAN KEWANGAN

1.8.1 Vot 11000

Upah dan Elaun untuk Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA)

1.8.1.1 Upah dan elaun untuk membiayai Pembantu Penyelidik

Siswazah (GRA) sahaja. Siling upah dan elaun tidak

melebihi RM2300 untuk pelajar Ph.D dan RM1800 untuk

pelajar sarjana atau mengikut garis panduan IPT.

Page 23: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 23

1.8.2 Vot 21000

Perjalanan dan Pengangkutan

1.8.2.1 Perbelanjaan merangkumi semua perjalanan dan pengangkutan domestik yang berkaitan dengan projek.

1.8.2.2 Perjalanan ke luar negara (berdasarkan kepada kelulusan

Jawatankuasa Penilaian) perlu memenuhi kriteria di

bawah:-

a. Perjalanan ke luar negara dibenarkan tertakluk kepada kecukupan geran yang telah dipohon. Hanya Ketua Penyelidik dan ahli sahaja yang dibenarkan bagi tujuan tersebut. Pembantu penyelidik siswazah hanya dibenarkan untuk mengikuti persidangan, seminar atau bengkel yang berkaitan dengan penyelidikan mereka di dalam negara sahaja.

i. Perjalanan ke luar negara yang dibenarkan ialah yang bertujuan untuk menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium untuk membentangkan hasil penyelidikan.

ii. Destinasi perjalanan tersebut mestilah merupakan tempat yang paling sesuai dan ekonomikal dari segi kemudahan, kepakaran dan pemindahan teknologi.

iii. Perjalanan ke luar negara mestilah juga mengikut

peraturan IPT masing-masing.

iv. Untuk menghadiri persidangan dan lain-lain aktiviti selain kerja lapangan, sebanyak 20% dari jumlah peruntukan projek dibenarkan.

1.8.2.3 Jumlah perbelanjaan untuk perjalanan tidak boleh melebihi

40% daripada jumlah keseluruhan geran.

1.8.3 Vot 24000

Sewaan

Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan barangan lain yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan.

Page 24: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 24

1.8.4 Vot 27000

Bekalan dan Bahan Penyelidikan

Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan penyelidikan sahaja

dibenarkan.

1.8.5 Vot 28000

Baik pulih kecil dan ubahsuai

Hanya perbelanjaan untuk baik pulih dan pengubahsuaian yang kecil terhadap bangunan, makmal, peralatan atau lain-lain barang yang berkaitan dengan penyelidikan dibenarkan.

Kos penyelenggaraan peralatan sedia ada semasa projek dilaksanakan adalah dibenarkan. Selepas projek selesai kos penyelenggaraan ini tidak akan ditanggung lagi oleh geran ini.

1.8.6 Vot 29000

Perkhidmatan Ikhtisas

a) Vot ini meliputi lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti, honorarium, perkhidmatan profesional, konsultansi, penggunaan komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan projek penyelidikan.

b) Perkhidmatan Khas / Belanja Pakai Habis

Perbelanjaan perkhidmatan khas merangkumi kos menghadiri kursus, program sangkutan jangka pendek (sekali (1) sahaja) untuk mempelajari teknik - teknik khusus yang berkaitan dengan projek penyelidikan. Tempoh yang dibenarkan adalah tidak melebihi tiga (3) bulan. Jumlah perbelanjaan (b) tidak melebihi 5% daripada jumlah keseluruhan geran.

1.8.7 Vot 35000

Aksesori dan Peralatan

Hanya pembelian peralatan khas dan aksesori (termasuk meningkatkan keupayaan peralatan sedia ada) yang berkaitan dengan projek penyelidikan berkenaan sahaja dibenarkan. Setiap permohonan mestilah disertakan justifikasi dan sebut harga mengikut pekeliling Perbendaharaan.

Tidak dibenarkan membeli peralatan komunikasi yang tidak

berkaitan langsung dengan projek penyelidikan.

Jumlah yang dipohon pula tidak melebihi 40% daripada jumlah

keseluruhan geran.

Page 25: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 25

1.9 HASIL PENYELIDIKAN

1.9.1 Bakat

Setiap projek penyelidikan yang dipohon mesti menghasilkan bakat seperti mana yang termaktub dalam PPPMPT. Sehubungan dengan itu penghasilan bakat adalah seperti berikut:

1.9.1.1 Projek tiga (3) tahun

syaratkan dapat melatih sekurang-kurangnya seorang

(1) pelajar Ph.D atau dua (2) orang pelajar Sarjana atau

gabungan keduanya.

1.9.1.2 Projek dua (2) tahun:-

disyaratkan dapat melatih sekurang-kurangnya seorang

(1) pelajar Sarjana.

1.9.2 Penerbitan

Semua penyelidik hendaklah menghasilkan sekurang-kurangnya

dua (2) penerbitan dalam jurnal berindeks. Penghargaan kepada

geran FRGS mestilah dinyatakan dengan jelas dalam setiap

penerbitan.

1.9.3 Hak Milik Harta Intelek

1.9.3.1 Bagi projek yang dibiayai oleh geran FRGS, penyelidik digalakkan untuk memohon pendaftaran Harta Intelek di dalam negara dahulu sebelum ke peringkat antarabangsa. Harta Intelek hasil geran FRGS menjadi hak milik bersama Kerajaan Malaysia dan IPT.

1.9.3.2 Pengurusan Harta Intelek adalah menjadi tanggungjawab

IPT.

1.9.4. Hasil Pengkomersilan

1.9.4.1 Hasil pengkomersilan dari projek penyelidikan yang dibiayai oleh geran FRGS dan sumber lain hendaklah dikongsi bersama mengikut pecahan pembiayaan geran dan sumbangan dalam bentuk lain bagi projek tersebut.

1.9.4.2 Untuk IPTA, hasil pengkomersilan perlulah diagihkan

mengikut Polisi Pengkomersilan sedia ada.

Page 26: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 26

1.9.4.3 Untuk IPTS, perincian hak milik pengkomersilan hendaklah

dipersetujui dalam klausa kontrak.

1.10 PENGUMUMAN TARIKH BUKA DAN TUTUP PERMOHONAN

1.10.1 Tarikh Buka dan Tutup Permohonan

Pihak Kementerian akan memaklumkan tarikh buka dan tutup permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) melalui surat rasmi kepada IPT.

BAHAGIAN 2

PENILAIAN

2.1 PENILAIAN

2.1.1 Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian mengikut kluster yang telah ditetapkan. Jawatankuasa ini diketuai oleh seorang Pengerusi dan dianggotai oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa yang diiktiraf sebagai pakar dalam kluster masing-masing.

2.1.2 Pengerusi bagi setiap Jawatankuasa akan memperakukan

permohonan projek yang telah dinilai kepada Jawatankuasa Induk

Skim Geran Penyelidikan Fundamental yang dipengerusikan oleh

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) untuk diluluskan.

2.1.3 Penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian adalah berdasarkan kepada syarat, peraturan dan kriteria yang tersebut di atas serta lain-lain Garis Panduan JPT, Kementerian Pendidikan Tinggi.

2.2 PENAZIRAN

2.2.1 Penaziran dilakukan oleh panel yang dilantik KPT.

2.2.2 Sekiranya proses penilaian di Institusi tidak mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan, KPT boleh menolak kesemua permohonan dari Institusi tersebut.

Page 27: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 27

BAHAGIAN 3

PEMANTAUAN

3.1 IMPLEMENTASI PROJEK

Semua projek yang diluluskan di bawah

Fundamental IPT perlu dipantau dari aspek:-

Skim Geran Penyelidikan

(i) Prestasi projek; dan

(ii) Prestasi kewangan.

3.2 PENGAWALAN PROJEK

3.2.1 Setiap IPT perlu menghantar laporan prestasi dan kewangan projek

penyelidikan FRGS yang terdiri daripada:-

(i) Borang FRGS - P1(R)

Laporan Prestasi projek penyelidikan fundamental di bawah

Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS);

- untuk diisi oleh setiap penyelidik di IPT; dan

- perlu dihantar kepada pengurusan penyelidikan di IPT

masing-masing.

(ii) Borang FRGS - P2(RMC)

Laporan Keseluruhan Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)

mengikut Fasa bagi setiap IPT;

- dihantar kepada Urus Setia FRGS, JPT sebelum15 Februari dan 15 Ogos setiap tahun;

- diisi oleh pengurusan penyelidikan di IPT masing-

masing sebanyak satu (1) salinan; dan

- perlu disertakan bersama-sama Borang FRGS-P1(R),

FRGS- K1(RMC) dan Laporan Pencapaian.

(iii) Borang FRGS - 1(RMC)

Laporan Kewangan bagi Geran Penyelidikan Fundamental

(FRGS) mengikut Fasa bagi setiap IPT;

- diisi oleh pengurusan penyelidikan di IPT masing-masing; dan

Page 28: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 28

- disertakan bersama-sama dengan Borang FRGS-P2(RMC).

(iv) Laporan Pencapaian

Laporan Keseluruhan Pencapaian Projek-Projek Penyelidikan

FRGS mengikut Fasa bagi setiap IPT; dan

- diisi oleh pengurusan penyelidikan di IPT masing-masing.

(v) Laporan akhir penyelidikan perlu dihantar secara hardcopy dan

softcopy dalam tempoh tiga (3) bulan selepas projek tamat dalam

format profil yang merangkumi:-

a) Ringkasan penyelidikan dan penemuan

b) Laporan Kewangan

c) Laporan Aset

d) Hasil (disertakan bahan bukti)

Bakat (nama individu dan peringkat pengajian)

Penerbitan (dalam jurnal berindeks)

Harta intelek

(vi) Semua laporan mesti berdasarkan kepada hasil penyelidikan

yang diluluskan sahaja

3.2.2 Bagi Laporan Prestasi Projek Penyelidikan mengikut milestone, bulanan atau suku tahunan adalah terpulang kepada pengurusan penyelidikan di IPT masing-masing dan ia tidak perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian melainkan terdapat arahan khusus mengenainya.

3.2.3 Pengurusan, pemantauan dan pelaporan projek adalah

dipertanggungjawabkan kepada RMC setiap IPT.

3.2.4 Pengurusan aset adalah di bawah tanggungjawab pihak RMC setiap IPT. Aset adalah menjadi hak milik bersama Kerajaan Malaysia dan IPT serta sebarang pelupusan aset hendaklah mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

3.3 PENALTI

3.3.1 Pelaksanaan projek mesti dilakukan pada tahap etika dan integriti

yang tinggi. Sebarang isu plagiarisme akan dikenakan penalti.

3.3.2 Setiap IPT perlu memastikan semua projek perlu mencapai prestasi

kewangan yang memuaskan berdasarkan milestone.

Page 29: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 29

3.3.3 Prestasi rojek perlu mencapai bakat dan penerbitan seperti dalam

cadangan yang telah diluluskan.

3.3.4 Pihak RMC perlu mengenal pasti projek lewat jadual/bermasalah dan boleh memberi Ketua Penyelidik tempoh tiga (3) bulan untuk mencapai prestasi yang memuaskan.

3.3.5 Ketua Penyelidik yang telah dikenalpasti bermasalah akan disenaraihitam bagi tempoh dua (2) tahun sebelum diberi kebenaran untuk membuat permohonan geran yang baharu.

BAHAGIAN 4

KEPUTUSAN

4.1 PEMBERITAHUAN KEPUTUSAN DAN PENGAGIHAN PERUNTUKAN

4.1.1 Surat kelulusan projek penyelidikan akan disampaikan kepada

Naib Canselor IPT dan sesalinan surat kelulusan akan dimajukan

kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan IPT.

4.1.2 Pembayaran akan dibuat oleh Kementerian kepada IPT setelah

surat kelulusan FRGS dikeluarkan berdasarkan jumlah peruntukan

yang diluluskan.

4.1.3 Keputusan Jawatankuasa Induk FRGS adalah muktamad.

BAHAGIAN 5

LAIN-LAIN

5.1 Ketua Penyelidik tidak lagi bertugas di IPT yang diperakukan

Geran Penyelidikan Fundamental diluluskan dan diperakukan untuk

sesebuah IPT. Jika berlaku seperti perenggan 5.1, geran dan harta intelek

tersebut masih di bawah kawal selia IPT yang diperakukan.

BAHAGIAN 6

PERANAN

6.1 JABATAN PENDIDIKAN TINGGI (JPT)

Memaklumkan pelawaan permohonan FRGS kepada IPT.

Menerima dan memproses permohonan yang dihantar oleh RMC dan

dibawa ke sesi penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian FRGS.

Memaklumkan keputusan penilaian kepada IPT.

Page 30: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 30

Menerima laporan kemajuan dan laporan akhir penyelidikan.

6.2 PENYELIDIK

Penyelidik perlu memohon serta memenuhi syarat-syarat permohonan

seperti yang telah dikehendaki.

Penyelidik juga perlu mengemukakan laporan kemajuan penyelidikan

setiap enam (6) bulan sekali dan menghantar laporan akhir kepada RMC.

6.3 PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC)

Menerima, menilai dan memperakui permohonan daripada penyelidik.

Menghantar permohonan yang diperakukan kepada JPT.

Memantau prestasi kemajuan penyelidikan setiap 6 bulan serta menerima

laporan akhir penyelidikan daripada penyelidik.

Pihak RMC perlu menyerahkan laporan kemajuan kepada JPT.

Pihak RMC perlu menghantar laporan akhir kepada JPT.

6.4 JAWATANKUASA PENILAIAN

Meneliti dan memperakukan permohonan penyelidikan dalam masa yang

ditetapkan.

Memaklumkan sebab-sebab kegagalan permohonan secara terperinci.

Menjaga etika dan kerahsiaan permohonan (Akta Kerahsiaan). Sebarang pertanyaan/maklumat tambahan boleh diajukan kepada:

URUS SETIA FRGS

BAHAGIAN PERANCANGAN KECEMERLANGAN IPT JABATAN PENDIDIKAN

TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

ARAS 7, NO.2, MENARA 2

JALAN P5/6, PRESINT 5

62200 PUTRAJAYA.

NO. TEL: 03-8870 6973 / 6975

NO. FAKS: 03-8870 6867 EMEL: [email protected]

Page 31: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

_______________________________________________________________________________Panduan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Utara Malaysia 31

GARIS PANDUAN GERAN PENGESAHAN JAWATAN STAF AKADEMIK

Page 32: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

_______________________________________________________________________________Panduan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Utara Malaysia 32

GARIS PANDUAN GERAN PENGESAHAN JAWATAN STAF AKADEMIK

1.0 TUJUAN

1.1 Garis panduan ini adalah bertujuan memberi panduan kepada staf akademik Universiti Utara Malaysia mengenai tatacara permohonan dan perlaksanaan projek penyelidikan menggunakan geran pengesahan jawatan staf akademik.

2.0 TUJUAN GERAN PENYELIDIKAN

2.0 Tujuan diadakan geran pengesahan jawatan staf akademik.adalah untuk membiayai projek penyelidikan jangka pendek iaitu tidak melebihi satu (1) tahun dan bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan di kalangan staf akademik yang masih dalam tempoh percubaan.

3.0 KELAYAKAN

3.1 Kelayakan untuk memohon geran ini hanya diberikan kepada pensyarah yang belum disahkan jawatan dengan tujuan untuk memenuhi syarat pengesahan jawatan seperti yang ditetapkan oleh pihak Universiti.

4.0 PERMOHONAN

4.1 Penyelidik dikehendaki membentangkan cadangan penyelidikan di pusat pengajian/CoE/PTJ dan dinilai oleh Ketua PTJ masing-masing

4.2 Penyelidik hendaklah mengemukakan kertas cadangan yang telah

dipersetujui bersama-sama dengan Borang Permohonan Geran Pengesahan Jawatan Staf Akademik. yang dicetak daripada sistem pangkalan data universiti.

4.3 Penyelidik dihadkan kepada satu projek penyelidikan pada satu-satu

masa.(to check with Pendaftar) 4.4 Bagi sesuatu permohonan, bilangan penyelidik dihadkan kepada tiga

(3) orang sahaja.

(Nota : Syarat pengesahan jawatan staf akademik adalah tertakluk kepada peraturan pengesahan jawatan yang dikeluarkan oleh universiti.)

Page 33: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

_______________________________________________________________________________Panduan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Utara Malaysia 33

5.0 PERLAKSANAAN

5.1 Penyelidik dikehendaki menandatangani Perjanjian Geran Pengesahan Jawatan Staf Akademik (KOL/02) sebaik sahaja permohonan penyelidikan diluluskan oleh Ketua PTJ masing-masing.

5.2 Pihak PTJ hendaklah mengemukakan permohonan kepada Bendahari

UUM untuk mendapatkan kod S/O. dengan melampirkan butiran berikut:

a) Satu (1) salinan Borang Permohonan menjalankan

penyelidikan daripada sistem pangkalan data universiti b) Satu (1) salinan cadangan penyelidikan Pengesahan Jawatan

Staf Akademik (Borang KOL /03) c) Satu (1) salinan Perjanjian Penyelidikan Geran Pengesahan

Jawatan Staf Akademik (KOL/ 02)Surat iringan daripada PTJ untuk memohon kod S/O penyelidikan

5.3 Untuk tujuan tuntutan perbelanjaan, Ketua Penyelidik dikehendaki

mengemukakan Penyata Perbelanjaan Penyelidikan bagi semua perbelanjaan yang dibuat kepada Bendahari UUM melalui RIMC dengan melampirkan butiran-butiran berikut: a) Borang Penyata Perbelanjaan Penyelidikan yang

ditandatangani oleh Ketua Penyelidik dan disahkan oleh Pengarah RIMC.

b) Resit-resit pembelian (asal).

Nota : Daftar bil akan disediakan oleh RIMC.

5.4 Pihak PTJ adalah bertanggungjawab menjalankan pemantauan ke atas semua penyelidikan Geran Pengesahan Jawatan Staf Akademik, dengan memastikan bahawa setiap penyelidikan dirumuskan dengan berpandukan kepada objektif asalnya. Semua penilaian untuk meluluskan permohonan penyelidikan, serta mengesahkan laporan akhir adalah di bawah tanggungjawab PTJ.

6.0 LAPORAN AKHIR

6.1 Penyelidik adalah bertanggungjawab untuk menghantar dua (2)

salinan laporan akhir penyelidikan kepada pihak PTJ. Pihak PTJ akan memanjangkan satu salinan kepada Perpustakaan berserta salinan dalam bentuk CD.

6.2 Format laporan akhir adalah seperti di Lampiran.

Page 34: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

_______________________________________________________________________________Panduan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Utara Malaysia 34

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KERJASAMA PENYELIDIKAN DI ANTARA UUM DAN PIHAK LUAR

(TERMASUK MATCHING GRANT)

Page 35: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

_______________________________________________________________________________Panduan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Utara Malaysia 35

PANDUAN PERMOHONAN KERJASAMA PENYELIDIKAN DI ANTARA UUM DAN PIHAK LUAR

(TERMASUK MATCHING GRANT)

1. Proposal kajian perlu berkaitan dengan niche area UUM.

2. Pemohon perlu mengemukakan bukti dokumen persetujuan di antara kedua belah pihak (Letter of Intent).

3. Proposal penyelidikan perlu dibentang dan diperaku oleh dua (2) orang panel penilai yang dilantik oleh Dekan/Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan Pusat Pengajian (PP)/Pengarah Center of Excellence (CoE) sebelum diserahkan kepada pihak RIMC untuk dibawa ke Mesyuarat JKPI bagi tujuan kelulusan.

4. PP/CoE perlu mengemukakan kertas kerja permohonan kerjasama penyelidikan ke Mesyuarat JKPI bagi kelulusan permohonan seperti template yang telah disediakan.

5. Memorandum of Agreement (MoA) yang perlu dilengkapkan adalah seperti template yang telah disediakan (telah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Yang Ke-99 Bil. 6/2015).

6. Sebarang perubahan terhadap format/kandungan MoA perlu dirujuk kepada Penasihat Undang-undang Universiti dan Bendahari.

7. Tempoh dan peruntukan penyelidikan adalah tertakluk kepada persetujuan dari kedua belah pihak yang termaktub dalam MoA.

8. PP/CoE perlu mendapatkan kelulusan MoA daripada Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor. Had kuasa melulus dan menandatangani MoA adalah seperti berikut :

HAD KUASA KUASA MELULUS

>RM500,000 hingga RM1juta Naib Canselor

<RM500,000 Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

9. Pihak PP/CoE perlu menyerahkan sesalinan MoA yang telah dimatikan

setem kepada RIMC.

10. Pemantauan penyelidikan adalah di bawah tanggungjawab PP/CoE dan laporan dikemukakan kepada pihak RIMC setiap enam (6) bulan melalui Dekan PP/ Pengarah CoE.

11. Syarat tamat penyelidikan adalah tertakluk kepada kandungan MoA yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak.

12. MoA kerjasama penyelidikan perlu dimaklumkan kepada LPU seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat LPU Yang Ke-99 Bil. 6/2015.

Page 36: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

_______________________________________________________________________________Panduan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Utara Malaysia 36

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN TOP DOWN

Page 37: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

_______________________________________________________________________________Panduan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Utara Malaysia 37

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN TOP DOWN

1. Penyelidikan yang berorientasikan keperluan semasa berdasarkan cadangan daripada pihak pengurusan Universiti.

2. Cadangan penyelidikan mestilah diperakukan oleh pihak atasan Universiti

dan Mesyuarat JKPI.

3. Mengemukakan dokumentasi penyelidikan yang lengkap. Cadangan penyelidikan akan dimaklumkan oleh RIMC kepada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi Universiti.

4. Tempoh penyelidikan ditetapkan oleh pihak atasan Universiti.

5. Syarat tamat penyelidikan ialah mengemukakan Borang Perakuan Tamat

Penyelidikan dengan lengkap ke RIMC untuk kelulusan Mesyuarat JKPI.

6. Semua penyelidikan mesti mengikut Panduan Penyelidikan Universiti dan Peraturan Kewangan Universiti.

Page 38: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

_______________________________________________________________________________Panduan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Utara Malaysia 38

GARIS PANDUAN PENYELIDIKAN PEMBIAYAAN SENDIRI

Page 39: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

_______________________________________________________________________________Panduan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Utara Malaysia 39

GARIS PANDUAN PENYELIDIKAN PEMBIAYAAN SENDIRI i) Penyediaan Proposal dan Pembentangan

a) Proposal penyelidikan di bawah pembiayaan sendiri perlu mematuhi dan menggunakan format proposal Geran Universiti.

b) Memastikan output penyelidikan, tarikh mula dan tarikh tamat dinyatakan dengan jelas di dalam proposal. Tempoh penyelidikan adalah tidak melebihi dari 12 bulan.

c) Pelanjutan tempoh penyelidikan tidak dibenarkan. Penyelidikan yang melebihi tempoh tidak akan diambil kira dalam penilaian prestasi.

d) Proposal penyelidikan perlu dibentang dan diperaku oleh dua (2) orang panel penilai yang dilantik oleh Dekan PP/Pengarah Center of Excellence (CoE)/Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) sebelum diserahkan kepada pihak RIMC untuk dibawa ke Mesyuarat JKPI untuk kelulusan.

e) Penyelidikan yang dicadangkan hendaklah berkaitan dengan bidang tujahan (niche area) Universiti.

f) Permohonan penyelidikan yang diluluskan boleh diberi peruntukan sebanyak RM5,000 untuk pembiayaan penerbitan dan pembentangan penyelidikan tertakluk kepada persetujuan Mesyuarat JKPI. Walau bagaimanapun, hanya 20% daripada peruntukan yang diluluskan dibenarkan untuk menghadiri persidangan.

g) Penyelidik juga tidak dibenarkan untuk memohon insentif penerbitan bagi setiap penerbitan yang dihasilkan.

ii) Pemantauan Penyelidikan Pembiayaan Sendiri

a) Pemantauan penyelidikan adalah di bawah tanggungjawab PP/CoE/PTJ masing-masing.

b) Penyelidik perlu mengisi borang pemantauan menggunakan Borang Laporan Kemajuan Penyelidikan yang boleh dimuat turun dari laman sesawang RIMC (www.rimc.uum.edu.my).

c) Laporan kemajuan penyelidikan hendaklah dikemukakan kepada pihak RIMC setiap enam (6) bulan melalui Dekan PP/Pengarah CoE/Ketua PTJ yang terlibat.

d) Syarat output penyelidikan ialah penyelidik perlu menerbitkan satu (1) artikel dalam jurnal berindeks (Scopus/WoS).

Page 40: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

_______________________________________________________________________________Panduan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Utara Malaysia 40

iii) Laporan Akhir Penyelidikan, Perakuan Tamat Penyelidikan, Peruntukan Bagi Penerbitan dan Pembentangan Penyelidikan

a) Penyelidik perlu membentangkan hasil penyelidikan kepada panel penilai yang dilantik oleh Dekan PP/Pengarah CoE/Ketua PTJ untuk dinilai dan diperaku di peringkat PP/CoE/PTJ.

b) Penyelidik perlu mengisi Borang Perakuan Tamat Penyelidikan dengan lengkap dan mengemukakan kepada pihak RIMC bersama-sama output penerbitan penyelidikan yang telah ditetapkan di dalam proposal penyelidikan yang telah diperakukan di peringkat PP/CoE/PTJ.

c) Permohonan tamat penyelidikan akan dibawa ke JKPI untuk kelulusan tamat.

d) Semua penyelidikan mesti mengikut Panduan Penyelidikan Universiti dan Peraturan Kewangan Universiti.

e) Semua tuntutan kewangan perlu dibuat melalui pihak RIMC.

f) Panduan ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Page 41: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

_______________________________________________________________________________Panduan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Utara Malaysia 41

GARIS PANDUAN PENAMBAHAN DAN

PENGGUGURAN AHLI PENYELIDIK

Page 42: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

_______________________________________________________________________________Panduan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Utara Malaysia 42

GARIS PANDUAN PENAMBAHAN DAN PENGGUGURAN AHLI PENYELIDIK

1. Ketua Penyelidik perlu mengisi Borang Penambahan dan Pengguguran Ahli Penyelidik yang boleh dimuat turun dari laman web RIMC http://www.rimc.uum.edu.my

2. Ketua Penyelidik perlu memberi justifikasi penambahan dan pengguguran

ahli penyelidik.

3. Perlu mendapat persetujuan ahli yang akan ditambah atau digugurkan dari penyelidikan tersebut.

4. Jika ahli penyelidik tidak bersetuju untuk digugurkan, Dekan atau Pengerusi

Jawatankuasa Penyelidikan Pusat Pengajian perlu menyiasat sebelum memperakukan dan membuat pengesahan terhadap pengguguran ahli penyelidik berkenaan.

5. Bagi kes penambahan ahli, permohonan hanya dibenarkan sebelum fasa

penulisan laporan akhir (kemajuan penyelidikan).

Page 43: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

_______________________________________________________________________________Panduan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Utara Malaysia 43

GARIS PANDUAN SKIM INSENTIF PENERBITAN

ARTIKEL JURNAL, BUKU DAN BAB DALAM BUKU

Page 44: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

_______________________________________________________________________________Panduan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Utara Malaysia 44

GARIS PANDUAN SKIM INSENTIF PENERBITAN

ARTIKEL JURNAL, BUKU DAN BAB DALAM BUKU

1.0 SKOP PERMOHONAN

(a) Permohonan adalah dibuka kepada semua staf akademik dan bukan akademik yang masih berkhidmat dengan UUM.

Berikut adalah kategori penerbitan yang akan diberi ganjaran:

JENIS PENERBITAN

JUMLAH INSENTIF

(RM)

SYARAT LAYAK

Artikel dalam Jurnal Indeks Bersitasi

500

Jurnal Indeks Bersitasi

SCOPUS

Web of Science™ Core Collection

Senarai ERA

Artikel Jurnal yang mempunyai Faktor Impak

500 +

[500 x Faktor Impak]

Jurnal Indeks Bersitasi

Web of Science™ Core Collection

Buku Ilmiah (MAPIM) 1,000

Buku Ilmiah (Penerbit Antarabangsa)

2,000

Bab dalam Buku (MAPIM dan Penerbit Antarabangsa)

500

(b) Had maksimum pemberian insentif adalah RM 15,000.00 setahun bagi setiap

seorang.

2.0 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

(a) Syarat Artikel Jurnal i. Artikel jurnal hendaklah dinyatakan bahawa penulis merupakan 'affiliate'

kepada Universiti Utara Malaysia.

ii. Artikel yang diterbitkan di dalam jurnal yang TIDAK berindeks atau berimpak

tinggi, tidak layak untuk diberi insentif.

(b) Syarat Buku dan Bab Dalam Buku

i. Buku mesti edisi pertama.

ii. Buku mesti ada pewasit sebelum diterbitkan.

iii. Buku terbitan secara cetakan segera (fast print) tidak diterima.

iv. Bagi kategori bab dalam buku, hanya empat (4) bab SAHAJA yang

diambil kira untuk pembayaran insentif

Senarai penerbit antarabangsa dan kebangsaan (MAPIM) yang diperakui

adalah seperti yang dikemukakan dalam laman web RIMC

Page 45: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

_______________________________________________________________________________Panduan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Utara Malaysia 45

di http://rimc.uum.edu.my. Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke

semasa.

Bagi penerbitan yang ditulis secara bersama di mana kumpulan penulis

adalah di kalangan staf UUM, maka disarankan agar ganjaran

dibahagikan seperti yang telah dipersetujui secara bersama. Seorang

penulis sahaja dibenarkan untuk memohon skim insentif ini.

Pembahagian insentif adalah di luar bidang kuasa Universiti.

3.0 PROSEDUR PERMOHONAN

a) Pemohon dikehendaki melengkapkan borang permohonan skim insentif

penerbitan jurnal dan buku (RIMC016/2012)

b) Pemohon dikehendaki mengemukakan salinan muka hadapan penerbitan

dan helaian yang mengandungi maklumat seperti pengarang, tajuk

penerbitan, tahun, nama universiti dan nama penerbit.

4.0 ALIRAN PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Skim Insentif Penerbitan (Lampiran 1) serta disokong dengan bahan bukti (Lampiran 2) dan dihantar ke RIMC (u.p.: Timbalan Pengarah (Penerbitan Penyelidikan)).

Nota: Pembayaran akan diproses selepas pemohon merekod penerbitan dalam Sistem Penerbitan dan telah terbukti artikel jurnal telah diindeks di dalam pangkalan data SCOPUS.

Page 46: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

_______________________________________________________________________________Panduan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Utara Malaysia 46

GARIS PANDUAN SKIM PEMBIAYAAN YURAN PENERBITAN JURNAL (SPYPJ) (kelulusan JPU ke-184 Bil.6/2012)

Page 47: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

_______________________________________________________________________________Panduan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Utara Malaysia 47

GARIS PANDUAN SKIM PEMBIAYAAN YURAN PENERBITAN JURNAL (SPYPJ) (kelulusan JPU ke-184 Bil.6/2012)

Skim Pembiayaan Yuran Penerbitan Jurnal (SPYPJ) merupakan satu skim galakan dan penghargaan kepada staf akademik UUM dalam usaha meningkatkan statistik penerbitan artikel jurnal terutamanya dalam jurnal berindeks WoS™ Core Collection/SCOPUS. Syarat dan terma permohonan pembiayaan skim ini adalah seperti berikut:

1.0 SKOP PEMBIAYAAN

a) Pembiayaan akan diberikan kepada penerbitan artikel dalam jurnal WoS™ Core Collection / SCOPUS.

b) Bagi jurnal yang mempunyai nilai faktor impak (WoS™ Core Collection sahaja), yuran penerbitan akan dibiayai sepenuhnya oleh universiti.

c) Bagi jurnal tiada nilai faktor impak (hanya dalam senarai dalam SCOPUS), pembiayaan maksimum adalah sehingga USD500.00 atau setara.

d) Skim ini hanya dibuka kepada pensyarah yang tidak mempunyai geran penyelidikan berkaitan dengan tajuk artikel.

2.0 SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

a) Pemohon terdiri daripada ahli akademik Universiti Utara Malaysia yang

berstatus tetap dan merupakan correspondence author untuk artikel yang

berkenaan.

b) Pemohonan skim ini adalah berdasarkan tuntutan (bayar dahulu, tuntut

kemudian).

3.0 PROSEDUR PERMOHONAN

a) Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Skim Pembiayaan

Yuran Penerbitan Jurnal (SPYPJ) (Borang SPYPJ/01).

b) Pemohon dikehendaki melampirkan dokumen sokongan/perkara-perkara

berikut:

i. Surat atau e-mel penerimaan artikel untuk diterbitkan dalam jurnal

berkaitan.

ii. Bukti jurnal tersenarai di WoS™ Core Collection/ SCOPUS.

iii. Resit bayaran yuran penerbitan jurnal.

iv. Satu salinan hardcopy artikel (jika ada)

4.0 ALIRAN PERMOHONAN

a) Permohonan yang lengkap hendaklah diperakukan oleh Dekan Pusat

Pengajian dan diluluskan oleh Pengarah RIMC / Timbalan Pengarah

(Penerbitan Penyelidikan) serta dimajukan kepada Jabatan Bendahari

untuk tindakan selanjutnya.

b) Jawatankuasa Penerbitan Pusat Pengajian dan RIMC dengan bantuan

PSB perlu menyemak kualiti dan ketulenan jurnal yang diterima.

Page 48: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

_______________________________________________________________________________Panduan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Utara Malaysia 48

c) Pusat Pengajian perlu memaklumkan kepada RIMC tentang senarai jurnal

yang berkualiti atau yang disenarai hitamkan untuk diambil kira semasa

semakan permohonan dibuat.

5.0 TARIKH BERKUATKUASA : 14 Oktober 2012

Page 49: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

_______________________________________________________________________________Panduan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Utara Malaysia 49

GARIS PANDUAN

PENYELIDIKAN SCIENCEFUND

(eScienceFund)

Page 50: SENARAI KANDUNGAN PANDUAN PENYELIDIKAN - Universiti …rimc.uum.edu.my/images/Panduan_penyelidikanRIMC_lulus_JKPI_Bil_43... · menghadiri persidangan / seminar / bengkel / kolokium

______________________________________________________________Panduan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia 50

TATACARA AM eScience 1. eScienceFund adalah penambahbaikan daripada sistem eIRPA. Permohonan

eScienceFund adalah terhad kepada bidang-bidang keutamaan yang ditentukan mengikut kepentingan nasional. Berikut adalah bidang yang dikenal pasti :

a) Information and Communication Technology (ICT); b) Biotechnology; c) Industry;

o Nanotechnology; o Advanced Material; o Advanced Manufacturing; o Alternative Energy; and o Waste to Wealth

d) Sea to Space; e) Agriculture; f) S&T Services.

2. Penilaian di peringkat institusi akan dipertanggungjawabkan kepada Ahli

Jawatankuasa Penilaian Teknikal. 3. Tempoh penyelidikan adalah sehingga 18 bulan dan 24 bulan mengikut ‘cluster’. 4. Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada keputusan panel Penilaian di

Peringkat MOSTI dan pembayaran akan disalurkan ke Institusi mengikut Fasa. 5. Pemantauan projek akan dilakukan oleh RIMC dan Laporan Kewangan perlu

dihantar setiap bulan ke MOSTI. 6. Maklumat lanjut dan terkini berkenaan eScience Fund boleh didapati di laman web

http://ernd.mosti.gov.my/site/login atau http://www.mosti.gov.my/en/funds-grants/science-fund/