koleksi tazkirah · 40 : apakah pekerjaan yang paling mulia? ms 49 41 : pilihlah pemandu (hati)...

97
1

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

10 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 1

  • 2

    KOLEKSI TAZKIRAH

    1 : SELESAIKANLAH ILMU-ILMU YANG FARDHU ‘AIN ms 6

    2 : DIKUTUK ORANG FITRAH PERJUANGAN ms 8

    3 : ISTIQAMAHLAH MEMBACA AL-QURAN ms 9

    4 : JAGALAH KEMULIAAN DARAH YANG KITA BAWA ms 10

    5 : CARILAH GURU DAN BERGURULAH ms 11

    6 : RAJIN-RAJINLAH BACA ATAU DENGAR TAZKIRAH ms 12

    7 : SIAPKANLAH BEKALAN UNTUK AKHIRAT ms 13

    8 : BIJAKSANALAH DALAM MENILAI KEBENARAN ms 14

    9 : KENALAH KORBANKAN MASA DI DUNIA UNTUK BERJAYA

    DI AKHIRAT ms 15

    10 : BENARKAH KITA SUDAH MENCINTAI ALLAH MELEBIHI YANG

    LAIN- LAIN? ms 16

    11 : JAGALAH ALIRAN MASUK KE KOLAM HATI ms 17

    12 : BANYAKNYA NIKMAT HARI INI ms 18

    13 : DALAM SAKIT ADA MANFAAT ms 19

    14 : TAAT ITU LAZAT DAN NIKMAT ms 20

    15 : MENGAPA WUJUD TIDAK BAHAGIA? ms 21

    16 : IKUTILAH CERAMAH POPULAR, TAPI JANGAN ABAIKAN

    KULIAH BERKITAB ms 22

    17 : JAGALAH DIRI ms 23

    18 : BENCANA ALAM MENTAZKIRAHKAN KITA ms 24

  • 3

    19 : SEIMBANGKANLAH ILMU-ILMU AGAMA KITA ms 25

    20 : TUTUPLAH AURAT DENGAN SEMPURNA ms 26

    21 : PILIHLAH RAKAN-RAKAN YANG SOLEH ms 27

    22 : APA YANG SANGAT PENTING UNTUK DIFIKIRKAN SEBELUM

    BERKAHWIN? ms 28

    23 : AMBILLAH AGAMA SELURUHNYA (1) ms 30

    24 : SIAPA BERUSAHA MENANAM DAN MEMELIHARA, INSYA-ALLAH

    DAPATLAH MENUAI ms 31

    25 : CARILAH IDOLA YANG SESUAI DENGAN KEHENDAK TUHAN ms 32

    26 : JAGALAH KEBERSIHAN HATI ms 33

    27 : AMBILLAH AGAMA SELURUHNYA (2) ms 34

    28 : APA SUMBANGAN AKU? ms 35

    29 : JAGALAH PENAMPILAN DIRI DI INTERNET ms 36

    30: BACA TAZKIRAH, DAN AMBILLAH TINDAKAN ms 37

    31 : HAYATILAH NIKMAT MATA ms 38

    32 : AMALKANLAH SUNNAH SEKALIPUN YANG KECIL-KECIL ms 40

    33 : BERBANGGALAH AKAN KITAB AL-QURAN ms 42

    34 : JANGAN JADI LILIN, JADILAH MATAHARI ms 43

    35 : LAGI TINGGI MAQAM, LAGI BESAR UJIAN ms 44

    36 : TERUSLAH BERDAKWAH DAN MEMBERI NASIHAT ms 45

    37 : JANGAN KEJAR BAYANG-BAYANG ms 46

    38 : ADILLAH DALAM MEMBUAT PERTIMBANGAN ms 47

  • 4

    39 : ILMU YAQIN, AINUL YAQIN & HAQQUL YAQIN ms 48

    40 : APAKAH PEKERJAAN YANG PALING MULIA? ms 49

    41 : PILIHLAH PEMANDU (HATI) YANG SESUAI ms 50

    42 : KEJARLAH NIKMAT-NIKMAT YANG TIDAK ADA DI SYURGA ms 51

    43 : SEDIAKANLAH ALAT DAN PELAJARILAH CARA MENGGUNAKANNYA ms 53

    44 : KENALILAH SIFAT-SIFAT MAZMUMAH ITU ms 55

    45 : LEBIH KENAL ULAMA ATAU LEBIH KENAL ARTIS DAN AHLI SUKAN? ms 56

    46 : TAMBAH ILMU AGAMA, DAN SEBARKANNYA ms 57

    47 : TINGKATKANLAH KEGHAIRAHAN DALAM BERAGAMA ms 58

    48 : SELAMILAH LAUTAN AGAMA ms 59

    49 : SESUAIKAN TAHAP ILMU DAN AMAL AGAMA DENGAN ORANGNYA ms 60

    50 : TAMBAHKAN KEAKHIRATAN ms 61

    51 : MANFAATKANLAH ANUGERAH CUTI ms 62

    52 : BERUSAHALAH MEMILIH PASANGAN HIDUP ms 63

    53 : JANGAN BIARKAN HATI MATI ms 64

    54 : KEJAYAAN DI DUNIA DAN KEJAYAAN DI AKHIRAT ms 66

    55 : DEKATKAN DIRI ms 67

    56 : MENYUMBANGLAH UNTUK AGAMA DAN UMAT ms 68

    57 : JANGAN MEMBERAT-BERATKAN DIRI MEMIKIRKAN REZEKI ORANG ms 69

    58 : TUNTUTLAH ILMU DAN SEBARKANLAH ms 70

    59 : FIKIR, CAKAP DAN BUAT YANG BAIK-BAIK SAHAJA ms 71

    60 : KITA GURU JENIS YANG MANA? ms 72

  • 5

    61 : RAJIN-RAJINLAH HADIRI MAJLIS AGAMA ms 73

    62 : JERNIHKAN JIWA DARI JEREBU ms 74

    63 : NILAILAH DUNIA INTERNETMU ms 75

    64 : BESAR JUMLAH VS BESAR PENGORBANAN ms 76

    65 : KENALILAH ALLAH, SEKURANG-KURANGNYA SEBELUM MATI ms 77

    66 : BACALAH JUGA TERJEMAHAN AL-QURAN ms 80

    67 : YANG NAMPAK HEBAT TIDAK SEMESTINYA MENGHASILKAN

    SESUATU YANG HEBAT ms 82

    68 : BIJAKSANALAH DALAM MERANCANG ms 83

    69 : STRATEGI MENJERNIHKAN KEKERUHAN ms 84

    70 : PERSIAPKANLAH MASA DEPAN KITA ms 85

    71 : KENALILAH PUNCA MASALAH ms 86

    72 : TEMUILAH CAHAYA ms 87

    73 : USAHAKAN TAUHID, FIQH DAN TASAWUFMU ms 88

    74 : SEIMBANGKANLAH TIGA TUNGKU AGAMA ms 89

    75 : USAHAKANLAH ZUHUD ms 91

    76 : ATURLAH MASA REHAT DAN MASA BERHIBUR AGAR

    MENGUNTUNGKAN ms 92

    77 : BANYAKKANLAH MASA BERSAMA-SAMA ALLAH ms 93

    78 : JANGAN BIARKAN ZUHUDMU HILANG ms 94

    79 : BIJAKSANALAH MENGHADAPI CABARAN ms 95

    80 : JADIKAN AGAMA ITU KEUTAMAAN ms 96

  • 6

    Tazkirah 1 : SELESAIKANLAH ILMU-ILMU YANG FARDHU ‘AIN (Disember 12, 2011) Ilmu ada 2 bahagian : 1. Ilmu fardhu 'ain 2. Ilmu fardhu kifayah. Ilmu fardhu 'ain, semua kena tahu dan kena buat. Kalau sengaja tak tahu, berdosa. Ilmu fardhu kifayah, cukup kalau ada orang yang tahu dan buat, orang lain semua terselamat daripada dosa. Tapi kalau semua dalam sesuatu komuniti itu tak tahu, semua berdosa. Ilmu fardhu 'ain (yang semua mesti tahu itu) ada 3 bahagian utama. 1. Tauhid/ Usul/Aqidah 2. Fiqh/ Syariat 3. Tasawuf/ Akhlak zahir dan batin. Seandainya sengaja tak tahu salah satu...berdosa. Dalam banyak-banyak ilmu agama ini, hanya ada 2 ilmu yang merupakan jalan ke akhirat iaitu : 1. Ilmu mukasyafah 2. Ilmu mu'amalah. Kedua-duanya bertaraf fardhu ‘ain. Ilmu-ilmu agama yang lain, belum merupakan ilmu jalan ke akhirat lagi. Semuanya masih bersangkutan dengan maslahat keduniaan...... walaupun menghafaz Quran 30 juzuk, hafaz hadith 100,000, mahir ilmu mustalah hadith, pakar dalam ilmu haraki, jaguh dalam bahasa Arab, tok guru dalam ilmu solat-solat sunat dan lain-lain. Apatah lagi jika ilmu-ilmu yang bukan khusus ilmu agama. Ilmu mukasyafah... tak semua orang mampu menanggungnya. Hanya orang-orang terpilih. Tapi, paling kurang : 1. mesti mengakui kewujudan ilmu ini, dan

  • 7

    2. menghormati ahli-ahlinya. Inilah had terbawah dalam ilmu mukasyafah. Jika tidak, dikhuatiri 'buruk kesudahan kita' (kata Imam Al-Ghazali). Ilmu mu'amalah pula, semua orang berupaya menanggungnya. Maka ia wajib (dah fardhu 'ain, tentu le wajib) mempelajarinya. Tak berusaha belajar... berdosa. Persoalannya... sudah selesaikah ilmu-ilmu fardhu 'ain kita? Raaaamai orang menyibukkan diri dalam ilmu-ilmu fardhu kifayah (kononnya pejuang/pendakwah/ agamawanlah tu)... tapi... mengabaikan yang fardhu 'ain. Antara yang fardhu 'ain dengan yang fardhu kifayah, yang fardhu 'ain adalah lebih utama untuk diselesaikan. Utamakan YANG LEBIH PENTING, berbanding YANG PENTING-PENTING. Begitu salah satu saranan dalam dakwah tajdid yang sebenar. Bagaimana dengan ILMU LADUNI? Ilmu laduni ialah ilmu yang datang terus daripada Allah, tetapi ia tidak sekuat wahyu. Dengan istiqamah melakukan 3 syarat di bawah, barulah pintu ilmu laduni terbuka. Bagaimana cara hendak mendapatkan ilmu laduni? 1. Kena mengambil tahu semua aspek ilmu agama, dan kuasai dengan agak banyak. 2. Amalkan apa yang sudah kita ketahui selama ini. 3. Kena banyak berfikir. PENUTUP - Semua isi tazkirah berdasarkan kitab Ihya' 'Ulumiddin dan Risalah Al-Laduniyyah. Kedua-duanya karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali.

  • 8

    Tazkirah 2 : DIKUTUK ORANG FITRAH PERJUANGAN (Disember 13, 2011) Dalam usaha kita berdakwah memperbaiki diri dan orang lain, pastinya kita akan diuji oleh Allah SWT. Antara ujian yang mesti kena pada kita ialah... diperlekehkan orang. Para rasul yang jelas-jelas benar pun menerima lekehan orang, apatah lagi kita yang faqir lagi hina. Buat baik pun orang kata, buat jahat pun orang kata. Pakai purdah pun orang kata, tak bertudung pun orang kata. Berserban orang mengata, berseluar pendek pun orang mengata juga. Rajin pergi dengar tok guru mengajar pun orang perlekeh, tak pergi-pergi pun orang perlekeh juga. Pendek kata, kita buat baik ke, buat yang tak baik ke, biasanya tak terlepas daripada lekehan orang. Oleh kerana buat yang mana satu pun kita tetap akan diperlekehkan orang, maka terus sahajalah buat dan sebarkan kebaikan. Teruslah berdakwah walau sekadar satu ayat, walau sekadar menunjukkan satu contoh. Selamat berjaya kepada semua orang yang berjiwa da’i. Amin.

  • 9

    Tazkirah 3 : ISTIQAMAHLAH MEMBACA AL-QURAN (Disember 14, 2011) Hampir setiap hari kita membaca akhbar, tulisan-tulisan di internet, sarikata di televisyen, buku, majalah, tulisan-tulisan berkaitan dengan kerjaya dan pelajaran kita... dan sebagainya. Begitu juga dengan menonton dan mendengar muzik. Banyaknya kan? Tapi... ...berapa lamakah kita peruntukkan sehari untuk menatap dan membaca kata-kata Tuhan? Ada tak? Ke tak ada langsung? Allamak...!!! Al-Quran terdiri daripada 30 juzuk. Hari-hari dalam sebulan juga umumnya berjumlah 30 hari. Oleh itu, memang sesuai sangatlah jika kita CUBA menghabiskan 1 juzuk Al-Quran sehari. Begitulah antara harapan Imam Hasan al-Banna kepada umat Islam, khususnya para da’i. Tak mampu? Tidak mengapalah. Pelan-pelan lah, ye tak? Tapi... takkanlah dalam tempoh 24 jam itu tak mampu untuk membuka Al-Quran dan membaca 1 ayat? Tak mampu juga? Tak apalah. Tapi... takkanlah tak mampu untuk sekadar membuka dan melihat selama satu saat? Tak mampu juga? Hmmm... beginilah. Paling kurang... dalam sehari, sentuhlah kitab Al-Quran itu sekali, tak perlu buka pun. Bolehkah istiqamah yang ini? Tak boleh jugak? Amboih! Melampau dah tu! : ) Tahniah kepada mereka yang berjaya menatap dan membaca Al-Quran setiap hari. Ada yang istiqamah 2 mukasurat, ada yang setengah juzuk, ada yang satu juzuk, ada yang lebih lagi... dan lain-lain. Kepada yang tidak mahir bahasa Arab, dakwah tajdid yang segar menyarankan... memadailah membaca setengah juzuk sahaja sehari, DAN... bacalah terjemahannya. Kepada yang belum bermula, mulakan hari ini. Boleh? Mulakan dengan 2-3 ayat sehari? Sudah cukup cantik dah tu. Asalkan...istiqamah... berterusan setiap hari. Pakailah gear 1 dahulu,kemudian barulah naik ke gear-gear seterusnya.

  • 10

    Tazkirah 4 : JAGALAH KEMULIAAN DARAH YANG KITA BAWA (Disember 15, 2011) Ada satu tanggungjawab yang sangat ramai orang lupakan, iaitu menjaga kehormatan darah yang sedang kita bawa pada setiap hari. Darah siapakah yang kita bawa? Ke manakah kita membawanya setiap hari, dan selama ini? Darah yang kita bawa ini ialah darah yang mulia. Semua orang membawa darah yang mulia, kecualilah dia anak buluh betung, junjung buih, muntah lembu atau sebagainya. Ada orang membawa darah mulia Nabi Muhammad dalam tubuhnya, iaitu para keturunan baginda. Orang lain? Tetap membawa darah-darah yang mulia. Mungkin darah Nabi Ibrahim. Boleh jadi darah Nabi Nuh. Sekurang-kurangnya pun... darah Nabi Adam. Maksudnya, semua kita membawa darah-darah yang mulia. Semua kita berketurunan orang-orang mulia. Amanah memelihara kehormatan darah suci yang kita kandung ini bukan main-main tanggungjawab. Kesuciannya dijaga dengan mengamalkan Ilmu Penahan Api Neraka... iaitu berusaha mengerjakan segala yang Tuhan suruh, sekalipun yang kecil-kecil... dan berusaha meninggalkan segala yang Tuhan larang, sekalipun yang kecil-kecil. Oleh itu, peliharalah kehormatan darah yang sedang kita kandung ini. Sekadar peringatan... khususnya untuk diri sendiri... Abu Zulfiqar.

  • 11

    Tazkirah 5 : CARILAH GURU DAN BERGURULAH (Disember 16, 2011) Cacing berada di dalam LAUTAN tanah, tetapi ia tidak menyedarinya. Ikan berada dalam LAUTAN air, tetapi ia tidak menyedarinya. Manusia berada dalam LAUTAN udara, tetapi kita juga tidak menyedarinya. Hanya setelah orang memberi tahu yang kita sedang berada dalam lautan udara, barulah kita menyedarinya, kerana selama ini yang kita tahu hanyalah lautan air, iaitu yang dinamakan laut. Kita juga sebenarnya sedang berada dalam LAUTAN ruang langit iaitu angkasa lepas, kerana bumi itu sendiri dan ruang di sekelilingnya berada di tengah-tengah lautan angkasa lepas. Kita tidak pernah menyedarinya, kecuali setelah diberitahu oleh seseorang. Langit dan isinya pula berada dalam LAUTAN rahmat dan kasih sayang Allah. Jadi, LAUTAN itu ada banyak, bukanlah lautan air sahaja. Kita menyedari semua ini setelah minda kita dibuka oleh seseorang. Maksudnya, kita memerlukan guru. Lebih-lebih lagi dalam bidang agama, bidang kerohanian. Dengan bantuan guru-guru, ruang pemahaman dalam diri kita akan lebih mudah terbuka. Dari itu, carilah guru-guru. Berguru biar banyak, jangan bergantung penuh hanya kepada seorang guru, walaupun kita mungkin akan menghabiskan lebih banyak masa dengan seseorang guru itu. Setiap guru ada kekurangannya kecuali Rasulullah saw. Dengan mengambil ilmu daripada beberapa orang guru, barulah kelemahan seseorang guru itu dapat ditampung oleh guru-guru yang lain. Selamat mencari guru. Selamat mencari pembimbing. Selamat mencari mursyid. Cuma yang mesti kita ingat selalu... bahawa PADA HAKIKATNYA... ilmu datang daripada Allah, bukan daripada guru. Guru hanyalah tempat laluan.

  • 12

    Tazkirah 6 : RAJIN-RAJINLAH BACA ATAU DENGAR TAZKIRAH (Disember 17, 2011) Umumnya manusia jenis yang pelupa, termasuklah saya. Suatu hari saya mencari-cari cermin mata saya di dalam bilik tidur. Puas saya cari tapi tidak terjumpa juga. Akhirnya saya berhenti rehat dengan duduk di tepi katil. Saya mendongak memandang ke cermin almari di hadapan saya, saya tertawa seorang diri. Kenapa ya? Rupa-rupanya cermin mata itu sudah sedia saya pakai, dan saya sedang memandang melaluinya sekarang. Bagaimanalah saya saya boleh terlupa sehingga tidak dapat membezakan antara penglihatan kabur dengan penglihatan cerah...? Itu satu contoh betapa pelupanya manusia. Atas dasar itulah maka manusia perlu sering memperingat dan diperingat, lebih-lebih lagi dalam hal ehwal yang bersangkutan dengan hidupnya yang selama-lamanya... yang bakal didudukinya di akhirat nanti. Di sinilah berperanannya tazkirah, sebagaimana yang sedang anda baca sekarang.

  • 13

    Tazkirah 7 : SIAPKANLAH BEKALAN UNTUK AKHIRAT (Disember 18, 2011) Dulu kita di medan roh. Kemudian di medan kandungan. Sekarang di medan dunia. Selepas ini kita akan melalui beberapa medan lagi... yang tempoh masanya tidaklah kita ketahui. Apa persiapan kita untuk ke medan sakaratul maut? Apa persiapan kita untuk ke medan alam kubur? Apa persiapan kita untuk ke medan mahsyar? Apa persiapan kita untuk ke medan timbangan amal? Apa persiapan kita untuk ke medan titian? Berapa lama untuk setiap satu medan? WaAllahua’lam. Berapa banyak persiapan yang sudah kita buat untuk pergi ke medan-medan itu? Ataupun kita tak habis-habis sibuk memenuhkan keperluan kita di medan dunia ini sahaja? Buatlah persiapan, siapkanlah perbekalan. Kalau kita sendiri tidak menyiapkan perbekalan kita,siapa lagi yang kita hendak harap menyiapkannya? Kawan-kawan? Jiran? Majikan? Apa persiapan yang sudah dibuat, yang hendak dibawa itu nanti? Gaji? Wang simpanan di bank? Pangkat sekarang? Jawatan akan datang? Rumah kita dan hiasan luar dalamnya? Pakaian kita yang cantik-cantik di dalam almari? Tugas-tugas kita yang cemerlang di tempat kerja? Kenderaan kita yang selesa itu? Bolehkah dibawa itu semua ke medan-medan yang disebutkan tadi? Jadi... adakah kita sudah menyiapkan bekalan kita ke sana? Sudah sebanyak mana? Kepada yang belum membuat persiapan, mulakanlah sekarang. InsyaAllah jumpa lagi... saling ingat-mengingati.

  • 14

    Tazkirah 8 : BIJAKSANALAH DALAM MENILAI KEBENARAN (Disember 19, 2011) Jangan meletakkan kebenaran itu pada masyhurnya nama, tingginya pangkat, besarnya jawatan, banyaknya gaji, ramainya pengikut, banyaknya tulisan, pelbagainya protfolio, berlambaknya kelulusan, panjangnya janggut, besarnya serban, berjelanya sanad, banyaknya hafazan, sedapnya suara mengalun Quran, banyaknya pujian orang, selalunya masuk radio tv, padatnya jadual kuliah, banyaknya mengIslam dan mengislah orang, ada PHD, orang universiti, ber'title' mulia dan seumpamanya. Kebenaran tetap kebenaran sekalipun seseorang itu langsung tiada nama, pangkat rendah, berjawatan kecil, bergaji sedikit, tiada pengikut, tiada tulisan, tiada sebarang portfolio, sedikitnya kelulusan, nipisnya janggut, tidak berserban, tidak bersanad, sedikit hafazan, suara tak sedap, dihina orang, tak pernah masuk media, tidak mengajar agama, kelulusan Darjah 6 dan sebagainya.

  • 15

    Tazkirah 9 : KENALAH KORBANKAN MASA DI DUNIA UNTUK BERJAYA DI AKHIRAT (Disember 20, 2011) Dalam bidang apa pun, jika kita hendak menjadi antara yang terpilih, kita mestilah mengorbankan banyak masa kita untuknya. Tidak sanggup mengorbankan masa kita? Pendek kata, tak ada harapanlah untuk menjadi antara yang terpilih. Tanyalah mana-mana ahli sukan, untuk menjadikan diri mereka antara yang terpilih ke peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa, berapa banyak masa yang sudah mereka korbankan untuk sukan yang mereka ceburi itu? Bolehkah terus-terus sahaja dipilih sebagai wakil negeri dan negara tanpa mereka mengorbankan banyak masa sebelum itu? Tentunya tidak boleh. Berapa jam sehari mereka peruntukkan untuk sukan yang mereka ceburi itu? Contohnya sukan badminton, bolasepak, bina badan, tinju, lumba basikal dan lain-lain. 10 minit sehari? Setengah jam sehari? 6 jam sehari? Sudah berapa lama mereka berbuat begitu sebelum berjaya ke peringkat negari, negara dan antarabangsa? Sebulan? Setahun? Lima tahun? Mana mungkin bercita-cita untuk bermain sebagai wakil negeri dan negara tanpa mengorbankan banyak masa sebelum itu. Angan-angan kosong namanya. Begitulah juga cita-cita kita untuk ke syurga. Berapa banyak masa dalam sehari, seminggu, sebulan dan lain-lain yang sudah kita korbankan untuk layak ke syurga? Cukupkah dengan 10 minit sehari? 1 jam sehari? Untuk menjadi antara yang terpilih ke syurga, kita mestilah sanggup mengorbankan banyak masa juga untuknya. Jika tidak, kita seumpama seorang yang berlatih bermain bolasepak sejam sehari, tetapi berangan-angan untuk terpilih bermain di peringkat antarabangsa.

  • 16

    Tazkirah 10 : BENARKAH KITA SUDAH MENCINTAI ALLAH MELEBIHI YANG LAIN-LAIN? (Disember 21, 2011) Apa yang kita cintai? Apa yang PALING kita cintai? Antara tanda cinta itu adalah SELALU TERFIKIR-FIKIR dan selalu TERSEBUT-SEBUT dalam keadaan SUKA. Perkara yang kita suka dan selalu berada di fikiran kita dan selalu bermain di bibir kita, itulah yang kita cintai. Sedar atau tidak, begitulah hakikatnya. Seseorang yang mencintai seseorang yang lain, tentunya SUKA untuk selalu teringat dan selalu menyebut-nyebutnya. Renungkan kembali... muhasabah diri... dalam sehari-hari, apakah yang banyak kita ingat dan banyak kita sebutkan tentangnya (dalam keadaan suka)? Apakah yang paling banyak kita ingat dan paling banyak kita lafaz-lafazkan, bual-bualkan (dalam keadaan suka)? Allah? Rasul-Nya? Agama? Dakwah? Ataupun kerjaya? Hobi? Rumah? Kenderaan? Keluarga? Wang? Hiburan? Gossip? Isu semasa? Pelajaran? Sukan? Pasangan? Yang PALING BANYAK kita suka fikir-fikirkan, lafaz-lafazkan dan sembang-sembangkan... itulah yang PALING KITA CINTAI. Jadi, selama hari ini dalam sehari-hari, mana yang paling banyak, yang PALING kita cintai? Pesan Nabi : “Tidak beriman seorang dari kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya LEBIH DICINTAINYA daripada yang lain-lain.” (Bukhari & Muslim) Pesan baginda lagi : “Tidak beriman seorang hamba sebelum aku (Rasulullah) LEBIH DICINTAI daripada isterinya, hartanya dan sekelian manusia.”(Bukhari & Muslim) Mari membetulkan YANG PALING KITA CINTAI.

  • 17

    Tazkirah 11 : JAGALAH ALIRAN MASUK KE KOLAM HATI (Disember 22, 2011) Penglihatan dan pendengaran tak ubah seperti dua buah sungai yang mengalir setiap hari ke kolam hati. Apa yang kita lihat, dan apa yang kita dengar saban hari... akan memenuhi kolam hati kita. Untuk mengetahui apa isi kolam hati kita, kajilah apa isi sungai mata dan sungai telinga yang mengalir masuk setiap hari. Jika yang mengalir dalam kedua-dua sungai itu kotoran dan racun, maka kolamnya juga akan berisi kotoran dan racun. Jika kedua-dua sungai mengalirkan air mutlak dan penawar, penuhlah kolamnya dengan air mutlak dan penawar. Kita sebagai orang yang diamanahkan menjaga kedua-dua buah sungai itu, dapat mengawal aliran kedua-duanya. Terpulang kepada kita untuk mengisi kolam hati kita dengan mengalirkan kotoran dan racun, ataupun air mutlak dan penawar. Yang pasti, apa pun yang kita alirmasukkan, akan diminta pertanggungjawabannya kelak. Tazkirah untuk diri sendiri terutamanya. Wallahua’lam. Jumpa lagi , insyaAllah.

  • 18

    Tazkirah 12 : BANYAKNYA NIKMAT HARI INI (Disember 23, 2011) Hidup pada akhir kepada akhir zaman ini... penuh, malah berlimpahan dengan nikmat. Banyak perkara yang orang-orang terdahulu tidak sempat menikmatinya, tapi kita nikmati sehari-hari. Lihatlah sekeliling kita. Nikmat peti sejuk, pendingin hawa, televisyen, kenderaan bermotor, pesawat terbang, komputer, kamera, elektrik, makanan pelbagai bangsa, tandas moden, air paip, kasut sukan, telefon, lif, stesen bas... dan pelbagai lagi. Sepatutnya, lagi bertambah nikmat bertambahlah kesyukuran dan ketaatan. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Kita jadi semakin rakus mengejar keduniaan dan sering engkar. Dengan pelbagai nikmat akhir zaman ini pun, kita masih sering mengeluh, masih berasa banyak yang kurang. Maka terkejar-kejarlah kita dari satu nikmat ke satu nikmat. Padahal nikmat-nikmat yang sudah sedia ada pun kita tidak terfikir untuk mensyukurinya. Bagi ahli-ahli sufi, dunia ini pun sudah seakan syurga. Terlalu banyak nikmat yang kita kecapi sehari-hari. Kita tidak menyedarinya kerana kita jenis yang tidak tahu bersyukur. Nikmat memandang, menghirup udara, merasa jenis-jenis makanan, bersuara dan berbual, mendengar, berkenal-kenalan, berkeluarga, berkasih sayang, tidur, buang air, senyum tawa, kenyang... Ya Allah... alangkah banyaknya nikmat yang sudah Engkau hadiahkan kepada kami selama ini. Ampunkan kami ya Allah, atas sikap kami yang sangat kurang bersyukur.

  • 19

    Tazkirah 13 : DALAM SAKIT ADA MANFAAT (Disember 30, 2012) Hebatnya kasih Tuhan. Sakit yang diberi-Nya berupa penghapusan dosa. Sakit yang diberi-Nya menjadi petanda perhatianNya ke atas kita. Sakit yang diberi-Nya berupa penambahan pahala, jika kita bersabar. Pahala bersabar pula tidak ada had. Ia berterusan mengalir. Sakit membuatkan kita lebih berfikir tentang keinsafan dan kebaikan. Sakit membuatkan kita berasa sangat rapat dengan-Nya. Para nabi juga jatuh sakit. Para wali juga pernah tidak sihat. Bukan kita sahaja yang dirundung ketidakselesaan. Tanpa sakit, kita mungkin sudah lama melupakan Tuhan, kita mungkin semakin hanyut dari laluan, kita mungkin semakin tenggelam dalam lautan kealpaan. Maha Hebat Engkau ya Allah.

  • 20

    Tazkirah 14 : TAAT ITU LAZAT DAN NIKMAT (Januari 23, 2012) Taat/patuh (kepada perintah Tuhan) itu satu nikmat yang sangat lazat, tetapi syaitan dan nafsu menyalutnya dengan pelbagai dongengan, sehinggakan kita berasa taat/patuh itu suatu bebanan. Kita lebih yakin... bahawa ketaatan dan kepatuhan itu akan membuatkan kehidupan kita tidak selesa, dan terlepas begitu banyak kenikmatan dunia. Kita juga awal-awal lagi sudah tidak yakin, bahawa ketaatan/kepatuhan akan membuatkan hidup kita selesa, hati kita tenang dan hidup kita bahagia. Sebab itu ramai manusia memilih untuk tidak taat/patuh. Mereka memilih-milih. Jika perkara yang disuruh ditaat/patuh itu 'menyedapkan' mereka, mereka akan taat dan patuh. Jika perkara yang disuruh taat/patuh itu tidak 'menyedapkan' mereka, mereka suka memilih untuk tidak taat/patuh. Terimalah Islam secara keseluruhan, bukan secara memilih-milih.

  • 21

    Tazkirah 15 : MENGAPA WUJUD TIDAK BAHAGIA? (Februari 8, 2012) "Kenapalah hidup aku selalu tidak bahagia dan doa-doa aku tidak dimakbulkan Tuhan...?" ..... ANTARANYA KERANA AMALAN-AMALAN HARIAN DAN KEADAAN DIRI KITA yang bertentangan dengan kehendak agama menjadi tembok penghalang kepada rahmat Tuhan dan kemakbulan-Nya. Buang tembok penghalang itu terlebih dahulu, insyaAllah datanglah bahagia dan kemakbulan doa. Masalahnya... manusia sangat sukar untuk berubah, apatah lagi jika perubahan itu melibatkan zahir dan batinnya kepada patuh kepada kehendak-kehendak agama. Marilah kita buat perubahan bermula sekarang. Rasailah nikmat taat dan patuh.

  • 22

    Tazkirah 16 : IKUTILAH CERAMAH POPULAR, TAPI JANGAN ABAIKAN KULIAH BERKITAB (Mac 7, 2012) Rajin mendengar ceramah popular memang bagus, tapi... rajin mendengar ceramah popular DAN rajin juga mendengar kuliah bersiri (berkitab), adalah lebih bagus. Ceramah popular dapat mencetuskan rasa suka kepada agama dan ilmu-ilmunya. Ceramah popular juga dapat mengekal malah menambahkan rasa itu bagi mereka yang sudah sedia suka akan agama dan ilmu-ilmunya. Namun dengan hanya rajin mengikuti ceramah-ceramah popular, tidak dapat menjadikan seseorang itu banyak ilmu agamanya walaupun memang ada pertambahan. Tidak ada orang yang hanya menghabiskan usahanya mengejar ceramah-ceramah popular bertahun-tahun, kemudiannya kita dapat tahu dia berjaya menjadi seorang ilmuwan agama. Tidak ada. Untuk mendapatkan pemantapan, pelambakan dan pendalaman ilmu-ilmu agama, kita hendaklah rajin pula mengikuti kuliah-kuliah bersiri. Terbukti, ramai juga mereka yang rajin mengejar kuliah-kuliah bersiri, bertahun-tahun selepas itu akhirnya berjaya pula menjadi seorang pengajar (atau sekurang-kurangnya ada ilmu sebagaimana pengajar sekalipun dia tidak mengajar). Teruskanlah mendengar/mengikuti ceramah-ceramah popular, tapi luangkanlah juga masa untuk mendengar/mengikuti kuliah-kuliah bersiri (sama ada secara langsung ataupun melalui media seperti internet), sekalipun kita tidak bercita-cita untuk menjadi seorang pengajar suatu hari nanti. Tapi... takkanlah kita tak mahu mentarbiyyah isteri dan anak-anak? Cukupkah ilmu dan motivasi dari ceramah-ceramah popular sahaja untuk mengajar agama kepada mereka? Ceramah popular isinya bersifat umum. Huraian dan bahasannya terdapat dalam pengajian berkitab. Oleh itu, jangan berpuas hati sekadar dengan menjadi seorang peminat ceramah popular. Jadilah juga peminat tegar kuliah bersiri (berkitab). Jumpa lagi : )

  • 23

    Tazkirah 17 : JAGALAH DIRI (Mac 9, 2012) Diri kita umpama sehelai kertas. Warnanya putih kerana banyaknya kebaikan yang kita buat. Apabila kita melakukan satu-satu kesalahan sama ada disengaja atau tidak, terpalit setitik dakwat hitam di atasnya. Begitu juga jika kita punya sesuatu kelemahan. Biasanya manusia akan terdorong untuk melihat titik hitam yang sedikit itu berbanding keseluruhan kertas yang putih. Biasanya manusia terdorong untuk menghukum kita berdasarkan titik hitam, bukannya keseluruhan kertas yang putih. Kebaikan kita walau sebanyak mana pun, susah orang hendak nampak dan iktiraf. Tapi kesalahan, kesilapan atau kelemahan kita walaupun kecil, cukup cepat orang nampak. Oleh itu, berhati-hatilah. Berusahalah agar kertas putih kita tidak terpalit apa-apa kotoran lain, sekalipun kecil. Kerana selalunya manusia menghukum kita dengan melihat kotoran yang sedikit itu.

  • 24

    Tazkirah 18 : BENCANA ALAM MENTAZKIRAHKAN KITA (April 11, 2012) Masjid-masjid dan surau-surau bertambah jemaah Maghrib hari ini. Begitulah cara Allah mengingatkan hamba-hamba-Nya. Diberinya sedikit gempa bumi, sebagai tanda kasih sayangNya kepada kita. Dia mahu kita kembali dekat dengan-Nya. Terima kasih Tuhan. (*Pada siangnya ada sedikit gegaran gempa bumi yang berpusat di Indonesia dan dirasai gegarannya sehingga ke Semenanjung Malaysia)

  • 25

    Tazkirah 19 : SEIMBANGKANLAH ILMU-ILMU AGAMA KITA (Julai 23, 2012) Memasukkan ilmu--ilmu agama ke dalam diri sangatlah bagus dan tidaklah sesusah mana. Tapi... menyeimbangkan kemasukan ilmu-ilmu itulah yang sukarnya, menyebabkan seseorang itu tenggelam dalam ilmu-ilmu agama kesukaannya sahaja, menghukum seluruh permasalahan dengannya sahaja, dan sering tertipu kerana merasakan dirinya sedang berada di landasan yang terbaik. Ilmu-ilmu agama Islam ini begitu banyak juzuk-juzuknya. Berusahalah untuk menyeimbangkan input ilmu-ilmu ini ke dalam diri, kerana ia akan membentuk jiwa dan pemikiran. Jangan mudah berasa senang hati dengan juzuk-juzuk ilmu agama Islam yang sudah atau sedang dikuasai, banyak lagi yang mesti diterokai. Jauh bezanya antara hukuman yang datang dari seorang yang berpengetahuan dalam pelbagai juzuk ilmu agama, berbanding hukuman orang yang menguasai 1-2 juzuk sahaja lalu berhukum dengannya. Seimbangkan input ilmu-ilmu agama ke dalam diri kita mulai hari ini.

  • 26

    Tazkirah 20 : TUTUPLAH AURAT DENGAN SEMPURNA (Julai 24, 2012) Menutup aurat, sudah ramai yang buat. Membalut aurat, lagi ramai yang buat. Tapi... menutup aurat dengan sempurna, jenis ini yang sukar dicari.

  • 27

    Tazkirah 21 : PILIHLAH RAKAN-RAKAN YANG SOLEH (Julai 24, 2012) Banyakkanlah rakan-rakan yang agamawan, bukannya yang tak ketahuan. Kita mudah terpengaruh dengan persekitaran, maka usahakanlah membentuk persekitaran yang positif. Salah satunya ialah dengan berusaha membanyakkan rakan-rakan yang agamawan. Mempunyai ramai rakan yang agamawan, memanglah bukan kayu ukur kepada keimanan. Namun begitu, sekurang-kurangnya mereka membentuk suasana persekitaran kita. Bukankah kita mudah dipengaruhi oleh suasana persekitaran? Sudahkah kita mempunyai ramai rakan-rakan rapat yang agamawan? Ataupun lebih ramai lagi yang tak ketahuan?

  • 28

    Tazkirah 22 : APA YANG SANGAT PENTING UNTUK DIFIKIRKAN SEBELUM BERKAHWIN? (Ogos 7, 2012) Mahu berkahwin? Memang baaanyak perkara perlu difikir dan dipertimbangkan. Sebagai lelaki, ANTARA (maksudnya ada banyak lagi yang lain) fikiran yang sesuai ialah……. “Mampukah aku mentarbiyyah isteri/ isteri-isteriku nanti?” “Mampukah aku menjadi contoh yang soleh kepada anak-anak kami nanti?” “Melihatkan gayanya… mahukah dia/mereka menerima tarbiyyahku?” Ambil masa dan cuba bina jawapan sendiri. Mampu? Tak mampu? Mahu? Tak mahu? Yang mana satu pun jawapannya, yang pasti di sana ada tindakan/usaha/ikhtiar yang yang mesti diambil mulai hari ini. Sebagai wanita pula, ANTARA fikiran yang sesuai…… “Mampukah dia mentarbiyyah aku nanti?” “Mampukah dia menjadi contoh yang soleh buat diriku dan anak-anak kami nanti?” “Melihatkan gayanya… mahukah dia mentarbiyyah kami semua nanti?” Ambil masa dan cuba bina jawapan sendiri. Mampu? Tak mampu? Mahu? Tak mahu? Yang mana satu pun jawapannya, yang pasti di sana ada tindakan/usaha/ikhtiar yang mesti diambil mulai hari ini. Alhamdulillah syukur. Setakat ini mana-mana orang yang meminta pandangan saya apabila hendak mendirikan rumahtangga dan saya berikan persoalan-persoalan di atas, tidak kira lelaki ataupun wanita, dan mereka mengambil

  • 29

    tindakan/usaha/ikhtiar, nampaknya mereka mendapat jodoh yang baik dan hidup bahagia, sekalipun tidak kaya. Ringkas sahaja panduan yang diberi, tapi ia dapat mempengaruhi hidup kita untuk tempoh yang lama. Wallahua’lam.

  • 30

    Tazkirah 23 : AMBILLAH AGAMA SELURUHNYA ( 1 Ogos 8, 2012) Mereka kata : “Agama ialah candu kepada manusia zaman berzaman.” Mereka silap… kesilapan tahap maksima. Kita katakan : “Keinginan untuk lari dari Tuhan dan agamalah, raja segala candu kepada umat manusia dan jin zaman-berzaman.” Sebab itu di sekeliling kita… Ada yang menolak terus agama. Ada yang mengambil separuh. Ada yang mengambil suku. Ada yang mengambil bahagian agama yang mana menyedapkan mereka dan menolak bahagian agama yang tidak menyedapkan mereka. Islam pilih-pilih namanya itu. Bukankah itu semua perlakuan umat manusia dan jin zaman-berzaman, iaitu mahu lari dari Tuhan dan agama? Kita? Ambillah agama keseluruhannya, sama ada ia sedap bagi kita mahupun tidak. Beragama 100%, mengambil 100% daripadanya.

  • 31

    Tazkirah 24 : SIAPA BERUSAHA MENANAM DAN MEMELIHARA, INSYA-ALLAH DAPATLAH MENUAI (Ogos 10, 2012) Ramai orang malas menanam, tapi dia mahu memetik. Ramai orang malas menanam, tapi dia mahu menuai. Ramai orang tidak menanam, tapi apabila dilihatnya orang lain beramai-ramai memetik dan menuai hasil tanaman, dia sendiri sangat suka memetik dan menuai. Padahal dia tidak punya sebarang tanaman, bagaimana mahu dituai? Ada ditanamnya sedikit-sedikit, tapi tidak dijaganya. Apabila tiba masa menuai, tanamannya tentulah kurang menjadi. Apabila dia tidak dapat memetik dan menuai sebagaimana orang lain, dia mula marahkan tanah, mengeluh pada cuaca. Apabila hasil tanamannya tidak berapa menjadi, dia mula mengutuk hasil tanaman. Sepatutnya dia berfikiran matang dan rasional. Sepatutnya dia mesti redha hasil tanamannya tidak ada atau kurang menjadi, kerana hal itu semua salahnya sendiri. Sesiapa yang tidak menanam dan menjaga tanamannya, tentu saja dia tidak dapat menuai hasilnya, sebagaimana orang lain menuai hasil mereka. Apa yang kita tanam dulu, dapatlah kita tuai hasilnya sekarang, atau pada masa akan datang. Yang paling penting, tanamlah ‘pohonan syurga’ sekarang, untuk dipetik hasilnya di akhirat sana nanti.

  • 32

    Tazkirah 25 : CARILAH IDOLA YANG SESUAI DENGAN KEHENDAK TUHAN (September 2, 2012) Nak cari idola? Nak cari idola terbaik? Sudah tentulah Rasulullah saw dan para sahabat, lelaki dan wanita. Hal itu semua orang tahu. Nak cari idola terbaik yang boleh kita perolehi kini? Carilah yang apabila kita terlihat atau teringat sahaja akan dia, kita terus teringat akan agama. Carilah yang apabila kita melihat perlakuannya, kita berasa sejuk di hati. Carilah yang apabila kita melihat keadaannya, kita teringat akan Rasulullah, para sahabat dan insan-insan soleh. Carilah yang apabila kita mendengar kata-katanya atau berbual dengannya, pengetahuan kita tentang Allah dan agama bertambah. Carilah yang apabila kita berada dekat dengannya, kita berasa terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang baik di sisi agama, dan berasa tidak selesa untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Begitu jugalah sekiranya kita ingin mendapatkan sahabat atau sahabat-sahabat yang terbaik. Idola atau sahabat kita yang baik memang ramai, tapi yang mana yang terbaik antara mereka? Terbaik yang dimaksudkan di sini bukannya yang terbaik menurut perasaan kita, tapi yang terbaik menurut pandangan Allah SWT. Sudah ada? Belum ada? Kena diadakan le.

  • 33

    Tazkirah 26 : JAGALAH KEBERSIHAN HATI (September 23, 2012) Ilmu itu mulia, maka hati yang hendak menerimanya tentulah kena mulia juga. Maka berusahalah kita untuk membersihkan dan mencantikkan dalaman diri kita, iaitu sang hati. Dalam agama, diri kita yang zahir kena bersih, diri kita yang batin pun kena bersih. Apabila hati kita semakin bersih, ilmu-ilmu dan yang paling penting iaitu ruh ilmu-ilmu itu dengan mudah dan banyak akan masuk ke dalam hati kita. Saluran paip yang bersih, akan membekalkan air yang bersih dalam jumlah yang banyak ke rumah kita. Ia membawa manfaat kepada seluruh isi rumah. Airnya juga tulen. Saluran paip yang penuh benda-benda asing, akan sempit laluan airnya, sedikit dan kotor pula air yang sampai ke rumah kita. Ia boleh membawa mudarat kepada seluruh isi rumah, sama ada secara terus ataupun secara lambat-lambat. Cawan yang bersih, apabila dituangkan susu ke dalamnya, akan penuh dengan susu yang putih warna dan asli rasanya. Cawan yang berkarat dengan saki-baki serbuk kopi, apabila dituangkan susu ke dalamnya, akan penuh dengan campuran susu dan kopi yang keruh warna dan entah apa-apa entah rasanya, bukan rasa susu yang asli lagi. Begitulah hati kita.

  • 34

    Tazkirah 27 : AMBILLAH AGAMA SELURUHNYA 2 (Oktober 2, 2012) Umumnya manusia suka ambil agama separuh-separuh. Mana yang menyedapkannya diterima dan diperjuangkannya, mana yang dirasanya tak sedap dengan dirinya, ditolak ke tepi, kadang-kadang dimusuhi pula. Bukankah sewajibnya kita mengambil agama itu keseluruhannya? Bahkan semestinya kita perjuangkan keseluruhannya isi agama itu? Selama hari ini kita ambil keseluruhan ke ataupun kita pilih-pilih bab yang buatkan kita rasa selesa sahaja? Yang kita rasa tak seronok, tak sedap, tak dimuliakan oleh orang lain... maka kita buat tak nampak, menolak daripada memperjuangkannya. Yang mana yang beri kita keseronokan, sedap, dipandang hebat... maka barulah kita perjuangkannya? Agama itu syumul, ambillah keseluruhannya sekalipun tak seronok, dikata orang, pahit... Kalau kiita berkahwin, kita mahu seluruh diri pasangan kita ataupun nak separuh-separuh? Kalau kita dapat anak baru lahir, nak seluruh anak ataupun nak separuh-separuh? "Err... tok qadhi, saya nak seluruh pasangan saya kecuali bahagian ketiak dan tapak kaki." Boleh ke? "Errr.. doktor, saya nak keseluruhan bayi saya tapi saya tak mahu pusat dan saluran buang najis." Boleh ke? Renung-renung, muhasabah diri.... dan yang paling penting ialah bertindak.

  • 35

    Tazkirah 28 : APA SUMBANGAN AKU? (Oktober 3, 2012) Banyaknya sumbangan aku untuk agama dan umat Islam……. Betulkah banyak? Apa sumbangan kita kepada agama dan umat Islam? Apa USAHA kita? Sudah berapa ramai yang tidak berminat dengan agama, sudah kita berusaha minatkan? Berapa ramai yang tidak ghairah untuk beribadah, sudah kita ghairahkan? Sudah berapa orang yang tidak mengerjakan solat, sudah bersolat melalui usaha kita? Lelaki yang sengaja tidak pergi solat berjemaah, semakin rajin ke tempat berjemaah? Berapa ramai pula yang tidak membaca Al-Quran, sudah membacanya setiap hari? Yang tidak minat berdakwah sudah berdakwah? Yang belum sempurna menutup auratnya sudah disempurnakan? Yang menolak atau takut akan hukum-hakam Islam sudah jinak dan mesra? Yang tidak mengenal Tuhan sudah kita kenalkan? Yang selama hari ini tersalah sembahan atau tidak tepat sembahannya sudah kita betulkan dan tepatkan? Yang sebelum ini tidak muslim, sudah muslim melalui tangan kita? Dan yang paaaling penting… Sudah berapa orangkah orang Islam yang belum selesai fardhu ‘ainnya (iaitu ilmu mukasyafah dan ilmu mua’malah) sudah kita bantu selesaikan? Muhasabah semula kerja-kerja kita selama hari ini. Ke mana sebenarnya kita hendak mengajak dan melorongkan manusia? Masa yang kita ada tidak banyak. Pastikan ia digunakan dengan jimat dan berkesan.

  • 36

    Tazkirah 29 : JAGALAH PENAMPILAN DIRI DI INTERNET (Oktober 4, 2012) Facebook (dan apa sahaja media kita) seumpama pakaian kita di depan orang ramai. Ia banyak membawa gambaran tentang pemakainya, sekalipun tidak 100% tepat. Maka kita kena berhati-hati. Hiasilah ia dengan tudung perkongsian, bukan tudung keluhan. Nescaya orang tidak muak hendak melayarinya. Pakaikan ia dengan kurung mendamai perasaan, tidak kurung melepas kegeraman. Nescaya orang berasa selesa melayarinya. Serikan ia dengan kain panduan, kurangkan kain sindiran. Nescaya orang berasa aman di dalamnya. Muliakan ia dengan jubah dakwah, sikitkan jubah hal-hal keduniaan. Nescaya orang mendapat manfaat daripadanya. Kemaskan ia dengan serban pengajaran, usahlah serban tohmahan. Nescaya orang terfikir yang baik-baik tentangnya. Maniskan ia dengan cincin tarbiyyah, hindarkan cincin sumpah seranah. Nescaya orang gemar menjenguknya. Pamerkanlah selendang pertimbangan, jangan sesekali selendang ketaksuban. Nescaya orang memandang adil akan pemiliknya. Solekkan ia dengan celak tazkirah, hindarkan memalit celak ammarah. Nescaya berpahala pemilik dan tetamunya. Jumpa lagi… dalam Tazkirah Facebook ke-30. Insya-Allah.

  • 37

    Tazkirah 30: BACA TAZKIRAH, DAN AMBILLAH TINDAKAN (Oktober 4, 2012) Baca tazkirah, tidak mahu berfikir tentang isi kandungannya…….apalah erti? Baca tazkirah, tidak merenung maksud yang tersurat dan yang tersirat…….tentunya rugi. Baca tazkirah, sekadar untuk hiburan hati, bukan untuk mendapat lebih manfaat……memanglah ok tapi tak tercapailah matlamat yang dikehendaki. Baca tazkirah, tidak ada tindakan segera atau tindakan lanjutan…….tazkirah itu sekadar melintas lalu pergi. Baca tazkirah, tidak diulang-ulangi…..isi tazkirah akan hilang dari hati. Baca tazkirah, tidak disebar-sebarkan kepada saudara-saudara kita yang lain……tazkirah itu mati. Bacalah tazkirah……dan laksanakan le tindak susulnya : ) Semoga dirahmati Allah : )

  • 38

    Tazkirah 31 : HAYATILAH NIKMAT MATA (Oktober 6, 2012) Mata kita kecil, tapi boleh melihat benda yang besar, yang tidak sepadan dengan saiz dirinya. Gunung, langit, lautan… Mata kita hitam dan putih, tapi boleh melihat dan mentafsir ribuan jenis warna. Merah, biru, kuning, campuran antara ketiga-tiganya… Mata kita tiada perasaan, tapi boleh membawa pelbagai perasaan ke dalam diri kita melalui apa yang ia lihat. Kagum, seronok, sedih, terkejut, marah, malu, risau… Selain itu, ada lagi keistimewaan-keistimewaan mata yang jarang-jarang kita fikirkan. Mata kita bersifat penyayang. Apabila ia tahu yang diri tuannya sudah letih, ia memberikan isyarat supaya tuannya berehat melalui rasa mengantuk. Ia mahu tuannya kembali segar dan bertenaga. Mata kita bersifat penyelamat. Ia pengesan utama (dan biasanya yang pertama) kepada bahaya-bahaya yang jauh, agar tuannya mengambil langkah yang sewajarnya sesegera mungkin. Api di kaki langit, ribut di hujung lautan, hentaman dari angkasa… yang telinga, kulit, lidah dan hidung tidak sampai ke sana kerana jauhnya. Baru satu nikmat kita fikir dan kita syukuri, iaitu nikmat mata, sudah sedemikian hebat terasa. Benarlah, sudah banyak jasa mata kepada kita. Apa pula balasan kita kepada mata? Mata mahukan makanan, mata mahukan hiburan, dan mata juga perlukan servis pembersihan. Adakah kita menyediakan dan memberikannya? Antara makanan mata ialah ayat-ayat Al-Quran, wajah orang-orang soleh, tempat sujud, berjaga pada jalan Allah… Antara hiburan mata ialah langit, gunung-ganang, tumbuh-tumbuhan, sungai, tasik, sungai, haiwan-haiwan… Antara servis yang diperlukan mata ialah menangis kerana Allah, memandang yang hijau-hijau, air mengalir, bercelak…

  • 39

    Benarlah, sudah banyak jasa mata kepada kita. Sudahkah kita membalas jasanya? Lebih benar lagi, sudah banyak jasa Tuan Punya Mata itu kepada kita. Apa balasan kita kepada-Nya? Mari kita tambah masa penggunaan mata kita untuk kerja-kerja pada jalan Allah.

  • 40

    Tazkirah 32 : AMALKANLAH SUNNAH SEKALIPUN YANG KECIL-KECIL (Oktober 10, 2012) Andaikan kita sedang dalam perjalanan berpindah ke sebuah negeri yang sangat jauh. Perjalanannya memakan masa 60 tahun. Wang dan gaji yang ada pada kita memang sudah cukup untuk memulakan kehidupan baru di negeri itu, tidak perlu untuk ditambah lagi. Di sepanjang perjalanan sesekali kita terjumpa pokok liar di tepi-tepi jalan (yang mudah untuk kita menggapainya) yang membuahkan 1 sen, 5 sen atau 10 sen. Pada sebatang pokok adalah satu syiling. Memang tidak akan kaya dan tidak banyak menambah wang sedia ada kita kalau kita memetiknya pun. Lagi pun wang sedia ada kita sudah mencukupi, gaji pun naik setiap tahun. Hendak memetiknya pula terpaksa memijak rumput-rumput di tepi jalan. Biarlah. Ada seorang sahabat kita yang bersama-sama kita dalam perjalanan itu. Wangnya juga sudah mencukupi, tapi dia begitu rajin memetik syiling-syiling itu. Kita tersenyum sahaja melihat telatahnya yang sesekali nampak bersungguh memetik syiling yang dilihatnya. Kita memandang perbuatannya itu bagus, tapi kita sendiri tidak berminat pun untuk melakukannya. Biarlah. Setakat RM 3 sehari, apalah sangat. Gaji harian kita dan dia pun RM 150 sehari, setiap tahun sama-sama naik gaji, hendak apa lagi kan? Buat apa susah-susah hendak menambah RM 3 sehari? Dalam pada itu, ada juga orang-orang lain dalam rombongan kita itu yang memandang sinis akan perlakuan sahabat kita itu. Malah ada yang kata sia-sia. Macamlah tak cukup duit. Kalau tak petik pun, tetap sampai juga ke negeri baru. Buang masa dan tenaga. Orang tak pandanglah RM 3 sehari itu. Kata mereka. Akhirnya kita pun sampailah ke negeri yang kita tuju. Seronoknya kita di negeri yang baru itu. Kita pun membeli sebuah rumah berharga RM 200,000 tunai. Sahabat kita tadi? Dia membeli rumah berharga RM 250,000 tunai. Kita berasa hairan, bagaimana dia yang mempunyai pendapatan dan

  • 41

    bekalan yang sama dengan kita, tiba-tiba boleh membeli rumah yang lebih baik daripada kita? Rupa-rupanya, dengan RM 3 sehari jumlah syiling-syiling yang dipetiknya di sepanjang perjalanan yang memakan masa 60 tahun itu, sahabat kita itu berjaya mengumpulkan lebih kurang RM 50,000. Ketika itu barulah ahli-ahli rombongan ‘memandang’ perlakuan sahabat kita itu. Fuh! Barulah kita menyesal, “Alangkah baiknya jika aku juga bertindak bijak seperti sahabatku itu…..” Apa yang cuba disampaikan di sini? Negeri baru = akhirat Perjalanan 60 tahun = umur kita di dunia Syiling-syiling yang dipandang tidak bernilai sangat = sunnah-sunnah Rasulullah yang mudah-mudah, tidak membebankan kita jika kita mengamalkannya pun seperti berjanggut, berkopiah, berserban, bercelak, berjubah, cara tidur, cara membuang air, menyebarkan salam, memakai pakaian putih dan sebagainya. Semuanya boleh kita lakukan sambil-sambil sahaja. Ada yang boleh dilakukan sesekali, ada yang boleh dilakukan berterusan. Rumah di negeri baru = syurga. Pengajarannya, janganlah dipersia-siakan sesuatu yang dipandang kecil, apatah lagi jika ia mudah untuk dilakukan. (*Itu pun kalau betul sunnah-sunnah itu nilainya 1 sen, 5 sen atau 10 sen di sisi Allah. Bagaimana jika Allah memandang nilainya RM 10, RM 20, RM 50……. lebih lagi…..?)

  • 42

    Tazkirah 33 : BERBANGGALAH AKAN KITAB AL-QURAN (Oktober 12, 2012) Katakanlah……. suatu hari planet bumi bakal musnah. Semua penghuni bumi mesti menaiki kapal angkasa berhijrah ke planet lain. Oleh kerana ruang pesawat sangat terhad, semua orang mesti pergi dengan sehelai sepinggang dan membawa kad pengenalan sahaja, tidak boleh membawa suatu apa pun selain itu hatta sehelai kertas atau sebatang pen sekalipun pun. Setelah semua penduduk bumi tiba di planet itu dan bumi musnah, rasa-rasanya kitab suci agama manakah yang akan keluar (ditulis semula selengkapnya) terlebih dahulu? Veda? Bible? Talmud? Avesta? La Goligo? Tao Te Ching? Tripitaka? Lain-lain? Percayalah, kitab suci Al-Quranlah yang pertama keluar semula, bahkan mungkin satu-satunya kitab suci yang terselamat? Mengapa? Kerana ada ramai umat Islam yang menghafaz keseluruhan isi kitab itu. Yang menghafalnya secara terpisah-pisah (dalam jumlah yang banyak) lagi ramai. Dalam masa yang singkat sahaja ia boleh ditulis semula secara keseluruhannya di planet baru itu. Kitab-kitab besar agama lain? Ringkas kata, tidak ada manusia yang menghafalnya keseluruhannya. Secara terpisah-pisah dalam jumlah yang banyak pun tidak ada. Jika usaha dilakukan untuk mengumpul dan mencetaknya semula, pasti akan banyak lompong-lompong yang akan lompong buat selama-lamanya. Inilah salah satu kelebihan Al-Quran. Kita mestilah rasa bertuah memilikinya. Kita mestilah selalu membuka, memandang, membaca dan berfikir tentangnya. Kita sudah membuka, memandang, membaca dan berfikir tentangnya hari ini? Jika belum lagi, berniatlah untuk melakukannya : )

  • 43

    Tazkirah 34 : JANGAN JADI LILIN, JADILAH MATAHARI (Oktober 13, 2012) Jangan jadi lilin, membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain. Orang terang, dia terhapus. Jadilah matahari, menerangi orang lain dalam keadaan dirinya sendiri bersinar cemerlang. Jangan jadi jarum, menjahit pakaian untuk orang lain, dia sendiri telanjang. Jadilah kasturi, mengharumkan orang, dia sendiri pun sedia harum.

  • 44

    Tazkirah 35 : LAGI TINGGI MAQAM, LAGI BESAR UJIAN (Oktober 14, 2012)

    Lagi tinggi kedudukan/maqam yang Tuhan hendak beri, lebih hebat cubaan yang didatangkan-Nya. Lagi besar pangkat yang hendak dianugerahkan oleh majikan, lebih berat tanggungjawab yang ditugaskan. Lagi penting kedudukan yang hendak diamanahkan oleh jemaah atau umat, lebih hebat ujian-ujian yang mereka letakkan. Begitulah umumnya. Orang-orang yang gagal memaham, tidak punya kesabaran dan mudah terdorong dengan perasaan, mereka akan menyalahkan Tuhan, orang-orang atasan, jemaah ataupun umat. Orang-orang yang gagal memaham, tidak punya kesabaran dan mudah terdorong dengan perasaan, biasanya mereka akan gagal, terkandas separuh jalan, sekalipun mereka berasa diri mereka yang berjaya. Bersabar dan bijak dalam membuat pertimbangan, akan banyak membantu peningkatan diri, khususnya di sisi Allah SWT.

  • 45

    Tazkirah 36 : TERUSLAH BERDAKWAH DAN MEMBERI NASIHAT (Oktober 14, 2012) Bagai mencurahkan air ke daun keladi, sekalipun daunnya berdegil menolak air, tetapi air yang jatuh ke bumi tetap diserap oleh akarnya, dihantar kepada daun melalui batangnya. Air yang jatuh ke bumi tadi, tetap dimanfaatkan oleh tumbuhan lain di sekitarnya. Tumbuhan di sekitar pokok keladi akan mempengaruhi suasana dan keadaan pokok keladi. Berdakwah (contohnya berkata-kata) kepada orang yang tidak mahu didakwah, sekalipun dia berdegil menolak dakwah kita, tetapi sekurang-kurangnya ada juga sepatah dua perkataan kita yang tersimpan dalam hatinya. Paling kurang pun gambaran dan suasana ketika kita mendakwahkan dirinya itu, terakam juga sedikit dalam mindanya. Selain itu, dakwah kita kepadanya turut terdengar atau terpandang oleh orang-orang di sekelilingnya. Orang-orang di sekitar mereka yang mengambil manfaat daripada dakwah kita itu, tentunya akan membentuk persekitaran positif kepada si dia, yang akan mempengaruhi juga si dia. Pusing ikut mana pun, air dakwah yang disiramkan ke atas daun keladi kedegilan, tetap membawa manfaat sekalipun sedikit. Sebab itu para pekerja pada jalan Allah tidak mudah dikuasai jemu.

  • 46

    Tazkirah 37 : JANGAN KEJAR BAYANG-BAYANG (Oktober 15, 2012) Dunia dan akhirat itu umpama bayang-bayang dengan lampu. Jika kita berusaha mengejar bayang-bayang, bayang-bayang semakin melarikan diri dan akhirnya hilang dalam kegelapan, meninggalkan kita tersesat keseorangan, sedangkan lampu sudah jauh kita tinggalkan. Lampu tak dapat, bayang-bayang pun tak dapat. Jika kita berusaha bergerak ke arah lampu, lampu semakin dekat, bayang-bayang mengikut dari belakang. Akhirnya lampu kita dapat, bayang-bayang… di bawah kita ia tercegat. Jika kita mengejar dunia, dunia akan menghanyutkan kita dan menjauhkan kita dari akhirat. Akhirnya dunia tak dapat, akhirat terlepas. Jika kita mengejar akhirat, akhirat semakin mendekat, dunia mengikut kita kita dari belakang. Akhirnya kedua-duanya kita dapat.

  • 47

    Tazkirah 38 : ADILLAH DALAMMEMBUAT PERTIMBANGAN (Oktober 15, 2012) Begitu caranya buat penilaian, ambil keputusan lalu ambil tindakan? Huh…! Engkau tidak adil! Dia tidak adil! Mereka tidak adil! Apalah punya keputusan!!! Bagaimana pula cara kita sendiri membuat penilaian, ambil keputusan dan ambil tindakan? Adakah kita seorang yang adil? Ataupun kita sama sahaja dengan engkau, dia dan mereka yang di atas tadi? Dalam kehidupan sehari-hari, kita seumpama seorang hakim. Katakanlah kita sedang menghakimi dua pihak yang bertentangan. Sudahkah kita mendengar dan mengambil kira hujah kedua-dua belah pihak? Ataupun kita hanya mendengar dan mengambil kira hujah satu pihak lalu terus buat penilaian, keputusan dan tindakan? Dan menghukum? Sudahkah kita mendengar dan mengambil kira kedua-dua belah pihak secara sama berat, ataupun sekurang-kurangnya hampir sama berat? Ataupun kita mendengar dan mengambil kira hujah pihak A selama 10 jam dan pihak B 2 jam lalu terus buat penilaian, keputusan dan tindakan? Teliti surat-surat pihak A 3 hari, surat-surat pihak B 3 jam lalu terus buat penilaian, keputusan dan tindakan? Kita sendiri tidak adil, tapi bising-bising apabila orang lain kita nampak tidak adil. Maka marilah kita bersikap adil lagi bijaksana dalam menilai, membuat pertimbangan, mengambil keputusan, mengambil tindakan dan menghukum. Akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak segala ketidakadilan kita.

  • 48

    Tazkirah 39 : ILMU YAQIN, AINUL YAQIN & HAQQUL YAQIN (Oktober 16, 2012) ‘Ilmu yaqin, ‘ainul yaqin, haqqul yaqin. John di Amerika diberitahu bahawa di Malaysia ada sejenis makanan namanya sambal tumis petai. John percaya, walaupun dia belum pernah melihat atau merasanya. Pengetahuan dan kepercayaan John ini diperingkat ‘ilmu yaqin. John tahu dan percaya kewujudan sambal tumis petai melalui kata-kata orang. Tapi jika diletakkan 10 jenis lauk-pauk di depan John dan diminta dia menunjukkan yang mana satu sambal tumis petai, pasti dia tidak dapat menunjukkannya. Kemudian John datang ke Malaysia lalu ditunjukkan kepadanya sambal tumis petai. Pengetahuan dan kepercayaan John terhadap sambal tumis petai ketika ini sudah diperingkat ‘ainul yaqin kerana dia sudah melihatnya sendiri. Namun begitu, jika diletakkan 10 pinggan lauk-pauk yang rupanya seperti sambal tumis petai bersama-sama sepinggan sambal tumis petai di depannya, John masih boleh tersilap tunjuk kerana dia belum pernah merasai sambal tumis petai itu. Selepas itu John merasa/memakan pula sambal tumis petai itu. Ketika itu ilmunya sudah pun naik ke peringkat haqqul yaqin, kerana John bukan setakat tahu dan lihat, bahkan sudah pernah merasainya. Ketika diletakkan 10 pinggan lauk-pauk di depannya, dengan mudah John boleh memilih yang mana satu sambal tumis petai tanpa tersilap lagi. Beginilah kita hendaknya dalam beragama. Kita menyembah/berabdi kepada Allah biarlah sampai ke peringkat haqqul yaqin. Ketika itu sudah pastilah kita tidak akan tersalah sembah. Sembahan kita tepat. Kita menyembah Allah Yang Esa, bukannya tersembah makhluk ataupun tersembah Allah yang bercampur dengan makhluk. Makhluk mana pun yang mengaku sebagai Allah kepada kita, kita boleh menyaringnya dalam masa 1 saat sahaja tanpa ragu-ragu, tanpa perlu berfikir : “Ini Allah ke bukan ye?”

  • 49

    Tazkirah 40 : APAKAH PEKERJAAN YANG PALING MULIA? (Oktober 17, 2012) Apakah makhluk yang paling mulia di muka bumi? Manusia. Apakah yang paling mulia pada diri manusia? Hatinya (kalbunya). Maksudnya, yang paling mulia pada diri makhluk yang paling mulia ialah hati (kalbu). Apakah pekerjaan yang paling mulia? Tentulah pekerjaan yang melibatkan makhluk yang paling mulia iaitu manusia, dan melibatkan perkara yang paling mulia pada makhluk yang paling mulia, iaitu hati. Apakah pekerjaannya? Membawa atau mengarahkan yang paling mulia itu iaitu hati kepada Tuhan. Siapakah para pekerja itu? Para ilmuwan agama, guru-guru kerohanian, para pendakwah dan sesiapa sahaja yang mentarbiyyah hati-hati manusia menuju kepada Allah.

  • 50

    Tazkirah 41 : PILIHLAH PEMANDU (HATI) YANG SESUAI (Oktober 17, 2012) Tubuh kita satu kenderaan. Siapakah pemandunya? Pemandunya ialah hati. Hati yang mana? Hati yang dagingkah ataupun hati yang batin? Hati yang batin. Ke mana destinasi pemandunya? Ke syurga. Apa akan berlaku sekiranya si pemandu tidak tahu jalan ke destinasi ataupun tersilap jalan? Si pemandu dan kenderaannya tidak akan sampai ke destinasi. Apa pula yang akan berlaku sekiranya si pemandu tahu jalannya tetapi dia lalai atau main-main? Si pemandu mungkin berjaya membawa kenderaannya ke destinasi tetapi dalam jangka masa yang saaangat lama. Dan kenderaannya akan mengalami banyak kerosakan dan kecacatan sebelum sampai ke destinasi. Apa berlaku sekiranya si pemandu memang bagus? Pemandu akan berjaya membawa kenderaannya ke destinasi dengan selesa, selamat dan cepat. Kita sudah punya kenderaan masing-masing, pemandu yang bagaimana yang kita mahukan? Masing-masing tentukan dan usahakan sendiri kerana diri kita yang batin itulah pemandunya, iaitu hati kita.

  • 51

    Tazkirah 42 : KEJARLAH NIKMAT-NIKMAT YANG TIDAK ADA DI SYURGA (Oktober 18, 2012) Di dunia ada nikmat pasangan, pelayan, makanan, minuman, pemandangan, sungai-sungai, istana, kebun-kebun, pakaian serba mewah, haruman, perhiasan……. Di syurga pun ada nikmat pasangan, pelayan, makanan, minuman, pemandangan, sungai-sungai, istana, kebun-kebun, pakaian serba mewah, haruman, perhiasan……. Namun begitu di syurga tidak ada nikmat berjuang, berkorban dan bersusah-payah pada jalan Allah. Nikmat berjuang, berkorban dan bersusah-payah pada jalan Allah hanya ada di dunia. Sebab itulah para pencinta Allah dan Rasul-Nya berebut-rebut untuk mengecap nikmat berjuang, berkorban dan bersusah-payah pada jalan Allah itu. Namun bagi para pencinta dunia, di dunia ini mereka HANYA menyibukkan diri berjuang, berkorban dan bersusah-payah untuk pasangan (berkahwin/berumahtangga, pelayan (orang gaji/suruhan/pekerja), makanan, minuman, pemandangan (hiasan rumah dan melancong), sungai-sungai, rumah-rumah cantik lagi mewah, ladang-ladang, pakaiaan, haruman, perhiasan….. kata orang, berjuang bersungguh-sungguh untuk ‘perut’ dan ‘bawah perut’ tetapi meninggalkan berjuang bersungguh-sungguh untuk agama Allah. Padahal segala nikmat-nikmat itu ada disediakan di dalam syurga, bahkan jauh lebih hebat. Bersabar sahajalah menantikannya. Dan sepatutnya di dunia ini kita mengejar nikmat-nikmat yang tidak terdapat di dalam syurga…… iaitu berjuang, berkorban dan bersusah-payah untuk Islam. Maka semestinyalah di dunia ini kita tidak gentar dan ragu-ragu untuk berjuang, berkorban dan bersusah-payah pada jalan Allah. Memakan buah rambutan yang diberi orang memang nikmat, tapi lebih nikmat lagi jika kita berusaha pergi ke pokoknya, memetiknya dengan tangan sendiri lalu memakannya.

  • 52

    Persoalan : Adakah kita termasuk dalam golongan para pejuang itu?

  • 53

    Tazkirah 43 : SEDIAKANLAH ALAT DAN PELAJARILAH CARA MENGGUNAKANNYA (Oktober 18, 2012) Zaman dahulu… Anak kita hendak pergi merantau jauh, entah kembali entah tidak. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita bekalkan anak kita dengan peta, kompas dan teropong. Sekalipun dia tidak mahu benda-benda itu, kita tetap masukkan ke dalam begnya. Sekalipun dia keberatan, kita ajarkan juga cara-cara menggunakan alat-alat itu. Dalam perjalanan meredah hutan belantara dan lautan, anak kita tersalah jalan. Sekali pun tersesat jalan, dia tetap meneruskan perjalanannya. Hinggalah pada suatu hari, dia sedar yang dia perlu berpatah balik ke pangkal jalan, iaitu ke negeri asalnya. Dapatkah dia berpatah balik? Kemungkinan besar dia berjaya kembali ke pangkal jalan kerana di dalam begnya ada peta untuk pulang ke negerinya, ada kompas sebagai penunjuk arah dan ada teropong untuk melihat benda-benda yang jauh. Tapi bagaimana kalau ibu bapanya tidak memasukkan peta, kompas dan teropong serta tidak mengajarkannya cara-cara menggunakannya? Kemungkinan besar dia gagal berpatah balik. Begitulah halnya dengan ilmu dan pemahaman agama. Dari anak-anak masih kecil, ibu bapa mestilah berusaha keras menerapkan ilmu-ilmu dan pemahaman agama, sekalipun anak-anak tidak menggemarinya. Hal ini kerana, sekiranya anak-anak tersalah haluan hidup apabila dewasa kelak, dan kemudiannya dia terfikir untuk berubah ke arah kebaikan (hidup beragama), dengan mudah dia dapat berpatah balik kerana dia sudah tahu membaca Al-Quran, ilmu bersuci, cara solat, ilmu berpuasa, cara berinteraksi dengan hadis-hadis dan sebagainya. Tapi kalau insaf ketika sudah berumur sudah 50 tahun (sekadar contoh), ada jawatan dan kedudukan (dipandang tinggi oleh orang-orang), kesihatan

  • 54

    semakin menurun…… baru hendak belajar alif ba ta, cara mandi wajib, cara mendirikan solat….. memang susah untuk dia hendak berpatah balik. Orang yang sudah ada ‘alat’ untuk pulang dan tahu cara menggunakannya, biasanya berjaya pulang dengan segera dan selamat. Orang yang tidak ada ‘alat’ untuk pulang, biasanya sangat sukar untuk pulang, ataupun mungkin tidak sempat pulang, ataupun dia berputus asa lalu membatalkan hasratnya untuk pulang. Kepada ibu bapa, sediakan ‘alat’ untuk anak-anak sekalipun mereka tidak minat, sekalipun kita sendiri mungkin tidak minat. Kepada individu, sediakan ‘alat’ yang sewajarnya untuk diri masing-masing.

  • 55

    Tazkirah 44 : KENALILAH SIFAT-SIFAT MAZMUMAH ITU (Oktober 19, 2012) “Abu, kebun aku kena serang dengan kera le.” “Ye ke?” “Iye. Habis buah-buah dan pokok-pokok aku dijahanamkan. Ni aku nak upah engkau pergi tembak kera-kera di kebun aku tu. Boleh ke?” “Eh, insya-Allah beres! Nanti petang aku pergi.” “Ok, nanti aku bayar upahnya.” “Baik.” Petang itu Abu pun pergi ke kebun Ali dengan senapang kampungnya, tapi… Abu gagal menembak seekor kera pun. Mengapa ya? Kerana Abu tidak kenal pun yang mana satu haiwan yang dinamakan kera itu! Untuk menghapuskan kera di kebun, kenalah kenal yang mana satu kera terlebih dahulu. Jika tidak kenal, apa yang hendak ditembak? Apa yang hendak ditangani? Begitu jugalah halnya dengan sifat-sifat mazmumah. Hendak mengekang, menghilang atau menghapuskan sifat-sifat mazmumah dalam diri kita, hendaklah kita mengenal sifat-sifat mazmumah itu dari segi punca-puncanya, tanda-tandanya dan cara-cara mengubatinya. Mana mungkin memburu sesuatu yang tidak kita kenal. Begitulah antara maksud Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumiddin. Sudahkah kita mengetahuinya? Ada guru kita mengajarkannya? Ada jemaah kita menerapkannya?

  • 56

    Tazkirah 45 : LEBIH KENAL ULAMA ATAU LEBIH KENAL ARTIS DAN AHLI SUKAN? (Oktober 25, 2012) Beri sehelai kertas kosong dan sebatang pen kepada anak atau adik kita. Beri dia masa dua minit, minta dia tuliskan nama-nama artis atau ahli sukan yang dia ingat. Cukup dua minit, semak senarai yang dia buat. Biasanya penuh muka surat dan tak cukup waktu menulis. Begitulah keupayaan generasi muda hari ini. Beri sehelai kertas kosong dan sebatang pen kepada anak atau adik kita. Beri dia masa dua minit, minta dia tuliskan nama-nama ulama yang dia ingat. Cukup dua minit, semak senarai yang dia buat. Biasanya banyak ruang kosong dan senarainya pendek. Tidak sampai setengah minit, dia sudah tidak tahu apa yang hendak ditulis. Kadang-kadang nama ustaz ustazah yang bukan ulama pun ditulisnya juga. Begitulah keupayaan generasi muda hari ini. Ambil sehelai kertas kosong dan sebatang pen. Dalam masa dua minit, KITA PULA cuba senaraikan nama-nama artis atau ahli sukan. Dapatkah kita memenuhkan helaian kosong itu? Insya-Allah mudah sahaja. Begitulah keupayaan generasi tua hari ini. Kemudian… ambil sehelai kertas kosong dan sebatang pen. Dalam masa dua minit, KITA PULA cuba senaraikan nama-nama ulama. Dapatkah kita memenuhkan helaian kosong itu? Begitulah keupayaan generasi tua hari ini. Dengan generasi tua dan generasi muda yang rata-ratanya sebegini, kita sudah boleh mengagak keupayaan generasi umat Islam yang akan datang. Adakah kita hendak membiarkan sahaja keadaan sebegini berterusan? Perubahan bermula pada diri sendiri. Jangan hanya berharap orang lain untuk berubah, melainkan kita sendirilah yang mesti berubah terlebih dahulu. Dan … perubahan itu mestilah bermula dari sekarang!

  • 57

    Tazkirah 46 : TAMBAH ILMU AGAMA, DAN SEBARKANNYA (Oktober 25, 2012) Ada orang bekerja, pendapatannya untuk diri sendiri pun tidak cukup. Ada orang bekerja, pendapatannya cukup-cukup sahaja untuk dirinya sendiri. Ada orang bekerja, pendapatannya lebih, sehingga dia boleh buat simpanan. Ada orang bekerja, pendapatannya lebih banyak, sehinggakan dia dapat berkongsi dengan orang lain melalui sedekahnya, hadiahnya, zakatnya, kendurinya, qurbannya……. Jenis yang terakhir inilah yang terbaik. Samalah halnya dalam menuntut ilmu agama. Ada orang belajar, untuk dirinya sendiri pun tidak cukup. Ada orang belajar, cukup-cukup untuk dirinya. Ada orang belajar, lebih, tetapi belum cukup untuk dikongsikan dengan orang lain. Ada orang belajar, lebih banyak, sehingga dia dapat berkongsi dengan orang lain, iaitu mengajarkannya. Jenis yang terakhir inilah yang terbaik. Begitulah kata Imam Al-Ghazali. Di manakah kita?

  • 58

    Tazkirah 47 : TINGKATKANLAH KEGHAIRAHAN DALAM BERAGAMA (Oktober 28, 2012) Gitar……. Jika talinya terlebih tegang, bunyinya lari dan kemungkinan putus. Jika talinya kendur, bunyinya sumbang dan rupanya juga jadi tidak menarik. Tali yang tidak terlebih tegang dan tidak kendur, akan menghasilkan bunyi yang sedap dan irama yang menawan. Begitulah halnya kita bermujahadah dalam hal ehwal keagamaan. Jangan terlebih ghairah untuk melakukan itu ini dalam agama. Dan jangan pula sampai tidak ada keghairahan untuk melakukan itu ini dalam agama. Teruskanlah keghairahan dalam hal ehwal agama tetapi dengan jalan yang sederhana. Masalahnya, ramai yang menyangkakan mereka sedang berada pada jalan yang sederhana, padahal sebenarnya mereka sedang berada dalam kekenduran. Mereka tidak punya keghairahan pun untuk mengusahakan itu ini dalam agama. Muhasabah diri. Adakah kita ghairah untuk agama dalam kehidupan kita sehari-hari?

  • 59

    Tazkirah 48 : SELAMILAH LAUTAN AGAMA (November 6 2012) Belajar ilmu-ilmu agama seumpama menyelam ke dalam lautan. Lagi diselam, lagi seronok. Lagi diselam, lagi banyak benda-benda hebat yang kita temui. Lagi diselam lagi berasa banyaknya kekurangan pengetahuan kita tentang isi lautan, membuatkan kita ingin lebih tahu dan lebih tahu lagi. Mula-mula terjun ke dalam laut, kita dikelilingi air. Kita seolah-olah sedang terapung-apung atau terbang dalam lautan air. Alangkah seronoknya. Kemudian kita nampak ikan-ikan. Pelbagai jenis, beribu-ribu jumlahnya. Alangkah seronoknya. Selam lagi, terjumpa pula haiwan-haiwan selain ikan. Selam dalam lagi, ternampak pula karang-karang laut yang berwarna-warni. Bertambah seronok, selam lagi. Ketemu pula haiwan-haiwan lautan yang aneh. Lebih dalam lagi, kelihatan pula haiwan-haiwan berlampu. Makin diselam makin seronok. Makin diselam makin mahu mengetahui ilmu atau rahsia seterusnya. Kalau kita tidak menyelam, kita rasa diri kita sudah cukup pengetahuan tentang lautan. Apabila menyelam, barulah terasa diri kita banyak yang tidak tahu. Begitulah halnya dengan mempelajari agama. Marilah kita sama-sama menyelam ke dalam lautan agama tanpa jemu. Insya-Allah kita akan bertemu dengan pelbagai keindahan di dalamnya.

  • 60

    Tazkirah 49 : SESUAIKAN TAHAP ILMU DAN AMAL AGAMA DENGAN ORANGNYA (November 7, 2012) Ada orang baru hendak belajar cara memanjat dan menuruni pokok kelapa. Kita gunakan jentera dan terus letakkan dia di pucuk pokok kelapa setinggi 30 kaki. Memanglah dia hebat dipandang orang kerana kedudukannya yang tinggi, tapi… bolehkah dia turun? Bolehkah dia memanjat? Hampir-hampir pasti tidak boleh, kerana dia tidak tahu cara memanjat atau menuruni pokok kelapa. Orang kedua kita letakkan di tengah-tengah batang pokok kelapa. Memanglah hebat dipandang orang. Bolehkah dia naik ataupun turun? Hampir-hampir pasti tidak boleh kerana dia tidak tahu pun cara memanjat atau menuruni pokok kelapa. Terpaksa kita panggil bomba untuk menyelamatkannya. Orang ketiga kita letakkan di perdu pokok kelapa. Dari situ dia belajar memanjat dan menuruni pokok kelapa sedikit demi sedikit. Bolehkah dia panjat dan turun? Insya-Allah boleh, kerana dia belajar dari bawah cara-cara untuk panjat dan turun. Pengajarannya, apabila kita baru-baru hendak mendalami ilmu-ilmu agama, jangan terlalu ghairah untuk terus belajar bahagian yang tinggi-tinggi, yang rahsia-rahsia. Kelak diri sendiri yang rosak binasa. Belajarlah beransur-ansur, mengikut sukatan pelajarannya dan mengikut keupayaan diri kita, dan mengikut panduan orang-orang lama. Guru-guru juga janganlah terlalu ghairah hendak meletakkan anak-anak murid mereka di maqam yang tinggi-tinggi. Kaji terlebih dahulu keupayaan si murid. Wallahua’lam.

  • 61

    Tazkirah 50 : TAMBAHKAN KEAKHIRATAN (November 7, 2012) Gaji tahunan tidak naik, kita bising. Bonus tahunan tidak diberi, jiwa kita memberontak. Tetapi apabila ilmu agama kita tidak bertambah berbanding tahun lepas, kita tidak pula rasa apa-apa. Amalan agama kita tidak meningkat, tidak pula timbul rasa tidak puas hati. Betul kan? Mula-mula bekerja 10 tahun dulu gaji kita RM 900. Sekarang sudah RM 3,000. Katakanlah majikan hendak batalkan gaji sekarang lalu beri gaji seperti 10 tahun dahulu sahaja. Mengamok tak? Tapi ilmu agama dan amal-amal kita hari ini lebih kurang sama sahaja dengan 10 tahun yang lalu, kalau bertambah pun sikit sahaja, tidak pula kita berasa apa-apa. Betul kan? Itulah kita. Kalau keduniaan kita tidak bertambah baik berbanding hari-hari semalam, kita sangat tidak berpuas hati. Tapi kalau keakhiratan kita tidak bertambah baik berbanding hari-hari semalam, kita tidak berasa apa-apa pun. Astaghfirullah……. Ingatan untuk diri…….

  • 62

    Tazkirah 51 : MANFAATKANLAH ANUGERAH CUTI (Disember 5, 2012) Atas kasih sayangNya, Allah menganugerahkan musim cuti sekolah kepada kita. Itulah masanya untuk guru-guru dan murid-murid menambah ilmu-ilmu dan amal-amal agama. Allah sedia tahu bahawa guru-guru dan murid-murid sangat sibuk sepanjang tahun pada hari-hari persekolahan, maka Dia memberi kelapangan kepada kita, agar kita punya ruang secukupnya untuk mendalami ilmu-ilmu agama dan mengamalkannya. Tidak ada alasan lagi untuk kita berikan kepada Allah SWT pada hari akhirat nanti, kononnya kita yang guru atau pelajar tidak punya ilmu agama yang utuh kerana kononnya kita tidak punya masa untuk mendalaminya. Nampak sangat bohongnya : )

  • 63

    Tazkirah 52 : BERUSAHALAH MEMILIH PASANGAN HIDUP (Disember 27, 2012) Ada suami yang soleh, berjiwa da’i lagi berilmu agama, begitu juga isterinya. Ada suami yang soleh, berjiwa da’i lagi berilmu agama, tapi isterinya tidak. Ada pula suami yang tidak/kurang soleh, tidak/kurang berjiwa da’i dan tidak/kurang berilmu agama, tapi isterinya ya. Ada juga suami dan isteri sama-sama tidak/kurang soleh, tidak/kurang berjiwa da’i dan tidak/kurang berilmu agama. Keempat-empat jenis pasangan yang disebutkan ini memang biasa kita lihat di sekeliling kita. Pelajaran yang mahu kita ambil ialah : Yang mana satu cita-cita/idaman/harapan kita (dan pasangan/bakal pasangan kita)? Dan……. Dalam kelompok mana kita (dan pasangan/bakal pasangan kita) berada sekarang? Dengan menjawab kedua-dua persoalan ini, insya-Allah jalan ke arah yang terbaik sudah mula terbuka, Cuma menunggu aksi kita seterusnya. Selepas mengambil pelajaran, sudah tentu ada refleksi/tindakannya, bukan sekadar ambil pelajaran sebagai hiburan hati. Sememangnya Allah yang menentukan segala, tapi yang sangat penting di sini ialah…… apa tindakan kita sekarang? Semoga bermanfaat. Wallahua’lam.

  • 64

    Tazkirah 53 : JANGAN BIARKAN HATI MATI (Disember 31, 2012) Istiqamah memasukkan ilmu-ilmu agama ke dalam diri setiap hari. Hari ini sudah ada ilmu agama yang baru yang masuk ke dalam diri? Semalam? Ataupun kekal hanya dengan ilmu yang dulu-dulu juga? Hitung diri sendiri... sudah berapa hari tidak ada ilmu-ilmu agama yang baru kita masukkan ke dalam diri kita? Isitiqamah menyebarkan agama setiap hari. Hari ini sudah menyampaikan apa-apa tentang agama kepada walau seorang? Semalam? Ataupun sudah lama tidak menyampaikan apa-apa berkaitan agama? Hitung diri sendiri, sudah berapa lama aku tidak memperkatakan tentang agama kepada orang lain? Hari ini sudah duduk dalam majlis ilmu agama? Belum? Semalam? Tak ada? Minggu lepas? Tak ada juga? Bulan lepas? Juga tak ada? Jadi... bila kali terakhir duduk-duduk dalam taman-taman syurga (iaitu majlis-majlis agama)? Bila kali terakhir berada di bawah naungan sayap para malaikat? Cuba jawab sendiri. Patutlah hidup tak ada ketenangan dan kebahagiaan……. Jika di dunia pun sudah tidak suka untuk duduk-duduk dalam taman-taman syurga, macam mana di akhirat nanti berharap untuk duduk dalam taman syurga sebenar? Patutlah agama dan umat Islam masih tertindas di seluruh pelusuk dunia. Begini rupa-rupanya perilaku dan perjuangan yang mengaku muslim....... Apabila agama dan umat Islam dizalimi, kita marahkan pihak-pihak yang menzalim, padahal kita sendiri tidak ada saham dalam memperjuang dan menyelamatkan agama dan umat Islam. Kesimpulannya, tindakan yang mesti kita ambil segera ialah :

  • 65

    1. Memasukkan sekuarang-kurangnya 1 ilmu agama yang baru ke dalam diri, setiap hari. 2. Menyampaikan sekurang-kurangnya 1 hal tentang agama kepada orang lain, setiap hari, sekalipun dengan hanya sepatah perkataan atau 1 isyarat. 3.Berada dalam majlis ilmu sekurang-kurangnya 1 kali dalam 3 hari. Jangan biar sampai 4 hari kosong tanpa majlis ilmu. Ketiga-tiga amalan ini akan mengelakkan hati daripada mati, insya-Allah. Kita memang tidak sedar yang hati kita sudah mati, orang yang melihat kita yang selalu menyedarinya. Hendak tahu petanda hati kita sudah mati? Apabila hati kita sudah mati, kita akan berasa tidak selesa dengan hal ehwal keagamaan, dan kita akan berusaha untuk mengelakkan dan menjauhkan daripada berbicara tentangnya. mengelak dan menjauhkan majlis-majlisnya, mengelak dan menjauhkan diri daripada orang-orangnya. Masing-masing boleh menilai diri sendiri. Semoga bermanfaat.

  • 66

    Tazkirah 54 : KEJAYAAN DI DUNIA DAN KEJAYAAN DI AKHIRAT (Januari 17, 2013) Murid : Cikgu, kenapa cikgu suka kaitkan pelajaran kita dengan agama? Guru : Kerana... saya memang sangat suka kalau kamu berjaya dalam pelajaran dan hidup, tapi saya lebih suka kalau kamu berjaya di akhirat. Kejayaan di dunia ini bertahan sekadar puluh-puluh tahun, tapi kejayaan di akhirat adalah untuk selama-lamanya.

  • 67

    Tazkirah 55 : DEKATKAN DIRI (Januari 26, 2013) Jika akhir-akhir ini diri kita berasa semakin jauhhhh daripada tarbiyyah, dakwah, majlis-majlis pengajian agama, orang-orang soleh, guru-guru.......(sedangkan dulunya kita agak/ memang rapat dengan semua itu)....... maksudnya ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupan kita kini. Mari 'check' amal-amal kita... (yang telah kita buat dan yang sedang kita buat) ....... mungkin ada jawapannya. Sebaliknya... jika akhir-akhir ini berasa diri semakin rapat dan erat dengan tarbiyyah, dakwah, majlis-majlis pengajian agama, orang-orang soleh, guru-guru... maksudnya Tuhan sedang menghalakan kita ke jalan-Nya. Ini salah satu cara saya bermuhasabah. Mungkin berkesan juga untuk anda. Ambil masa dan buat renungan kendiri... ke mana dan di mana kita akhir-akhir ini... Tidak sekadar merenung... bertindak! `

  • 68

    Tazkirah 56 : MENYUMBANGLAH UNTUK AGAMA DAN UMAT (Februari 8, 2013) Ada orang memperjuangkan dirinya sahaja. Ada orang memperjuangkan orang-orang yang disayanginya. Ada orang memperjuangkan keluarganya. Ada orang memperjuangkan masyarakatnya. Ada orang memperjuangkan negaranya. Ada orang memperjuangkan agamanya. Ada orang memperjuangkan umatnya. Ada orang memperjuangkan sejagat. Yang mana yang kita perjuangkan, dan yang mana yang kita tinggalkan selama hari ini? Kita lebih tahu diri kita. Cukupkah sekadar kita perjuangkan nombor satu sahaja? Cukupkah sekadar kita perjuangkan nombor satu, dua dan tiga sahaja? Apa akan berlaku kepada agama dan umat Islam jika semua umat Islam hanya mahu memperjuangkan yang nombor satu sampai nombor tiga sahaja? Jika umat Islam lemah, kita lebih salahkan musuh. Jika umat Islam teraniaya, kita lebih salahkan musuh. Tapi adakah kita secara aktif menyumbang apa-apa kepada agama dan umat Islam?

  • 69

    Tazkirah 57 : JANGAN MEMBERAT-BERATKAN DIRI MEMIKIRKAN REZEKI ORANG (8 Februari 2013) Ada kalanya fikiran kita berserabut, runsing dan jadi stress kerana kesalahan kita sendiri, iaitu kita suka sangat memikirkan rezeki orang lain, bukannya memikirkan rezeki kita. “Huh, orang depan tu sambung rumah dia pulak dah! Nak buat tempat letak kereta kot. Entah dari mana le dapat duit tu!” “Hah, orang macam dia tu boleh dapat kerja tu? Buta ke apa mata penemuduga tu. Baik lagi aku. Tak boleh jadi ni!” “Entahlah macam mana dia boleh naik pangkat. Padahal ramai lagi orang lama yang belum naik. Jangan-jangan ada sesuatu tak……?” ‘Eh, engkau tak tahu ke si A pakai kereta baru? Koyak plastik lagi! Dengar kata dia banyak hutang, beli pulak kereta baru. Tu mesti berlagak kalau lalu depan kita tu!” “Eleh, dia dulu pun teruk! Macam la orang tak kenal! Melepak tepi-tepi jalan, sembahyang pun tak! Tup tup sekarang dah jadi ustaz, berdakwah sana-sini. Tak payah la….!” Begitulah contoh rezeki-rezeki orang lain yang asyik merasuk pemikiran kita, sehinggakan begitu banyak masa kita terbuang hanya untuk memikir dan mempertikaikannya. Akhirnya kita sendiri stress, kerja tak siap, tak cukup masa, letih dan lain-lain. Bukan kata tak boleh langsung bersuara dan mengambil pelajaran daripada rezeki orang, tapi janganlah sampai fikiran kita terbeban pula memikirkan rezeki-rezeki orang lain sehinggakan kita stress. Biar cakap sekali lalu sahaja, lepas itu kita biarkan ia berlalu. Banyak lagi perkara bermanfaat yang boleh kita fikirkan.

  • 70

    Tazkirah 58 : TUNTUTLAH ILMU DAN SEBARKANLAH (Februari 19, 2013) Menuntut ilmu dan berdakwah itu seumpama makan dan buang air. Sebagaimana pada setiap hari kita mesti makan, mesti ada benda masuk ke dalam tubuh jasmani kita, seperti itu jugalah pada setiap hari mesti ada ilmu khususnya ilmu agama yang masuk ke dalam tubuh rohani kita. Sehari tanpa makanan, kita tak tertahan. Seperti itulah sepatutnya kita usahakan, tak tertahan sekiranya sehari tanpa input ilmu, khususnya ilmu agama. Banyak jenis makanan masuk ke perut kita, tetapi makanan ruji mestilah ada. Jika rujinya beras, nasilah. Jika rujinya gandum, rotilah umpamanya. Jika rujinya jagung, jagunglah. Ilmu agama ialah makanan ruji kepada tubuh rohani kita. Kita tak sepatutnya berpuas hati sekiranya dalam sehari tiada ilmu-ilmu agama yang masuk, walaupun pelbagai makanan tidak ruji lain iaitu ilmu-ilmu lain sudah banyak yang masuk. Istiqamahlah dengan rutin sebegini. Dakwah pula ibarat buang air. Ada sesiapa yang tidak buang air berupa air kecil, air besar ataupun berpeluh dalam sehari? Buang air ialah proses mengeluarkan sesuatu daripada dalam tubuh jasmani kita, dan ia mesti dilakukan pada setiap hari. Jika tidak dikeluarkan, tubuh kita tentunya kan berasa tidak sedap, tidak puas dan mungkin tidak sihat. Semestinya dakwah begitu juga. Pada setiap hari hendaknya kita keluarkan sesuatu daripada diri rohani kita dan sebarkannya kepada orang lain, walaupun sekadar satu perkataan ataupun satu gerakan. Pastinya kita tak sedap badan jika dalam sehari tidak makan dan buang air. Maka wajarlah berasa tak sedap badan (demam rohani) kalau sehari tanpa input ilmu dan output dakwah... mengikut kemampuan masing-masing. "Ilmu dan dakwah itu ibarat makan dan buang air, yang setiap hari ia mesti masuk ke dalam diri dan mesti keluar daripada diri."

  • 71

    Tazkirah 59 : FIKIR YANG BAIK-BAIK, CAKAP YANG BAIK-BAIK, BUAT YANG BAIK-BAIK (Mac 5, 2013) Awal pagi, elok kita niatkan : “Hari ini… aku akan fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, buat yang baik-baik sahaja.” Malam sebelum tidur… buat muhasabah : “Adakah hari ini aku berjaya fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, buat yang baik-baik?” Sejurus sebelum tidur niatkan lagi : “Aku akan fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, buat yang baik-baik.” Mohon Allah jayakan niat murni kita ini. Saranan kepada diri seperti ini dapat membantu dalam melakukan perubahan atau peningkatan diri. Ia dapat membentuk dan meningkatkan tenaga dalam. Boleh cuba. Hari ini mungkin kita akan berbual dengan kumpulan rakan-rakan kita. Sejurus sebelum pergi duduk dan berbual dengan mereka, cuba niatkan : “Aku akan fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, baik, buat yang baik-baik sahaja.” Tengok, diri kita boleh tahan tak daripada fikir perkara-perkara yang tak baik, cakap perkara-perkara yang tak baik, dan buat perkara-perkara yang tak baik ketika bersama-sama kumpulan rakan kita itu. Boleh cuba praktikkan.

  • 72

    Tazkirah 60 : KITA GURU JENIS YANG MANA? (Mei 15, 2013) Kita guru kategori yang mana? Ada guru yang bertungkus-lumus mahu menjayakan murid-muridnya dalam kehidupan di dunia (yang sementara, yang mungkin untuk hidup selesa selama 70-80 tahun). Ada guru yang bertungkus-lumus mahu menjayakan murid-muridnya dalam kehidupan di akhirat (yang selama-lamanya itu). Ada guru yang bertungkus-lumus mahu menjayakan murid-muridnya dalam kehidupan di dunia dan dalam kehidupan di akhirat. Tarbiyyahnya SEIMBANG. Kita guru kategori yang mana? Umumnya semua orang adalah guru kepada orang-orang di bawahnya. Ibu bapa guru kepada anak-anak. Pemimpin guru kepada rakyat. Abang kakak guru kepada adik-adik. Majikan guru kepada pekerja. Orang tua-tua guru kepada orang muda-muda. Dan sebagainya. Kita guru kategori yang mana? Seimbangkah tarbiyyah kita? Ke mana kita hendak membawa manusia?

  • 73

    Tazkirah 61 : RAJIN-RAJINLAH HADIRI MAJLIS AGAMA (10 Jun 2013). Sudah berapa lama kita tidak berada dalam majlis-majlis ilmu agama? Bila kali terakhir kita duduk dalam majlis agama? 3 hari yang lalu? 1 minggu yang lalu? 10 hari yang lalu? 2 minggu yang lalu? 1 bulan yang lalu? 40 hari yang lalu? Patutlah hati kita gelap. Pautlah hati kita sukar menerima agama. 3 bulan yang lalu? 1/2 tahun yang lalu? Tahun lepas? Beberapa tahun yang lalu? Lagilah........ Ya Allah, pilihlah kami untuk menjadi peserta majlis-majlis ilmu agama sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

  • 74

    Tazkirah 62 : JERNIHKAN JIWA DARI JEREBU (Jun 23, 2013) Jerebu di luar, kita seorang... tiada daya. Tapi jerebu dalam jiwa/hati, kita boleh jernihkan melalui jalan tasawuf. Sibuk dengan jerebu di luar tu, sibuklah juga, Tapi kena lebih sibuk dengan jerebu dalam diri. Aku... lebih sibuk dengan jerebu yang mana? Apabila jerebu dalam diri semakin kurang, pandangan mata hati semakin jelas, hati/jiwa akan semakin tenang, hidup semakin bahagia. Jerebu jiwa/hati apabila ia pergi perginya membawa fikiran kita yang buruk, kata-kata kita yang buruk, dan perbuatan kita yang buruk. Dan tinggallah hanya yang baik-baik sahaja. Mari kita jernihkan alam sekeliling hati/jiwa kita. Kita pohonkan agar Allah kurniakan cuaca yang baik, agar mata hati/jiwa kita sedap bernafas, sedang memandang, sedap merasa.

  • 75

    Tazkirah 63 : NILAILAH DUNIA INTERNETMU (Julai 2, 2013) Ada orang yang buka-buka sahaja internet, kerja-kerja agama terlebih dahulu, walaupun sekejap, barulah urusan-urusan lain. Ada orang yang buka-buka sahaja internet, urusan-urusan lain terlebih dahulu, tapi kerja-kerja untuk agama tidak ditinggalkannya, cuba diseimbangkannya. Ada orang yang buka-buka sahaja internet, urusan-urusan lain terlebih dahulu, barulah kerja-kerja agama, sambil-sambil, jika ada lebihan masa. Ada orang yang buka-buka sahaja internet, untuk urusan-urusan lain sahaja. Urusan yang khusus untuk agama, tidak termasuk.

  • 76

    Tazkirah 64 : BESAR JUMLAH VS BESAR PENGORBANAN (Julai 25, 2013) Encik Alif mengeluarkan RM 1,000 setiap bulan pada jalan Allah (banyak tu)... daripada RM 20,000 pendapatan bulanannya... (5%). Hebatnya Encik Alif. Sekalong tahniah buat Encik Alif. Encik Ba mengeluarkan RM 200 setiap bulan pada jalan Allah (alahai, ciputnya)... daripada RM 2,000 pendapatan bulanannya... (10%). Hebat lagi Encik Ba. Dua kalong tahniah kepada Encik Ba. Besar jumlah memang hebat, besar pengorbanan lebih hebat.

  • 77

    Tazkirah 65 : KENALILAH ALLAH, SEKURANG-KURANGNYA SEBELUM MATI (Julai 27, 2013) Mencari Pak Awang tanpa mengenali Pak Awang, memungkinkan kita tersalah orang. Memburu badak tanpa kita mengenal badak, memungkinkan kita tersalah tembak. Mengumpul cendawan tanpa kita mengenal cendawan, memungkinkan kita tersalah makan. Menyembah Allah tanpa mengenal Allah, memungkinkan kita tersalah sembah. Sudahkah kita mengenal Allah? Ataupun selama ini kita hanya sekadar tahu bahawa Tuhan kita ialah Allah? Benarkah selama ini kita berabdi dan menyembah Allah? Ataupun tanpa kita sedari sebenarnya kita tersembah makhluk Allah yang kita sangka sebagai Allah? Ataupun selama ini kita tersembah makhluk yang 'bercampur' dengan Allah? (Maksudnya menyekutukan Allah) Berawas wahai teman! Hendak menyembah raja tetapi tersembah selain baginda, boleh bercerai badan dengan kepala. Hendak menyembah Allah tetapi tersembah selain-Nya. segala amal menjadi debu belaka.

  • 78

    Jangan sengaja kita persiakan segala amal amal fardhu dan amal sunat segala usaha dakwah dan segala jihad segala hafazan dan segala aurad segala tulisan dan segala kalimat hanya kerana... kita tidak mengenal Tuhan. Walau semasyhur mana guru, walau sebesar mana jemaah, walau sebanyak mana sanad, walau selama mana bersama-sama mereka, tapi tidak ditarbiyyah untuk mengenal Allah yang menyebabkan sampai sekarang kita belum mengenal Allah... ... silalah bermuhasabah. Di mana diri kita hari ini? Ke mana diri kita dibawa selama ini? Ke mana kita membawa diri kita sendiri selama ini? Adakah esok masih mahu kekal seperti hari ini? Tersalah menyembah raja, tinggal badan putus kepala. Tersalah menyembah Raja Segala Raja, terhapus amal lenyap pahala. Sudah faham kenalah usaha. Tidak sekadar mengangguk sahaja. Sudah diperingat, dan masih ada masa. Jangan tunggu Malaikat Maut tiba. Doa sebelum usaha doa semasa usaha doa selepas usaha Tiga peringkat doa diamalkan sentiasa.

  • 79

    Ya Allah, anugerahkanlah kami kenikmatan mengenal-Mu dan kenikmatan berabdi kepada-Mu. Amin ya Allah. (*Kepada para pengikut kuliah kitab Ihya' 'Ulumuddin, teruskan pengajian anda, istiqamah dari mula, insya-Allah apa yang kita hajat ada di sana)

  • 80

    Tazkirah 66 : BACALAH JUGA TERJEMAHAN AL-QURAN (Ogos 6, 2013) SITUASI 1 @ Awang, engkau rajin baca Quran tak? # Boleh le… @ Setiap hari? # Sehari 1 juz. Sebulan sekali khatam. @ Alhamdulillah, syukur. Syabas Awang! # Dah biasa. Kalau bulan Ramadhan, 2 kali khatam. Orang tua aku 3 kali khatam. @ Bagus tu! Bukan senang nak dapat. Err… maksud ayat-ayat Al-Quran, ada baca tak? # Eh, takde le pulak! Aku baca yang Arabnya je le. @ Ooo… rugi banyak tu, baca saja tapi tak tahu makna, tak tahu cerita! # Ye tak ye, aku ni hebat tentang membunyi, membaca dan melagukan je, tapi tak kisah pun tentang isi cerita Al-Quran. Macam burung kakaktua le pulak rasanya. Hmmm… @ Itu le… kalimah-kalimah Arab tu memang sangat penting, tapi isi kandungan dia lebih penting. # Kalau macam tu, aku bercadang nak baca setengah juz sehari, dan lepas tu baca terjemahannya setengah juz juga. Ok tak? @ Cantik! Ikut kemampuan masing-masinglah, asalkan tahu serba-sedikit apa isi cerita yang Tuhan nak sampaikan kepada kita. Tuhan bukan nak kita sekadar membunyikan kalimah, membaca dan melagukannya, tapi untuk mengambil tahu dan mengamalkan isinya. Lainlah kalau kita ni memang mahir bahasa Arab Al-Quran (bukan bahasa Arab biasa), tak perlulah baca terjemahan atau tafsirannya.

  • 81

    # Memang cantik kalau budaya membaca Al-Quran masyarakat kita ni ditajdidkan. Lepas habis baca, baca terjemahannya. Kalau dapat baca tafsir laaagi cantik molek. SITUASI 2 (Malam raya Aidl Fitri) @ Alhamdulillah… dalam bulan posa ni aku dapat la habih 5 kali Quran. # Alhamdulillah! Memang baguih sangat, tak ramai orang yang Tuhan pilih untuk habih ulang habih ulang Quran dalam bulan posa ni. Emm… terjemahan dia berapa kali habih ulang? @ Errr… tak dak la pulak aku baca terjemahan ka… tafsir ka… # Jadi… sepanjang bulan posa ni, apa cerita yang hang dapat daripada pembacaan Quran hang tu? @ Err… tak tau cerita apa la, cuma baca yang Arab dia la. # Untung memang untung dah, tapi…. tak rasa rugi ka baca Quran 5 kali khatam dalam keadaan tak dapat apa-apa mesej daripada Allah kat dalam tu? Baca paper (akhbar) orang putih ulang 5 kali tapi tak tau apa cerita. Tak dak ra