koleksi-soalan-psk

Upload: daun-pise

Post on 07-Mar-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bengkel soalan psk

TRANSCRIPT

Nama:

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Kecemerlangan diri bagi seseorang murid biasanya

dikaitkan dengan A seseorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi.

B kejayaan dalam bidang akademik dan

kokurikulum.

C kemahiran berkomunikasi sesama rakan.

D kemahiran menyelesaikan masalah peribadi.

2 Ciri-ciri berikut menunjukkan perwatakan terpuji

murid, kecuali

A berbudi bahasa.

B belajar bersungguh-sungguh.

C sentiasa berfikiran positif.

D mengharapkan balasan ketika bertugas.

3 Antara berikut, yang manakah halangan dalam komunikasi?

A Jarak antara dua penutur.

B Bahasa yang tidak difahami.

C Bunyi radio yang kuat.

D Gerak badan pemberi maklumat.

4 Mengapakah kita perlu membuat refleksi diri?

A Untuk mencatat peristiwa dalam diari.

B Untuk membuat perbandingan dengan orang lain.

C Untuk membaiki kelemahan diri.

D Untuk memastikan kita dihormati oleh rakan.

5 Mengapakah kecemerlangan pendidikan dikatakan asas kepada pencapaian kerjaya idaman?

A Mendapat ganjaran yang lumayan daripada pihak syarikat.

B Ilmu dan kepakaran boleh dimanfaatkan untuk kesejahteraan semua.

CMajikan akan memuji dan menghargai kecemerlangan pendidikan seseorang individu.

D Seseorang individu akan mudah mendapat kedudukan penting dalam kerjaya.

6 Penampilan perwatakan individu akan menentukan kecemerlangan dirinya. Berikut merupakan sifat- sifat perwatakan terpuji, kecuali A gigih dan berani.

B berserah kepada takdir.

C membuat keputusan sendiri. D rasional dalam mengambil risiko.

7 Sifat-sifat seperti daya juang dan daya saing yang tinggi perlu disertai dengan

A keazaman. B penaakulan.

C keprihatinan. D perasaan simpati.

8 Keupayaan menilai kelebihan dan kekurangan diri merujuk kepada aspek

A penaakulan. B berfikir secara rasional.

C komunikasi yang berkesan. D kemahiran membuat refleksi.

9 ________________ dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan akan membolehkan orang lain menaruh kepercayaan kepada kita.

A Kejujuran. B Keberanian.

C Keseronokan. D Kesederhanaan.

10 Selain pencapaian pendidikan, kecemerlangan diri juga perlu disertai dengan

A fizikal yang sempurna. B perwatakan yang terpuji.

C pemikiran yang lurus. D daya saing yang keterlaluan.

11 Manakah yang berikut merupakan sikap membuat

refleksi untuk kejayaan diri?

A Bertolak ansur dan bertoleransi. B Tidak yakin dengan keupayaan diri.

C Berbincang dengan individu yang

berpengalaman. D Menggunakan bahasa yang sopan dan berhemah.

12 Persengketaan dalam keluarga tidak akan berlaku sekiranya

A anggota keluarga pandai mencari kelemahan masing-masing.

B anggota keluarga bertolak ansur antara satu sama lain.

C anggota keluarga berkira ketika member

sesuatu pertolongan.

D anggota keluarga menjauhkan diri daripada perbincangan keluarga.

13 Peranan anda sebagai anak dalam keluarga ialah

A menyelesaikan konflik antara ibu dengan bapa.

B menyediakan tempat tinggal yang selesa.

C meringankan beban keluarga dalam semua aspek.

D memenuhi kehendak anda sebagai remaja.

14 Adik dimarahi oleh ibu kerana tidak mengunci pagar di luar rumah. Sebaliknya, adik mengatakan bahawa andalah yang sepatutnya

mengunci pagar tersebut.

Apakah peranan anda dalam situasi di atas?

A Memarahi adik kerana menuduh anda.

B Mereka cerita untuk membuktikan kesalahan adik.

C Mengungkit kesalahan yang pernah dilakukan oleh adik.

D Menceritakan hal sebenar yang menyebabkan anda terlupa berbuat demikian.

15 Peribahasa manakah yang tidak menggambarkan ikatan kekeluargaan yang erat?

A Bagai pungguk merindukan bulan.

B Bagai aur dengan tebing.

C Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

D Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.

16 Mengapakah setiap keluarga digalakkan menyambut hari khas dalam keluarga?

A Untuk mengingati hari khas tersebut.

B Untuk mengekalkan struktur keluarga.

C Untuk memberikan penghargaan kepada ahli keluarga.

D Untuk membolehkan setiap ahli keluarga memberikan hadiah kepada kita.

17 Bagaimana cara untuk menangani konflik dalam keluarga?

A Melarikan diri dari rumah.

B Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

C Mengadakan perbincangan dengan ahli keluarga.

D Mendedahkan masalah yang dihadapi kepada pihak luar.

18 Apakah kesan buruk penglibatan seseorang dalam gejala negatif kepada ahli keluarga yang lain?

A Menambahkan tanggungjawab ahli keluarga.

B Menyusahkan ahli keluarga meneruskan kehidupan.

C Merapatkan hubungan antara ahli dalam keluarga.

D Mencemarkan maruah dan nama baik keluarga.

19 Bagaimanakah kita boleh mewujudkan perpaduan dalam keluarga?

A Mengawal pergerakan ahli keluarga.

B Mengamalkan ajaran agama.

C Berkasih sayang antara anggota masyarakat.

D Mengambil berat masalah rakan-rakan.

20 Segala masalah dan kesulitan yang dihadapi hendaklah diluahkan agar

A mengekalkan reputasi diri.

B mudah untuk berkomunikasi.

C tidak membebankan diri sendiri.

D mendapat penghargaan daripada keluarga.

21 Hubungan kekeluargaan yang terjalin tidak mungkin dapat dipisahkan, bak kata pepatah

A air dicincang tidak akan putus.

B melentur buluh biarlah dari rebungnya.

C ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

D bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.

22 Antara berikut, yang manakah cara-cara menghargai anggota keluarga?

A Membelikan hadiah yang mahal untuk mereka.

B Memenuhi segala kemahuan mereka.

C Mengharapkan balasan apabila dibantu.

D Mengucapkan kata-kata sayang kepada mereka.

23 Apakah kebaikan mengadakan sambutan Hari Ibu dalam keluarga?

A Untuk mendapatkan pujian daripada ibu.

B Untuk mendapatkan ganjaran daripada ibu bapa.

C Untuk mengiktiraf ibu sebagai tokoh wanita.

D Untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibu.

24 Abang menduduki tempat pertama dalam pertandingan nyanyian. Apakah tindakan yang sewajarnya anda lakukan? A Memperlekehkan kebolehan abang.

B Mencabar abang untuk bersaing.

C Mengejek- ejek kemenangan abang.

D Memberikan ucapan tahniah kepada abang.

25 Rajoo akan menyambut Hari Deepavali pada minggu hadapan. Apakah perkara yang wajar Rajoo lakukan untuk menunaikan tanggungjawab dalam keluarga?

A Membantu ibunya mengemas rumah.

B Melakukan aktiviti harian seperti biasa.

C Mengajak rakan-rakannya datang ke rumah.

D Menyediakan semua makanan tradisional masyarakat India.

26 Bagaimanakah anda boleh memberikan sumbangan dalam majlis sambutan hari lahir adik?

A Meminta upah kerana turut membantu.

B Membiarkan ahli keluarga menyediakan

persiapan.

C Bekerjasama dengan ahli keluarga membuat persiapan.

D Membantu ibu menyiapkan persiapan setelah

dipujuk.

27 Mengapakah anak-anak perlu berbincang dengan ibu bapa apabila berhadapan dengan masalah?

A Supaya ibu bapa sentiasa berfikir.

B Untuk menggelakkan salah faham dengan

ibu bapa.

C Untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik.

D Untuk mengelakkan diri daripada dimarahi oleh ibu bapa.

28 Bagaimanakah kasih sayang dan hubungan erat dalam keluarga dapat dikekalkan?

A Memastikan aktiviti keluarga diadakan di tempat peranginan.

B Menyambut upacara agama dan perayaan bersama-sama keluarga.

C Menunjukkan kelebihan keluarga kepada orang lain.

D Berbincang dengan ahli keluarga selepas

masalah timbul.

29 ______________yang baik akan menjamin perhubungan yang baik dalam keluarga.

A Perhimpunan B Perpaduan C Komunikasi D Peranan

30 Konflik akan berlaku apabila anggota keluarga _____________dan __________antara satu sama lain.

A bosan, waswas B membenci, ragu-ragu

C bertanggungjawab, sayang D tidak sepakat, berselisih faham

31 Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen. Siapakah yang menjadi Ketua Negara?

A Perdana Menteri.

B Timbalan Perdana Menteri.

C Sultan.

D DYMM Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.

32 Proses ____________membolehkan rakyat memilih pentadbir negara.

A demokrasi

B pilihanraya

C perundangan

D persidangan parlimen

33 Kerajaan Malaysia terdiri daripada _______________dan _______________. A kerajaan campuran, kerajaan negeri

B kerajaan pusat, Dewan Negara.

C kerajaan pusat, kerajaan negeri.

D kerajaan negeri, Dewan Undangan Negeri.

34 Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal- ehwal perundangan peringkat Persekutuan?

A Parlimen.

B Mahkamah.

C Kerajaan negeri.

D Dewan Undangan Negeri.

35 Pilihan raya di negara kita diadakan ____________tahun sekali.

A dua

B tiga

C empat

D lima

36 Setiap negeri di Malaysia mempunyai struktur pentadbiran dan kuasa kerajaan masing-masing

yang dinamakan kerajaan negeri. Namun, kerajaan negeri masih perlu mengekalkan kuasa __________yang tertentu.

A kehakiman

B kerajaan pusat

C Menteri Besar.

D Ketua Menteri.

37 Kerajaan demokrasi bermaksud

A kerajaan yang diperintah oleh raja.

B kerajaan yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong.

C kerajaan yang mengamalkan sistem monarki.

D kerajaan yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk membuat keputusan.

38 Negara ___________tidak mengamalkan sistem demokrasi.

A India

B Australia.

C Afrika Selatan.

D Brunei Darussalam.

39 Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia adalah berpandukan

A Perdana Menteri.

B undang-undang. C Perlembagaan Malaysia.

D Yang di-Pertuan Agong.

40 Apakah kepentingan Perlembagaan Malaysia kepada pemerintahan negara?

A Kerajaan bebas memimpin rakyat.

B Hak asasi dan kebebasan rakyat.

C Rakyat tidak berpeluang menjadi pemimpin.

D Kerajaan negeri bersaing dengan kerajaan persekutuan.

41 Setiausaha Majlis Raja-raja juga dikenali sebagai

A sultan.

B Yang Dipertua Negeri.

C Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

D Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

42 Siapakah yang mempengerusikan persidangan Majlis Raja-raja yang diadakan tiga atau empat kali setahun?

A Perdana Menteri.

B Menteri Besar.

C Raja Melayu.

D Yang di-Pertuan Agong.

43 _____________akan mengiringi Yang di-Pertuan Agong ke persidangan atau mesyuarat Majlis Raja-raja.

A Perdana Menteri

B Menteri Besar

C Raja Permaisuri Agong.

D Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

44 Kerajaan membangunkan kemudahan dan perkhidmatan dalam negara semata-mata untuk

A meningkatkan keuntungan negara. B bersaing dengan negara jiran.

C menjamin kesejahteraan rakyat.

D membelanjakan wang dengan berhemat.

45 Setiap pandangan atau pendapat yang dikemukakan perlu melalui

A saluran yang betul.

B penulisan surat rasmi.

C tindakan yang agresif.

D perbincangan yang matang.

46 Warganegara Malaysia boleh menjaga nama baik negara sekiranya

A memuji-muji keistimewaan negara.

B mengancam keselamatan pelancong asing.

C menunjukkan tingkah laku yang negatif.

D mengamalkan sikap bersopan santun kepada pelancong asing.

47 Perlakuan yang manakah menunjukkan amalan berterima kasih kepada negara?

A Menjaga kemudahan awam yang disediakan.

B Merendah-rendahkan kepimpinan Perdana Menteri.

C Memberi maklumat sulit kerajaan kepada negara luar.

D Memburuk-burukkan pemimpin yang tidak disukai.

48 Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan bersuara?

A Kebebasan untuk membahaskan isu yang sensitif.

B Kebebasan individu untuk bercakap perkara yang disukainya.

C Kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat dengan batasan tertentu.

D Kebebasan menyuarakan pendapat yang dipengaruhi oleh orang lain.

49 Mengapakah kita perlu membentuk sahsiah kanak-kanak sejak dari kecil?

A Kerana perkara tersebut wajib dilakukan.

B Kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara.

C Kerana mereka bersikap degil dan tidak mendengar kata.

D Kerana mereka masih kecil dan tidak mengerti apa-apa.

50 Apakah kesan sekiranya kita mengabaikan tanggungjawab sebagai pengundi?

A Pemimpin akan dipilih sendiri oleh kerajaan.

B Timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.

C Amalan demokrasi tidak akan berjalan dengan lancar.

D Pemimpin yang dipilih bukan daripada golongan yang berkelayakan.

--------- SOALAN TAMAT -----------------

SKEMA JAWAPAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN DUA 1. B 16.D 31.D 46.D

2. D 17. B 32.B 47.A3. B 18. C 33.C 48.C4. C 19. B 34.A 49.B5. D 20. C 35.D 50.C 6. B 21. B 36.B7. A 22. C 37.D8. D 23. D 38.D9. A 24. A 39.C10. B 25. C 40.B11. C 26. A 41.C12. B 27. C 42.C13. D 28.B 43.A14. B 29. C 44.C15. D 30. D 45.APAGE 1