koleksi karangan

6
Tajuk : Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak faedah. Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu.Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin. Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang. Tajuk : Faedah Bersukan

Upload: ferraleny-doline

Post on 12-Dec-2015

265 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

koleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Koleksi Karangan

Tajuk : Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan

kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan

persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan

kokurikulum mendatangkan banyak faedah.

Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang. Dengan

menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal

atau kacang hantu.Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak

dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap

petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada

pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli

jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan

belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar

daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti

kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin. 

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk

disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin

susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan

mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya. 

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan

kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk

menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak

mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang

cemerlang.

Page 2: Koleksi Karangan

Tajuk : Faedah Bersukan

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan

kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti

sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.

Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita

berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan

mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita

menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.

Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah

kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa

mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur

sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan

perpaduan antara kaum dapat dipupuk. 

Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara

bermanfaat.Sesi latihan  permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu

lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada

terjebak dalam gejala sosial.  

Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya

kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri

mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita

telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin

bertambah.  

Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-

sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang

cerdas dan cergas.

Page 3: Koleksi Karangan

Tajuk : Aku Sehelai Kemeja

Aku sehelai kemeja. Namakuku Boss. Aku dilahirkan di sebuah kedai jahit yang terletak di

Pulau Pinang. Badanku dihiasi dengan corak-corak menarik yang dilukis sendiri oleh

tuanku . Selepas aku di lahirkan, aku telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak dan

kemudian dimuatkan ke dalam lori. Aku telah di hantar ke sebuah gedung pakaian di

Selangor.

Aku telah dipamerkan di suatu sudut bersama-sama rakanku yang lain. Tanda harga

yang diletakkan pada badanku ialah RM120.00. Aku berasa amat bangga kerana dalam

kalangan rakanku, akulah yang paling mahal.  Banyak orang yang memandangku dan

memuji akan kecantikanku.

Namun, tiada siapa yang sudi membeliku kerana hargaku yang agak mahal. Setelah

seminggu aku dipamerkan  di situ, aku telah dibeli oleh seorang pemuda yang bernama

Zafran. Zafran memakaiku pada suatu majlis keramaian di sebuah hotel. Kawan-kawan

Zafran memujiku. Setiap kali sebelum dipakai, Zafran akan menggosokkan badanku dengan

seterika yang panas. Aku berasa amat seronok kerana tuanku amat menyayangiku dan

dijaga dengan elok.

Pada suatu hari, Zafran telah meletakkan aku di atas katil di biliknya. Seekor kucing

telah duduk di atas badanku.Tanpa disedari, badanku telah terguris dan koyak kerana

terkena kuku kucing yang tajam itu. Zafran tidak mengetahui apa-apa yang berlaku kepada

diriku. Apabila Zafran datang dan mengambilku, didapatinya badanku telah terkoyak.

Dengan perasaan amat marah dan kecewa, aku dicampakkan ke hadapan pintu bilik

air. Kini, aku dijadikan sebagai alas kaki sehingga akhir hayatku.

Page 4: Koleksi Karangan

Tajuk : Faedah Menabung

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka

menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita.

     Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh

sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa

bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan

ke dalam tabung.

     Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh

digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke

universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan

diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat

cermat dan berdikari itu.

     Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit

wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh

digunakan jika  ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu

meminta-minta kepada orang lain. 

     Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di

dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh

digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan

selesa dan tidak menyusahkan orang lain.

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata

pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung

dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Page 5: Koleksi Karangan

Tajuk : Kepentingan Alam Sekitar

Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai,tumbuh-tumbuhan,dan bukit-

bukau. Kita perlu memelihara keseimbangan alam sekitar.Alam sekitar yang bersih akan

menjadikan kehidupan kita lebih baik.

    Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita.Alam sekitar yang terpelihara akan

dapat mendamaikan jiwa kita.Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan tempat

tinggal.Selain itu,alam sekitar yang tidak  tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai

pelancong.

     Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam

keseimbangan alam.Tumbuh-tumbuhan mengeluar kan gas oksigen.Gas oksigen ini

diperlukan oleh manusia untuk pernafasan.Haiwan juga memerlukan tumbuh-tumbuhan

untuk dijadikan suber makanan.

    Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara.Hutan tebal yang

menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan.Kawasan hutan menjadi habitat

pelbagai jenis haiwan seperti harimau,singa dan gajah.Aktiviti pembalakan dan pertanian

perlu dikawalkan agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

    Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang perlu

dipelihara.Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada kita.Lautan yang terbertang

luas menjadi tempat nelayan menangkap pelbagai jenis ikan.Kita perlu memelihara sungai

dan lautan agar tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.

    Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran.Alam sekitar

yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.Alam sekitar yang terpelihara

merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan datang.