koleksi hadis pilihan

6
SIKAP MUKMIN SEJATI Surah al-Maidah (4) ayat 1 "Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian". Dari Abdullah bin Amru bin Al-As r.a. : Seseorang telah bertanya Rasulullah s.a.w., “Apakah sifat orang Islam yang paling baik?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seseorang yang menyelamatkan orang-orang Islam dengan lidah dan tangannya”. Dari Jarir bin Abdullah r.a. katanya : Aku berbaiah kepada Rasulullah s.a.w. untuk selalu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat baik terhadap setiap Muslim Dari Abu Hurairah r.a. : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kamu. Sesiapa membenci ayahnya bererti dia kafir”. Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. pernah ditanya, “Apakah amalan yang paling utama?”. Baginda bersabda, “Beriman kepada Allah”. Sahabat bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jihad pada jalan Allah iaitu berjuang pada jalan Allah” dan sahabat bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima”.

Upload: aminoor-syahfizan

Post on 21-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

koleksi hadis tentang sifat manusia, pemimpin dan akhlak

TRANSCRIPT

Page 1: KOLEKSI HADIS PILIHAN

SIKAP MUKMIN SEJATI

Surah al-Maidah (4) ayat 1

"Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian".

Dari Abdullah bin Amru bin Al-As r.a. :

Seseorang telah bertanya Rasulullah s.a.w., “Apakah sifat orang Islam yang paling baik?”

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seseorang yang menyelamatkan orang-orang Islam dengan

lidah dan tangannya”.

Dari Jarir bin Abdullah r.a. katanya :

Aku berbaiah kepada Rasulullah s.a.w. untuk selalu mendirikan sembahyang,

mengeluarkan zakat dan memberi nasihat baik terhadap setiap Muslim

Dari Abu Hurairah r.a. :

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kamu.

Sesiapa membenci ayahnya bererti dia kafir”.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya, “Apakah amalan yang paling utama?”. Baginda bersabda,

“Beriman kepada Allah”. Sahabat bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Rasulullah s.a.w.

bersabda, “Jihad pada jalan Allah iaitu berjuang pada jalan Allah” dan sahabat bertanya lagi,

“Kemudian apa?”. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima”.

Dari Aisyah r.a. :

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Janganlah sekali-kali salah seorang di antara kamu

berkata : Celaka sekali aku!, akan tetapi sebaiknya dia berkata : Susah sekali aku!”.

Hadis Riwayat Atthurmidzi :

Nabi s.a.w. bersabda; ‘‘Dua sifat yang tidak terdapat dalam hati seorang mukmin ialah; 1.

kikir (bakhil) 2. budi pekerti yang jahat.’’

Page 2: KOLEKSI HADIS PILIHAN

Hadis Riwayat Atthabarani :

Nabi s.a.w. bersabda; ‘‘Siapa yang sembahyangnya tidak dapat mencegahnya dari

melakukan kekejian dan kemurkaan, maka tiadalah pertambahannya melainkan

bertambah jauh dari Allah.’’

Hadis Riwayat Bukhari & Muslim :

Nabi s.a.w. bersabda; ‘‘Kamu akan dapati sejahat-jahat orang itu ialah yang bermuka dua,

yang datang ke sini dengan satu muka dan ke sana dengan satu muka lain.’’

Nabi s.a.w. bersabda; ‘‘Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia,

jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah engkau doakan kepadanya.’’ – Riwayat

Muslim

Daripada Kaab b. Iyad r.a. :

Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; ‘‘Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada

ujian dan ujian bagi umatku ialah harta.’’ - Riwayat At-Tirmidzi

Dari Abu Hurairah r.a. :

Rasulullah s.a.w. bersabda; ‘‘Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan

dari mana mendapat harta, apakah dari sumber halal atau haram.’’

Page 3: KOLEKSI HADIS PILIHAN

MENIPU, MENCACI & MEMFITNAH

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya :

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mencaci dan memaki orang-orang Islam adalah fasiq dan

memerangi mereka adalah kafir”.

Dari Huzaifah r.a. katanya :

Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak masuk Syurga orang yang suka

menabur fitnah”.

Dari Abu Darda r.a. :

Rasulullah s.a.w. telah bersabda; ‘‘Orang-orang yang suka mengutuk tidak dapat memberi

syafaat dan memberi kesaksian pada hari kiamat.’’

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Tiga perkara, sesiapa yang berada di dalamnya, maka dia adalah munafik, walaupun dia

berpuasa, sembahyang dan mengaku dirinya seorang Muslim. (Perkara itu ialah) Apabila

bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila dipercayai dia

khianat.” – Riwayat Bukhari dan Muslim

Page 4: KOLEKSI HADIS PILIHAN

SIFAT PEMIMPIN

Dari Abu Hurairah r.a. :

Nabi s.a.w. telah bersabda; ‘‘ Melihatlah kepada orang yang lebih rendah darimu dan jangan

melihat orang yang lebih tinggi. Itulah tembok kukuh supaya kamu tidak menghina

pemberian Allah kepadamu.’’

Dari Abu Hurairah r.a. :

Rasulullah s.a.w. bersabda; ‘‘Tiga macam orang yang tidak diterima Allah ucapan

syahadahnya ialah orang yang liwath (homosexual), orang yang bersihaaq (lesbian) dan

imam (raja) yang zalim.’’ - Riwayat Atthabarani

Dari Abu Hurairah r.a. :

Rasulullah s.a.w. bersabda; ‘‘Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah dihadapan dan seburuk-buruk

ialah dibelakang, sebaik-baik saf bagi wanita ialah dibelakang dan seburuk-buruknya

dihadapan.’’ - Sahih Muslim

Dari Ma'qil bin Yasar r.a. :

Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah

untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah

mengharamkan ke atasnya Syurga”.

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya;

‘‘Sampaikanlah hajat orang yang tidak berdaya memenuhi hajatnya sendiri. Maka

sesungguhnya orang yang menyampaikan hajat seseorang yang tidak mampu

menyampaikan hajatnya kepada pemerintah, Allah akan menetapkan dua kakinya diatas

Sirot (di Akhirat) pada waktu manusia tergelincir.’’ - Riwayat Hindun bin Abi Halah

Page 5: KOLEKSI HADIS PILIHAN

Dari Abu Hurairah r.a. :

Rasulullah s.a.w. telah bersabda; ‘‘Yang bernama pendekar bukan orang yang banyak

menjatuhkan lawan tetapi pendekar sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya

ketika sedang marah.’’