kokum hbef2803

7
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2014 HBEF 2803 : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN (T2A2) SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS (SMP KHAS) NAMA : MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH NO.MATRIKULASI : 731208125515001 NO.KAD PENGENALAN : 731208125515 NO.TELEFON : 013 8927731 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM TAWAU, SABAH.

Upload: zauhari-hussein

Post on 18-Jul-2015

895 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kokum hbef2803

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2014

HBEF 2803 :

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

(T2A2)

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )

DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS (SMP KHAS)

NAMA : MOHAMAD FAUDZI BIN

MOHAMAD SALEH

NO.MATRIKULASI : 731208125515001

NO.KAD PENGENALAN : 731208125515

NO.TELEFON : 013 8927731

E-MAIL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM TAWAU, SABAH.

Page 2: Kokum hbef2803

HBEF 2803 ( T2A2 ) PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

2

TAJUK 2 : MOTIVASI PELAJAR

PEMBENTANG : TUAN HAJI IBRAHIM BIN SAKIMIN

Ketua Penolong Pengarah, Sektor Standard & Verifikasi

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia

Guru yang memiliki sifat profesionalis, beretika dan berakauntabiliti sangat perlu

diwujudkan kerana peranannya menyumbang impak yang positif terhadap warga yang

terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam dunia pendidikan. Bertitik-tolak daripada

kenyataan tersebut, sudah semestinya terdapat pelbagai inisiatif telah diimplimentasikan dan

digembleng demi hasrat untuk memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan

negara. Hasil didikan dan bimbingan daripada para guru yang cemerlang terbukti telah

menghasilkan kemenjadian modal insan yang cemerlang. Lantaran itu, tugasan ini akan

menghurai lebih lanjut berkenaan persoalan-persoalan:

a) Faeadah yang diperoleh oleh guru-guru dalam Program Pensiswazahan Guru.

Sejak ilmu berkembang, guru merupakan antara individu yang paling dihormati oleh

masyarakat. Guru adalah satu bidang kerjaya yang mulia berbanding dengan bidang karier

yang lain. Melalui individu yang dipanggil guru jugalah yang berupaya melahirkan seorang

doktor, jurutera, hakim, polis, juruterbang, pegawai bank sehinggalah seorang Perdana

Menteri yang berdiri gagah menampuk pentadbiran sebuah pemerintahan kerajaan yang

cemerlang, gemilang dan terbilang. Semuanya itu dek seorang yang bergelar “Guru” seperti

yang dijelaskan melalui antara bait-bait sajak bertajuk “ Guru Oh Guru “oleh Sasterawan

Negara Usman Awang (1979 )

... Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Page 3: Kokum hbef2803

HBEF 2803 ( T2A2 ) PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

3

Umum menyedari, lapisan masyarakat amat memandang mulia profesion perguruan kerana

sumbangannya terhadap agama, nusa dan bangsa dalam mendidik dan membina anak-anak

bangsa sehingga menjadi “Manusia” dan menikmati pelbagai kejayaan dalam kehidupan

masing-masing. Namun zaman telah berubah, masa beredar dengan begitu pantas. Pada era

globalisasi dan teknologi kini, ia telah menuntut seorang guru berhadapan dengan cabaran

yang besar untuk melahirkan individu yang cemerlang dalam kehidupan mereka. Guru perlu

lebih kreatif dan berinovatif dalam mengimplimentasikan proses pembelajaran dalam

pengajaran agar lebih efektif, menarik perhatian murid dan menyeronokkan mereka semasa

belajar.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengatur langkah dengan

melaksanakan program yang menggalakkan guru bukan siswazah menyambung pelajaran ke

peringkat lebih tinggi berdasarkan sebuah artikel yang pernah diterbitkan oleh Berita Harian

pada tarikh 16 Julai 2007 yang bertajuk “Kementerian Galak Pendidik Tingkat Kualiti

Akademik”. Justeru pada 26.10.2013 dalam Seminar Perkembangan Profesional Keguruan

yang disampaikan oleh Tuan Haji Ibrahim Bin Sakimin yang memegang jawatan sebagai

Ketua Penolong Pengarah, Sektor Standard & Verifikasi, Bahagian Pendidikan Guru,

Kementerian Pendidikan Malaysia sekali lagi menekankan kepentingan mengikuti Program

Pensiswazahan Guru.

Memandangkan dasar pensiswazahan guru dalam Rancangan Pembangunan Pendidikan 2001-

2010 yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia belum mencapai matlamat

sepenuhnya maka program ini diteruskan sebagai kesinambungan ke arah memartabatkan

profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti, kerjaya dan kebajikan guru. Sehubungan

dengan itu, guru-guru yang mengambil peluang menyertai program pensiswazahan guru ini

akan memperoleh pelbagai manfaat. Antaranya ialah:

Pemantapan kerjaya hasil ilmu pengetahuan yang diterima. Guru-guru dapat memantapkan

lagi profesion keguruan mereka hasil daripada ilmu pengetahuan yang diperoleh sepanjang

menjalani program ini. Dengan ilmu yang dimiliki membolehkan guru-guru mempamerkan

Page 4: Kokum hbef2803

HBEF 2803 ( T2A2 ) PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

4

keyakinan yang tinggi dalam menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Keraguan yang

bersarang dalam fikiran guru sebelum ini dapat dikikis. Ini terbukti apabila guru dapat

memberikan jawapan yang tepat tanpa berasa was-was terhadap soalan-soalan daripada

murid. Sifat optimis lahir kesan daripada kehadiran guru dalam siri tutorial yang dilaksanakan

secara bersemuka dan pembelajaran guru melalui forum, kerja-kerja kursus dan dapatan

maklumat daripada internet serta perbincangan bersama rakan-rakan guru. Sifat semula jadi

kanak-kanak ialah sifat ingin tahu. Justeru tidak menghairankan jika mereka suka bertanya

apatah lagi murid “ ulat buku” yang sengaja menduga seseorang guru ketika dalam

pembelajaran. Maka, guru tersebut tidak lagi gentar dan sentiasa bersedia memberikan

jawapan yang bernas dan diterima akal.

Peningkatan kemahiran guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru

yang mahir dalam apa jua bidang akan menjadi idola kepada murid-muridnya. Sepanjang

mengikuti kursus pensiswazahan seseorang guru perlu belajar dan menguasai kemahiran mata

pelajaran “minor” selain mata pelajaran teras. Jadi, dalam kursus ini akan memastikan

seseorang guru akan mahir lebih daripada satu mata pelajaran. Di samping itu, program ini

dapat meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi guru. Keadaan ini

berlaku kerana setiap tugasan yang perlu disiapkan dan forum yang disertai memerlukan guru

mahir dalam bidang teknologi khususnya penggunaan komputer. Ini bermakna, tidak dapat

tidak guru perlu belajar dan mahir menggunakan microsoft word, power point, excell, internet

dan sebagainya.

Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru. Memang terbukti bahawa pelbagai

faedah dapat dicapai oleh seseorang guru yang telah menerima sijil Pensiswazahan antaranya

kenaikan tangga gaji dan pangkat. Guru-guru akan mengalami perubahan tangga gaji daripada

gred DGA32 ke gred DG41 selepas berjaya menamatkan pengajian. Selain itu, laluan

menerima pangkat sebagai “Guru Cemerlang, Guru Pakar, Guru Besar Cemerlang, Pengetua

Cemerlang dan seumpamanya adalah mudah dan cepat.

Di samping itu, seseorang guru yang telah disahkan sebagai guru siswazah DG41 akan

menerima faedah dari aspek kewangan iaitu berlaku kenaikan tangga gaji atau dengan kata

lain peningkatan pendapatan yang agak lumayan sekali gus akan membantu mengubah cara

Page 5: Kokum hbef2803

HBEF 2803 ( T2A2 ) PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

5

kehidupan rutin seseorang guru itu sendiri kelak. Seterusnya laluan untuk mendapatkan

“Master” pun akan menjadi mudah dengan adanya “kredit poin” yang terkumpul melalui

kursus pensiswazahan ini.

Segala kos perbelanjaan semuanya ditanggung oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru. Guru-

guru tidak perlu membayar perbelanjaan selama berkursus kerana semuanya ditanggung oleh

pihak bahagian Pendidikan Guru. Bantuan baucar buku sebanyak RM250.00 turut diberikan.

Malah guru-guru ambilan 2013 beruntung kerana menerima Ipad berjenama Apple bagi

memudahkan pembelajaran mereka. Ini bererti pembelajaran sepanjang hampir tiga tahun itu

adalah percuma dengan syarat guru yang mengikuti program pensiswazahan ini tidak boleh

melanggar perjanjian selama tempoh belajar. Jika perkara ini berlaku, guru terlibat

dikehendaki membayar sebanyak RM50,000 dalam tempoh 60 hari dari tarikh yang

ditetapkan.

(a) Sumbangan guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) setelah

mengikuti Program Pensiswazahan Guru.

Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang menuju negara maju menjelang tahun 2020

memerlukan pegawai dan kakitangannya yang berpendapatan tinggi. Menurut Tuan Haji

Ibrahim Bin Sakimin, kategori kakitangan awam menunjukkan kedudukan gaji guru berada di

tempat kedua selepas gaji doktor. Seramai hampir 420, 000 orang kakitangan kerajaan adalah

terdiri daripada pegawai pendidikan. Justeru, jika pegawai pendidkan ini beroleh pendapatan

yang lumayan dan bergaji tinggi maka Malaysia adalah setanding dengan negara-negara maju

yang lain. Hal ini bermakna pendapatan tinggi guru-guru bukan setakat kepentingan dan

kebajikan guru malah dapat menyumbang kepada pencapaian negara kepada negara maju.

Demi menyahut hasrat visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia, salah satu

sumbangan yang perlu dilakukan oleh seseorang guru yang telah mengikuti program ini ialah

mengaplikasikan segala ilmu dan mempraktikkan kemahiran di bilik darjah. Pengalaman

pembelajaran dan ilmu yang diperoleh selama hampir tiga tahun wajar disalurkan tanpa

Page 6: Kokum hbef2803

HBEF 2803 ( T2A2 ) PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

6

berputus asa. Kaedah penyampaian seseorang guru hendaklah kreatif dan inovatif agar

pembelajaran dalam pengajaran lebih efektif dan mudah diterima oleh murid-murid.

Pada era globalisasi ini sewajarnya seseorang guru memandang jauh ke hadapan, mengikuti

peredaran zaman dan melakukan anjakan paradigma dengan membawa transformasi

pendidikan yang positif serta sentiasa mencipta pelbagai inovasi agar mempamerkan imej dan

kualiti yang cemerlang dari segi standard, kuantiti dan kualiti sehingga akan wujudnya pusat

kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan di peringkat antarabangsa.

Guru merupakan agen pembangunan insan. Murid-murid adalah aset berharga kepada negara.

Mereka ialah pelapis generasi kini dan bakal pemimpin pada masa akan datang. Justeru, guru

perlu membuat persediaan rapi dan sedar akan tanggungjawab dan peranan besar mereka

demi kemenjadian dan kejayaan murid-murid. Hal ini membuktikan pada dunia pendidikan

bahawa mereka tidak mensia-siakan ilmu yang telah dipelajari semasa mengikuti program

pensiswazahan.

Memang tidak dapat dinafikan guru perlu sedar bahawa semakin banyak ilmu di dada, maka

semakin guru itu berkualiti dan mempunyai nilai yang tinggi di mata masyarakat. Guru yang

berkualiti akan sentiasa memastikan pengajarannya bermutu dan dapat menyuntik minat

murid terhadap pelajaran. Penambahbaikkan akan sentiasa ditingkatkan dari semasa ke

semasa demi kecemerlangan murid. Misalnya, seseorang pendidik akan sentiasa mencari dan

mempraktikkan strategi, pendekatan dan teknik yang paling efektif terhadap murid agar

murid dapat menguasai kemahiran dan ilmu pengetahuan. Jika murid masih belum

menguasainya, maka guru yang berkualiti berusaha mengaplikasikan pendekatan lain yang

lebih sesuai berpandukan ilmu dan kemahiran yang telah diperolehnya semasa mengikuti

program pensiswazahan sebelum ini. Sabda Rasulullah S.A.W :

“Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan menunjukkan

jalan yang perlu ditempuhnya untuk menuju ke Syurga”.

Sabda Rasulullah S.A.W itu menggambarkan bahawa betapa Islam memberikan ganjaran

syurga kepada golongan yang mahu menuntut ilmu kerana ilmu itu sangat penting dalam

membina kesejagatan manusia, iaitu mendekatkan manusia dengan perkara-perkara yang baik.

Page 7: Kokum hbef2803

HBEF 2803 ( T2A2 ) PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

7

Sesungguhnya, guru merupakan pendidik yang akan menjadikan warisan kebudayaan dan

ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa akan datang. Hanya guru yang

mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa

pendidik layak menjadi guru yang cemerlang. Oleh yang demikian, kejayaan dan kelestarian

seseorang guru dalam kerjayanya bergantung kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus

memajukan diri.

Peningkatan kualiti dalam diri guru dengan cara melanjutkan pelajaran seperti program ini

telah memberi dimensi baru kepada dunia pendidikan. Reformasi dunia pendidikan menagih

guru yang sentiasa berusaha untuk menambah ilmu agar menjadi guru rujukan, guru pakar,

guru cemerlang, guru gemilang dan guru terbilang. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang

dianugerahkan oleh Allah kenikmatan menjadi seorang guru.

Sebagai kesimpulan, sudah sampai masanya negara Malaysia yang sedang mengorak langkah

menjadi negara maju ini terdiri daripada sifar guru bukan siswazah kerana peluang terbuka

luas dan menepati hasrat kementerian pendidikan untuk melahirkan guru siswazah. Guru-

guru di luar sana yang masih belum berganjak untuk merubah diri perlu merebut peluang

keemasan kerana program ini menghidangkan pelbagai faedah atau manfaat bukan sahaja

kepada diri sendiri dan keluarga malah menyumbang kepada nusa dan bangsa pada peringkat

negara dan dunia antarabangsa.

( 1650 patah perkataan )