koir rendah 2015

7
PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH RENDAH 1. PENDAHULUAN Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda. Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk berfikir dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi. Muzik juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekali gus membina keyakinan kental dalam diri. 2. LATAR BELAKANG Koir dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan, merupakan aktiviti yang popular dijalankan di sekolah- sekolah berbanding dengan lain-lain aktiviti muzik. Ini adalah kerana aktiviti koir tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik dan juga lebih mudah mendapatkan penyertaan pelajar di samping keperluan masa latihan yang agak singkat. 3. MATLAMAT Membolehkan pelajar mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu

Upload: abdul-rahim-jaafar

Post on 15-Dec-2015

63 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Peraturan Koir Sekolah Rendah

TRANSCRIPT

Page 1: KOIR RENDAH 2015

PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH RENDAH

1. PENDAHULUAN

Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda.

Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk berfikir dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi.

Muzik juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekali gus membina keyakinan kental dalam diri.

2. LATAR BELAKANG

Koir dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan, merupakan aktiviti yang popular dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan lain-lain aktiviti muzik. Ini adalah kerana aktiviti koir tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik dan juga lebih mudah mendapatkan penyertaan pelajar di samping keperluan masa latihan yang agak singkat.

3. MATLAMAT

Membolehkan pelajar mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.

4. OBJEKTIF

4.1 Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik pelajar.

4.2 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan.

Page 2: KOIR RENDAH 2015

4.3 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan pelajar.

4.4 Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar.

4.5 Memperkembangkan bakat pelajar.

5. PELAKSANAAN

5.1 PERINGKAT PERTANDINGAN

5.1.1 Peringkat Daerah/Gabungan

5.1.2 Peringkat Negeri

(Pertandingan secara berperingkat akan dapat melibatkan lebih banyak sekolah dalam aktiviti ini di samping memastikan hanya pasukan yang terbaik akan mewakili sesuatu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi).

5.2 PENYERTAAN

5.2.1 Terbuka kepada semua sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan kerajaan sahaja.

5.2.2 Hanya satu pasukan sahaja akan mewakili sesebuah negeri bagi pertandingan di peringkat kebangsaan. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar dari beberapa buah sekolah boleh bergabung untuk membentuk satu pasukan koir bagi mewakili sesebuah negeri.

6. JENIS KOIR

Sesebuah pasukan koir terdiri daripada koir suara campuran (mixed voicechoir)atau koir suara lelaki/perempuan sahaja (male/female voice choir).

7. AHLI PASUKAN KOIR

7.1 Ahli koir dan konduktor mestilah terdiri daripada pelajar pelbagai kaum (sekurang-kurangnya 2 kaum) yang sedang menuntut.

Page 3: KOIR RENDAH 2015

7.2 Jumlah ahli bagi sesebuah pasukan koir hendaklah tidak melebihi 35 orangsahaja (termasuk konduktor dan pemain muzik iringan dan Pembantu Pemuzik).

8. LAGU

8.1 Setiap pasukan koir dikehendaki mempersembahkan 2 buah laguatausebuah lagu + satu medley.

8.1.1 Lagu Pertama: Dalam Bahasa MelayuSahaja (LAGU WAJIB YANG TERSENARAI)

8.1.2 Lagu Kedua: Dalam Bahasa Melayu atauBahasa Inggeris Sahaja

8.2 Sebuah daripada lagu (bukan lagu medley) yang dipersembahkan hendaklah terdiri daripada lagu tempatan dalam Bahasa Melayu.

8.3 Lagu yang dipersembahkan hendaklah tidak tersenarai dalam lagu-lagu yang diharamkan oleh pihak berkuasa negara ini.

8.4 Jangka masa persembahan bagi setiap pasukan hendaklah tidak melebihi 8 minit.

8.5 Persembahan lagu hendaklah secara homophonic atau polyphonic atau gabungan keduanya.

(Homophonic: lapisan–lapisan suara bergerak secara “in step” antara satu dengan lain dan tidak mempamerkan ritma secara sendirian seperti yang berlaku dalam polyphonic).

9. MUZIK IRINGAN (Accompaniment)

9.1 Muzik ’Minus One’ dibenarkan.

9.2 Alat muzik iringan hendaklah dimainkan secara ’live’ oleh seorang pemuzik (pelajar atau guru).

(Sekolah boleh mengambil guru daripada sekolah lain sebagai pemain muzik)

9.3 Persembahan secara A cappella adalah dibenarkan.

Page 4: KOIR RENDAH 2015

10.PAKAIAN

Pakaian ahli koir, konduktor dan pemain muzik iringan hendaklah bersesuaian dan sopan.

11.PERMARKAHAN

11.1 Harmoni : 40 markah

11.2 Dinamik : 20 markah

11.3 Intonasi(tone colour/pitching) : 10 markah

11.4 Imbangan : 10 markah

11.5 Attack/Release : 10 markah(Tempo/stabiliti)

11.6 Sebutan : 5 markah

11.7 Ketrampilan : 5 markah

12.TEMPAT DAN TARIKH PELAKSANAAN

TEMPAT: DAERAH KUALA MUDA YANTARIKH: 22 OGOS 2015

Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Page 5: KOIR RENDAH 2015

SENARAI LAGU WAJIB PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH RENDAH / MENENGAH

PERINGKAT KEBANGSAAN

1. PUTRA PUTRI2. MALAYSIA TANAH AIRKU3. BERJAYA4. TANAH PUSAKA5. BUMI MALAYSIA6. NYALAKAN TEKAD7. TANAHAIRKU8. GEMILANG (Jack)9. DIRGAHAYU TANAH AIRKU

10. JALUR GEMILANG11. BUNGA RAYA12. PERWIRAKU13. BAHTERA MERDEKA14. SETANGKAI MAWAR15. PERMAINYA BUMI MALAYSIA16. MALAYSIAKU GEMILANG17. SATU MALAYSIA(VERSI LIM KOK WING

UNIVERSITY)18. DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA19. WARISAN20. PAHLAWANKU

Bahagian Kokurikulum KesenianKementerian Pelajaran Malaysia