pengurusan koir dalam pengajaran dan …ir.upsi.edu.my/2915/1/pengurusan koir dalam pengajaran...

24
PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH : SATU KAJIAN KES LAURA ANNIE LALITA RA.JAMONEY DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUlD SYARAT UNTUK MEMPEROLEID IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN FAKULTI SENI DAN MUZIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Upload: lyhuong

Post on 10-Mar-2019

343 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH : SATU

KAJIAN KES

LAURA ANNIE LALITA RA.JAMONEY

DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGIMEMENUlD SYARAT UNTUKMEMPEROLEID

IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN

FAKULTI SENI DANMUZIKUNIVERSITIPENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Page 2: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

v

ABSTRAK

Sebagaimana Pendidikan Muzik memainkan peranan penting di sekolah-sekolah di

negara kita, pengajaran dan pembeJajaran koir juga perlu dititik beratkan. Kajian ini

yang merupakan satu kajian kes telah berupaya mencari strategi yang digunakan

dalam 2 buah sekolah menengah dalam pengajaran dan pembelajaran koir, rnasalah­

masalah yang dihadapi serta kriteria yang digunakan untuk menilai sesebuah koir

yang berkualiti.

Kaedah pemerhatian, temubual serta senarai semak telah digunakan untuk

melihat strategi yang digunakan oleh tiga orang guru muzik sekolah menengah dan

seorang guru koir swasta. Kedua-dua guru sekolah menengah ini telah diperhatikan

dari hari pertama latihan koir sehingga ke hari pertandingan koir daerah masing­

masing. Keputusanjuga teIah diperoleh dari kedua-dua dapatan serta pertandingan.

Secara keseluruhan, strategi yang digunakan oleh Sekolah A terbukti lebih

berkesan dari Sekolah B dari segi pemanasan suara dan kekerapan berlatih. Walaupun

terdapat masalah-masalah yang dihadapi oleh keempat-empat orang guru muzik,

namun ia bolehlah diselesaikan dengan bantuan pihak-pihak tertentu seperti sokongan

dari ibu bapa dan sekolah. Kriteria yang ketara sekali yang digunakan untuk menilai

sesebuah koir dirujuk kepada kualiti vokal sesebuah koir itu sendiri.

Kajian ini telah menunjukkan dengan jelasnya bahawa adalah penting untuk

para guru menggunakan strategi yang berkesan apabila melatih sesebuah koir untuk

menghasilkan sebuah koir yang berkualiti.

Page 3: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

VI

ABSTRACT

As the role ofMusic Education becomes more prominent in schools in the country,

there is a growing interest in the teaching and learning of choir. This research is an

attempt to investigate the strategies used for teaching and learning of choir in two

secondary schools, problems faced by them and the criteria used to evaluate the

quality ofa choir.

Case study approach was used in this research. Observations, interviews and

checklists were carried out to investigate the strategies used by three secondary music

teachers and a private school choir teacher. These secondary school teachers were

observed from their first day of training until their performance day during their

respective district choir competitions. Results were obtained from these findings and

competitions.

The findings of this study indicate that generally the strategies used by

School A proved to be more effective as compared to School B through warm-ups and

frequent practices. Although there were problems faced by all four teachers, they

could overcome them with the assistance of certain parties, such as support from

parents and schools. One of the most important criterions used to evaluate the quality

ofa choir appears to be the vocal quality of a particular choir.

This study has clearly shown that it is important for teachers to use effective

strategies while training a choir to produce a quality-based choir.

Page 4: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

Vll

KANDUNGAN

Muka surat

DEDIKASI

PENGAKUAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

ii

iii

iv

v

vi

BAB1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 1

1.3 Pendidikan Muzik Di Sekolah-sekolab 4

1.4 Peroyataao Masalah 7

1.5 ObjektifKajiao 7

1.6 Persoalan Kajiao 8

1.7 Limitasi Kajiao 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Koir 10

1.8.2 Pembelajarao 10

1.8.3 Pengajarao 10

1.8.4 Kualiti Koir 10

1.9 Kesignifikanao Kajian 11

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalao 12

2.2 Kajian Mengenai Nyanyian 12

2.3 Kajian Terhadap Teknik Pernafasan Vokal 14

2.4 Kajian Terhadap Ketidaktepatan Nyanyian 15

2.4.1 Punca Berlakonya Ketidaktepatan Nyanyian 15

Page 5: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

KANDUNGAN (samb.)

2.4.2 Kaedah Pemulihan (RemedialMethod) untuk

Ketidaktepatan Nyanyian2.5 Memori Tonal

2.6 Kesimpulan

BAD 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan3.2 Kajian Kes

3.3 Instrumen

3.4 Sampel I Responden3.5 Cadangan Analisis Data

BAD 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan4.2 Analisa Data

4.2.1 Soalan Kajian Satu

4.2.2 Soalan Kajian Dua

4.2.3 Soalan Kajian Tiga

BAD 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan5.2 Rumusan

5.3 Cadangan5.4 Implikasi

RUJUKAN

LAMPmAN

16

18

19

20

21

22

23

24

25

26

26

44

55

69

70

74

77

viii

Page 6: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

SENARAI JADUAL

Jadual

4.1 Respon Guru-guru Koir Sekolah Dan Swasta Dalam

Temubual Soalan Kajian Satu

4.2 Panduan Pemerhatian

4.3 Keputusan Senarai SemakGuru-guru

IX

mukasurat

34

43

58

Page 7: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran koir di sekolah bukanlah sesuatu yang barn diwujudkan.

Tidak boleh dinafikan bahawa perkara ini makin hari makin lebih diberi perhatian

oleh pendidik-pendidik muzik. Sesetengah sekolah mampu membiayai tenaga

pengajar dari luar (seperti sekolah-sekolah di bandar) walaupun ia meneJan belanja

yang besar, hanya untuk memastikan bahawa pasukan koir sekolah itu menjuarai

pertandingan-pertandingan, baik peringkat daerah mahupun peringkat negeri. Apakah

yang dimiliki oleh pengajar-pengajar luar ini yang tidak ada pada pendidik-pendidik

muzik di sekolah? Kajian ini akan berupaya untuk menjawab soalan ini.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Melihat kepada matlamat program Pendidikan Muzik di kedua-dua peringkat

persekolahan, nyata sekali mata pelajaran ini adalah ke arah pendidikan estetik

(aesthetic education) yang tidak kurang pentingnya dalam perkembangan individu

Page 8: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

2

yang seimbang. Hal ini perlu dipandang serius lebih-lebih lagi pada masa munculnya

banyak informasi dan dapatan barn tentang perkembangan individu seperti pelbagai

kecerdasan (Multiple Intelligence) dan kecerdasan emosi (Emotional Intelligence)

yang mengambil kira unsur-unsur afektifdalam usaha mencapai kecemerlangan.

Dalam teori pelbagai kecerdasan (Multiple Intelligence) oleh Gardner (1983),

muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri.

Gardner membahagikan pelbagai kecerdasan manusia kepada Japan kategori; iaitu

kecerdasan verbal-linguistik (mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat

encoding dan decoding bahasa), kecerdasan logik-matematik (menyelesaikan masalah,

penaakulan, logik dan kemahiran nombor), kecerdasan visual spatial (berkaitan

dengan arah, arkitek, penyusunan dan hiasan), kecerdasan muzikal (mengarang,

menggayakan, menghayati dan mengenal muzik), kecerdasan interpersonal (empati,

mudah memahami, menyelesaikan konflik, kemahiran mencari konsensus),

kecerdasan intrapersonal (pengetahuan kendiri, konsep kendiri, penilaian kendiri,

emosi), kecerdasan kinestatik (menari, melompat, membuat pergerakan), dan

kecerdasan naturalis (mengenal pasti, membuat kategori mengenai alam). Potensi

individu dalam aspek ini telah pun dibuktikan melalui kajian saintifik dan maka itu

terpulang kepada kita untuk mengeksploitasinya ke arab pembinaan insan yang

seimbang dan berketrampiJan.

Kajian mengenai kecerdasan memberi impak yang hebat dalam bidang

pendidikan apabila Gardner (1983) memperkenalkan teori MUltiple Intelligence.

Gardner mendefinisikan kecerdasan sebagai ..... ability to solve problems or fashion

products that are of consequences in a particular cultural setting or community". Ini

menunjukkan bahawa kesepaduan kecerdasan-kecerdasan amat penting dalam

perkembangan pendidikan kanak-kanak.

Page 9: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

3

Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan hams

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang hannonis dari segi intelek, rohani dan jasmani. Penglibatan

pelajar dalam kegiatan muzik akan memelihara aspek perasaan, kreativiti, nilai

estetika, memperkembangkan kecerdasan mental, psikomotor dan nilai sosiolisasi.

Bunyi tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan hanya dapat dilihat melalui

persepsi minda. Seni muzik adalah unik kerana unsur yang menjadi bahan gubahan

dan kreativiti adalah sesuatu yang abstrak.

Dalam bidang akademik, Malaysia sedang menuju ke arah menjadikan

rantau ini the centrefor excellence in education dan telah pun terdapat pelajar negara

lain menuntut ilmu di institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini.

Ernest L. Boyer (1987) dalam bukunya College telah menyatakan,

"Ifthe pushfor educational excellence is to yield results, the nation'scolleges and universities must ask hard questions about the qualityoftheir own work.

"

(p. xi)

Dengan harapan yang besar, ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke

sekolah. Mereka menganggap pendidikan sebagai satu penanaman modal yang akan

dapat memperbaiki kedudukan sosio ekonomi mereka. Sesuatu masyarakat, terutama

masyarakat membangun mempunyai harapan yang besar terhadap pendidikan bagi

memberikan peluang kepada generasi muda untuk mendapatkan kedudukan sosio

ekonomi yang lebih baik. Guru-guru muzik di sekolah dipertanggungjawabkan untuk

merealisasikan hakikat ini. Ini hanya holeh dibuat dengan penglibatan pelajar-pelajar

sekolah dalam aktiviti-aktiviti yang berunsurkan muzik, seperti dalam pancaragam

sekolah, orkestra sekolah, kumpulan muzik kamar (chamber group) sekolah dan tidak

ketinggalan kumpulan koir sekolah yang akan diberi tumpuan dalam kajian ini.

Page 10: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

4

1.3 PENDIDIKANMUZIK DI SEKOLAH-SEKOLAH

Pendidikan Muzik KBSM adalah program pendedahan secara umurn untuk peJajar

Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Program pembelajaran muzik yang disediakan

mempunyai ciri-ciri pembinaan insan dan perkembangan diri individu daripada segi

intelek, emosi, rohani dan jasmani. Sebagai satu mata pelajaran, program yang

disediakan mengambil kira iImu pengetahuan, kemah iran dan penerapan nilai,

(Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) Panduan Pelaksanaan Kurikulum

PendidikanMuzik SekolahMenengah (KBSM) )

Di peringkat sekolah menengah, kurikulum Pendidikan Muzik yang disediakan

merupakan program pembelajaran untuk lima tahun dari tingkatan satu hingga ke

tingkatan lima. Kurikulurn yang disediakan adalah berkonsepkan general music

program dengan matlamat untuk dilaksanakan di semua sekolah menengah, sekurang­

kurangnya di peringkat menengah rendah (tingkatan satu hingga tingkatan tiga).

Matlamat kurikulurn ini adalah untuk melahirkan murid yang berilmu,

berketrampilan dan berpengalaman muzik bagi membolehkannya mempunyai disiplin

dalam mereka cipta, membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu

pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang serta kreatif, inovatif dan

inventif. Ini jelas kelihatan dalam penglibatan pelajar-pelajar dalam koir sekolah serta

dalam pertandingan koir antara sekolah-sekolah peringkat negeri dan kebangsaan,

sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri dan kebangsaan dan sebagainya.

Kurikulum ini ditujukan kepada pelajar sekolah menengah yang mempunyai

minat untuk mengetahui, memahami dan mendapatkan kemahiran dan pengalaman

dalam seni muzik sarna ada untuk meneroka dan memperkembangkan bakat sendiri

atau sekadar berkebolehan menghayati seni muzik secara terdidik. (Kementerian

Page 11: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

5

Pendidikan Malaysia (2001) Panduan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Muzik

SelwlahMenengah (KBSM) )

Di peringkat menengah rendah, Pendidikan Muzik merupakan mata pelajaran

wajib altematif kepada Pendidikan Seni Visual. Pelajar yang mengikuti kelas

Pendidikan Muzik tidak perlu mengikuti kelas Pendidikan Seni Visual. Tiada

peperiksaan di peringkat Penilaian Menengah Rendah (p.M.R.). Di peringkat

menengah atas pula, pendidikan muzik adalah mata pelajaran elektif dan pelajar

mengambil peperiksaan muzik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (S.P.M.).

Koir tidak diterapkan dalam kurikulum sekolah, tetapi adalah salah satu

komponen dalam Ko-Korikulum sekolah. Biasanya latihan untuk mengajar sesuatu

kumpulan itu dijalankan selepas waktu persekolahan dan bukan sewaktu pengajaran

dan pembelajaran (P&P) sekolah dijalankan. Ada juga sekolah yang tidak menerapkan

koir dalam ko-korikulum sekolah.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, hampir setiap sekolah mempunyai koir

sekolah yang tersendiri. Walaupun sesebuah sekolah itu tidak mempunyai Pendidikan

Muzik dalam kurikulum sekolah, koir sekolah tetap wujud.

Pengkaji mendapati bahawa kebanyakan sekolah yang mewujudkan koir adalah

hanya semata-mata untuk mengambil bahagian dalam pertandingan - baik peringkat

daerah, negeri ataupun untuk peringkat kebangsaan. Didapati wujudnya persaingan

yang hebat antara sekolah-sekolah yang bertanding. Persaingan-persaingan ini wujud

keranamasing-masing ingin meningkatkan mutu ataupun kualiti persembahan.

Untuk mengendalikan sesebuah koir sekolah itu bukanlah mudah. mengekalkan

kualiti sesebuah koir itu merupakan satu cabaran yang besar, khasnya kepada

pendidik-pendidik muzik. Latar belakang ahli-ahli koir juga merupakan satu faktor

yang menyumbang kepada pengekalan kualiti.

Page 12: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

6

Mengikut Shirley W. McRae (1996: xii), beliau mencadangkan beberapa

perkara yang dapat mengekalkan keberkesanan dalam sesuatu koir itu.

)'> Perubahan demografi, terutamanya dalam kawasan pekan, di mana ahli­

ahli koir adaJah berselerak. Beliau merujuk kepada masalah

pengangkutan yang dihadapi oleh ahli-ahli koir gereja yang tinggal

berselerak dan bukan tertumpu pada satu tempat.

)'> MobiJiti keluarga. Perubahan keahlian koir mempunyai kesan negatif

kepada moral dan memutuskan kesinambungan - "Fluctuating

membership has a negative effect upon morale and breaks down

continuity"

)'> Keadaan pelajar sendiri yang berubah. Kebanyakan pelajar adalah

terlibat dengan aktiviti-aktiviti luaran yang lain.

)'> Perubahan keadaan program muzik di sekolah. Mengikut Shirley,

keadaan di mana ini berlaku, koir-koir di gerejalah yang menjadi sumber

utama di mana kanak-kanak mendapat pendidikan muzik

Strategi atau pendekatan untuk mengajar apa jua pelajaran adalah sangat

penting. Pelbagai cara boleh digunakan untuk membentuk satu hasil persembahan

yang berkualiti. Untuk pengajaran koir pula, seorang pendidik muzik perlulah

didedahkan kepada pelbagai jenis pendekatan serta pengalaman. Selain dari pendidik­

pendidik muzik, pelajar ataupun ahli ahli dalam sesebuah koir juga perlu didedahkan

dengan pengetahuan serta pendedahan seperti menghadiri dan melihat persembahan

koir-koir sekolah yangmenghasilkan persembahan yang berkualiti.

Kajian ini bertujuan untuk menunjukkan strategi atau pendekatan-pendekatan

yang boleh digunakan untuk membentuk satu kualiti koir yang baik di sekolah

menengah.

Page 13: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

7

1.4 PERNYATAAN MASALAH

Secara amnya, bagairuana sesuatu kumpulan koir itu dilatih adalah sangat penting bagi

menentukan kualiti persembahan sesebuah koir itu. Ini banyak bergantung kepada

jurulatih-jurulatih koir dari luar (yang bukan pendidik muzik) dan juga pendidik­

pendidik muzik sekolah itu sendiri. Tugas melatih sesebuah koir itu mencerminkan

kreativiti, pengetahuan serta pengalaman seseorang tenaga pengajar itu (Brinson,

1996).

Tahap penguasaan menyanyi yang rendah, khususnya di kalangan pelajar­

pelajar yang lemah dalam nyanyian di sekolah, telah meningkatkan kebimbangan

pendidik-pendidik muzik, Kelemahan ini menyebabkan proses pengajaran dan

pembelajaran koir untuk kemahiran-kemahiran yang selanjutnya, iaitu seperti

menyanyi mengikut pic, kadar tempo sesebuah lagu, dan sebagainya terganggu.

Didapati kebanyakan sekolah dan pertandingan muzik menekan dan mengaitkan

persembahan sesebuah koir itu dengan kualiti persembahan. Apakah yang

dimaksudkan dengan kualiti ini dan bagaimanakah pendidik muzik ini dapat

membantu untuk menaikkan mutu atau kualiti sesebuah koir itu? Apakah kriteria atau

ukuran yang digunakan untuk menilai kualiti sesebuah koir itu? Ini adalah antara

persoalan yang perlu dikaji dan dicari penyelesaiannya.

Page 14: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

8

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk :

1. melihat strategi yang digunakan oleh guru dalam pengajaran koir di sekolah

2. meninjau masalah yang terdapat dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

koir di sekolah serta

3. mengenal pasti faktor-faktor yang dapat meningkatakan kualiti koir

1.6 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini berusaha untuk menjawab soalan-soalan berikut:

i) Apakah strategi yang digunakan oleh guru di sekolah dan guru luar

yang diupah dalam pengajaran dan pembelajaran koir?

ii) Apakah masalah-masalah dalam pengajaran dan pembelajaran koir di

sekolah yang dihadapi oleh guru-guru?

iii) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti sesebuah koir itu?

1.7 LIMITASI KAJIAN

Kajian ini meliputi satu skel yang keeil yang tertumpu pada dua buah sekolah

menengah - satu di sekitar bandar lpoh di mana sekolah tersebut telah menjuarai

pertandingan koir antara sekolah-sekolah menengah peringkat kebangsaan beberapa

tahun dahulu dan satu di sekitar bandar Batu Gajah. Lingkungan umur ahli-ahli koir

adalah di antara 14-17 tahun, Oleh itu, dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan

untuk semua sekolah menengah.

Page 15: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

9

Faktor-faktor lain seperti umur, jantina, masa dan juga SES (status sosio

ekonomi) yang mungkin memberi kesan kepada P & P tidak akan dipertimbangkan.

Hasil keputusan dalam kajian ini tidak semestinya akan memberi satu keputusan yang

piawai kepada keseluruhan sampel secara am. Diharap dari kajian ini, pendidik­

pendidik muzik, khasnya yang mengajar kumpulan koir akan mendapat strategi yang

digunakan serta mengetahui masalah-masalah yang bakal ditemui oleh mereka

apabiJa mengajar sesebuah koir. Kajian ini bertujuan membuka minda pendidik­

pendidik muzik dan yang bukan muzik sekiranya ingin mengajar sesebuah kumpulan

koir di sekolah.

1.8 DEFINISI ISTILAH

Strategi

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga) strategi membawamaksud :

1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk

peperangan, ilmu siasat perang;

2. muslihat untuk mencapai sesuatu maksud

3. rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk

mencapai matlamat atau kejayaan.

GlennWhitworth (dalam rev.13 March, 2004) menyatakan "Strategy is the art

ofdevising andemploying a carefulplan orprocess towards agoal ",

Mengikut Cambridge International Dictionary of English (1995: pg.1435),

strategi bermaksud, "a detailedplanfor achieving success in situations, or the skill of

planningfor such situations ".

Page 16: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

10

1.8.1 Koir

Menurut Cambridge International Dictionary of English (1995: pg.228), koir

bermaksud satu kumpulan orang yang menyanyi bersama-sama (A group ofpeople

who sing together).

1.8.2 Pembelajaran

Pembelajaran ialah perubahan potensi tingkah laku yang lebih kurang tetap dan yang

berlaku akibat latihan yang diteguhkan.' Secara ringkas, pembelajaran boleh juga

didefinasikan sebagai proses memperolehi pengetahuan dan kemah iran apabiJa

tingkah laku diubah dengan eara aktiviti kendiri.2 Mengikut John Magee

(Philosophical Essays In Education; 1971 m.s 71), pembelajaran dapat berlaku tanpa

modifikasi atau tingkah laku.

1.8.3 Pengajaran

Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar.

Mengikut Green (1968 : 36), tujuan mengajar ialah untuk menukar tingkah laku dan

kelakuan danjugamendapatkan pengetahuan atau kepercayaan bam.

1.8.4 Kualiti Koir

Untuk tujuan kajian ini, definisi kualiti koir yang dimaksudkan dirujuk kepada

respirasi, "phonation", pengeluaran ton (resonant tone production), sebutan

(pronunciation), artikulasi dan ekspresi. Teknik vokal adalah asas untuk nyanyian.

I G.A. Kimble, Hi/gardandMarquis'Conditioning andLearning (Englewood Cliffs, N.J.: Prentice Hall, 1961), ms.62 R.M. Gorman, The Psychology OfClassroom Learning (Columbus, Ohio: Charles E. Merill Publishing Company, 1974),

m.s.64

Page 17: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

11

Teknik yang salah digunakan mengganggu pengeluaran ton yang betul dan

menghadkan nyanyian. Teknik yang betul membawa kepada penghayatan muzik

(Phillips, 1992}.

Alderson (1979) pula berpendapat bahawa kualiti bermaksud menggunakan

postur yang baik, pernafasan yang betul, kualiti ton yang bermutu serta komunikasi

yang berkesan.

1.9 KESIGNIFIKANAN KAJIAN

Kajian ini dapat memberi manfaat serta tunjuk ajar kepada semua pendidik muzik,

khasnya mereka yang mengajar vokal dan koir kepada pelajar-pelajar di sekolah

rendah, menengah, maktab-maktab serta institusi pengajian tinggi dan juga kepada

mereka yang berminat dalam bidang tersebut.

Diharap dapatan kaiian ini boleh digunakan oleh pihak penggubal dasar

kementerian untuk menilai sarna ada komponen koir harus dimasukkan dalam sukatan

pelajaran dan diajar dalam bilik datjah.

Sehubungan itu, pengkaji juga berharap para pendidik muzik akan memberi

perhatian dan tumpuan yang lebih serius kepada komponen koir. Justeru itu, kajian ini

diharap dapat membantu mereka yang terlibat secara langsung dalam pengendalian

koir.

Page 18: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

12

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

Singing is a learnedbehavior - Helen Kemp (1985, p.68)

2.1 PENGENALAN

Da]am bab ini, kita akan meninjau kajian literatur yang berkaitan. Ini akan

membolehkan kita melihat apakah yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji yang lain

dalam bidang nyanyian koir.

2.2 KAJIANMENGENAI NYANYIAN

Mengikut Van A. Christy (1990), menyanyi merupakan sifat semu]ajadi manusia di

mana ahli antropologi sendiri mendapati bahawa terdapat nyanyian da]am semua jenis

budaya sejak zaman dahulu. Misalnya, nyanyian dodoi (lullaby) membantu kanak­

kanak mempelajari sesuatu bahasa serta membantu dalam koordinasi pergerakan. Di

samping ito, menyanyi juga menyampaikan kasih sayang atau cinta yang begitu

mendalam.

Page 19: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

13

Sesiapa saja yang mempunyai suara bercakap yang normal dan boleh

mengalunkan lagu boleh belajar menyanyi dengan baik dan menikmati menyanyi

(enjoy singing). Christy (1990) juga berpendapat bahawa kita semua mempunyai "alat

muzik", iaitu alat vokat kita dan hanya perlu mengetahui kaedah untuk

mempelajariuya sahaja.

A Cappella, merupakan sejenis cara menyanyi berkumpulan seperti koir, tetapi

tanpa iringan muzik. lni adalah satu bentuk nyanyian yang mempunyai kemahiran

yang tersendiri. Terdapat satu kumpulan di Amerika iaitu The Contemporary A

Cappella Society of America (CASA) yang merupakan satu oraganisasi (non-profit

support organization) yang telah bermula pada 1991. Jane Alexander McIntosh

(1999), dalarn kajiannya, telah rnenemurarnah pengkaji Robert Stebbins pada 1996.

Dalarn tinjauan Stebbins, beliau rnendapati bahawa rnernenangi sesuatu pertandingan

koir berbentuk A Cappella kerap kali dianggap satu pencapaian tahap nyanyian yang

tinggi.

"Although many of the students I interviewed spoke very

enthusiastically about competitions, there are many other things that

theyfind equally important. Part of the reason the barbershoppers andcollege students may not agree on the degree of importance ofcompetition probably has to do with performance frequency and socialdifferences between the two genres.

"

(In Harmony: A Look At The Growth ofCollegiate A Cappella Groups And TheFuture OfThe Movement, Jane McIntosh 1999)

Walaupun rarnai penuntut yang ditemurarnah oleh Jane menyokong

mengadakan pertandingan, mereka mendapati ada banyak perkara lain yang sama

penting dengan pertandingan. Apa yang mereka tidak berapa bersetuju ialah tahap

Page 20: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

14

kepentingan pertandingan yang berkaitan dengan kekerapan diadakan persembahan

dan perbezaan sosial di antara kedua-dua genre.

2.3 KAnAN TERHADAP TEKNIK PERNAFASAN VOKAL

Dari hasil kajian dan metodologi Phillips (1983; cf. Aaron, 1990), beliau

mengaplikasikan koordinasi arahan vokal terhadap peningkatan nyanyian pelajar.

Nyanyian merupakan satu kemahiran psikomotor. Oleh itu, untuk menghasilkan

sesuatu bunyi secara psikologi, ia haruslah dihasilkan secara vokal dahulu. Proses

motor ini melibatkan koordinasi pita suara, nafas, alat-alat resonator (terutamanya

tekak dan mulut) serta alat-alat artikulasi iaitu lidah, gigi, rahang dan bibir.

Kebanyakan ahli pedagogi berpendapat bahawa teknik pemafasan yang betul adalah

asas untuk nyanyian selain dari postur nyanyian. Apa yang lebih penting ialah teknik

pemafasan. Alderson (1979) juga berpendapat bahawa pemafasan adalah asas

membentuk nyanyian. Pemafasan yang baik dan betul adalah asas untuk semua

nyanyian yang baik. Beliau juga mengatakan bahawa tanpa respirasi, elemen-elemen

untuk nyanyian yang lain tidak akan berfungsi.

Sehubungan itu, Gackle (1987) telah memeriksa kesan teknik vokal yang dipilih

serta telah melatih untuk memperbaiki penghasilan ton pelajar perempuan di sekolah.

Hasil kajian beliau telah menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang menerima latihan

vokal dalam kemahiran pengurusan pemafasan (breath management skills) menyanyi

dalam pic yang lebih tepat, Dengan adanya pernafasan yang yang baik dan betul, ini

dapatmenghasilkan nyanyian yang baik,

Page 21: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

15

2.4 KAJIAN TERHADAP KETIDAKTEPATAN NYANYIAN

Terdapat beberapa istilah yang digunakan untuk melabelkan pelajar yang menyanyi

pada pic yang tidak tepat - penyanyi yang kurang pasti, monoton, keluar dari pic,

tidak boleh rnenyanyi, penyanyi pic lemah, dan sebagainya (Aaron,1990). Istilah

sumbang mungkin merupakan istilah yang paling tepat yang boleh digunakan.

Kekerapan nyanyian sumbang yang terdapat di kalangan kanak-kanak berbeza

mengikut kriteria dan tahap gred yang digunakan untuk mengukur perbezaan pic. A.

Oren Gould (1968), dalam kajiannya melapurkan bahawa 18% kanak-kanak di

sekolah Amerika yang menyanyi dengan sumbang. Keputusan dari "National

Assessment of Educational Progress" untuk tahun-tahun 1971-1972 telah

menunjukkan bahawa 50% kanak-kanak dalam lingkungan umur 9 tahun, 45% kanak­

kanak yang berumur ] 3 tahun, 35 % yang berumur 17 tahun dan 30% orang dewasa

tidak boleh menyanyi lagu "America" dengan pic yang tepat. Walau apapun rangka

atau statistik yang didapati, masalah ketidaktepatan pic merupakan masalah yang

besar dalam pendidikan muzik.

2.4.1 Punca Berlakunya Ketidaktepatan Nyanyian

Mengikut Aaron (1990 : 6-7), punca ketidaktepatan nyanyian boleh dibahagikan

kepada 5 kategori :

.. Persekitaran, atau kurang pendedahan terhadap muzik

... Organik, termasuk pembantutan kematangan, fizikal dan penyakit

Page 22: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

16

.. Psikologi, seperti diskriminasi pic yang lemah, ingatan pic yang lemah

serta kurang keyakinan

.. Kawalan vokal yang lemah disebabkan sokongan pemafasan lemah dan

• Kekurangan penyedaran kinestetik dalam mekanisma vokal,

ketidakbolehan mengubah suara ke laras atas (upper register) dan ketegangan

(straining).

Kirkpatrick (1962) telah menunjukkan perkaitan yang kuat antara kebolehan

menyanyi kanak-kanak tadika dan persekitaran muzikal mereka di rumah sendiri. Apa

yang dimaksudkan di sini ialah persekitaran yang baik mempunyai pengaruh yang

kuat terhadap penghasilan nyanyian yang baik, sebaliknya sesuatu persekitaran yang

tidak begitu sihat akan menghasilkan nyanyian yang tidak begitu baik. Satu lagi kajian

oleh Shelton (1966) telah mendapati bahawa kanak-kanak yang dianggap

"bermusikal" mempunyai lebih peluang untuk mendengar dan melibatkan diri mereka

dalam nyanyian di rumah.

2.4.2 Kaedah Pemnlihan (RemedialMethod) Untuk Ketidaktepatan Nyanyian

Bantuan pemulihan untuk membantu nyanyian dengan Jebih tepat adalah satu

bahagian proses psikomotor yang terdapat dalam kebanyakan teks dalam kaedah asas

muzik. Teknik-teknik ini digolongkan dalam tiga kategori :

.:. Persepsi pic

.:. Latih tubi tambahan dalam latihan dan lagu dan

.:. Arahan dalam teknik vokal

Page 23: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

17

Pic adalah hasil dari dua pergerakan fizikal=- getaran (vibration) pita suara dan

aliran ruang udara yang ditekankan. Sekiranya terdapat masalah koordinasi motor

dalam mana-mana bahagian ini, ketepatan pic akan berlaku ( Phillips 1992)

Kajian yang dijalankan oleh Jones (1979) untuk membantu mereka yang

menyanyi sumbang menggunakan persembahan dalam susunan pic (order of the

pitches) untuk dipadankan bagi penyanyi yang menghadapi masalah ini. Corak ton

(tone patterns) yang mudah dan pendek dalam nada yang berIainan untuk latihan

menunjukkan hasil yang lebih baik untuk padanan ton (tone matching) yang

berasingan, SeIain itu, penyanyi yang mempunyai masalah dalam ketepatan pic ini

dapat memadankan corak dan dapat membezakan pic tinggi dari pic rendah dalam satu

oktaf Corak yang menurun adalah lebih senang dipadankan dengan yang menaik,

Bertaux (1989: 96-97) dalam kajiannya terhadap persepsi pic dan ketepatan

menyanyi (singing accuracy) telah meIibatkan pelajar-pelajar sendiri dalam

menganalisa respon mereka sendiri, iaitu nyanyian mereka dan apakah yang perlu

dilakukan membaiki nyanyian tersebut, Dalam pendekatan ini, guru bertugas sebagai

fasilitator untuk mendengar pic yang sepatutnya dihasilkan oleh pelajar serta melihat

respon fizikal dan memberi cadangan altematif, Selepas ini dijalankan, guru

menggalakkan perbincangan tentang apa yang telah dirasai oleh pelajar dengan

mencadangkan apa yang sepatutnya telah dirasai. Perbincangan ini adalah

berpandukan kepada pengalaman dan kesimpulannya, tiada jawapan yang muktamad,

Terdapat banyak kajian yang menyokong arahan menyanyi dalam kordinasi

vocal (vocal-coordination instruction), iaitu satu proses pembelajaran psikomotor (the

motor process ofpsychomotor learning), Proses motor ini melibatkan koordinasi pita

Page 24: PENGURUSAN KOIR DALAM PENGAJARAN DAN …ir.upsi.edu.my/2915/1/Pengurusan koir dalam pengajaran dan... · muzik diperakukan sebagai satu kecerdasan di bawah klasifikasinya tersendiri

17

Pic adalah hasil dari dua pergerakan flZikal- getaran (vibration) pita suara dan

aliran ruang udara yang ditekankan. Sekiranya terdapat masalah koordinasi motor

dalam mana-mana bahagian ini, ketepatan pic akan berlaku ( Phillips 1992)

Kajian yang dijalankan oleh Jones (1979) untuk membantu mereka yang

menyanyi sumbang menggunakan persembahan dalam susunan pic (order of the

pitches) uotuk dipadankan bagi penyanyi yang menghadapi masalah ini. Corak ton

(tone patterns) yang mudah dan pendek dalam nada yang berlainan untuk latihan

menunjukkan hasil yang lebih baik untuk padanan ton (tone matching) yang

berasingan, Selain itu, penyanyi yang mempunyai masalah dalam ketepatan pic ini

dapat memadankan corak dan dapat membezakan pic tinggi dari pic rendah dalam satu

oktaf Corak yang menurun adalah lebih senang dipadankan dengan yang menaik.

Bertaux (1989: 96-97) dalam kajiannya terhadap persepsi pic dan ketepatan

menyanyi (singing accuracy) telah melibatkan pelajar-pelajar sendiri dalam

menganalisa respon mereka sendiri, iaitu nyanyian mereka dan apakah yang perlu

dilakukan membaiki nyanyian tersebut, Dalam pendekatan ini, guru bertugas sebagai

fasilitator untuk mendengar pic yang sepatutnya dihasilkan oleh pelajar serta melihat

respon fizikal dan memberi cadangan altematif Selepas ini dijalankan, guru

menggalakkan perbincangan tentang apa yang telah dirasai oleh pelajar dengan

mencadangkan apa yang sepatutnya telah dirasai. Perbincangan ini adalah

berpandukan kepada pengalaman dan kesimpulannya, tiada jawapan yang muktamad.

Terdapat banyak kajian yang menyokong arahan menyanyi dalam kordinasi

vocal (vocal-coordination instruction), iaitu satu proses pembelajaran psikomotor (the

motor process ofpsychomotor learning), Proses motor ini melibatkan koordinasi pita