klik dbp

1
BERITA HARIAN Isnin, 15 Ogos 2005 Halaman Dua SIDANG EDITOR Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03-21482875; Faks: 03-21422029 RENCANA EDITOR SURAT NUKLEUS Bersama Hajah Noresah Baharom PENAUNG Dato' Dr. Firdaus Abdullah Ketua Pengarah DBP PENASIHAT Hjh. Noresah Baharom Pengarah Jabatan Bahasa Izzah Abdul Aziz Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta KETUA EDITOR Mashitah Taharin ([email protected]) TIMBALAN KETUA EDITOR Normala Mohamad Yusof ([email protected]) EDITOR DBP Raja Masittah Raja Ariffin ([email protected]) Azmi Ibrahim ([email protected]) Shahrun Nizal Mohd. Nor ([email protected]) Wan Khairoslinda Wan Mohd. Khairi ([email protected]) Hassan Alias ([email protected]) Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor ([email protected]) Ismail Karmun ([email protected]) PENYELARAS LAMAN WEB Rohana Yahya ([email protected]) EDITOR DAWAMA SDN. BHD. Norida Jalaluddin ([email protected]) EDITOR SASTERA BHSB Salbiah Ani ([email protected]) REKA LETAK Zalina Haron PENGIKLANAN A.R. Sivarajan ([email protected]) FOTO Jalil Kasim Bahasa Kita Tanggungjawab Kita [email protected] SAUDARA Ketua Editor, Saya masih keliru dengan ejaan dan peng- gunaan gelaran DATUK, DATO', dan DATO yang digunakan untuk menunjukkan gelaran yang diterima oleh seseorang. Dalam media massa mereka menggunakan ejaan DATUK un- tuk menunjukkan gelaran kehormat. Contoh- nya DATUK SERI ABDULLAH. Tetapi ada juga sesetengah pihak yang menggunakan ejaan DA- TO' atau DATO. Sekian, terima kasih. Syahmi bin Ahmad Ramly, No 9, Jln TMJ 1, Taman Maran Jaya, 26500 Maran, Pahang. Saudara, Dato' ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianuge- rahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja, manakala Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Me- laka, Sarawak, dan Sabah. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Jaba- tan Perdana Menteri, Putrajaya, atau Bahagian Protokol, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan. Saudara boleh juga merujuk de- finisi Dato' dan Datuk dalam Kamus Dewan edisi keempat. Buku Protokol di Malaysia Tradisi dan Amalan, terbitan DBP juga ada memberikan maklumat tentang Darjah-darjah Kebesaran yang dianugerahkan khususnya, oleh Kera- jaan Persekutuan. l Pengirim surat ini akan menerima cen- deramata istimewa daripada Klik DBP. Hantarkan pendapat atau pertanyaan anda kepada Ketua Editor, Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel: [email protected]. Perbezaan antara Datuk dengan Dato Antara Bahasa Malaysia dengan Bahasa Melayu M ERDEKA! Merdeka! Merdeka! Demi- kianlah gema kemerdekaan yang di- laungkan oleh Bapa Kemerdekaan ki- ta pada 31 Ogos 1957 dahulu. Tidak lama lagi kita akan merayakan ulang tahun kemerde- kaan yang ke-48 tahun. Usia empat puluh lapan tahun melambangkan kematangan fikiran se- seorang. Namun, dalam konteks megah bahasa, adakah semua warga Malaysia benar-benar matang dari sikap cinta akan bahasa kebang- saan atau masih lagi dibayangi sikap menga- gung-agungkan bahasa penjajah? Berbagai-bagai slogan yang telah dicipta oleh pejuang-pejuang bahasa semasa mereka mem- perjuangkan kemerdekaan dahulu. Antaranya, "Bahasa Jiwa Bangsa" dan "Bahasa Menun- jukkan Bangsa". Slogan-slogan ini menunjuk- kan sikap cinta akan bahasa kita yang men- dalam yang melambangkan jati diri bangsa. Malahan, salah satu punca yang mendorong mereka memperjuangkan kemerdekaan tanah air daripada pihak British dahulu adalah atas dasar cinta akan bahasa kebangsaan. Mereka tidak mahu bahasa penjajah menjiwai jiwa anak merdeka. Salah satu punca kejayaan kita memperoleh kemerdekaan secara aman dari- pada pihak British juga, adalah kerana se- mangat perpaduan yang ditunjukkan oleh ma- syarakat berbilang kaum melalui satu bahasa perpaduan kaum, iaitu bahasa Melayu yang dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlem- bagaan Persekutuan. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai badan ke- rajaan yang dipertanggungjawabkan membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan. An- taranya ialah proses standardisasi bahasa Me- layu melalui peraturan tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Oleh itu, sebagai warga merdeka yang boleh dianggap matang “dalam konteks usia kemer- dekaan” haruslah sentiasa memastikan peng- gunaan bahasa Melayu yang betul dan tidak mengamalkan bahasa rojak. Sebagai warga yang bebas dan merdeka marilah kita sama-sama memartabatkan bahasa kebangsaan. Sektor kor- porat harus turut sama memartabatkan bahasa kebangsaan. Bahasa kita tanggungjawab kita. P ENGGUNAAN ungkapan bahasa Malay- sia dan bahasa Melayu sering menjadi pertanyaan dalam kalangan penutur ba- hasa Melayu, sama ada penutur asli, penutur bukan Melayu di Malaysia mahupun pelajar asing di luar dunia Melayu. Mengikut Perkara 152 Perlembagaan Perse- kutuan, bahasa Melayu ialah bahasa kebang- saan negara Malaysia. Ungkapan “bahasa Ma- laysia” tidak digunakan dalam perlembagaan tetapi hanya digunakan oleh masyarakat Ma- laysia demi menimbulkan rasa milik bersama bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, ba- hasa rasmi, dan bahasa perpaduan rakyat Ma- laysia. Oleh itu, usaha memartabatkan bahasa kebangsaan seharusnya menjadi tanggungja- wab semua kaum di Malaysia. Dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) ke-6 baru-baru ini, Prof. Dr. Bernd Nothofer, anggota MABM yang mewakili wilayah Eropah, dan Prof. Dr. Uli Kozok yang mewakili Amerika Syarikat, melaporkan bahawa daripada 100 buah institusi yang mengajarkan bahasa Me- layu di luar negara, kecuali di Beijing, hampir semuanya mengajarkan bahasa Indonesia pada tahap satu dan tahap dua. Bahasa Melayu di- ajarkan hanya pada tahap atas, tidak pada tahap bawah atau menengah. Persoalannya menga- pakah situasi begini berlaku? Apakah pula per- bezaan antara bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia? Bahasa Indonesia ialah bahasa yang telah berkembang dan dikembangkan menjadi ba- hasa kebangsaan, bahasa perpaduan, dan ba- hasa pembinaan tamadun bangsa bagi lebih daripada 220 juta rakyat Indonesia. Untuk tu- juan yang sama seperti di Malaysia, bahasa Melayu di Indonesia dinamai bahasa Indonesia. Di Brunei Darussalam pula, tidak timbul ke- sulitan untuk menyebut bahasa Melayu sebagai bahasa Brunei. Berbalik pada persoalan mengapakah bahasa Indonesia sahaja dan tidak bahasa Malaysia yang diajarkan pada tahap satu dan dua di luar negara, jawapannya adalah kerana secara tra- disinya masyarakat luar negara lebih menge- nali bahasa Indonesia daripada bahasa Melayu, malahan ada yang terkejut apabila diberitahu bahawa bahasa Indonesia itu adalah berteras- kan bahasa Melayu dan merupakan variasi bahasa Melayu. Selain itu, kewujudan ribuan bahasa daerah dan dialek di Indonesia me- rupakan daya tarikan kepada pengkaji luar negara untuk menerokai kajian di sana, dan untuk itu tentulah penguasaan bahasa Indo- nesia diberikan perhatian. Penjelasan di atas mungkin dapat meleraikan persoalan yang dikemukakan penutur bahasa di Malaysia tetapi belum lagi dapat menjawab kemusykilan pelajar asing di luar negara. Me- ngapakah hanya pada tahap atas mereka baru layak dan sesuai diperkenalkan dengan bahasa Melayu? Apakah bahasa Indonesia itu bukan bahasa Melayu? Pada saat ini, MABM yang bersidang baru-baru ini menegaskan bahawa bahasa kebangsaan yang dituturkan di Ma- laysia, Indonesia, dan Brunei Darussalam me- rupakan variasi bahasa Melayu. Maknanya, bahasa Melayu di Indonesia yang disebut se- bagai bahasa Indonesia merupakan salah satu variasi bahasa Melayu, manakala bahasa yang dituturkan di Malaysia pula merupakan bahasa Melayu variasi Malaysia, begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Brunei. Dengan demi- kian, mempelajari bahasa Melayu variasi Ma- laysia pada tahap atas oleh pelajar asing di luar negara merupakan satu keperluan agar pelajar mendapat gambaran menyeluruh tentang pel- bagai variasi yang terdapat dalam bahasa Me- layu berbanding dengan penutur di negara-ne- gara berbahasa Melayu yang hanya menguasai satu variasi sahaja. Apakah gabungan ciri yang terdapat dalam pelbagai variasi bahasa Melayu ini akan menghasilkan pertumbuhan bahasa Melayu supranasional? Hanya usaha sama MABM dan masa yang dapat menentukannya.

Upload: sayadanbahasa

Post on 10-Jun-2015

345 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Klik DBP 15 Ogos 2005

TRANSCRIPT

Page 1: klik DBP

BERITA HARIAN Isnin, 15 Ogos 2005Halaman D ua

S I DA N G E D I TO R

Jalan Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur.

Tel.: 03-21482875;Faks: 03-21422029

RENCANA EDITOR

S U R AT

NUKLEUS Bersama Hajah Noresah Baharom

P E NAU N GDato' Dr. Firdaus AbdullahKetua Pengarah DBP

P E NA S I H ATHjh. Noresah BaharomPengarah Jabatan Bahasa

Izzah Abdul AzizKetua Bahagian PengembanganBahasa Sektor Swasta

KETUA EDITORMashitah Taharin([email protected] y)

TIMBALAN KETUA EDITORNormala Mohamad Yusof(nor [email protected])

EDITOR DBPRaja Masittah Raja Ariffin([email protected] y)

Azmi Ibrahim([email protected] y)

Shahrun Nizal Mohd. Nor([email protected] y)

Wan KhairoslindaWan Mohd. Khairi([email protected] y)

Hassan Alias([email protected] y)

Wan Mohd Saophy AmizulWan Mansor([email protected] y)

Ismail Karmun(kar [email protected])

PENYELARAS LAMAN WEBRohana Yahya([email protected] y)

EDITOR DAWAMA SDN. BHD.Norida Jalaluddin(norida@daw ama.com.m y)

EDITOR SASTERA BHSBSalbiah Ani([email protected] y)

REKA LETAKZalina Haron

P E N G I K L A NA NA.R. Sivarajan(arsi [email protected])

FO TOJalil Kasim

Bahasa Kita Tanggungjawab Kita

m a s h i t a h @ d b p. g ov. my

S AU DA R A Ketua Editor,

Saya masih keliru dengan ejaan dan peng-gunaan gelaran DATUK, DATO', dan DATOyang digunakan untuk menunjukkan gelaranyang diterima oleh seseorang. Dalam mediamassa mereka menggunakan ejaan DATUK un-tuk menunjukkan gelaran kehormat. Contoh-nya DATUK SERI ABDULLAH. Tetapi ada jugasesetengah pihak yang menggunakan ejaan DA-TO' atau DATO.

Sekian, terima kasih.

Syahmi bin Ahmad Ramly,No 9, Jln TMJ 1,Taman Maran Jaya,26500 Maran, Pahang.

Saudara,

Dato' ialah gelaran kehormat bagi penerimaAnugerah Darjah Kebesaran yang dianuge-rahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuaioleh Sultan atau Raja, manakala Datuk ialahgelaran kehormat bagi penerima AnugerahDarjah Kebesaran yang dianugerahkan olehKerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeriyang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Me-laka, Sarawak, dan Sabah. Untuk keteranganlanjut, sila hubungi Bahagian Istiadat danUrus Setia Persidangan Antarabangsa, Jaba-tan Perdana Menteri, Putrajaya, atau BahagianProtokol, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

berkenaan. Saudara boleh juga merujuk de-finisi Dato' dan Datuk dalam Kamus Dewanedisi keempat.

Buku Protokol di Malaysia Tradisi danAmalan, terbitan DBP juga ada memberikanmaklumat tentang Darjah-darjah Kebesaranyang dianugerahkan khususnya, oleh Kera-jaan Persekutuan.l Pengirim surat ini akan menerima cen-deramata istimewa daripada Klik DBP.Hantarkan pendapat atau pertanyaan andakepada Ketua Editor, Klik DBP, BahagianPengembangan Bahasa Sektor Swasta, DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpuratau e-mel: [email protected].

Perbezaan antara Datuk dengan Dato�

Antara �Bahasa Malaysia�dengan �Bahasa Melayu�

MERDEKA! Merdeka! Merdeka! Demi-kianlah gema kemerdekaan yang di-laungkan oleh Bapa Kemerdekaan ki-

ta pada 31 Ogos 1957 dahulu. Tidak lama lagikita akan merayakan ulang tahun kemerde-kaan yang ke-48 tahun. Usia empat puluh lapantahun melambangkan kematangan fikiran se-seorang. Namun, dalam konteks megah bahasa,adakah semua warga Malaysia benar-benarmatang dari sikap cinta akan bahasa kebang-saan atau masih lagi dibayangi sikap menga-gung-agungkan bahasa penjajah?

Berbagai-bagai slogan yang telah dicipta olehpejuang-pejuang bahasa semasa mereka mem-perjuangkan kemerdekaan dahulu. Antaranya,"Bahasa Jiwa Bangsa" dan "Bahasa Menun-jukkan Bangsa". Slogan-slogan ini menunjuk-

kan sikap cinta akan bahasa kita yang men-dalam yang melambangkan jati diri bangsa.

Malahan, salah satu punca yang mendorongmereka memperjuangkan kemerdekaan tanahair daripada pihak British dahulu adalah atasdasar cinta akan bahasa kebangsaan. Merekatidak mahu bahasa penjajah menjiwai jiwaanak merdeka. Salah satu punca kejayaan kitamemperoleh kemerdekaan secara aman dari-pada pihak British juga, adalah kerana se-mangat perpaduan yang ditunjukkan oleh ma-syarakat berbilang kaum melalui satu bahasaperpaduan kaum, iaitu bahasa Melayu yangdinobatkan sebagai bahasa kebangsaan sepertiyang termaktub dalam Perkara 152 Perlem-bagaan Persekutuan.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Dewan

Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai badan ke-rajaan yang dipertanggungjawabkan membinadan mengembangkan bahasa kebangsaan. An-taranya ialah proses standardisasi bahasa Me-layu melalui peraturan tentang penggunaanbahasa Melayu yang betul.

Oleh itu, sebagai warga merdeka yang bolehdianggap matang “dalam konteks usia kemer-dekaan” haruslah sentiasa memastikan peng-gunaan bahasa Melayu yang betul dan tidakmengamalkan bahasa rojak. Sebagai warga yangbebas dan merdeka marilah kita sama-samamemartabatkan bahasa kebangsaan. Sektor kor-porat harus turut sama memartabatkan bahasakebangsaan. Bahasa kita tanggungjawab kita.

PENGGUNAAN ungkapan bahasa Malay-sia dan bahasa Melayu sering menjadipertanyaan dalam kalangan penutur ba-

hasa Melayu, sama ada penutur asli, penuturbukan Melayu di Malaysia mahupun pelajarasing di luar dunia Melayu.

Mengikut Perkara 152 Perlembagaan Perse-kutuan, bahasa Melayu ialah bahasa kebang-saan negara Malaysia. Ungkapan “bahasa Ma-laysia” tidak digunakan dalam perlembagaantetapi hanya digunakan oleh masyarakat Ma-laysia demi menimbulkan rasa milik bersamabahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, ba-hasa rasmi, dan bahasa perpaduan rakyat Ma-laysia. Oleh itu, usaha memartabatkan bahasakebangsaan seharusnya menjadi tanggungja-wab semua kaum di Malaysia.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa EksekutifMajlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM)ke-6 baru-baru ini, Prof. Dr. Bernd Nothofer,anggota MABM yang mewakili wilayah Eropah,dan Prof. Dr. Uli Kozok yang mewakili AmerikaSyarikat, melaporkan bahawa daripada 100buah institusi yang mengajarkan bahasa Me-layu di luar negara, kecuali di Beijing, hampirsemuanya mengajarkan bahasa Indonesia padatahap satu dan tahap dua. Bahasa Melayu di-ajarkan hanya pada tahap atas, tidak pada tahapbawah atau menengah. Persoalannya menga-

pakah situasi begini berlaku? Apakah pula per-bezaan antara bahasa Melayu dengan bahasaIndonesia?

Bahasa Indonesia ialah bahasa yang telahberkembang dan dikembangkan menjadi ba-hasa kebangsaan, bahasa perpaduan, dan ba-hasa pembinaan tamadun bangsa bagi lebihdaripada 220 juta rakyat Indonesia. Untuk tu-juan yang sama seperti di Malaysia, bahasaMelayu di Indonesia dinamai bahasa Indonesia.Di Brunei Darussalam pula, tidak timbul ke-sulitan untuk menyebut bahasa Melayu sebagaibahasa Brunei.

Berbalik pada persoalan mengapakah bahasaIndonesia sahaja dan tidak bahasa Malaysiayang diajarkan pada tahap satu dan dua di luarnegara, jawapannya adalah kerana secara tra-disinya masyarakat luar negara lebih menge-nali bahasa Indonesia daripada bahasa Melayu,malahan ada yang terkejut apabila diberitahubahawa bahasa Indonesia itu adalah berteras-kan bahasa Melayu dan merupakan variasibahasa Melayu. Selain itu, kewujudan ribuanbahasa daerah dan dialek di Indonesia me-rupakan daya tarikan kepada pengkaji luarnegara untuk menerokai kajian di sana, danuntuk itu tentulah penguasaan bahasa Indo-nesia diberikan perhatian.

Penjelasan di atas mungkin dapat meleraikan

persoalan yang dikemukakan penutur bahasadi Malaysia tetapi belum lagi dapat menjawabkemusykilan pelajar asing di luar negara. Me-ngapakah hanya pada tahap atas mereka barulayak dan sesuai diperkenalkan dengan bahasaMelayu? Apakah bahasa Indonesia itu bukanbahasa Melayu? Pada saat ini, MABM yangbersidang baru-baru ini menegaskan bahawabahasa kebangsaan yang dituturkan di Ma-laysia, Indonesia, dan Brunei Darussalam me-rupakan variasi bahasa Melayu. Maknanya,bahasa Melayu di Indonesia yang disebut se-bagai bahasa Indonesia merupakan salah satuvariasi bahasa Melayu, manakala bahasa yangdituturkan di Malaysia pula merupakan bahasaMelayu variasi Malaysia, begitulah juga halnyadengan bahasa Melayu Brunei. Dengan demi-kian, mempelajari bahasa Melayu variasi Ma-laysia pada tahap atas oleh pelajar asing di luarnegara merupakan satu keperluan agar pelajarmendapat gambaran menyeluruh tentang pel-bagai variasi yang terdapat dalam bahasa Me-layu berbanding dengan penutur di negara-ne-gara berbahasa Melayu yang hanya menguasaisatu variasi sahaja. Apakah gabungan ciri yangterdapat dalam pelbagai variasi bahasa Melayuini akan menghasilkan pertumbuhan bahasaMelayu supranasional? Hanya usaha samaMABM dan masa yang dapat menentukannya.