kk majlis-watikah perlantikan pengawas 2015

9
SEKOLAH KEBANGSAN (FELDA) TENGGAROH 7 JALAN CERMAI FELDA TENGGAROH 7 MERSING KERTAS KERJA MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA KELAS 2015 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID Unit Displin Unit Pengawas Pusat Sumber Sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling 1

Upload: mkanwars

Post on 14-Nov-2015

241 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

SEKOLAH KEBANGSAN (FELDA) TENGGAROH 7JALAN CERMAI FELDA TENGGAROH 7 MERSING

KERTAS KERJAMAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA KELAS 2015

PENGURUSAN HAL EHWAL MURIDUnit DisplinUnit PengawasPusat Sumber SekolahUnit Bimbingan dan Kaunseling

1.0TAJUK PROGRAM

1.1 Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber, serta Ketua Kelas 2015

2.0MATLAMAT

2.1Pihak sekolah berharap jawatan yang digalas dapat melatih murid menjadi pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab. 2.2Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah rendah ini sememangnya menjadi titik permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara seterusnya.

3.0OBJEKTIF

3.1Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas, Pengawas Sumber dan Ketua Kelas Sekolah Kebangsaan Shah Alam supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.3.2Semoga dengan perlantikan ini, semua murid yang telah dilantik dapat menggalas dan menyempurnakan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh taat dan dedikasi.

4.0PERINGKAT PERLAKSANAAN

4.1Majlis ini telah dilaksanakan pada hari yang di sebut di bawah :

Tarikh:18 JANUARI 2015Hari:AHADMasa: 7.30pagi hingga 8.00pagiTempat:Dataran PerhimpunanSekolah Kebangsaan (Felda) Tenggaroh 7

4.2Majlis ini akan melibatkan kerjasama dari semua guru Sekolah Kebangsaan (Felda) Tenggaroh 7

5.0SASARAN PENYERTAAN

5.1Majlis ini diadakan khas untuk murid-murid yang telah dilantik sebagai Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Kelas pada tahun 20155.2Seramai 21 orang murid menerima Watikah Perlantikan tersebut.

6.0Aturcara Majlis

7.30 pagiMurid berkumpul di Dataran perhimpunan7.35 pagiUcapan alu-aluan pengerusi majlis7.40 pagiUcapan Guru besar7.50 pagiPenyerahan Watikah Perlantikan7.55 pagiBacaan Ikrar 8.00 pagiMasuk ke kelas dan P & P

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PUSAT SUMBER SERTA KETUA KELAS 2015

Pengerusi Puan Rosni binti Kassim (Guru Besar ) Naib PengerusiPuan Aznie binti Mohamed Aker (GPK Hal Ehwal Murid)En. Abdul rahman bin Daud (GPK Pentadbiran)En. Mohd Sallehin bin Shahid (GPK Kokurikulum)

SetiausahaEn Mohd Khairul Anwar bin Md Sobhi (Unit Pengawas Sekolah)

Bacaan Doa: En Helmy bin KusniPengacara Majlis: Pn Norasyekin binti AmirullahSijil: Pn Nurul Hidayah binti IsninDokumentasi : Cik Syafiyah binti Muda

7.0Penutup

Diharapkan majlis dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan.

Disediakan oleh:

(Mohd Khairul Anwar Bin Md Sobhi)Penyelaras Lembaga PengawasSK (FELDA) TENGGAROH 7Disahkan oleh:

(Rosni Binti Kassim)Guru BesarSK (FELDA) TENGGAROH 7

IKRAR PENGAWAS

BAHAWASANYA KAMI,

PENGAWAS SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) TENGGAROH 7

DENGAN INI BERIKRAR :

AKAN TAAT KEPADA TUHAN, IBU BAPA DAN GURU-GURU,

MEMBANTU PIHAK SEKOLAH MENGAWASI DISIPLIN MURID,

MENJADIKAN DIRI KAMI CONTOH TAULADAN TERBAIK, SERTA DAPAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN CEKAP,SABAR, DEDIKASI DAN PENUH TANGGUNGJAWAB,

MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH,

MENGHORMATI KAKITANGAN SEKOLAH DAN RAKAN-RAKAN,

MENJAGA NAMA BAIK SEKOLAH DAN BADAN PENGAWAS,

DAN SETERUSNYA, SAMA-SAMA BERUSAHA MENCAPAI VISI SEKOLAH,

KETUA. PENGAWAS LELAKI B/P SEMUA PENGAWASSK (FELDA) TENGGAROH 7

Watikah Pelantikan

Dengan kuasa yang diberikan di bawah Peraturan 6, Para 6 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah) 1959, maka dengan ini saya melantik :-

Muhammad Shah bin Ahmad Dasuki

sebagaiPENGAWAS SEKOLAHbagi sesi 2015

Semoga dengan pelantikan ini, saudara/saudari akan dapat membantu memantapkan disiplin Sekolah Kebangsaan (Felda) Tenggaroh 7ke arah yang lebih terbilang seperti berikut :

1. Mengawal Tingkahlaku Murid-Murid.2. Menjaga Ketenteraman dan Kesejahteraan Sekolah.3. Melaksanakan Peraturan-peraturan disiplin.4. Menunjukkan teladan yang baik.5. Bersedia mengorbankan masa dan tenaga demi menjayakan program-program sekolah.

TEKS PENGACARA MAJLISPENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWASBAGI TAHUN 2015

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nastain ala umurid dunia waddin, wa ala alihi wasahbihi ajmain.

Dari Johor hendak ke Pekan,Singgah di Lipis membeli haruan,Semanis senyuman kami hamparkan,Buat bingkisan salam pertemuan.

1. Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

2. Yang Berusaha, ______________, Tuan Guru Besar _______________, Penolong Kanan Pentadbiran________, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid _____________, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru, Lembaga Pengawas serta para pelajar SK(F)T7.3. Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Pentauliahan Warkah Pelantikan Pengawas SK (FELDA) TENGGAROH 74. Bagi memberkati acara pada hari ini, majils menjemput _____________ untuk membacakan doa.5. Seterusnya, majlis menjemput _____________________ Ketua Pengawas SKT7 untuk mengetuai lafaz ikrar pengawas.6. Bagi meneruskan acara, majlis dengan sembah takzimnya menjemput _____________ (GPK HEM) untuk mengiringi Yang Berusaha, _____________ GuruBesar SK FELDA TENGGAROH 7 bagi menyampaikan watikah perlantikan kepada pengawas pengawas yang telah dipilih. Dipersilakan.7. Penyampaian watikah dimulakan dengan,8. Terima kasih diucapkan kepada __________________________ di atas kesudian menyempurnakan Majlis Pentauliahan Warkah Pelantikan Pengawas SK (FELDA) TENGGAROH 7 bagi sesi 2015.9. Dengan berakhirnya penyampaian watikah itu tadi maka berakhirlah Majlis Pentauliahan Warkah Pelantikan Pengawas bagi sesi 2015. Semoga dengan pelantikan ini akan dapat memotivasikan para pengawas dalam melaksana dan menjalankan tugas yang diamanahkan.10. Majlis merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak Guru Besar, guru-guru Penolong Kanan , guru-guru serta murid-murid sekalian atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Tuan puteri pergi ke RasahPulang semula sebelah pagiKita bertemu akhirnya berpisahDi lain acara bersua lagi

Gunung Pantai tinggi mengawan,Nampak dari Padang Temu,Sampai di sini tinggallah tuan,Ada hayat kita bertemu.

Sekian, dengan lafaz wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hitaalawabarakatuh, saya serahkan kembali majlis kepada pengawas bertugas. 6