kjr faizah husin

2
Tema : kemalangan jalan raya Pendahuluan : punca Isi : langkah Penutup : kesan Pepatah ada mengatakan “biar lambat asal selamat” yang membawa maksud melakukan sesuatu perkara biarlah berhati hati agar mendapat hasil yang baik . Sedarsawarsa ini , peribahasa di atas menjadi satu signifikan kepada rakyat Malaysia khususnya kepada pemandu pacuan empat roda mahupun dua roda apabila menjelangnya hari perayaan dan cuti persekolahan . Biarpun pelbagai inisiatif telah di jalankan namun angka kemalangan jalan raya saban tahun semakin meningkat . Ini menimbulkan keraguan dalam jentera pentadbiran Negara adakah usaha kerajaan masih belum utuh untuk menangani maslahat ini ?. Jika kita menelurusuri secara keseluruhannya , kemalangan jalan raya adalah berpunca dari kecuaian dan sikap pemandu itu sendiri . Mengikut kajian yang di jalankan 90% kemalangan jalan raya adalah berpunca dari pemandu itu sendiri . Manakala 10 % yang selebihnya pula berpunca dari faktor cuaca dan struktur jalan . Justeru itu, “ tepuk dada tanya selera”. Adakah kita seorang pemandu yang berhemah ketika memandu di jalan raya ? . Lazimnya , kadar kemalangan jalan raya menunjukkan angka tertinggi ialah pada hari perayaan dan cuti persekolahan . Senario ini , sering menghantui masyarakat konvensional pada era globalisasi ini disebabkan oleh sikap mementingkan diri sendiri seperti “enau dalam belukar melepaskan pucuk masing – masing “ . Misalnya , jika kita melihat gelagat pemandu semasa hari perayaan sungguh menduka citakan . Pemandu sanggup memotong barisan serta melanggar lampu isyarat semata - mata untuk sampai cepat ke kampung halaman mereka . Hal ini demikian , berlaku kerana pertambahan kerendaan di jalan raya menyebabkan kesesakan lalu lintas yang mendorong pemandu untuk mengabaikan pemanduan secara berhemah . Lanjutan itu , ini membutikan bahawa masyarakat kita masih kurang kesedaran sivik dan sikap menghormati antara satu sama lain bak kata pepatah “ yang tua di hormati yang muda disayangi “ . Rentetan itu , sikap pemandu yang cuai juga menyumbang kepada peningkatan angka kemalangan jalan raya . Sebagai contoh , pemandu memandu dalam keadaan mabuk , menggunakan telefon bimbit ketika memandu ,

Upload: nur-aisyah

Post on 07-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

projek add math

TRANSCRIPT

Tema : kemalangan jalan rayaPendahuluan : puncaIsi : langkahPenutup : kesan

Pepatah ada mengatakan biar lambat asal selamat yang membawa maksud melakukan sesuatu perkara biarlah berhati hati agar mendapat hasil yang baik . Sedarsawarsa ini , peribahasa di atas menjadi satu signifikan kepada rakyat Malaysia khususnya kepada pemandu pacuan empat roda mahupun dua roda apabila menjelangnya hari perayaan dan cuti persekolahan . Biarpun pelbagai inisiatif telah di jalankan namun angka kemalangan jalan raya saban tahun semakin meningkat . Ini menimbulkan keraguan dalam jentera pentadbiran Negara adakah usaha kerajaan masih belum utuh untuk menangani maslahat ini ?. Jika kita menelurusuri secara keseluruhannya , kemalangan jalan raya adalah berpunca dari kecuaian dan sikap pemandu itu sendiri . Mengikut kajian yang di jalankan 90% kemalangan jalan raya adalah berpunca dari pemandu itu sendiri . Manakala 10 % yang selebihnya pula berpunca dari faktor cuaca dan struktur jalan . Justeru itu, tepuk dada tanya selera. Adakah kita seorang pemandu yang berhemah ketika memandu di jalan raya ? . Lazimnya , kadar kemalangan jalan raya menunjukkan angka tertinggi ialah pada hari perayaan dan cuti persekolahan . Senario ini , sering menghantui masyarakat konvensional pada era globalisasi ini disebabkan oleh sikap mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing . Misalnya , jika kita melihat gelagat pemandu semasa hari perayaan sungguh menduka citakan . Pemandu sanggup memotong barisan serta melanggar lampu isyarat semata - mata untuk sampai cepat ke kampung halaman mereka . Hal ini demikian , berlaku kerana pertambahan kerendaan di jalan raya menyebabkan kesesakan lalu lintas yang mendorong pemandu untuk mengabaikan pemanduan secara berhemah . Lanjutan itu , ini membutikan bahawa masyarakat kita masih kurang kesedaran sivik dan sikap menghormati antara satu sama lain bak kata pepatah yang tua di hormati yang muda disayangi . Rentetan itu , sikap pemandu yang cuai juga menyumbang kepada peningkatan angka kemalangan jalan raya . Sebagai contoh , pemandu memandu dalam keadaan mabuk , menggunakan telefon bimbit ketika memandu , tidak memberi isyarat ketika hendak membelok serta memandu dalam keadaan letih dan mengantuk . Persis bak kata pepatah malang tidak berbau tetapi jika di perhatikan beginilah sikap pemandu di jalan raya yang meletakkan nyawa mereka bagai telur dihujung tanduk nescaya agenda kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya umpama anjing menyalak bukit tidak akan runtuh . Justifikasinya , setiap pemandu mestilah memandu dengan berhemah bukan sahaja kemalangan dapat dielakkan bahkan meningkatkan rasa kesedaran kita untuk lebih menghargai nyawa pemberian tuhan . Oleh hal yang demikian , sebelum pena melakar aksara , sebelum benang di sulam menjadi kerawang ayuhlah kita melebarkan lensa perbincangan kita tentang langkah langkah yang sepatutnya di jalankan untuk menangani isu kemalangan jalan raya di negara kita .