presentation en. husin

Upload: afiqah-adanan

Post on 14-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    1/23

    Masa Depan dan Cabaran

    Bahasa Melayu

    OLEH

    AFIQAH BINTI ADANAN

    PISMP 6.07

    TAJUK 6

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    2/23

    SEJARAH CABARAN BAHASA MELAYU Suatu ketika dahulu sejarah membuktikan bahasa Melayu telah menjadi

    bahasa antarabangsa sejak zaman Empayar Srivijaya.

    (Abad ke-7 Masihi sehingga abad ke-19 Masihi)

    Bahasa Melayu menjadi lingua franca.

    Bahasa perdagangan dan bahasa perhubungan antarabangsa.

    Bahasa rasmi dan bahasa persuratan bagi pusat- pusat pemerintahan seluruhrantau berkenaan.

    Permulaan abad ke-20,

    Era penjajahan Barat ke atas Kepulauan-kepulauan Melayu iaitu :

    Menyebabkan kemerosotan kedudukan bahasa Melayu sebagai lingua franca.

    Pihak penjajah memaksa menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa rasmi danbahasa pengantar pendidikan.

    Apabila kemerdekaan tercapai, barulah bahasa Melayu telah dikembalikanstatusnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan lingua franca di rantau ini.

    Inggeris -> Semenanjung Tanah Melayu dan Utara Borneo

    Belanda -> Kepulauan Sumatera, Jawa, Selatan Borneo, Sulawesi, Meluku, Mandura dan Bali Sepanyol -> Kepulauan

    Filipina

    [Prof. Dr. Hashim Hj. Musa,2009].

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    3/23

    Dalam Pendidikan,

    Bahasa Melayu bahasa pengantar ilmumula-mula disarankan dalam Laporan Razak 1956dan kemudian diperkukuh dalam Laporan AbdulRahman Talib 1960.

    Berkembang sehingga kini Digunakan sepenuhnya di institut pengajian tinggi

    awam di Malaysia Sekolah

    Urusan rasmi

    Dengan pencapaian tersebut mencerminkanmasa depan yang gemilang bagi bahasa Melayu.

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    4/23

    Tercabarnya bahasa

    Setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaansepenuhnya dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

    pendidikan, bahasa Melayu dicabar apabila Akta Pendidikan 1996dan Akta IPTS 1996 diluluskan.

    Semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagaibahasa pengantar.

    Universiti PETRONAS, Universiti Multimedia Malaysia (MMU)dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

    Tahun 2003, penggunaan bahasa Inggeris bagi semua matematikdan sains dalam semua peringkat.

    Abad ke-21, bahasa Melayu mendapat persaingan sengit daripadabahasa Inggeris.

    Masyarakat mula mempergiat jaringan komunikasi yangmenggunakan bahasa Inggeris. Urusan peribadi, rasmi dan

    sekolah.

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    5/23

    A. Azizi Deraman makalah : Bahasa Melayu DanCabaran Globalisasi, Dewan Bahasa 2007 menegaskan :

    cabaran utama bahasa Melayu sebagai bahasa nasionaladalah lemahnya sokongan, jagaan, kawalan, peneguhandan penegasan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi danbahasa kebangsaan.

    Pandangan Aziz Deraman:

    Orang Melayu sendiri kurang yakin terhadap kemampuanbahasa Melayu.

    Rakyat bukan Melayu belum semuanya menjiwai bahasaMelayu.

    Bahasa Inggeris terus dianggap superior(hebat).

    Penekanan terhadap sains dan teknologi sertaperindustrian yang mencetuskan tanggapan bahawakemajuan hanya boleh dicapai melalui bahasa Inggeris

    yang dianggap bahasa sangat unggul itu.

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    6/23

    Pentadbiran

    Pasaran Politik : Kalangan pemimpin gahberturut dalam bahasa Inggeris- Urusan rasmi dihadiri warga asing- Bahasa Inggeris sebagai komunikasi.

    Polisi Mahkamah :- Isu dokumen,

    - Notis perbicaraan, dan- Kes perbicaraan.

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    7/23

    Ekonomi

    Perlaksanaan dasar tentang hak Melayu dan perlaksanaan DEBtahun 1970 membawa perasaan tidak senang kepada bukanMelayu. Kekuatan yang bakal dimiliki oleh orang Melayu dari aspek sosio-

    ekonomi sudah tentu menjejaskan satu-satunya kekuatan yangdimilikinya.

    Masyarakat lain mengambil pendekatan social closure iaitu peluangsosial dan ekonomi yang dinikmati orang Melayu ditutup kepada

    kelompok lain. Tidak berlaku dalam bentuk undang-undang, tetapi berlaku dalam bentuk

    kumpulan.

    Antara langkah yang dilakukan ialah self declared economic salvationdan juga digerakkan oleh pertubuhan-pertubuhan Cina seperti clanassociations, trade guilds, dewan-dewan perniagaan, pertubuhan

    alumni dan pertubuhan agama. Kelahiran IPTS swasta juga telah menjadi medan untuk

    menyemarakkan lagi sistem pendidikan Cina di Malaysia.

    Suasana ini sudah tentu menambahkan jurang dan akhirnyamenimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang

    Melayu yang merasakan diri mereka sentiasa tertinggal.

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    8/23

    Munculnya peranan baharu guru : Menanamkan keyakinan terhadap bahasa

    kebangsaan ini. Kreatif dan inovatif dalam mencari dan

    mengubah suai pendekatan pembelajaran. Bijak memupuk sikap cintakan bahasa

    kebangsaan kepada murid yang telahdidedahkan dengan kepentingan bahasaInggeris agar tidak menimbulkan konfliklain.

    Menjadikan pengajaran dan pembelajaranBahasa Melayu lebih lancar dan tersusunagar diminati oleh para murid.

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    9/23

    Peranan Individu mengurangkan berlakunya pencemaran

    bahasa dalam percakapan harian sertapenulisan.

    Menghapuskan penggunaan dwi bahasa

    dalam borang permohonan kerjaterutamanya di sektor swasta

    Peranan Media Massa.

    Pengiklanan dan papan tanda Semangat cintakan bahasa ibunda.

    Menyokong usaha kerajaan dan DBP.

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    10/23

    KEDWIBAHASAAN

    KENAPA PERLUNYA MENGUASAIBAHASA LAIN DI DUNIA SELAIN

    BAHASA MELAYU???

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    11/23

    1) Kedwibahasaan atau bilingualisme ialah penguasaan dua bahasaseperti penutur bahasa asli. Penggunanya menggunakannya sebagaibahasa komunikasi, yakni menggunakan satu bahasa rasmi untuk

    berkomunikasi, dan bahasa ibunda untuk hubungan lain.

    contoh :orang Cina dan India yang menggunakan bahasa Melayu untukkomunikasi rasmi tetapi bahasa ibunda di rumah.

    2) Kedwibahasaan yang sempurna apabila penutur tersebut dapatmenguasai dua bahasa dengan sepenuhnya. Tapi, agak sukar untukmenemui penutur yang benar-benar mahir menguasai banyak bahasa.

    3) Terdapat negara yang mengamalkan dua atau lebih bahasa. Contoh : Kanada dan Belgium (bilingual) Switzerland (multilingual) Malaysia (multilingual) BM-BI-CINA-INDIA

    *Kadangkala orang boleh faham, tapi tak boleh tutur dan tulis semula*

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    12/23

    KEDWIBAHASAAN

    KENAPAWUJUDNYA KEDWIBAHASAAN?

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    13/23

    1) Hadir daripada masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai budaya,etnik, kaum, bangsa dan agama.- hubungan budaya dengan budaya di bandar yang pesat dan

    pusat perdagangan (banyak ragam dan budaya) .- penjajahan (sistem pemerintahan dan pendidikan-penjajahInggeris di Tanah Melayu)

    2) Ada negara yang menjadikan dialek sebagai bahasa rasmi Perancis- Penutur mengamalkan dialek masing-masing dalam kehidupan

    seharian, tetapi mereka menggunakan dialek utama sebagai bahasarasmi.

    - Di Malaysia, dialek Melayu-Johor dijadikan sebagai bahasa rasmi,tetapi di rumah penutur menggunakan dialek masing-masing sepertidialek Kelantan, Negeri Sembilan.

    3) Berlaku akibat bahasa tempatan dijadikan bahasa rasmi tetapibahasa lain digunakan sebagai bahasa penyatuan (Rusia)- bahasa Rusia ( Penyatuan), bahasa Ukraine dan Estonia ( bahasarasmi)

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    14/23

    4) Kedwibahasaan juga berlaku akibat berpegang kepada idea bahawapenggunaan satu bahasa asing yang dipupuk di samping bahasaibunda terus digalakkan dalam pembelajaran untuk tujuanmendapat pengiktirafan setaraf dengan bangsa lain. Mengikut

    ideologi ini, pembelajaran satu bahasa asing dalam keadaantertentu akan membentuk individu yang mempunyai cara pemikiranbaru untuk menghapuskan permusuhan dalam kalangan rakyatmisalnya di Singapura.

    5) Perdagangan memainkan peranan utama apabila bahasa merupakan

    wahana untuk berkomunikasi dan berinteraksi untuk urusan jual-beli.

    6) Dasar pendidikan sesebuah negara mencerminkan masyarakat yang lahirmisalnya Malaysia yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa keduadalam sistem pendidikan negara akan melahirkan penutur dwibahasa.

    7) Perkahwinan campur dalam masyarakat majmuk yang melahirkan kanak-kanak yang berdwibahasa sejak dari lahir lagi. Pemerolehan dua bahasaserentak berlaku apabila kedua ibu dan bapa menggunakan kedua-duabahasa ibunda mereka dalam kehidupan seharian.

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    15/23

    KEDWIBAHASAAN

    APAKAH KESAN KEDWIBAHASAAN???

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    16/23

    1) Berlakunya pertukaran kod yang dikenalisebagai code switching.

    Misalnya pelajar Melayu berbahasa Inggeris dengan kawan berbangsa Cina tetapi

    menukar kodnya semula ke dalam bahasa Melayu apabila bercakap dengan ibunya

    yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

    2) Percampuran kod atau code mixing

    Ini berlaku apabila seseorang menukarkan kod apabila berbicara secara berganti-ganti

    untuk satu tajuk yang sama dalam ujaran mereka. Misalnya seorang pelajar bangsa

    Melayu bercakap dalam bahasa Inggeris untuk membincangkan sesuatu tajuk tetapi

    kemudiannya mencampuradukkan dengan bahasa Melayu kerana sesuatuhal seperti tidak tahu perbendaharaan kata yang sesuai digunakan atau sebagainya.

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    17/23

    3) Pemindahan bahasa

    Berlaku apabila terdapat penggunaan unsur-unsur bahasa pertama dalam bahasa

    kedua. Terdapat dua jenis pemindahan bahasa, iaitu pemindahan negatif atau gangguan

    dan kedua, pemindahan positif.

    4) Pengasimilasian bahasa

    Melibatkan penerimaan bahasa secara beransur-ansur oleh generasi kedua sehingga

    akhirnya tidak menggunakan bahasa ibunda mereka. (Cina Kelantan)

    5) Kelahiran bahasa pijin dan bahasa kreol

    Bahasa pijin memperlihatkan unsur kedua-dua bahasa bercampur sehingga melahirkan

    bahasa baru, namun tidak boleh diklasifikasikan sebagai bahasa asal. Bahasa kreol pula

    ialah bahasa pijin yang menjadi bahasa ibunda atau bahasa pertama masyarakatpenuturnya akibat pertembungan dua bahasa.

    Lu mau apa( Melayu dan Cina )

    Itula, lu tatak mau ikut gua pindah. Sikalang sutatsusah. ( Melayu dan Cina )

    Achiii, ikut saya jalan mari. ( Melayu dan India)

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    18/23

    MATEMATIK, SAINS DANTEKNOLOGI DALAM BAHASA

    INGGERIS

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    19/23

    pembangunan danpenggunaan alatan,

    mesin, bahan dan prosesuntuk menyelesaikan

    masalah manusia.

    merupakanteknologi yang

    diperlukan untukpemprosesan data.

    teknologiMaklumat dan

    komunikasi

    Secara tepat dan mudah dapat dikatakan sebagai penggunaankomputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,

    memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengiratempat dan waktu.

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    20/23

    Matematik, sains dan teknologi

    dalam bahasa Inggeris

    (1) PENGENALAN

    Dihasilkan bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4,Tun DrMahathir Bin Mohammad pada 19 Julai 2002. PPSMI telah dilaksanakansecara berperingkat dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkatsekolah menengah. Pelaksanaan PPSMI adalah untuk membangunkan

    sumber tenaga manusia bagi mencapai taraf negara maju yang dapatbersaing dalam era globalisasi.

    (2) OBJEKTIF

    Matematik dan sains adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan

    penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pengajarandan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)dapat memudahkan perolehan ilmu kerana kebanyakan asas istilah-istilahsains dan matematik adalah berasal dari Bahasa Inggeris. Di samping itu,pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku denganpantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini

    banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    21/23

    (3) LANGKAH-LANGKAH DALAM PPSMI

    Mengadakan Kelas Tambahan (Secara Percuma)- dianjurkan oleh pihak sekolah secara percuma untuk subjek

    MM dan SN- tingkatkan kefahaman dan ilmu bahasa Inggeris.

    Latihan Guru- secara berterusan dengan teratur dan sistematik.

    - gunakan pelbagai strategi & pendekatan yang sesuai ,kemudahan ICT.

    Bahan Pembelajaran- Buku teks diperbaharui.- Perisian interaktif, rancangan TV dan buku-buku tambahan

    disediakan.

    Perisian Pengajaran- Perisian multimedia dalam bentuk cakera padat (CD) dengan

    menggunakan bahasa Inggeris.

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    22/23

    Pada tahun 2002 Pada bulan julai Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan mesyuarat

    khas jemaah menteri untuk menjalankan dasar (PPSMI).

    Pada tahun 2003-2006 Dasar ini diperkenalkan pada sekolah rendah dan sekolah

    menengah

    Pada tahun 2007 Pada bulan Januari, pelaksanaan (PPSMI) secara keseluruhannya

    dijalankan untuk peringkat sekolah menengah.

    Pada tahun 2008 Pada bulan Januari, pelaksanaan (PPSMI) secara keseluruhannya

    dijalankan untuk peringkat sekolah rendah.

    Pada tahun 2009 Pada bulan Mac, demonstrasi berlaku yang bertujuan untuk

    membantah pelaksanaan (PPSMI). Gerakan ini diketuai oleh Datuk A. Samad Said dan

    Datuk Dr. Hassan. Pada bulan may, kebanyakan sasterawan negara tidak setuju dengan

    dasar ini. Dasar ini juga tidak dipersetujui oleh tokoh-tokoh politik di negara kita.

    Pada bulan julai 2009 - Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran telah

    mengumumkan untuk memansuhkan dasar PPSMI secara keseluruhannya pada tahun 2012

    (4) RENTETAN PELAKSANAAN PPSMI

  • 7/30/2019 Presentation en. Husin

    23/23

    SEKIAN

    TERIMA KASIH