kitaran hidup rama

7
Kitaran hidup rama- rama mempunyai empat fasa pembesaran dalam kehidupan mereka dan dikenali sebagai metamorfis.Kitaran hidup serangga ini bermula apabila rama- rama betina mengeluarkan telurnya di bahagian belakang daun.Rama –rama betina biasanya bertelur pada daun , batang tumbuhan atau objek – objek yang lain selalunya berhampiran pada sumber makanan untuk kemudahan larva yang akan dikenali sebagai ulat beluncas. Ianya berwarna putih dan sangat kecil. Perkara yang amat penting , rama- rama betina sangat cerewet berkenaan dengan tumbuhan yang dijadikan tempat bertelurnya. Ini penting kerana ulat beluncas akan meneruskan kehidupannya dengan mengunyah daun- daun daripada tumbuhan tersebut dan bukan semua daun sesuai dijadikan makanan Telur rama- rama memerlukan masa selama seminggu untuk menetas. Telur rama – rama berbentuk bujur atau berbentuk silinder serta mempunyai sangkar yang berstruktur mikroskopik.Larva akan terbentuk di dalam telur dan kuning telur akan bertindak melindungi telur tersebut. Kemudian ia akan membuat satu lubang kecil di dalam telur dan ianya kelihatan ketara di atas daun. Fasa kedua metamorfis rama – rama akan mengeluarkan ulat beluncas yang panjang dan kelihatan seperti cacing putih yang besar. Ia juga mempunyai corak- corak jalur atau tompok – tompok yang menarik serta rerambut halus seperti duri- duri halus. Ini juga merupakan peringkat mendapatkan makanan dan tumbesaran. Sepanjang perkembangannya , ia akan menanggalkan kulitnya sebanyak empat kali atau lebih untuk membaluti kulitnya yang kian membesar.Pada peringkat awal , ulat beluncas akan berukuran sangat kecil dan berat hanya lebih kurang 0.55 miligram dengan ukuran saiz hanya 0.1 inci. Namun dalam masa dua minggu , ia akan menjadi ulat beluncas dewasa dengan saiz lebih kurang 2.0 inci. Ulat beluncas yang dewasa mempunyai 8 pasang kaki dan badannya akan lebih memanjang. Pada peringkat ini juga , ulat beluncas akan bertukar kulit dan merangkak menjauhi tempat tinggalnya.Ia akan mencari tempat yang selamat untuk bertukar menjadi kepompong. Ia akan membentuk hamparan seperti sutera pada permukaan kawasan dan

Upload: adrine-sapari

Post on 11-Dec-2014

128 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kitaran Hidup Rama

Kitaran hidup rama- rama mempunyai empat fasa pembesaran dalam kehidupan mereka dan dikenali sebagai metamorfis.Kitaran hidup serangga ini bermula apabila rama- rama betina mengeluarkan telurnya di bahagian belakang daun.Rama –rama betina biasanya bertelur pada daun , batang tumbuhan atau objek – objek yang lain selalunya berhampiran pada sumber makanan untuk kemudahan larva yang akan dikenali sebagai ulat beluncas. Ianya berwarna putih dan sangat kecil. Perkara yang amat penting , rama- rama betina sangat cerewet berkenaan dengan tumbuhan yang dijadikan tempat bertelurnya. Ini penting kerana ulat beluncas akan meneruskan kehidupannya dengan mengunyah daun- daun daripada tumbuhan tersebut dan bukan semua daun sesuai dijadikan makanan Telur rama- rama memerlukan masa selama seminggu untuk menetas. Telur rama – rama berbentuk bujur atau berbentuk silinder serta mempunyai sangkar yang berstruktur mikroskopik.Larva akan terbentuk di dalam telur dan kuning telur akan bertindak melindungi telur tersebut. Kemudian ia akan membuat satu lubang kecil di dalam telur dan ianya kelihatan ketara di atas daun.

Fasa kedua metamorfis rama – rama akan mengeluarkan ulat beluncas yang panjang dan kelihatan seperti cacing putih yang besar. Ia juga mempunyai corak- corak jalur atau tompok – tompok yang menarik serta rerambut halus seperti duri- duri halus. Ini juga merupakan peringkat mendapatkan makanan dan tumbesaran. Sepanjang perkembangannya , ia akan menanggalkan kulitnya sebanyak empat kali atau lebih untuk membaluti kulitnya yang kian membesar.Pada peringkat awal , ulat beluncas akan berukuran sangat kecil dan berat hanya lebih kurang 0.55 miligram dengan ukuran saiz hanya 0.1 inci. Namun dalam masa dua minggu , ia akan menjadi ulat beluncas dewasa dengan saiz lebih kurang 2.0 inci. Ulat beluncas yang dewasa mempunyai 8 pasang kaki dan badannya akan lebih memanjang. Pada peringkat ini juga , ulat beluncas akan bertukar kulit dan merangkak menjauhi tempat tinggalnya.Ia akan mencari tempat yang selamat untuk bertukar menjadi kepompong. Ia akan membentuk hamparan seperti sutera pada permukaan kawasan dan mengantungkannya secara terbalik ke bawah. Sepasang kakinya yang paling belakang akan bercantum dengan hamparan seperti sutera tersebut. Ianya akan bergantung sepanjang hari dan akan membentuk huruf ‘J”. Seterusnya ulat beluncas akan menukar kulitnya untuk kali terakhir sebelum ia beralih kepada fasa metamorfis yang seterusnya.

Apabila ulat beluncas memasuki fasa yang ketiga , ia telahpun menanggalkan 8 pasang kakinya dan kapsul kepalanya yang menyimpan 6 lensa mata. Kulit ulat beluncas kemudiannya ditanggalkan untuk kali terakhir dan membentuk kepompong yang berwarna jed. Walaupun kepompong itu sebenarnya lembut pada awalnya namun dalam masa sejam ia akan bertukar menjadi keras untuk membentuk cengkerang perlindungan.Peringkat ini dipanggil pupa atau krisalis di mana melibatkan perubahan peringkat organ dalaman tisu- tisu beluncas mengalami perubahan dalam membentuk struktur serangga dewasa. Ulat beluncas yang berkepompong ini akan berubah secara perlahan –lahan menjadi rama- rama.Bahagian- bahagian badan ulat beluncas dihancurkan untuk membentuk anggota badan rama-rama dan tempoh ini mengambil masa selama 10 hingga 15 hari.

Page 2: Kitaran Hidup Rama

Peringkat yang terakhir akan menyaksikan kepompong yang keras akan retak dan rama- rama akan keluar daripadanya. Pada permulaan ini , rama- rama akan menempel pada cengkerang kepompong dan mengeluarkan hemolymph yang akan dialirkan secara perlahan – lahan. Proses ini penting bagi membantu kepak rama- rama yang kecil dan basah mampu membesar dengan baik.Pada peringkat ini, kepak rama- rama yang basah akan menyukarkan pergerakan rama- rama untuk terbang namun dalam masa beberapa jam , kepak tersebut akan mengering.Rama- rama ini akan bersiap sedia untuk terbang dan mengulangi semula proses kitaran hidupnya untuk membentuk generasi yang akan datang.

Peringkat Ketiga: Pupa

Peringkat Keempat: Dewasa

Kepompong yang keras akan retak dan rama-rama akan keluar daripadanya. Kepak rama-rama kecil dan basah. Ia menempel pada cengkerang kepompong. Pada titik waktu ini, hemolymph akan dialirkan perlahan-lahan menerusi badan dan kepak rama-rama. Ini akan membantu kepak dan badan rama-rama membesar. Perlu diingat, kepak rama-rama yang basah tidak membenarkan rama-rama untuk terbang. Tetapi, dalam masa beberapa jam, kepak tersebut akan mengering dan ia telah bersedia untuk terbang. Rama-rama akan menjadi dewasa dan mengulangi semula proses kitaran hidupnya untuk membentuk generasi yang seterusnya.

Seekor rama-rama mampu mengeluarkan telur sebanyak 200 biji telur dalam jangka hayatnya…mm dasyatkan???

INFO SANTAI :

Rama –rama merupakan antara serangga yang mempunyai kitaran hidup lengkap sebagai seekor serangga.

Dalam proses kitar hidup yang dilaluinya , rama-rama melalui 4 proses/ peringkat.

Setiap peringkat yang ada adalah berbeza antara satu sama lain juga mempunyai tujuan yang berbeza.

Page 3: Kitaran Hidup Rama

Peringkat 1 : Telur

Pada peringkat pertama ini rama-rama yang telah matang dan melakukan persenyawaan akan menghasilkan telur seperti dalam

rajah diatas.

Telur rama-rama sangat nipis ,kecil, berkilat kekuningan / keputihan dan ada juga yang berbentuk silinder. Pada permukaan

telur kelihatan tulang-tulang halus.

Kebiasaannya telur-telur yang dihasilkan oleh rama-rama ini akan menempel pada daun atau dahan pokok.  Tahap ini juga boleh

dikenali sebagai tahap perkembangan.

Peringkat 2 : Beluncas / Larva

Page 4: Kitaran Hidup Rama

Pada tahap ini telur yang menempel pada daun tadi telah matang dan pecah seterusnya menghasilkan beluncas.

Kebiasaanya beluncas panjang dan membentuk seperti badan rama-rama tetapi tidak mempunyai sayap.

Pada tahap ini ,ia dinamakan tahap perkembangan melalui pemakanan. Yang mana beluncas akan makan dan terus berkembang.

Beluncas juga mula ditumbuhi bulu-bulu halus dan corak tertentu mengikut spesisnya.

 Peringkat 3 : Kepompong / Pupa  

Pada tahap ini transformasi akan berlaku

Ulat akan bertukar ke struktur serangga dewasa mula terbentuk.

Pada tahap ini beluncas akan berubah dan mengantungkan diri ke dalam kepompong

Page 5: Kitaran Hidup Rama

Meneruskan kehidupan sehingga ia matang dan keluar sebagai rama-rama.

                                        

Peringkat 4 : Rama-rama

Pada peringkat ini,rama-rama telah keluar dari kepompong sebagai rama-rama yang cantik

Mempunyai pelbagai warna dan bentuk antara satu sama lain.

Rama-rama yang matang akan bersenyawa,bertelur dan kitaran rama-rama yang seterusnya akan berlaku.

Bagaimana Ia berlaku???

Daripada sebiji telur kecil ( TELUR ), lahirlah seekor ulat bulu ( LARVA ). Ulat bulu ini mempunyai nafsu makan yang menakjubkan selama dua atau tiga

minggu.Kemudian, ulat bulu itu mencari tempat untuk bergayut.  Ini menandakan bermulanya satu lagi kejadian hidup rama-rama .Ulat bulu itu akan menjadi seekor kepompong atau ( PUPA ). Kepak dan kakinya akan terbentuk.Akhirnya, jadilah seekor rama-rama ( DEWASA ). Dengan adanya 4 peringkat diatas, maka lengkaplah kitaran hidup seekor rama-rama

Page 6: Kitaran Hidup Rama