kitar semula

8
Definisi Kitar Semula Terdapat banyak definisi mengenai kitar semula. Namun definisi yang sering kali digunakan ialah suatu proses untuk mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang mendatangkan nilai (Sumber: [email protected]). Terdapat beberapa jenis bahan buangan atau sampah yang dijana oleh kita boleh dihasilkan sebagai satu barangan baharu ataupun barangan yang sama dengan memproses semula barangan tersebut. Tahukan anda bahawa setiap hari kita akan menghasilkan sampah? Sampah ataupun sisa pepejal merupakan sesuatu yang tidak digunakan dan diperlukan lagi yang dijana daripada aktiviti komersial, agrikultur dan industri. Sampah terdiri daripada pepejal, cecair dan gas.( www.medcities.org) . Untuk mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan oleh masyarakat, salah satu langkah yang kita harus amalkan ialah KITAR SEMULA. Kenapakah kita perlu mengamalkan kitar semula?

Upload: siti-nuratikah

Post on 14-Feb-2015

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

note

TRANSCRIPT

Page 1: Kitar Semula

Definisi Kitar SemulaTerdapat banyak definisi mengenai kitar semula. Namun definisi yang sering kali digunakan ialah suatu proses untuk mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang mendatangkan nilai (Sumber: [email protected]).  Terdapat beberapa jenis bahan buangan atau sampah yang dijana oleh kita boleh dihasilkan sebagai satu barangan baharu ataupun barangan yang sama dengan memproses semula barangan tersebut.

Tahukan anda bahawa setiap hari kita akan menghasilkan sampah? Sampah ataupun sisa pepejal merupakan sesuatu yang tidak digunakan dan diperlukan lagi yang dijana daripada aktiviti komersial, agrikultur dan industri. Sampah terdiri daripada pepejal, cecair dan gas.( www.medcities.org) . Untuk mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan oleh masyarakat, salah satu langkah yang kita harus amalkan ialah KITAR SEMULA.

Kenapakah kita perlu mengamalkan kitar semula?

1) Mengurangkan penjanaan sampah sarap ke tapak pelupusan sampah.

Page 2: Kitar Semula

2) Mengurangkan pencemaran udara kesan daripada pembakaran hutan (untuk membina tapak pelupusan sampah).

3) Mengurangkan pencemaran udara kesan akibat pembakaran sampah secara terbuka.

4) Mengurangkan pencemaran sungai dan laut akibat daripada pembuangan sampah secara berleluasa.

5) Mengelakkan pencemaran bau akibat daripada pengurusan sampah yang tidak dilaksanakan secara sistematik.

6) Menjana pendapatan dengan mudah.

7) Kitar semula merupakan amalan yang mudah dilaksanakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk melaksanakannya.

8) Mengurangkan penggunaan sumber yang baharu untuk dijadikan bahan baharu seperti kulit kayu yang digunakan untuk menghasilkan kertas.

9) Bahan yang boleh dikitar semula boleh dijadikan bahan-bahan sumbangan kebajikan.

10) Mengelakkan kepupusan flora dan fauna.

Page 3: Kitar Semula

Tahukah anda di Malaysia terdapat pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menyokong program yang berkaitan dengan kitar semula ini? Amalan kitar semula ini merupakan salah satu amalan gaya hidup lestari. Semua ini menunjukkan bahawa amalan kitar semula merupakan amalan yang SANGAT BAIK !!!  Jadi marilah kita bersama-sama memulakan amalan gaya hidup ini tidak kira dimana jua kita berada. Secara tidak langsung kita dapat membantu memelihara kehijauan bumi kita dan membantu menjana pendapatan terutamanya kepada golongan terkebawah.

Apakah barangan yang kita boleh kitar semula?

1) Kertas

- Surat khabar lama, buku, majalah lama,kertas, kotak, sampul surat, kalendar dan sebagainya

2) Aluminium dan besi

- Tin minuman, foil aluminium dan barangan logam

Page 4: Kitar Semula

3) Plastik

- Beg plastik, botol mineral, botol syampo, botol minuman, bekas makanan plastik dan sebagainya

4) Pakaian

- Pakaian-pakaian lama

5) E-waste

- Barangan elektrik seperti komputer lama, radio dan sebagainya

Barangan yang tidak boleh dikitar semula:

1)      Tin cat

2)      Tong sisa toksik

3)      Sel kering

4)      Mentol

5)      Tingkap rumah

6)      Aluminium foil

7)      Bekas styrofom

8)      Lampin pakai buang kanak-kanak

9)      Bakas pembalut makanan

10)  Kertas tisu

Tong Kitar Semula

Page 5: Kitar Semula

   Tong kitar semula merupakan salah satu bahan dalam proses kitar semula iaitu bagi proses pengasingan. Proses pengasingan sisa pepejal atau sampah merupakan proses penting. Oleh itu, penyediaan set tong kitar semula adalahpenting tidak kira tong tersebut merupakan yang mahal atau dibuat sendiri.  Kebanyakan tong kitar semula yang terdapat di Malaysia merupakan tong  yang telah disediakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. Terdapat juga tong yang telah disediakan oleh agensi bukan kerajaan (NGO) yang peka terhadap pentingnya amalan kitar semula. Pada kebiasaannya tong kitar semula akan diwarnakan dengan tiga warna yang berbeza mengikut fungsinya yang berbeza iaitu warna biru, coklat dan jingga.

Set Tong Kitar Semula Coklat, Biru dan Jingga.

                                           Fungsi warna biru yang terletak pada salah satu tong kitar semula ini adalah untuk menggumpul kertas, tong coklat untuk menggumpul kaca dan tong jingga untuk menggumpul tin aluminium dan plastik.   

Page 6: Kitar Semula

Amalan Kitar Semula

Nukilan Love Hijau on Selasa, 27 September 2011

Amalan kitar semula,merupakan satu amalan mengubahsuai,mengunakan semula,

mengolah sumber yang sudah digunakan supaya sumber tersebut boleh digunakan

semula di dalam keadaan atau bentuk yang baru.

Amalan kitar semula dianggap sebagai salah satu cara yang terbaik untuk memelihara

sumber alam yang tidak boleh diperbaharui lagi. Lihat di sekeliling kita, manusia

menggunakan hampir kesemua sumber alam yang tidak boleh diperbaharui untuk

menyesuaikan diri mereka di bumi. Manusia menggunakan sumber alam yang tidak

boleh lagi diperbaharui seperti galian untuk menjana pelbagai alatan untuk kehidupan

yang selesa. Lihat sahaja penggunaan petroleum yang sangat meluas kegunaannya.

Dulunya sejak zaman penjajahan British lagi bijih timah dilombong secara rakus dan

dieksploitasi sepenuhnya. Sekarang yang tinggal hanyalah tinggalannya, seperti Taman

tasik Titiwangsa serta Taman Tasik Taiping yang cantik. Petroleum satu hari nanti akan

kehabisan,memang alternatif baru terhadap petroleum akan dicari tetapi ianya tidak

semudah yang dijangka. Petroleum digunakan secara meluas di dalam industri

petrokimia, serta penghasilan barangan domestik,dari barangan plastik hinggalah ke

sabun atau lilin untuk ditiup pada hari lahir. Jadi penggunaan semula beg plastik atau

bakul untuk ke pasar merupakan langkah awal anda menyelamatkan sumber bumi.

Antara langkah awal untuk kitar semula yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah

menghasilkan tong sampah kitar semula- mengasingkan bahan buangan kepada 3

jenis, tin @besi , plastik dan kertas. Namun sikap rakyat Malaysia kurang

memberansangkan di dalam amalan kitar semula. Masih ramai yang suka membuang

sampah sesuka hati. Lihat sahaja di dalam kenderaan , sepatutnya ibu-bapa

menyediakan bekas untuk si anak membuang sampah seperti membalut gula-gula,jika

Page 7: Kitar Semula

tidak prihatin atau kurang peka terhadap alam sekitar si anak akan membuang sampah

ke laur dari dlam kereta,ibu atau bapanya sekadar melihat sahaja. Didiklah generasi

akan datang kepentingan almalan kitar semula.

Barangan kitar semula boleh diberikan value added yang sesuai. Barangan kitar semula

boleh diolah untuk menjadi barangan kraft, ianya boleh dijual terutama jika ianya hand

made. Barangan plastik turut mempunyai potensi yang besar untuk diolah menjadi

pelbagai jenis kraftangan yang menarik.Ingat,bahawa amalan kitar semula,merupakan

barangan terpakai yang biasa di dalam kehidupan kita ,dengan sedikit modal atau nilai

tambah yang sesuai,ianya akan menjadi barangan yang bernilai semula,di samping

menyelamatkan sumber bumi secara tidak langsung

Barangan kitar semula yang sukar diolah serta memerlukan kos seperti barangan

elektronik,peralatan komputer,bateri dan sebagainya memerlukan one stop center .

Pada pandangan saya, pihakberwajib sepatutnya mewujudkan pusat kitar semula bagi

semua daerah,dan bukan sekadar di kawasan bandar utama sahaja. Barangan ini

sebenarnya memerlukan pusat pengumpulan yang boleh memantau bahan yang sudah

disebut kerana, ianya sangat berbahaya untuk kesihatan manusia,Bateri hand phone

sendiri sebenarnya mempunyai kandungan kadium, chemical yang berbahaya kepada

manusia. Perasan tak bateri handphone yang dah rosak kita buang sesuka hati aje.

Amalan kitar semula akan mengambil tempat ke arah bumi yang lebih selamat untuk

tahun mendatang. Ianya akan semakin penting bila dunia ke arah kemerosotan sumber

yang tidak boleh diperbaharui lagi. Semoga amalan kitar semula menjadi amalan kita

semua.