kitar semula
DESCRIPTION
kesedaran tentang kitar semulaTRANSCRIPT
KITAR SEMULA
APA ITU KITAR SEMULA??
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru.
Kitar semula bermaksud mengasingkan, mengumpul, memproses, memasarkan, dan akhirnya menggunakan semula bahan yang sepatutnya dibuang.
MENGAPA PERLU KITAR SEMULA??
1. Mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar.
2. Memupuk sikap berjimat cermat.
3. Mengurangkan penggunaan sumber tenaga.
(sisa seperti aluminium, kaca boleh
membekal tenaga)
4. Kekurangan ruang tapak sisa pelupusan sisa di Malaysia
5. Pencemaran air – kebanyakan tanah di negara
kita adalah kawasan tadahan. Jika kita tidak
kitar semula kawasan ini mungkin akan
dijadikan tapak pelupusan sisa dan air larian
daripada penguraian sisa akan mencemarkan
sumber bekalan air.
6 . Mengurangkan penghasilan air larut resap
(leachate) dan pelepasan gas metana yang
dihasilkan daripada sisa pepejal.
5. Mengurangkan keperluan terhadap bahan
mentah.
6. Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan.
7. Mengurangkan belanjawan kewangan.
APA ITU 3R??
REDUCE REUSE
RECYCLE
REDUCE??REDUCE (KURANG)
- Pengurangan sisa adalah ditakrifkan sebagai pengurangan sisa di sumber untuk meminimumkan kuantiti yang dikehendaki untuk dirawat dan dilupuskan.
CARA-CARA UNTUK MENGURANGKAN SISA
Mengurangkan penggunaan plastik. 1/3 daripada komposisi sisa ialah bahan plastik pembungkus.
Beli barangan dengan pembungkus yang boleh di kitar semula atau yang diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula.
Penggunaan beg plastik tidak digalakkan jika anda membeli barang dalam kuantiti yang sedikit.
CARA-CARA UNTUK MENGURANGKAN SISA
Membuat sedikit perubahan pada senarai pembelian, secara tidak langsung anda mengurangkan jumlah sisa yang dihasilkan dari rumah atau sekitarnya.
Beli pembersih rumah serba guna Ianya lebih menjimatkan dan menguntungkan daripada membeli banyak jenis pembersih rumah.
CARA-CARA UNTUK MENGURANGKAN SISA
Jual atau derma barang - barang yang tidak diperlukan .
Menderma/memberi barang-barang yang tidak perlu kepada keluarga, kawan atau jiran dapat mengurangkan sampah. Anda juga boleh menjual barang kepunyaan anda melalui jualan car-boot untuk memperoleh wang tambahan.
CARA-CARA UNTUK MENGURANGKAN SISA
Mengurangkan penggunaan kertas dengan membatalkan surat yang tidak diperlukan. Kita dapat mengurangkan penggunaan kertas dengan membayar bil secara on-line.
Cari kaedah selamat bagi barangan rumah yang merbahaya 'Baking soda' dan cuka boleh digunakan sebagai bahan pencuci di rumah. Minyak zaitun dan jus limau adalah alternatif bagi penggilap perabot kimia dan penggunaan lilin wangi sebagai ganti kepada alat penyegar udara kimia.
REUSE (GUNA SEMULA)- Guna semula ditakrifkan sebagai
menggunakan sesuatu item berulang kali tanpa pemprosesan penting yang mengubah struktur material.
REUSE??
APAKAH BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIGUNA SEMULA??
Beg plastik
- Beg plastik boleh digunakan semula sebagai beg
untuk membuang sampah sisa dapur di rumah.
APAKAH BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIGUNA SEMULA??
Sampul surat.
- Dengan melekatkan label baru pada alamat penerima
anda dapat menggunakan semula sampul surat tersebut.
APAKAH BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIGUNA SEMULA??
Bekas botol kaca dan pasu.
- Dengan membersihkan botol kaca dan pasu kecil, anda boleh menggunakannya semula sebagai bekas makanan atau untuk menyimpan barang – barang lebihan yang tidak diperlukan.
APAKAH BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIGUNA SEMULA??
Surat khabar dan kertas kadbod
- Boleh digunakan untuk membungkus barang – barang apabila berpindah rumah atau untuk menyimpan barang – barang yang mudah pecah.
APAKAH BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIGUNA SEMULA??
Pakaian lama.
- Boleh dijadikan bahan tekstil lain seperti alas kaki ataupun tempat penyimpanan barang.
APAKAH BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIGUNA SEMULA??
Kertas-kertas terpakai.
- Boleh digunakan untuk membuat nota dan lakaran. Jangan lupa untuk mengitar semula apabila anda tidak memerlukannya lagi.
APAKAH BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIGUNA SEMULA??
Tayar.
- Tayar – tayar lama / buruk boleh dikitar semula atau untuk dijadikan buaian atau hiasan di taman permainan kanak-kanak.
RECYCLE (KITAR SEMULA)- Kitar semula bermaksud mengasingkan,
mengumpul, memproses, memasarkan, dan akhirnya menggunakan semula bahan yang sepatutnya dibuang.
RECYCLE??
BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA
Botol PlastikTayar Surat Khabar Lama
Barang ElektronikLogam
Fabrik
TONG KITAR SEMULA
KATEGORI TONG KITAR SEMULA
FAEDAH KITAR SEMULA
Kitar semula mampu menjana industri.
Menyediakan peluang pekerjaan.
Mengurangkan keperluan tapak pelupusan sisa dan pembakaran sisa.
Mengelakkan pencemaran dan mengekalkan persekitaran yang bersih.
Menjimatkan tenaga.
Hari Kitar Semula Kebangsaan
11 November
Bagaimana untuk Kitar Semula KERTAS ???
Asingkan surat khabar dan buku.Buka kotak kadbod dan ratakan.Ikat dengan kemas.Buang ke dalam tong kitar semula BIRU atau
bawa ke pusat pengumpulan.
Bagaimana untuk Kitar Semula ALUMINIUM ???
Buang sisa minumanBersihkan dan keringkan tinKemekkan tinBuang ke dalam tong kitar semula JINGGA
atau hantar ke pusat pengumpulan.
Bagaimana untuk Kitar Semula BOTOL KACA ???
Kosongkan sisa dari botol kaca, penutup, mana – mana plastik atau logam dan label.
Bersihkan dan kosongkan botol.Buang ke dalam tong kitar semula COKLAT atau
bawa ke pusat pengumpulan.
Bagaimana untuk Kitar Semula PLASTIK ???
Buang atau kosongkan bekas/penutupBersihkan dan keringkan botol plastik atau beg
yang telah kotor.Buang ke dalam tong kitar semula JINGGA atau
bawa ke pusat pengumpulan.
TIPS KITAR SEMULA DI RUMAH
Melawat pusat kitar semula tempatan anda dan mengetahui apa bahan lain yang boleh diterima untuk dikitar semula.
Meletakkan tong penyimpanan di tempat yang disediakan.
Menggunakan beg plastik untuk menyimpan bahan-bahan untuk dikitar semula.
Label tong kitar semula untuk memastikan bahan-bahan dipisahkan dengan betul.
Meletakkan pelekat ‘NO JUNK MAIL' di peti surat anda.
MENGAPA PERLU KITAR SEMULA TELEFON BIMBIT??
Mengatasi masalah pembuangan telefon bimbit lama dan bateri yang telah digunakan.
Menguruskan pelupusan telefon bimbit lama dan bateri dengan lebih baik.
Telefon bimbit dan komponen terpakai menandungi komponen bertoksik seperti plumbum, arsenik dan merkuri.
Bateri telefon mengandungi logam berat seperti kadmium, merkuri,litium atau nikel.
Sisa ini dikategorikan sebagai e-waste menurut kod SW 103 (Buangan Terjadual).
Pelupusan telefon bimbit dan bateri terpakai boleh menyebabkan pencemaran terutama sekali terhadap tanah, air bawah tanah dan kesan terhadap kesihatan.
KOMPONEN TELEFON BIMBIT YANG BOLEH DI
KITAR SEMULA
Pengecas bateri
Antenna
Bluetooth
Handsfree
Sarung hand phone ( plastic casing )
Keypad
SISA ELEKTRONIK (e-waste)
DI MANA TONG KITAR SEMULA
TELEFON BIMBIT???Pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri dan
cawangan.
Sebahagain besar pejabat-pejabat kerajaan di sekitar Lembah Kelang dan Putrajaya.
Pejabat,kedai-kedai dan pusat servis Pembuat telefon bimbit.
Pusat membeli-belah terpilih
TONG KITAR SEMULA TELEFON BIMBIT TERPAKAI
TAHUKAH ANDA??
Dengan mengkitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen.
Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok.
TAHUKAH ANDA??
18,000 tan sampah dihasilkan sehari mampu memenuhi KLCC dalam tempoh 8 hari sahaja. (data tahun 2005)
Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam
FIKIR DULU SEBELUM BUANG