kitar nutrien

4
Kitar Nutrien dalam sesuatu ekosistem Ada 2 fasa, 1. Fasa persekitaran abiotik eg. Nutrien ( Karbon, nitrogen dan kalsium ) di udara, air dan tanih. 2. Fasa organisma - biotik eg. Nutrien dalam komponen biotik (tumbuhan,binatang dan organisma pengurai ) Kitar Nitrogen Proses yang melibatkan pembentukan dan perubahan sebatian nitrogen serta penghuraian melalui proses fizikal,biologi dan kimia di atmosfera dan tanah, bagi mengwujudkan keseimbangan antara nitrogen yang digunakan dari atmosfera dan tanah, dan kembali semula kepada tanah dan atmosfera. Kitar Nitrogen ada 2 cara. 1. Tanah kehilangan sebatian nitrogen melalui, a. nitrogen diserap oleh tumbuhan dalam bentuk ammonium atau ion nitrat dari tanah melalui sistem akar. b. mikro organisma ( bakteria pendenitritan ) menghurai nitrat dan menukar nitrat dalam tanah kepada gas nitrogen yang akan hilang ke atmosfera. c. kehilangan juga boleh berlaku dengan proses larut resap mudah larut terutama kawsan tropika yang banyak air. 2. Pengembalian sebatian nitrogen dalam tanah. a. Kegunaan baja bernitrogen seperti urea ammonia sulfat dan ammonia nitrat membekalkan nitrogen kepada tanah. b. Sisa tumbuhan, haiwan mati dan reput. Protein dan asid amino akan dihurai kepada ammonia dalam tanah. c. Bakteria pengikat nitrogen pada akar tumbuhan kekacang mengikat nitrogen dari atmosfera dan menyediakan sebatian nitrogen dalam tanah. d. Bakteria pengikat nitrogen dari udara contoh bakteria clostridium dan azotobactor akan mengembalikan nitrogen ke tanah melalui tindakan air hujan dan kilat. e. Tindakan kilat dan hujan hasil nitrogen monoksida yang dioksida untuk hasil nitrogen dioksida yang larut dalam air hasilkan asid nitrat dan asid nitrus dan sebatian nitrat dalam tanah. Kegunaan nitrogen. a. Pertanian baja kimia yang mengandungi nitrat. b. Industri - asid amino untuk industri memproses getah.. c. Makmal - bahan untuk ujikaji dalam makmal. d. Seimbang kandungan udara di dalam alam sekitar. Kitar karbon

Upload: pencinta-alam

Post on 13-Jul-2016

25 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

stpm

TRANSCRIPT

Page 1: Kitar Nutrien

Kitar Nutrien dalam sesuatu ekosistemAda 2 fasa,

1. Fasa persekitaran – abiotik eg. Nutrien ( Karbon, nitrogen dan kalsium ) di udara, air dan tanih.

2. Fasa organisma - biotik eg. Nutrien dalam komponen biotik (tumbuhan,binatang dan organisma pengurai )

Kitar Nitrogen

Proses yang melibatkan pembentukan dan perubahan sebatian nitrogen serta penghuraian melalui proses fizikal,biologi dan kimia di atmosfera dan tanah, bagi mengwujudkan keseimbangan antara nitrogen yang digunakan dari atmosfera dan tanah, dan kembali semula kepada tanah dan atmosfera.

Kitar Nitrogen ada 2 cara.

1. Tanah kehilangan sebatian nitrogen melalui,a. nitrogen diserap oleh tumbuhan dalam bentuk ammonium atau ion nitrat dari tanah melalui sistem akar.b. mikro organisma ( bakteria pendenitritan ) menghurai nitrat dan menukar nitrat dalam tanah kepada gas nitrogen yang akan hilang ke atmosfera.c. kehilangan juga boleh berlaku dengan proses larut resap mudah larut terutama kawsan tropika yang banyak air.

2. Pengembalian sebatian nitrogen dalam tanah.a. Kegunaan baja bernitrogen seperti urea ammonia sulfat dan ammonia nitrat membekalkan nitrogen kepada tanah.b. Sisa tumbuhan, haiwan mati dan reput. Protein dan asid amino akan dihurai kepada ammonia dalam tanah.c. Bakteria pengikat nitrogen pada akar tumbuhan kekacang mengikat nitrogen dari atmosfera dan menyediakan sebatian nitrogen dalam tanah.d. Bakteria pengikat nitrogen dari udara contoh bakteria clostridium dan azotobactor akan mengembalikan nitrogen ke tanah melalui tindakan air hujan dan kilat.e. Tindakan kilat dan hujan hasil nitrogen monoksida yang dioksida untuk hasil nitrogen dioksida yang larut dalam air hasilkan asid nitrat dan asid nitrus dan sebatian nitrat dalam tanah.

Kegunaan nitrogen.a. Pertanian – baja kimia yang mengandungi nitrat.b. Industri - asid amino untuk industri memproses getah..c. Makmal - bahan untuk ujikaji dalam makmal.d. Seimbang kandungan udara di dalam alam sekitar.

Page 2: Kitar Nutrien

Kitar karbon

Aliran karbon pada benda hidup yang mengandungi karbon tertentu dan pelbagai bentuk bagi mempastikan sentiasa seimbang kandungannya di atmosfera dan berterusan.

Cara berlaku kitaran karbon.

a. CO2 semasa pernafasan tumbuhan dan haiwan, di mana CO2 dibebaskan ke atmosfera.

b. CO2 digunakan untuk proses fotosintesis oleh tumbuhan bagi membuat makannya sendiri.

c. Dalam bentuk mineral,iaitu kalsium karbonat yang alami proses luluhawa dan kembali CO 2 ke atmosfera.

d. Bentuk hidrokarbon dalam bahan api fosil( petroleum dan arang batu) , semasa pembakaran bahan fosil CO2 dibebaskan ke atmosfera.

e. Bentuk karbonhidrat dalam bahan organik yang reput , pereputan membebaskan CO2 di atmosfera.

Kegunaan karbon.

a. Bahan bakar, iaitu bahan api fosil seperti petroleum yang digunakan untuk mengerak mesin di kilang-kilang dan mengerak kenderaan di jalan raya serta mengerak kapal terbang di udara.b. Dalam minuman berkarbonat, iaitu minuman bergas di botol dan tin seperti Coke, Merinda dan F & N.c. Proses fotosintisis, CO2 digunakan oleh tumbuhan untuk membuat makanan sendiri bagi proses pertumbuhan dan pembesarannya serta menghasilkan buah-buahan yang banyak.d. Sebagai bahan pemadam api dalam kebakaran. CO2 merupakan komponan dalam bahan pemadan api kerana CO2 tidak membantu pembakaran api.

Kitar Oksigen

Edaran gas oksigen di bumi melalui proses fotosintisis , pernafasan, pembakaran dan pereputan yang melibatkan proses pengambilan, penggunaan dan pengembalian oksigen dalam atmosfera secara berterusan.

Page 3: Kitar Nutrien

Cara berlaku edaran oksigen

a. Pernafasan haiwan dan tumbuhan mengunakan oksigendi atmosfera untuk mengoksida makanan dan hasil tenaga.b. Oksigen di atmosfera digunakan untuk menghurai bahan organik yang mati.c. Dalam pembakaran bahan api fosil oksigen di atmosfera digunakand. Dalam proses pengkaratan, oksigen di otmosfera digunakan bagi mengoksidakan logam. Contoh Feram dioksida.e. Fotosintisis kembalikan oksigen ke atmosfera.

Kegunan oksigen

a. Oksigen digunakan untuk bernafas oleh tumbuhan dan haiwan.b. Oksigen membantu kebakaran .Oleh itu digunakan dalam memasak.c. Pembentukan tanih laterit memerlukan kehadiran oksigen. Tanah laterit ini penting untuk penanaman kalapa sawit dan getah supaya hidup subur.d. Digunakan dalam industeri komestik dan persolekan, iaitu keadah mengunakan oksigen bagi menghilangkan kedutan dan jeragat pada wajah terutama kepada kaum wanita.

Kitar Kalsium

Edaran kalsium melalui proses resapan , larutan, pereputan dan pemendapan dalam sesuatu ekosistem sama ada di darat atau di dalam air.

Cara berlaku edaran kalsium.

a. Akar tumbuhan serap kalsium dari tanah, kemudian disimpan dalam batang dan daun tumbuhan .b. Haiwan dan manusia mendapat kalsium dengan memakan tumbuhan tersebut.c. Haiwan dan tumbuhan mati dan berlaku proses pereputan, kalsium dikembalikan ke dalam tanahd. Kalsium juga terdapat dalam cengkerang dan tulang hidupan akuatik mengalami proses hakisan dan luluhawa. Kalsium dikembalikan ke tanah semula.

Kegunaan Kalsium

a. Digunakan dalam membuat vitamin, mineral kalsium digunakan untuk menguatkan tulang dan otot manusia bagi meneruskan kelangsungan hidup yang lebih selesa dan sihat.b. Merupakan makanan atau mineral semulajadi untuk manusia dan haiwan serta tumbuahan dalam proses tumbesaran.c. merupakan bahan hiasan,iaitu barang kraftangan yang diperbuat daripada cengkerang hidupan laut.

Page 4: Kitar Nutrien